Thursday, September 18, 2014

Happening Memang Happening ! ... Sebuah Pelayaran

       Siapa sangka, tanpa diduga, tiada perancangan, jauh sekali di lipatan idaman... pengembaraan di Lautan Andaman.... itulah kententuan Ilahi buat hambaNya yang daif ini. Demikian nan tersurat di luh mahfuz ,Alhamdulillah. Sekadar turut  menrealisasikan hasrat seorang Public Figure Ustaz Kazim Elias berdakwah di atas kapal Star Libra Star Cruise.... Berlakarlah sejarah Pelayaran Dakwah pada 24 hingga 27 Ogos 2014 .

Solat Maghrib Berjemaah di Dek 9 Star Libra Star Cruise
Public Figure Ustaz Kazim Elias
Azan pertama Solat Maghrib 24.8.2014 oleh Ustaz Mokhtar ,
memacah tradisi ,melakar sejarah dipentas persembahan di Dek 9


     Perjalanan bersama 19 buah bas sewa khas dari Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi , Ipoh ke Pelabuhan Swettenhem Pulau Pinang ,amat teruja. Seramai 774 jemaan pelbagai usia; ada yang bertogkat, ada yang berkerusi roda ,ada kanak-kanak , ada remaja dan paling ramainya jemaah yang berusia 50an. Ada yang berxplorasi bersama keluarga, ada yang berpasangan dan  yang hadir bersendirian . Turut serta jemaah dari Singapura dan Kuala Lumpur datang  dengan penerbangan dan mendarat di Bayan Lepas. Semuanya bertemu di pelabuhan. Sesungguhnya diketemukan dengan pelbagai ragam jemaah , karenah urusetia, kepanasan & ketidak selesaan. Tempat menunggu pelawat yang  tidak mesra pelanggan, amat menuntut kesabaran nan tinggi. Alhamdulillah... mereka ribut  nak masuk kapal, aku ribut berfotografi...

      Jika nak naik kapal terbang, didahulukan orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak, tetapi tidak berlaku di sini... mungkin urusetia Intratama Travel Consultan & Tour belum punya pengalaman mengendalikan jemaah seramai ini dan aneka usia begini. Namun Encik Suhaimi Penerajunya memang ada class, pintar mencerna  suasana dan yang banyak turun padang.  Kejayaan program anjuran bersama Astro Go Beyond, Astro Oasis , Berita Harian, Pusat Pendidikan Al-Barakah dan Hwajing Travel & Tour sdn Bhd. ini  mampu diberikan 4 bintang. Rakaman program ini diberitakan akan bersiaran di Tv Astro Oasis mulai 4 Oktober 2014.

       
Bersama Rokiah, Imah 

Bas AGC9633 dinaiki

      Sebelum menaiki kapal, kami disinggahkan di Padang Kota Penang tika jam 11am, kononnya untuk makan tengah hari. Manalah ada kedai makanan berniaga siang hari di situ, justru kami berlaparlah hingga jam 6 petang ,sehingga ketemu makan malam di kapal. Ramai merungut, ramai tak selesa , aku paling  kurang senang dengan jawapan ketua bas Pn Hasni (wakil Al-Barakah), "Saya dah cakap tiada kedai makan sini, tapi depa tak percaya"... Aduh, aduh.... sakit hati ni terubat pabila memandang wajah lanjut usianya dan tahap pendidikannya. Yang ni UKE kena betulkan dalam memilih Urusetia Program.

    Teramat ramai pengunjung di Pelabuhan Swettenhem, jemaah kami  774 orang , pelancong lagi... waris2 yang menghantar jemaah, petugas-petugas dll . Semua pasport kami dikumpulkan urusetia Intratama , kami cuma diberikan kad pas pelawat untuk urusan sepanjang di dalam pelayaran. Seawal jam 2 pm semua selesai setelah check in . Dapat memasuki bilik , dapat membuang kumbahan badan, lalu bergegas ke Stardust Lounge di Deck 5 (Dewan utama) mendengar taklimat dan mengikuti latihan kecemasan yang dikelolakan oleh staf Star Libra Cruise yang amat efisen.

Sarapan di R&R Gunung Semanggol jam 9am

Di Padang Kota

Jam 12pm ,Menunggu giliran di Port Swettenhem

Taklimat di Deck 9 Stardust Lounge

 
Paparan urusan SAMAK kapal Oleh MAIP Penang
pd 21 Ogos 14

Penaraju program:Boss Astro, Intratama & StarCruise 

Taklimat Boss UKE

Demo pemakaian jaket keselamatan

Kamar tidur biasa

Bilik 2 orang

Suite Delux

Kad Pengenalan Jemaah


Kad Pass Pengguna Cruise

         Menyempurnakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi secara jamak Zohor & Asar pada jam 2.30pm di bilik nombor 3134B (Deck 3), tak sempat rehat pun. Jam 3pm  selesailah praktik safety Drill di bhg luar kapal di deck 4. Diberitahukan laluan keluar dan perahu keselamatan yang digunakan semasa kecemasan .Sementara menantikan dinner yang disajkan dari jam 6 hingga 10pm secara BBQ di Pool Deck di Deck 9, sempat kami berkemas dan membaca semua nota , aturcara dan imfo dalam bilik. Tempat makan juga disajikan di dalam Mariner's Restaurant di deck 9 dihujung Pool (ruang makan tertutup) di belakang kapal. Panorama terindah dapat dinikmati dari view sini, Kedatangan malam yang  menggantikan senja nan kelam, tiada kelihatan tanah dataran... cuma lautan yang berombak dipalu injin kapal. Namun tiada terasa bergoyang atau kurang selesa... malah tidak terasakan diri berada di atas kapal.

      Banyak sudut penyajian pelbagai makanan, ada  menu Melayu, menu barat, menu Chinese, dan menu vegetarian... cuma kena berbaris panjang dek terlalu ramai lantaran semuanya keluar serentak untuk makan. Tempat duduk bermeja sudah siap "berpunya" dengan meletakkan beg dll oleh para jemaah yang "TERHEBAT" . Aku , Imah, Rohani (ibu saudara Imah) dan kakaknya (Rokiah)   mememilih berbaris dahulu untuk mendapatkan makanan, kemudian barulah   duduk di mana-mana meja yang kosong. Setelah meletakkan makanan , kami bergilir mengambil minuman. Dengan tidak membooking meja makan, kami bebas duduk di mana-;mana, justru kami dapat meramaikan kenalan dengan jemaah lain dari pelbagai tempat , Alhamdulillah. Bak kata para penceramah,"Nak tahu perangai manusia , pernah mengembara atau tidak, lihatlah tika mereka makan. Asyik nak bersama group sendiri, sukar bertolak ansur." Alhamdulillah, banyak pengembaraan yang aku dan Imah lakukan, banyaklah  pengalaman terbaik dapat dipraktikan tika begini.

       Azan Maghrib buat kali pertamanya memecah tradisi kapal di Pool Deck di deck 9. Tika ini pentas sedang meriah dengan persembahan  hiburan,maka tepat jam 7.30pm ditangguhkan. Saat inilah jua kapal berlabuh sepanjang masa bersolat bagi memastikan Qiblat bersolat tepat. Azan bersejarah di Libra Star Cruise dilaungkan oleh Ustaz Mokhtar dari Al-Barakah, dapat kusaksikan sendiri moment penuh indah ini.


laungan azan sulung  solat Maghrib di Pool Deck 9 jam7.30pm 24.8.14


          Momen bersejarah buat diri dan para jemaah berjaya menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak seramai 700 orang, telah  mencetuskan suatu kelainan di benak sanubari. Ada sayu... ada gembira... ada kedamaian... selebihnya rasa penuh kesyukuran kerana  dalam usia emas ini aku mampu mengabdikan  segenap jasad dan hati ke Hadrat Ilahi di tengah Lautan Andaman, Alhamdulillah. Selesai solat yang diimamkan sendiri ustaz Kazim , kami dijamukan ilmu syariah dalam takzirahnya, Selesai solat, jemaah, kami  menerima kemeja T pakej lengan panjang  rona kuning dan biru tua. Sementara menanti giliran dalam perbarisan yang panjang, kami menikmati supper, minuman malam di Marina's Restauran di Deck 9. Wow... menunya macam dinner je, berat kerana disajikan roti jala, roti canai, aneka roti dan pelbagai rasa minuman panas.



Solat Maghrib Isyak

Tazkirah selepas solat subuh




  

        
 Hari kedua pengembaraan 25 Ogos 2014.....

         Mendarat pula di Langkawi dengan menuruni tangga curam oleh semua jemaah; tidak mengira tua, muda, kanak-kanak.... itu cuma pilihan yang ada. "Yang ni Starcruise kena gunakan tangga yang selesa & selamat kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak". Di Jeti Star Cruises Langkawi , jemaah diraikan dengan paluan kompang dan Maskot .... Beberapa buah bas sedia menantin untuk membawa para jemaah ke Under Water World Langkawi. Setiap bas menyediakan pemandu pelancong yang menceritakan kisah Langkawi, walaupun cuma 10 minit perjalanan bolehlah menjadi halwa telinga kami.

        Tiba di Water World, Pengurus UWWL bersama beberapa orang staf menyambut kami. Ramai yang sibuk bergambar tapi aku dan famili Imah terus masuk dengan menggunakan pass yang diberikan. Tak banyak paparan yang menarik, 10 tahun dulu lebih banyak dan meriah rasanya. Kini macam tak bermaya.... Sebelum keluar ramai yang membeli-belah di pasaraya berdekatan.... Jam 12pm rombongan mula bergerak menuju ke  Masjid Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hangat bas kami bernombor........ tetiba rosak teruk. Patutlah semasa perjalanan awal menaikinya terasa panas dan tak selesa. Bas pengganti datang jam 1pm. Kamilah rombongan terakhir bergerak tetapi terawal tiba di Masjid "Inilah keadailan Allah"

       Rahmat Allah memang ditarbiahkan dalam pelbagai bentuk rupa rasa dan nikmat. Hujan rahmat meraikan ketibaan kami di perkarangan rumah Allah di Masjid   Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hngat. Kesungguhan para kariah masjid memayungi kami nan terlalu ramai, melupakan kesukaran keberadaan di situ. Khemah jamuan kerusi meja basah.... namun demikianlah pilihan yang Allah takdirkan buat kami menikmati rezekiNya di bumi Sumpah Mahsuri. Walaupun memilih makanan tengah hari nasi gulai tulang lembu dan masakan kampung yang biasa, namun selera masih segar, enak pula menjamu selera beramai-ramai dalam hujan lebat, subhanallah! Alhamdulillah!

        Melengkapkan tanggungjawab  bersolat  jamak Zohor & Asar dan Ceramah Perdana daripada Ustaz Kazim bersama para jemaah , memng terlalu indah. Dalam gerimis kami melangkah pulang maniki bas untuk ke Ismail Group,demi memenuhi impian kebanyakan jemaah...."shopping". Sebagai kenangan cuma membeli sepasang beg pakaian rona hijau muda dan ungu untuk kembaraanku yang berikutnya  meneroka dunia. Terkeluarlah  budget berharga promosi RM 90 dan RM 70... murahke?




Paluan kompang & maskot



 
Jemaah UKE di Under Water World



 bas persiaran meragam yang kunaiki

 berhujanan meraikan jemaah UKE

 Rohani (ibu saudara),Imah & Rokiah (kakak Imah)



           
 Chak (3 kekananku) Masjid Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hangat

Suhaimi peneraju Intratama
 Polis trafik pengiring rombongan di Langkawi



Kedai Ismail Groups

          Selesai urusan berbelanja di Ismail Groups, jemaah dibawa kembali ke kapal menikmati makan ,bersolat , bertakzirah dan supper . Memang amat berpuas hati makanan yang disajikan, boleh dianugerahi 5 bintang. 

Buffet Sarapan






70 Chef Muslim buat Kembara UKE

      Hari ketiga kembaraan menyusuri Lautan Andaman ke Phuket, Thailand . Jam 9 pagi setelah checkout cruise dan menerima pass khas ,kami dibawa ke Sekolah Muslim Wittaya Phuket yang menempatkan para pelajar dari kalangan anak yatim dan fakir miskin. Hujan lebat masih menyambut ketibaan kami di sekolah berkenaan. Perbarisamn para pelajar & warga sekolah setia berhujanan menyambut kami. Usai bersolat jemaah dengan kariah sekolah, kami diraikan dimajlis penyampaian bantuan dan beramaljariah, sambil menikmati makan petang. Dihiasi majlis dengan beberapa persembahan para pelajar sekolah. Memang ramai yang bermurah hati ,menyampaikan sumbangan...Alhamdulillah ,hasrat UKE terlaksana .

Pelabuhan Phuket

Bersama wartawan

Mr Abdullah Tour Guide Phuket

Polis Trafik Phuket mengepalai rombongan








 
Gobernor Phuket(Berselendang batik) Mr  .......meraikan jemaah






Gerai Pelajar



        Melewati senja kami meneruskan kembaraan  ke Kilang T Shirt dan Kilang Kacang Gajus . Memang mahal harga barangan walaupun berjenama Thailand. namun kena beli juga sebagai kenangan. Membawa pulang kenangan dari Phuket beberapa tin kekacang dan beg galas. Perjalanan melalui jalan bukit-bukau untuk ke Phatong pula, meredah kehujanan malam. Tidak sempat menikmati panorama matahari terbenam di Cape Promthep lantaran melewati masa sunset. Tiba di Phatong sebuah pasaraya 2 tingkat, kami disambut pancutan air pelbagai warna menyerikan malam. tidak ramai berbelanja di sini lantaran sudah digunakan di Ismail Group, di Langkawi. Jam 10pm kami bergerak ke Pelabuhan Phuket untuk berangkat pulang ke kapal, sebelum jam 11pm tika mana gate pelabuhan akan dititup. Ok semua akur akibat keletihan , mungkin.

 Kilang T Shirt

Kilang Kacang Gajus

 Kedai Beg di Pathong


         Mengimbau kenangan berlayar selama 4 hari 3 malam , menghimpun pengalaman daripada pelbagai aktiviti disediakan kepada jemaah. Ada yang disajikan oleh urusetia Pakej UKE dan ada yang memang menjadi rutin buat para pelayar cruise. Selain bersolat jamak dan solat subuh berjemaah, takzirah, makan sedulang dengan pasangan, ice breaking dan cabutan nombor untuk memenangi 30 hadiah pakej pelancongan buat para peserta pakej; pihak Star Cruise juga menyediakan pertunjukan silap mata, demo memasak gelanggang basketball  dan  santai berenang dengan famili. Aktiviti lain oleh  Star Cruise tersedia di Pub, Club........, kamar berkaraoke, kasino, khidmat urut, dan pentas hiburan , tetapi bukan untuk jemaah UKE.


Pertunjukan silap mata 

Ruang ini dibenarkan  bersolat jemaah tika hujan

Takzirah, ceramah di Stardust / Lounge

PU Fakhrul dari Astro Oasis paling menarik

Berselawat Perdana

Ice breaking dikelolakan Intratama Management

Makan didulang bersama pasangan

Ruang kemudi kapal..UKE dgn Kepten Kapal

 
     Demo masak Tomyam & Kraf Buah oelh Chef kapal

 Persembahan buat umum dpd staf cruise

 Ice Breaking dpd Intratama

 Ruang Banquet selesa & santai bertakzirah

 Penyerahan sumbangan dpd Intratama

 Meraikan Cruise kali pertama

Hadiah pakej penginapan dpd cabutan Bertuah

         Menikmati panorama anugerah Ilahi tika menjelang waktu Maghrib dan Subuh di Lautan Andaman dan Laut Selat Melaka merupakan momen teramat manakjubkan , melekat di benak hati hingga kini. Menyaksikan sendiri  matahari terbit secara perlahan-lahan dari ufuk timur dan mentari terbenam di ufuk barat tika berada di deck 10, membawa diri lebih hampir kepadaNya... amat kerdil! Mungkin sukar dirasai lagi kemudian hari........

 Lautan Andaman malam

 Sunset 

sun rise

 View Phuket

 Pelabuhan Phuket

 Sunset


Subuh

 Ruang makan Pool Deck

 Selat Melaka

 Pool deck

 Staf Dining Star cruise

 Di suatu senja




 Langkawi bye

 Sarapan





Pergerakan cruise dari skreen Tv Bilik

ukiran bungkah ais malam Gala

       27 Ogos perjalanan kembali ke Port Swettenhem, Penang menjadikan kembaraan terakhir jemaah .Selesai urusan pasport dll yang dibuat di dalam kapal dan check out Libra Star Cruise seawal jam 9 pagi. Semua bagasi dibawa turun oleh staf star cruise setelah  jemaah meletakkan di luar bilik masing-masing. Berbaris panjang lagi bagi melepasi urusan Kastam DiRaja Malaysia, dan pengesaham keluar Imigresen, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jam 2pm menaiki bas pulang ke Al-Barakhah .Di perjalanan kami disinggahkan di Restoran Mamak di Juru menikmati makan tengah hari dan berhenti lagi di R&R Bukit Merah untuk bersolat. Jam 6pm Nazihah menanti untuk kami pulang ke rumah. 



 Urusan Pasport & check out Cruise

 Terima bagasi di Pelabuhan Swettenhem

 Tua muda sendiri urus bagasi!!! ni yg TAK sesuai



Asesori Kembara UKE.....










Dibekalkan setiap kali meninggalkan kapal


 

 


PU Astro Oasis Ustaz Fakhrul

  Kak Zaharah GC Cameron Highland... kudrat Ilahi

Pelancaran Pelayaran UKE 2015

     Cuba-cubalah menambah tabung akhirat dengan mengUpdate foto dan segala imfo Kembara UKE buat perkongsian rerakan facebook dan families. Alhamdulillah sudah keluar di dada akhbar pelancaran Kembara (Pelayaran) UKE 2 pada 25-28 Januari 2015. Dalam kembaraan kedua ini telah menggugurkan kunjungan ke Langkawai, dengan Krabi sebagai ganti dan mengekalkan Phuket destinasi kunjungan. Moga berjaya.... mendaulatkan Seruan Islam ke Seantero.