Tuesday, January 9, 2018

SCANDINAVIA DAN RUSIA SUATU ANUGERAH

      Bukan dalam diari diri, bukan impian naluri, bukan pilihan destinasi, bukan dalam bajet xplorasi, malah bukan galakan sesiapa. Allah mentakdirkan segalanya. Dalam usia 63 tahun berjaya menjejaki 5 negara .Dalam iklim dingin telah membekukan bibir, mengkebaskan hidung.  Tiupan bayu sejuk dari kutub utara menggetarkan seluruh tubuh. Suhu antara 9 ke 14 darjah Celcius menyelimuti diri selama 12 hari 9 malam. Kalah juga badan dengan ujian iklim ini, dek serangan selsema dan batuk . Merasai demam pada hari ketiga tika suhu mencecah 9 darjah Celcius. Itulah suatu pengalaman terindah bermusafir tika usia emas.
   
Laluan kembara antara benua warna biru

       Bermulanya kembara di Rusia selama 2 hari. Kemudian ke Finland , ke Sweden, ke Norway dan berakhir di Denmark. Dengan menolak beg bagasi 18 kg ditangan, beg galas 5kg diusung di belakang dan beg sandang didepan 3 kg; demikianlah setiap gaya pergerakan selama 13 hari. Alhamdulillah , masih cergas melangkah menyempurnakan setiap lokasi kunjungan. Dapat meneroka keindahan panorama alam. Dapat merakamkan gambar kenangan dengan 2 kamera fon dan 1 kamera antik milik anak terunaku Nazmi. Beruntungnya dapat kumpulan 4 orang kawan ni mudah merakamkan foto secara bergilir. Tiba sahaja  di hotel terus hantar gambar kekawan ke dalam group whatsapp. Alhamdulillah.

2 beg di badan 1 beg bagasi ditangan
Stesen Alegro Train Helsinki
      Sarah Iqbal ketua kumpulan Kowamas Holiday amat efisyen, 5 bintanglah untuknya. Pembantunya Nor Shila Mazlan pula 4 bintang kerana baru pertama kali dibawa menyertai pakej ke Scandinavia dan Rusia ini. Tidak menyesal mengikuti pakej Kembara Kowamas Holiday buat kali pertama ini. Mudah berkomunikasi dan serasi serta mesra masjid.

             Berkumpul menerima barang keperluan dan taklimat dari Tour Leader(TL)  jam 8.30pm di KLIA Aras 5 Kaunter F. Semua urusan check in bagasi Sarah(TL) uruskan. Penerbangan pergi selama 14 jam amat memenatkan tubuh. Pada 17 September 2017 Pesawat TK61 Turkish Airline menerbangkan kami pada jam 23.35pm. Melepasi Gate C4 seat 52E, Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istambul 18 September jam 05.15 pagi. Selama 10jam 40 minit duduk di kerusi pesawat. Tika di Lapangan Terbang Antartuk Istambul(Turki) sempat bersolat Subuh di bilik solat yang jenuh berjalan jauh. Dari Istambul menaiki pesawat TK juga pada jam 07.50am seat 8E. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo Moscow jam 10.35am , selama 2jam 45 minit dalam penerbangan. 

       Bas dari lapangan terbang Vnukovo Moscowmembawa peserta menikmati panorama City Tour di Kremlin. Ia bermaksud "Kubu Dalam Kota" dibina pada tahun 1495 dan digezetkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Melawat kawasan tertua di dalam Kremlin Architectural Complex of the Catheral Square. Di sini menempatkan Assumption Catheral, Archangel's Catheral, Patriarch's Palace yang dibina pada tahun 1655. Palace of Facets, Tsarina's Golden Chamber pula menempatkan permaisuri pemerintah Rusia dahulu kala untuk menerima pelawat. Ivan The Great Bell Tower setinggi 81meter dibina tahu 1508 dilawati.  Di Armoury Chamber sebuah musium dibina pada tahun 1508 yang asalnya gedung simpanan senjata , kini dipamerkan pelbagai permata, mahkota milik para pemerintah Rusia terdahulu. 

Pertemuaan kali pertama dgn Siti Zaleha
dan Rohani Marican di KLIA
KLIA sebelum berangkat bersama adik Reduan

Rahimah  partner travel

KLIA ke Istambul

Transit di Istambul Airport

Bersolat subuh di Surau di Lapangan Terbang Istambul

bas untuk menaiki pesawat  ke  Moscow

 Opah-opah dalam Tram transit ke pesawat  utk ke Moscow

Menaiki Turkish Air ke Moscow

Laluan Istambul ke Moscow

Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow


View sekitar jalan dari lapangan terbang



Lapangan Terbang Antarabangsa Moscow






       Jam 1.18pm Solat jamak di Moskova Islamic Centre. Sebuah rumah Allah yang masih baru, tersergam indah memanggil kami menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta. Bangunan 2 tingkat nan masih  cantik seperti baru digunakan . Tidak ramai jemaah tempatan diketemukan disini. Para petugas masjid yang amat mesra tetapi menggunakan bahasa Rusia, yang langsung tidak difahami.

Moscova Islamic Centre


        Hanya 15 minit perjalanan bas dari masjid sudah tiba di Jeti Moscow River. Jam 3.00pm berlayar dengan Feri Flotilla Radisson Royal Cruise mengelilingi Moscow River. Kejernihan dan kebersihan seluruh sungai amat dikagumi. Panorama menarik menyaksikan aneka bangunan baru dan lama indah tersergam menghiasi panorama bercruise selama 2 jam. Cruise melewati Ukraine Hotel, House Of The Goverment Of The Rusian Federation, Kievski Railstation, Borodinsky Bridge, Bogdan Khmelnitsky Bridge, Novodevichy Convent,The Grand Sports Arena of The Luzhniki Olympic Complex, Lomonosov Moscow State Universiti, Luzhniki Metro Brodge, Sparror Hills, Neskuchniy Garden, Maxim Gorky park, Andreevsky Bridge, Krymsky Bridge, Central House of Artists, Estrada Theatre, Cathedral of Christ Savior,Bolshoy Kamenny Bridge, Kremlin, Bolshoy Moskvoretsky Bridge dan Kotelnicheskaya Naberezhnaya. Puas bergambar dan merakamkan video, turun ke dek bawah menikmati kapuchino. Walaupun mahal tapi enak rasanya.  Sambil menghirup kopi mata merenung  view cantik negara Kremlin.







Siti Zaleha dari PJ dan Rohani dari Kedah




    Dinner malam pertama di Sheikh Pallace . Menikmati menu masakan Usbezkistan pada jam 5.40pm. Suasana keliling memang dah gelap (malam) waktu jam 5pm tika ni. Dua hari tidak mandi tapi tidak terasa peluh dek suasana dingin di sini. Kelaparan membuatkan  lupa busuk badan. Ada nasi, masakan ayam dan daging serta pemanis mulut.

SHEIKH PALACE RESTAURANT MOSCOW




    Jam 7pm check in Hotel Sovietsky Historical .Hotel lama tetapi indah dekorasinya . Suka menginap di sini walaupun tak faham bahasa mereka. Dua malam menginap di sini memang amat selesa. Sempat menukarkan mata wang Euro kepada Rubell Rusia di hotel ini. Layanan petugas hotel mesra tapi macam ayam bercakap dengan itik, sebab tidak faham bahasa mereka. Sukar nak ketemu nitezen Moscow berbahasa Inggeris.

Tangga entrans ke bilik

Dimarahi jika memasuki lokasi ini







       19 September seawal jam 1.30pagi mata terbuka, tidak boleh tidur. Masih dikawal waktu lena di Malaysia. Tika ini jam 7 pagi di Malaysia. Terus membuat Video Call dengan Izz Farees cucunda kedua di Ipoh. Kakaknya Nur Natrah masih tidur lantaran bersekolah patang. Izz sedang bersiap-siap diuruskan Mak Udanya untuk ke Tadika Branny Bunch. Asyik bertanya "Opah bila balik" dengan nada sayu. Setelah puas pujuk baru ia nak letak telefon.

       Perut pun dah chop Ipoh, meracau nak makan. Pek Nasi Goreng Ikan Masin Segera Brahim, dipanaskan. Solat subuh  mula jam 4.30 pagi. Selesai solat makan separuh nasi goreng untuk alas perut sebelum makan ubat HB dan supplement yang lain. Jam 6.45 pagi bersarapan sekeping roti dengan kopico Moskova ,di tingkat 1 hotel. Terpaksa tapaw beberapa crosin hotel untuk alas perut sementara tiba lunch. 

        Jam 10 pagi bas membawa kami ke Victoria Park sebuah kompleks peringatan khusus untuk kemenangan Rusia ke atas tentera Nazi Jerman. Suhu 13 darjah celcius memaksa diri mamakai inner sebelum mengenakan blouse dan jaket .Dari dalam bas dapat disaksikan panorama sekitar Kota Moscow. Sparrow Hills puncak tertinggi di moscow dan kelihatan juga Moscow State University. Memorial Mosque dibina bagi memperingati tentera Soviet Union yang beragama Islam yang terkorban tika perang dunia kedua.













Tandas UNISEX kena berteman dalam group








Sarah Iqbal tour leader

     Solat Jamak Zohor Asar disempurnakan di Moscow Catheral Mosque yang dibina tahun 2015. Merupakan masjid terbesar di Eropah dan dirasmikanoleh Presiden Rusia, Turki dan Palestin. Walaupun jauh menapak ke bangunan khas untuk wanita bersolat tapi ada bantuan lif. Tempat wuduk ada diruang entrans dan dekat ruangan solat. Masjid yang tersergam indah, ada beberapa blok dan bertingkat seolah-olah terasa berada dinegara Islam.

Moscow Catheral Mosque


Depan masjid

     Jam 3.00pm ke GUM Department Store pusat membeli-belah terkenal dengan butik dan barangan berjenama. Dibina semasa pemerintahan Catherine II merupakan pusat beli-belah pertama di sini. Kemudiannya terbakar tahun 1812 lalu dibangunkan semula di sini. Cuma membeli 2 helai kemeja T untuk cucunda Daria Aleesa dan Nur Natrah. Hari kedua kembara memang padat jadual lawatannya. Amat meletihkan badan . Kaki terasa sakit hingga ke pinggang akibat menapak di jalan batu granit yang tak rata . Sapu minyak angin seluruh badan sebelum lena.


view GUM Dept Store 


        Dinner pada jam 5pm masih di Sheikh pallace . Malam kedua ini susunan meja makan berubah. Amat sempit laluan masuk ke tempat duduk. Bising mulut masing-masing akibat keletihan kerana memaksakan diri mencelah masuk duduk dikerusi. Namun juadah selesai  dijamah dek kelaparan.

     20 September suhu 10 darjah Celcius. Jam 5.45pagi check out hotel untuk menaiki keretapi laju Sapsan Train ke kota St Petersburge. Jam 6.15pagi dengan bas kami tiba di Station Lenningradsky Moscow, terus check in. Tepat jam 7pagi train dah mula bergerak pantas. Sibuk merakamkan foto view luaran sepanjang perjalanan 4 jam. Train singgah di beberapa stesen menurunkan dan menerima penumpang . Jam 8.50 pagi tiba di V. Volocheck Station . Jam 9.30pagi pula tiba di Uglovka Station.  Seterusnya di  Ukulova Station. Melewati Station Chudova jam 10.30pagi. Tiba di Station St Petersburg jam 11.15 pagi. 

     Terasa siksanya mengheret bagasi sambil memikul 2 beg sandang di Stesen St Petersburg ini. Kena melalui laluan bersimen, menuruni tangga dan melalui jalan bertar untuk menaiki bas yang menanti di lokasi yang agak jauh. Semuanya  angkara bangunan stesen keretapi ini dalam kerja-kerja pembaikan. Sendiri angkat beg ke dalam train, sendiri menurunkan beg dan sendiri jugalah angkut beg. Inilah ujian buat usia emas ni. Pemandu bas cuma buka pintu dan tutup pintu tempat bagasi. Memang ramai yang merungut, cuma pandang dan dengar jelah. Di sini disaksikan ragam  sebenar manusia. Benarlah kata-kata "Nak lihat sifat sebenar seseorang ialah tika ia bermusafir" . Ada adik dan ipar duai yang uzur dibiarkan mengheret bagasi sendiri. Mereka meluru untuk mendapatkan seat depan di dalam bas konon mereka ini golongan "Prof Uni..". Siap booking seat untuk geng!!! Tiada ehsan nak tolong tolakkan bagasi atau tolong angkatkan bagasi ke dalam bas. Paling istimewa seat adik dan ipar tidak dibooking di depan pun, malah orang lain yang tolong berikan seat mereka.

Sapsan Train dari Moscow ke St Petersburg


Tercari-cari seat

Suhu di Moscow awal pagi
Stesen keretapi Sapsan di St Petersburg


Lunch set Nasi Brahim

Lunch sendirian bhd dlm train

Stesen Train St Petersburg

Stesen dlm pembaikan terpaksa mengheret
bagasi amat jauh


View sepanjang laluan Moscow ke St Petersburg















       St Petersburge juga dikenali dengan panggilan North Capital of Rusia dan Old Capital . Ini kerana suatu ketika St Petersburg  merupakan ibu negara Rusia. Bangunan di kota St Petersburg agak tersusun rapi. Design bangunan kebanyakannya serupa berupa segi empat tepat . Tiada warna yang pelbagai pada bangunan di sini.  Kebanyakannya warna alam yang lembut. Jam 7.00pm dinner di Alo Halal Restauran. Bermalam pula di Hotel Moscow.

      Jam 12.00 tengahari bersolat di St Petersburg Mosque yang dibina pada 1913. Mempunyai 2 menara setinggi 49meter. Sebuah masjid indah tersergam di tengah-tengah kesibukan kota. Oleh kerana ruang bersolat dalam pembaikan, maka kami bersolat di dalam khemah kecil di belakang masjid. Lawatan bermula di Peter and  Paul Fortress, merupakan kota pertahanan dibina pada 1703 oleh Peter the Great. Kini menjadi State Museum of St. Petersburg History. 


St Petersburg Mosque



St Petersburg Mosque bhg belakang

bersolat di dalam khemah sb ruang solat masjid dalam pengubahsuaian

Alo Halal Restaurant St Petersburg

Dinner di Alo Halal Restoran St Petersburg

Sekitar Kota St Petersburg











        Hermetage Museum amat terkenal serata dunia sebagai muzium seni. Paparan menarik antaranya karpet buatan Turki berusia ribuan tahun.. Bangunan yang teramat luas, beberapa tingkat dan masa terhad menyebabkan kami terkejar-kejar. Walaupun dipakaikan alat audio (Dengar) namun tidak boleh fokus dek terlalu ramai pengunjung di sini. Bangunan muzium beberapa tingkat ini gagal ditakluki dek kaki sakit. Singgah shopping baju Izz dan Khaleel di sebuah kedai barangan cenderamata berhampiran dengan muzium.

Menggunakan alatan audio di Hermitage Museum 
Hermitage Museum


keletihan meronda jauh dan naik turun tangga di Hermitage

         Mengakhiri xplorasi kami hari ketiga di Catherine's Palace , di Pushkin pada jam 5pm . Ia sebuah istana musim panas Tsar-tsar kerajaan untuk berehat sejak tahun 1717. Sebelum memasuki istana , tetamu diberikan kasut kertas membalut kasut sendiri, demi menjaga kebersihan istana. Menyaksikan barangan termahal milik pemerintah dipamerkan di puluhan bilik. Ada bahagian istana ini dinding dalamnya dibina menggunakan tembikar untuk menyegarkan suasana tika musim panas. Terlalu banyak barangan serta peralatan istana yang mahal ,diperbuat daripada emas, perak dan aneka logam serta permata termahal terdapat di sini. Walaupun teramat lewat tiba di istana ini, dan menjadi pelawat terakhir namun kami masih diraikan oleh petugas2 di istana. Tahniah, jika dapatlah mencontohi sikap sabar, tenang dan ramah melayan tetamu walaupun lebih masa.



Catherine Palace
Add captionDekorasi dalam Catherene palace




Sarung kasut tika memasuki Catherine Palace

Taman di luar Catherine palace





Olga Tour Guide

4 opah


Hotel Moskova /hotel Moscow St Petersburg



        21 September, check out hotel Moscow seawal jam 5.30am  setelah selesai bersarapan. Tiba di cabin Bullet Train Allegro jam 6.40am. Perjalanan ke Helsinki di negara Finland selama 4 jam. Suatu panorama nan amat berbeza antara 2 nitizen dari 2 buah negara yang berkongsi sempadan. Tika di Moscow mahupun di St Petersburg, nitezen yang ditemui tiada senyuman tika berkomunikasi dengan kami. Bahasa ibunda mereka kekal dipertuturkan acapkali berinteraksi. Mereka tak faham English, kami pula tak faham bahasa mereka. Suasana sebegini amat kurang selesa tika berada di Rusia. Di dalam train inilah pegawai Imegresen dan kastam dari Rusia mengecop passport dan mengambil semula dokumen entrance kami.  Allegro Train melewati beberapa stesen dan berhenti Stesen Vyborg Rusia untuk menerima dan menurunkan penumpang termasuklan pegawai keselamatan Rusia.

        Jam 8.10am tiba di bandar sempadan Tulli. Staf kastam dan Imigresen Finland memasuki kabin menjalankan tugas. Juruwang "Money Changer" turut memasuki train ini. Suatu keindahan pabila menyaksikan mereka muncul dengan senyuman, dengan ucapan yang kami faham. Sambil memeriksa pasport, kami ditanyakan khabar, diajukan gurauan yang membuatkan kami ketawa. Memang mesra, peramah, terasa gembira memasuki negara mereka. Ramai juga yang menukar wang ke mata wang Finland (Euro).  Jam 8.58am melewati Stesen Kouvola, disusuili Stesen Trikulla jam 10am.

Sendiri angkat bagasi ke dalam train dan susun di tempat dikhaskan




Imegresen Rusia


Imegresen Rusia semakan dokumen
disempadan sebelum memasuki Finland
Money changer Finland  memudahkan
penukaran mata wang

Pekena kopi dalam Train 

tiket train
Panorama sepanjang St Petersburg ke Helsinki Finland







Baru masuk musim luruh







       Tiba di Stesen Helsinki jam 10.45am. Dalam train sempat menikmati kopi dan roti pengalas perut. Kami disambut pemandu pelancong Finland bernama Olga. Diberitahu Finland seluas 1300km utara ke selatan, taklah besar negara ni. Penduduk 5.5 milion, di Helsinki paling  ramai mendiaminya 5.1 milion. Banyak parkir basikal dan laluan khas basikal disediakan dibandaraya ini. Berbasikal sudah menjadi budaya netizennya. Negara dengan jolokan "Country of Thousans Lakes", terdapat 1888 tasik. Sepanjang perjalanan di bandar ini menyaksikan pantai, muara sungai, laut yang menempatkan banyak sekali bot dan kapal-kapal besar. Bulan Mei bot di atas air, musim Luruh dibawa pulang parkir dirumah pula pada setiap tahun. Kapal tersohor "Bulk Finland" pemecah ais di Iceland dan di Baltic Sea berasal di sini.

       Dua musim utama di Finland summer dan winter. Julai dan Ogos summer namun masih dingin. Banyak jalan  di pusat bandar kota Helsinki menggunakan batuan granit . "No policemen, no fence, here are peace and save country," kata Olga. Mereka mengamalkan agama Kristian Ortodok . Gereja yang dibiayai  kerajaan dan orang awam.

         Hujan renyai-renyai mengiringi kami sepanjang jurney pagi itu. Mendung di sana-sini. Matahari sukar dilihat di Helsinki . Jam 11.30am barulah berpeluang mengenakan baju hujan tika singgah di Sibellius Park. Melihat 'Helsinki Skulpture Passio Musicae Music , menument to commerorate the composer Jean Sibilius era 1805-1957. Menument daripada himpunan  ribuan batang paip. Tika tiupan angin akan kedengaran alunan melodi daripada menument ini. Dibina pada 1967 sebagai memperingati  sumbangan mendiang dalam arena muzik di Finland. 

Tiba di Stesen  Keretapi Alegro Helsinki
Tolak, bimbit, sandang bagasi sendiri

Bas di Helsinki

Turun train dengan bagasi

 Skulpture Passio Musicae Music
Mengenakan baju hujan

Entrans ke menument




       Kami dibawa mengelilingi Kota Helsinki . Menyaksikan Presidential Palace, City Hall, Finladia Hall, Opera House. Singgah bersantai di Senate Square dan dan Rock Church. Tiba di Market Square jam 12.15pm. Terkenal antara bangsa dibuka sejak 1889 yang menjual aneka barang dan makanan. . Di sebelah-menyebelah jalan utama menempatkan banyak gedung membeli-belah . Antaranya Stockmann, Star Bug, Forum Department Store. Koleksi barangan berjenama mewah antarabangsa memukau para penggemar shopping. Selesai shopping, terus Check in  Sokos Pasila Hotel Helsinki. 

       Jam 4 pm kami bertujuh opah-opah menaiki Tram mengelilingi sebahagian kota Helsinki. Sofia, Yati, Imah, Siti Zaleha, Tengku Zaleha dan suami  meremajakan diri meneroka kota Helsinki yang dinobatkan sebagai "Safe Country" . Selepas mendapatkan imfo daripada petugas di lobby, masing-masing menukarkan wang syiling untuk tambang tram. Sekeping peta kota Helsinki dari lobby hotel dijadikan panduan mengexplore ke gedung beli-belah Kamppi Shopping Centre, Hard Rock dll. Singgah pula membeli buah beri, figs, anggur dan plum untuk menu malam. Mengunyah buah berry sambil bersiar-siar di kota. . Penjual buah di gerai ini pemuda Cina berasal dari Malaysia.




banyak kedai di dalam kompleks ini

Hentian bas Awam pun cantik

Ronda Helsinki naik Tram Imah,
Tengku Zaleha & suami

stesen keretapi


Geng ronda naik Tram Yatie, Zaleha, Imah, Sofea, Tengku dan
 suami mengunyah berry nan enak
Menukar wang syiling untuk tambang tram balik ke hotel

Buah kesukaan

buah Fig ranum
Hotel Sokos Pasila Helsinki
Tram kelilingi Kota Helsinki

Sekitar Kota Helsinki









   Jam 1.00pm Lunch di Restoran Habibi , buffet mediterranium cuisine dimiliki Tarek El Sayed. Menu buffet yang lazat dan banyak pilihan makanan disajikan di sini. Inilah satu-satunya makan siang yang disediakan pakej. Bestnya, tika nak ke tandas perlu menggunakan  kunci khas seperti wang syiling yang dibekalkan dikaunter. 


.
Buffet lunch di Restoran Habibi Helsinki

       22 september Jumaat ,check out hotel jam 10.30am. Mengelilingi Kota Helsinki lagi. Merasai pasar terbuka waktu pagi yang menjual aneka makanan, pakaian dll, seperti pasar sehari di negara kita. Suasana dingin ditambah tiupan angin Laut Baltik terasa menusuk ke tulang. Jauh juga menapak di atas jalan batu granit untuk ke tandas dan ke pasar. Membeli 2 kemeja T  di sini untuk cucu Izz Hareez dan Darimi Ehsan. Cuaca sejuk menyebabkan kerap nak ke kantas. Tandas awam di sini amat bersih, tidak khuatir jika terpaksa bersolat di ruang entransnya. 

        Di pusat bandar banyak laluan  khas basikal yang menghubungkan stesen keretapi atau stesen bas dengan penempatan penduduk bandar. Laluan basikal ini ada yang diwarnakan, ada lambang basikal dan ada papan tanda dipamerkan .Basikal-basikal yang disewa murah dan ada yang percuma digunakan ini mempunyai parkir khas  serta berkunci. Tidak ketemu basikal ini yang diletakkan sesuka hati. Al-kisah basikal ini di Cyberjaya, ada yang diparkir di taman mainan di depan rumah kami hampir sebulan. Ada sebuah ditemui dibuang di dalam semak  hampir dengan taman ini. Amat berbeza sikap netizen kita!!!

Hentian bas Kota Helsinki







parkir khas basikal bandar

Jalan di pusat bandar Helsinki menggunakan batu granit

Rail Tram di kota Helsinki
laluan khas basikal

Pasar minggu Helsinki
pasar minggu Sabtu





laluan di pusat bandar, bijak memilih kasut yang sesuai

View sekitar pasar minggu

Pelabuhan Helsinki

Lorong pejalan kaki

banyak  tempat kapal kecil berlabuh sekitar baandar



Terpukau dengan kebersihan tandas awam mereka


Ruang rehat di entrans tandas. Boleh bersolat disini

Basikal bandar

        Jam 1.3pm solat Jumaat di Helsinki  Islam Keskus. Sebuah bangunan di penghujung blok komersil. Tujuh tingkat dengan pelbagai kemudahan. Selain ruang solat, ada kafeteria dan pentadbiran. Menyempitkan diri di sebuah kamar kecil di tingkat bawah tika laungan azan Jumaat berkumandang. Kurang imformasi, maka semua jemaah wanita pelbagai rona kulit berasak2 solat di ruang kiri tingkat bawah. Memilih untuk mengalah dan bersolat selepas usai jemaah lain  yang solat Jumaat. Setelah selesai solat barulah ada hamba Allah beritahu ruang solat wanita di tingkat atas. Sesudah bersolat makan tengahari di ruang legar di luar entrans masjid . Masing-masing dengan bekalan nasi segera, telur rebus dan roti.
  


View luar bangunan masjid

Ruang solat wanita tkt bawah sempit kebetulan Solat Jumaat

Lunch di luaar masjid

Opera House Helsinki



Kepingan lantai marmar licin perlu berhati-hati



         Jam 2.50pm ke Port Helsinki untuk menaiki Kapal Silja Symphony. Kapal persiaran mewah yang memuatkan pelbagai bangsa berlayar sepanjang malam ke Stockholm. Room 2040Cdi Dek 2 di tingkat bawah dalam perut kapal. Jam 7.30pm makan malam tradisi Smorgasbord di di Dek 6 atas kapal persiaran. Menyajikan aneka makanan laut , tetapi udang dan ketamnya kecil. Kos grand buffet Euro42.50 dan sarapan pula Euro13.00 seorang.  Memang 5 bintang makan malam di sini. Cuma nak memilih yang halal itu sukar sedikitlah.

Check in di Pelabuhan Helsinki untuk ke Sweeden


Kapal Silja Symphony

Deck 6 Silja masa ketibaan

Sun set  dari  Deck 6 Silja


Tandas dalam cabin Deck 2

Ruang sempit namun
mengizinkan bersolat

Ruang beli-belah kedai bebas cukai atas kapal

Ruang makan dalam Silja Simphony

Buffet makanan  mewah sekali

Sarapan sebelum check out cruise


Crew yang petah berbahasa Melayu.
Pernah bertugas di Indonesia

Deck teratas bersantai


view  Bumi Sweeden tika sebelum sarapan






Bilik tidur Deck 2

Ruang bilik Cruise

Jemaah termuda

      23 September Sabtu ,bersarapan aneka roti di atas kapal Silja. Jam 9.00am check out cruise dan tiba di Pelabuhan  Stockholm jam 10am. Tour Guide Erina menyambut kami  untuk City tour. Banyak imfo diberitahu tour guide. Populasi di Sweeden 10milion dan yang mendiami Stockholm sahaja 3milion orang. Benar kecil negara ni. Pusing bandar 2 kali pun macam sekejap sahaja.

      Sepanjang City tour menyaksikan dedaun pokok sudah menguning menandakan musim Autum sudah tiba. Memang indah seperti di Helsinki juga. Suhu sekitar 11 Darjah Celcius. Masih dapat melihat pengguna dan laluan basikal di sekitar Kota Stockholm ini. Kurang bunyi hon kenderaan sepanjang berada di negara-negara Baltik ini. Jalan raya memang sibuk namun penggunanya amat mematuhi peraturan.

Tiba di pelabuhan Stockholm


view kota Stockholm



















     Jam11am kami melawat Drottningholm Castle, Royal Palace , Stockholm City Hall (Stadhuset), Novel Museum dan Parlimen. Ramai pengunjung membanjiri sekitar lokasi. Dari pelbagai negara dibuktikan pada bendera kecil logo tour agent yang dipegang oleh tour guide mereka. Merakamkan beberapa foto  berlatarbelakangkan City Hall yang menghadap ke laut. Cuaca redup, sukar melihat sang suria muncul di negara ini. Angin dingin meniupkan udara sejuk dari Baltik amat menyegarkan berada di lapangan.

Entrans City Hall Stockholm 





Tour Guide Stockholm Heleena




Stockholm Waterfront
ayat-ayat digunakan , santunnya



tumbuhan pada dinding bangunan City Hall

     Solat untuk hari Sabtu tika di Sweeden ialah di Stockholm Mosken. Sebuah bangunan sederhana besar terletak di hujung bangunan komersil. Bahagian luar bangunan tidak menampakkan itulah masjid. Di luar bangunan  ini suram tiada lanskap, namun pabila berada di dalamnya baru terasa sebuah rumah Allah. Bangunan 2 tingkat ini memisahkan ruang solat wanita di tingkat atas dan lelaki di tingkat bawah. Amat bahagia dapat bersolat di rumah Allah sepanjang bermusafir di rantau Scandinavia dn Rusia ini.

Stockholm Mosken

Tangga nan curam ke ruang solat wanita

Laluan ke masjid
ruang solat wanita
Cantik pokok ini berbuah lebat



Tumbuh di tepi masjid

    Jam 2pm singgah membeli-belah di satu street yang menempatkan ratusan kedai jualan barangan kegemaran pelancong. Sekitar lokasi Vasterlanggangtan  menyajikan aneka barangan kegilaan pelancong. Menggunakan bahasa Inggeris mudahlah berkomunikasi. Namun nilai mata wang mereka Krona (SEK) tinggi berbanding ringgit   menghadkan pembelian kepada yang amat diperlukan sahaja. Bayangkan 1Euro bersamaan RM5.10 atau 9.60 Sweedish  Krona.

deretan kedai di VASTERLANGGANGTAN 

Laluan pejalan kaki yang menyakitkan

Persembahan budaya Hindustan

Barisan restoran




Jualan dekat  parkir bas
Buahati dari Sweeden

      Dinner di Amida Kolgrill Stockholm Restaurant jam 4.15pm. Sajian aneka juadah buffet Indian Cousine. Puas makan di sini dengan aneka juadah disajikan. Pemilik restaurant nan peramah sentiasa memastikan kami puas hati makan  di sini. Mendapat beberapa anugerah dipamerkan pada dinding entrans restoran ini. Patutlah servisnya 5 bintang.

     Bermalam di Tegnerlunden Hotel di Stockholm ini semalam sahaja. Hotel ini masih menggunakan tangga kayu untuk masuk ke lobby. Memasuki lif pengguna  terpaksa menarik kuat daun pintu kayu dan menolak dengan kuat sekali  pintu kayu tersebut pabila keluar lif. Aduh!!!! bagasi berat, bagasi di bahu ,di depan nak tolak pintu lagi... Lif pun ada 2 buah sahaja.... tak taulah berapa bintang hotel ini. Alhamdulillah, mujurlah semalam sahaja di sini. Syukur dapat pengalaman baru berkenaan hotel pula.




Tegnerlunden  hotel


Hotel bertangga, angkat
 sendiri bagasi ke lobby

     Tidak sempat bersarapan di hotel pagi ini. Bekalan sarapan telah dibungkus oleh pihak hotel untuk dimakan dalam train. Malangnya telah diambil oleh group lain yang lebih awal keluar daripada kami. Satah (TL) terpaksa membeli makanan lain dari kedai bakeri berhampiran. Check out hotel jam 6.00am 24 September, hari Ahad untuk ke Stockholm Central Station. Kali ini meniki keretapi laju SJ Train ke Oslo Norway pula. 

   Lunch dalam train sambil menikmati kopi tempatan. Hari ini DEMAM dek penangan 2 hari bersejukan di Helsinki dan Stockholm. Tak banyak foto dirakamkan sepanjang laluan keretapi ke Oslo. Banyak tidur sepanjang perjalanan. Akhirnya tibalah ke destinasi. Tiba di Oslo Tanya Liza tour guide Norway menyambut kami. Ada beberapa gambar dalam SJ Train dalam fon xperia yang tak dapat diupload .

View dari keretapi Stockholm ke Oslo










Tiba di Stesen keretapi Oslo

Tiba diStesen keretapi Oslo


Binaaan  replika jemuran ikan kering Oslo



Shopping Sekitar Hard Rock Cafe Oslo



















     Jam 2pm shopping sekitar Oslo City Hall dan Hard Rock Cafe. Sukar mencari premis yang menarik hati di sini. Mata wang Norway Krone (NOK) 1Euro bersamaan 9.31NOK. Parking bas ke lokasi membeli-belah pun agak jauh. Banyak masa bersiar-siar di sekitar taman sambil menikmati kopi jualan dari kiosk warga Bangladesh. Hanya membeli key chain buat memori. 

      Bas membawa kami untuk City Tour sekitar Opera House dan taman di Vigeland Sculpture Park yang terletak 3km dari barat laut Oslo. Taman seluas 80 ekar dan mempunyai 212 ukiran gangsa serta grenit yang dicipta oleh Gustav Vigeland. Pancutan air , aneka tugu dan taman bunga menghias sekitarnya.  Melewati Noble Peace Center & Arkeshus Fortress.

    Bersolat di Islamic Cultural Centre Norway di tingkat atas bangunan 2 tingkat. Makan menu Brahim lagi menggalas perut. Tidak ramai jemaah bersolat di sini, memudahkan kami berehat seketika sambil makan. Suhu di lapangan 10darjah Celcius menyamankan setiap pergerakan diringi gerimis menambah beku badan. 

Norway Islamic Cultural Ctr



     Menu Arab pula dinner di Restoran Istambul jam 4pm. Menemukan ramai pengunjung pelbagai bangsa memenuhi ruang tempat duduk restoran halal ini. Banyak juadah disajikan secara buffet. Walaupun tak jumpa masakan asean namun masakan  di sini enak belaka.

      Check In Hotel Park Inn jam 6.30pm . Terletak di pusat bandar namun tidaklah sibuk. Semalam sahaja di sini dapat juga meredakan ketegangan urat saraf badan. Esok masih berbaki hari-hari untuk bermusafir di Scandinavia .

Restoran Istambul Oslo







Menginap di Oslo



Entrans restaurant hotel

         Suhu pagi Isnin 25 September 11darjah Celcius. Check out Hotel jam 7am. Bas menjemput jam 10am untuk City tour. Singgah di Viking Ship Museum. Sebuah bangunan setingkat mempamerkan beberapa buah kapal pedagang  zaman silam. Catatan di sini " Viking Voyages 750-1050 were outstanding shipbuilders" wow, hebat tu. Sebuah bangunan setingkat namun kelihatan menarik dengan hiasan lampu kelam. Ada jualan pelbagai souvenir di sini di bahagian entran.

view Viking Museum




pokok epal depan Viking Museum




         Meneroka di Norsk Folse Museum ala Mini Malaysia. Sebuah taman luas menempatkan pelbagai rupa kediaman dan budaya kehidupan masyarakat Norway dahulu . Sekolah, haiwan ternakan, pertanian dan kenderaan yang digunakan netizen  masa dahulu dipamerkan di sini. Berjalan melewati pelbagai bangunan kayu beratapkan rumput-rumput renek diatasnya amat indah. Sepanjang kembaraan di sini dingin dinaungi aneka tumbuhan menguning dedaunnya.  

         Memasuki Norsk Folse museum ini akan melalui beberapa bangunan batu yang indah dek tumbuhan melekat pada dindingnya. Ada beberapa taman bunga mini di sekitarnya. Banyak view menarik di sini namun kaki tidak kuat menapak lebih untuk dirakamkan gambarnya.

Entrans Norsk Folse Museum Oslo















Buai laju-laju







      Jam 12.15pm singgah di Vigeland Sculpture Park sambil makan tengah hari di suatu sudut dibangku taman. Menjamu selera menu nasi Brayani Brahim segera sambil menimati panorama taman yang beraneka rona pepohonnya. Sendirian meneroka sekitar taman yang luas ini menemukan sebuah patung tembaga gergasi . Terletak di tengah-tengah  taman dihiasi pancutan air dan aneka bunga berwarna-warni. Banyak sekali patung tembaga berwajah para pemimpin negara di sekitar taman ini. 

      Tidak ramai anggota rombongan kami  yang memilih untuk menjelajah taman indah ini. Rugi rasanya jika terlepas peluang melihat keindahan serta keunikan pelbagai  ciptaan Allah tika di perantauan. Mungkin aku tidak ke sini lagi dek faktor usia. Kos perbelanjaan pakej pun belasan ribu, justru rugi jika duduk-duduk sembang meleraikan masa. 

Vigeland Sculpture Park Oslo



Pancutan air di tengah taman

Gate keluar park











         Kembara di Oslo sudah mencecah penghujungnya. Sebelum diturunkan di pelabuhan Oslo, singgah di Opera Valley yang menempatkan Opera House. Binaan yang dindingnya diperbuat daripada kaca dan mempunyai laman menyempadani gigi air di pelabuhan Oslo. Lantainya mar-mar agak licin dan mencuram ke arah gigi air. Dari jauh memang kelihatan hebat bangunan ini. 

Oslo Opera House



Lantai opera house licin perlu kasut sesuai


      
     Jam 4.30pm menaiki cruise DFDS Ferry di pelabuhan Oslo, Norway. Mengembara ke negara terakhir dalam itinerari Rusia Scandinavia yaitu Denmark pula .Feri DFDS tidaklah sebesar Silja Symphony. Kamar tidurnya sama , tapi kali ni diberikan bilik di Deck 5 kamar 5907C tapi bukan diperut kapal. Ruang makan malam di Deck 2 menyajikan menu makanan laut juga tetapi tidaklah semewah di Silja. Tetap ada nasi, hahaha. Sarapan menyajikan pelbagai roti dan minuman. Ada juga makanan lain tapi kurang yakin dengan tahap halal.

DFDS Ferry Oslo ke Copenhagen

Check in Cruise DFDS



Sementara menanti dinner


menggapai senja  sayonara Stockholm


Ruang makan  malam


maskot tetiba menyapa pelanggan

Dinner dalam DFDS


Kamar tidur DFDS

Sun rise DFDS

Sarapan di DFDS

Menanti  mentari terbit di perairan
Copenhagen Denmark

Laluan deck 4

menunggu check out DFDS

Menunggu gate DFDS dibuka tiba
 di pelabuhan Copenhagen

       Jam 7am 26 September sedang bersarapan menghadap matahari terbit dari ufuk timur. Menu roti dengan Copicino. Berkumpul  dihadapan gate DFDS bersama bagasi masing-maing. Dapat menyaksikan situasi gate dibuka oleh petugas DFDS daripada pelbagai jawatan. Ada petugas yang menekan suis untuk membuka pintu kapal. Datang pula seorang memegang walkitalki memeriksa sekitar gate. Kemudian petugas lain pula menurunkan pelantar DFDS menyambungkan ke pelantar di daratan di Copenhagen. Setelah ketua staf bertugas puas hati barulah kunci palang gate dibuka untuk kami keluar. 

       Jam 9.20am sudah tiba di Pelabuhan Copenhagen. Bas setia menanti di parkir yang berdekatan . Tour Guide Helena meraikan kami dengan keramahannya. Diberitahunya Copenhagen ini dikenali dengan jolokan "Little Mermaid City" .Singgah di Copenhagen Waterfront yang menempatkan Tugu Mermaid hitam mercu tanda Copenhagen. Al-kisah mermaid ini terdapat dalam Andersen's fairy tale. Ada banyak lagi  statue di sini yang semuanya tidak berpakaian, berat hati mengambil fotonya. 

     Di Copenhagen City Hall lawatan seterusnya. Dibina tahun 1892-1905. Di sini rumah-rumah Lord Mayor dan The Central administration. "55 members of counsil still having their meeting in CIty Hall Counsil Chambers". Majlis-majlis rasmi kerajaan juga diadakan di sini. Tiket entran ke City Hall berharga DKK30 (Danish Krone).

Copenhagen waterfront

Depan Mermaid Copenhagen Waterfront


View Copenhagen Waterfront


Panorama Kota Copenhagen



Basikal roda 3 muatan barang dan baby

Aneka ais krim






       Jam 11am singgah di Christianborg Palace  dan Amalienborge Palace merupakan kediaman rasmi keluarga di-Raja Denmark kini. Pengunjung dapat tahu keberadaan tuanku di istana dengan melihat berdera tegak berkibar. Rosenborge Castle dan Frederiksberg Castle juga di sini. Sebuah kawasan luas menempatkan beberapa buah istana keluarga Di raja Denmark. Sempat menyaksikan upacara pertukaran "Changing Guard" yang bertugas di istana di sini. Ramai sekali yang sabar menantikan moment begini dalam cuaca dingin . Masing-masing merakamkan moment menarik ini.

    



Istana .......

Taman sekitar Rossenburge Palace

Istana Rossenburg Denmark

pengawal istana sdg bertugas

Laluan  masuk Pasukan Pengawal
 istana tika sessi pertukaran tugas



Menanti moment "Changing Of Palace Guard"


sessi Changing Of Palace Guards



       Makan tengah hari untuk para jemaah dengan pilihan aneka kebab. Kami menyinggahi sebuah restoran Konya kebab dalam perjalanan ke masjid. Sukar memilih mana kebab sedap kerana terlalu banyak menu dan masa memilihnya terhad. Memilih kebab daging dan kebab ayam berkongsi dengan Imah. Mungkin badan terlalu letih, semua juadah gagal merangsang selera tua kami. Namun perut mesti diisikan buat bekalan tenaga meneroka destinasi seterusnya.

Restoran Konya Kebab 
Kebab daging dan kebab ayam

      Grand Mosque Copenhagen membenarkan kami bersolat tika jam 12.30pm. Bangunan sendiri yang memiliki dekorasi dalaman yang menarik. Ada kekawan yang makan tengah hari di kawasan laman  masjid sebelum bersolat. Ada yang bersolat dahulu sebelum makan. Selesai solat  , duduklah menikmati Konya kebab sebagai makan tengahari ,di suatu sudut di tingkat atas di luar ruang solat masjid. 

     Jam 2.05pm dibawa mengintai panorama di Nyhavn Canal sebuah pelabuhan heritage paling romantik  di Eropah. "NYHAVN" bermakna Pelabuhan Baru. Di kiri kanan terusan ini terdapat bangunan batu berwarna-warni. Terusan ini digali oleh kalangan banduan perang Sweeden tahun 1671-1673 . Nyhavn antara lokasi bersejarah yang tertua di Copenhagen.

Grand Mosque Copenhagen

Grand Mosque Copenhagen
ruang wuduk







gantungi kunci





Sekitar Nyhavn






     Check in Hotel Vestebro Comfort di Copenhagen lebih awal. Kemudian keluar semula dari hotel dibawa meninjau kawasan membeli-belah di sekitar Stroget dan Hard Rock Cafe. Ada juga yang berwindow shoping. Ada yang merakamkan foto sekitar lokasi pusat bandar yang sibuk di Copenhagen ini. Kesibukan netizen bandar Copenhagen amat terasa tika melewati ke pusat membeli-belahnya. 

   Dinner terakhir di Copenhagen di Restoran Al-Diwan Traditional Moghul Cuisine. Menu ala mamak Malaysia. Di sini menyaksikan Sheila bercakap Hindustan dengan pemilik Restoran . Makanan banyak di depan mata tapi selera sudah berkurangan dek keletihan. Layanan terhebat diterima membuktikaan prestasi hebat restoran ini. Bersetuju benar dengan banyak  anugerah yang mereka terima. 

      Alhamdulillah... dalam kegelapan malam menapak pulang ke hotel untuk berkemas barangan . Menyusun barangan di dalam bagasi dan dalam beg sandang mengikut kemampuan. Kasut sukan yang dibeli tika ke Palestin tahun 2013 mengalah di sini. Walaupun amat berjasa di banyak negara dijelajahi dengannya, namun ditinggalkan jua di Copenhagen lantaran sudah mula pecah.       

Restoran Al-Diwan Copenhagen



Anugerah dicapaai Restoran Al-Diwan

Pemilik Restoran nanperamah

Vestebro Comfort Hotel Copenhagen




      Hari terakhir 27 Sept 2017 adalah peluang terakhir menggunakan baki wang Euro. Seawal jam 9am sudah meronda sekitar jalan Stroget yang terdapat banyak kedai setingkat menjual koleksi kesukaan pelancong. Terdapat warung cofee dan butik, kraf dll. Tidak upaya mengangkat beg bagasi besar walaupun muatannya belum penuh, hanya terpikat dengan sehelai Jaket  bulu dari kedai Pure Treat. Dibayar DK350 harga  jaket kelabu tanda kenangan untuk diri.

Basikal di kota Copenhagen

Tandaa pada jalan laluan basikal

Papan tanda laluan basikal


Laluan basikal diwarnai biru









Stesen keretapi


Seperti bangunan Kaca





Stroget pusat beli-belah



kedai cenderamata

         Lunch nasi Brahim lagi untuk bekalan perut perjalanan balik. Jam 2 pm check out hotel menuju ke Lapangan Terbang Kastrup Copenhagen. Transit di Istambul sebelum ke KLIA. Selesai check in luggage jam 6.40pm terbanglah dengan pesawat Turkish Airline TK1786. Tiba di Istambul jam 10pm,  selama 3jam penerbangan. Huuuu kena angkut hand luggage sendiri melalui beberapa blok bangunan di terminal ini untuk ke gate C... menaiki pesawat TK60 ke KLIA .  
Perjalanan ke  Airport Copenhagen




      Selesai Bersolat Maghrib Isyak  di suatu lokasi lapang ,meronda-ronda sekitar terminal. Jam 1.30am check in untuk penerbangan selama 9 setengah jam ke KLIA. Sepanjang penerbangan dengan Tukish Air pergi dan balik dianggap selesa dan puas hati dengan perkhidmatan mereka. 

Menu dalam Turkish Air perjalanan pergi KLIA ke Istambul

Menu kedua penerbangan KLIA Istambul

Menu  Turkish Air dari istambul ke Moscow

         Mengimbau kembali kenangan sessi bersuai-kenal para jemaah rombongan Kowamas Holidays ke Rusia Scandinavia. Perkenalan di dalam bas semasa dalam sessi lawatan pada  hari kedua di Moscow. Wakil setiap famili datanglah ke depan bas memperkenalkan diri dan ahli keluarga masing-masing. Kumpulan kami berempat (Rahimah, Zaleha dan Rohani) diwakili Rohani. Banyak kebaikan dalam sesi ini buat menambah imforasi, mengeratkan persaudaraan tika di perantauan. Inilah keluarga besar yang susah senang bersama. Tika bermusafir banyak sekali dugaan. Dengan mengenali diri para peserta adalah diharapkan mampu menjalin rasa sayang, setia berkongsi, sedia menghulurkan bantuan dan bertegur sapa selain mengaminkan doa.

      Namun sedikit dicemari dengan luahan hati oleh seorang bergelar "Prof dari sebuah Universiti ,dia  juga penceramah di beberapa masjid di sekitar Bangi dan Serdang. Sessi perkenalan keluarga dicemari oleh luahan rasa TIDAK PUAS HATI dengan urusan angkat bagasi serta tiada LUNCH pakej sediakan. Aku yang tak bergelar Prof , tak bijak hal hukum hakam pun faham apa patut diucapkan dalam suasana musafir begini. Jika nak layanan kelas pertama , pilihlah pakej private yang 5 bintang . Minta disediakan Bell Boy peribadi untuknya. Sebelum pergi dan membuat tempahan pakej , dia tak baca atau pun tak faham agaknya telah dinyatakan dalam pakej TIADA LUNCH disediakan. Peserta diberitahu untuk membawa makanan Brahim dll dari Malaysia untuk lunch. Dalam itenerari sebelum membuat tempahan pun tercatat jenis pengangkutan digunakan. Ada bas, ada keretapi, ada cruise, ada kapal terbang. Yang peliknya, kenapa bawa beg besar dan banyak. Lagi menghairankan dah tahu ipar duai kurang sihat, kenapa tinggalkan dia di belakang berjalan sendirian.  
    
        Lagi mendukacitakan pabila melihat kumpulan 6 insan yang "Cendekiawan" ini terkejar-kejar menaiki bas kerana nak ambil seat di hadapan. Letakkan barang di atas  seat dan seorang menunggu di atas bas mengawasi takut ada insan lain ambil tempat itu. Pabila ada adik-adik " Nakal" sengaja duduk di seat tersebut maka bersuaralah si penjaga seat itu "Hei tak boleh duduk sini . Ini tempat Prof, ini tempat Datuk, ini tempat....." geng mereka. Ada pula suara yang  menjentik sikap negatif mereka " Ada seat VVIP ke dalam bas ini. Ada label nama ke pada seat bas ini" . Hahaha aku tak boleh mengelak dari tersenyum!

         Paling dikagumi, Sarah tour leader tidak sepatah pun respons pada luahan hati Prof tersebut. Rumusan umum cuma katanya " Terima kasih, saya akan bawa ke pihak pengurusan pakej cadangan tuan puan". Kesan daripada beberapa tindakan kumpulan "Cendekiawan" tersebut , mereka dikumpulkan dalam kumpulan sama dalam semua aktiviti; tempat duduk dalam keretapi, bilik di hotel , dalam cruise dll. Seorang Datuk dan familinya dari Pahang amat berhemah. Sepasang pensyarah Uni Tun Hussin Oon  dan Pensyarah UPM serta sebuah famili usahawan berjaya dari Kedah amat dipuji sikap mereka. Kumpulan  inilah yang setia dan banyak membantu mengangkat bagasi jemaah . Mereka ini  sentiasa relax dan senang bergaul dengan semua jemaah . Duduk di seat mana-mana yang kosong dan sentiasa berkongsi makanan dan tolong-menolong merakamkan foto. Alhamdulillah, Allah menempatkan mereka ini dalam kumpulan kami.

          Banyak lagi foto yang menarik dalam Fon Xperia tidak mampu dimasukkan dalam coretan ini. Lap top  yang digunakan ini dah tua, servernya rejek semua foto dari fon moden. Insyaalah akan dimasukkan apabila ada peluang kemudian hari.

          Mengembara memang seronok. Keseronokan bukan dek dapat merantau jauh melihat negara dan budaya orang sahaja. Malah lebih daripada itu. Nikmat masih kuat khudrat mampu berjalan di usia emas. Nikmat melihat panorama ciptaan Allah yang terindah. Nikmat dapat bersolat di merata masjid / rumah Allah. Nikmat masih diberi rezeki untuk menggapai impian sejak kecil ingin melihat dunia luar.

          Tahun 2019 sudah tiba. Kembaraan masih belum bernoktah. Moga Allah perkenankan dan permudahkan musafirku ke destinasi seterusnya. Insyaalah.