Wednesday, March 8, 2017

BUMI KANGGARO Kong Hi Fat Choi

       Lama menantikan suatu keputusan , membawa anakcucu menjadi impian! Bukan jauh perjalanan atau lama penerbangan. Punyalah banyak halangan nak jadikan kenyataan. Mungkin Allah sudah mentakdirkan BERSOLO itulah pilihan dan ketentuan.

Peserta 20 jemaah kalangan guru Perak
Cikgu Normah Kitan (baju brown)
 lunch fish n chips di Kailis Fish Market Cafe Mews Road,
Fishing Boat Harbour Fremantle
Membelakangi Indian Ocean di Cottesloe Beach,
bersama Rakan baru bertemu dalam tour Cikgu Normah Idris. 

       Terima kasih Normah Kitan , sahabat zaman persekolahan. Dengannya aku melangkah bersama Pakej Kembara Impian.  Di Perth bumi Kanggaro kembara lima hari dan 3 malam  . Cuaca amat panas pada dua hari tiba dan dihujani pula 2 hari penutup. Namanya musim SUMMER waktu ini, semua rumput kering. Bunga-bunga sudah tidak kelihatan kecantikannya. Sana-sini kekuningan kering dek kepanasan sinaran sang suria. Kurang sekali tiupan bayu  walaupun Perth dilokasi persisir Lautan Hindi. Hmmmm New Zealand walaupun musim summer , lagi best !

        Pesawat MAS Airline menerbangkan kami bermula jam 7.45pm 26 Januari. Check in luggage seawal jam 4.30pm disertai taklimat Puan Helena Cosmos pengurus IK Tour. Jam 6.45pm dah mengambil seat 23F. Ada pula hamba Allah (geng Tour) minta tukar seat sebab nak duduk dekat emaknya . Beralih duduk pula di seat 20C.  Pesawat MH127 terbang jam 8.30pm. Tiba di Perth International Airport Jam 1.45am 27 Januari 2017. Check in hotel di bilik 529 jam 3.15am. Konon nak tidur, memang tak boleh! Maka sesi berkenalanlah dengan room mate Cikgu Normah Idris. Lemah lembut orangnya, manis senyumannya dan menjadi penasihat pemakanan sepanjang berada di sini. Alhamdulillah bertuah bertemankannya.


          Selesai solat subuh seawal jam  4.15am. Jam 6.30am sudah kena turun bersarapankan, cuma roti , telur rebus dan air capucino. Kena naik semula ke bilik hingga jam 9.00am untuk ke Kings Park. Selama sejam  menyelusuri laluan sekitar Murray River menjamu mata dengan panorama sungai. View Perth City terserlah dari sini. Cuaca amat panas 31D celcius mampu membakar kulit muka. Boleh berkelah di sini kalau suka. Tetapi tidak pula kami dibawa ke Botanic Gardens  oleh tour leader. Terasa kerugian tidak meneroka sepuasnya di sini. Cafe disediakan di entrance taman dan tandaas awam.



Entrans ke Botanical Garden
Tidak kesampaian ke sini


Catatan pada tugu di atas

kapal Captain Cook

Bell Tower

       Jess pemandu bas dan juga tour guide membawa kami ke Barrack Arch pula kebetulan dalam laluan untuk makan tengahari di restoran. Merakamkan gambar view Lautan Hindi dan penempatan dipinggir pantai. Jam 11.30am menikmati makan tengahari di no 113-115 Insan's Cafe ,di Murray St. Menunya ikan siakap 3 rasa, goreng sotong kunyit, rendang daging, ayam masak merah, sayur campur ,nasi kukus dan minuman sirap limau. Makanan memang rasa Malaysia. Pemilik dan pekerja di cafe ni warga Johor. Mereka ialah Hakim dan Fadli nan peramah datang memperkenalkan diri semasa aku sibuk merakamkan gambar.

      Memang kenyang mampu buat bekalan sepanjang hari perjalanan. 45 minit pemanduan kami tiba pula  di Caversham Wildlife Park di Lord St, Whiteman . Disambut gadis manis petugas di situ. Terus dibawa melihat pertunjukan menggunting bulu biri-biri, memerah susu dan menggunakan tali belantan cowboy. Ramai orang Malaysia ditemui sepanjang berada di sini, yalah bercuti sempena Tahun Baru China macam kami. Kemudian melihat Wombat and Friends untuk pegang-pegang dan bergambar dengan haiwan native di sini. Menyaksikan koala bear yang jinak payah sekali disini. Adalah seekor yang hanya boleh disentuh sikit pada badannya untuk rakaman foto. Penutup xplorasi di sini menemukan kanggaro yang jinak dan mesra pelawat. Boleh pegang, boleh beri makanan dll namun sinaran mentari terik menghadkan aktiviti bersamanya. 

       Kalangan peserta tour ramai warga emas. Orang pencen memang kerap nak ke tandas. Lantaran minum banyak dek cuaca panas, lagi keraplah nak membuang. Tapi ketegasan petugas di sini tidak membenarkan kami melaksanakan hajat sehingga akhir lawatan . Woo....warga emas  ingat ya. Sebelum masuk ke sini buanglah sisa kumbahan badan!



 Di Insann Cafe


Fatin Tour Leader IK Tour & Normah Idris

Mencukur bulu bebiri

menanti gate dibuka utk  show pertama

tak boleh pegang boleh pandang

Koala bear boleh sentuh perlahan je... pemalu

walaupun mengantuk Kanggaro ni masih sudi makan meraikan pelawat

Petugas nan tegas dalam ramahtersenyum

Tu dia langkah laju mencari tandas ...
 bawa bekas air sendiri atau wet tissues untuk bersuci

          Jam 4.00pm singgah di The House of Honey di 867 Great Northern Highway, Herne Hill menikmati madu lebah asli keluaran Australia. Pelbagai makanan dan minuman bikinan daripada madu terdapat di sini. Harga pun boleh tahan . Mahal tapi pasti original!. Melihatkan aiskrim tapi was-was. Meliur terlihatkan kek aneka rupa... " Timbul pula Syubahah!" Sabar ya mulut bukannya lapar tapi kemaruk! 


       Woooo kilang coklat pula.... saat nan dinantikan! Selepas menikmati madu kini merasa coklat nan pelbagai rasa. Whister's Chocolate Company, 506 Great Northern Highway, Middle Swan. Banyak repleka haiwan , tumbuhan dan mainan bersalutkan coklat dipamerkan. Harga jualan coklat ok lah sebab keluaran lokal. Membeli beberapa bungkus coklat sebagai buah tangan famili. 


          Permohonan untuk bersolat di masjid gagal lantaran beberapa peserta tidak setuju. Ada yang kata, "Kita singgah ambil gambar je" dan "Tiada dalam itinerari" . Pilu hati kerana kita boleh berjumpa haiwan di zoo tapi enggan singgah bersolat di rumah Allah. Dah berniat sebelum pergi nak test pakej ni gimana? Allah dah tunjukkan apa sebenarnya dan siapa peserta Muslim bersama bermusafir. Insyaalah aku belajar. Namun setiap malam kupanjatkan doa dalam solat hajat untuk bersolat di rumah Allah  di Perth ini walaupun sekali.

        Penamat kembara 27 Januari 2017 dengan makan malam di D'Angkasa Restaurant Malaysia. Terletak di Clarence House, 566 Hay St. Jam 5.30pm menu malam siap disediakan. Antaranya Kari ayam, terung belacan, ikan sambal nyonya, sayur goreng telur, sotong black paper, nasi kukus dan minuman. Memang lazat . Kekadang tersenyum sendiri , teringatkan tatacara makan berhidang di meja bulat. Amat berbeza makan bersama peserta sama kategori karier dengan peserta pelbagai jawatan! Jam 6.30pm kami dihantar pulang ke Hotel Comfort Inn & Suite Goodearth Perth. Lokasinya di 195 Adelaide Terrace, 6004 Perth WA. Apartment tersedia kelengkapan memasak.


sajian di D'Angkasa Restauran

            28 Januari hari Sabtu bermula xplorasi hari kedua setelah cukup tidur dan cukup rehat. Pagi ni awal sikit, jam 8.30am Jess membawa kami menikmati panorama pantai Cottesloe Beach  nan indah. Menyerlahkan lagi kegerunanku terhadap Lautan Hindi yang menyimpan jutaan rahsia kehilangan pesawat MH371 berserta semua isi perutnya. Memang luas. Memang dalam. Memang meremang bulu roma. Namun airnya yang jernih menampakkan hidupan di dasar pantainya. Pantai yang bersih serta terpelihara walaupun menempatkan ribuan pengunjung pada Sabtu cuti hujung minggu ini. Tersedia papan tanda elektronik di entrance pantai yang mengingatkan para pengunjung tentang keselamatan dan kebersihan tika berada di situ.   

           Aku mengajak Normah menjauhi lokasi pengunjung pantai yang asyik mandi-manda dengan pakaian yang bukan cara KITA. Alhamdulillah, lagi jauh kami dari mereka lagi indah view panorama Indian Ocean! Berselfielah kami, berposinglah kami bergilir-gilir merakamkan gambar. Panas terik dengan sedikit tiupan bayu lautan menggagahkan kami terus merakamkan beberapa foto dari pelbagai sudut. Jadilah... Allah masih mengizinkan aku merakamkan gambar dengan kamera fon Asus dan fon Samsung. Kamera sebenar dah tiada pula  memori Card... Lalu sikamera duduklah di hotel. 

Papan Tanda di entrance Cottesloe Beach


ombak Indian Ocean beralun kecil menyerlahkan 
hidupan di dasar pantainya 

Pantai Cottesloe memanjang seiring jalan pantai ke Fremantle

indahnya ciptaan Ilahi

       Selepas sejam di pantai kami menyusuri jalan pantai menuju ke Bandar Fremantle. Singgah sekejap merakamkan foto kenangan di Monument Hill. Berada di puncak Menument Hill  jelas menampakkan panorama penempatam di pelabuhan Fremantel yang menghadap Lautan Hindi. Berdiri sebuah tugu berwarna kuning di situ, sebagai mengenangkan jasa mereka yang pernah bertugas di kapal HMA di Asia Tenggara. 




    

View dari puncak Monument Hill Bandar Pelabuhan Fremantle
   
           Tiba di Fremantle Market (Wet Market / pasar basah) jam 10.00am. Bangunan awam tertua di West Australia (WA) terletak di Arthur Head. Menampakkan pemandangan di pelabuhan Fremantle dan Indian Ocean. Merupakan sebuah penjara pertama dibina sejak 1831 hinggalah 1850. Juga dipanggil Fremantle Round House kerana bentuk bangunannya bulat. Pelbagai buahan, sayuran, ikan dll dijual. Terjumpalah beberapa orang Malaysia yang bekerja sebagai penjual di pasar ini. Mencari buahan idaman... Figs, cherrys, Berrys, peachs dan anggur tempatan. Oooo sudah hujung musim buah kata penjual ! Belilah ala kadar untuk makan malam di hotel. Juga beberapa pek buah anggur untuk dibawa pulang ke rumah... (tak tahan lama). Hmmmm yang paling best... "Baklava" manisan arab beli juga sebagai mengimbau kenangan di Palestine dulu.



Entrans kedua


Berposing sebelum memegang buah cherry merah , 
anggur, Figs, Peach dan avocador

Buah Tin, Plum, Cherri, anggur & Baklava

Milik Wen Teo Penduduk Tetap Perth anak Malaysia di Shed Market

        Jam 11.00am kami meninggalkan Wet Market untuk makan tengahari di Kailis' Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle. Cafe disini telah beroperasi sejak tahuan 1928 yang menyajikan aneka makanan daripada laut. Fresh marketnya dibuka setiap hari dengan membekalkan hasil tangkapan nelayan yang segar. Kami menjamu selera di Cafe 46, Mews Rd, Fishing Boat Harbour, Fremantle, WA.  Menyelerakan diri dengan fish and chips dan kentang goreng. Aduh! hanya sos tomato, garam dan pepper ! Minuman segera serta kek sebagai juadah dan rezeki kami hari ini. Alhamdulillah. Tidak lama melayan tekak, aku meneroka sekitar untuk merakamkan gambar waterfront pelabuhan Fremantle nan indah. Memang panas! Tapi dah biasa dengan cuaca Malasysia.

Fish Market juga cafe Fish & Chips di sekitar pelabuhan Fremantle

View di kiri waterfront

Lunch set



Kena bawa sos cili siam  baru kawkaw

Tengku Habsah ,Normah Kitan ,Normah Idris

View cantik tapi amat panas dimeja ini

Burung Sea Gulls menikmati lebihan kentang goreng 



       Hari Sabtu sunyi daripada kesibukan di kota Perth, mungkin cuti hujung minggu. Ramai yang diketemu adalah para pelancong terutamanya dari negara sendiri. Seronoknya kekawan memberi makan Seagulls dengan baki kentang goreng, (boleh feeds ke burung2 tu?)... bukan aku melakukannya. Aku sibuk tercari-cari view indah untuk merakam gambar .  Tiada  antara mereka yang punya sama minat denganku... Alhamdulilah Cikgu Normah Idris amat memahamiku. Sentiasa menghulurkan tangan dan memberikan idea. Kekadang terpaksa ikut mencari sesuatu paling indah untuk dirakamkan. 

       Jam 12 tengah hari dipandu pula ke Shed Market, di Exchange Rd, Malaga WA. Merupakan pasar hujung minggu . Banyaklah gerai sauvenir , pakaian, kraf tangan dan gerai buah-buahan tempatan. Tersedia beberapa Cafe yang menghadap ke Lautan Hindi. Viewnya menarik sambil minum kopi. Harga barangan di sini sama saja dengan Fremantle Market tapi di sini lebih ceria dan nampak moden sikit.








        Penamat destinasi bershoping di Water Town Brand Outlet Centre. Masa diberikan dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Di sini barulah hajatku terlerai . Diimpikan sejak di KLIA untuk memiliki sebuah beg bagasi besar menggantikan beg lama dari Beijing . Patut pun beli beg baru setelah 7 tahun diheret ke merata pelusuk kembara diperantauan, sudah puas menikmati jasanya. Outlet ni cuma bangunan 2 tingkat ala supermarket je. Taklah lenguh kaki berjalan jauh . Maka terpikatlah kepada sebuah beg di kedai Strandbags Haaa.... AUD119.... RM400 melayang. Serupalah dengan beg Azi yang dibeli di New Zealand tahun 2012. Sayangnya  beg itu masih berada di wellington....

        Rupa-rupanya Normah Idris pun terpikat juga. Dia pilih saiz kecil sedikit daripada beg yang kubeli. Warna putih pilihannya. Melihatkan kami mengheret beg, seorang kawannya pun minat juga. Kami bawa ke kedai Strandbeg semula, tersenyum lebar jurujuannya.


Water Town Brand Outlet Centre

Replika ayam sempena tahun ayam
kalender China

Tingkat atas 


Wajah2 keletihan bawa pulang gudis Beg Luggage Strandbag

       Letih perjalanan sepanjang siang hari Sabtu disempurnakan dengan juadah dari Restoran Malaysian Dining Delight di Manning Rd, Bentley. Jam 5.35pm para pekerja restoran sudah sedia mananti ketibaan kami. Menu ikan kerapu sweet sour, udang goreng, sotong goreng halia, ayam madu oren, daging black pepper, sayur kailan dan cendawan beserta nasi kukus .Minuman teh jasmine pembasah tekak. Makanan disajikan di meja bulat.... demikianlah.



       Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Berjalan agak jauh sikit ke tempat bas yang menanti kami. PTiba di kamar  hotel menikmati buah-buahan pula sambil berbual mesra dengan rakan sekamar. 

       AHAD 29 .2.2017 cuti hujung minggu, lebuhraya menuju ke Lancelin sunyi. Perjalanan sejauh 120km bermula seawal jam 7.30am dan tiba jam 9.30am. Sepanjang laluan dihujani gerimis pagi mampu mendinginkan persekitaran. Melewati beberapa penempatan penduduk , pekan kecil dan panorama pantai Indian Ocean jelas kelihatan dari dalam bas mini yang kami naiki. Walaupun lama perjalanan aku paksa mata meneroka sekitar. Alhamdulillah aku tidak turut serta ramai jemaah yang terlena kepenatan. Kekadang kelihatan gurun berumput nan luas. Ada juga kawasan pertanian luas tapi tak pasti pokok apa ditanam. Highway yang dilalui memisahkan pemandangan sebenar penempatan penduduk di sini.

        Bagusnya perhubungan darat di sini adalah  rail keretapi laju dibina selari  di tengah-tengah high way 4 lorong. Nampak kemas tiada bangunan selain stesen keretapi. Di kebanyakan gurun Pinnacles terdapat kanggaro, burung oshtrich dan koala yang masih bebas hidup di habitat semulajadi. Kenderaan sentiasa berwaspada kepada haiwan-haiwan ini yang melintas lebuh raya. Banyak papan tanda berkaitan dipasang dilokasi favoritenya.

      Tiba di pekan Lancelin ,Mr Jess menyewa 3 sandboad untuk kami gunakan. Dia pun boleh agak tidak ramai makcik dan pakcik yang nak naik.... hahaha. Tapi tidak termasuk aku... yang memang dah menanam azam nak naik sandboard. Di pekan kecil Lancelin ini  tiada menjual makanan halal, justru peserta turun untuk membuang air sahaja.

     Tidak ramai pengunjung di lokasi Sand Dunes Lancelin mungkin kerana kami tiba awal. Taklimat diberikan berkaitan cara menggunakan sandboard dan lokasi yang selamat buat kami melungsur. Puncak bukit pasir halus  di sini memang tinggi. Aku dan Zulhilmi (anak muda) orang pertama mendaki ke puncak San dunes. Subhanallah... nampak Indian Ocean lagi. Nampak sayup tanah pasir di kaki bukit ini pabila berada di puncaknya. Kena berhati-hati bimbang tergelincir ke bawah kerana pasir di puncak ini membenamkan tapak kaki ke dalamnya.  Anak muda ni membantuku merakamkan foto.

         Tiada perserta wanita berani memulakan gelongsor sandboard. Aku peserta pertama menaikinya tapi sukar bergerak turun... seperti kesat walaupun ditolong tolak oleh kawan-kawan. Kali kedua percubaanku berjaya , Alhamdulillah. Ada juga kekawan yang berjaya mencuba selepas itu. Ada juga yang endingnya terbalik! Ragam orang-orang tua.

Panorama sepanjang Highway ke Lancelin persisir Indian Ocean

Rail keretapi diantara 2 jalan highway
Sandunes di tanah gurun  sepanjang jalan Lancelin
Pekan Lancelin
jalan untuk ke lokasi Sandunes pekan Lancelin
Taklimat penggunaan sandboard
Berada di kemuncak sandunes terasa amat
mensyukuri nikmat yg Allah berikan
Sayup pantai Indian Ocean dibelakang tu
Perjelajahanku masih jauh!
Menahan tiupan angin nan menghalang mendaki sandunes

Gembiranya mereka

Menikmati gelongsor dengan sandboard

Berjaya !
            Suatu kepulangan nan membahagiakan diri. Jam 10.50am kami dipandu melewati highway dipinggir  Pinnacles Desert. Tiba masa menjejaki lobster dari Indian Ocean!. Terbayangkan saiz yang besar. Teringatkan keenakan rasa dagingnya. Mengagakkan resepi apa masakan lobster!. Jam 1.10pm tibalah di Lobster Shack di Madrid St, Cervantes. Menu medium 195gm lobster segar dipanggang dengan garlic butter sauce, potato chips dan salad serta air kosong. Sos... tomato sahaja. 

        Sebelum ke meja makanan kami dibawa menyaksikan tayangan video perusahan lobster di Cervanter. Suasana amat bising bunyi jentera penapis air dari kolam ternakan lobster. Kami diberikan headset serta sebuah remote untuk mendengar taklimat audio sepanjang berada di bangunan ini. Di sini ada menyediakan perkhidmatan menaiki kapal untuk ke Lautan Hindi . Dapat melihat sendiri cara tangkapan lobster dan aktiviti snokling. 


Lobster Shack Cervantes
Takungan lobster



Remote dipasang headset utk setiap pelawat
Menu

Restoran
Lobster, kentang goreng dan salad dgn sos tomato

         Dalam gerimis masih meneruskan kembara ke Nambung National Park, Pinnacles . Pada jam 1.30pm tiba. Sebuah padang pasir gurun dipenuhi bungkah-bungkah batu pelbagai bentuk dan warna. Skulptur batu terbentuk oleh tindakan air berasid di bawah dunes. Tiupan angin, pergerakan pasir, hujan dan cahaya matahari turut membentuk pelbagai rupa skulptur  Pinnacles Desert di sepanjang Turquoise Coast ini.

        Cuaca redup senja tetapi masih terasa bahang panas gurun Pinnacles mencucuk liang roma pipi. Boleh memandu masuk dengan kereta atau motorsikal ke dalam kawasan ini dengan jarak 1km return. . Memang luas tak terdaya kaki melangkah jauh. Merakam foto beberapa lokasi nan serba kekuningan keseluruhannya. Tiada pokok tinggi untuk tumpang berteduh. Bolehlah merehatkan kaki di bangku batu tersedia di laluan masuk. Sebuah galeri yang punya story sejarah park ini jadi lokasi mendinginkan diri sambil mencari imfo penting. Sebuah bangunan tandas tersedia buat para pengunjung.



tanah  dah terhakis menampakkan 
akar pokok

Pokok renek berdaun jarum atau kecil 
bertahan berhabitat di sini

      Jauh perjalanan luas pemandangan. Lama menantikan akhirnya Allah makbulkan. Alhamdulillah dengan kehendakMu dapatlah kami para jemaah ISLAM bersujud di rumah Allah di Masjid Perth.  Jam 5.10 hingga 5.40pm berrpeluang bersolat jama' takhir di masjid yang terletak Northbridge Road, Perth. Sebuah penempatan penduduk Islam. Keadaan kediaman di sini agak sederhana ,sunyi sekitarnya dek cuti Ahad . Masih tiada getah paip atau tiub untuk mencuci di dalam tandas masjid ini. Cuma ada sebuah bekas plastik ala cerek aladin untuk bersuci. Ruang berwuduk terbuka buat lelaki dan wanita.... Huuu masalah sikit, kena terbongkok-bongkok menyirokkan aurat ! Terima kasih Allah..

Masjid Perth

Bahagian dalam masjid Perth .Pintu kanan ruang solat wanita. 
Lelaki di tingkat atas

Penempatan penduduk Islam sekitar Masjid Perth


Poster di masjid, Dana membina 
Masjid Swanvalley

Pohon Tin di belakang masjid

Tiang pagar ,tiang telefon dll masih digunakan di sini

Tiang letrik daripada kayu

            Masa masih awal untuk makan malam. Jess membawa kami di sekitar South Perth menikmati panorama alam.  Singgah di South Perth menikmati panorama Swan River di kala senja. Banyak bangunan mewah tersergam dan apartment deluxe menghadap sungai Murray menjanjikan kehebatan berada di dalamnya dengan bayaran yang hebat. Tapi masih terasa di south island New Zealand lagi menambat hati. Maaflah ini citarasa diri.

Bertabirkan view Swan River South Perth

 Cuba berlari seketika di dataran jogging
mengelilingi sungai

Banyak angsa Swan dan obor-obor di sungai ini

Bandar Perth

apartment di Murray River South Perth

Panorama senja sekitar jam 7.35pm

        Penamat jurney 29 Januari 2017 dengan menjamu selera makan malam di Love And Care Cafe di 35, Pier St, Perth. Pemilik cafe keturunan Melayu dari Pulau Cocos. Mereka juga memiliki beberapa restoran di Malaysia dibawah tadbiran GISB Holdings. Managernya Shahidah Manok .Menu sambal sotong, ayam masak kicap, ikan goreng, lodeh, telur dadar, nasi kukus dan buahan koktil. Keluar awal dari cafe untuk merakamkan gambar. Oh... sunyi sekitar kebanyakan kedai dah tutup. Pejalan kaki pun tidak ramai yang lalu-lalang sekitar sini. Malam sepi di Perth seperti pekan Ipoh , tempat tinggalku.

Depan Cafe Love and care


Hidangan dinner

Ruang makan cafe

Peer Street Perth jam 7.45pm

Pn Sheeda Manok dan ibunya ,
pengasas cafe ini
    
        30 Januari Ahad hari terakhir di bumi Kanggaro . Selesai bersarapan sudah kena check out hotel seawal jam 10.00am. Beg dan barang-barang kami disimpan di dalam stor hotel. Jam 11.00am bergerak keluar untuk menikmati lunch di Love And Care Cafe sekali lagi. Lunch merangkap sarapan dan membeli bekalan dinner juga. Menaiki bas bandar nombor 296 yang percuma dari hotel ke cafe. Membisikkan Cikgu Normah untuk memerhatikan gelagat penumpang yang turun dari bas. Oh, TIDAK kedengaran ucapan Thank You daripada mereka. Ini bukan New Zealand .... Ucapan sedemikian mesra terungkap daripada setiap penumpang yang turun dari bas di Negara Kiwi.

      Sepanjang hari terakhir juga hujan renyai-renyai menyirami bumi Perth bagi mendinginkan suasana siang pada musim Summer. Selesai makan berbarislah sekalian pengikut Impian Kembara Holiday Sdn Bhd menuju tempat membeli-belah di sekitar Perth. Pasaraya tidaklah besar sangat. Kebanyakan pakaian berjenama masih 'Made in China' . Kedai Strandbags juga terdapat di sini, lantas memikat hati kawan-kawan membeli tas tangan . Jenama Strandbags hanya terdapat di New Zealand dan Australia . 

     Aku hanya jadi peneman kekawan memilih ole-ole untuk dibawa pulang. "Jika jarang melancong pasti mudah terdorong untuk berbelanja. Jika banyak kembara sudah hilang minat shopping " . Inilah diriku 'Simpan duit untuk next trip' insyaalah . Singgah di kedai kebabdi  Central Cafe membeli kabab ayam bekalan malam pula. Masih hujan di sana-sini. Tak tercapai hasratku nak menaiki 3 jenis Cats Bus mengelilingi bandar di Perth ini. Jam 6.00pm kami menaiki bas 296 semula untuk kembali ke hotel. 

Bas REd Cat

Bas Blue Cat

Bas 296 dari hotel

Bas 296 dari hotel ke bandar

Cafe Kebab

Kedai Kebab Central Cafe

Cafe Makanan Jepun  halal

Tanda halal Cafe Jepun

 Berjalan ke hentian bas

View di depan deretan kedai

bawa pulang Fredge magnet je

Bantu 2 Normah memilih

View deretan kedai

         Dari jam 6.00pm hingga jam 10.00pm  TERPAKSA duduk di lobi hotel  menantikan bas membawa kami ke Airport. Apa salahnya sewa sebuah bilik khas buat kami bersolat dan bersihkan diri sebelum pulang ke negara sendiri. Sepanjang hari berjalan badan bau masam. Ini yang bikin aku sedih!!!Ada yang panik lalu bersolat jamak Maghrib Isyak di laluan ke tandas lelaki. Bertemankan Normah Idris kami bersolat di Perth Airport seperti yang diberitahu oleh Tour Leader. Dilengkapi ruang berwuduk di tepi ruang solat. Memang selesalah bersolat di surau yang bersih dan mersra jemaah, Alhamdulillah. Check in bagasi jam 11.15pm untuk penerbangan pulang pada jam 2.30am 31 Januari 2017. 

       Satu pengalaman baru tika di airport. Semua penumpang diminta  turun semula untuk membuat pemeriksaan keselamatan sekali lagi. Semua staf keselamatan turun bertugas di semua lorong pemeriksaan. Entah apa yang tak kena. Alhamdulillah penerbangan pesawat kami tidak tergendala dek urusan ini. Jam 8.30am sudah tiba di KLIA. Terima kasih Allah. Sebelum bas Yoyo membawa pulang ke Ipoh jam 11.00am , kami makan di Food Court KLIA . Selesailah musafir awal tahun 2017 ini.

Menunggu untuk ke airport dr jam 7pm ke 10pm dilobby hotel

Airport Perth

Surau di Airport Perth

 Ruang solat

penginapan selama 4 malam

kamar hotel berdua 

Pengangkutan sepanjang di Perth

         Rencah-rencah permusafiran.......

 Nak solat dalam pesawat amat mudah Qiblat di skren


Waktu solat di Perth



        Memang menanam hasrat ingin ke Melbourn, tapi asyik termiss je kekawan sudahpun ke pergi sana. Selalu mendengar ramai orang Malaysia suka ke Perth  dek kerana murah pengangkutan, mudah mendapatkan makanan halal dan shoping pinggan-mangkuk. Mungkin selepas ini akan ke Melbourn pula untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna di sana. 

      Namun kenangan bersama kekawan lama dan baru dari kembaraan ke Perth ini akan diabadikan dalam memori indah. Demikian jua memori bersama pakej IK . Tidak menyertai mereka dalam tour ke Kashmir bukan bermakna serik. Tetapi sudah berhajat untuk meneroka bumi Eropah pula pada hujung tahun  sebagai penamat kembara 2017. Moga Allah makbulkan hajat kami.