Bulan Mei banyak membawa kenangan dan kegembiraan kepada banyak pihak. 15 Mei 2011 cucunda tersayang Nur Natrah menyambut hari kelahiran pertama genap usianya 1 tahun. Banyak ucapan yang kubaca dalam face book Natrah yang mendoakan pelbagai kebaikan untuk Natrah . Walaupun tak dapat aku meraikan ulang tahunnya bersama, namun melalui Face book(fb) milik Natrah dapat kulayari pelbagai harapan dan doa daripada kaum keluarga untuk Natrah.
7 Mei..Hari Ibu. Aku mendapat mesej pertama daripada Cikgu Yang Mazni, adik angkatku. Anak-anak pula lupa nak menghantar ucapan, tetapi aku yakin mereka mengirimkan doa buat aku.Nazmi menelefon aku berbual panjang sempena Hari Ibu kira-kira jam 3 petang pada 7 Mei . Terubatlah kesedihan ku dan kerinduanku kepada anak-anak. Banyak lagi ucapan sms fon dan mesej yang diterima. Hawa yang berada di Australia, (rakan Nazmi) chating denganku pada pagi Hari Ibu. Seronok dan bahagia jadi ibu.... kerana aku memiliki 4 orang anak yang berhati mulia, mempunyai anak didik yang penyayang, memiliki rakan-rakan bergelar ibu yang pengasih.
Hari Pekerja disambut pula pada 1 Mei. Aku tumpang beraya sebab masih bekerja di kebun pesara. Jika dah terlantar di katil tak boleh raikanlah sebab tak bekerja. 15 Mei juga disambut sebagai Hari Belia di seluruh negara. Aku tumpang raya sebab Nazmi masih belia.
Ada lagi peristiwa pada bulan Mei.... Hari persandingan Nadiah dan Mohd Syahrizan pada 2 Mei 2009. Nadrah dan Mohd Noor Azim diijabkabulkan pada 29 Mei 2010. Hari Keamatan orang Sabah pada 30 dan 31 Mei. Ulang tahun keputeraan DYMM Raja Perlis pula pada 17 Mei. Sama dengan itu Hari Wesak 2011 juga ditakdirkan pada 17 Mei. Sambutan Hari Bidan pada 5 Mei manakala sambutan Hri Jururawat pula pada 12 Mei. Hari Ibu dimeriahkan pada Ahad kedua Mei.nSatu lagi... terlupa. Aku genap berusia 56 tahun pada 23 Mei 2011.
Paling utama hari terakhir aku bergelar penjawat awan dan sebagai guru yang mengajar di bilik darjah ialah pada 31 Mei 2010. Mulai 1 Jun 2010 aku telah bersara piihan sendiri. Justru sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010 adalah yang terakhir di SK Tasek Dermawan Ipoh. Sambutan paling meriah dalam sejarah perkhidmatanku sebab diraikan bersama sambutan hari lahir dan hari persaraan. Bahagianya aku bergelar guru.
Sejak seminggu lalu Tv banyak memaparkar iklan Selamat Hari Guru. Aku terlihat Majalah 3 mamaparkan kenalanku Cikgu Nik Nab dari SK Taman Tun Dr Ismail (1) Kuala Lumpur dengan kisah sekolahnya. Perdana Merteri ,Timbalan PM, orang-orang kenamaan pun diiklankan memberikan ucapan "Selamat Hari Guru".
Semalam aku masih menerima sms pertama Hari Guru daripada Cikgu Yang Mazni dan Cikgu Dv sahabat karibku. Kemudian di fb Zuhaimah mantan anak murid di Sungai Raya mengirim kad ucapa hari Guru. Ucapan sebegini bertali arus muncul di fb daripada anak murid, rakan-rakan, ibu bapa murid dan individu yang pernah dididik guru.
Malam tadi hati aku tersentuh menerima mesej dan video clip lagu "To Sir with Love" Glee daripada mantan anak murid, juga seorang guru .... juga puteriku.... Nazihah. Lagu itu amat meruntun naluri sebagai ibu dan bekas guru. Aku jadi sedih..... sayu.... tak upaya nak ke kebun bersama suami pagi ini. Jam 8.40 pagi bersamaan 16 Mei 2011 aku beranikan diri menelefon PKTadbiran Sekolah Tasek Dermawan, Cikgu Shamsul. Tika itu perhimpunan Hari Guru. Aku mengucapkan salam dan Selamat Hari Guru kepadanya dan minta disampaikan kepada semua warga guru di sekolah. Aku yang terkenal banyak cakap tetiba tak boleh bercakap , amat pilu... teringat kepada warga SKTD yang banyak berjasa kepadaku sehingga sekolah itu berjaya dibawa ke ARENA GLOBAL.
Agaknya beginilah perasaan pesara-pesara guru sebelum ini. Kesayuan hati yang terpaksa disembunyikan pada setiap kali Hari Guru diraikan . Mungkin penjawat lain kurang terasa kerana sambutan sebegini kurang diwar-warkan media. Namun kepada diriku "Tahniah, kerana kamu telah berjaya bmenabur bakti selama 35 tahun sebagai pendidik di 14 buah sekolah semenjak 1 Julai 1974 hingga 31 Mei 2010".
Kepada puteri-puteriku Nadrah dan Nazihah, teruskan perjuangan mak sebagai pendidik. Berbanggalah kamu ditakdirkan menjadi GURU kerana menurut hadith ......"Setiap orang yang mati itu, antara perkara yang tidak akan putus ialah :"Setiap ilmu dan amalan baik yang telah kamu ajarkan, kemudian diamalkan oleh anak didik mu akan memberikan pahala kepadamu".
Sunday, May 15, 2011
Thursday, January 27, 2011
" Melabel Pelajar " dulu dan kini......
Baru hari pertama Az melangkahkan kaki ke sekolah pertama ia mula melabuhkan benih karier sebagai guru. "Hah, hang dapat kelas second last.... budak teruk. Bukan nak belajar pun , asyik pegang cermin dan gincu tiap saat.," melantun daripada mulut tak berlesen guru senior sekolah tu. "I dah berbelas tahun ngajar sini, mengajar depa macam bercakap dengan dinding. Apa cakap pun tak faham, tak minat belajar." hujah bernas oleh guru senior kedua. Demikianlah doa para guru pada hari pertama apabila lebih 600 pelajar mula melangkah ke sesi persekolahan tahun baru 3 Januari 2011.
Dulu, sekitar tahun 1987 ketika Az lahir di Perlis, demikian juga komen para guru di sebuah SR. "Hang tok sah dok rajin sangat, buat lagu mana pun depa tu tak buleh mengaji. Mak pak depa dulu pun aku ngajak lagu tulah, macam anak depa ni , ketegak, penyegan....." kemudian ,Tahun 1991 aku bertukar mengajar di SR Ipoh pula. Ayat-ayat guru untuk murid-murid ...... lebih kurang sama yang hanya bermaksud "sumpahan" buat anak murid.....
Kemudian tahun 2006 aku berpindah semula dari Kuala Lumpur ke sebuah sekolah di tepi pagar PPD K.(setelah bertugas di KL dari tahun 2000-Jun 2006) .Lagi hebat komen seorang Penolong Kanan Kurikulum sekolah tu. "Puan GB, sekolah ni dari dulu lagi SPR (Sekolah Prestasi Rendah), PPD tak kisah pun. Usahlah buat susah-susah tak siapa peduli. Murid-murid sini orang susah, ramai duduk rumah flat, jadi pelajaran mereka pun flat juga. Guru-guru merungut yang you nak buat macam-macam untuk murid, takkan berhasil, penat je. Mak bapa tak bagi sokongan, malah pegawai angkat sekolah ini di PPD pun tak pernah jenguk kami di sini."
Tambahnya lagi ,"Kalau semua budak sekolah ni pandai nak jadi doktor atau lawyer, siapa nak kerja tukang kebun atau buruh DBI .Hoola...hoola..."Aku hairan bagaimana dia dapat jadi PK1 jika perangai begini? "Kesilapan PPD yang menaikkan pangkatnya !!!. Aku jawab mudah," Puan PK1, saya tak kisah mereka ini nak jadi buruh DBI ke tukang sapu ke, tetapi biarlah lebih sikit . Biar mereka jadi Mandor DBI .Atau pun mereka jadi Pengurus Syarikat Pembersihan yang mengelolakan urusan tukang kebun.Hah, macam mana?" PK1 itu terdiam.
Kini tahun 2011, dah 24 tahun berlalu masih ujud di dunia pendidikaan, malah di sekolah menengah, di bandaraya dan dari kumpulah guru berijazah pula tu. Bukan semua murid yang melangkah ke sekolah pada tahun baru mambawa sekali perangai negatif mereka yang dahulu. Mungkin mereka sudah sedar dan ada azam baru dan bersemangat berkobar-kobar untuk belajar.Malah ada ibu bapa mereka turut mengiringi anak-anak ke sekolah dengan jutaan doa moga anak-anak itu dipermudahkan menerima pengajaran guru mereka. Malang sekali , baru hari pertama di sekolah, sebilangan 'GURU naif ' ni membacakan doa-doa negatif serta diaminkan pula oleh rakan-rakan guru lain . Aku kira mereka ni silap memilih profesion sebagai guru.
Apa kata antara murid-murid tersebut anak mereka, adik atau ahli keluarga mereka? Oh.... jika semua murid pandai, atau lahir saja dah pandai, maka tak perlu ada sekolah. Justru tak perlu ada guru. Lagi pun nak jadi guru ni, kita pohon dan ada akadjanji dengan Kementerian Pelajaran. Malah yang beragama Islam pula memegang amanah Allah yang wajib disempurnakan dengan sehabis baik serta sehabis ikhtiar agar murid-murid semuanya pandai, pintar ataupun bijaksana' macam guru yang mulut celupar tu.
Az pulang untuk hari pertama persekolahan dengan muka letih, kecewa, lemah dan .... 'hilang semangat' aku kira. Aku pernah menjadi guru sandaran, guru tetap , guru cemerlang , guru besar malah pada akhir perkhidmatanku sebagai guru besar cemerlang. Semua onak, duri ,ranjau, racun dan sebagainya telah menjadi asam garam perjalananku sebagai guru. Semua kerumitan yang ku temui ku jadikan peluang dan cabaran untuk ku rongkaikan menjelma menjadi pelbagai kejayaan untuk murid-murid. Manakala semua keselesaan bukan suatu nikmat tetapi penjadah haram yang bisa membantutkan perjuangan. Semua kemudahan yang ku temui ku jadikan hikmah daripada Allah nan esa yang merestui sepanjang perjuangan. Justru, aku pun gunakan semua pengalamanku selama 35 tahun itu untuk memujuk Az dan menyuntik semangat untuk dia meneruskan hari kedua dan seterusnya dengan azam atau Az yang baru.
"Apa kata Az gunakan semua cacian guru-guru yang negative terhadap murid-murid tu sebagai peluang untuk Az perbetulkan sikap murid. Bantulah mereka sayang .Atur strategi bagaimana nak menggantikan perangai negatif kepada perangai suka belajar, suka membuat latihan, suka sekolah dan suka kepada Az. Buat analisis SWOT... bincang dengan guru yang rajin dan berpengalaman serta yang positif dan minta pendapat mereka. Kemudian laksanakan. Selalu bersangka baik dan berbuat baik dengan murid terutama sewaktu PJK dan kokurikulum. Jika mereka buat salah tegur mereka dengan membahasakan diri sebagai kakak. Tegur mereka dengan ayat-ayat kasih sayang seperti (Adik jangan buat begini../ bagus adik boleh buat sebegini baik, apa kata tingkatkan lagi yang.... / wah, adik cikgu ni dah rajin buat home work... dll). Tiap malam doakan biar murid-murid mendengar ajaran, mudah faham pengajaran dan menyayangi kita, insyallah Allah akan makbulkan dan permudahkan semua kerja Az." Demikian pujukan aku sambil berbuai di luar rumah.
Kepulangan hari kedua Az tiada komplain tentang anak murid lagi. Tapi katanya,"Mak, Az naik pangkat lagi, jadi SU Peperiksaan dan Su Head Count." Aku jawab baguslah tu, baru bertugas dah dapat jawatan paling penting di sekolah. Itu bukan beban tetapi peluang menimba ilmu. Ilmu tak datang menggolek, tapi kita kena cari atau kita terima apa yang Allah takdirkan datang kepada kita. Setelah aku ceritakan segala kebaikan menjadi SU tersebut, Az tampak ceria.
Hari ketiga, Az amat gembira. Turun dari kereta terus menyatakan, " Mak, pengetua tengok Azi ngajar PJ tadi di padang. Az takut pada mulanya sebab suara Az kuat sangat. Dalam mesyuarat dia memuji pengajaran PJ Az tadi. Sampai kepada guru sesi petang pun dia ceritakan. " Alhamdulilah, tengoklah kan semua murid Az baik-baik sebab Az anggap mereka adik-adik. Gunakan pujian pengetua itu sebagai dorongan untuk kekalkan prestasi ngajar PJ. Buat pula untuk pelajaran lain terutama Biologi. Jika nama Az sudah ada di hati pengetua, itu sudah baik ma.....
Hari keempat pula, "Az dah jadi macam pengetua pulak. tambah lagi tugas. SU panitia, penyelaras tingkatan dan paling best penolong SU Sukan. Tapi semua jawatan kokurikulum digugurkan...." Alhamdulillah. "Wah, itu sudah bagus. Aktif dalam sukan pulak. Nanti dapatlah melihat sekolah lain semasa membawa murid keluar bertanding. Dapat jumpa ramai kawan baru. Dapat berbincang dan bertukar-tukar idea dengan mereka.. Bestnya dapat lihat apa sekolah lain buat untuk kecemerlangan murid mereka.
Hari kelima, tiada lagi rungutan , laporan dll daripada Az. Balik rumah terus makan, solat dll . Malamnya Az menyediakan bahan-bahan untuk pengajaran hari berikutnya di samping melengkapka buku persediaan mengajar. Aku kira Az dah menjiwai kerjaya nya .... "GURU". Alhamdulilah... moga Al dan Az menjadi GURU yang lebih hebat daripada aku yang dah bersara ni. Doaku Allah makbulkan.

Sunday, January 2, 2011
Kehidupan Ini SEMENTARA
Disember ini, aku berharap akan mengakiri usia emasku di era 2010 dengan kedamaian hati . Aku menjangkakan akan meninggalkan tahun 2010 dalam dakapan kenangan manis , sambil meniti terowong masa bagi kunjungan sinar mentari 2011 penuh kegembiraan nan berterusan. Aku leka diulit belaian kasih orang-orang tersayang di sekeliling; 4 anakku, 2 menantu, 1 cucu dan teman hidup. Seketika aku terlupa, bahawa ada sanak saudara dan kenalan rapat yang jarang ku jengah di utara, di selatan ,di desa, dan di merata lurah penghidupan bumi bertuah ini.
Disember hari Ahad, kami berangkat ke P memeriahkan kenduri kahwin anak rakan karib . Aku kagum dengan persiapan majlis, keramaian jemputan, dan kelancaran aturcara. Paling gembira dapat bertemu sanak-saudara dan para sahabat yang sekian lama tak ketemu. Tampak masing-masing agak berwajah berbeza dek kerana diulit usia. Selesai majlis pulanglah kami ke Ipoh dengan sedikit kepuasan dapat kumelerai rindu persaudaraan yang panjang.
Disember, Khamis - aku mendapat panggilan telefon mengkhabarkan berita kedukaan..... Abang kepada pengantin perempuan yang bernikah pada Ahad Disember telah pulang ke rahmatullah, Alfatihah. Arwah merupakan anak tunggal lelaki kenalan karibku . Usia muda awal 40an , menyebabkan menjadi yatim 4 puteri yang sedang dalam gembira percutian di Taiping. Tubuh gagah ,sihat montel dengan tiba-tiba rebah di hadapan isteri dan anak-anak. Ahad Disember berikunya akan menyambut mempelai di rumah pengantin lelaki pula... Berputar kepala otakku menggambarkan perasaan N dan kak Z untuk menerima ketentuan Ilahi ini.
Baru mendapat menantu lelaki, dalam masa yang sama kehilangan anak lelaki pula. Secara kebetulan pada malam itu juga seorang Ustaz di TV9 menyebutkan bahawa," Jangan engkau bersedih, seungguhnya Allah bersama kita. Allah maha perkasa, maha bijaksana," .... Surah At-Taubah , ayat 40. Beliau menghuraikan panjang lebar maksud ayat tersebut. Ini telah membuat kepalaku mula menerima ketentuan Ilahi. Pasti ada yang dirancangNya di luar ruang lingkup pemikiran kita. Ada banyak hikmah di sebalik semua rencanaNya untuk menguji kita atau untuk memberikan kita peluang untuk berhijrah.
Rentetan pernikahan anak perempuan kenalan ku ini, banyak sekali omelan yang kurang enak kudengar atau tidak sepatutnya diperlaku seperti demikian 'gosi' itu. Memanglah kenalanku ini golongan orang kaya, banyak kenalan orang ternama dan sebut saja melancong, tak cukup jari 10 menamakan negara yang telah mereka lawati. Aku kagum dengan kemewahan dan style hidup mereka, tiada perkataan SUSAH. Anak nak wang, call saja 4 digit diakaunkan. Oh.. rupa-rupanya wang ringgit tidak boleh menjamin kebahagiaan yang kekal abadi. Jauh di lubuk hati mereka sayu rupanya dek kurang zuriat untuk berkongsi menikmati segala kemewahan hidup dan mewarisi segala peninggalan mereka kelak.
Di era pertunangan, menantu lelaki ini tidak semudah yang lazimnya untuk mereka terima, tapi dek kerana pilihan hati anak maka orang tua pasrah walau pun dalam hati ...... Beberapa tahun anak ini menanti dengan kesabaran dan kesabaran moga teruna pujaan diterima sebagai ahli keluarga baru. Seperkara lagi, apabila tetamu mengajukan soalan ;agak sukar untuk kenalanku ini menceritakan latar belakang calon menantu, mungkin ada sebab tersendiri....Pada Ahad hari menyambut mempelai di rumah pengantin lelaki, aku diberitahu yang kenalanku ini terpaksa terbang ke AS kerana mendapat tajaan melancong oleh insan tertentu. Aku jadi hairan... 'dahlah anak 2 kerat, kenduri kahwin yang terakhir pula tu, calon menantu yang... , bagaimana perasaan anaknya ' .Aku ajak anak2ku berfikir; apa perasaan anak dan menantu jika di hari bersejarah dalam sebuah perkahwinan begini ibu bapa tiada (melancong bukan dharurah kukira) untuk turut meraikan bersama. Sementelahan menantu bukan calon pilihan ibu bapa? ..... Anak2ku kata,"Mak jangan buat kepada kami dan keturunan ini..... "
Demikianlah kuasa Yang maha agung pencipta bumi serta langit, sekelian isi alam ini , Qadho dan Qhadar .Tidak tercapai hajat melancong kerana anak lelaki kenalanku ini telah pulang ke rahmatullah 2 hari sebelum bonda dan ayahandanya sempat terbang ke AS. Di hari pengkebumian jenazah, dapat kutatap wajah mereka berdua..... tiada kata-kata dapat ku ungkapkan ........., begitulah mereka.
Sebelum pulang kami menziarah ibu saudara yang berusia 85 tahun, badan sudah bongkok 3, masih sihat berjalan dan petah bercerita. Dia menatap amat lama wajah suamiku. Mungkin rindu dek amat lama tak jumpa... Mungkin ada rahsia anak-beranak antara mereka.... Biarlah Allah sahaja yang tahu.
Allahuakbar! Hayat kita ini umpama buah kelapa. Bukan semestinya buah kelapa tua sahaja yang gugur ke bumi, tapi kelapa muda juga boleh gugur sebiji demi sebiji .Malah apabila patah tandannya, maka lebih banyak buah muda yang jatuh berguguran. Demikian juga hayat KITA.... justru gunakanlah kesempatan ,
"Masa lapang sebelum masa sempitmu , Masa sihat sebelum sakitmu, , Kaya sebelum miskinmu, Muda sebelum tuamu" Hidupmu sebelum matimu.. "
Anak-anakku, para menantuku, cucu-cucku dan malah keturunan ini... jadkan teladan.

Wednesday, October 20, 2010
RAGAM BAKAL G.U.R.U. DC 41
Sekitar Ogos aku menemani anak temuduga guru anjuran BSM di SM Alam Shah Putrajaya. Oh, ramai sekali yang nak jadi guru. Jam 7.30 pagi aku dah berada di kantin sekolah itu menunggu anakku menguruskan segala dokumen yang diperlukan.
Semua bangku kantin dipenuhi . Rakan-rakan anakku sempat bertanyakan tentang Surat Pekeliling Iktisas berkaitan pengurusan panitia mata pelajaran. Ada yang bertanya tentang pengurusan kurikulum. Seorang lagi ingin tahu tentang tatacara tindakan disiplin dll lagi. Mereka dah menutup nota yang dibawa, panik kot tak mau membaca lagi. Fokus mereka lebih kepada penerangan aku. Kesian melihatkan mereka. Aku merasakan bahawa apa yang mereka baca jadi lain pula dengan yang mereka fahamkan. Benarlah kata pebilang adat"Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki; berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi". Aku terasa macam pensyarah pulak yang sedang memberikan ceramah. Semua tu merupakan peluang untuk aku membantu anakku Az mengingat semula maklumat yang dia baca.
Dalam banyak ragam mereka, hati aku tersentuh dengan seorang calon dari Sabah yang ditemani neneknya. Walaupun kelam-kabut bersedia untuk masuk temuduga, tapi masih mampu melayan kerenah neneknya dengan senyuman dan penuh manja.Rasanya aku tak akan dapat mengecapi senario demikian jika aku berada dalam situasi begitu. Aku yakin dia akan menjadi GURU sebenar apabila mendapat penempatan nanti.
Satu ragam pulak, seorang pemuda dengan rambut TERPACAK macam bulu landak, tiba-tiba duduk di meja depanku. Bajunya ok tapi seluar agar londeh, mungkin tak sempat pakai tali pinggaang kot. Ku bayangkan, bagaimana nak jadi guru jika penampilan demikian, tambahan pula kali ini nak hadir temuduga. Ya Allah, nak jadi guru mudah tapi MENJADI GURU payah.
Telah banyak aku melihat murid, baik di sekolah menengah maupun sekolah rendah yang sudah menggemari seluar londeh dan tanpa tali pinggang ketika hadir di sekolah. Rambut disapu gel jadi tegak seperti landak juga sudah ramai. Aku hairan, cikgu-cikgu tak nampakke penampilan murid sedemikian? Adakah penampilan demikian dihalalkan berpandukan tatacara berpakaian murid sekolah? Situasi murid yang begini adalah di bawah didikan cikgu-cikgu yang masih akur dengan Peraturan dan Tatakelakuan Pegawai Awam (Perintah Am bab B).
Aku cuba bayangkan pula, bagaimana jika bakal-bakal GURU seperti yang aku maksudkan di perenggan 4 di atas, 'berambut tegak dan berseluar londeh` masuk ke kelas mengajar murid? Generasi bagaimana yang akan mereka lahirkan pada masa depan. Perumpamaan kita menyebut" Guru kencing berdiri, maka murid kencing berlari " Oho.... lupa pula, aku dah bersara....
Hanya yang terdaya, kupanjatkan doa moga mereka ini mendapat hidayah daripada Ilahi.... amin.

Tuesday, October 5, 2010
COBAAN ! ... ..SKSR (1)
Tahun 1992 aku ditempatkan di sekolah baru di Ipoh. Bangunan tua, kusam sana-sini. Aku disambut seorang GB bernama U dengan ramah dan penuh bersemangat bercerita tentang visi serta misinya untuk sekolah tersebut. Kepala aku kosong tika itu, tiada sesuatu pun yang dapat kujadikan tarikan hati .
Kemudian aku diketemukan dengan seorang guru baru seperti aku tetapi sudah senior sebagai guru, bernama D .Dia isteri orang ternama di Perak tetapi amat simple, aku menyenanginya. Dia anak tempatan dan mengharapkan aku dapat membantu anak-anak tempatan dalam akademik.Kami diberikan kelas tahun 4 di bangunan amat buruk tempat menyimpan perabot rosak. Beginilah nasib aku balik bertugas di negeri sendiri : dapat bilik sebegitu teruk untuk dijadikan kelas.
Aku bersyukur dapat memujuk hati pekerja sekolah itu bernama Pak D. Upah yang tak seberapa, kami minum bersama dan aku bawa dia keluar beli cat, alat bertukang dll keperluan untuk menceriakan bilik tersebut .Selama seminggu kami perbaiki kerusi dan meja murid , mengecat, baiki cermin tingkap dan membersihkan lantai, almaklumlah SETOR.....
Kelas aku dinamakan Tahun 4 D. Murid-murid pula campuran kumpulan pelbagai prestasi . Aku kuat semangat kerana muridku seperti Omar, Syuhadah, Intan , Awie dan ramai lagi amat memahami visi & misi aku.Aku jadikan mereka kumpulan 20% ini sebagai kaki & tangan untuk segala hal kelas. Ada yang jadi ketua akademik, ketua kebajikan, ketua kecerian, ketua kelas dll. Majoriti murid dalam kelas ini dapat jadi ketua, walaupun ketua yang tidak penting. Niatku biar mereka merasakan ada tanggungjawab "besar" di kelas itu.
Jamaliah, sebagai ketua murid 3M , bertugas menggerakkan 8 orang rakan kumpulannya dengan aktiviti pemulihan. Untuk mereka ini , ku berikan sebuah radio , kaset bacaan, kad-kad dan ABM mudah yang kupinjam daripada adikku di KL.Akhirnya mereka berjaya melepasi buta 3M, serta lulus BM dalam UPSR.
Visi aku dan murid dikongsi bersama yaitu: "Kita Boleh Seperti SK Sg Rokam".Setiap awal pagi murid menyanyikan lagu "Kau Boleh" yang dipimpin oleh seorang ketua serta berdoa sebelum memulakan P&P.
Apa yang aku buat di kelas ini menjadi sindiran rakan-rakan "senior" di sekolah itu. Ada yang kata, "Alah.. emak bapa pun Bo.... takkan anak boleh pandai. Sejarah sekolah ni 5 orang je yang terbanyak dapat 4A UPSR, tak usahlah rajin sangat". Bila aku balik lewat kerana adakan kelas bimbingan BM dan SN, mereka kata," Hei, macam tak ada laki, asyik duduk sekolah, tak ingat balik ke?" Semua celaan itu tak pernah sekali merobek semangatku untuk membuktikan bahawa, anak murid jika kita DIDIK dengan sepenuh hati, jiwa raga insyaalah membuahkaan hasil. Kekadang hatiku berbisik,"Gini agaknya ORANG YG TAK PERNAH MERANTAU, tak pernah tengok kemajuan murid di tempat lain ,asyik fikir apa yang mereka buat selama ini sudah terbaik". Dah berzaman dalam dunia "Comfort Zone dan katak bawah tempurung !!!". Yalah , ketika ayat-ayat tu keluar aku sedang tension....
Bila aku buat ujian diagnosis untuk murid selepas beberapa topik ajaran, mereka kata lagi,"KBSR tak perlu ada ujian-ujian, cukup dengan tanda (/ )pada kemahiran bila dah selesai ajar." Selesai menganalisis ujian, aku kumpulkan murid mengikut pencapaian. Yang ok terus diajarkan topik baru, yang tidak menguasai aku ajar semula dan test lagi. Setelah dapat markah ujian, murid sendiri melekatkan gambar masing-masing pada"Carta Payung Prestasi" yang diletakkan di pintu masu kelas. Ada murid yang di prestasi cemerlang A, tapi tak ramai.Lazimnya ramai di prestasi C & B. Melihatkan keadaan ini, mereka mendapat motivasi untuk naik kepada kedudukan lebih baik.
Murid aku kumpulkan dalam kumpulan "Merit Demerit". Jika mendapat markah A diberikan merit 20.Jika meningkat dari gagal kepada lulus dapat merit 10. Jika aktif dan berjaya dalam aktiviti sekolah ada merit lagi disamping membuat kebajikan untuk menambah markah. Mereka akan Demerit markah secara kumpulan sekiranya ada ahli kumpulan yang gagal ujian, melakukan kesalahan disiplin dll. Justru setiap kumpulan telah mempastikan tiap ahli masing-masing tidak kena Demerit. Kumpulan paling cemerlang dalan bulan berkenaan telah diberikan makan free ataupun hadiah .
Untuk menambat hati murid suka datang sekolah amat payah lantaran mereka tinggal di luar bandar dan daripada keluarga bukan berada. Aku ajak mereka melukis mural pada dinding luar kelas pada waktu petang.Sambil tu kami berbual-bual sambil makan-makan.Dari situ aku lebih memahami dan menyayangi mereka. Mereka pula mudah mendekati aku ,malah antara kami seperti ibu dan anak-anak.Setiap kali melakukan aktiviti luar kelas ini, aku bawa anak-anak sekali membantu. Aku nak mereka tahu pengorbanan seorang GURU bukan setakat dalam bilik darjah saja, malah di luar batasan waktu , yang cuma dipisahkan sementara oleh rasa penat.
Aku suka balik petang kerana suami pun tiba rumah jam 5 petang. Maka jika aku tiba rumah jam 4 setelah selesai solat Zohor di sekolah, tiada masalah. Selesai menyediakan minuman petang, aku mengambil anak-anak pulang dari rumah pengasuh. Selepas minum petang, anak-anak kutemani bermain di padang di depan rumah bersama anak-anak jiran.Malam mereka membuah kerja sekolah di meja makan di tepi dapur. Ini memudahkaan aku memantau mereka atau membantu mana yang mereka tidak faham. Selesai makan malam, aku membuat kerja-kerja sekolah seperti memeriksa buku, kertas jawapan murid, menyediakan soalan dll. jika aku ketemu masalah murid, aku telah mencatatkan ke dalam buku khas untuk dibawa berbincang dengan guru BI (F), guru MT (MI) dan guru Pendidikan Islam (S).
Kalangan guru UPSR ada Contact Hour kami sendiri. Waktu inilah segala kelemahan murid yang kami temui dibawa berbincang. Aku cukup gembira dapat bekerja dengan Cikgu F, M dan Z. Kebetulan aku selalu menghadiri kursus,seminar, konvensyen dll anjuran JN, JPN dan KPM. Semua dapatan dan pengalaman aku kongsi bersama mereka demi untuk murid2 kami. Jika ada bahan untuk digunakan oleh murid, mereka cari duit aku pula uruskan fotokopi di Taman Chempaka. Kekadang kami gunakan wang sendiri kerana nak guna Hak Kerajaan amat payah !..... Inilah pengalaman terindah dengan pentadbir.
Sejarah menaikkan nama sekolah itu ,banyak orang tahu. Tapi kami menunggu juga jika dipelawa makan free, diberi kad ucapan atau dihargai dalam mesyuarat. Memang bukan itu yang kami pinta. Lantaran anak2 kami semuanya berjaya memasuki sekolah berasramaa penuh, sesungguhnya itulah hadiah paling berharga daripada yang maha ESA.
Tahun 1996 bermula politiking dalam pentadbiran sekolah itu, kami terasa payah bekerja . Bermulalah penghijrahan...... Cikgu M bertukar ke Pangkor kerana naik pangkat. Cikgu F pindah ke utara balik kampung suami. Aku.... dipujuk oleh seorang GB , maka berehijrahlah pula ke sekolah lain pada awal 1997. Kami tinggalkan SR dengan pencapaian UPSR seramai 18 orang.( Pencapaian UPSR Paling tinggi
di sekolah itu)
Pada tahun 2005 , ketika itu aku masih bertugas di KL, aku berkunjung ke SR kebetulan PK1nya sahabat lama yang menjemputku. Dia sedih kerana prestasi menurun setiap tahun .Ketika itu hanya 2 orang dapat 5A UPSR. Dia memujuk, sekiranya aku balik ke Ipoh supaya membantunya di SR.
Baru teringat aku pernah menyebut dengan sahabat baik,"Jika mereka tak suka melihat kejayaan anak murid dan kemajuan sekolah, kita akan kembalikan sekolah ini kepada mereka seperti keadaan asal, sama seperti aku mula bertugas di sini."
GURU lain jangan buat ya.......

Friday, September 10, 2010
Raya Pertama Hambar
Alhamdulillah kupanjatkan syukur kepada Ilahi kerana diberikan peluang menghirup udara segar serta menikmati senario indah di raya pertama tahun 2010 ini. Memulakan tugas dengan sarapan lemang dan rendang Tok. Buat kerja kebersihan ala kadar. Menyediakan kuih raya, pun ala kadar.
Kemudian mengadap FB mengintai perkembangan anak-anak. Aku melayan e-mail dan message kenalan dan mantan murid. Semangatku sedikit meningkat, membayangkan Natrah dalam perjalanan balik Ipoh. Menatap beberapa berita on-line di FB Utusasan, Kosmo, Star dan yahoo mail. Kepala dah mula berat, mata sudah hampir rapat. Apalagi , ke dapur menyediakan makan tengah hari pula.
Aku menelefon adik di kampung. Mereka mengajak pulang, entah apa yang aku jawab. Sebenarnya aku TIADA HATI nak ke mana-mana. Tiba-tiba Kak Yong telefon demam dan tak jadi balik. Allahuakhbar, miss cucu lagi.Lepas makan, Yumi sms gambar dia di pagi raya, berbaju melayu kuning dan samping hitam. Aku sayu jadinya, apa lagi kepala dah pusing maka tidurlah.
Baru jam 3 petang, banyaknya masa lagi. Aku membersihkan tempat tanaman pokok sayuran di luar rumah. Tak terasa panas pun sebab dalam hati memang dah panas. Jam 6.15 petang Yumi ajak Skype dari New Zealand, wau!
50 minit berlalu, macam-macam cerita kami bualkan. tapi anakku itu nampak keletihan selepas mengadakan ziarah raya di rumah kenalannya di sana. Aku memujuknya untuk tidur dulu, esok atau lusa boleh skype lagi. Inilah raya yang kulalui dengan hambar.

Thursday, September 9, 2010
Aidil Fitri 2010 dalam dakapan kesayuan
Hari ni genap sebulan aku menyempurnakan ibadah berpuasa, Alhamdulillah. Allah kurniakan aku tubuh yang sihat dan selera makan yang kian meningkat.... sama meningkatnya obes diri. Apa tidaknya, sebelm ini lauk-pauk dibeli. tapi kali ini masak bersama Azi. Semua sedap....
Aku masih tercari-cari, apa kekurangan sambutan kali ini. Mood .. memang menurun. Persiapan ...ala kadar je. Baju raya rasanya macam tidak penting.Kuih raya, beli mana yang mudah dapat. Rumah, aku guna yang kenduri kahwin anak-anak dulu.
Entahlah, apa nak lagi dicoretkan pun dah tak tahu... menarik atau leceh!
Tadi petang anak bongsu menelefon , "New Zealand raya esok, mak" sama kita. Dia tak beraya sebab ada kelas dan lab hingga lewat 4 petang. Kak Yong (Nad) beraya di Kedah bersama keluarga mertua. Kak Yang(Ala) beraya di Kelantan juga bersama mertua. Kak Uda (Azi) , hah... beraya bersama mak bapa la di Ipoh.Yumi lagi jauh, di Wellington. Kesian ...dia.
Siang amat panjang. Untuk menghilangkan kebosanan melampau, aku masak rendang Tok kegemaran anak-anak semasa raya. Sambil mengacau dan menunggu rendang masak, aku melayari FB. Aku mengirim salam Aidil Fitri kepada rakan, mantan anak murid dan sesiapa je yang ada dalam list. Sesekali tengok gambar anak-anak dan gambar cucu (Natrah) untuk menyulam semangat menunggu rendang masak . Akhirnya semua selesai.
Adik-adik mengajak aku beraya di kampung BD. Entahlah, tawar hati nak ke mana-mana.Tambahan pula Ala tiada di sana .Azi sibuk menukar langsir, mengemas rumah mana perlu. Mujurla dia ada, kalau tak entahlah aku jadi apa....
Banyak pulak SMS yang nak dijawab. Pun aku tiada idea bagus nak jawab , hanyalah catatan yang amat biasa "Salam Aidil Fitri, moga bahagia bersama keluarga".Dulu akulah yang petah berpuisi semasa SMS. Kini dah tak boleh lagi.... SODIH
Aku berdoa moga, hari-hari mendatang aku tidak begini lagi. Kepada semua umat Muhammad, Salam Aidil Fitri . Wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)