Sunday, May 15, 2011

Hari Guru tanpa Guru-Guru

   Bulan Mei banyak membawa kenangan dan kegembiraan kepada banyak pihak. 15 Mei 2011 cucunda tersayang Nur Natrah menyambut hari kelahiran pertama genap usianya 1 tahun. Banyak ucapan yang kubaca dalam face book Natrah yang mendoakan pelbagai kebaikan untuk Natrah . Walaupun tak dapat aku meraikan ulang tahunnya bersama, namun melalui Face book(fb) milik Natrah dapat kulayari pelbagai harapan dan doa daripada kaum keluarga untuk Natrah.
   7 Mei..Hari Ibu. Aku mendapat mesej pertama daripada Cikgu Yang Mazni, adik angkatku. Anak-anak pula lupa nak menghantar ucapan, tetapi aku yakin mereka mengirimkan doa buat aku.Nazmi menelefon aku berbual panjang sempena Hari Ibu kira-kira jam 3 petang pada 7 Mei . Terubatlah kesedihan ku dan kerinduanku kepada anak-anak. Banyak lagi ucapan sms fon dan mesej yang diterima. Hawa yang berada di Australia, (rakan Nazmi) chating denganku pada pagi Hari Ibu. Seronok dan bahagia jadi ibu.... kerana aku memiliki 4 orang anak yang berhati mulia, mempunyai anak didik yang penyayang, memiliki rakan-rakan bergelar ibu yang pengasih.
   Hari Pekerja disambut pula pada 1 Mei. Aku tumpang beraya sebab masih bekerja di kebun pesara. Jika dah terlantar di katil tak boleh raikanlah sebab tak bekerja. 15 Mei juga disambut sebagai Hari Belia di seluruh negara. Aku tumpang raya sebab Nazmi masih belia.
   Ada lagi peristiwa pada bulan Mei.... Hari persandingan Nadiah dan Mohd Syahrizan pada 2 Mei 2009. Nadrah dan Mohd Noor Azim diijabkabulkan pada 29 Mei 2010. Hari Keamatan orang Sabah pada 30 dan 31 Mei. Ulang tahun keputeraan DYMM Raja Perlis pula pada 17 Mei. Sama dengan itu Hari Wesak 2011 juga ditakdirkan pada 17 Mei. Sambutan Hari Bidan pada 5 Mei manakala sambutan Hri Jururawat pula pada 12 Mei. Hari Ibu dimeriahkan pada Ahad kedua Mei.nSatu lagi... terlupa. Aku genap berusia 56 tahun pada 23 Mei 2011.
    Paling utama hari terakhir aku bergelar penjawat awan dan sebagai guru yang mengajar di bilik darjah ialah pada 31 Mei 2010. Mulai 1 Jun 2010 aku telah bersara piihan sendiri. Justru sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010 adalah yang terakhir  di SK Tasek Dermawan Ipoh. Sambutan paling meriah dalam sejarah perkhidmatanku sebab diraikan bersama sambutan hari lahir dan hari persaraan. Bahagianya aku bergelar guru.
  Sejak seminggu lalu Tv banyak memaparkar iklan Selamat Hari Guru. Aku terlihat Majalah 3 mamaparkan kenalanku Cikgu Nik Nab dari SK Taman Tun Dr Ismail (1) Kuala Lumpur dengan kisah sekolahnya. Perdana Merteri ,Timbalan PM, orang-orang kenamaan pun diiklankan memberikan ucapan "Selamat Hari Guru".
    Semalam aku masih menerima sms pertama Hari Guru daripada Cikgu Yang Mazni dan Cikgu Dv sahabat karibku. Kemudian di fb Zuhaimah mantan anak murid di Sungai Raya mengirim kad ucapa hari Guru. Ucapan sebegini bertali arus muncul di fb daripada anak murid, rakan-rakan, ibu bapa murid dan individu yang pernah dididik guru.
   Malam  tadi hati aku tersentuh menerima mesej dan video clip lagu "To Sir with Love" Glee daripada mantan anak murid, juga seorang guru .... juga puteriku.... Nazihah. Lagu itu amat meruntun naluri sebagai ibu dan bekas guru. Aku jadi sedih..... sayu.... tak upaya nak ke kebun bersama suami pagi ini. Jam 8.40 pagi bersamaan 16 Mei 2011 aku beranikan diri menelefon PKTadbiran Sekolah Tasek Dermawan, Cikgu Shamsul. Tika itu perhimpunan Hari Guru. Aku mengucapkan salam dan Selamat Hari Guru kepadanya dan minta disampaikan kepada semua warga guru di sekolah. Aku yang terkenal banyak cakap tetiba tak boleh bercakap , amat pilu... teringat kepada warga SKTD yang banyak berjasa kepadaku sehingga sekolah itu berjaya dibawa ke ARENA GLOBAL.
    Agaknya beginilah perasaan pesara-pesara  guru sebelum ini. Kesayuan hati yang terpaksa disembunyikan pada setiap kali Hari Guru diraikan . Mungkin penjawat lain kurang terasa kerana sambutan sebegini kurang diwar-warkan media. Namun kepada diriku "Tahniah, kerana kamu telah berjaya bmenabur bakti selama 35 tahun sebagai  pendidik di 14 buah sekolah semenjak 1 Julai 1974 hingga 31 Mei 2010".
   Kepada puteri-puteriku Nadrah dan Nazihah, teruskan perjuangan mak sebagai pendidik. Berbanggalah kamu ditakdirkan menjadi GURU kerana menurut hadith ......"Setiap orang yang mati itu, antara perkara yang tidak akan putus ialah :"Setiap ilmu dan amalan baik yang telah kamu ajarkan, kemudian diamalkan oleh anak didik mu akan memberikan pahala kepadamu".

No comments:

Post a Comment