 |
| Mina's Courtyard Pan Asian Kitchen |
 |
| Penginapan 2 malam di Islamabad |
Malaysia 3 jam lebih awal daripada waktu di Pakistan. Mujurlah opah dah biasa melalui perbezaan masa tika melancong ke luar negara. Cuma agak sedikit sukar dengan waktu bersolat Subuh kerana terlalu awal. Sekitar jam 4 pagi dah masuk waktu solat Subuh. Selepas bersolat hingga jam 7.00pagi tiada aktiviti. Sarapan hanya tersedia setelah jam 7.00pagi. Selesai mengaji quran opah mengedit gambar-gambar yang dirakam sendiri dengan melebelkan lokasi pada gambar tersebut. Dengan cara gini mudah opah menggunakannya untuk tugasan Blog. Gambar-gambar yang dikongsikan kekawan opah delete mana yang yang diperlukan.
Waktu solat tika di Islamabad
Waktu solat di Hunza dan Skardu
Hari 7 April dimulai dengan bersolat Subuh jam 4.26am. Sementara menunggu waktu sarapan jam 5.00pagi, sibukkan diri dengan mengedit foto dalam fon Digi dan Maxis. Di Pakistan ni payah sikit nak beli roti-roti untuk dibawa makan di bilik. Opah pula dah kena makan awal selepas solat Subuh. Perut ni asyik berkeroncong je lah. Jam 5.20am kami dibawa berjalan kaki ke gerai makan di Golra Street. Hmmm... disajikan roti canai tapi tiada pula kuah kari atau kuah dalca untuk dicicahkan. Kami diberitahu, orang sini tak makan roti canai dengan kuah. Maka diberikan telur dadar untuk dimakan bersama roti canai. Waduhhhh!! enak pula! Tak pernah dibuat makan roti canai sedemikian, tapi makin bertambah rotinya kami makan.
Jam 7.50am kami sudah bersiap membawa bagasi ke dalam Coaster. Bagasi yang besar-besar diletakkan di atas bumbung coaster. Barangan lain dibawa ke tempat duduk dalam Coaster. Muat tak muat... terpaksalah disumbatkan di celah-celah seat. Jam 8.50am setelah sejam perjalanan kami tiba di Islamabad International Airport. Menunggu pula di dalam coaster sementara Tour Guide turun menguruskan Boarding Pass. Malang sekali kami diberitahu bahawa Flight kami sudah berlepas sejam lalu. Allahuakbar!!... Kesilapan Tour Guide melihat mesejnya yang menyatakan kononnya 'penerbangan ke Skardu pada 7 April ditunda ke petang'. Maka dia terpaksa membelikan tiket penerbangan baru pada 8 April untuk kami semua. Dari sinilah bermulanya UJIAN di bumi Islami Jumhuriya Pakistan (dalam bahasa Urdu), Pakistan.
 |
Bersaparan sini
|
 |
| Roti canai + telur dadar |
 |
| Coaster kegunaan sepanjang di Islamabad |
 |
| Seat opah 2nd last, belakang Imah |
 |
| Tour Leader Sharliza |
 |
| Hujan mengiringi perjalanan turut berduka terlepas flight |
Sejak awal pagi hujan renyai mengiringi kami sepanjang perjalanan. Berjalan kaki ke kedai makan pagi tadi pun terpaksa meredah hujan. Kini ke airport pun hujan sepanjang perjalanan. Oleh kerana penerbangan ke Skardu ditunda esok hari, justru Tour Guide memilih beberapa aktiviti dalam senarai Itenari dalam pakej untuk mengisi aktiviti hari ini. Untuk hari ini 7 April, kami disajikan itenari pada hari ke-9, hari sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Sepatutnya sebelum pulang ada 3 hari berada di Islamabad untuk itenari sekitarnya. Namun terpaksa diawalkan beberapa aktiviti kerana masalah terlepas flight.
Jam 10.30am hujan menjadi lebat sepanjang pagi itu. Singgah pula bershoping di Jinnah Super Market, Markaz 7, masih di Islamabad. Sebuah pasaraya kecil 2 tingkat yang menyajikan aneka pakaian, kosmetik dan keperluan rumah, melainkan keperluan memasak. Ramai jemaah yang berbelanja di sini, namun opah ronda-ronda je menjamu mata sambil meninjau kedai menjual roti atau jajan di situ. Namun hampa. Kemudian berjalan kekuar melihat sekitar kedai-kedai yang berjiranan dalam bangunan tersebut.


Perut opah mula berkeroncong. Tiada makanan pula dijual di pasaraya tadi untuk diisikan ke mulut. Jam 12.00 tengahari kami dibawa ke Jannan Foods yang terletak bersebelahan stesen bas. Janan terletak di G-9 Markaz, Islamabad. Dari jauh sudah kelihatan menyerlah wajah restoran ini dek kerana warnanya dengan kombinasi kuning dan hitam. Hari pertama disajikan set penuh menu Nasi Briyani citarasa tempatan. Menu dengan resepi lebih pedas, masam-masan manis dan kaya dengan arome rempah. Walaupun terasa sangat rempah-ratus pada nasi Briyani itu, namun perut opah masih OK menerimanya. Mungkin masih terlalu awal merasai rempah yang kuat. Sos putih yogurt yang masam, ulaman timun, kekadang Raita dan hirisan bawang merah pasti ada pada setiap hidangan. Namun tak sama dengan cara sajian Briyani di negara kita.
Tidak jauh dari Janan Foods terdapat sebah masjid tersohor di Islamabad. Dikenali sebagai Masjid Faisal. Merupakan masjid negara yang terletak di ibu negara Pakistan, Islamabad. Juga menjadi masjid ke-6 terbesar di dunia. Dibina di kaki Margalla Hills. Masjid ini dinamakan sempena Raja Faisal Arab Saudi (1964-1975). Vedat Dalokay seorang arkitek Turki merekabentuk masjid ini. Jam menunjukkan 1.15pm, sudah masuk waktu Zohor. Hujan lebat mengiringi kami menuju ke masjid. Dek kegembiraan berada di rumah Allah, hujan kami redah walaupun terpaksa berjalan jauh. Agak kecewa juga, inilah antara dua masjid yang disinggahi sepanjang 10 hari berada di Pakistan, sebuah Republik Islam.
 |
| Sumber youtube |
 |
| View dalam masjid dari tkt 1 |
 |
| Happy dapat bersolat di sini |
 |
Mendengar penerangan sementara menanti hujan reda |
Pakaian sedikit basah walaupun opah mengenakan baju hujan yang dibawa bersama, namun tidaklah sampai menggigil. Jam 2.50pm kami dibawa ke Centaurus Mall yang tidak jauh dari Masjid Faisal. Mall yang terkenal ini terletak di Nombor 4, Jinnah Avenue, Islamabad. Komplek Centaurus mempunyai 4 tingkat gedung beli-belah dan 3 menara bangunan 22 tingkat yang mengandungi rumah kediaman, hotel serta ruang pejabat. Sebanyak 26 tingkat hotel yang beroperasi dibawah Brand Movenpick. Centaurus Mall ini telah dibuka pada tahun 2013. Ada pelbagai barangan jualan terdapat di sini. Kedai-kedai pakaian, makanan, alatan komunikasi, cinema, taman hiburan dll. Di tingkat bawah terdapat surau untuk bersolat.
 |
| Minum kopi dan makan roti |
 |
| Baru jumpa roti, tapau balik |
 |
| Terbeli sepasang sutera Pakistan |
Puas ronda-ronda di dalam mall, memanglah penat. Kemudian duduklah di bangku yang tersedia di ruang legar sambil mata memandang sekitar. Jam 5.50pm kami dibawa ke Savor Foods pula. Terletak di Jinnah Ave, Blue Area, Islamabad. Restoran ini terkenal dengan menu Pilau Rise, kebab dan ayam gorengnya. Nasi Pilau berwarna perang gelap disajikan bersama Yogurt Raita, salad serta ayam goreng berempah. Memang lain sikit nasi Briyani kali ni berbanding Briyani semalam. Kami balik ke penginapan di Executive Residency lalu bersolat dan berehat. Kami perlu tidur awal kerana esok akan terbang ke Skardu menggunakan penerbangan domestik.
 |
| Geng bertugas buka pintu pesawat |
 |
| Kami disuruh baca semua tu!! |

 |
| Pintu kanan bahagian tengah pesawat Airblue |
 |
| Sarapan di airport sebelum berlepas |
 |
| View begini sepanjang menghampiri Skardu |
 |
| Bersama Mimi dan familinya |
 |
| Airport tertinggi di dunia |
 |
| Bangunan terminal simple... |
Sementara menunggu ketibaan Coaster menjemput kami, masing-masing sibuk merakamkan gambar. Kami dibawa ke tempat penginapan dahulu untuk check in. Jam 11.25am tibalah di Apex Hotel &Resort Skardu. Lokasi penginapan ini di Airport Road, Gayoul, Skardu. Opah dapat bilik di tingkat bawah, bersebelahan pula dengan dining Room di tingkat atasnya, Alhamdulillah. Jam 1.00pm kami menuju ke Kanchura Lake untuk makan tengahari dan aktiviti naik bot. Sepanjang 50 minit perjalanan dapat menyaksikan panorama gunung-ganang yang memutih diselaputi salji di puncaknya. Oleh kerana tika ini baru masuk musim bunga, kedinginan suhu sekitar masih terasa. Kehidupan penduduk di sini masih jauh dari arus pembangunan. Mereka masih mendiami rumah-rumah binaan daripada tanah liat dan rumah kayu lama. Mereka bekerja sebagai petani dan penternak tradisional.
 |
| Blok bangunan penginapan |
 |
| Lanskap menarik |
 |
| Terdapat 4 di sini |
 |
| View dari bilik penginapan di tingkat bawah |
 |
| Baring di katil nampak view indah |
 |
| View depan bilik |
 |
| Depan entran hotel Apex |
Sejam perjalanan kami tiba di Upper Kachura Lake. Kami berjalan kaki agak jauh di atas jalan tanah. Kemudian menapak di atas jalan tanah di tepi longkang yang dipenuhi akar-akar pokok. Memang sangat merbahaya!! Nasib baik Allah ketemukan kami dengan insan yang baik-baik. Ada yang meminpin Imah melangkah sepanjang laluan menuju ke tempat makan.
Akhirnya tibalah di sebuah gerai makan yang binaannya daripada kayu yang sangat kekampungan. Belum kelihatan makanan yang tersaji atau disediakan di situ. Sambil duduk terlihat beberapa orang pekerja sibuk memasak di dapur. Ada pula yang baru masuk ke dapur membawa bahan masakan. Dari jam 2.20pm berada di gerai tersebut, hinggalah jam 3.50pm barulah dapat makanan. Dalam kegelisahan dan kelaparan masih ada yang gagah turun ke tasik merakamkan gambar. Memang ada aktiviti menaiki bot belayar sekitar tasik, namun tiada seorang pun daripada jemaah kami yang sertai. Mungkin kalaparan!!
Sementara menunggu menu utama, kami disajikan kekacang dan minuman kotak. Perut opah dah berkeroncong. Gert mula menyerang. Ubat belum makan lagi sejak pagi tadi. Setelah sejam setengah menanti, dapatlah makan nasi berlaukkan kari ayam, salad sayuran yang terdiri daripada hirisan timun, tomato dan bawang besar. Alhamdulillah..... rezeki hari pertama di Skardu! Cuma 1 bintang boleh diberikan berbanding dengan harga pakej yang kami bayar 😠 RM8967.50 !!
 |
| View pergunungan sepanjang jalan |
 |
| Desa penempatan penduduk |
 |
| Jalan menuju Upper Kachura Lake |
 |
| Berjalan kaki dari parking bas ini |
 |
| Kachura Lake view dari gerai makan |
 |
| View dari dataran Lower Kachura Lake depan kedai makan |
 |
| Tangga ke tasik tanpa pemegang |
 |
| Air tasik Kachura membiru |
 |
| Berkongsi makan ni sebelum nasi tiba |
 |
| Dijamukan kentang sebelum nasi |
 |
| Nasi putih dan kari ayam |
 |
| Gerai makan Kachura Lake |
Jam 4.20pm kami berjalan keluar melalui lorong yang sama waktu datang ke Kachura Lake. Imah dapat menaiki kereta yang disewa khas Group Wafi 3 beradik. Jika datang dengan kereta boleh dipandu hingga ke hujung jalan berbatu kelikir. Tidak lama berada di dalam bas kami turun pula di Soq Valley View Point Skardu. Lokasi ini untuk menyaksikan Sungai Soq yang mengalir air glacier jernih serta berlatar belakangkan pergunungan yang mengelilinginya. Dikenali sebagai Hidden Valley terletak antara wilayah Gilgit-Baltishan. Juga tidak jauh dari Upper Kanchura Lake dan Shangrila Resort di wilayah Kanchura. Hanya merakamkan gambar di sini.
Sambil melangkah pulang ke Coaster, opah singgah pula melihat beberapa haiwan batu yang terdapat di sekitar taman berhampiran laluan. Tidak ramai pengunjung datang ke sini mungkin kerana masih peringkat awal musin Spring dan selepas tamat musim Winter. Kelihatan belum membangun kawasaan sekitar walaupun sumber pelancongan untuk ekonomi penduduk sangat banyak boleh dibuat di sini.
 |
| Sumber youtube |
 |
| Replika lembu |
Jam 5.20pm kami sudah tiba di Shangrila Resort yang terletak berdekatan Soq Valley. Kami perlu melepasi pintu keselamatan untuk memasuk ke kawasan tersohor di Skardu ini. Memasuki ke dalam tempat ini sudah terpukau dengan panorama alam yang menarik ciptaan Allah serta lanskap cantik dekorasi manusia. Menuruni kenderaan lalu melangkah, kami disajikan view tasik yang menawan. Udara dingin segar di kala senja menghembusi setiap jemaah yang sibuk merakamkan gambar.
Shangrila resort terletak di Kachura, Kachora, Skardu. Keliru pula dengan ejaan nama tempat yang sangat mirip ni! Terletak di tepi Lower Kachura Lake dengan berlatar belakang view Karakoram Mountain Range. Sejauh 3km dari Upper Kachura lake dan 18 km jaraknya dari Skardu. Resort ini merupakan resort pertama didirikan untuk tourism di Utara Pakistan ini yaitu pada tahun 1983. Dibangunkan oleh Brig. Muhammad Aslam Khan, Kommander pertama di utara Pakistan. Beliau juga memainkan peranan utama dalam menliberasasikan wilayah utara negara ini sekitar tahun 1948. Dinamakan Shagrila merupakan perkataan Chinese bermaksud Heaven On Earth.
 |
| Entrans ke Shangrila |
 |
| Cafe di dalam pesawat |
 |
| Menyediakan aktivi boating di Lower Kachura Lake |
 |
| Cafe di Shangrila, Skardu |
Dah puas berjalan-jalan menikmati ciptaan Ilahi, kami bergerak pulang. Jam 6.36pm pulang semula ke Apex Hotel & Resort. Lokasinya di Airport Road, Gayoul Skardu. Setelah semua jemaah memasuki penginapan, Sherri membawa opah bersama isterinya dan Mimi keluar dengan menaiki kereta untuk membeli Kad Sim. Meredah kegelapan malam sekitar jam 7.15pm melalui penempatan penduduk yang belum membangun kemudian menemukan pekan kecil. Singgah di sebuah kedai telefon. Malangnya di situ tiada jualan kad sim. Pekedai itu memberitahu hanya di kedai utama di bandar Skardu sahaja yang diberikan lesen menjualnya. Paling kecewa Mimi kerana dia memerlukan Sim Kad untuk mengikuti Kelas On-Line pada esok harinya.
Pulang semula ke penginapan terus menuju ke dewan makan di tingkat 1. Jam 8.10pm kami dihidangkan nasi putih dengan jelatah lobak serta bawang dan sedikit timun. Lauknya kuah kari. Ramai yang mula bising dengan menu yang disajikan. Akhirnya Shariliza (Tour Leader) memesan telur goreng dan gulai dimasak semula dengan memasukkan daging ayam. Menunggu seketika akhirnya dapatlah menu makan malam yang agak ok. Nah... nak beri berapa bintang jika nasi+telur mata kerbau (sunny side up)+gulai ayam+salad untuk dinner malam ni??. Siang tadi waktu lunch sangat mengecewakan. Alasan diberikan sukar berkomunikasi kerana internet lemah di kawasan tersebut. Kerana itu makanan tidak disediakan lebih awal. Malam ni pula para jemaah dah tiba awal di penginapan, jam 7.00 malam. Dah lebih sejam hanya di sajikan 3 menu sahaja!! Inilah ujian ketiga!
 |
| Mula2 hidang nasi, kuah dan salad je |
 |
| Selepas protes dapatlah gulai ayam & telur dadar |
Sementara menunggu masa sarapan opah meninjau kawasan sekitar hotel merakamkan gambar. Memang menakjubkan panorama gunung-ganang sekitar yang masih kekal keindahannya. Belum banyak pembangunan yang merosakkan keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi. Jam 7.30am kami mula bersarapan di Cafe Apex Hotel. Disajikan Roti Nan bercicahkan kuah gulai dan telur mata kerbau. Minuman jus mango dan favourite opah Teh Susu turut dinikmati. Alhamdulillah rezeki untuk mengalas perut pagi itu. Jam 8.50am bersiap-siap untuk check out hotel pula.
Pagi ni tarkh 9 April 2026 membawa kami meneroka panorama sekitar Juglot-Skardu Road di utara Pakistan. Lebuhraya sepanjang 167km menghubungkan di hujung baratnya bandar Gilgit dan di hujung timurnya Skardu di wilayah Gilgit-Baltistan. Lebuhraya ini dibibina oleh Pakistan Army Corp of Engineers dari tahun 1970 hingga 1982.
Kemudian akan melalui Karakoram Hihgway pula. Laluan sejauh 1300km menghubungkan Hasan Abdal di Pakistan dengan Kashgar di wilayah Xinjiang, China. Terkenal sebagai jalan berturap tertinggi di dunia, (melalui Ps Khunjerab pada ketinggian 4714 meter). Kemudian melalui lanskap terindah di Banjaran Karakoram. Highway ini adalah sebahagian daripada koridor Ekonomi China-Pakistan(CPEC) serta jalan penting bagi laluan Sutera (Silk Road).
Sepanjang perjalanan menyaksikan kawasan pertanian di kiri dan kanan jalanraya. Ada petak-petak serupa petak sawah padi, rupa-rupanya tanaman gandum. Selainnya kebun-kebun aprikot, epal, berries cheri dan sebagainya. Melihatkan view Banjaran Karakoram di sebelah utara, Banjaran Himalayas di selatan dan The Hindu Kush di barat; perjalanan ini memang sangat memukau. Memutih di 3 puncaknya dan berkilauan dek pancaran matahari pagi. Subhanallah!
Pabila memasuki Karakoram Highway disajikan pula dengan panorama Indus River yang mengalir jernih airnya. Indus River adalah sungai terpanjang di pakistan yang mengalir dari Tibet, melalui Jammudan Kashmir(India), Himalaya dan Pakistan hingga hujungnya di Arabian Sea. Kenderaan terpaksa melalui lebuhraya yang tersangat curam, berselekoh tajam dan tersangat hampir tebing jalan dengan tebing gunung yang curam. Kecekapan pemandu coaster dengan gaya pemanduan yang berkelajuan sederhana tidaklah memeningkan kepala kami berada di dalam coaster. Bermakna kami terpaksa berada di jalanan sejauh 283km selama 5jam 10 minit untuk sampai di Hunza.
 |
| View halaman Apex Resort |
 |
Pemandu wanita pula
|
 |
Mujurlah tiada bangunan tinggi dibina yg akan menutup pemandangan indah |
 |
| Highway terlalu hampir dengan curam |
 |
| Karakoram Highway |
 |
| Lebuhraya Pakistan dan China |
Setelah 2 jam bergoncang di dalam kenderaan dan pemandunya keletihan, kami berhenti di pertengahan perjalanan, Tika itu baru jam 10.20am. Tempat persinggahan di R&R Astak Nala. Terletak di Gilgit-Skardu Road, jalan yang sangat popular kepada pelancong dan untuk melihat view yang strategik. Jalan ini sejauh 245km menghubungkan Gilgit dan Hunza. Selama 5 jam pemanduan jika dengan kenderaan awam. Lokasi ini sebuah kawasan R&R berdekatan Astak Village. Tempat rehat ini menyediakan beberapa buah kedai makan, kedai runcit dan tandas. View di sini pun cantik. Kami singgah minum kopi lokal serta ke tandas.
 |
| Minum kopi lokal |
 |
| Tour Leader membantu Imah |
Setengah jam kemudian kami meneruskan perjalanan, waktu menunjukkan jam 11.00pagi. Masih melalui lebuhraya yang curam serta dipamerkan penorama gunung-ganang dalam pelbagai bentuk. Tidak banyak tumbuhan hidup di seluruh kawasan yang dilalui. Sesekali menemukan penempatan penduduk yang masih mengekalkan kehidupan tradisi. kekadang menemukan haiwan ternakan yang dipelihara penduduk tempatan. Masih jauh dari arus pembangunan!
Jam 1.53pm kami singgah di Ramada Hotel, Gilgit. Terletak di Gilgit Road, Sakwar. Sebuah hotel moden berdekatan Kargah Buddha dan Naltar Valley. Dari sini pengunjung sudah boleh melihat keindahan Rakaposhi Peak dan panorama Glaciers. Sebelum makan tengahari kami bersolat dahulu. Bukan surau atau bilik khas untuk bersolat, namun sebuah bilik mesyuarat yang dipinjamkan untuk kami. Islamic Republic of Pakistan nama diberikan, namun jarang menemukan masjid sepanjang perjalanan mahupun surau yang sesuai untuk pengunjung bersolat! Kami bersolat di ruang kosong antara barisan meja. Alhamdulillah.
Setelah selesai solat bergilir antara lelaki dan perempuan, kemudian kami menjamu selera makan tengahari. Menu Lunch di Ramada Hotel Gilgit adalah Nasi Briyani, gulai ayam, jelatah dan ayam goreng serta buahan. Alhamdulillah, baru terasa makan di hotel! Selesai makan opah segera keluar merakamkan view menarik di depan hotel. Andainya dapat nginap di sini.... memang tak duduk lama di bilik sebab nak meronda melihat view sekitar puas-puasnya!!
 |
| Dewan makan Ramada Hotel |
 |
| View depan Ramada Hotel Gilgit |
 |
| View depan hotel |
Selesai bergambar ramai di depan replika GILGIT, kami singgah di sebuah kedai telefon. Opah, Siti dan Mimi dibawa Tour Giude ke dalam kedai. Membayar dengan kad WISE RM13.50 bersamaan Rupees950. Selesai urusan di situ, jam menunjukkan pukul 2.50pm bermulalah perjalanan ke Rakaposhi pula. Jam 4.30pm tiba pula di Old Silk Road untuk melihat laluan yang digunakan oleh para pedagang zaman dahulu. Terletak di lereng gunung sejauh 6400km yang menghubungkan perdagangan dan kebudayaan antara negara. Bermula dari Chang'an (Xian) di China, melalui Asia tengah hingga ke Lautan Mediterranean sebagai penghubung dunia Timur dan Barat. Tatkala singgah terjumpa gerai menjual makanan tempatan. Sherri membeli beberapa biji Chap Shoro untuk kami nikmati di dalam kenderaan. Enak, terasa makan lempeng berintikan kentang dan daging seperti inti kaaripaf.
 |
| Diberikan pekedai |
 |
Para pedagang antara negara melalui lereng gunung untuk berniaga |
 |
| Memasak Chap Shoro |
Jam 4.50pm tiba di Rakaposhi R&R. Rakaposhi bermaksud Shining Wall atau Dumani (Mother of The Mist). Terletak di daerah Nagar di Negeri Gilgit-Baltistan, Pakistan. Dengan ketinggian 7786 meter menjadikan Rakaposhi yang ke-27 tertinggi di dunia. Tika berada di sini dapat menyaksikan view Nagar Valley nan memukau dari Karakoram Highway. Keindahan kawasan pergunungan, glacier, aliran air jernih dari puncak ke lembah serta warna menghijau sekitarnya; menjadikan lokasi wajib singgah kepada para pelancong.
Kami singgah untk berehat sambil menikmati minuman kopi tempatan. Terdapat beberapa blok kedai menjual makanan kering organik, barangan cenderamata dan pakaian. Cuma ada sebuah kedai makan di sini. Opah menjengah beberapa lokasi di sekitar R&R untuk merakamkan gambar sementara menunggu kekawan berbelanja.
 |
Kinu-Kutto View of Rakaposhi Zipline, Nagar |
 |
| Menikmati kopi tempatan |
 |
| Kedai cenderamata |
Jam 6.20pm kami bergerak menuju ke Famree Hotel & Resort. Terletak di tebing Attabad Lake, Hunza. Sebuah bangunan binaan daripada kayu dan batuan yang berlatar belakangkan panorama Attabad Lake. Cuma beberapa km dari Karimabad, dekat juga dengan Hussaini Suspension Bridge. Bilik tidur selesa dan makanan sedap rasa sudah sedia terhidang di sini.
Jika menginap di bilik executive, alhamdulillah ada lif disediakan. Namun, jika hendak menggunakan lif perlu menghubungi Room Servis untuk mereka setkan bekalan letrik di lif. Selainnya menggunakan tangga untuk naik turun di bangunan 4 tingkat ini. Hotel di sini masih menggunakan Jenerator Letrik untuk mendapatkan bekalan tenaga. Dari bilik executive ini dapatlah melihat terus view Attabad Lake. Boleh turun ke koridor hotel menjamu selera dan bergambar dengan view sekitar Attabad Lake. Tidur 2 malam sahaja di sini, dengan merasai jamuan makan malam dan sarapan seperti dijadualkan.
 |
| Bangunan induk Famree Hotel & Resort |
 |
| View dari tingkat 1 |
 |
| Bilik di tingkat bawah |
 |
| View dari bilik tidur executive |
 |
| Attabad Lake di depan bilik |
 |
| Nginap di bilik ni pada 10 April |
 |
| Bilik nginap pada 9 April kemudian berpindah bilik 206 |
 |
| Entrans ke Famree |
 |
| Jenerator Letrik |
 |
| Dinner di Famree |
Pagi 10 April, opah keluar awal untuk merakamkan gambar sekitar Famree Hotel. Sunyi sekitarnya tidak kelihatan penempatan penduduk. Juga jauh dari kawasan pertanian. Sekeliling hotel ini dipagari banjaran gunung yang gondol, kurang ditumbuhi pepohon. Jarang kedengaran kicauan unggas atau bunyi haiwan ternakan. Memang ketinggalan daripada pembangunan. Oh... damai sekali. Selesai bersarapan kami menaiki Coaster untuk ke lokasi visata pertama hari ni.
 |
| Dataran depan Famree |
 |
| Banjaran gunung sekeliling |
 |
| Lanskap Famree |
Destinasi pertama kami tiba pada jam 9.21am. Sepanjang perjalanan masih menyaksikan banjaran Karakoram. Banjaran ini berkongsi 3 sempadan bumi antara negara India, China dan Pakistan. Namun keindahan pada puncaknya masih menyerlah dengan liputan salji nan memutih. Tibalah di lokasi yang dinamakan Hussaini Suspension Bridge. Sebuah jambatan pejalan kaki yang tergantung merentasi Hunza River di Gilgit-Baltisan Karakoram Range. Pada asalnya jambatan ini dibina untuk menghubungkan penduduk setempat di Hussaini Village dengan Zarabad, namun menjadi popular pula kepada pelancong. Di atas jambatan ini pengunjung dapat menikmati puncak Passu Cones yang dibaluti awan putih di belakangnya. Hussaini Bridge pernah mengalami kerosakan tika Monsoon tahun 2011, tapi telah digantikan dengan kabel keluli dan kayu solid. Tambah menarik pelancong datang ke sini dengan adanya Zip Line dan Sky-Cycling di sisi jambatan.
Tika menuruni laluan menuju ke Hussaini Suspension Bridge opah sangat teruja. Nak sangat melihat cara jambatan itu tergantung. Opah tertipu... sangat jauh berjalan menuruni lereng bukit untuk bertemu HSB!!. Alhamdulillah... Tiba di tepi jambatan opah bersemangat nak cuba menapak di atas Hussaini Bridge. Namun berhenti hingga ke papan yang ke-30 sahaja kerana tiada peneman untuk menyeberang. Bimbang juga insurans tak cover jika terjadi sesuatu. Opah menoleh ke sebelah kiri jambatan menyaksikan peminat Zip Line beraksi. Pergerakan mereka menggunakan tali kabel yang ditarik oleh tangan manusia, bukan jentera!
Opah orang pertama pulang semula ke kenderaan Coaster kerana Cik Imah menunggu di situ. Tika mendaki inilah baru tahu, jantung opah belum bersedia untuk aktiviti pendakian. Berpuluh kali berhenti untuk melegakan pernafasan, kemudian sambung lagi melangkah. Mujurlah ada sebuah gerai menjual makanan di pertengahan laluan. Rupa-rupanya Imah diletakkan di situ oleh Tour Guide. Imah minum sementara menunggu kepulangan kami. Opah pun merasai cucur sayur yang rangup bercicahkan sos cili produk tempatan yang enak! Pabila perut dah berisi, tenaga pulih semula, kami berdua terus mendaki di laluan curam.
Separuh pendakian, tetiba Imah teringatkan sweternya tertinggal di gerai kuih. Opah turun semula untuk mengambil baju sejuk Imah. Allahuakbar!!! dari sinilah ujian jantung bertambah berat. Setiap 10 langkah opah terpaksa duduk di tebing jalan lalu menarik nafas berkali-kali sambil membacakan doa Allahhumma Qolbi Saidina Muhammad dan Wasyifaum lima fissudhur. Alhamdulillah... selamat tiba di coaster. Demi memastikan jantung terus bertahan, apa lagi; opah terus meletakkan ubat jantung di bawah lidah. Rupa-rupanya ada kawan di seat sebelah terlihat opah. Hah.... kantoi!! Opah mengaku dengannya makan ubat glyceryl Trinitrate sebab terasa sakit pada dada!
 |
| Passu Cones |
 |
| Berlatar belakang Passu Cones |
 |
| Hussaini Village sini, Zarabat seberang sana |
 |
| Hunza River di bawah jambatan |
Aktiviti Zipline di Hussaini Bridge
(sumber youtube)
 |
| Menapak di atas 30 keping kayu je |
 |
| Gerai Cokodok |
 |
Sementara menunggu kekawan, jadilah driver |
Jam 11.20am kami bergerak ke Passu Cones View di Passu Cones Village. Sebuah perkampungan kecil di Gojal Valley, Upper Hunza. Terletak di tepi Karakoram Highway. Passu Cones menjadi tarikan pelancong kerana keindahan lanskap dan view panorama seluas 7478 meter yang merangkumi Passu Sar Mountain, Passu Glacier, Batura Glacier dan Passu Cathedral (Tupopdan) . Tatkala berdiri di sini terasa diri sedang berada di sebuah planet lain yang menakjubkan. Untuk merakamkan view menarik terpaksa berada di atas jalanraya yang tidak sibuk.
 |
| Karakoram Highway |
 |
Puncak batuan tajam (Cones)diselaputi salji dan awan putih, Passu Cones |
 |
| Passu Village di belakang Passu Cones |
 |
| Lagi menarik.... sumber youtube |
Kami menuju ke perkampungan yang banyak kebun aprikot pula untuk melihat lebih dekat tumbuhan tersebut. Jam 11.40am sudah tiba Apricot Garden di Passu Village. Ia sebuah perkampungan kecil di Gojal Valley dalam wilayah Gilgit Baltistan, Upper Hunza. Desa ini terletak di utara Pakistan selari dengan Karakoram Highway. Ia merupakan destinasi tarikan pelancong dek kerana lanskapnya tanamannya serta berlatar belakangkan view Passu Cones yang menakjubkan. Kelihatan pepohon nan memutih memenuhi ruangpandang di kiri dan kanan jalan yang dilalui. Kebetulan masa ni memasuki musim Spring, pepohon menguntumkan bungaan di sana sini. Perusahaan aprikot kering banyak dilakukan para penduduk sekitar.
 |
| Kebun Aprikot pokok2 mekar berbunga |
Tidak jauh perjalanan kami singgah di sebuah tempat rehat dan makan di tepi Karakoram Hihgway. Tika bergerak jam menunjukkan pukul 12.05pm. Kami tiba jam 1.15pm di Khunjerav Cafe. Sebuah restoran di Gircha, Gil-Baltishan, Hunza. Udara sekitar nyaman sangat. Cuaca segar walaupun pancaran cahaya matahari terik tika ini. Oleh kerana sudah masuk waktu solat Zohor, kami bersolat dahulu sebelum makan tengahari.
Shery memberitahu yang kami akan bersolat di sebuah surau yang berusia lebih 300 tahun di situ. Sambil melangkah ke belakang restoran tercari-cari surau yang wajahnya macam surau di negara sendiri. Memang tak jumpalah!!.. Hanya di belakang restoran terdapat sebuah bangunan usang binaan daripada batu. Warnanya buruk, saiznya kecil hanya memuatkan 10 orang sekali bersolat. Ada sebuah bilik kecil yang terbentang sehelai sejadah di lantainya. Di sini muat dua orang bersolat. Tetapi semua itu hanyalah luarannya sahaja. Sesungguhnya dalam hati opah, Allah takdirkan kami merasai bersolat di tempat yang sebegini supaya tertanam kukuh rasa kesyukuran hidup di Malaysia yang serba mewah!! Bersolatlah kamu walau di mana sekali pun asalkan bersih. Malah opah pernah bersolat di atas rumput, di atas padang pasir, di tepi jalan raya malah di luar bangunan tandas. Semuanya pengalaman tika mengembara di luar negara. Selesai wanita bersolat barulah lelaki pula mengambil giliran.
Menu lunch masih sama di mana-mana di Utara Pakistan ni. Nasi Briyani, roti Prata, salad timun campur bawang besar, mi goreng dan kuah kari. Oleh kerana nak menikmati makanan masyarakat di negara orang, maka wajib makanlah walaupun sedikit. Masakan di sini enak pula, tapi opah masih mengambil sedikit makanan sebagai lapik perut sahaja kerana nasinya dimasak dengan banyak rempah ratus terutama lada hitam/ lada putih. Perut tua ni tidak tahan lasak!
 |
| Pokok Aprikot di depan restoran |
 |
| Dewan makan restoran |
 |
| Ada ayam goreng tau dalam Menu lunch ni |
Ruang solat imam
 |
| Surau 300 tahun |
 |
| Ruang solat terbuka |
.jpg) |
| Tempat wuduk |
Jam 2.45pm kami menuju ke border Pakistan and China. Kami tidak singgah cuma lalui lokasi sini. Rupa-rupanya memang cantik view di border tu. Kami tidak singgah kerana nak mengejar masa untuk menaiki bot di Attabad lake. Opah pinjam foto anak kawan opah, Sarah yang turut melancong ke Utara Pakistan pada tarikh dan penerbangan yang sama. Nampaknya pakej yang dikelolakan Untie Sarah dengan menggunakan Ground Agent bernama World Travel and Tour Pakistan sangat menarik dan lebih murah, dalam 6K sahaja. Namun, sudah terlambat! Demikianlah Allah takdirkan rezeki masing-masing!
 |
Border dgn China, foto drp group anak Sarah
|
Dalam kembara seterusnya Shery menunjukkan sebuah lokasi bersejarah yang mendukacitakan di Hidden Village Attabad Lake .... Sebuah desa Ayeenabad telah tenggelam seluruhnya. Manakala kampung Shihkat sebahagian besar buminya tenggelam. Terjadi pada Januari 2010 tanah runtuh besar-besaran (Massive Landslide) di Hunza Valley. Tanah yang runtuh telah menyekat Hunza River lalu membunuh 20 mangsa. Turut tenggelam Kampung Attabad dan memutuskan Karakoram Highway. Malapetaka alam ini telah mengganggu urusan perdagangan rantau ini. Kesan bercana alam ini telah menjadikan atau mentransfom sebuah tasik biru stunting yang dalam. Itulah Attabad Lake. Kini kesan duka itu tidak terlihat lagi. Sudah dibangunkan sebuah resort terkenal di situ dinamakan Hidden Village Resort.
 |
| Sumber youtube |
Kebiasaannya sebelum mengembara opah sudah menyediakan nota ringkas berkaitan tempat-tempat lawatan. Kemudian ditambahkan dengan imfo semasa lawatan. Namun untuk kembara ke Pakistan ni, opah KOSONG!! Tiada imfo awal dibawa bersama. Semuanya kerana gangguan pada hati dan fikiran sebelum memulakan kembara! Terasa bagaikan murid Pemulihan pula diri opah dalam kembara kali ini.
Jam 4.30pm sudah tiba di Rainbow Bridge. Sebuah jambatan gantung yang berwarna-warni ala-ala warna pelangi. Terletak di Gojal wilayah di Hunza Valley. Jambatan ini sebahagian daripada usaha untuk mempromosi pelancongan Adventure di Gilgit-Baltishan. Jambatan ini diperkuatkan dengan kabel keluli dan lantai kepingan kayu kukuh. Jambatan Gantung ini membolehkan penduduk setempat, para pelancong dan pengembara menyeberangi Hunza River dengan selamat. Berada di atas jambatan ini dapat merasai gegaran jambatan dan kedengaran bunyi kabel serta kayu plank yang di pijak. Puas dapat menyaksikan aliran air Hunza River di bawah kaki serta view puncak banjaran sekitarnya yang memutih dengan salji.
Ramai yang cuba berjalan di atas jambatan, namun sebahagian lagi macam opah je. Hanya menapak di atas 20 keping kayu plank dah terasa bergoyang, maka berpatah balik. Jika opah pergi dengan famili pasti opah menyeberang hingga habis di semua jambatan yang disinggahi. Jom Waris Bonda opah nak buktikan!
 |
| Opah di kanan jambatan... berpatah balik |
 |
| Budak2 desa angkut kayu api |

Punyalah nak kejar masa untuk menaiki bot di Attabad Lake, coaster dipandu laju, namun masih berhemah pemanduannya. Hari dah hampir gelap namun hajat mesti dipenuhi. Jam 6.13pm tibalah di lokasi untuk aktiviti boating. Memang suasana hampir malam dah. Coaster diparkir di hujung jalan. Kami diajak turun ke tebing tasik. Disangkakan bot mengambil kami di tebing yang terdekat, rupa-rupanya terpaksa berjalan jauh lagi. Menapak di laluan tanah, terus ke laluan berpasir, kemudian meniti di atas tembok batu pula. Akhirnya terpaksa menuruni jalan berbongkah batu untuk sampai ke bot. Nak menaiki bot tiada pelantar khas. Terpaksa pula meniti di atas sekeping kayu tebal sambil dipimpin hero-hero untuk berada di atas bot. Belum selesai lagi cabarannya, kena melangkah ke bot pertama sebelum boleh memasuki bot penumpang sebenar. Allahuakbar... berat ujian untuk merasai suasana belayar di Attabad Lake dalam suasana senja mereman.
Attabat Lake yang terkenal dengan aktiviti pelancongan ini terletak di wilayah Gojal dalam daerah Gilgit-Baltistan. Tasik ini juga dikenali sebagai Hunza lake. Ia terbentuk pada Januari 2010 akibat bencana alam. Keruntuhan tanah ke dalam Hunza River di Attabad Village telah membentuk tasik Attabad. Di tasik ini terdapat pelbagai aktiviti sukan air. Antaranya boating sekeliling tasik, jet-ski, memancing dan Winter Sports. Puas hati dapat menyusuri tasik selama 45minit sambil menghirup udara segar, kebiruan air tasik dan melihat sunset dalam suasana dingin lagi segar. Sebaik tiba di hujung laluan tembok batu, opah terjatuh tika hendak turun ke tanah kerana suasana gelap... Alhamdulillah, mujurlah tiada kecederaan.
Laluan ke tempat menaiki bot yang jauh
 |
| Laluan di lereng bukit ke bot |
 |
| Tebing tasik berpasir hitam |
 |
| Meniti papan sekeping |
 |
| Melintasi bot pertama |
 |
| Bulan madu pengantin Sheri & Siti |
 |
| Bersama kak Abshah & anaknya Anis |
 |
| Sunset Attabad Lake |
 |
| Jam 7 malam tamat boating |
Imah, Jusibah dan Ijad tidak turun dalam aktiviti boating. Mujurlah mereka tidak ikut serta, memang berbahaya! Mereka menunggu kami di dalam kenderaan. Jam 7.30pm kami menikmati dinner di Famree Resort. Memang tika ini perut berkeroncong sangat kerana sudah melepasi rutin waktu makan opah jam 5.00pm. Disajikan nasi Briyani, gulai kari, salad dan buah tembikai yang ditaja oleh seorang jemaah.
Hari ke-6 masih di bumi Pakistan. Cuaca cantik dengan limpahan cahaya sang suria dan udara dingin sentiasa bertiup dari banjaran sekitar Hunza. Masih terlihat di sekeliling banjaran gunung berbatu dengan pelbagai warna. Sukar melihat warna kehijauan flora menghabitat di kawasan pergunungan di sini. Pagi 11 April kami singgah di Attabad Lake untuk berfoto. Tika itu jam 7.30am, kami dapat melihat suasana di Attabad Lake dalam kecerahan siang. Semalam kami merasai suasana malam di tasik tersebut. Kemudian kami dipandu melalui Karakoram Highway. Di
Karakoram Highway ini terdapat
5 buah terowong yang dibina menggabungkan
persahabatan/kerjasama Pakistan-China. Yang utama adalah
terowong dekat Attabad Lake yang panjangnya 7 km. Selain itu
Logro-B & Dogah Tunnel dan Babusar Tunnel.
 |
| Attabat Lake Tunnel 7km |
Seterusnya kami dibawa melihat lokasi pertemuan dua sungai utama di utara Pakistan. Tiba di lokasi pada jam 9.15am. Di sinilah, dalam daerah Gilgit-Baltishan pertemuan dua sungai Confluence Of Nagar River and Hunza River. Nagar River juga dikenali sebagai Hispar River. Landmark geografinya yang menakjubkan dengan aliran glacier tersendiri dari dua lembah lalu bertemu, sebelum berpecah mengalir ke Gilgit River dan Indus River. Tempat pertemuan 2 sungai utama ini di Nagarkhas dan bandar bersejarah Karimabad di wilayah Hunza Valley.
 |
| Pertemuan 2 sungai di Nagarkhas |
Bermula dari Attabad Lake masih menyaksikan banjaran gunung yang pelbagai bentuk dan warna. Kekadang terlihat salji membaluti puncak banjaran tersebut. Perjalanan kali ini menuju ke Hopar atau Hoppe Valley sebahagian daripada Nagar Valley di Gilgit-Baltishan. Jaraknya 10km dari Nagar Khas sebuah bandar utama di Nagar Valley. Lokasi ini terkenal dengan Hopper Glacier dan Spantik (Gunung emas). Jam 11.00am tiba di entrans Karimabad Market/ Bazar. Kami dibawa memasuki sebuah bangunan 2 tingkat yaitu Hotel Nagar. Di sini kami menunaikan solat di tingkat atas bangunan. Kemudian menikmati makan tengahari di tingkat bawah hotel pula. Makanan di sini enak kerana ada nasi putih dengan lauk ayam, gulai dll.
Selesai makan jemaah berjalan keluar ke Karimabad Market. Opah tidak ikut kerana perlu banyak berjalan kaki ke sana. Opah singgah di sebuah kedai menjual aneka jajan lokal. Opah membeli buah Rasberi kering dan kacang Almond. Kemudian kami dibawa menaiki tangga untuk ke lokasi Glacier View Point. Opah mengalah separuh jalan kerana tidak mampu menaiki tangga. Namun Sheri memberikan galakan untuk terus naik demi melihat glacier. Akhirnya tiba di suatu dataran tebing opah melihat aliran glacier. Untuk melihat lokasi view yang lebih menarik perlu menaiki tangga ke tingkat lagi tinggi, opah mengalah! Jadilah tiba di situ sekadar yang badan mampu melangkah.
 |
| Opah mampu menikmati view di sini sahaja |
 |
Aliran glacier di tingkat bawah
|
 |
| Sumber youtube |
 |
| Opah di sini je |
 |
| Di tingkat atas view Glacier paling cantik |
 |
| Makan di bumbung kedai |
 |
| Nagar Hotel Lunch & solat |
Kembara kami berikutnya menjejak kebun aprikot. Panorama sepanjang laluan terlihat memutih pepohon buahan kerana bunga-bunga sedang mekar Blooming! Antaranya pokok Cherry, Almond, Beries dan paling banyak pokok Aprikot. Jam 2.20pm kami tiba di Chamangul Village, Nagar Valeeys untuk melihat kebun aprikot. Nagar Valeys ini terletak di wilayah Gilgit-Baltistan, Utara Pakistan. Mulai pertengahan bulan March hingga Mei lanskap wilayah ini bertukar menjadi wajah yang menakjubkan, bagaikan mimpi indah. Seluruh kawasan menyajikan panorama dramatik tercantik dengan banjaran di belakangnya sebagai backdrop. Tika musim Spring inilah aprikot, cherry dan almond Explode in Bloom! Panorama sedemikian telah mentransformasikan nature, budaya dan warna dengan fantastik!
Panorama sebegini dapat disaksikan tika kita berada di Karakoram Highway. Cuaca tika ini sangat ideal; tidak sejuk dan tidak panas amat selesa untuk bergambar. Tatkala berada di sini terasa seperti dalam filem Hindi... Produk daripada buah-buahan ini dikomersilkan sebagai industri tempatan. Antaranya buahan kering, jem dan jus.

 |
| Sumber youtube |
Siang masih cerah dengan suhu sederhana dingin sangat relax berada di lapangan. Jam 3.40pm kami singgah di Altit Fort. Kubu kuno di Altit Town di Hunza Valley. Asalnya kediaman turun-temurun pemerintah Negeri Hunza yang memegang gelaran MIR. Tiga abad kemudian mereka berpindah ke bangunan baru yang berdekatan yaitu Baltit Fort. Altit Fort dengan Shikari Tower berusia 1100 tahun. Menjadikannya bangunan tertua di Gilgit-Baltistan. Kubu ini telah diiktiraf oleh UNESCO Asia Pasific Heritage sebagai Culture Heritage Conservation pada tahun2011.
Kami tiba di lokasi bernama Altit Village yang jaraknya 2km dari Karimabad. Berjalan kaki di atas jalan desa melalui kediaman penduduk. Dua puluh minit berjalan kaki tibalah di hadapan tangga bawah ke Altit Fort. Tangga batu yang tiada pemegang. Opah tak berani menaiki tangga untuk berada di bangunan Fort Altit. Opah, Imah dan kak Absah menunggu di sebuah pondok di tingkat bawah sambil merakamkan gambar sekitar. Sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar tempatan yang berada di situ. Kemudian kami bergambar. Terlihat pula Hunza River yang mengalir indah di tepi fort ini.

.jpg) |
| Di dataran Altit Fort |
 |
| Tangga tiada pemegang |
 |
| Hunza River view dari Altit Fort |



 |
| View suasana desa entrans ke Altit Fort |
 |
| Remaja2 Pakistan |
Dari Altit kami dibawa ke Ladyfinger Peak. Tika sampai ke entran lokasi jam menunjukkan pukul 5.10pm. Kena menaiki beberapa anak tangga ke Hunza Roof Hotel untuk ke lokasi view point terbaik di tingkat 1. Tika itu menjelang matahari terbenam... waduh... sangat cantik pemandangan sekitar. Di bahagian Sunset dapat merakan wajah Rakaposhi Mountain. Raka bermaksud salji manakala poshi penuh. Jadi gunung penuh salji.
Tempat kami berkumpul untuk view point di Hunza Roof Hotel merupakan ruang terbuka untuk menjamu selera. Namun masing-masing sibuk mengabadikan moment indah menjelang Sunset. Kami terpaksa menunggu lama untuk melihat Ladyfinger muncul dari arah kanan hotel ini. Sukar melihat wajahnya yang diselaputi awan tebal. Akhirnya berjaya!. Sesungguhnya, amat menakjubkan ciptaan Allah!. Puncak gunung sekelilingnya berbentuk sfera namun si Ladyfinger sahaja puncaknya tajam. Puas hati! Alhamdulillah.
 |
Entrans ke lokasi menjejak Ladyfinger Hunza Roof Hotel |
 |
| Menaiki tangga ke view point di tingkat 1 |
 |
Ruang makan bersantai dan view point. Restoran di tingkat bawahnya |
 |
| Ladyfinger Peak yang puncak tajam |
 |
| Sumber youtube |
Ladyfinger Peak atau dikenali sebagai Bublimotin atau Bubli Motin merupakan puncak batu yang tersendiri bentuknya di Batura Muztagh, paling barat Banjaran Karakoram. Masih terletak di daerah Gilgit dalam wilayah Utara Pakistan. Bublimotim bermaksud tajam. Ini berkaitan puncak batu tajam tanpa salji, batu yang berbentuk Spire (puncak menara) berbeza dengan bentuk batuan berdekatannya. Menghabiskan masa senja, kami menjamu selera di restoran di tingkat bawah dengan wang sendiri. Sambil minum sambil menikmati moment matahari terbenam di ufuk bumi.
Jam 7.30pm kami Check in Darbar Hotel Hunza. Nginap di sini barulah terasa hotel, tapi boleh bagi 2 bintang je.!! Dalam bilik tiada cerek letrik untuk memasak air, sama seperit hotel-hotel sebelum ini. Melainkan hotel Famree bilik Executive sahaja. Mungkin kerana hotel-hotel di sini masih menggunakan jenerator untuk bekalan elektrik. Ramai peserta merungut berkaitan hotel penginapan yang disediakan. Namun opah redho. Sebelum dapat bilik executive di Famree, opah dan Imah diberikan bilik di blok yang bertangga. Untuk ke bilik perlu menggunakan 10 anak tangga di tingkat bawah 1 dan 10 anak tangga lagi di lebel Bawah 2. Kali ni opah melenting!. Opah mengadap Tour Guide untuk diberikan bilik yang ada lif atau tidak bertangga. Opah beritahunya opah sanggup bayar gunakan wang sendiri!! Semua ni sudah dijanjikan Tour Agent sebelum kami membuat bayaran. Akhirnya opah dan Imah dapatlah bilik executive sama tingkat dengan bilik Tour Guide. Shery (TG) dapat sebuah bilik executive dengan hiasan pengantin berbulan madu!
Pada malam di Darbar Hotel kami disajikan dinner pizza bungkus. Semua makan di bilik masing-masing. Dah tiada cerek letrik pula! Opah membawa famili Ajwad ke lobby untuk mendapatkan cerek elektrik kerana Ajwad anak istimewa perlukan air panas. Staf di situ memberitahu sudah tiada cerek letrik untuk dibekalkan ke bilik. Setelah opah memberitahu akan membuat Review berkaitan servis hotel itu, barulah dia bersetuju memberikan cerek. Waduh..... Dah 3 kali hangin opah ni!
 |
Dapat sebiji bantal lembik, terpaksa dilapikkan dgn beg baru selesa letak kepala |
 |
| View dari depan Hunza Darbar Hotel |
 |
| Mendepani Rakaposhi dan Ladyfinger view |
 |
| Pagar kayu yang unik |
Pada 12 April bersamaan hari Ahad, kami menaiki tangga ke tingkat 1 untuk ke dewan makan. Tangga di hotel ini tidaklah tinggi sangat. Memasuki entrans tempat makan sudah terbau aneka aroma masakan Hunza. Melihat seluruh dalamam tempat makan ini barulah terasa makan di hotel bertaraf 3 bintang sebenarnya. Demikianlah seperti yang dijanjikan! Dekorasi dan susun atur meja makan menarik. Dapat melihat view sekitar hotel sambil menikmati sarapan. Tiupan bayu gunung yang lembut menyegarkan tubuh tatkala bersantai sambil menikmati sarapan.
Selesai makan opah meninggalkan Liza (Tour Leader) makan bersama Imah. Opah melangkah turun untuk meneroka panorama indah sekitar hotel. Bahagian depan hotel memang menghadap Rakaposhi Mountain dan Lady finger Peak. Kelihatan seluruh puncak banjaran ini diselaputi salji nan memutih, memang indah. Hunza Darbar Hotel boleh dikatakan dikelilingi banjaran gunung nan indah.
 |
| Telur sunny side up |
 |
| Bersarapan di Darbar Hotel |
 |
| Barulah terasa makan di hotel 3 bintang |
 |
Menjamu selera sambil menjamu mata dengan panorama menawan |
Jam 10.30am kami check out hotel. Pagi ini menuju ke Karimabad Bazaar. Perjalanan selama setengah jam dapat menyaksikan Darbar Village yang dihabitat banyak pokok Aprikot dan Cherry. Karimabad Bazaar menjadi hub popular di tengah-tengah Hunza Valley. Ramai pelancong yang datang ke sini, pastinya membawa pulang sebuah memori yang sukar dilupakan. Bazar Karimabad dikelilingi dengan keindahan semulajadi Majestic Mountain. Lokasi bazar ini di Karimabad Village, adalah sebuah desa yang sendirinya memang cantik. Di sinilah tempat Altit Fort dan Baltit Fort yang kaya dengan warisan sejarah berdiri teguh menunggu para pengunjung.
Banyak kedai di kiri dan kanan jalan menjual aneka barangan sesuai untuk pelancong. Ada yang membeli buahan kering, aneka ole-ole, pakaian dan ramai juga yang merasai minuman kopi tempatan. Opah banyak meneroka sambil merakamkan foto pemandangan sekitar. Jika lebih lama berada di sini, pasti opah meneroka kampung berdekatan situ. Nak jumpa penduduknya, nak lihat rumah mereka dan nak rasa suasana desa mereka.
 |
| Antara deretan kedai di Karimabad Bazaar |
 |
| Majestic Mountain sekeliling. Hasrat nak pergi dekat |
Selesai membeli-belah kami terus menuju ke Rakaposhi melalui Karakoram Highway lagi. Masih awal rasanya, tika itu baru jam 11.30am. Kami berhenti di Rakaposhi ini untuk merehatkan badan sebentar sambil menikmati minuman yang dijual di situ. Ada juga yang ke tandas dan berjalan-jalan sekitar. Tidak banyak kenderaan tika itu mungkin kerana ada sekatan jalanraya oleh pasukan keselamatan Pakistan. Pada hari ini ada pertemuan antara deligasi Amerika dan Iran di Islamabad. Kami meneruskan kembara melalui penempatan desa dan beberapa pekan kecil yang masih belum membangun. Sepanjang perjalanan kami dihiburkan dengan nyanyian lagu Hindustan oleh anak saudara Sheri, yang turut serta dalam kembara hari ini. Dia berusia belasan tahun dan masih dibangku sekolah. Kami mengumpulkan wang untuk disedekahkan kepadanya.
 |
| Penghibur sepanjang hari ini |
 |
| Singgah minum di sini |
 |
| Rumah desa |
 |
| Binaan rumah yang menyedihkan |
 |
| Antara pekan dilalui |
 |
Walaupun krisis harga minyak dunia melambung, namun masih dalam kawalan di Pakistan |
Tepat jam 12.05th tibalah di Jaglot. Sebuah restoran bernama Foods Mahal Restaurant Jaglot. Terletak di pertengahan perjalanan kami ke Gilgit-Baltistan. Beralamat di 57CP, Karakoram Highway, Karakoram Filling Station, Jaglot. Di sini menyajikan makan tengahari seperti Salmon Fish, Dumpling, Laghman, Nasi Kabuli Pulao, Beaf Kebab, Mix Salad dll. Sebelum makan masing-masing menunaikan solat dahulu. Kami makan tengahari dengan menu Nasi Kabuli, gulai ayam dan Salad.
Sebelum menjamu selera kami selesaikan bersolat di dalam bilik surau berdekatan tandas. Walaupun tempat bersolat sempit, namun kami bergilir-gilir kerana faham situasi di situ. Kemudian berjalan menuju ke sebuah khemah terbuka di belakang restaurant untuk makan. Di sekeliling khemah tempat makan banyak ditumbuhi pepohon buahan. Terasa makan di dalam dusun buahan pula!
 |
| Khemah terbuka tempat makan |
Pohon buahan ditanam di tepi Restoran
Jam 4.30pm kami balik ke Skardu melalui Jalan JSR (Jaglot Skardu Road). Singgah sebentar untuk bergambar di tepi Karakoram Highway. Merakamkan gambar Love Gilgit Love Pakistan. Tatkala tiba di suatu lokasi kelihatan banyak kenderaan berhenti di tepi jalan. Tika itu jam 6.16pm sudah hampir senja. Selama 15 minit menunggu akhirnya jalan dibuka semula untuk pengguna jalanraya, Alhamdulillah! Kami meneruskan kembaraan tika sudah hampir malam. Suasana sekitar sudah mulai gelap. Jam 7.00pm berhenti di R&R Astak Nallah untuk berehat sebentar. Hentian sini bagaikan wajib berhenti jika menggunakan Karakoram Highway.
 |
| Sekatan Jalan Jaglot Skardu Road |
 |
| R&R Astak Nallah |
Tiba di Skardu jam 9.00pm. Perut opah sangat berkeroncong sepanjang berada di Pakistan ni. Sukar nak beli jajan untuk dimakan tika dalam perjalanan atau di dalam Coaster kerana sukar nak cari kedai yang sesuai. Hanya biskut Oat yang dibawa dari Malaysia dikunyah beberapa keping. Barulah perut tak berbunyi! Singgah makan malam di Shahi Dewan Skardu. Makanan di sini masih sama dengan sajian sebelum ini. Namun kena makan juga! Restaurant Sashi Dewan ini agak eksklusif juga kerana ada menyediakan bilik-bilik khas yang berhias indah untuk pilihan pengunjung. Restoran ini bertempat di Maqpon Plaza, Hussaini Chowk, Gamba, Skardu.
 |
| Hidangan makan malam |
 |
| Meja makan bilik khas |
 |
| Laluan ke bilik khas berkarpet merah |

Selesai makan, perut dah kenyang tapi badan pula dah letih. Jam 11.00pm tibalah di Apex Resort & Hotel Skardu. Kali ni opah dan Imah nginap di dalam Yurt pula. Yurt di sini bukan original sebab dindingnya bukan daripada kulit haiwan. Tapi kemudaham yang disediakan di dalam yurt ini sudah bagus. Sepanjang hari ini banyak masa kami hanya berada di dalam coaster. Maknanya tidak banyak menjejak lokasi menarik.
 |
| Bhg dalam Yurt |
Pagi Isnin 13 April kami akan berangkat kembali ke Islamabad. Jam 7.00am kami sudah berkumpul di tingkat 1 untuk bersarapan. Dihidangkan Tortila dan kuah kari. Tiada pilihan, makan jugalah sebab opah kena makan ubat jantung setiap pagi. Selesai bersarapan kami check out dengan membawa semua barang sendiri. Pembantu TG menyusun semua bagasi kami ke atas bumbung coaster. Tika jam 8.10am kami terus menuju ke Skardu Airport. Tiba di airport jam 8.42am, lebih kurang setengah jam perjalanan.
Masing-massing membawa hand carry menuju ke lobi untuk mendaftar masuk. Beg-beg besar diuruskan oleh team Sherri untuk daftar masuk. Semasa berbaris, tiba-tiba kami dimaklumkan penerbangan Skardu ke Islamad ditunda ke jam 3.00pm. Duduklah beramai-ramai di tempat menunggu terbuka di tepi pintu masuk check in. Selama masa penantian 6 jam itu, pelbagai gaya dan karenah para penumpang terlihat. Perut opah dan beberapa teman kembara asik meragam. Sakit perut dan cirit!!. Kami berulang kali berjalan ke tandas yang terletak di bangunan lain yang agak jauh.
Nak menghilangkan boring opah ditemani Mimi dan ibunya Norliza berjalan-jalan di depan entrans airport. Skardu International Airport ini milik angkatan tentera udara Pakistan. Lapangan terbang ini merupakan hub utama penerbangan di wilayah Gilgit- Baltistan. Jaraknya 9.2km dari Pusat Bandar Skardu. Airport ini menjadi gerbang atau pintu masuk utama ke Pusat Nature Wonders (keajaiban alam semulajadi) sekitarnya. Airport sini menyediakan khidmat penerbangan antarabangsa dan domestik. Syarikat penerbangan yang beroperasi di sini antaranya Pakistan International Airlines dan Air Blue. Justru tidak hairanlah semua staf mereka berpakaian unifom tentera. Opah menyapa sekumpulan staf wanita untuk berkenalan sambil menanyakan lokasi tempat makan di kawasan itu. Akhir sekali opah pelawa mereka untuk bergambar kenangan. Alhamdulillah, memang peramah dan bersopan mereka.
Akhirnya kami terjumpa kedai makan. Mimi menjemput Imah dan rakan-rakan lain untuk minum bersama kami di kedai di tepi pintu masuk airport. Adik Sheri datang menemani kami untuk urusan pembelian makanan kerana masalah komunikasi. Bahasa Inggeris mereka tak faham, hanya bahasa Urdu sahaja mereka gunakan. Tika itu sudah jam 11.30am. Patutlah perut opah kelaparan. Opah pilih Shawarma untuk makan dan minum teh O sebagai minuman mengurangkan cirit. Nak duduk lepak lama-lama di gerai makan tak sesuai kerana sempit. Duduk pula di atas kerusi plastik keras menyakitkan punggung. Kami kembali ke terminal berkumpul bersama rakan lain.
 |
| Sarapan Roti Tortilla dan kuah kari |
 |
| Duduk sini dari jam 8.42am hingga 3.00pm |
 |
Ruang terbuka sejuk hembusan angin dingin dari pergunungan |
 |
| Pelbagai gaya aneka bicara selama 6 jam terkandas |
 |
| Menunggu penerbangan sambil berdiri |
 |
| Liza & Kak Absah melayan Izad |
Bergambar bersama staf Skardu Airport
Untuk makan tengahari kami diberikan Nasi Briyani Ayam bungkus oleh Sheri. Tika itu jam 12.50pm. Masih terasa kenyang makan Shawarma tadi. Opah bermasalah perut dan Cik Imah dah letih lalu hilang selera untuk makan. Nasi itu kami jadikan makan malam. Jam 3.30pm kami dipanggil untuk check in menaiki pesawat Air Blue. Opah awal-awal lagi berpesan kepada Sheri tak mahu seat di tepi pintu seperti masa flight datang ke Skardu. Alhamdulillah dapat seat selamat. Jam 4.50pm pesawat Air Blue menerbangkan kami ke Islamabad. Makanan dalam pesawat disajikan roti dan minuman kotak pula. Simpan sahaja untuk makan malam bersama Nasi Briyani. Kami selamat mendarat di Islamabad International Airport jam 5.30pm.
 |
| Menaikkan bagasi untuk ke hotel |
Malam ini kami ditakdirkan dapat hotel yang sempurna. Boleh diberikan 4 bintang!! Oleh kerana hotel di Islamabad sebelum ini kurang memuaskan, justru pihak Al-Alamiyyah telah menempah Grand Hotel Islamabad untuk kami. Setelah mengambil semula barangan kami yang disimpan di Executive Residensi Guest House, barulah dilakukan urusan check in di Grand Hotel. Jam 7.25pm selesai urusan Check in. Kali ni kami dapat bilik besar dengan 2 katil double di tingkat 2, nombor 205. Hotel ini terletak di 343, Street 98, E-11 Islamabad. Opah dan Imah serta Jusibah hanya dinner di bilik dengan Nasi Briyani ayam yang dibawa dari Skardu tengahari tadi. Opah peserta paling senior dalam kembara ini diikuti Jusniah dan imah masing-masing 69 tahun. Sesungguhnya kami terasa amat penat malam itu. Jemaah lainnya makan di Minar Courtyard Restaurant.
 |
| Kamar 205 Grand Islamabad Hotel |
Bersolat subuh di Pakistan ini sekitar jam 4 pagi. Pada hari Selasa 14 April, waktu solat Subuh di Islamabad jam 4.15am. Selesai mengaji opah makan roti yang diberikan semasa dalam Pesawat Air Blue bersama teh O. Kebetulan di hotel ini menyediakan set minuman dan cerek letrik. Opah makan ubatan yang wajib disempurnakan setiap pagi untuk kekal sihat. Kemudian opah mengedit dan melebelkan gambar-gambar dalam fon.
Jam 7.30am kami turun makan di tingkat 1. Banyak pilihan menu makanan untuk sarapan, tapi telur rebus tiada pula! Hari ini bersamaan 25 Syawal masih dalam mood Hari Raya Aidil Fitri. Pada malam sebelumnya kami sudah dimaklumkan untuk memakai baju raya. Setelah bersarapan masing-masing berposing berbaju raya di lobi. Kebetulan Coaster belum tiba lagi justru banyak masa terluang. Walaupun opah terasa kurang selesa bergerak dengan pakaian kebaya, namun kena tabah berbekalkan semangat kekawan.
 |
| Jam 6.00pagi Islamabad view dari hotel |
 |
| Jam 7.00pagi Islamabad |
 |
| Islamabad view dari Grand Hotel |
 |
| Entran Grand Hotel |
 |
| Jalan depan hotel |
 |
| Sekitar dining room |
 |
| Berhari Raya di Islamabad |
Jam 10.40am kami dibawa menuju ke Dynosor Valley. Di pertengahan jalan singgah membeli jus buahan tempatan pula. Jam 12.00th barulah tiba di Dino Valley Cable Car. Terletak di Pir Sohawa Road, Islamabad. Selain itu nama sebenar taman ini adalah Dinosaur Valley State Park yang dibuka pada tahun 1972. Tujuan pembukaan taman ini untuk mengekalkan Tapak Track Dinosaur dan untuk memberi peluang orang ramai belajar sambil berhibur di sini. Taman ini dijadikan sebagai National Natural Landmark kerana menyerlahnya luarbiasa Dinosaur Track ini.
Dino Valley Cable Car yang menjadi tarikan para pengunjung terletak di Margalla Hills. Jaraknya sekitar 10 minit pemanduan dari Monal. Dikenali antara Cable Car yang paling curam di Pakistan. Ketika berada di dalam kereta kabel atau di puncak bukit, pengunjung dapat melihat panorama Ibu Kota Islamabad. Kedua-dua Dino Valeey dan Cable Car terletak dalam kawasan yang sama. Banyak port makan disediakan di dalam taman ini. Selain menyaksikan persembahan Tarian Dinosaur, pengunjung boleh menaiki trem, Dino Walh di Bukit Margalla, Talking Tree (pokok boleh bercerita) dan Play area untuk kanak-kanak.
 |
| Jam 11am singgah sini beli jus buah |
 |
| Rupee250 sebekas |
 |
| Kedai makan |
 |
| Naik Cable Car bayar sendiri |
 |
| Di Margalla Hills |
 |
| Play area persembahan Tarian Dino |
Perarakan Masuk Dino untuk persembahan tarian
 |
| Naik Trem ke Cable Car |
Selesai kunjungan ke Dino Valley, kami menuju ke Daman-e-Koh. Jam 3.00pm tiba di lokasi. Daman-e-Koh tempat melihat view menakjubkan yang terletak di Margalla Hills National Park. Merupakan antara tempat menarik di Pakistan. Singgah sebentar di sini untuk bergambar sahaja kerana akan datang semula ke sini esok.
 |
| Daman-e-Koh |
 |
| Taman tempat riadah di Islamabad |
Jam menunjukkan sudah melepasi waktu makan tengahari. Kami segera menaiki kenderaan untuk ke Janan Foods Restaurant. Tiba di lokasi dah jam 3.30pm. Menu makanan di sini masih sama seperti kunjungan kami sebelum ini. Nasi Briyaninya sangat banyak rempah, sangat terasa pedas lada sulah dan lada hitam di dalamnya. Opah tak berani makan nasi banyak bimbang sakit perut lagi.

Selesai makan kami repeat lawatan ke Centaurus Mall. Jam 5.10 tiba di lokasi. Kami terus ke surau di tingkat bawah Mall. Bersolat jamak takhirlah kami bergilir di bilik yang kecil. Selesai bersolat naik ke tingkat 2 membelikan hadiah untuk Liza yang banyak membantu kami sepanjang kembaraan ini. Tika di kedai Nike ni, opah dan Imah pura-pura minta Liza pilihkan sebuah beg galas konon untuk anak buah Imah. Setelah selesai membuat bayaran yang kami kongsi bersama, Imah membawa pulang ke bilik. Kemudian kami menjamu selera di sebuah kedai di tingkat satu sambil berehat menunggu masa pulang ke hotel. Pada malam itu kami menjemput Liza datang ke bilik lalu menyerahkan beg Nike tersebut kepadanya. Dia sangat terkejut dengan tindakan kami.
Surau di Centaurus Mall & ruang niaga Tingkat 1
 |
| Tempat wuduk |
 |
| Belikan TL Liza hadiah |
Pengakhiran kembara hari ini ke Minar Courtyard. Jam 7.10pm kami memasuki restoran untuk makan malam. Masih dijamukan nasi Briyani, gulai ayam dan salad timun. Oleh kerana makan tengahari baru je berlalu 4 jam, perut masih terasa kenyang lagi. Opah menjamah makanan ala kadar sebagai lapik perut untuk malam nanti. Selesai makan kami pulang ke hotel untuk bersolat dan berehat.
Menu disediakan.... di kiri tu kata mereka Sup
Tanpa disedari hari ini dah hari ke sepuluh berkelana di perantauan. Hari terakhir berpijak di bumi Pakistan. Mungkin kali terakhir juga menjejaki negara ini dek kerana faktor usia. Tarikh 15 April 2026 bersamaan hari Rabu, Allah izinkan kami menatap buat kali akhir panorama anugeranh Ilahi di Republik Islam ini. Jam 8.00am semua sudah turun bersarapan. Kami bawa sekali segala bagasi turun untuk dimuatkan ke dalam Coaster. Sudah membukit timbunan bagasi di bumbung coaster. Yang kecil-kecil dibawa masuk ke dalam kenderaan. Oleh kerana banyak lagi masa sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, ramai yang keluar mengabadikan gambar sekitar Grand Islamabad Hotel.
Jam 10.00am kami bergerak ke Markaz 9, berdekatan Islamabad. Ada jemaah yang memerlukan beg pakaian baru dan yang lebih besar. Jam 10.20am tiba di situ. Sebuah pekan sederhana besar yang terdapat banyak kedai menjual aneka barangan. Opah pun sibuk turun meninjau jika terdapat begpack beroda yang menarik. Namun, tiada yang bersesuaian.
Jam 11.50am tiba di Pakistan Monument dan Heritage Museum. Dipanggil juga dengan nama Pakistan Monument Museum-Islamabad-Lok Virsa. Ia adalah mercutanda negara yang terletak di bahagian barat Shakarparian Hills. Ia menjadi simbol perpaduan rakyat Pakistan. Monumen ini berbentuk bunga mekar terdiri daripada 4 kelopak besar yang melambangkan 4 wilayah utama yaitu Punjabi, Sindhi, Baloch dan Pashtun. Manakala 3 kelopak kecil lagi melambangkan 3 jajahan kecil termasuk Azad Kashmir dan Gilgit-Baltistan. Opah tidak memasuki muzium kerana kekangan masa. Opah hanya berjalan-jalan sekitar laman monumen merakamkan gambar.
 |
| Ada aktiviti berkuda di sebelah entran monument |
 |
| View Pakistan Monument |
 |
| 4 Kelopak besar dan 3 kelopak kecil |
 |
| Muzium Islamabad di sebelah monument |
Berdekatan lokasi monument terdapat Daman e-Koh merupakan sebuah taman di puncak sebuah bukit di utara Islamabad. Letaknya di tengah-tengah Margalla Hills. Asal nama taman ini daripada gabungan perkataan Persian "Daman" bermaksud skirt manakala "Koh" maksud bukit. Ketinggiannya 2400kaki dari paras laut. Taman ini amat popular untuk berpiknik dan menikmati view menarik di puncaknya. Masjid Shah Faisal dan panorama kota Islamabad kelihatan menyerlah dari sini terutama tika cuaca cerah.
 |
| Entrans ke Daman e-Koh |
Jam 12,50pm tiba Shakarparian Hills. Sebuah Taman Nasional dan bukit berdekatan Zero Point Interchange di Islamabad. Pakistan Monument dan Pakistan Monument Museum juga terletak di Shakarparian Hills. Berada di puncak bukit ini dapat melihat seluruh kota Islamabad. Tempat ini menjadi dataran perarakan tika sambutan kemerdekaan Pakistan. Memasuki ke taman ini terdapat sebuah gerai menjual makanan ringan. Beberapa jemaah yang tidak mendaki Shakarparian Hills duduk di dalam coaster. Opah turun meninjau di kawasan rendah sekitar entrans ke bukit. Pabila terasa penat lalu menjamu selera dengan aiskrim yang dijual di situ. Apa nak kata, kaki kuat untuk mendaki namun jantung pula tak kuat mengepam udara!
 |
| Di puncak boleh melihat panorama Islamabad |
 |
| Sumber youtube |
 |
| Aktiviti di atas bukit Shakarparian |
 |
| Gerai minuman ringan |
Menikmati makan tengahari hari terakhir di Minar Courtyard. Tika itu sudah jam 2.40pm patutlah perut opah berkeroncong. Merasai menu Nasi Briyani dan ayam goreng. Makanan di restoran ini agak enak juga, rempah ratus dalam nasi tidaklah banyak justru tidaklah senak perut. Tempat makan ini juga dikenali sebagai Central Pan Asian Kitchen, di Islamabad ini.
Tour Guide memberitahu kami akan singgah ke masjid untuk bersolat. Alhamdulillah, opah gembira. Sepanjang 10 hari berada di Pakistan, kami hanya dibawa bersolat di dua buah masjid sahaja, sedangkan Pakistan negara Islam. Jam 3.20pm kami singgah di Jami Masjid Madni untuk bersolat jamak Zohor dan Asar. Sebuah masjid kecil berhadapan dengan bangunan Kedutaan Asing. Sudah agak lama binaan masjid ini dan kelihatan sunyi namun masih tetap digunakan untuk bersolat jemaah.
.jpg) |
| Jami Masjid Madni |
 |
Laman terbuka antara tempat solat wanita & lelaki |
 |
| Ruang solat wanita |
Masa untuk ke lapangan terbang masih panjang lagi. Kami dibawa lagi berkunjung ke Centaurus Mall. Jam menunjukkan pukul 3.40pm waktu tiba di situ. Ramai juga jemaah sempat berbelanja menghabiskan Rupee mata wang Pakistan. Opah terbeli minyak perfum buatan Pakistan... hmmm.... baunya oklah dah tiada pilihan sebab nak habiskan wang Rupee je. Bye Centaurus... Alhamdulillah, Allah izinkan ke sini beberapa kali.
 |
| Centaurus Mall Islamabad |
 |
| Laman depan Centaurus Mall |
 |
| Bunga di tepi entrans mall |
Jam 5.00pm kami dihantar ke airport. Sepanjang perjalanan opah melihat suasana jalan raya di kota Islamabad. Masih banyak penunggang motorsikal di jalanraya. Kereta dan kenderaan awam pula tidak banyak di situ. Opah kehairanan melihatkan ramai pembonceng motorsikal duduk tidak menghadap pemandu. Pembonceng duduk menghadap ke kiri jalan. Penggunaan topi keledar pun kurang kelihatan. Sesekali terjumpa kenderaan Tut-Tut yang berhias indah melintasi di situ. Hmmm.. opah gagal menaikinya! Jam 6.00pm kami tiba di Islamabad International Airport.
Tiba di dalam bangunan terminal masing-masing membuka bagasi untuk memasukkan barangan yang dibeli pada saat akhir. Kemudian kami dihantarkan hingga ke kaunter check-in oleh team Jadoon Tour. Segala bagasi kami mereka tolong uruskan masuk ke kaunter. Kami hanya bawa bersama hand carry sahaja. Moment terakhir inilah kami sayu berpisah dengan Team Jadoon yang banyak membantu urusan bagasi dan check in. Ada yang menangis tika bersalaman terakhir dengan mereka. Terasa bagaikan keluarga. Selepas perpisahan ini, kami tak boleh bersua lagi!!
 |
| Pembonceng motorsikal tak ngadap ke depan |
 |
| Islamabad Airport |
 |
| Team Jadoon membawa turun bagasi |
 |
| Bagaikan perpisahan ibu dgn anak-anak |
Jam 6.40pm sudah memasuki waktu bersolat Maghrib. Kami mencari surau untuk bersolat. Alhamdulillah, ruang solat besar dan disediakan tempat berwuduk di situ. Selesai bersolat masing-masing menuju ke Cafe yang berdekan tempat check in. Opah membeli Cofee Latte airport bersama roti Croissant. Wow.... roti bercicah kopi sangat enak. Jam 10.00pm kami dipanggil memasuki pesawat penerbangan PK894 Islamabad ke Kuala Lumpur. Waktu balik ini opah dan Imah menukar tiket ke Executive Seat dengan menambah RM350. Rupa-rupanya tak banyak beza keselesaan seat di tengah dengan seat executive ni. Inilah pembelajaran opah!




Duduk di Seat 41J memang dekat dengan tandas. Seat kami di barisan depan pula. Tetiba opah terasa resah yang berpanjangan. Masa itu dah jam 2.00am. Opah tak boleh melelapkan mata, walaupun mengantuk sangat! Kekadang terasa sukar bernafas seperti tiada oksigen di dalam pesawat. Tetapi Imah dan penumpang lain semuanya lena berdengkur! Bermacam doa opah baca, namun tiada perubahan. Opah segera bangun berjumpa pramugari yang sedang duduk di ruang penyediaan makanan. Opah beritau mereka keadaan opah tika itu. Opah disuruh duduk di tepi mereka. Kemudian opah diberi minum air panas. Selepas 30 minit duduk senyap je di tepi mereka, opah berasa ok. Kemudian opah kembali ke seat semula. Alhamdulillah! Sebenarnya opah takuuut matiii di dalam pesawat!!




Keresahan dan keletihan sepanjang penerbangan amat menakutkan. Dalam keasyikan berzikir, dapat juga terlena beberapa jam. Akhirnya kami selamat mendarat di KLIA jam 12.00tengahari. Opah membacakan surah Alfatihah beberapa kali kerana teramat bersyukur selamat kembali ke tanah air. Opah diberikan kesihatan yang sempurna dan dibukakan selera seperti biasa. Selesai mengambil bagasi masing-masing kami bersalaman antara jemaah tanda perpisahan. Opah, Imah dan Liza menuju ke kedai makan. Ida dan suaminya Azmi serta Sham dan isterinya turut bersama kami makan di situ. Opah makan Nasi Ayam serta teh tarik. Sambil menjamu selera kami berbual kali terakhir sebelum pulang ke rumah masing-masing. Imah dan opah pulang ke Cyberjaya manakala Liza pulang ke Batu Cave.
 |
| Hadiah dari Al-Alamiyyah Travel |
 |
| Hadiah drp Jadoon Travel Pakistan |
Sempadan Pakistan & China tidak disinggahi
 |
Jeep Safari Cold Saranga Desert digantikan dgn Dino Valley dan Cable Car |
Sepanjang melancong di Utara Pakistan ini memang terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Walaupun di daerah utara ini belum membangun namun panorama anugerah Allah masih utuh dalam sifat semulajadinya. Jika nak mengenali diri sendiri dengan PenciptaNya, datanglah ke sini. Selain keindahan alam semulajadinya, budaya masyarakatnya masih kekal dengan tradisi dan adab sopan yang tinggi. Kehidupan yang jauh daripada pencemaran alam, maupun pencemaran udara kerana belum banyak kilang-kilang perusahan yang beroperasi. Makanan mereka masih berciri tradisi berasaskan nasi, ulaman, gulai dan roti. Jarang-jarang ketemu makanan moden seperti di negara sendiri. Ingat... datang ke Pakistan sila bawa Flask Letrik untuk masak air!
Jadoon Travel & Tour telah menyempurnakan hampir semua aktiviti kami sepanjang berada di Pakistan. Semua petugasnya sangatlah dipuji. Semua urusan mengangkut bagasi naik dan turun Coaster serta ke bilik hotel, mereka yang uruskan. Urusan check in bagasi serta mendapatkan Bording Pass juga mereka tolong selesaikan. Walaupun ada antara mereka yang dimarahi, namum mereka tetap senyum melaksanakan tugas. Sheri selaku Tour Guide yang berperanan penting melaksanakan semua urusan juga diberikan pujian. Namun ada beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukannya pada masa depan. Antaranya sediakan hotel penginapan seperti dijanjikan. Menu makanan bincang terlebih dahulu dengan Travel Agent di Malaysia supaya sesuai dengan selera peserta bagi setiap rombongan.
Peneraju Travel Agent di Malaysia sangat mesra warga emas! Sedia memenuhi permintaan peserta sebelum membuat pembayaran lagi. Telah menyediakan Pelan Kecemasan walaupun dengan berkomunikasi dari jarak jauh. Antaranya menambah baik menu makanan yang disajikan. Telah menukarkan hotel kurang sesuai kepada hotel bertaraf 3 bintang seperti yang dijanjikan. Sebelum memilih Travel Agent Tempatan, dicadangkan seorang staf perlu ikut serta dalam pakej yang disediakan oleh agent di negara dilawati sediakan. Daripada pengalaman itu perlu dibuat perbincangan supaya dapat persefahaman bersama menentukan itenari yang disenangi para peserta rombongan.
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang mentakdirkan semua perkara.
No comments:
Post a Comment