Thursday, March 26, 2015

KENYALANG suatu persinggahan

     Tanpa diduga, tiada dalam peta fikiran, jauh dari diari permusafiran atau pun terbit dalam perbualan; hanya kuasa Ilahi mentakdirkan suatu perjalanan indah bersama puteri kesayangan dan cucunda paling manja .Aku  sudah pun menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang... Sarawak. Walaupun inilah kali pertama 3 generasi ini tiba di sini, namun pemusafiran selama 3 hari 2 malam amatlah indah buat kami.
    
Manja Daria Aleesa, Nadrah... sebelum fly
Pertemuan tanpa diduga di KLIA2 dgn  mantan anak didik
 th 2000-2001 Zan Zahidah 
      Pengalaman pertama untuk boarding dari KLIA2, juga pertama kali  menaiki pesawat Malindo Air...dua beranak ini kelam kabut mencari kaunter tiket untuk check in. Huh.... ramainya umat sedang berbaris di ruang check in yang menempatkan  pelbagai kaunter syarikat penerbangan..... Lantaran hanya 45 minit lagi untuk berlepas , puteriku memohon jasabaik petugas kaunter untuk check in melalui lorong Business Class... Alhamdulillah kami dilayan baik, bertuah mendukung cucu bersama. Selesai urusan check in , meluru masuk ke Gate 6 pula. Melangkah laju tanpa menoleh ke belakang, sambil puteriku meleterkan bicara "huh jauhnya".. Duduk dikerusi 9C , manakala puteri dan cucunda di seat 5BC kami diterbangkan selama 1jam 45 minit ke Lapangan Terbang Kuching.

     Perut berkeroncong kerana tidak sempat bersarapan. Mengalas perut dengan air kosong bersama 2 keping biskut yang disajikan staf Malindo Air , mampu bertahan hingga jam 12.30pm .Menikmati mi kolok dan nasi campur menu Restoran Nusantara, Kuching memang best untuk membekalkan tenaga semasa meneroka Kampung Budaya Sarawak.

Mi Kolok Sarawak




         Setibanya di Kampung Budaya , kami diraikan oleh gerimis dari Gunung Santubung, yang membelakangi Kampung Budaya. Alhamdulillah, mampu bertahan dengan karenah Si Manja opah tika berjalan dan turun naik rumah-rumah tradisi Sarawak. 
Entrans Sarawak Cultural Village
  
Air Terjun depan rumah   
Memilih buah tangan cucu & kuih Tiboduk



Tarian Buluh
Menikmati ais krim di Kafe Kampong Budaya
Kupon Masuk warga emas dapat 50% diskaun
Menbelakangi Gunung Santubung
Payung RM15 
Tinggi pun boleh panjat
Titian buluh Manja suka
Kereta sewa selama 3 hari



   Tiba di kampung Budaya baru kami  tersedar minyak kereta dah takat kritikal. Mujurlah ada stesen minyak Petronas ditemui dalam perjalanan balik ke Hotel Lot 10 yang terletak Jalan Ban Hock / Jalan Central Timur, 93100 Kuching. Pemanduan pulang dibawah 70kmj, kenderaan pun tidak banyak mungkin kerana cuti Ahad , memberikan peluang kami menikmati pemandangan desa yang kemas dan bersih.




 Kamar kelamin 

      Malam pertama di Kuching kami makan malam di Taman Kereta, Top Spot Food Court, Kuching untuk menikmati kelazatan sea food. Kami dinasihat makan di gerai Bukit Mata Seafood 25. Huh memang penuh meja , ramai pengunjung menjamu selera . Aku memilih ketam kesukaan puteriku, ikan siakap dan sayur kailan . Menu kena pilih sendiri, justru memilih ketam masak goreng  berlada telur masin, kailan ikan masin dan siakap masak 3 rasa. Memang banyak makanan itu  untuk diselesaikan kami berdua beranak. Akhirnya ketam dibungkus dibawa pulang untuk dimakan di hotel. Berbaloi membayar RM65 untuk menu seafood serta minuman jus belimbing dan lemon ice.






        Isnin 16 Mac adalah hari kedua xplorasi 3 anakcucu meneroka rimba Semenggoh menemui Orang Utan, yang jadi fokus utama puteriku. Selesai bersarapan di hotel, bermula jam 8.15pagi kami berkereta menghala ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Pemanduan lincah dan berhemah puteriku selama 45 minit, sambil menikmati panorama desa yang masih dara ,kami tiba di destinasi jam 9.00pagi. Walaupun usia 60an, aku masih gagah melangkah seiring pelancong lain di dalam hutan yang indah, dingin sambil  menghayati anugerah Ilahi.

       Leka memerhatikan aksi orang utan yang bergayut pada cable yang merentangi antara pokok. Pengunjung yang pelbagai kaum dari dalam dan luar negara, kyusuk sambil berbisik-bisik antara mereka. 'Ooooo tak boleh bising! Orang Utan akan lari'. Merapati sebuah bangunan kecil, di pintu masuk hutan itu ,dapatlah mendinginkan tubuh sambil menatap imfo berkenaan orang utan. Rupa-rupanya orang utan ada 3 fasa perkembangan, macam budak sekolah. Ada sijil lahir setiap seekor dan menggunakan pelbagai nama. 







                    sijil lahir orang utan

pondok tinjau aksi tika orang utan turun makan



                                   Manja berdukung sepanjang perjalanan  disini

Muzium Orang Utan

Peringkat tumbesaran orang Utan Stage Kindergarten, 
Stage Primary & Stage Secondary School

 Sarapan di hotel

         Destinasi kedua hari kedua di Bumi Kuching sudah pastinya ke Muzium Kucing yang terletak di Petra Jaya. Jam 10.15 pagi kami melangkah masuk dan membawa keluar kenangan di sini jam 12,45 pm. Suasana dingin di dalam muzium ini menambah keselesaan kami meneroka setiap ruang imfomasi dan bilik-bilik pameran. Sempat berfotografi sambil melayan karenah cucunda meneroka tiap sudut muzium sambil mulutnya tidak pernah diam berceloteh. Menariklah...

Ada hamba Allah sudi merakamkan foto kami






       Mulai jam 12.45pm kami menuju ke Kubah Ria dan tiba ke destinasi jam 1.13pm. Sunyi sahaja di Kubah Ria, gerai yang bertutup lebih banyak daripada yang berniaga tika itu. Kami meninggalkan lokasi hambar itu untuk ke Benteng  yang terletak bersebelahan Kubah Ria. Sempat meninjau gerai tani yang amat kemas, bersih dan ceria... bagusnya, tapi tidak ramai pengunjung pun. Maknanya gerai lebih banyak daripada pengunjung... oooo mungkin jam dah 1.20petang.

      Singgah di sebuah gerai untuk  membeli ikan terubuk masin bekalan pulang. Menjengah di bangunan di depannya, menjamu selera Laksa Sarawak yang best dan membeli nasi ayam penyet bekalan makan malam  berlauk ketam berlada ikan masin di hotel. 



Banyak gerai tapi hanya beberapa beroperasi

Kemas, bersih tapi sunyi pelanggan

Dapat diskaun 50% dpd RM20 harga ikan

laksa di gerai ini best

Laksa di Benteng ni terbaik

        Jam 7.30pm kami meneroka panorama malam sambil menikmati kedinginan udara malam dari Tebingan Water Front Sarawak. Tak ramai pengunjung dan tak banyak jualan di sana, justru mudahlah kami menerobos selagi kaki Daria Aleesa mampu malangkah. Seleai menikmati ais krim malam ,puteriku membeli beberapa kemeja T buat suaminya serta menghadiahi Aleesa sebatang seruling bambu. dari sebuah kedai di tepi sungai. Merakamkan foto diri di Tugu Kuching pada malam hari adalah patanda kami berjaya menapak di bumi Sarawak sebagai penamat kembara kami hari tersebut.




             






      Hari ketiga di Bumi kenyalang 17 Mac 2015. kami bersarapan nasi goreng, kue teow goreng dan kopi susu .Kami memulakan kembara ke kampung Seberang Water Front untuk menyapa kek lapis Dayang Salhah yang menjadi kegilaan para artis dan merupakan cadangan rakan puteriku. Tidak jadi bersampan untuk ke sini, justru kami berkereta sajalah. Tiba di lokasi jam 8.55pagi, kamilah sebagai pengunjung pertama mereka. Memasuki pintu kedainya sudah terhidu keharuman bauan kek.... Sample kek untuk dirasa pengunjung disediakan di meja bulat  , semua sedap. Memilih 6 rasa kek lapis kesukaan Aleesa untuk dibawa pulang. Ketemulah pula dengan penjual ikan terubuk masin yang menggunakan kipas siling yang dimodifi untuk menghalau lalat, di hadapan kedai.... ooo kagumlah!






      Daun kipas digantikan kotak untuk halau lalat    

         Taman Orkid DBKU/ Orchid Park yang terletak di Petra Jaya kami kunjungi sekitar jam 9.17 pagi hingga 10.00 pagi. Suasana panas sekitar taman meresahkan kami bertiga melewati laluan tanpa bumbung dan anak sungai. Memang banyak spesis orkid di sini, sayangnya banyak yang sudah melepasi era berbunga . Si Kecil asyik dengan payungnya berjalan menari-nari sambil menyanyilah, berlakonlah; sekejap berbahasa Inggeris, sekejap Melayu dan kekadang entah apa bahasa dia guna... mungkin itu petanda cucunda ... gembira.







 

     Masih banyak masa sebelum check out hotel. Kami menuju ke Muzium Negeri Sarawak pula yang berada tidak jauh dari Taman Orkid. Huh! parking susahnya, Alhamdulillah dapat juga berparkir di bahu jalan hadapan Muzium Seni. Ada 2 blok sahaja bangunan muzium boleh dilawati kerana yang lainnya sedang dalam pengubahsuaian. Banyak imfo dari sini berkaitan ketamadunan rakyat Sarawak... baik dilawati.










           Jam 12.00 tengah hari kami check out dari hotel. Masih ada 5 jam sebelum menaiki Cruise Sungai Sarawak. Sesi makan tengahari kami menikmati menu Laksa Sarawak dan Nasi Lalapan berlauk ikan keli di Teh Tarik Kafeteria yang terletak di jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya. Harga makanan di sini murah, ramai pengunjung dan mudah parkir. Sesuai selera kampung..


nasi Lalapan lauk ikan keli
          
          Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Tanda bersyukur yang teramat kepada yang maha Pencipta, kami mengabdikan diri kepadaNya di Masjid Jamek Kuching di Petra Jaya. Indah tersergam, mesra pelanggan, berimfomasi dan terasa gah tika berada di dalamnya. Merehatkan diri sambil merakamkan foto seni bina unggul bumbung  dan  dinding rumah Allah ini. Banyak papan putih berada di suatu sudut, ada sekumpulan jemaah sedang berlatih berkhasidah bagaikan  petanda, bahawa masjid ini membawa banyak manfaat kepada jemaah sekitarnya.



         Jam 3,30pm kami menuju ke Tebingan Water Front untuk menyusuri Sungai Sarawak pada jam 4.45 pm. Berpusing beberapa kali mencari parkir, akhirnya jam 4.30pm kami berjaya meletakkan kereta di parkir tepi sungai. Tiket cruise berharga diskaun RM70 untuk kami 2 orang (harga sebenar RM60 seorang) ,kerana telah ditempah dalam talian lebih awal. Pelayaran selama 1 jam 40 minit ,sambil diberikan imfo oleh pemandu pelancong serta persembahan kebudayaan ,tidak memjemukan kami. Sambil menikmati makanan ringan percuma air oren dan kek lapis , tambah sesesa berada di atas kapal sambil menyaksikan panorama matahari terbenam. Banyak bangunan tersergam dibina di sepanjang Sungai Sarawak. Antaranya Istana Rajah Brooke, kediaman mantan Ketua Menteri Sarawak , Dewan Undangan Negeri dan pelbagai hotel mewah disamping perkampungan tradisi. Momen terindah dalam  pelayaran ini, kami bawa terbang pulang ke semenanjung. Inilah jua isyarat penamat destinasi percutian kami selama3 hari di Bumi Kenyalang Sarawak

Jeti naik ke kapal





bersama penari kebudayaan cruise

view dek bawah

Kediaman Rajah Brooke

deretan hotel di pinggir sungai

kediaman mantan Ketua Menteri Sarawan



 

       Tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 7.15pm lalu memulangkan kereta sewa dengan segera untuk check in .Penerbangan balik ke KLIA 2 agak selesa kerana tidak ramai pengunjung. Masa pergi Kuching dapat seat 9C baliknya 6C, Alhamdulilah semua perjalanaan dan urusan sepanjang permusafiran kami ,Allah permudahan. Tiba di KLIA 2 jam 10.45malam setelah diterbangkan dari kuching pada jam 9.00 malam.

Gelagat cucunda dalam pesawat



Tidur lagi semasa penerbangan



      Terima kasih Allah yang mentakdirkan, terima kasih puteriku Nadrah dan terima kasih adikku Aishah  menterjemahkan ketentuan Ilahi sehingga aku boleh ke Bumi Kenyalang.