Kembara Belum Bernoktah.... sering meruntun pemikiran opah setiap kali melihat pakej terpapar di media sosial. Banyak lagi negara yang memiliki keindahan alam belum opah terokai. Memang indah panorama alam ciptaan Allah, indah budaya masyarakat di sana dan indah juga paparan menu makanan yang sediakan. Itu semua menjadi tarikan kuat untuk menjejak negara seterusnya. Opah baru baru 36 buah negara yang telah dijejaki. Masih ada berbaki 4 negara lagi, sempatkah?. Usia pula menghambat waktu. Dah 70 tahun ni mampukah opah menrealisasikan impian? Insya Allah opah!! ... Paculah pemanduan hidupmu demi menggapai impian.
Kali ni opah menerjah negara yang terkenal dengan gelaran Switzerland of Central Asia. Tak lengkap sebuah negara je, opah jejaki pula Negara ke-9 Terbesar Di dunia... Peringkat awalnya opah nak pergi ke 3 Negara Tans, (Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan) namun takut lawatannya seperti Touch n Go sahaja, tak puas pula nanti. Justru opah pilih 2 negara sahaja. Setelah menapak di bumi Kazakhstan pada 6 Mei, memang benarlahlah sangat luas negara tersebut. Tetapi tika berada di Kyrgyzstan pula terasa seolah-olah opah sedang berada di Switzerland kerana padang rumput yang luas dipenuhi haiwan ternakan serta berbukit-bukau nan amat indah.
 |
Tiap kali melancong ke luar negara, opah PANDU bas sudah pasti |
Dalam diam tanpa opah sedar, ada seorang insan nan peramah sering mambantu opah sempat mencuri rakam foto opah sedang buat nota pada buku kecil 555. Dalam kembara opah sebelum ni, tiada yang merakamkan foto opah dengan hobinya. Justru opah tak dapat melihat aksi sendiri yang sedang menulis nota, merakamkan gambar dan menebual Tour Guide untuk mendapatkan imfo. Sebelum mengambil foto kekawan yang bersama melancong, opah bisikkan kepada mereka, opah minta izin untuk masukkan gambar mereka ke dalam Blog. Antaranya dalam trip kali ni ialah Haryani yang duduk sebaris seat opah. Dia banyak merakamkan view di kiri bas (barisan belakang driver), manakala opah merakamkan view di kanan dibarisan belakang pintu/ tangga bas. Opah selesa duduk di seat kanan tepi tangga belakang bas kerana dapat 2 cermin tingkap yang luas. Selain itu tiada gangguan kenderaan yang lalu-lalang di luarnya tika mengambil gambar.
Jika ada imfo yang tak lengkap, opah mendapatkan bantuan Tour Guide. Sering juga opah mendekati TG untuk mendapatkan imfomasi tambahan. Kejadian ini juga dirakamkan oleh Haryani. Alhamdulillah, inilah kali pertama opah dapat gambar diri sedang buat Home Works tika mengembara. Opah jarang lena dalam bas kerana nak merakamkan apa sahaja yang menarik di luar sana. Jika lena tiadalah Contents untuk Blog opah ni...
 |
Dgn Buku555 opah mencatat |
 |
Mendapatkan imformasi drp Tour Guide |
Pada 4 Mei opah meninggalkan kediaman di Chemor, menuju ke Cyberjaya. Dua meow bulus menemani opah duduk di luar pintu menunggu Grab Car. Walaupun Uda panggil Iky dan Nenja masuk rumah, namun keduanya masih setia temani opah. Malam sebelum berangkat, tangkai beg pakaian Flylite tetiba patah. Ketika itu opah sedang mengangkatnya untuk ditimbang berat bagasi dengan muatannya. Terpaksalah menukarkan kepada beg bagasi lain yang dah lama usianya, namun masih boleh digunakan. Dah tiada pilihan, maka terpaksalah!!
Grab Car menghantarkan opah dari rumah ke Terminal Bas Aman Jaya. Kemudian opah menaiki bas Plus Liner jam 9.30pagi menuju ke Hentian Putrajaya Sentral pula. Dari situ opah mengambil Grab Car untuk ke rumah di Taman Pinggiran Cyber, Cyberjaya. Beginilah pergerakan opah tika nak mengembara melalui KLIA dengan pesawat.
Jam 8.00am 6 Mei, Nizam, jiran kita di Cyberjaya menghantar opah dan Chik Imah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Setiap kali nak ke KLIA, pasti Nizam menghantarkan kami kerana dia pun menyediakan khidmat seperti Grab Car. Tiba di KLIA2 kami bersarapan dulu kerana masih banyak masa untuk berkumpul dengan peserta lain. Jam 8.20am singgah makan di Old Town White Cofee, merasai Nasi Lemaknya , roti telur goyang dan minuman Cofee. Alhamdulillah. Berbaloi RM53.00 untuk dua orang makan.
 |
Eki Agiandy termenung, Nenja Arashan mencium2 beg opah |
 |
Bagasai kesayangan beli di Perth, Australia |
 |
Bersarapan di Old Town KLIA2 |
 |
Saiz Kazakhstan berbanding negara2 berdekatannya |
Jam 10am arahan untuk check in luggage. Opah terpaksa menolak 2 buah bagasi beroda ke tempat berkumpul. Beg pakaian hitam tu opah dah merasakan seperti ada masalah je untuk bergerak. Tapi terpaksa juga digunakan kerana itulah je bagasi terbesar yang ada. Dalam kepala opah, jika bagasi hitam tu bermasalah, opah akan beli beg besar baru tika di Krygystan. Rupa-rupanya tika di sana, sukar nak cari bagasi yang bersesuai dan berkualiti.
Tiba di lokasi kami saling berkenalan. Jemaah pertama opah temui adalah Liza dan suaminya Ezani. Kemudian datanglah pula Sharifah Shazli yang amat peramah dan periang orangnya. Mereka ni paling peramah dan Happy Go Lucky!! Antara kata-kata Sharifah tika kali pertama berjumpa,"Ni dua orang ni mesti CIKGU ya?... Saya suka berkawan dengan cikgu. Saya tahu cikgu sebab gaya kak Kama bercakap tu. Emak saya pun cikgu." Opah dan Imah dah tak boleh menyorokkan identiti kami. Allahuakbar, hebat orangnya!! Selesai menerima Bording Pass dan mendengar taklimat, kami terus ke kaunter untuk Check In tepat jam 10.00pagi. Dari sini bermulalah keakraban kami berempat. Sharifah dari Setia Wangsa manakala Siti Aishah dari Johor mulai rapat dengan kami. Alasan mereka kerana jemaah lain datang dengan pasangan masing-masing.
Setelah jauh berjalan sambil mengheret hand carry, jam 12.30pm masing-masing mula check in melalui Gate Q6. Kami menaiki penerbangan Air AsiaX Flight D7600 dengan Seat opah di barisan 42D bersebelahan Cik Imah. Penerbangan selama 10 setengah jam menuju ke Almaty International Airport, Kazakhstan. Duduk lama dalam pesawat tanpa menonton siaran pada skrin di depan tempat duduk, memang tersangat membosankan. Inilah kali pertama opah menaiki pesawat tanpa santapan mata pada skrin. Nak charge fon pun tak boleh dalam pesawat ni. 😢😢Namun ada hikmahnya situasi begini. Opah boleh baca Quran dalam fon sehinggalah mata letih lalu terlenalah.
 |
Pertemuan pertama, taklimat dan berkenalan antara jemaah |
 |
Sharifah, Rahimah dan Aishah |
 |
Geng berempat opah2 single |
Belum sempat nak lena sudah tiba pramugari menghantarkan makanan. Jam 3.00pm makanan tengahari disajikan untuk penumpang yang telah membuat pesanan awal semasa membeli tiket penerbangan. Penumpang lainnya dijualkan makanan selepas selesai kumpulan pertama menerima makanan. Malang sekali TIADA minuman disajikan pula. Kenalah beli sendiri tika di dalam pesawat. Makanan dalam Air Asia kali ni kira OK lah. Tapi minuman yang opah dan Imah paling suka ialah Santan Latte. Memang enak!!

 |
Santan Latte |
 |
Roti Croissant dibeli di KLIA2 gini jadinya |
Beza masa antara Kazakhstan dengan Malaysia 2 jam sahaja. Berbanding dengan waktu di Krygystan pula bezanya 3 jam. Jam 5.00pm waktu Kazakhstan pesawat kami selamat mendarat di Almaty International Airport. Tidak sibuk airport Almaty ni dan orang tak ramai pun. Mungkin kerana bukan airport utama dan terbaru seperti di Astana International Airport. Turun dari pesawat berjalan sikit dah jumpa tempat mengambil bagasi. Alhamdulillah mudah sangat. Tiada taklimat atau pesanan dari Tour Leader tika di sini. Hanya memastikan semua jemaah cukup kemudian terus bergerak keluar berjumpa Tour Guide lokal. Berhenti sebentar merakamkan foto ramai di kiri pintu keluar. Suhu sekitar tika itu 20darjah Celcius.
Dari sinilah bermulanya masalah!!. Kami TIDAK diberitahu boleh menggunakan TROLI airport untuk membawa bagasi hingga ke tempat bas menunggu, justru masing-masing menolak bagasi mengikut belakang Tour Guide. Bermula laluan bersimen, kemudian heret lagi begasi di atas jalan tar yang jauh serta melintas jalan raya yang sibuk kenderaan yang lalu-lalang di atasnya. Kemudian barulah berjumpa bas yang menunggu di tepi jalan. Orang muda mungkin OK berbuat begini, namun majoriti kami berusia lebih 60 tahun, terpaksa melakukan sendiri. Inilah Ujian Ketabahan hari pertama.
 |
Wajah keletihan setelah 10jam dalam pesawat |
 |
Tak sibuk airport sini |
 |
Boleh faham ke tulisan tu |
 |
Sumber youtube Almaty International Airport |
Selesai semua penumpang berada di dalam bas, kami dibawa ke penginapan pada jam 7.10pm. Hampir sejam dalam perjalanan dapat menyaksikan pemandangan sekitar dalam samar-samar senja. Jam 8.15pm tiba Hotel Regardal lalu terus menikmati makan malam pertama di perantauan. Memasuki ruang dewan makan, mata sudah terpukau melihatkan dekorasi dalamannya. Memang indah dan selesa berada di dalam nya. Hilanglah rasa marah penat menolak bagasi setelah dapat menikmati makan malam di sini. Banyak pilihan makanan menu tradisi orang tempatan yang disajikan. Alhamdulillah... makanan best 👍👍
Selesai makan barulah kami diberikan kunci bilik masing-masing. Bilik tidur pun sangat selesa untuk bermalam di sini. Memasuki kamar tidur, sudah terasa kedinginan semua ruang walaupun tiada aircond ataupun kipas di dalamnya. Tidak perlu juga alat pemanas tika berada di dalam bilik. Kami berada di negara ini ketika Musim Semi semasa peralihan ke musim panas. Bolehlah opah tidur nyenyak tika berada di hotel ini. Selesai bersolat jamak takhir Isyak dan Maghrib, mata pun dah tak boleh diajak berjaga lagi. Hanya sempat mengongsikan foto opah sedang berada di Almaty Airport kepada keluarga di Malaysia. Komunikasi maya hanya boleh dilakukan tika berada di hotel dengan menggunakan Wife free. Simcard hanya akan dibeli semasa berada di Krygystan kerana masa lebih lama berada di negara tersebut.

 |
Dekorasi Cafe Regardal Hotel
|




 |
Lobby hotel |
Tarikh 7 Mei subuh pertama di perantauan. Macam tak percaya bersolat subuh sebelum jam 3.30pagi. Terasa baru je melabuhkan tubuh di tilam empuk dah kena bangun. Kami berjaga sebelum bersolat subuh di Malaysia jam 5.00 pagi hinggalah jam 10.00pm di Hotel Regardal. Hampir 14 jam duduk je di airport dan dalam pesawat. Memang singkat sangat masa tubuh berbaring rehat di atas katil. Namun demikianlah ragam tika di mengembara.
Selesai bersolat Subuh, opah menjengah ke luar jendela bilik. Subhanallah.... Indah sangat panorama sekitar dengan suasana dingin di luar. Kelihatan banjaran gunung yang berselimutkan salji di puncaknya di bahagian kanan hotel. View di depannya pula kelihatan cahaya kemerahan menjengah dari celah-celah bangunan dan pokok-pokok. Di tambahkan menarik dengan aneka lampu dari bangunan dan di jalanan. Lama sangat masa penantian sebelum bersarapan. Mengaji sudah, mandi pun sudah namun perut tetap tak mahu mengalah. Perut opah riuh meraung minta diberikan makanan. Justru makanlah roti Croissant yang dah berkerekot untuk mengalas perut yang tersangat lapar. Cik Mah memberikan 1 pek kecil Kopi segera tapi opah gunakan separuh sahaja. Opah mencampurkan dengan susu Gerd yang opah bawa.
Jam 7.00am kami turun dengan membawa bersama keperluan bersolat dll menuju ke dewan makan. Memasuki dewan makan sudah tertarik dengan hiasan serta cahaya lampu. Menu sarapan selain aneka roti, disajikan menu bergoreng seperti nasi goreng, bihun goreng dan salad sayuran. Opah memilih roti bercicahkan kuah ala kari untuk makan pagi. Oleh kerana tujuan merantau opah nak tahu budaya, kenali masyarakatnya dan merasakan makanan mereka, maka Allah takdirkan semua yang disuapkan ke dalam mulut terasa enak belaka.
Banyak masa terbuang dek kerana siangnya terlalu awal. Jam 4.00pagi dah cerah. Bagi yang kaki tidur tu bolehlah sambung tidurnya. Opah tak boleh...Selama 3 jam menantikan masa untuk bersarapan, apa nak buat. Sempat juga mengedit gambar-gambar yang dirakamkan. Kemudian share gambar kekawan ke dalam group. bersarapan jam 7.00pagi hinggalah itenari seterusnya, menanti lagi 2 jam. Nak jejalan sekitar hotel pun tak boleh kerana banyak bangunan belum dibuka lagi. Ginilah situasi perlu kita hadap tika di negara orang yang berbeza iklimnya.
Sementara menanti jam 9.00am untuk ke Monument Indipendent dan Parliment House, Opah ditemani Cik Mah dan Siti Rafeah mengabadikan gambar kenangan di sekitar hotel. Gambar menarik di depan dan dalam hotel siap kami rakamkan. Sempat juga merakamkan foto Tour Leader dan bas yang dinaiki. Tatkala tiba jam 9.00pagi sudah mula sibuk kenderaan di jalanan depan hotel. Masing-masing menuju ke tempat kerja, ada yang ke sekolah dan dengan pelbagai tujuan. Namun pasaraya dan kedai-kedai di depan hotel masih belum dibuka tika itu.
 |
Mr Boolu Tour Guide juga seorang guru |
Bas kami dipandu penuh berhemah. Bagusnya sikap pemandu-pemandu di sini walaupun agak berusia. Tepat jam 9.11am kami tiba di lokasi parkir bas berhampiran dengan Republic Square, kota Almaty. Hari ini 7 Mei bertepatan Hari Tentera di negara Kazakhstan. Sekitar jalanraya di kota ini tidaklah sibuk. Lancar je perjalanan kami ke sini dari hotel tadi. Kami berjalan kaki dari bas menuju ke dataran Monument Independence. Terletak betul-betul di tepi jalan nan sibuk, sebuah menara tinggi yang di puncaknya kelihatan sebuah patung tentera berdiri gagah di atas seekor haiwan. Berdekatan monument ini terdapat Presidential Residence, Akimat House dan beberapa monument lainnya.
Monument Indepencence merupakan Landmark bersejaran di Kota Almaty. Monument ini juga di kenali sebagai The Golden Warrior atau Golden Man Statue dan Statue of Golden Warrior yang terletak di Republic Square di Almaty, Kazakhstan. Monument ini merupakan mercu tanda kemerdekaan Kazakhstan, identiti penduduknya dan sebagai tanda peranan Kota Almaty sebagai ibu negara Kazakhstan sehingga tahun 1997. Kemudiannya Astana dipilih menjadi ibu nagara mereka. Tingginya 91 kaki yang gah berdiri patung tentera Saka Warrior dan Bary berwarna keemasan di puncaknya.
 |
Monument Independence |
Parliment House of Kazakhstan hanya dilihat dari jauh. Parliment di sini adalah Bicameral Legislature of Kazakhsta. Dibina pada tahun 1996 mengandungi Upper House (Senate) dan Lower House (Majilis). Di Lower House terdapat 98 kerusi Majilis.
Selesai berposing, pada jam 9.30am kami kembali meniki bas untuk ke Panifilov Guardsmen Park pula. Sebuah taman bandar berdekatan dengan Ascension Cathedral yang terletak di timur pusat bandar Almaty. Taman ini dibina sebagai penghargaan dan mengenang jasa 28 orang tentera Red Army, dari Unit Alma-Ata Infantry yang terkorban tika perang dunia kedua, dalam Battle of Moscow. Memasuki taman yang dipenuhi rimbunan pepohon menghijau terasa berada di negara sendiri. Tiba di tengah taman terdapat dataran luas yang dihadiri ramai pengunjung. Ada yang berpakaian uniform tentera dan ada yang berpakaian biasa. Mereka menyaksikan persembahan sempena Hari Tentera pada hari ini yang berlangsung di dataran tersebut. Pengakhiran penerokaan kami di sini tatkala bertemu dengan Gereja Ancension Cathedral.
 |
Entrans Panifilov Park |
 |
Jumpa pelancong dari German |
 |
Sharifah, Rafeah, Imah, Aishah, Liza, Hamidah dan Badariah geng opah-opah |
 |
Gereja Ancension Cathedral |
Menjejak ke negara orang pasti dibawa ke tempat membeli-belah. Bukanlah di gedung-gedung besar atau pasaraya tersohor tapi hanyalah di bazar-bazar. Jam 10.40am tiba pula di Green Bazaar. Sebuah bangunan besar 4 tingkat berwarna hijau terletak di tepi jalanraya yang sibuk. Memasuki ke dalam bazar ini samalah bazar di Malaysia. Pelbagai jenis barangan jualan diletakkan di atas meja terbuka. Ada yang berniaga makanan, rempah ratus, buahan, ikan dan aneka daging haiwan ternakan. Selainnya terdapat juga jualan perabot, pakaian dan barangan antik. Di bazar inilah opah mencuba makan daging kuda salai yang diberikan oleh Tour Guide untuk merasainya. Hmmm... jika dibuat gulai atau masakan menu Malaysia pasti licin opah telan!!. Seperti yang diwar-warkan buahan kering orang sini sangat bagus. Opah akui buahan kering seperti peach, aprikot, buah tin dll memang sangat enak. Opah membeli beberapa gugus buah anggur, oren dan peach serta buahan kering untuk dimakan di bilik.
Green Bazaar merupakan pasar awam yang terletak di antara jalan Zenkova dan Jibek Joly Streets. Sejak tahun1875 bazar ini merupakan pusat dagangan penting di Almaty. Asalnya sebagai halaman tetamu bagi pedagang dan caravan. Tahun 1887 bangunan pasar asalnya runtuh dalam gempa bumi. Pada tahun 1927 bangunan pasar dibina semula lalu dinamakan Central Farm Market. Sejak itu ia menjadi terkenal di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Di luar atau di kaki lima pasar pun ada jualan untuk pengunjung. Paling banyak jualan cenderamata dan mainan.
Bas kemudiannya membawa kami ke Rakhat Chocolat Factory yang terletak di Zenkova Street juga, sama jalan ke Green Bazaar. Jam 11.20pagi sudah tiba. Mendekati gate warna keemasan kilang ini sudah terhidu dari luar bauan haruman aromatik coklat. Raakhat yang bermaksud keselesaan dalam bahasa Kazakh adalah kilang coklat tertua. Dianggarkan sekitar 70 tahun sudah beroperasi di negara tersebut. Coklat yang dihasilkan antaranya sesuai bagi pesakit Diabetis kerana produk mereka berkalori rendah. Antaranya produk Candies, Cookies dan Waffles yang popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
 |
Green Bazaar Almaty |
 |
Buahan kering dan aneka kekacang |
 |
Sumber Youtube |
 |
Pelbagai daging haiwan 4 kaki |
Ramai juga kekawan yang membeli coklat tetapi opah terkecuali. Jam 12.05pm kami dibawa ke Almaty Central Mosque. Melaksanakan solat jamak Zohor dan Asar di sini. Masjid ini antara yang terbesar di kota Kazakhstan ini. Boleh memuatkan 3000 jemaah menunaikan solat di dalamnya. Bangunan masjid ini dibina pada tahun 1890 di sebelah masjid lama yang musnah terbakar pada tahun 1987. Rekabentuk menarik berwarna putih bersih dengan kubah bersalut emas di puncaknya. Ada 4 kubah kecil keemasan di penjuru bangunan terletak di atas bumbung masjid. Manakala sebuah mineret setinggi 47 meter terletak di tepinya entrans masjid ini.
 |
Jalan menuju ke Almaty Central Mosque lengang |
 |
Sumber youtube |
Selesai sahaja bersolat perut mula berkeroncong. Dahlah sarapan jam 7.00pagi, bangun pula sebelum solat Subuh. Oh... lama sunguh mata berjaga. Jam 1.00pm kami menikmati juadah makan tengahari di Qaganat Canteen. Menu pelbagai makanan terhidang di dalam rak berkaca di suatu sudut. Tetamu hanya perlu memilih apa yang nak dimakan lalu diletakkan di atas talam. Kemudian membawa hidangan tersebut ke kaunter bayaran untuk direkodkan oleh juruwang. Tempat duduk banyak dan selesa menikmati lunch pada hari kedua ini.
 |
sumber youtube |
 |
Antara set makanan berhidang di Qaganat Canteen |
 |
Aneka makanan berlebel harga untuk dipilih |
 |
Inilah makan tengahari kami |
Jam 2.20pm berjalan kaki pula menuju Kok Tobe Hill yang terletak di Daerah Medeu, Almaty. Kok Tobe bermaksud Gunung Hijau yang terletak di Luganskiy Street 2 , Almaty. Melaui jalan tersebut kita pasti bertemu dengan sebuah kereta kuning yang tersergam di tepi laluan pejalan kaki. Dari jauh kelihatan seperti kereta itu dipenuhi dengan buah-buahan. Namun tika mendekatinya ia hanyalah dekorasi daripada mangkuk plastik yang berbentuk buah delima. Akhirnya tibalah di bangunan tempat menaiki Gondola ke Kok Tobe. Selesai pengagihan pas masuk yang berharga 3000 Tengge, kami memasuki gondola yang memuatkan 6 penumpang setiap unit.
Sepanjang berada di dalam gondola, opah merakamkan view menarik di Kok Tobe Hills. Perjalanan 6 minit akhirnya turun di Bukit Kok Tobe. Di puncak Kok Tobe yang ketinggiannya 1100 meter terdapat taman rekreasi untuk para pengunjung. Ada juga restoran dan deretan kedai menjual cenderamata. Dari puncak sini kita boleh melihat dari pelbagai arah seluruh panorama menarik Kota Almaty. Tambah menarik dapat menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Di bukit ini terdapat juga Tv Tower setinggi 372 meter yang popular di kalangan pengunjung.
 |
Menuju ke entrans Gondola Ride |
 |
Kereta Delima |
 |
Rekabentuk menggunakan mangkuk plastik |
 |
Menuju ke entrans menaiki gondola di Luganskiy St2. |
 |
View dari atas |
 |
Stesen Gondola di Kok Tobe Hills |
 |
Bangunan komersil perbagai jualan
|
 |
Peta tunjuk arah di Kok Tobe Hills |
 |
Trekking pun boleh di bukit ini |
 |
Terbeli sweeter drp bulu kambing ala kardigen di sini |
Jam 1.45pm kami dihantar kembali ke Hotel Regardal. Jam 3.20pm selamat tiba di hotel. Huh... banyak masa lagi sementara menunggu makan malam yang dijadualkan jam 7.00pm. Ada 5 jam disia-siakan!! Sepatutnya boleh lagi merayap merata kota Almaty ni. Yang ni kelemahan itenary Pakej JJ ??. Ramai lagi yang tidak bersolat Zohor dan Asar di Central Mosque tadi, maka bolehlah melakukannya pada masa ni di dalam bilik. Opah hanya melaksanakan solat jamak Maghrib dan Isyak sahaja di bilik. Masa senggang opah merakamkan view sekitar hotel dari tingkat 9. Kemudiaan mengedit gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang hari.
 |
Banyak statue di Kazakh ni |
 |
Skuter ada di mana-mana utk pelanggan gunakan |
 |
Entrans hotel Regardal |
 |
View dari hotel jam 6.20petang |
 |
Tanpa jemu melihat panorama sekitar dipenghujungnya salji di puncak gunung |
 |
Bangunan, pepohon hijau, gunung bersalji dan awan saling melengkapi keindahan |
Tiba jam 7.23pm kami turun ke dewan makan untuk makan malam. Memasuki tempat makan terus merakamkan gambar dulu sebelum ramai tetamu turun makan. Kemudian barulah memilih aneka makanan yang terhidang di suatu sudut berserta pelbagai minuman sejuk dan panas. Duduk makan di meja bulat bersama kekawan memang menaikkan selera. Ada yang berkongsi Sambal Nyet, masakan pedas, sambal bilis dan rendang yang dibawa dari Malaysia. Semua ni menaikkan selera makan dengan menambah kepada menu yang disajikan yang serba tak pedas.
 |
Dinner 7 Mei di Regardal Hotel |
Hari kedua kami di perantauan dan hari terakhir di Kazakhstan bertarikh 8 Mei bersamaan hari Khamis. Selesai bersolat Subuh opah mengintai keluar melaui balkoni di luar bilik. Sangat dingin walaupun suhu 17 Celcius tika itu. Tiupan angin di luar melekat pada muka dan tangan menambahkan lagi kedingin tubuh. Seronok dapat merakamkan view sekitar pada subuh terakhir kami di hotel ini. Menantikan masa bersarapan sangat lama lagi. Ada 3 jam lagi. Membaca Quran pula, kemudiannya menghantar gambar kepada famili di Malaysia. Tiba jam 7.10am kami turun bersarapan di tingkat bawah hotel. Hari terakhir melihat suasana menarik di dewan makan ini. Meriah makanan yang disajikan pagi ni untuk kami nikmati. Lima bintang makanan di Regardal.
 |
Cuaca di Almaty tika jam 3.30am |
 |
Waktu ni mentari dah muncul, maka siangnya panjang |

 |
Sarapan opah 8 Mei |
Banyak pilihan menu sarapan
 |
Sarapan 8 mei Regardal Hotel |
Selesai bersarapan kami check out hotel. Mengheret bagasi masing-masing untuk dimasukkan ke dalam bas. Kali ni bas lain pula yang membawa kami melepasi sempadan ke ke negara Tan kedua, Krygystan. Kali ni opah tak dapat duduk di seat tepi tangga belakang, kerana lewat masuk bas. Tapi amat bersyukur dapat duduk di hadapan Liza dan Ezani, adik-adik yang sangat baik hati. Jam 8.20am bas mula menuju ke sempadan. Allahuyassir Wallatuassir... mendahului doa disambung dengan Subhanallazi sakhorolana...., disudahi dengan Aamiin.
Sepanjang 2 jam perjalanan menuju ke sempadan pelbagai macam panorama menarik dapat disaksikan. Di sebelah kiri kelihatan banjaran gunung bersalji dan tanah pamah nan menghijau. Di sebelah kanan laluan pula banyak penempatan penduduk dengan beraneka bentuk kediaman. Namun bukanlah kediaman mewah, kebanyakannya berciri kekampungan lagi. Dataran padang rumput ragut untuk haiwan juga sangat luas. Rumput-rumput yang telah dipotong mereka gulung lalu diikat dan dilonggokkan di tempat khas. Rumput-rumput kering ini akan dijadikan makanan haiwan tika musim sejuk tiba. Kawasan pertanian juga sangat luas. Ada kalanya terdapat ladang sayuran dan buahan. Tumbuhan liar dan pokok-pokok renek turut memenuhi muka bumi di situ.
Kekadang menemukan penempatan moden dengan binaan bangunan konkrit dan bertingkat. Beberapa tempat kami terpaksa melalui jalan raya yang sedang dinaik tarraf atau pun sedang dibaiki. Bukan lebuhraya yang dilalui tapi jalan raya biasa 2 lorong. Jika ada kecemasan untuk hendak ke tandas agak sukar juga tika berada di kawasan begini. Ada juga jalan raya yang baru siap dibina yang dilalui. Boleh dikatakan lebuhraya yang baru dibina ada menyediakan tempat Rehat dan Rawat (R&R).
Jam 10.40am kami bernti di sebuah R&R bernama Hama3X A Aykeh. Lokasinya di Jambil Awdani. Rupa-rupanya kami singgah makan di sini. Diberikan makan awal kerana perjalanan dan urusan melepasi sempadan mengambil masa yang lama. Enak makan di sini kerana boleh memilih sendiri makanaan apa yang nak dimakan. Pelbagai makanan tersusun di dalam rak kaca, pelanggan pilih sahaja. Kemudian membawa talam berisikan makanan ke kaunter untuk direkodkan harganya. Opah dan Cik Mah memilih makanan berbeza, kemudian kami kongsi supaya dapat merasakan banyak masakan mereka di sini. Selesai makan bolehlah ke tandas sebelum menaiki bas semula.
 |
Liza dan Ezani di belakang |
 |
Dua seat duduk sendiri |
 |
Wani anakanda yg membantu hal2 fon. Imah duduk di kiri mudah merakam gambar di luar bas |
 |
Permukaan tanah berpasir ditumbuhi rumput |
 |
Bukit pasir |
 |
Pepohon Birch berbatang putih |
 |
Hentian R&R untuk lunch |
 |
Hama3X Aaykeh , Anvarazia Restaurant.
|
 |
Anvarazia Restaurant lunch 8 Mei, pilihan 2 orang |
 |
Tour guide tunggu dihujung kaunter utk bayaran |
Puas hati menikmati makanan di Anvarazia ini. Kita pilih apa yang nak dimakan, pastinya tidak berbaki dek keenakannya. Jam 11.40am kami meneruskan perjalanan menuju ke sempadan. Sudah hampir dengan Krygyzstan rupanya. Tika menghampiri sempadan sudah jarang ketemui penempatan penduduk. Banyak bukit-bukau berselangan dengan kawasan tanah pamah yang tiada aktiviti pertanian. Tiba-tiba menemukan Wind Mills di kiri jalan menghampiri sempadan yang didirikan di suatu kawasan lapang. Akhirnya tibalah di sempadan dua negara Kazakh dan Krygs.
 |
View lokasi sudah hampir sempadan |







Jam ketika itu menunjukkan pukul 1.30pm. Semasa turun dari bas masing-masing sibuk mengeluarkana bagasi. TIADA penerangan untuk kami di situ melainkan arahan untuk membawa bagasi masing-masing menuju ke pintu masuk bangunan imegresen Kazakhstan. Kelihatan ramai lelaki tua mengheret troli mendatangi Tour Guide. Tapi tidak diberitahu apa fungsi lelaki tua yang membawa troli tersebut. Tour Leader dilihat mengheret bagasi sendiri menuju ke bangunan Imegresen. Cuma Badariah dan suaminya sahaja dilihat 2 leleki bertroli membawa semua bagasi mereka.
Kenapa TIDAK beritahu kami lebih awal sebelum tiba di sempadan supaya menggunakan khidmat lelaki bertroli untuk membawakan bagasi kami??. Maklumat ini penting kepada kami warga tua. BUKAN kami tak mampu dari segi kewangan, tapi tiada suasana TENANG ketika itu. Masing-masing sibuk nak melepasi sempadan. Tour Guide dan Tour Leader boleh sahaja kumpulkan kami di situ, beri penerangan situasi untuk melepasi sempadan; jauh ke dekat, boleh gunakan penarik troli (porter), tempat berkumpul setelah melepasi sempadan dan tempat Money Changer. Oleh kerana kami belum menukarkan wang USD kepada Som, justru Tour Guide boleh bayarkan dulu. Kami boleh sahaja membayarkan semula. Mereka BUKAN baru menguruskan pelancong ke sini, tapi dah berpengalaman. Bawa pula peserta WARGA EMAS. Inilah MASALAH KEDUA yang tak sepatutnya kami alami.
Dari jalan bertar terus ke lantai bersimen di dalam bangunan Imegresen Kazakhstan bagasi diheret. Selesai urusan pasport mengangkat sendiri bagasi ke atas Airport Scanner atau Terowong Pemindai Bagasi. Kemudian menurunkannya sendiri. Lepas itu mengheret semula bagasi di laluan lebih jauh untuk ke Imegresen Krygystan pula di bangunan berasingan. Permukaan lantai bergerutu kerana susunan batu bukan lantai simen. Ada kalanya menaiki 4 tingkat tangga kerana laluan bertingkat pula. Tiba di Imegresen Krygystan proses sama dilakukan. Akhirnya mengheret lagi bagasi keluar dari bangunan melalui laluan simen yang lebih jauh dan di bawah pancaran mertari. Tika sudah jam 2.00pm. Siap semua urusan para jemaah melepasi sempadan mengambil masa selama dua setengah jam. Paling kasihan jemaah yang membawa 2 anak kecil. Mereka letak anak di atas bagasi kemudian mereka tolak hingga selesai urusan, namun TIADA yang sudi membantu!! Opah menguatkan semangat kerana Liza dan Ezani adalah jemaah JJMTT berada di belakang opah. Ketika di sini terasa seluruh anggota opah sakit, jantung berdegup kencang, pinggang perit.... Alhamdulillah mujurlah opah tidak rebah!
Urusan seterusnya dilakukan di sempadan ni ialah pembelian Sim Card dan menukarkan wang di Money Changer pula. Opah menukarkan wang kertas USD kepada mata wang Som milik Krygystan. Tidak menukarkan wang Kazakhstan kerana tidak lama berada di negera tersebut berbanding Krygystan. Kemudian kena menunggu giliran pula untuk dipasangkan Sim Card Krysgystan. Dengan hanya seorang petugas yang melayani urusan memasangkan sim Card ke dalam fon milik 20 orang. Tapi bagusnya, semua urusan ini dilakukan sementara menungu bas melepasi check point sempadan. Alhamdulillah, akhirnya semua urusan penting para jemaah selesai di situ.
 |
Penarik bagasi berbayar (PORTER) menanti pelanggan. Kami tak faham bahasa mereka utk berkomunikasi |
Usia 69 tahun terpaksa kuat ..................Orang muda pun semput
Nurie dengan anak keduanya Suaminya dengan anak pertama
 |
TG tolong tolak bagasi 1 jemaah |

Sumber youtube
 |
Penat sangat tersadai di sini bersama Haida dan Liza |
 |
Peneman sebagai jemaah terakhir crossing sempadan |
 |
Terpaksa berjalan jauh dari bangunan di belakang tu |
 |
Berehat di depan kedai Money Changer |
 |
Penjual pasangkan simcard di sempadan |
Memasuki Negara Krygystan secara rasminya tika jam 3.15pm setelah bas keluar dari Check Point. Bas dipandu menuju ke Bishkek ibu negara Krygystan. Kami terus menuju ke Bishkek Central Mosque. Dari sini sudah menampakkan panorama sebenar bumi yang dipanggil Switzerland of Central Asia ni. Persekitaran menghijau, gunung-ganang nan memutih salji di puncaknya, aliran air sungainya bersih dan suhu sederhana sejuk. Menemukan pula penempatan penduduk di pekan-pekan kecil yang belum moden. Akhirnya tibalah di Bishkek Central Mosque jam 3.30pm.
Masih insan yang sama menemani opah bersolat di dalam masjid. Mereka itu Liza, Badariah dan Imah. Untuk memasuki perkarangan masjid kena berjalan agak jauh dari parkir bas. Memasuki bangunan tandasnya memang menyedihkan, kurang bersih. Ada paip air namun kena bawa botol kosong untuk mengisikan air bagi membersihkan diri. Kemudian berjalan menuju ke bangunan lain pula, yaitu bangunan sebenar Masjid Central Bishkek. Kami menaiki tangga agak tinggi untuk ke ruangan bersolat wanita di tingkat atas. Selesai bersolat kami merakamkan gambar di situ dan di tingkat bawah ruang solat utama. Penamatnya bergambar di luar masjid pula.
Bishkek Central Mosque ini juga dikenali sebagai Central Mosque of Imam Sarakhsi. Dinamakan smpena nama Al-Sarakhsi seorang Ulama Besar Islam dalam Mazhab Hanafi yang terkenal dengan keilmuannya. Ia dibina pada tahun 2012 dan siap pada 2018. Kos pembinaan masjid ini ditaja oleh Diyanet Turki, (kementerian Hal-Ehwal Agama Turki). Masjid ini antara masjid terbesar di Asia Tengah yang boleh memuatkan 30,000 jemaah bersolat di dalamnya. Perasmian masjid telah dilakukan oleh President Krysgystan Sooronbai Jeenbekov dan President Turki Recep Tayyip Erdogan.
 |
Penempatan penduduk selepas sempadan |
 |
View menghampiran Kota Bishkek |
 |
Kota Bishkek |
 |
sumber youtube |
 |
Bishkek Central Mosque |
 |
Ruang solat wanita di tingkat atas |
View ruang solat tingkat bawah Bishkek Central Mosque
Menaiki bas semula bersama ahli rombongan yang tidak turun dek keletihan melepasi sempadan tadi. Ada yang hanya turun merakamkan gambar sekitar masjid kemudian kembali berehat di dalam bas sambil menantikan jemaah yang bersolat di dalam masjid. Jam 4.50pm bas berhenti di tepi jalan kerana tiada parkir di kawasan hotel. Turun semula mengheret bagasi lagi di laluan bersimen yang dah uzur. Banyak lubang pada permukaan lantai simen, menambah kesukaran mengheret bagasi. Namun tidaklah sejauh di sempadan tadi.
Selesai check in di penginapan bernama My Hotel yang terletak di 121, Chuy Ave, Sverdlov Districi, Bishkek. Tiba di lobby hotel masing-masing bergegas menuju ke lif. Oh... lif hanya ada 1 untuk semua tingkat, kena bergilir menaikinya. Opah dan Imah berehat dulu di lobby hotel kerana kami sudah bersolat dan selesai urusan di tandas. Justru jemaah lain perlu didahulukan untuk menaiki lif. Usah Complaint tentang kemudahan yang disediakan di hotel ataupun parkir kenderaan pelanggan hotel. Krygystan negara belum maju, belum moden, belum membangun sepenuhnya dek belum lama merdeka dari cengkaman Rusia. Suasana begini telah difahami sebelum memilih untuk datang ke sini. Jadilah kami jemaah terakhir menaiki lif menuju ke bilik di tingkat 2.
Alhamdulillah, kemudaham di bilik penginapan baik dan sesuai dengan semua keadaan. Apa lagi nak dibuat, opah manfaatkan masa sementara nak tunggu masa makan dengan meninjau sekitar hotel. Turun semula ke kawasan depan My Hotel merakamkan gambar dari depan, tepi dan bawah hotel. Opah meninjau apa yang ada sekitar hotel ini untuk diterokai malam nanti. Ada 2 pasaraya dan kedai makan di depannya. Di sebelah kanan hotel ada pelbagai kedai pakaian, alatan letrik, gajet dan restoran. Kemudian opah naik semula untuk bersedia keluar makan malam di luar hotel.
 |
Penempatan di Sverdlov District Bishkek |
 |
Rumah pangsa |
 |
Hotel dan apartment |
2 malam nginap sini My Hotel Bishkek
 |
Lobby My Hotel, Bishkek |
Rehat di lobby sementara mendapat kunci bilik
 |
Depan My Hotel jalan yg sibuk |
 |
Jalan di kiri My Hotel |
Turun semula lif dah tak perlu menunggu lama. Jam 6.00pm dah berada di lobby hotel menunggu arahan Tour Guide. Kami menaiki bas semula, jam 6.30pm sudah tiba di Buhara Assorti untuk makan malam. Restoran ini terletak di Ibraimov Streets, Bishkek. Restoran yang menyajikan menu masakan Citarasa Central Asian terutamanya menu Uzbek. Dekorasi Cozy Interior yang menarik pada dinding menggamit selesa berada di dalamnya. Memasuki ke ruang utama kelihatan aneka makanam siap terhidang menantikan pesanan pelanggan. Tapi kami diberikan makanan berhidang dan duduk di tempat khas. Merasai menu nasi putih dengan gulai ayam, mi berkuah dan buahan malam itu. Sangat selesa dan menarik makan di sini.
 |
Kedai makan di depan Buhara Assorti
|
 |
Ruang makan pelanggan |
 |
Kami dikhaskan makan di sini secara berhidang |
 |
Hidangan berkongsi 4 orang, menu pembuka selera |
 |
Menu yang disajikan untuk Buffet |
Selesailah makan, pada jam 7.10pm kami dihantar kembali ke hotel. Selesai bersolat opah ditemani Liza, Rafeah dan Sharifah keluar meninjau pasaraya terdekat. Ada yang nak beli jajan, baju hujan, minyak Castor dll. Tapi opah nak cari Selfie Stick yang baru kerana yang sedia ada macam tak OK je. Jam 7.20pm cuaca pun baik, sekeliling terang dengan cahaya lampu jalan dan pusat beli-belah. Kami menyeberang jalanraya dan melepasi 2 lampu isyarat untuk ke situ. Baru jam 7.30pm suasana dah lengang. Tidak ramai pelanggan di pasaraya. Puas kami menjamu mata dari dalam pasaraya hingglah ke kedai-kedai sekitarnya. Apa yang opah inginkan tiada yang menarik di hati. Opah pulang ke hotel dengan tangan kosong je.
 |
Pasaraya di Alma Hypermarket |
 |
View dalam Alma Hypermarket Bishkek |
Ronda dalam pasaraya melihat barangan jualan
Tiba pula hari Jumaat bersamaan 9 Mei 2025 kami berada di bumi Mini Switzerland ni. Jam 7.30am sudah boleh bersarapan di hotel. Tika melalui entrans dewan makan My Hotel ni, seolah macam biasa je. Tetapi pada satu sudut terdapat dekorasi pada dindingnya yang menarik. Sajian makanan tidaklah banyak tapi memadai untuk kami memilih pelbagai jenis makanan yang dihidangkan secara Buffet.
 |
Sudut hidangan |
 |
Dekorasi akar pokok menceriakan tempat makan |
Selesai bersarapan kami menaiki bas untuk aktiviti pertama pada jam 8.30am. Bas dipandu menuju ke Ala Archa National Park. Tika meninggalkan kota Biskek sudah kelihatan panorama menarik kawasan desa dan pergunungan. Sempat juga melihat orang ramai berarak ke sebuah dataran untuk merayakan sambutan Hari Tentera atau Victory Day. Hari merayakan kebebasan mereka dari penjajahan Nazi German dalam Perang Dunia Kedua. Tentera Nazi German secara rasminya menyerah kalah tanpa syarat di semua tanah jajahannya pada Selasa 8 Mei 1945. Manakala di Krygystan Hari Kemenangan, Victory Day adalah cuti umum dan disambut pada 9 Mei.
 |
Kediaman penduduk di pusat bandar Bishkek |
 |
Aneka kedai ditingkat bawah kediaman |
 |
Laluan Pedestrian nan terurus dan selesa |
 |
Penempatan penduduk di pinggir kota Bishkek
|
 |
Rupa muka bumi di sini |
 |
Acara perayaan Victory Day |
 |
Dengan pelbagai sepanduk dan membawa bendera dalam perarakan Victory Day |
Tidak lama kemudian tibalah di Ala-Archa National Park di Alamudun, Chuy Region pada jam 9.35am. Ala bermaksud gunung yang pelbagai warna. Lokasi sini merupakan Alpine Ala National Park yang terletak di pergunungan Tian Shan Mountain Range di Krygystan. Sejauh 35km dari Bishkek. Lokasi ini telah diwartakan sebagai National Park pada tahun 1976 yang berkeluasan 16,485 hektar. Archa adalah mengambil nama Pokok Juniper yang banyak bertumbuh dengan pelbagai warna di kawasan tersebut. Terdapat sungai yang mengalirkan air sepanjang jalan ke Bishkek melalui Osh Bazaar terus ke reservoir lalu akhirnya ke Sungai Chu di sempadan Krygystan dan Kazakhstan. Terdapat air terjun dan Ak-Sai Glacier di sini. Sangat popular di kalangan pelancong untuk datang ke sini terutamanya penggemar hiking.
Tiba di sebuah lokasi parkir di Kashka Suu Daerah Belgis Koco kelihatan banyak Coaster di situ. Rupa-rupanya perlu menaiki Coaster pula untuk ke stesen kedua sebelum menjejak Ala National Park. Selama 20 minit perjalanan tiba pula di Stesen kedua di Alamudun, Chuy Region yang menempatkan banyak bas Mini. Duduk di dalam Bas Mini selama 12 minit sambil menikmati view menarik sekitar. Akhirnya tibalah di Ala Archa National Park jam 10.10am. Turun dari bas sudah terasa kedinginan udara sekitar di puncak. Masing-masing menuju ke tandas bersama botol plastik kosong atau pun Bidet kosong untuk membuang air.
 |
Stesen 1 tiba di Kashka Suu Daerah Belgis Koco |
 |
Stesen 1 parkir Coaster di Kashka Suu |
 |
Coaster dari Stesen 1 |
 |
Stesen 2 parkir mini bas di Alamudun Chuy Region |
 |
Naik mini bas |
 |
Tempat makan |
 |
Tandas |
Jam 11.20am mula mendaki secara berkumpulan. Aishah sudah mengeluarkan tongkatnya. Sudah mula melangkah dengan 3 kaki. Imah terpaksa berjalan perlahan tika mendaki bersama Aishah dan ditemani Rafeah. Opah terpaksa bergerak sendiri kerana mencari view menarik untuk dirakamkan gambar. Selainnya merakam gambar kekawan, justru kuranglah gambar sendiri. Banyak lokasi sini ditumbuhi pepohon Alpine. Di kanan laluan terdapat beberapa air terjun yang mengalir deras dan jernih airnya. Terjumpa beberapa haiwan seperti tupai dan unggas yang bertenggek di tempat yang dibuat khas untuk mereka.
Menemukan ramai pengunjung pelbagai bangsa tika di depan Cafe di entrance ke Park ini. Jam 10.44am menemukan air terjun pertama, namun airnya tidaklah banyak. Jam 11.00am tiba pula di air terjun kedua yang sangat indah dan ramai singgah bergambar di situ. 21 minit kemudian menemukan air terjun ketiga dan yang terakhir. Air terjun di situ cetek namun kawasan mendatar luas mudah untuk sesi bergambar. Teringat air terjun di tempat kita, penuh dengan rimba kelilingnya dan kekadang berlaku pencemaran. Berbeza pula di tempat mereka di sini, tidak banyak pepohon besar menutupi kawasan air terjun. Jarang terjumpa yang berkelah atau mandi-manda dek seluruh kawasan sangat sejuk.
 |
Permulaan pendakian |
 |
Cafe di entrans |
 |
Banyak pepohon alpine |
Geng opah-opah walaupun penat mendaki namun Happy!
Cucunda dari negara China nak bergambar sama
 |
Tempat tupai |
Tika menuruni laluan inilah teman baik opah terjatuh
 |
Air terjun pertama |
Air terjun kedua Sidd, Nurie & anak-anak
 |
Air terjun ketiga, terakhir |
Dua wajah ketika musim yang berbeza
 |
View dari puncak Ala Archa NP |
 |
Di kanan laluan Archa NP |
Sudah puas menikmati Anugerah Maha Pencipta sekian Alam, mulalah melangkah turun ke tempat bas menantikan penumpang. Jam 12.30pm masing-masing berjalan keletihan menuju ke bas. Tujuh minit je berjalannya, selesailah kembara pertama hari Jumaat. Setelah menaiki bas mini dan Coaster kami kemudiannya menaiki bas yang yang dikhaskan untuk pakej ini. Jam 12.45pm dibawa menikmati makan tengah hari di Qaganat restaurant di Bishkek.
 |
View dari puncak Ala Archa NP |
 |
Dari puncak kelihatan air terjun dan penempatan penduduk |
 |
Bas mini stesen 2 |
 |
Berjalan menuju ke Qaganat Restaurant di Bishkek |
 |
Juadah lunch Jumaat |
Perut dah kenyang bolehlah melangkah lebih jauh lagi. Jam 2.30pm kami dibawa meninjau di Osh Bazaar. Tidak berapa ramai pengunjung berada di bazaar tersebut. Maka mudahlah kami berada di dalamnya menjamu mata. Ada yang membeli makanan ringan, ada yang menjamu mata, tapi opah tercari-cari Selfie Stick yang menggunakan cable kerana lebih selesa mengambil gambar. Namun tiada yang berkenan di hati.
Osh Bazaar Bishkek merupakan satu daripada bazaar terbesar yang terdapat di Bishkek ini. Terletak di barat Bandar Bishkek. Tidak berapa jauh dari Western Bus Station. Didirikan pada tahun 1983 sama masa dengan pembinaan bazar-bazar lain di Kota Kyrgyz. Pengunjung boleh membeli produk makanan, barangan keperluan rumah, pakaian, cenderamata malah alatan muzik. Pakaian tradisional Kyrgyz terdapat di sini, dijual di Kedai National Goods Section yang dinamakan "Kyyal" untuk dimiliki.
 |
Entrans Osh Bazaar Bishkek |
 |
Banyak pakaian mesra muslimah |
Tika berada di dalam bazaar sini tidak terasa diri berada di negera orang. Rupa paras pengunjung macam orang Malaysia juga. Susun atur gerai dan jualan pun sama. Yang membezakan cuma bahasa pertuturan mereka sahaja kami tidak faham. Banyak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi di sini. Jam 4.20pm kami di hantar balik ke hotel. Jam 4.50pm dah tiba di My hotel, cuma setengah jam perjalanan sahaja. Masing-masing menunaikan solat di bilik penginapan. Selainnya dapatlah berbaring sebentar sementara menunggu waktu makan malam.
Jam 6.30pm jemaah menaiki bas semula untuk ke tempat makan di luar My Hotel. Dua puluh minit pemanduan sudah tiba di Gurman Restaurant yang terletak di Akhmatbek Suyumbaev St, Bishkek. Pelbagai menu yang disajikan antaranya Sichuan Fried Chicken, sup ayam, Roti Tandyr Nan, Oroma (karipaf), nasi, Beshbarmak (daging berkuah), sayuran dan minuman teh. Jika menjamah menu sajian mereka secara total, memanglah tak boleh masuk ke tekak. Namun bantuan aneka sambal dari Malaysia menjadikan semua itu enak belaka.
Penutup aktiviti malam dengan menjengah ke kedai Farmasi berdekatan My Hotel. Jam 7.30pm kami berlima opah-opah berjalan kaki mencari kedai farmasi berdekatan. Kebetulan kedai tersebut di bangunan sama jalan dengan hotel, maka tak perlu melintas jalanraya. Matlamat malam tu nak mencari minyak Kastor yang dikatakan bagus untuk rawatan penyakit. Kebetulan minyak tersebut banyak dijual di Bishkek dengan harga murah. Opah pun terbeli 6 botol sebagao ole-ole dibawa pulang. Kami kembali semula ke hotel. Tiba di hotel mandi, bersolat Maghrib dan Isyak lalu berkemas kerana esok dah kena check out hotel. Selesai berkemas opah menghantar gambar semasa di kolasi kepada waris dan kemudiannya mengedit gambar dalam fon.
 |
Pes sambal dari negara sendiri menambah cita rasa
|
 |
Castor Oil punya hal keluar mencarinya malam-malam |
Pagi ni hari kelima berada di perantauan, bumi Krygyzstan pada 10 Mei hari Sabtu. Setelah selesai bersolat Subuh, opah mengintai di luar hotel merakam view hari terakhir di My Hotel Bishkek. Kemudian bersiap mengemas bagasi untuk dibawa turun ketika hendak turun bersarapan nanti. Jam 7.30am kami turun dengan menaiki lif lalu meletakkan bagasi berhampiran lobby supaya mudah driver meletakkan ke dalam bas. Oleh kerana terawal turun, sempatlah merakamkan gambar sekitar dewan makan.
 |
My Hotel |
Malam akhir di Bishkek Selfie Stick patah !!!
 |
Dewan makan di My Hotel sebelum makanan dihidangkan |
 |
Sarapan opah pagi Sabtu |
Jam 8.30am kami check out My Hotel untuk ke Burana Tower pula. Dua jam perjalanan banyak perkara dan view menarik disaksikan. Sepanjang laluan melihatkan kawasan pertanian nan subur kehijauan. Ada ladang jagung dan lain-lain bijirin ditanam petani. Terdapat ladang Rape Seeds juga di sini. Kekadang ketemu kebun pokok zaitun. Cara pertanian yang dijalankan mojoritinya secara tradisional. Tidak ditemui kaedah pertanian moden yang petani gunakan. Di kejauhan kelihatan Banjaran Gunung Tian Shan nan indah. Beberapa penempatan penduduk desa kelihatan di sekitar kawasan pertanian. Jam 10.30am tibalah di Burana Tower.
Burana Tower adalah mineret besar yang terletak di Chuy Valley utara Krygyzstan, dekat dengn bandar Tokmok. Kira-kira 80km dari timur Bishkek. Menara yang bersama penanda perkuburan, istana dan 3 makam adalah peninggalan kuno kota Balasagun pada penghujung abad ke-9. Menara itu dibina pada abad ke-11 yang digunakan sebagai Template. Tangga besi di luar dan tangga konkrit di dalam tower memudahkan pengunjung memanjat menara tersebut. Inilah binaan senibina tertua di Asia Tengah. Ketinggian terkini menara adalah 25 meter dan dibina menggunakan batu bata konkrit. Walaupun ketinggian asalnya 45m namun gempa bumi melanda beberapa kali menyebabkan ketinggian hanya seperti sekarang.
 |
Opah mampu panjat tangga keluli sahaja |
 |
Tangga konkrit muat seorang sekali jalan |
 |
Memanjat sepertiga ketinggian menara |
 |
View dari tangga besi di luar tower |
 |
View tangga dari bumbung Burana |
 |
Puncak Burana laluan tangga muat 1 orang |
 |
Lantai di bumbung Burana |
 |
Turun tangga besi |
 |
Siti Rafeah wakil tunggal memanjat hga ke puncak menara |
 |
Galery Burana |
 |
Tertarik dengan bekas sampah |
Menyambung semula perjalanan dengan bas pada jam 11.30am. Kali ni menuju ke Chon Kemin Village. Bermula kembaraan sudah kelihatan kehijauan ladang pertanian. Kemudian ketemu penempatan penduduk desa yang berselang-seli dengan penempatan pekan-pekan kecil. Banyak ditanam pokok-pokok Birch di kelilingi kediaman. Difahamkan untuk penghadang ribut kencang. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah stesen minyak untuk ke tandas. Tika itu baru jam 11.50am. Demi menghilanglan rasa bersalah menggunakan tandas orang tanpa membeli jualannya, maka opah memasuki kedai milik stesen minyak tersebut. Banyak jajan dan makanan ringan dijualkan. Opah membeli 6 ais krim untuk berkongsi rasa dengan Liza, Ezani, Imah dan 1 untuk opah. Enak sekali menikmati ais krim dibawah sinaran mentari.
 |
Tempat melintas di jalanraya |
 |
Stesen minyak berbelanja aiskrim |
 |
Ais krim Krygyzstan |
Setelah 2 jam perjalanan kami tiba Chon-Kemin pada jam 12.50 tengahari. Bas melalui jalanraya di lereng gunung yang curam. Opah duduk di seat tepi tingkap di barisan tangga bas, sering melihat dinding bas rapat sangat dengan tembok tebing jalan. Kekadang tiada tembok, kelihatan seolah-olah tebing sungai dan tebing bukit betul-bertul di bawah opah. Memang menggerunkan. Namun pemandu bas sangat cekap... Bas kami berhenti di sebuah tempat. Tatkala keluar sahaja dari pintu bas sudah terpukau mata memandang panorama sekeliling. Indah sangat!!. Sebuah kawasan di pergunungan, ada air terjun dan terdapat banjaran bagaikan memagari air terjun tersebut. Mendongak ke atas kelihatan langit membiru berawan putih kapas... Subhanallah!!! Ramai juga yang turun berfoto mengabadikan memori keindahan alam di Chon-Kemin, Krygyzstan. Namun perlu berhati-hati berjalan di sini kerana banyak najis kuda.
Chon-Kemin adalah sebatang sungai di Daerah Kemin di Wilayah Chuy, Krygyzstan. Merupakan anak Sungai Chu yang panjangnya 116km. Airnrnya mengalir di lembah Chon-Kemin Valley melalui Banjaran Tian Shan yang memisahkankan Krygyzstan di selatannya dan Kazakhstan di utaranya.
 |
Indah panorama di sini.. Kediaman desa |
 |
Yurt banyak didiami penduduk |
 |
Melalui tebing sungai yg deras airnya |
 |
View dari dalam bas |
Jalanraya terlalu rapat dengan tebing bukit
 |
Menuruni laluan berbatu ke Chon Kemin |
 |
Tumbuhan menghabitat di Chon Kemin |
Walaupun opah dah 7 series namun terpaksa menguatkan diri untuk menyaksikan ciptaan Allah di perantauan. Rasanya opah tidak akan ke sini lagi, peluang yang Allah takdirkan untuk berada di Krygyzstan ini opah manfaatkan sepenuhnya. Jam 2.00pm tibalah di Jeckshen Guess House Chon Kemin. Ia terletak di Kampung Karol Dobo, Jajahan Chon Kemin National Park. Jaraknya 120km dari timur Bishkek. Setibanya di sini kami diraikan dengan makan tengahari.
Sementara menunggu masa mendapatkan kunci bilik, opah meronda sekitar penginapan di Jeckshen GH. Dewan makan sangat cantik dengan dekorasi tempat dan persembahan hidangan. Di hadapan dewan makan terdapat banyak bilik penginapan satu tingkat dan juga 2 blok bangunan 3 tingkat. Terdapat sebuah Yurt yang berhias indah untuk dilawati tetamu. Tersedia di dalamnya kostume dan pakaian tradisi masyarakat Krysguzstan untuk dipakai bagi sesi bergambar. Ditemui beberapa pokok buahan seperti epal, aprikot dan bunga hiasan taman di laman penginapan ini.
Tika memasuki Yurt barulah opah dapat menyentuh bumbung dan dinding yurt. Kesemuanya menggunakan kulit kambing biri-biri. Menyentuhnya akan terhidu bau kambing sebenar. Dinding dalam kediaman pula menggunakan bancuhan konkrit simen bersama rumput. Manakala dinding luarnya lapisan konkrit bercampur kepingan kayu-kayu nipis yang menghasilkan corak menarik. Jam 2.50pm opah mendapat kunci bilik nombor 1 di tingkat bawah. Alhamdulillah, segala nikmat yang dikurniakan Allah sepanjang musafir ini.
 |
Menginap di sini 1 malam |
 |
Hidangan menarik disediakan |
 |
Makan berhidang di meja panjang |
 |
Delima |
 |
Sup |
 |
Rangka yurt drp logam dan kayu |

 |
Sekitar laman kediaman JGH |
 |
Blok dewan makan |
 |
Entrans ke dewan makan |
 |
Kamar tidur selesa |
Dinding konkrit bercampur kayu dan rumput
 |
Beza masa 2 jam |
Selesai menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di bilik, sempatlah merebahkan tubuh di atas tilam lembut. Tidak boleh lena, hanya membelek-belek gambar pada fon sahaja. Tibalah jam 4.30pm bergegas bangun untuk menyertai Village Tour pula. Tidak jauh pun perjalanan tetiba bas berhenti di tepi sebuah ladang. Kebetulan ada beberapa orang petani sedang bekerja di situ. Rupa-rupanya ladang kentang. Buat julung kalinya opah dapat belajar cara menanam kentang di tanah. Rasanya bolehlah tanam kentang sendiri nanti!!. Tidak lama di sini kami dihantar pulang ke penginapan. Hmmm... ingatkan nak bawa kami masuk kampung mereroka dengan lebih dekat suasana di situ sebab siang pun masih panjang. Tapi... kena ok je!
Kentang diletakkan di dalam lubang kemudian dipijak
sebelum dikambus dgn tanah
 |
Bada mencuba menanam kentang |
Dek kerana siang masih panjang, tiada aktiviti yang diaturkan untuk kami. Opah tak boleh terlentang je di dalam bilik yang tiada televisyen. Justru opah mengajak Imah dan Liza untuk ronda-rondan di kawasan desa sekitar Jeckshen Guess House. Tetiba Liza memberitahu opah jajan yang dibawanya dari negara masih banyak. Justru opah cadangkan kepadanya untuk disedekahkan kepada kanak-kanak yang ditemui nanti. Ramai pula yang nak mengikut kembara jalan kaki. Antaranya Sharifah, Rafeah, dan Aishah turut menyerkai rombongan ini.
Jam 5.30pm kami berjalan lenggang kangkung menyusuri lorong di depan penginapan. Menapak di atas jalan tanah yang bertaburan najis haiwan di atasnya. Tidak jauh pun berjalan terjumpalah beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ezani dan Liza menyampaikan jajan Malaysia yang dibawanya. Dengan senyuman mereka menerima ole-ole sambil mengucapkan kata-kata yang kami tidak faham. Opah bertanyakan lokasi Musolla kepada seorang gadis yang ditemui. Lalu dia membawa kami ke sebuah rumah yang ramai orang di situ. Setelah menghampiri rumah tersebut kami dihalang memasuki laman rumah. Rupa-rupanya ada kematian di rumah tersebut. Kemudian kami melalui lorong lain untuk meneroka panorama senja di Chon Kemin. Oleh kerana sudah menghampiri waktu makan malam kami pun pulang ke penginapan. Jika diteruskan melangkah di desa itu dalam suasana hampir gelap, sudah pasti terpijak najis. Alhamdulillah, bersyukur dapat mengembirakan Liza dan suaminya Ezani.
 |
Lorong dilalui banyak najis haiwan |
 |
Dahan dan ranting pokok dibuat pagar |
 |
Kebun sayuran |
 |
Rumah penduduk |
Batang pokok putih dgn dedaun berjuntaian
 |
Liza menyampaikan sedekahnya kpd kanak2 perempuan |
 |
Ezani memberikan kepada kanak-kanak lelaki |
Masa makan malam sudah tiba. Jam 6.50pm kami sudah berada di dalam dewan makan. Masih duduk di barisan meja panjang yang sama. Menu makanan berhidang disajikan di atas meja. Opah memilih nasi putih bersama kuah ala-ala Tomyam, salad dan ayam goreng. Selesai menjamu selera opah dan geng bertujuh rehat-rehat santai di depan kamar penginapan. Walaupun dah jam 7.30pm namun masih cerah lagi. Tiada aktiviti nak buat, jadi berkumpul di situ sambil berkongsi pengalaman. Justru hilanglah penat perjalanan hari itu serta dapat mengeratkan hubungan kami. Menghampiri waktu Maghrib barulah masing-masing masuk ke dalam kamar.
Dinner di Jeckshen Guest House
Lanskap menarik dgn pokok buahan dan bunga
 |
Melepak sebelum gelap malam tiba |
Hari ini Ahad bertarikh 11 Mei 2025, opah masih di negara Krygyzstan. Menunaikaan solat Subuh pada jam 4.00pagi. Tika bangun untuk bersolat masih terasa amat mengantuk dek waktu tidur yang singkat. Subuh sebelum jam 4.00am, sementara menunggu masa bersarapaan jam 8.00pagi banyak masa terluang. Nak sambung tidur bimbang sakit kepala pula. Selesai bersolat opah menjengah keluar melalui jendela kamar. Oh... dah terang-terang tanah sekitar Jeckshen Guest House. Mengenakan pakaian kalis sejuk, opah keluar duduk di beranda melihat sekitar nan sunyi. Kemudian opah melangkah turun ke laman penginapan. Sedang berjalan sendirian, tetiba Wani menyapa dari belakang.
Wani pun sama perasaan dan keinginan dengan opah. Tidak boleh duduk diam memerap di dalam kamar tidur. Kami suka meneroka perkara dan tempat baru. Tika itu jam 5.00pagi. Kami bersetuju keluar dari kawasan penginapan berjalan menuju ke jalan tanah di desa tersebut. Suasana masih belum cerah namun udara nyaman dengan hembusan bayu menerkam ke tubuh tambah menaikkan semangat untuk terus meneroka. Bunyi unggas dan kokokan ayam jelas kedengan dari rumah-rumah penduduk. Salakan anjing juga kedengaran namun agak jauh bunyinya. Semakin jauh berjalan kaki salakan anjing semakin dekat bunyinya. Akhirnya sekumpulan anjing berlari ke arah kami. Opah menjadi takut kerana tidak membawa kayu atau tongkat untuk keselamatan diri. Akhirnya jam 5.30am kami pulang semula ke penginapan. Walaupun dalam masa singkat, namun opah puas hati jugalah dapat melihat suasana subuh di luar penginapan. Kami pulang ke kamar masing-masing bersiap untuk bersarapan dan check out.
 |
Waktu solat pada 11 Mei di Bokonbayevo |
 |
Jam 5.00pagi syahdu sangat! |
 |
Semua penghuni dibuai mimpi tapi opah meronda |
 |
View jam 5.15pagi |
 |
Depan entrans Jeckshen GH |
 |
Kediaman penduduk tika 5.18pagi |
 |
Sarapan di Jecksen GH |
 |
Sarapan sebelum check out |
Jam 8.30am masing-masing sudah kenyang dan bersedia untuk check out Jeckshen Guest House. Cuaca mendung pula pagi itu. Kemudian hujan turun mengiringi kembara kami. Pagi itu kali pertama bacaan doa sebelum memulakan perjalanan. Suami Badariah yang memimpin doa sulung kami. Dalam kembara opah sebelum ini sentiasa ada jemaah yang membacakan doa. Namun bersama Jeju Muslim Travels ni tiada pula, maka opah terasa janggal😉. Doa pada pagi ini pun kerana opah request kepada Tour Leader untuk mengadakannya. Cuma 3 hari berdoa beramai, selepas itu doa sendirian semula.... Setelah setengah jam perjalanan hujan berhenti. Bas dipandu melalui jalan desa yang tanpa tar dan melalui jalanraya yang sedang dibaiki. Memang suasana desa sebenarnya berada di sini. Akhirnya barulah tiba di jalan lebuhraya yang masih baru kelihatannya.
 |
Aliran Sungai Chon-Kemin di daerah Kemin |
 |
Menghijau di mana-mana, sejuk mata memandangnya |
 |
Kuda banyak diternak dan dagingnya mudah didapati |
 |
Jalan keretapi selari dengan sungai |
Tiada erti kata jemu memandang keluar melalui jendela bas. Tidak sesekali merasakan penat menoleh ke arah kanan sahaja. Cuma sesekali terasa lenguk pada tengkuk. Banyak sangat keindahan alam yang disaksikan. Menghijau di mana-mana yang berlatar belakangkan banjaran gunung nan membiru. Sesekali dipintas dengan view ratusan haiwan ternakan sedang makan rumput di padang ragut. Memang tidak sedar masa berlalu. Jam 10.00am singgah di Foods Zone di Issyk-Kul Region(wilayah). Singgah untuk menumpang ke tandas sahaja.
Perjalanan diteruskan setelah singgah 20 minit di Foods Zone. Di Kryzstan banyak ditemukan tanah perkuburan yang terletak di kawasan tinggi dan hampir dengan jalan utama. Kubur di sini dihias dengan pelbagai rupa binaan konkrit. Tiada pokok yang di tanam di kawasan perkuburan, justru mudahlah melihat pelbagai bentuk binaan kuburan di situ. Opah sering keliru tatkala terlihat kubah dari jauh. Pabila hampir dengan kubah tersebut, sebenarnya kubah yang dibina di atas kuburan.
 |
Makanan halal terdapat di sini |
 |
View di lebuhraya depan Foods Zone |
 |
View dari Lebuhraya ke Issy-Kul lake |
 |
Tanah berpasir tika menghampiri Issy-Kul Lake |
 |
Kawasan industri terdapat rail keretapi |
 |
Kebun buahan |
 |
Pautan alam |
 |
Kubah Masjid |
 |
Kubah dikuburan disangkakan kubah masjid |
 |
Perkuburan Islam mewah |

Jam 12.30pm singgah di Kaiyrma Guest House, di Kichi-Kondoy District untuk makan tengahari. Sebuah resort yang mendepani banjaran gunung dan ladang pertanian. Di dalamnya terdapat banyak chalet pelbagai bentuk untuk pelancong. Cafe tempat makan berbentuk yurt (bulatan) dan makanan disajikan di meja panjang. Menu makanan di sini sama je dengan tempat-tempat lain di Kryzstan. Untuk melancarkan makan hanya dengan bantuan sambal dari Malaysia. Bibik Saroah membekalkan opah sambal Penyet yang pedas. Memang laris dikongsikan bersama kekawan di meja makan. Alhamdulillah.
 |
Cafe Kaiyrma Guest House |
 |
Makan berhidang |
 |
Salad |
Sambal penyet Bibik laris Madu
 |
Ala-ala teh gitu
|
 |
Chalet kayu |
 |
Penginapan yurt untuk pelancong |
 |
Mendepani Tian-Shan Mountains Range
|
 |
Depan entrans Kaiyrma GH |

Seperti yang direncanakan, kami sepatutnya menuju ke Bokonbaevo untuk aktiviti Eagle Hunting. Namun ditukarkan kepada pertunjukan Eagle Hunting berdekatan dengan Kairyma Guest House. Hanya berjalan kaki ke sebuah kawasan lapang di sebelah Kairyma GH sahaja. Jam 1.30pm pemilik Eagle sudah datang dan bersedia untuk membuat persembahan. Memulakan pertunjukan dengan seekor burung helang dibawa oleh pembantunya ke atas anak bukit yang jauh. Kemudian pemiliknya memanggil helang tersebut. Helang pun terbang kembali kepada tuannya. Ramai jemaah diberikan peluang memegang helang dalam pertunjukan tersebut.
 |
Pemilik helang |
 |
Anak pemilik Eagle |
 |
Alhamdulillah, sekali cuba berjaya |
 |
Kawasan berpokok di Kairyma GH |
Sebaik selesai pertunjukan Eagle Hunting, hujan mulai renyai semula. Kami meneruskan perjalanan lalu singgah di South Beach Issyk-Kul Lake jam 4.00pm. Issyk-Kul Lake merupakan Tasik Alpine kedua terbesar di dunia dan yang pertama di Beach Resort di Krygyzstan. Tasik yang dikelilingi banjaran dan di lembah yang menakjubkan ini memaparkan keunikan keindahan alam. Tasik ini 150km panjang dan 700meters dalam. Menakjubkan dengan banjaran Tien-Shan yang memutih salji di puncaknya mengelilingi tasik ini. Issyk-Kul Lake amat popular di kalangan pelancong lokal dan antarabangsa, terutamanya dari Rusia. Terdapat 100 sungai mengalirkan air dari pergunungan sekitarnya ke dalam tasik ini. Air tasik Issyk-Kul masin kerana dekat dengan Basin Lake yang masin airnya. Ketika winter tasik garam ini tidak beku. Menurut catatan " It's a closed Basin Lake in Arelatively Arid Region, leading to high evaporation rates and a build up of minerals. While it's not as salty as the ocean". Dalam persingahan yang sekejap di sini hanya sempat merakamkan gambar di lokasi.

Dua wajah berbeza, namun tetap indah Issyk Kul Lake
 |
Liza minta bergaya begini |
 |
Walaupun tasik namun dipenuhi pasir halus di pantainya |
Perjalanan akkhir hari ini diteruskan menuju ke penginapan. Jam 5.27pm tibalah di South Beach Guest House Issyk-Kul. Sebuah penginapan bertingkat tanpa lif menghadap ke Issyk-Kul Lake. Memang terbaik lokasi penginapan di sini yang meriah dengan keindahan alam. Opah diberikan kamar nombor 1 di tingkat 1, Alhamdulillah. Selesai check in kami keluar berjalan-jalan di kawasan depan penginapan. Merakamkan foto pelbagai sudut dek kerana indahnya. Sesungguhnya opah tak merasakan di situ adalah tasik, melainkan terasa berada di depan laut. Cuma tiada ombak beralun di situ menghempas pantai. Tidak kelihatan penghujung tasik melainkan hanya terlihat pertemuan langit dan air seperti di tepi laut. Subhanallah!!
Selepas makan malam, ramai yang enggan duduk di bilik. Masing-masing keluar menikmati panorama senja menuju ke malam. Mulai jam 7.50pm dapat menyaksikan suasana Sun Set yang indah, Subhanallah! Malamnya sangat hening. Tiada keriuhan kota, tiada kesesakan jalanraya dan tiada kedengaran bunyi-bunyi haiwan di situ. Damai dan aman!. Selesai bersolat opah membelek gambar yang dirakamkan sepanjang hari. Kemudian menghantar mesej keberadaan opah kepada keluarga sebelum lena.
 |
South Besch Guest House, Issyk-Kul Lake |
 |
Ruang Lobi penginapan |
 |
Cafe yang sederhana |
 |
Sudut minuman panas buat sendiri
|
 |
Kamar no 1 tingkat bawah depan lobi
|
 |
Tandas selesa |
 |
Bagaikan berada di tepi laut |
 |
Pantainya berpasir |
 |
Sembang2 sementara menantikan makan malam |
 |
Jam 7.00pm makan malam |
 |
Group atuk-atuk bersantai |
 |
Jam 7.45pm sun set bermula |
Hari ini 12 Mei 2025 sudah seminggu berada di negara orang, Krygyzstan. Hari ni opah mengenakan jeans hitam, blouse hujau muda bersama pakaian long john thermal di lapisan dalamnya supaya tidak kesejukan. Opah sengaja tidak memakai jaket kerana mahu menampakkan kelainan pakaian pada setiap hari. Jika 10 hari melancong bermakna opah bawa 10 blouse berlainan warna tetapi tudung dan seluar jeans hanya 5 helai sahaja. Dengan demikian mudahlah mengumpulkan gambar-gambar yang dikirimkan kekawan ke dalam folder mengikut tarikh dan warna baju yang dipakai.
Sementara menantikan waktu bersarapan, opah meninjau sekitar penginapan. Merakamkan view pagi pada hari terakhir di sini. Pagi ini tak sempat merakamkan sunrise kerana terlewat bangun tidur. Jam 7.30am semua ke Cafe untuk makan pagi. Makanan yang disajikan di sini sangat simple dan kurang menyelerakan. Selain internet yang dicatu pemilik Guest House, air panas dan bahan-bahan minuman pun hanya diletakkan di cafe ni. Tiada cerek letrik dll kemudahan disediakan di bilik. Jika menginap di tingkat atas, maka terpaksalah turun untuk mengambil air panas. Namun sarapan ini cukuplah untuk mengalas perut sebelum memakan ubat dan membekalkan tenaga ke destinasi seterusnya.
 |
Tu dia sarapan di South Beach GH |
 |
View depan South Beach GH Issyk-Kul Lake |
Jam 8.30am sudah bersedia untuk check out. Tika semua sudah berada di dalam bas, tetiba dapat kejutan daripada pengurus penginapan. Mereka kehilangan Modem Wifi dan mengesyaki ada ahli kumpulan kami terambilnya. Kami dihalang bergerak meninggalkan penginapan. Setengah jam kemudian alatan tersebut dijumpai di dalam sebuah bilik yang disewa oleh pelancong lain. Alhamdulillah... "Kecoh Mak Nyonya tu!!". Bas meneruskan perjalanan sambil opah meneruskan tugasan merakamkan gambar dan membuat catatan pada buku kecil.
Masih menyaksikan panorama indah sekitar Tasik Issyk-Kul nan membiru. Menghiasi sekitarnya tumbuhan nan menghijau sejuk mata memandangnya. Kelihatan banyak sekali pokok Birch(Genus Betula) yang berbatang putih yang ditanam untuk menghadang tiupan ribut kencang. Banjaran Tien-Shan kelihatan membiru, berdiri utuh yang memisahkan negara ini dengan Kazakhstan. Terdapat ladang pertanian, ternakan dan tasik-tasik kecil yang jauh dari pencemaran. Amat mengasyikkan melihat keindahan view sekitar anugerah Allah. Yang pasti opah tidak akan melangkah ke sini lagi. Justru pandanglah puas-puas duhai Opah!
 |
Banyak statue dibina di puncak bukit |

 |
Jalan menghubungkan ke Negara China |
Jam 9.45 am tetiba bas berhenti di sebuah tempat berbukit dan sunyi. Opah sangkakan bas mengalami kerosakan. Rupa-rupanya sudah sampai di Barskoon Waterfall. Lokasi ini merupakan kawasan Geologikal yang dipelihara oleh pihak berkuasa. Terletak di Jeti-Ogus District di Wilayah Issyk-Kul. Sejauh 90km dari barat daya bandar Karakol. Air terjun ini adalah sebuah daripada anak Sungai Barskoon. Ada beberapa lagi air terjun yang berdekatan dengan Barskoon ini. Oleh kerana keindahannya, maka menjadi tumpuan pelancong singgah merakamkan memori di Barskoon Waterfall.
 |
Barskoon Valley |
Lama berada di dalam bas ramai pula yang mula terasa ingin ke tandas. Jam11.00 am kami berhenti seketika di Rest Point Saruu. Selain membuang air dapat juga membeli minuman dan jajan tempatan yang dijual di situ. Sempat juga merakamkan foto kenangan. Sementara menunggu jemaah pulang ke bas, cucu-cucu Singapura duduk bermesra di sebelah opah. Pastinya waktu sebegini mereka rindu akan nenek mereka di Kota Singa. Mereka minat dengan buku kecil opah. Mereka kata opah buat Home Works. Opah berikan separuh buku nota kepada mereka dan sebatang pen. Mulalah mereka menarikan pen dengan melukis sesuka hati.
Perjalanan seterusnya melewati beberapa pekan kecil. Ketemu bangunan sekolah, pejabat dan bangunan komersil. Kesesakan di jalan raya jarang ketemu sepanjang berada di Krygyzstan ini. Jam 12.00tengahari tiba di Jeti Oguz untuk Horse Cart Riding.
 |
Rest Point Saruu |

 |
Siddique dan Atiyah cucunda Singapura |
 |
Sangat manja dengan opah dan Sarifah |
 |
Kawasan pertanian |
 |
Penempatan desa |
Sebelm ke tempat sebenar untuk aktiviti menaiki kereta kuda, kami diturunkan untuk bergambar di sebuah lokasi. Di situ terdapat sebuah pintu gerbang dan sebuah statue orang menaiki kuda. Lokasi tersebut merupakan tempat khas aktiviti berkuda yang berjenama lagi komersil. Kemudian kami menuju ke lokasi sebenar untuk Horse Cart Riding di Jeti Oguz. Sudah tersedia beberapa buah kereta kuda menantikan ketibaan kami di situ. Setiap kereta kuda memuatkan 6 orang penumpang termasuk pemandunya. Setelah semua turun, bas menunggu kami di stesen terakhir Horse Cart Riding.
Opah membelek-belek tempat duduk penumpang kereta kuda yang agak tinggi. Tiada alas atau tangga untuk menaikinya. Penumpang terpaksa melompat untuk naik. Inilah masalah opah, sukar untuk mengangkat punggung ke atas tempat duduk penumpang. Setelah beberapa kali percubaan barulah berjaya. Diletakkan 2 lapisan tilam untuk tempat duduk manakala kaki penumpang berlunjur ke bawah. Kereta kuda bergerak di tepi jalan raya di atas laluan tidak bertar. Selama 30 minit kembara berkuda melalui tepi jalanraya. Pengalaman kali pertama untuk opah. Alhamdulillah, dapat merasa menaiki kereta kuda model sebelum perang!!
 |
Singgah bergambar di sini |
 |
Imah, Liza, Ezzani. Nurie & Siddique |
 |
Lapisan tilam nipis di tempat duduk |
Selepas berkuda singgah pula di Broken Heart Hills, Belgis Koco, Jetty Ogus pada jam 1.50pm. Dinamakan juga Jeti-Oguz Canyon atau (Seven Bulls Rocks). Ini adalah Monumen Semulajadi di kawasan Geologikal yang dilindungi. Terletak di Daerah Jeti Oguz di wilayah Issyk-Kul. Diwartakan sebagai Geological Preserve pada tahun 1975 dengan tujuan conservasi kerana pembentukan Geologokal yang unik " Sheer Clifts composed of tertiary red conglomerates". Namanya terhasil daripada pembentukan 7 batu merah yang bersusun sebagai 7 lembu. Manakala kisah legenda pula mengaitkan 7 batu ini dengan isteri Khans yang curang. Berhampirannya terdapat pembentukan batu menyerupai hati yang terbelah. Dinamakan pula Broken Heart Hills. Pembentukan batu ini mercu tanda Kryzstan dan diabadikan dalam lagu, lukisan dan muzik vedio
 |
Jeti Oguz Canyon (Seven Bull Rocks)

|
 |
Broken Heart Hills |
 |
Yurt untuk pelancong |
 |
Jemaah penyayang membawa makanan haiwan |
 |
Berposing tak sengaja di pondok bas bersama students |
 |
Nurie dan Siddique |
Tiba masa untuk mengisikan perut yang lapar dek kerana bersarapan awal. Tambahan pula menu sarapan kurang menyelerakan. Perjalanan menuju ke lokasi makan tengahari melalui lebuhraya dan jalan raya biasa. Sepanjang laluan asyik melihat Tian-Shan Range yang memutih bersalji, seolah-olah mengiringi kembara kami. Di tanah datar rumput-rumput dan kebun sayuran menghijau. Disusuli kelompok kediaman penduduk desa yang mendiami pelbagai bentuk penginapan. Selain rumah-rumah kayu, terdapat rumah batu dan Yurt. Diberitahu tika musim salji mereka lebih suka tinggal di dalam Yurt. Indah dan sangat mempersonakan. Jam 2.00pm sudah memasuki bandar Karakol di Prjevalskogo. Bas parkir agak jauh, justru kena berjalan agak jauh menuju ke Restaurant Ethnic Dishes, Dartorkon, Karakol.
Memasuki entrans restoran ini akan menemukan 2 buah lagi tempat makan. Restauran Ethnik Dishes ni terletak di bangunan belakang. Melalui lorong berhiaskan pokok-pokok bunga mekar berkembang, menarik sekali. Memasuki restauran kelihatan ramai pengunjung sudah berada menjamu selera di dalamnya. Kali pertama dapat menikmati menu makanan tengahari yang enak sangat. Nasi putih dengan masakan ayam dan ikan serta sayuran amat menyelerakan.
 |
Tian-Shan Range memutih bersajli |
 |
Penempatan penduduk pinggir Karakol |
 |
Rumah batu dan Yurt dalam kediaman penduduk |
 |
Lunch di sini |
 |
Tempat makan dlm khemah |
 |
Menu pembuka selera kuih Baursak |
 |
Acar masam |
 |
Berasa Tom Yam, enak |
 |
Bersama pengurusnya |
Selesai makan melangkah kaki ke bas semula. Kali ini kami dibawa ke Central Market. Tiba di Bugu Bazaar atau dikenali sebagai Central Market jam 3.45pm. Sama bentuk dan suasananya seperti bazar di negara kita. Yang berbeza bangsa dan bahasa berbicara sahaja. Pebagai jualan terdapat di sini antaranya aneka makanan, bahan masakan, peralatan rumah, gajet dan komputer, pakaian, surviner dll. Paling utama terdapat Dungan Street Foods di sini, Yang pelik di sini saiz buahan, cili dan sayuran besar-besar. Opah membeli buah Cherry dan anggur untuk makanan di bilik.
Bugu Bazaar atau lebih popular dipanggil Central Market terletak di tengah-tengah kota Karakol. Beralamat di Alybakov dan Gagarin Streets. Bandar Karakol yang di kedudukan antara Banjaran Tien-Shan dan Pantai Issyk-Kul Lakes, letaknya Tasik Alpine terbesar di dunia. Sudah semestinya pelancong wajib singgah di Bugu Bazaar ini. Pada hari Ahad di sini ada Pasar Haiwan ternakan (Mal Bazaar). Para penternak membawa haiwan ternakan mereka ke sini untuk dijualkan.
 |
Susun atur gerai jualan kemas dan selesa berbelanja |
Banyak berjalan/ melangkah hari ni menyebabkan tapak kaki terasa sakit. Namun opah lupakan segala kesakitan dengan fokus merakamkan gambar sekitar. Jam 4.25pm singgah di Russian Cathedral. Dinamakan juga sebagai Holy Triniti Cathedral Church adalah Gereja Orthodox Rusia. Terletak di 16, Kapakon, Gagarin Streets, Karakol. Bangunan Gereja diperbuat daripada kayu dibina antara tahun 1894 daan 1895. Ia menggantikan gereja asal yang musnah dalam gempa bumi di Karakol, Krygyzstan. Masih cantik dan utuh bangunan ini. Kami hanya bergambar di luar gereja sambil menikmati seni taman yang indah di sekitarnya.
 |
Holy Trinity Cathedral Church (rusian Orthodox Cathedral |
Tidal lama kemudian kami dihantar ke Hotel Karagat untuk Check in. Jam 4.55pm mendapat kunci bilik di hotel Karagat. Hotel enam tingkat ini dibuka pada tahun 2017. Terletak di Abdrahmaannov Streets, Przhevalsk, Karakol. Terdapat bilik standart, apartment, kamar OKU dan dewan seminar di sini. Mampu memuatkan 154 penyewa dengan pelbagai kemudahan disediakan. Memang terbaik menginap di sini. Alhamdulillah. Belum sempat merehatkan badan, kami kena turun semula untuk ke masjid.

 |
View depan kanan hotel |
 |
View di kiri depan hotel |
 |
View jalan menuju ke Masjid Dungan |
Jam 6.20pm tibalah di Masjid Dungan Karakol, Bektenova Street, Karakol. Dalam perjalanan dapat melihat suasana bandar Karakol. Masih belum membangun sepenuhnya dan bandar ini aman jauh daripada kesibukan kota. Hanya 4 wanita yang bersolat di dalam masjid ini. Kebetulan opah dah memasang niat nak bersolat di dalam masjid, maka Allah izinkan bersolat jamak takhir Zohor dan Asar. Selepas Kryzstan merdeka dari China, penduduk China Muslim yang berhijran membina masjid Kayu ini. Mereka ini daripada puak Dungans yang berhijrah ke Karakol. Perpindahan mereka membawa bersama agama Islam, budaya dan adat-istiadat tradisi Dungans serta senibina. Pada tahun 1904 Ibrahim Aji membina masjid ini bersama beberapa orang arkitek dari Beijing. Bangunan masjid ini mengikut ciri-ciri senibina China dan tanpa menggunakan paku. Memang unik dan indah masjid ini.
 |
Masjid Dungans Karakol |
 |
Tabung imfak masjid di entrans |
 |
Ruang solat utama |
Peneman opah bersolat di Masjid Dungan
 |
Aprikot banyak ditanam di laman masjid |
 |
Aprikot sudah berputik |
 |
Kali pertama mengenali pokok Apricot |
 |
Pejabat kerajaan |
 |
Bangunan bersebelahan jalan ke masjid |
 |
Dataran di seberang jalan ke Masjid Dungans |

Jam 7.45pm menuju ke Baytor Guest House untuk makan malam. Dapatlah melihat sun set pada petang itu sebelum tiba di lokasi. Tepat jam 8.00pm tiba di sebuah kawasan perumahan terletak di Ippodromnaya Street, Bandar Karakol. Dari luar kelihatan sebuah khemah besar berhias lampu pelbagai warna. Pabila memasuki di dalamnya seperti berada di dalam Yurt. Tika tiba beberapa orang kanak-kanak menyambut kami dengan air di dalam teko tembaga untuk basuhan tangan. Kemudian kami mengambil tempat duduk dengan bersila di lantai. Namun ada lapik tilam lembut untuk duduk. Meja hidangan dalam bentuk bulatan. Di tengah bulatan tempat persembahan kebudayaan. Semasa menjamu selera sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan tarian tradisional mereka. Sebelum pulang pun diadakan persembahan tarian oleh penari-penari cilik di luar khemah pula. Jam 9.30 malam kami balik ke penginapan. Selesai bersolat terus lena hingga ke subuh.... dek keletihan melampau, tapi sangat puas hati.
 |
Sun set bermula |
 |
Mencuci tangan dgn air di dalam Teko Aladin |
 |
Sumber youtube |
 |
Tempat persembahan di tengah bulatan |
 |
Sambil makan menyaksikan tarian tradisional Krygyzstan |
 |
Persembahan penutup sebelum pulang |
 |
Jemaah menari bersama penari2 cilik di depan khemah sebelum pulang |
Sudah hari ke-8 opah di perantauan. Alhamdulillah opah masih sihat-walafiat, demikian juga dengan teman baik Cik Imah. Walaupun ia jatuh tersungkur tika menuruni bukit di Ala Archa National Park namun masih sihat. Opah bersyukur sangat kami masih bertenaga untuk meneruskan baki kembara. Hari ni 13 Mei opah mengenakan bluose warna merun dan jeans hitam. Nak mendaki di permukaan berumput dan bertanah kena pilih pakaian gelap. Kali ni opah memakai jaket hitam yang dibeli tika di Korea. Difahamkan suhu di puncak lokasi lawatan sangat sejuk.
Jam 6.00am sibuk merakamkan gambar sekitar Hotel Karagat. Teramat indah pemandangan dari jendela tingkap bilik. Beza masa dengan Malaysia dua jam. Tika ini di Malaysia sudah jam 8.00pagi. Masing-masing warga Malaysia sibuk menjalani urusan harian. Yang belum bersara waktu ni dah masuk kerja kerana hari Selasa, belum cuti lagi. Kami di perantauan ni banyak masa sebelah pagi terbuang. Waktu subuh sekitar jam 4 pagi, waktu makan jama 8.00pagi. Lama menunggu tu, nak lena tak boleh. Nak ronda-ronda sekitar hotel premis jualan masih tutup. Mujurlah mata tua ni boleh bekerjasama dan memahami pemilik tubuhnya!!
Selesai bersarapan, opah keluar ke depan hotel untuk merakamkan view pagi. Puas menatap view dalam laman hotel kemudian di luar gate pula. Bernasib baik bertemu pengawal keselamatan nan baik hati tolong mengambilkan gambar opah. Hanya guna bahasa isyarat masing-masing dah faham. Hampir jam 9.00pagi sebuah truk berbentuk truk tentera zaman dahulu muncul di depan hotel. Opah merakamkan gambar truk dan membelek dari dekat. Jam 9.00pagi semua menaiki truk untuk ke Altyn Arashan pula.
 |
Sarapan di hotel |
Altyn- Arashan (Golden Spa) adalah lembah dan kawasan resort pergunungan berhampiran bandar Karakol dan Issyk-Kul Lakes di Krygyzstan. Terletak sepanjang jalan trekking dari Teploklyuchenka. Altyn-Arashan adalah kolam air panas semulajadi terindah di Lembah Alpine yang dalam kawasan kawalan dan pemuliharaan negeri. Lembah ini yang mengandungi 3000m Alpine Valley dengan 4260m Palatka Peak (Palate) di bahagian selatannya. Tika berada di puncak Altyn-Arashan Valley para pengunjung boleh relek-relekkan tubuh di Hot Springnya. Terdapat aktiviti menunggang kuda dan pengunjung boleh menginap di dalam Yurt. Di sinilah lokasi trekking popular di Karakol. Kawasan ini diwartakan sebagai The Arashan State Nature Reserve.
Truk dipandu dengan kelajuan sederhana melalui kawasan penempatan penduduk. Sepanjang pemanduan banyak kali Truk membrek kerana ratusan haiwan ternakan melintas jalan. Tidak sekali pun terlanggar haiwan-haiwan seperti kuda, lembu dan Biri-biri yang banyak ditemui di atas jalan. Haiwan-haiwan ini dijaga oleh gembalanya dengan menaiki kuda... Ala macam Cowboy dalam filem tu. Seolah-olah haiwan-haiwan tersebut sudah memahami kesibukan di kawasan mereka. Perjalanan selama 2 jm di permukaan jalan BUMPY dan berbatu, sangat menyakit punggung!! Namun itulah sahaja pilihan yang ada. Antara pengangkutan disediakan ke puncak Altyn Arashan adalah Bukhanka, GAZ-66, Nissan Patrol dan Landcruiser.
 |
Truk Rusia yang heavy duty |
Laluan jalan tanah paling hampir cerun gunung
Sumber Youtube
 |
Dalam bas view dari depan |
 |
1 Seat panjang depan pintu bas mengadap penumpang lain |
 |
Barisan Seat view dari depan |
 |
Bhg bawah seat bas |
Opah mendapat seat di barisan nombor 2, masih sebaris dengan tangga. Bermula memasuki kawasan berbukit sudah tiada jalan bertar lagi. Hanya jalan tanah yang berlubang-lubang dan berbecak. Sepanjang masa badan akan bergoyang dan ada kalanya melambung ketika dalam kenderaan ini. Beginilah agaknya para tentera menaiki Truk ke medan perang. Merenung ke bawah jelas kelihataan tayar Truk menapak di tepi lereng bukit dan hampir dengan air terjun. Terasa menunggu masa untuk tergelincir. Namun itu perasaan opah je... penakut!! Sebenarnya pemandu Truk ini walaupun berusia namun berpengalaman luas memandu di lereng-lereng gunung dan di jalan berliku.
 |
Kawasan desa dilalui |
 |
Kawasan pertanian |
 |
Malalui penempatan desa sebelum mendaki gunung |
 |
Gembala lembu |
 |
Ternakan lembu banyak di sini |
 |
Ternakan kuda penting kepada penternak |
Keadaan permukaan jalan tanah berlopak ke Altyn Arashan
 |
Truk lalui tebing air terjun |
 |
Sangat rapat dengan tebing air terjun |
 |
Bas rapat dgn pokok2 ditebing sering bergeser dengan ranting dan dedaun |
 |
Mengerikan tika ranting2 bergeser dgn bas |

 |
Duduk diseat tepi bas mengerikan, nampak air terjun dekat dgn tayar trak |
Jam 10.15am Truk berhenti di suatu tebing yang agak curam. Kami sudah separuh perjalanan. Berhenti di Ak-Suu untuk sessi bergambar serta menikmati pemandangan di situ. Selain itu kami dapat membuat aktiviti regangan bagi melegakan kesakitan tubuh sepanjang berada di dalam Truk. Lokasi sini dinamakan Ak-Suu Valley adalah penempatan kampung di Teploklyuchenka. Gaung di Ak-Suu ini bermula 3km dari hulunya di Eponymous Reserve ( Rizab Eponim). Di bahagian bawah gaung berkeluasaan 30-40m lebar ini terdapat aliran air dari Ak-Suu River. Di bawahnya terdapat berselerakan batuan Granit yang berwarna kelabu dan kemerahan. Kekerapan pengaliran air sungai menghentam batuan granit tersebut menghasilkan bentuk buih putih. Justru dinamakan sungai ini sebagai AK-Suu bermaksud "White River". Terdapat sebuah Resort di Ak-Suu untuk pelancong.

 |
Nyaman udara dan panorama terindah |
 |
Aliran dari Ak-Suu River ke Hot Spring |
 |
Ak-Suu River
|
 |
Dipenuhi hutan Alpine |
 |
Terdapat haiwan ternakan di seberang sungai meragut rumput segar |
 |
Aksi pendaki dari tingkap bas |
 |
Jalan dilalui di lereng gunung nan curam |
 |
Meluas hutan Alpine |
 |
Bersalji di puncak Tian-Shan Mountain Range |
Tatkala memasuki Truk kedengaran beberapa jemaah lelaki hendak trekking dari Ak-Suu ke puncak Altyn Arashan. Antara mereka berempat adalah Ezani dan Proffesor M. Tour Leader memberikan keizinan kepada yang hendak Trekking. Perjalanan selama 30 minit untuk sampai ke muncak Altyn Arashan. Opah berulang kali bertanyakan keadaan jalan ke situ. Oleh kerana jalan tanah yang dilalui mendatar, opah bersetuju untuk melakukan Trekking. Opah ditemani Nadia, dan Wani gadis-gadis yang sedia menjaga opah sepanjang trekking tersebut. Setelah opah keluar dari Truk, muncul Badariah dan Siti Rafeah ikut serta.
Kumpulan lelaki sudah pergi dadulu. Jam 12.03pm kami memulakan perjalanan menuju ke puncak. Truk dan penumpang lain meneruskan perjalanan mendahului kami. Opah diminta oleh mereka yang meneman supaya berjalan di depan, manakala Wani dan Nadia berjalan di belakang opah. Alhamdulillah..... bersyukur teramat, dapat melakukan dengan selesa. Sepanjang pendakian sempat merakamkan gambar menarik di depan mata. Dapat melihat keadaan rumput, pokok-pokok renek dan hutan Alpine secara dekat. Melihat air terjun Ak-Suu dari dekat. Menikmati hembusan bayu segar terus dari Banjaran Tian-Shan. Banyak lagi keindahan Allah temukan di depan mata opah. Syukur sangat, pada usia 70 tahun, Allah izinkan merasai nikmat kehidupan. Jam 12.30pm selamat tiba di hadapan Elza Guest House.
Sebelum melangkah ke dalam Restoran, opah mencari tandas dulu. Kesejukan memaksa diri berjalan ke tandas. Jam 1.00pm ramai yang sudah berada di dalam restoran. Ramai yang memberikan ucapan semangat telah berjaya dalam Trekking. Segala pujian opah kongsikan kepada Wani, Nadia, Badariah dan Rafeah yang setia bersama opah memberikan perangsang untuk menamatkan trekking.
 |
Rafeah, Nadia dan Wani |
 |
Badariah (Jaket merah) |
 |
Proff dan rakannya
|
 |
Memutih salji di puncak Tian-Shan Range |
 |
Memutih air Sungan Ak-Suu |
 |
Jalan becak dan berbau najis haiwan |
 |
Menghampiri puncak Altyn-Arashan lagi indah |
 |
4 peneman setia |
 |
Dapat 11471 Steps dari Ak-Suu ke Altyn Arashan bermula jam 12.00th tiba 12.30pm |
 |
Untuk aktiviti berkuda |
 |
Puncak Altyn Arashan |
 |
Lunch di Elza Guest House |
 |
Elza Guest House |
 |
View di lembah Altyn-Arashan |
 |
View dipergunungan Alpine Forest Altyn Arashan |
 |
Tempat penginapan |
 |
Bergambar sebelum pulang |
Selesai bergambar ramai, kami bergerak pulang ke hotel mulai jam 2.30pm. Masing-masing keletihan kerana telah berjam-jam menaiki Truk yang tidak selesa, bergoncang dan kekadang melambung dibuatnya. Ramai juga yang terlena keletihan. Alhamdulillah opah masih OK. Opah bersyukur masih boleh merakamkan gambar sekitar dan menikmati panorama tika menghampiri senja pula. Perjalanan pulang kali ini menuruni gunung pula, sudah tidak melihat air terjun dari Sungai Ak-Suu, tapi menyaksikan view kaki gunung pula. Masih terlihat banyak ladang ternakan kuda dan lembu. Kekadang ketemu penempatan penduduk desa. Akhirnya kami selamat tiba di hotel pada jam 4.30pm. Adooii!!! baru terasa sakit seluruh kaki semasa nak menaiki tangga ke lif hotel. Namun opah belum serik lagi. Sempatlah berehat dan bersolat Jamak Takhir Zohor dan Asar di bilik. Pada jam 7.30pm turun semula ke restoran yang terletak di depan lobby hotel untuk makan malam. Malam ni merupakan dinner terakhir kami di Karakol dan di Krygyzstan. Esok dak nak ke Kazakhstan semula. Terasa sedih pun ada sebab pada usia begini opah pasti tidak mampu untuk berkunjung ke sini lagi.

 |
Antara bangunan di Karakol yang dilalui |
 |
Masjidnya comel dan bersaiz kecil bagaikan saiz surau kita |
 |
Dinner nasi putih lauk ayam merah & sup sayur |
 |
Terawal tiba, menunggu yg lain turun |
Pagi ni 14 Mei hari akhir kami berada di Karakol. Jam 8.00am sudah bersiap membawa turun segala bagasi untuk dimuatkan ke dalam bas oleh driver bas. Sementara itu kami menikmati sarapan pagi di restoran. Agaknya kesedihan nak meninggalkan bumi Krygyzstan, maka opah terlupa merakamkan gambar menu sarapan pagi itu. Jam 9.00am bas meninggalkan hotel membawa kami menuj ke sempadan.
Meninggalkan penorama bandar kemudian menyaksikan panorama kawasan pedalaman pula. Menemukan banyak kawasan padang ragut yang terdapat ratusan haiwan ternakan sedang makan di situ. Selain kebun buahan terdapat pokok Birch yang banyak ditanam di tepi-tepi jalan bagi menghadang ribut kencang. Menemukan haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya memang banyak kali. Tidak terdengar keluhan atau kata marah keluar dari mulut driver tatkala pemanduan diganggu haiwan-haiwan ini. "Alah bisa tegal biasa" demikian perpatah Melayu. Selain penyerapan sifat-sifat mulia dalam pendidikan, menjadikan mereka sedemikian. Jika di tempat kita...... "Habis semua dimaki hamun oleh driver!!". Ye ke??
 |
Jam 6.30am view dari bilik hotel |
 |
Ramalan cuaca dan suhu di Almaty |
 |
Ternakan sedang makan di padang ragut yg luas |
 |
Tiada kata menggambarkan keindahan alam anugerah Allah |
 |
Penempatan penduduk desa |
 |
Rumah batu moden |
 |
Tidak kelihatan pepohon besar berhabitat di sini |
 |
Ternakan sering berkeliaran di jalan raya |
 |
Sepanjang jalan boleh dilihat Tian-Shan Range |
Jam 9.30am bas berhenti di Stesen Minyak di Keng-Suu. Oleh kerana perjalanan lagi jauh terpaksalah memenuhkan minyak bas di sini. Selepas ini sudah sukar mencari stesen minyak tika melalui jalan di pergunungan nanti. Ada juga yang mengambil peluang untuk ke tandas sementara menantikana bas diisikan minyak. Perjalanan selepas ini amat mencabar kerana melalui jalanraya di lereng gunung yang bengkang-bengkok. Namun cara pemanduan driver bas ini sangat mahir lagi berpengalaman, kami tidak terasa pening ataupun loya.
 |
banjaran Tian Shan Mountain, Karkara Valley |
Bas tiba di sempadan Krygyzstan pada jam 11.00am. Masing-masing turun mengambil bagasi. Kemudian Tour Guide wanita menunggu kami untuk melepasi pemeriksaan Imegresen di sempadan Krygyzstan dulu. Alhamdulillah, selesai pemeriksaan pertama. Kemudian masih perlu mengheret bagasi sendiri lagi untuk melepasi sempadan Kazakhstan pula. Kena mengangkat bagasi ke dalam mesin Pengimbas Bagasi. Perlu dua orang untuk mengangkat bagasi ke dalam mesin tersebut kerana ketinggiannya pada paras pinggang. Di sini tiada khidmat Tukang Angkat Bagasi pula seperti di sempadan Kazakhstan memasuki Krygyzstan. Tapi mujurlah jaraknya tidaklah jauh sangat dan permukaan laluannya tidak bertingkat-tingkat.

Selesai urusan pemeriksan di sempadan, kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Tika jam 12.00 tengahari kami diturunkan di depan Masjid Kegen untuk menumpang tandas di situ. Kemudian bas meneruskan perjalanan sehingglah jam 12.30pm bas berhenti di tepi jalan raya yang sunyi. Tika itu baru saja memasuki Kazakhstan. Kami diberitahu terpaksa makan di dalam bas kerana perjalanan agak lama dan jauh lagi. Masing-masing diberikan set makanan nasi berlauk, roti dan minuman. Kami makanlah di dalam bas dengan tenang. Ada juga yang turun makan di luar bas bersama pemandu bas. Alhamdulillah... kenyang cukuplah buat bekalan melaksanakan aktiviti seterusnya.
 |
Masjid di pekan Kegen tumpang ke tandas
|
 |
Pekan Kegen |
Haiwan ternakan banyak di tepi jalanraya
 |
Lunch di dalam bas |
 |
Lunch di tepi jalanraya |
 |
Jalanraya di lereng gunung |
 |
Menghampiri sempadan melalui jalanraya di lereng gunung |
 |
Mendaki gunung nan curam |
 |
Dari atas kelihatan air terjun di kaki gunung |
 |
Kejadian semulajadi kuda2 menjilat garam pada tanah |
 |
Singgah bergambar di ladang biri-biri |
Tiang letrik dan tiang telefon drp kayu
 |
Sekolah di Jalanas, Kegen |
 |
Jalanas, Kegen District |
 |
Qarabulaq (Karabulaks) |
 |
Di Neizvestnaya Doroga |
Selepas merakamkan gambar di ladang biri-biri di Neizvestnaya Doroga, akhirnya kami tiba di Kolsay Lake pada jam 3.17pm. Kolsay Lake National Park, terletak di Kecerunan Utara Banjaran Tian-Shan, di Tenggara Kazakhstan. Jarak pemanduan sejauh 10km dari sempadannya. Kolsay lake National Park dinamakan juga sebagai " Pearls of Tien- Shan" . Tarikan utama park ini ialah Kolsay lakes. Tasik ini terletak antara Raiymbek District dan Talgar District di wilayah Almaty. Taman Negara Kolsay Lake ini seluas 120km. Tasik ini terbentuk kesan daripada keruntuhan tanah ketika gempa bumi di Sungai Kaindy dan Sungai Kolsay.
Opah mengambil peluang menuruni anak tangga untuk mendekati Kolsay Lake. Menuruni tangga tiada masalah, tapi tika balik nanti terpaksa menaiki tangga ada banyak masalah. Tiada kekawan yang nak turun ke bawah, tetiba Zai (Tour Guide) menghampiri opah sambil menanyakan soalan. "Makcik nak turun ke? Alhamdulillah, pucuk dicita ulam mendatang. Zai terus memegang tangan opah lalu menemankan turun tangga. Tiba dT Stesen tengah singgah bergambar di situ. Opah memandang seluruh kawasan untuk menghayati nikmat yang Allah kurniakan! Zai masih mempelawa opah untuk turun hingga mencecah air tasik. Namun opah tolak pelawaannya kerana bimbang tidak mampu menaiki lebih banyak anak tangga tika pulang ke bas nanti. Semasa menaiki tangga pulang ke bas, opah berjalan sendirian dengan relax dan santai-santai kerana khuatir masalah jantung. Tidak mahu menyusahkan kekawan jika timbul masalah. Pabila terasa semput, opah berhenti sambil merakamkan gambara sekitar. Kesannya... banyaklah pula gambar dirakam di lokasi ini.
 |
Dataran entrans ke Kolsay Lake masih dalam pembangunan |
 |
Gerai-gerai di dataran entrans Kolsay Lake |
 |
Banyak Steps tika melancong ke negara Kazakh & Krygyz |
 |
Banjaran miliki pelbagai tona warna |
 |
Kolsay Lake dilihat dari Stesen 1 paras atas |
 |
Stesen 1 paling atas |
 |
Stesen 2 bahagian tengah |
 |
View dari stesen bawah |
 |
Tangga turun ke tasik |
 |
Tangga dan laluan tanah untuk turun ke tasik |
 |
View dari Setesen tengah |
Puas menjalani kembara hari ini; dari Krygyzstan ke Kazakhstan atau dari Karakol ke bandar Almaty. Dari kawasan dataran rendah ke kawasan banjaran tinggi. Dari 9.00 pagi hingga ke jam 4.30 petang. Waktu ini kami bergerak ke tempat penginapan. Bas melalui kawasan bernama Neizvestnaya Doroga. Kelihatan banyak tempat penginapan untuk para pelancong di sekitar Neizvestnaya Doroga. Ada penginapan bangunan konkrit, Chalet kayu, bangunan bertingkat dan lebih menariknya banyak Yurts. Dari bandar Karakol kami dibawa ke pekan kecil Kegen. Kemudian ke banjaran lalu ke Tasik Kolsay. Kini memasuki kampung pula melalui jalan tanah. Oh... ni real kampung!! Jika di Jeckshen Guest House di kampung, kali ni di Eki Againdy Guest House pun betul-betul di kampung.
%20.jpg) |
Kolsay Etno-Auyl (Kazakh Yurts) di Neizvestnaya Doroga |
 |
Di Neizvestnaya Doroga |
 |
Di Neizvestnaya Doroga |
 |
Neizvestnaya Doroga |
Kami chek in di Hotel Kolsay Eki Agayindy jam 7.00pm. Sebuah bangunan konkrit dua tingkat terletak di Kurmeti, Kegen District, Kazakhstan. Lokasinya tidak jauh dari Kolsay Lake. Udara sekitar dingin dengan hembusan bayu banjaran gunung menyambut ketibaan kami. Di luar bangunan penginapan terdapat banyak pokok bunga yang subur yang belum pernah opah temui. Kerja-kerja lanskaps masih dilakukan di depan hotel ini. Opah masih dapat nginap di bilik di tingkat bawah yang menghadap banjaran gunung nan indah.
Jam 5.00pm opah berjalan keluar dari hotel. Imah dah tak larat berjalan kerana kakinya sakit. Opah memberanikan diri berjalan sendiri merakamkan gambar sementara menunggu waktu makan jam 7.00 malam. Di atas jalan tanah yang dilalui banyak terdapat najis haiwan peliharaan. Jarang kedengaran bunyi salakan anjing, mungkin di sini penempatan Muslim. Kediaman penduduk di sini tidak rapat. Rumah-rumah dibina di atas tanah sendiri. Setiap rumah dipagari dengan batang kayu. Haiwan ternakan tinggal di dalam kandang dalam kawasaan rumah mereka. Jarang-jarang ketemu penduduk yang keluar rumah. Jadi tidak bolehlah berkenalan dan bergambar. Tiba jam 7.16pm opah memasuki restoran yang menyajikan makan malam. Menu makanan berhidang di meja.
 |
Sementara menunggu serahan kunci kamar |
 |
View depan hotel |
 |
Entrans ke hotel |
 |
Jejalan di jalan tanah di luar hotel |
 |
Restoran di tingkat bawah |
 |
Wang kertas jadi Dekorasi Kolaj Peta Dunia |
 |
Tv dan bahan minuman panas hanya ada di restoran |
 |
Bilik bertiga tingkat bawah |
 |
Entrans kamar tidur |
 |
Hidangan Dinner untuk 4 orang |
Dah hari terakhir di negara 2 Tans (Krygyzstan dan Kazakhstan) dan bersarapan akhir juga di Restoran Eki Againdy Kurmeti pada pagi 15 Mei 2025. Jam 7.00am sudah boleh pula makan sarapan. Nyonya Chef Restoran dah tak marah-marak kami lagi. Sebelum dinner semalam ada jemaah yang dimarahinya kerana duduk awal di meja yang telah berhidang makanan, sebelum masa makan malam tiba. Akhirnya Tour Guide menjelaskan kepadanya yang kami terpaksa duduk di situ kerana tiada tempat duduk lain disediakan. Dia yang salah faham. Disangkakannya kami nak terus makan sebelum semua jemaah turun.
 |
Jam 4.17am selepas subuh sudah cerah |
 |
Jam 5.00am di depan entrans Eki Agiandy |
 |
Dah cerah tapi tiada manusia keluar rumah |
Jam 5.00am opah berjalan sendirian menuju ke gate hotel. Tiada manusia yang ditemui tika itu. Masing-masing masih di tilam empuk hotel. Gate masih berkunci, jadi opah ronda-ronda keliling bangunan hotel merakamkan gambar. Habis gambar pemandangan, gambar pokok pula. Tiada pokok bunga yang tinggi melainkan yang tumbuh pokok renek di atas tanah. Tiba-tiba muncul lelaki tukang kebun hotel, opah menunjukkan gate untuk dibukakannya. Alhamdulillah dia faham, walaupun berkomunikasi bagaikan ayam dengan itik je. Selepas membuka gate dia terus melakukan kerja kebun. Opah memberitahunya untuk meminjam cangkul dan memintanya merakamkan gambar opah. Hahaha... Dia sporting sangat. Berjaya jadi tukang kebun Eki Agiandy!!
Keluar dari gate opah berjalan dengan hati-hati khuatir terpijak najis haiwan di atas jalan tanah. Tidak lama berseorangan, muncullah Hamidah dan suaminya mengajak opah menjejak air terjun seperti yang dikatakan Wani. Kami berjalan agak jauh juga ke arah kanan hotel namun masih belum menjumpai jejak air terjun. Kemudian berpatah balik menuju ke jalan di kiri hotel. Kami membelok ke sebuah lorong kerana terdengar aliran air. Kami melalui jalan di atas rumput di tepi rumah penduduk dan kandang haiwan. Menapak di atas rumput yang bertaburan najis haiwan dan sangat berbau busuk!!. Ahkirnya opah meminta izin Hamidah untuk balik ke hotel kerana tidak tahan dengan bauan busuk di situ.
Sempat juga opah membelek-belek keratan dinding bangunan hotel yang dijumpai di belakang hotel. Rupa-rupanya dinding bangunan di sini berbeza dengan yang opah jumpai di Jeckshen Guest House. Dinding bangunan di situ daripada simen konkrit bercampur rumput-rumput kering. Manakala di sini pula daripada lapisan simen konkrit, lapisan foam, lapisan konkrit, lapisan foam semula dan konkrit. Kenapa sedemikian, ya?? Entahlah!!
 |
Ada tandas kayu di entrans hotel |
 |
Memasuki sebuah kawasan ternampak air terjun |
 |
Bersama Hamidah & suaminya menjejak air terjun, melalui rumah dan kandang haiwan |
 |
Melalui kandang haiwan di kediaman penduduk |
 |
Rumah penduduk dan kandang haiwan ternakan |
 |
View dari lorong di depan hotel |
 |
Pokok bunga merimbun subur |
 |
View dari kanan hotel |
 |
View dari depan hotel |
 |
Pokok bunga |
 |
Lapisan dinding drp simen-Foam-simen-Foam |
Tepat jam 7.00am opah memasuki ruang makan di tingkat bawah hotel. Hamidah juga tiba pada masa tersebut. Kali ni merakamkan gambar mengikut cadangan Hamidah, opah OK je untuk meraikan kawan. Kuih Boarsaks, makanan tradisi masyarakat di sini masih disajikan seperti di tempat makan lain sebelum ini. Selesai makan ada aktiviti berkuda disediakan kepada yang berminat. Hanya 3 orang jemaah yang menyertai aktiviti berkuda mengelilingi desa Kumerti. Gembala kuda mengetuai kembara setelah 3 ekor kuda di belakangnya diikatkan tali bersambung dengan kudanya. Kami yang lain menunggu sambil berbual-bual di perkarangan hotel. Sebenarnya opah teringin juga menaiki kuda, tetapi insurans tidak memasukkan aktiviti tersebut dalam senarai tuntutan dibolehkan. Justru, nanti dah tiba di Malaysia naiklah kuda puas-puas, ya opah!!
 |
Midah suruh posing gitu...haha |
 |
Sambil makan menikmati panorama luar jendela |
 |
Sarapan di Eki Agaiyndy
|

 |
Prof, Wani & Nadia menyertai berkuda |
 |
3 jemaah je yg berani... |
 |
Cucu2 bermain di sini |
Kami check out Hotel Eki Againdy pada jam 9.20am. Sepanjang jalan masih dapat melihat view menarik di bumi Kazakhs ini. Saat terakhir di hotel, Chef Nyonya semakin mesra dengan kami. Semua orang diberikan sapaan Thank You dengan senyuman nan menawan. Tiada lagi wajah marah!! Dalam perjalanan kembara akhir ini kelihatan ramai jemaah berwajah ceria kerana dah nak balik Malaysia. Namun opah lain pula, terasa kesedihan nak meninggalkan bumi Tans. Opah berasa tidak mampu ke sini lagi dek faktor usia. Kembara pagi ini menuju ke Black dan Charyn Canyon pula.
 |
Lambaian akhir Mak Nyonya Chef |
 |
Sayu hati meningalkan pemandangan indah di sini |
 |
Banjaran Tian Shan bersalji masih mengiringi perjalan |
Sepanjang perjalanan ke dua buah Canyon masih dijamukan halwa mata dengan keindahan alam. Di mana-mana kelihatan suasana damai nan menghijau. Salji di Banjaran Tian- Shan masih jelas kelihatan memutih di puncaknya. Awan-awan memutih menaungi muka bumi bertuah ini. Tidak terasa bahang kehangatan sinar sang suria. Bayu-bayu yang berhembusan menambah kedinginan udara sekitarnya walaupun sinaran matahari amat terang memancar. Jam 10.45am kami tiba di Black Canyon.
Black Canyon dimaksudkan sebagai lokasi Tebing Curam Batu Volcanik yang berwarna gelap. Bukanlah dinamakan berdasarkan Ciri-ciri Geologikalnya. Ia lebih kepada penghuraian kepada bahagian lanskaps. Black Canyon juga sebahagian daripada Caryn Canyon. Terletak di Wilayah Almaty, Tenggara Kazakhstan. Tika dekat dengan lokasi ini kelihatan tebing-tebing batu yang curam berwarna hitam. Tiada tumbuhan besar menghabitat kawasan ini melainkan rumput-rumput liar yang tumbuh berserakan. Sebuah air terjun dari Charyn River mengalir deras melalui Black Canyon. Tidak ketemu pengunjung lain singgah di sini. Oh... mungkin mereka di lokasi Canyon lain.







Jam 11.00am kami meninggalkan Black Canyon. Bas membawa kami menuju ke Charyn Canyon pula. Charyn Canyon lebih popular dengan panggilan Grand Canyon of Kazakhstan atau Grand Canyon of Central Aisa. Selama 45minit berada di dalam bas, tibalah di Charyn Canyon. Bas parkir jauh jadi kami perlu banyak melangkah mencari view menarik. Ada yang terus berjalan melalui entrans ke canyon di depan parking bas. Jika melalui entrans sini boleh melihat dengan lebih dekat malah menyentuh permukaan Canyon nan indah.
Opah dan Cik Mah menuju ke bangunan Visitors Center. Tiba di situ kami berjalan-jalan di tingkat 1 bangunan. Melihat sekitar tercari-cari anugerah Allah paling indah di sini. Kemudian kami menuruni anak tangga mencari tandas pula. Di tingkat bawah ada sebuah cafe menyajikan makanan tempatan. Di hadapan Visitors Center ini terdapat lokasi aktiviti memanah untuk pengunjung. Di sebelahnya ada kios yang menyediakan sewaan pakaian tradisi lalu boleh bergambar di dalam Yurt. Opah ditemani Yus dan suaminya meneroka hingga ke depan tangga turun ke tingkat bawah. Hanya merakamkan view Canyon dari atas sahaja. Tetap bersyukur, kerana Allah masih izinkan opah boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini.
Charyn Canyon atau dikenali juga dengan nama Sharyn Canyon adalah pembentukan semulajadi yang menjadi mercu tanda di Kazakhstan. Terletak di Charyn River, kira-kira 200km di timur Almaty. Lokasi ini termasuk dalam Charyn National Park yang berhampiran sempadan Kazakh dengan Negara China. Canyon Charyn ini sepanjang 154km yang terbentuk sejak jutaan tahun kesan tindakbalas Luluhawa(Weathering) dan hakisan batuan Sedimentary oleh arus Charyn River dan lain-lain elements alam. Chryn Canyon lebih tersohor kerana corak menakjubkan pada permukaan batu pada tebing-tebingnya yang berwarna merah serta oren nan terserlah. Pengunjung boleh hiking melalui Velley of Castel, berkhemah di tepi Charyn River atau meneroka lain-lain Canyon antaranya Temirlik Canyon.
 |
View dari dataran depan Visitors Center |
 |
Sharyn/Charyn Visitor Center |
 |
Lokasi pd Google: Doroga Na Charynskiy Canyon, Enbekshikazakh District, Almaty Region. |
 |
Tangga turun ke tingkat bawah |
 |
View di hadapan Visitors Center... Yusniza & suami |
 |
Aktiviti memanah untuk pengunjung |
 |
Sewaan pakaian tradisi dan bergambar |
 |
Entrans Ke Cheryn Canyon |
Mulai jam 12.20pm kami sudah bergerak ke lokasi berikutnya untuk makan tengahari pula. Masih menemukan kawasan luar bandar yang belum membangun. Namun dengan melihat keindahan banjaran gunung, ladang rumput nan menghijau dan ratusan ternakan sangat puas hati. Jauh dari kesesakan semasa berada di atas jalan raya di sini. Pemanduan sentiasa lancar kecuali berada di jalanraya yang sedang dinaik taraf. Jam 2.00pm singgah pula di sebuah kedai Coklat di tepi highway. Opah membeli 12 keping coklat lalu diberikan kepada Kai (Tour Leader) dan separuh lagi kepada Liza Ezani. Menghargai jasa baik mereka ini yang amat memahami keadaan opah dan sering memberikan bantuan.
 |
Gerai jualan di tepi jalanraya |
 |
Kawasan sekolah |
Jam 3.00pm tibalah di Complex Zhibek Zholy. Di sini terdapat supermarket, cafe, hostel, tandas dan tempat rehat. Terletak di tepi lebuhraya menuju ke airport. Banyak kenderaan pelbagai jenis parkir di sini. Sama ada nak menjamu selera, menginap atau membeli-belah boleh dilakukan di sini. Memasuki restotan di tingkat bawah, memang menakjubkan dekorasi dalamannya. Laluan ke tandas pun berhias cantik. Masing-masing makan tengahari ala kadar je sebab dah dalam mood Home Sicks. Selesai makan masing-masing ke tandas sebelum menaiki bas semula.
 |
Lunch di sini (Makan akhir dlm pakej) |
 |
Ada yang Ta Paw makanan yang berlebih |
 |
Dewan makan umum cantik dan mesra tamu |
 |
Entrans ke tempat makan kami |
 |
Nasi putih, ikan salmon goreng & sup salmon |
Memulakan perjalanan dari jam 4.00pm hingga jam 5.40pm untuk sampai di Almaty Internasional Airport. Lapangan terbang ini yang terbesar di Kazakhstan dan Central Asia. Lebih besar daripada Nursultan Nazarbayev International Airport di Astana dan merupakan pintu masuk utama antarabangsa ke dalam negara Kazakhstan. Almaty Airport menjadi pusat utama Air Astana, syarikat penerbangan negara Kazakhstan dan lain-lain syarikat penerbangan domestik serta antarabangsa.
Kami mengambil peluang mengucapkan penghargaan kepada pemandu bas dan Tour Guide sebelum turun bas. Bas masih parking jauh dari bangunan terminal. Masing-masing mengambil bagasi dan alatan sendiri keluar dari bas. Nasib baik banyak Troly di tepi jalan di situ. Opah mengambil sebuah untuk memuatkan beg-beg bersama Cik Imah. Kemudian beramai-ramai menolak Troli masing-masing melalui laluan berbumbung. Lepas itu melalui jalanraya terbuka pula barulah boleh memasuki bangunan terminal. Tiba di suatu sudut lapang, masing-masing mengemaskan semula bagasi supaya menepati had timbang yang dibenarkan. Alhamdulillah... selesai.
 |
Jalan menghampiri Almaty International Airport |
 |
Parking kenderaan jauh dari terminal airport |
 |
Laluan berbumbung dari parkir ke terminal |
 |
Sessi mengemas semula bagasi |
 |
Kaunter check in luggage |
 |
Momen akhir bersama Aleeya |
 |
Inter-net free masing-masing sibuk....... |
 |
Siti Haida jurufoto hebat |
 |
Moment ketibaan pada 6 Mei 2025 |
Jam 6.05pm semua jemaah Jeju Muslim Travel & Tours beratur untk urusan Check In Bagasi. Siti Rafeah pulang berasingan kerana dia akan terbang ke Dubai menemui anaknya di sana. Selesai semua urusan opah bersama beberapa rakan lain menunaikan solat jamak takhir Zohor dan Asar di surau yang disediakan. Kemudian kami menunggu di surau hingga masuk waktu Maghrib pada jam 7.09pm. Selesai bersolat kami keluar ronda-ronda sekitar kedai di dalam airport. Singgah membeli roti dan minuman dari sebuah cafe. Masih menggunakan Kad WISE untuk membayar 8100 Tenge kerana wang Kazazh dah habis. Sementara menantikan masa untuk memasuki pesawat, kami bergambar kali terakhir di bumi Kazakhstan. Jam 7.50 semua mula memasuki pesawat untuk terbang terus ke Kuala Lumpur dengan pesawat Air Asia-X Flight D7601.
Tika penerbangan pulang ke Kuala Lumpur opah diberikan Seat 39D bersebelahan seat Cik Imah. Jam 1.17am kami dijamukan makanan malam seperti yang telah dipesan tika menempah tiket penerbangan. Berkongsi rasa nasi Bukhara Chicken Briyani dan set kedua nasi Roasted Chicken with Black paper sauce. Tiada minuman free dalam penerbangan Air Asia ni. Jadi kami order minuman Santan Latee seperti dalam penerbangan datang dulu. Opah memaksa mata untuk lena kerana boring tiada apa boleh ditonton. Adalah terbangun dua kali untuk ke tandas dan berwuduk untuk solat Subuh. Akhirnya jam 8.00am pada 6 Mei tibalah di KLIA2 (Kuala Lumpur International Airport 2 dengan selamat. Alhamdulillah.
 |
Dinner dalam flight Air AsiaX |
 |
Santan Latee |
 |
Duduk sebaris lelaki Malaysia yg bercuti 20 hari di Kazakhstan & Krygyzstan |
 |
Liza dan Prof bersama pasangan |
Alhamdulillah, sangat bersyukur kami selamat dan sihat walafiat sepanjang permusafiran hingga pulang ke tanah air. Setelah 10 hari bermusafir kini terasa segar tatkala menapak di bumi sendiri. Kami berjalan jauh menuju ke tempat mengambil bagasi. Sebelum berpisah dengan para jemaah kembara, kami bersalaman dan memohon izin untuk bergerak dahulu. Dari situ kami menolak bagasi di atas troli hingga ke kedai makan. Jam 8.45am kami bersarapan Cafe Bungkus Kaw Kaw. Enak juga makan nasi di sini walaupun nasinya dah sejuk. Selesai makan kami menempah Teksi Airport untuk pulang ke Cyberjaya. Jam 9.30am selamat tiba di rumah Cyberjaya. Cik Imah terpaksa pulang awal ke rumahnya kerana hendak sambung tidur,
 |
Mengambil bagasi |
 |
Cafe Nasi Bungkus Kaw Kaw |
 |
Nasi lemak bungkus dalam daun pisang |
 |
Rindukan soto... pepagi dah pekena |
 |
Hari kedua di Cyberjaya opah mendobi pakaian sebelum pulang ke Ipoh |
Jika sebelum ini opah sudah ada senarai keperluan untuk dibawa tika melancong, rupa-rupanya masih belum lengkap. Portable Electric Kettle/ Travel Mini Thermal Flask perlu dibawa bersama. Kekadang tempat penginapan tidak menyediakan cerek letrik di dalam bilik, justru sukar untuk menyediakan makanan segera tika lapar. Terutamanya pergi ke negara yang waktu antara subuh dan waktu bersarapan sangat lama. Portable Fan juga sesuai dibawa jika berkunjung ke negara-negara beriklim panas. Dalam fon bimbit wajib dimasukkan Apps Qiblat Finder supaya mudah menentukan kiblat untuk bersolat di dalam bilik. Selainnya Bidets sangat perlu ketika hendak ke tandas membuang air. Bidets dipasangkan pada mulut botol kosong mudah untuk membersihkan tempat sulit.



Opah berikan 5 bintang besar kepada pemandu bas dan pemandu Truk. Sikap sabar dan cara pemanduan mereka sangat terpuji. Mereka turut membantu mengangkat beg-beg kami keluar masuk bas. Walaupun menemukan haiwan berkeliaran di atas jalan dan terpaksa memberhentikan bas untuk memberikan laluan kepada gembala menghalau haiwan-haiwan ke tepi, pemandu masih boleh tersenyum. Malah membalas angkat tangan yang diberikan gembala kepadanya. Tour Guide dan Tour Leader bolehlah pertingkatkan sedikit sahaja lagi kelemahan yang diberitahu para peserta kembara. Tapi diberikan 4 Bintang!
 |
Pemandu bas dan Tour Guide 1 |
Pemandu bas & Tour Guide 2 terbaik servis mereka, 5 bintang!
 |
Tour Leader |
Sekadar cadangan yang mewakili warga emas, moga syarikat boleh pertingkatkan perkhidmatan untuk para pelanggan. Senarai nama peserta yang memerlukan Sedikit Perhatian kerana masalah kesihatan dan faktor usia wajib diberikan kepada Tour leader sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memudahkan Tour Leader menentukan lokasi bilik penginapan ataupun menu makanan yang sesuai kepada mereka. Maklumat awal WAJIB diberitahu kepada para peserta berkaitan situasi di lokasi kritikal seperti di lapangan terbang. Jika TL sudah tahu bas berada jauh, maklumkan bahawa peserta boleh menggunakan TROLI Airport untuk membawa bagasi ke bas.
Sebelum tiba di sempadan negara, beritahulah kepada peserta pelbagai imfo:
1. Situasi di situ.
2. Berapa jauh dan lama proses melepasi sempadan.
3. Keadaan tempat memeriksa bagasi (Luggage Scanner).Tour Guide atau Tour Leader WAJIB
seorang berada di situ membantu
4. Ambil senarai nama peserta yang memerlukan khidmat Porter berbayar.
5. Sediakan mata wang tempatan jika peserta BELUM menukar kepada wang tempatan.
 |
Antara makanan popular di Kazakhstan dan Krygyzstan |
No comments:
Post a Comment