Wednesday, May 7, 2014

Musim Spring Musim Sakura Musim Salji......Suatu Anugerah Suatu Fenomina Suatu Keajaiban

     Berangan-angan, itulah diriku sejak kecil lagi. Hingga ke usia setengah abad ini pun (59 tahun) pantang duduk sorang-sorang apa lagi layanlah.... , sambil menikmati Radio IKIM pun boleh warming up angan-angan, malah tika berkebun juga sempat berangan-angan .Pabila melihatkan aliran air anak Sungai Kuang di tepi kebun lagi  best dan laju  melayan minda...jauh....hanyut sendirian diulit suara unggas nan berkicauan .

     Angan-angan nak bermain dengan salji pada  musim winter,  hanya berpaut harapan kepada kesediaan dan kepulangan putera kesayangan untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Itulah katahati, itulah impian, itulah bualan kepada kekawan, itulah jua harapan ; namun Allah jua mentakdirkan segalanya. Aku cuma merancang, hanya termampu memanjatkan doa  ,maka Allah jua yang menentukan segalanya mengikut peta takdirku dalam LuhMahfuzNya.

Sepagian Bersalji  di Mihana Village, Fuji
      Sebelum  penerbangan explorasi dimulakan , Pakej Apple Tour menasihatkan peserta lawatan supaya membawa bekalan pakaian sesuai untuk musim spring bersama sweater . Tidak dinayatakannya pula di mana-mana , mahupun daripada imfo internet bahawa  akan diketemukan salji di Jepun dalam tempoh kunjungan kami ke sana dari 3 hingga 9 April 2014. Justru ungkapan Alhamdulillah..... alhamdulillah... kerana Allah telah memilih kami jemaah Muslim seramai 29 orang untuk menikmati keajaiban ciptaanNya tika di bumi Matahari Terbit ni.

      Tanggal 8 Mac 2014 amat menakutkan kepada sesiapa pun untuk menaiki pesawat, terutama dengan syarikat penerbangan MAS, namun tidak sedikitpun hati kecil ini berasa demikian. MH370 telah hilang entah ke mana bersama 239 penumpang dan anak kapalnya ..... suatu sejarah hitam buat negara kesayangan. Layanan mesra, kecekapan serta ketelitian  para petugas MAS dari KLIA hingga tiba di Narita Internaational Airport, memang membanggakan, amat memuaskan hati  dan wajar diberikan pujian tinggi.

Makan jam1.00 am lazat lagi mengenyangkan
Flight ke Narita dgn MH088 seat 39E

Makan jam5.30am MAS....tiada komplain

Narita jam 7.35am Imah & Azura bergaya
      Pernerbangan selama 6 setengah jam selamat mendaratkan kami pada 4 April , jam 7.35pagi waktu Tokyo (sejam awal daripada Malaysia). Jam 9.00 pagi setelah selesai urusan bagasi kami terus disambut oleh Tour Guide Melayu bernama Mr Jafri San (orang Taiping) untuk menaiki bas khas. Mataku bulat memantau sekitar lapangan terbang Narita, tercari-cari pokok Sakura yang kulihat blooming ketika berada di dalam pesawat lagi. Hmm memang banyak.... tapi pokok-pokoknya jarang-jarang.... "Lanskaps di lapangan terbang ni biasaje" , bisik hatiku.

      Selesai sesi memperkenalkan diri olehTour Guide Malaysia Mr Fahmi dan Mr Jefri San Tour Guide di Jepun (staf Apple Tour juga) ,kami dipandu ke Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo , Taman Sakura. Sepanjang jalan memang banyak pokok sakura yang mekar umpama himpunan kapas merah lembut dan putih nan terapung yang  mendiami sepanjang jalan, menghabitat di kawasan penempatan penduduk maupun di dataran bukit. Memang kena sungguh  kunjungan kami dengan musim  sakura kali ini, Alhamdulillah.

Tour guide Mr Fahmi, Syeila & Mr  Jafri San
      Sudah menjadi sejarah di usia ini , pagi 4 April 2014 jam 9.30 am aku sudah memijakkan kaki di bumi yang dipenuhi lautan bunga Sakura (Cherry). 4 buah taman di sini bermula dengan  English Lanskap Garden , Japanese Traditional Garden, French Formal Garden dan Mother and Child's Forest (Hahato-Kono_Mori) tersedia menanti kunjungan kami. Selama sejam di sini puaslah kami berfotografi di pelbagai sudut di sisi pepohon sakura  yang berjumlah  65 jenis  dan blooming pelbagai  warna yang menghabitat taman ini .

     Azura, Imah, dan Shila menyerasi hatiku dek kerana minat berfotografi yang sama, walaupun kami  mengenali satu sama lain baru semalam. Inilah yang diperkatakan warga dahulu "Jauh berjalan luas pemandangan, lama hidup banyak pengalaman, banyak bermusafir ramailah kenalan". Semasa masuk ke taman ini melalui gate Okido ,melaluinya juga kami keluar  tika jam10.30am.  Kami berempat melangkah laju kerana masa menaiki bas untuk ke destinasi berikutnya sudah dinanti-nantikan rakan jemaah lain yang tidak turun bas. Sempat merakamkan beberapa jenis sakura sahaja sepanjang musafir ini, namun Alhamdulillah jua.
Peta Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo
Aku Azura dan Imah  masih memakai pakaian
 semalam kecuali Azura

Sakura menghiasi view belakang & bertaburan di bumi
Sakura putih kuntum besar
Sakura pink berjuntaian hingga ke bumi
Sakura putih bergugus seperti bunga ros
Pohon sakura selesai berbunga selepas 2 minggu
Sakura ungu
Sakura merah
sakura putih  & pink bergugus lebat
Dibawa pulang untuk kenangan 
Sakura velvet 
sakura berjuntai pink
pohon sakura muda

        Bas kami melewati bandar Tokyo dan Istana Agung yang indah dengam barisan pohon sakura yang mekar segar memagarinya dan terdapat juga di tebing tali air /sungai di sepanjang jalan yang kami lalui. Jam 12.30 th kami  makan tengah hari  di Hokaido Steamboat Restoran di bandar Ginza. 

Bandar Ginza
Ada set meja ber-4, berdua dan ber-6 ala rumah tradisional Jepun
        Syeila memaksa aku menelan ikan kod mentah dan ikan salmon serta daging . Akhirnya berjaya juga menghabiskan 3 daging ikan bercicahkan kicap soya khas bersama nasi putih. Nasi Jepun memang lazat dimakan walaupun tanpa kuah. Yalah berada di negara asing, kenalah merasa makanan mereka. Sup steamboat memang best...Lunch hari ni memang mengenyangkan.

       Hanya sebuah masjid sahaja yang ditakdirkan buat kami bersolat yaitu  Masjid Camii Tokyo atau dekenali masyarakat tempatan sebagai Turkey Culture Center. Memang indah rekabentuk binaan  rumah Allah bertiga tigkat   ini yang dibiayai sepenuhnya daripada derma para pendatang Islam Turki di Tokyo dan pengunjung di masjid itu.

Mihrab Masjid Camii Tokyo
Entrans ruang solat di Tingkat 3
     Jam 2.30pm tiba di Shinjuku (Shin bermakna baru, juku bermakna penempatan) di Ginza sebuah bandar metropolitan yang menemukan pengunjung dengan pelbagai barangan eletrik, elektronik, gedung pakaian, bahan persolekan, aksesori kenderaan dll yang merupakan pusat membeli-belah termahal di Tokyo. Seorang teman membelikan sebuah alat elektrik buatan Jepun (Ginza) namun dikenakan cukai pula  kerana pelancong. Penyudahnya terbeli dengan harga yang lebih mahal daripada di Malaysia....

Pusat bandar Ginza
Tak beli satu pun tapi banyak jamu mata
         Dinner hari pertama di Tokyo mempertemukan menu Indian Krusin hanya di Maharaja Restoran di Ginza .Amat best makanan di sini, kari amat kaw kaw... Boleh tambah makan selagi mahu...


Nasi putih, ayam panggang, roti nan & 2 jenis kari
       Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..... tapi badan tak berpeluh pun walaupun banyak berjalan dan belum mandi sejak tiba di Tokyo pagi tadi. Nak segera  cari air... nak mandi ... badan dah gatal-gatal... . Siap Check in di Hotel Takanawa Grand Prince Tokyo jam 9.00pm dengan mendiami kamar nombor 2341. Kami diberikan sebiji kompas untuk menentukan arah qiblat. Puas  berendam ,terus bersolat kemudian mengenakan Kimono yang disediakan di bilik.

Kamar 2341 
Sarapan bijirin, buah dan pekena mi kari di bilik
     5 April 2014 kami checkout hotel seawal jam 8.30am untuk ke Tokyo Disneyland .Jaraknya dekat sahaja cuma setengah jam .Tiba di lokasi pada 9.30am, kami terus terus masuk dengan menggunakan pas kumpulan .Para pelawat tak ramai tika kami tiba tetapi semakin meningkat pabila siang meninggi hari. Tika ni kebetulan sekolah di Jepun masih bercuti maka terlalu ramai manusia.

Pusat Insinerator (pelupusan sampah)
Insinerator kedua hampir dengan laut
Laut yang bersih dan terurus

Sangat sejuk  di sini
sambil menaiki Mark Twain Riverboat
di River of America

        Jam 12.30pm kami keluar sekejap dari Disneyland untuk makan tengah hari dan bersolat. Tika keluar  dicop pada belakang tapak tangan tetapi tidak jelas dilihat dengan mata kasar. Kami bersolat di suatu sudut taman kerana tidak ramai pengunjung di situ. Jam 2.00pm kami masuk semula dengan menunjukkan bahagian tangan yang dicop . Wow ...kedengaran bunyi digital...

Nasi goreng, udang sambal cili, telur goreng
dan sayur ...menyedapkan lagi citarasa dengan
sambal ikan bilis Zura
Berwuduk dengan separuh botol air mineral , syahdu bersolat di sini

Azura dengan popcorn yg tak sedap
 tapi nakkan bekasnya cantik sanggup berbaris panjang


        Jam 4.00pm kami check out Disneyland untuk ke Mount Fuji . Selama 3 jam perjalanan dapat melihat panorama alam dari Tokyo hingga ke Mihana Fuji. Lebuh raya beringkat di permukaan sungai serta keindahan bunga amat menakjubkan. Di lereng bukit dan di sepanjang penempatan penduduk dirimbuni keindahan bunga sakura sedang blooming pelbagai rona. Singgah di kawasan rehat R&R yang dikenali Expasa untuk menikmati kopi segar di warung Star Bucks. 

Pepohon sakura menghiasi penempatan desa
Hentian R & R memang klasik
penempatan desa tani di lembah nan subur

menanti kemunculan Mount Fuji bersaksikan mentari senja
Nah... tu dia! setia menyambut kedatangan kami Fujiyama
        Jam 7.00pm  tibalah di Fuji Mihana Hotel di  Mihana Village, Mount Fuji . Hotel yang menyaksikan Fujiyama di sebelah kirinya . Kami diminta mengenakan Kimono untuk diner malam tu seperti pelancong lain , namun tak menjadi kenyataan dek kesuntukan masa . Menu utama  makan ketam dan aneka sea foods. Huh!!! darah tinggi naikle. Check in Hotel Mihana Mount Fuji di  bilik 1360.

        Kami diberitahu tentang mandian di spa Ryokan di tingkat bawah hotel ini. Air di spa ini mengalir dari Fujiyama dan sentiasa segar sebagai rawatan untuk aneka penyakit dan awet muda. Setelah ditinjau memanglah kena berbogel sewaktu mandi di sini kecuali menutup ssss dengan tuala kecil. hmmmm mengarut..


 menu makan malam:aneka susyi


Ketam berkaki panjang...amat lazat.. sukaaaa
banyak... bukan semua halal

Ada garfu khas mengeluarkan isi ketam ... sos khas
persembahan kebudayaan sesi diner
Tidur di lantai kayu ,tilam tradisional & dalam
sarung selimut.... best , Bilik 1360
bahan bersuci diri dibilik mandi bahan dpd teh

kimono sut lelaki ni, perempuan warna pink
      Tika bersantai di Disneyland Tokyo, beberapa pelancong wanita dari negara jiran kita Indonesia memberitahu, mereka tidak dapat menaiki Mount Fuji kerana ketebalan salji dan salji runtuh.  Kecewa seketika cita hati gagal ke sana untuk mendaki hingga ke level 5 (puncak). Namua Imah  melontarkan pujukan supaya aku terus berdoa.. doa lagi... pasti Allah maha mendengar.

      6 April 2014 hari Ahad, tanpa diduga Allah mentakdir segala hajatku, ingin amat memegang salji tapi bukan pada musim sejuk. Seawal jam 4.00 am setelah selesai bersolat subuh, aku membuka tingkap meninjau panorama luar . OOOOO sejuk amat, udara dingin menerpa ke ruang tingkap yang terbuka..... Memutih di lantai bumi.... apa itu????? "Eh , bermimpikah aku??? Silapkah penglihatanku? Di bumbung bas putih, di dedaun pokok putih, dilaluan masuk ke hotel pun memutih. Ya Allah salji...salji...!"

      Imah ku kejutkan untuk berkongsi kegirangan , untuk mengesahkan pandangan mata , untuk sama menikmati anugerah Ilahi di bumi matahari terbit.... Sambil menantikan cahaya sang suria muncul di ufuk timur, aku duduk berdingin di tingkap . Subhanallah ...salji.... salji....salji... Alhamdulillah

Mentari terbit Jam 5.27am

6.4.14 memegang  salji kali pertama dihayat ini

Entrans ke Mihana Village di tepi hotel Mihana
Pagi Ahad jalanraya sunyi...selesa buat perangai
Gaya Yumi ajar 
Curi bergaya di depan rumah penduduk yg masih lena

pokok di laman rumah penduduk
Mihana Village di belakang hotel

sarapan di Mihana... wp biasa tapi sedap sup isi ketam,ikan bakar.
kekacang bergetah.... tak pandai makan
ruang makan Mihana menghadap Fujiyama
        Selesai sarapan dan sessi berfotografi, berselfie fasa kedua pula, sambil menanti dengan penuh kesabaran kemunculan Mount Fuji di kiri hotel, namun hampa. Fujiyama terus-terusan diselimuti awan memutih sepanjang pagi. Jam 8.30am kami bergerak ke Oshina Hakkai Village (Mirror Of Fujiyama). Sebuah kampung tradisional di kaki Gunung Fuji. Kami mula menapak melewati kampung  Owakudani (Lembah gunung berapi) mulai jam 8.45am. ...... Terdapat 8 kolam (ike) di kampung ini ,yang amat jernih dan cantik.


Rumah kayu beratap rerumput
Cermin pada setiap simpang
Kagami-Ike (mirror Pond) terbentuk dpd muntahan
lava Gunung Berapi Fujiyama
Mirror Pond (Kamami-Ike)
Waku-Ike (Spring Pond)
Waku-Ike (Spring Pond) lebih besar
Waku-Ike
Pondok kayu beratap rerumput
Penjual pau kacang... halal 
Jalanraya utama, bas pun guna
         Kunjungan singkat di Oshino Hakkai Village memberikan banyak imfo tentang amalan kerjasama masyarakat di kampung ini yang menguruskan sendiri semua kemudahan awam untuk pelancong , tanpa bantuan pihak berwajib. Kebersihan, kedamaian , kekemasan yang disaksikan di sini... jauh lebih baik daripada  perkampungan setinggan di Malaysia. Setiap pintu rumah di sini tidak berkunci.... maknanya apa????  Di kampungku di Bagan Datoh... rumah tak berkunci memang "Welcome Stranger"

        Waktu 9.40am kami dibawa pula ke Gotemba Primium Outlets. Jam 11.00am hingga 1.00pm kami menjamu mata, melangkah dari sebuah gerai ke gerai lain yang menjual pelbagai produck segar dari kilang. Aneka gerai menjamukan pakaian berjenama terkemuka, bodyshops /kosmatik local dan dari luar, perfum tersohor dan bazaar makanan. Ada taman mainan buat kanak-kanak dan banyak bangku disediakan di laman gerai sebagai tempat meredakan kelenguhan kaki. Kami banyak meneroka ke  West Zone kerana kami datang dari Fujiyama . Bilik solat (Silence Room), ada paip untuk berwuduk dan  dibina di tepi tandas., amat sesuai bermunajat buat musafir. Kami hanya sempat menjengah beberapa gerai di East Zon kerana masa mencemburui segala aktiviti.

Gotemba Premium Outlets ,Shizuoka, Fuji


wajah-wajah berjaya tidak membeli di sini
       
         Jam 1.30pm pemanduan berhemah meleraikan kepenatan badan seketika. Kali ini jemaah menikmati Lunch di Gotemba Kameya Restoran di Gotemba, Fuji . Lokasi ini merupakan sebuah pekan kecil di kaki Gunung Fuji. Banyak bas yang parkir di sini membuktikan kawasan ini berdaya tarikan pelancong. Depan restoran ini biasa saja, tetapi di dalamnya ramai umat sedang menikmati juadah.


mi dgn sup ...tak ok buatku. nasib baik ada nasi
            Di bahagian entrans kedai ada ruang menjual cenderamata, makanan ringan dan buah-buahan. Strawberry 400Yen paling murah... sedap juga yang dikongsikan Imah. Sementara menanti rakan-rakan menamatkan jamuan, Imah, Zura dan Syiela menemaniku bersantai di parkir bas. Tetiba hujan pula pada jam 1.17pm, hujan renyai tetapi kasar-kasar. Melihatkan pada cermin depan bas terdapat banyak ketulan ais, kami berlari keluar berhujankan salji, Ada yang menari-nari, ada yang hanya berdiri statik membiarkan diri dilhujani salji ke seluruh badan.... itulah aku. Bersyukur teramat.....terima kasih Allah. 

Mount Fuji kelihatan dibaluti awan dipuncaknya
Ketulan salji pada cermin depan bas
ketulan salji mengenai baju, cermin mata... best
Ketulan salji berguguran .... masyaAlah
       Saat dinantikan untuk melerai keinginan menaiki Bullet Train di Kakegawa memang amat teruja ..... Jam 2.30pm pemanduan yang lembut, nyaman udara membuatkan mata mudah terlelap.  Pemandu bas warga emas yang bernama........ sangat berbudi bahasa dan sabar dengan karenah 30 orang  yang mengisi kerusi empuk di dalamnya.  Panorama alam sepanjang laluan yang kami lewati amat indah, tak ketemu pun  pencemaran hutan, pencemaran air dll view yang kurang enak.


Pemandu bas terbaik
Lautan Pacifik tebingnya membentengi lebuhraya dilalui
Ladang Teh nan cantik, kemas di  lereng bukit
          Lebuhraya dilalui melewati  beberapa bandar serta pekan di selatan pulau Honshu ini. Akhirnya terlaksana jua hasrat ingin menaiki Bullet Train di Jepun yang memang terkenal kerana amat laju .Tiba stesen Bullet Train Kakegawa jam 3.25pm . Sejam penantian di Stesen Kakegawa sambil merakamkan foto train suatu pengalaman melucukan. Apa tidaknya, hampir 10 kali snap baru dapat snap shoot terbaik, itu pun kepala train je. Mr Jafri San asyik mengusikku pabila gagal merakamkan foto train yang melalui landasan kerana teramat laju, "Kamera cap ayam  kak Yong ooi"  

Stesen Bullet Train di Kakegawa
Lorong untuk check in ke Bullet Train
Snap shoot yang ke10 baru dapat foto ni
Menaiki Bullet Train jam 4.12 pm ke Hamamatsu
 bersama Syira anak angkat
Jam 4.33pm tiba ke destinasi 20 minit je
View kota Kyoto
Sempat shoping Cik Imah di Hamamatsu
Shoping Complex...beg...beg... hahaha
Hawa cucu ... suka panggil Popo pabila dia nampak
            Dinner di Kirins Brew Restoran Hamamatsu tepat jam 6.20pm . Sementara menunggu giliran masuk, kami menjamu mata di gerai-gerai di sekitar yang kebanyakannya menjual  pekerluan untuk warga bukan Islam, namun harganya agak murah.  Pabila memasuki ruang santapan, hati  amat terpikat dengan setting restoran ini dengan    duduk bersila  di tilam. Semeja 4 orang memang selesa ,dapat merasai tradisi masyarakat Jepun.

set meja makan ber-4
Ni aku punya. Nasi yg dalam bekas bertutup kayu. Mi sup...ooo no!
keletihan....  
        Kami berjalan melalui barisan gerai untuk ke tempat penginapan di Okura Act City Hotel yang bersebelahan dengan stesen Hamamatsu. Bagasi kami yang dibawa oleh bas dari Kakegawa sudah dimuat turun oleh petugas hotel di ruang lobby hotel. Jam 8.00pm selamat check in di Hotel Okura Act City di Hamamatsu   yang   mendepani  Lautan Pasifik . Bilik 4220 mengabadikan aku dan Imah dengan suasana mewah untuk merehatkan tubuh sepanjang malam. Hotel ini terbaik antara 5 hotel yang kami menginap.

Nama hotel dipancarkan dengan LCD
pada dinding... kelainan    

 

Mentari terbit dari ufuk timur ...di Lautan Pasific  amat menyentuh
sanubari ,keagungan Ilahi
Bandaraya Hamamatsu  asalnya perkampungan
nelayan,..Lautan Pasifik di depannya
Stesen Bullet Train bersebelahan ...pagi2 kira train
Kimono dpd fabrik lembut sedap dipakai
Bilik 4220 ,Tingkat 42 ... Okura Act City
Boleh lihat je... tak semua halal
Inilah sarapan... roti ni kena ambil lebih
utk dibawa ke USJ
          7 April 2014 jam 8.15am sudah check out Hotel Okura menuju ke Kyoto. Xplorasi kami melewati  Bandaraya Nagoya dan beberapa bandar serta pekan  sebelum sampai ke Kyoto. 3jam perjalanan  menemukan kami aneka jambatan canggih ,kekadang ada yang serupa Jambatan Pulau Pinang. Panorama pelabuhan dan ribuan kargo dll kemas tersusun, bersih serta tak jemu memandangnya.  Kami dapat menyaksikan sebuah lagi Disneyland yang lebih hebat daripada Tokyo Disneyland semasa  dalam perjalanan ke Kyoto ini. Mr Jafri menyarankan kami membawa famili berkunjung ke sana pula.  Sepanjang perjalanan ke Kyoto, tidak sesibuk Lebuh raya di negara sendiri.... rupa-rupanya hari Isnin tanggal 7 April merupakan sesi persekolahan tahun 2014 yang baru bermula di Jepun.      

macam jambatan Pulau Pinang
dermaga nan cantik dan kemas
Kunjungilah tempat ni... disneyland  terbaru di Kyoto
antara permainan di sini
R&R terbaik.... terpuji.... 
Paparan digital menunjukkan bilik tandas yang
 kosong dan sedang digunakan...... BEST
ruang make-up
penempatan penduduk dilembah nan subur 
pokok Ginkonilova / Ginnang (herba utk minda)
        Lamunan panjang terhenti pabila terlihat papan tanda Kyoto. Jam11.30am kami lunch di Kagonoya Restoran di Tsukaki Square, Kyoto. Terletak di tingkat 1 bangunan 4 tingkat ini, mataku terpukau melihatankan  piegeon hole rak kasut yang berkuncikan pasak kayu.... bestlah. Menyimpan kasut di dalamnya atau menyusunkan kasut  dengan hujung kasut menghadap ke pintu keluar restoran. Menu makanan Jepun  di sini lebih kurang sama di mana-mana restoran Jepun

 Kagonoya Restoran,
Tsikaki Square, Kyoto


Ada sup dalam kertas
Mr Jafri San memastikan hidangan kami siap sebelum dia makan

Rak payung disediakan di kebanyakan
restoran  dan di lobby hotel
        Jam 1.00pm tiba Maruyamma Park (Kyoto Peace Park ) untuk bersolat dan bersantai di naungi rimbunan pepohon Cherry (sakura) di Kyoto pula. Memang banyak pepohon sakura, tetapi tidaklah semeriah di Taman Shinjuku Gyeon Tokyo kerana sakura di sini blooming lebih awal daripada tempat lain. Pepohon Sakura bagaikan memagari  Pagoda Putih yang tersergam di taman ini. Tidak salah jika dikatakan bahawa di mana ada rumah ibadat orang Jepun, pasti meriah dengan taman sakura di sekitarnya. Justru ramai penganut agama mereka yang mamakai pakaian Kimono di taman-taman sebegini. Sedang tercari-cari paip untuk berwuduk, datanglah warga Jepun  memberikan bantuan dengan senyuman. Damai sekali tika mengabdikan diri kepada nan Esa dalam panorama taman indah.

Jalan raya menuju  ke Maruyamma Park (Kyoto Peace Park)
Terusan di sepanjang jalan ke Peace Park Kyoto
Boating di terusan di Kyoto
Peta Maruyama Park (Peace park) Kyoto
Bersolat di sudut taman... warga Jepun
 amat understanding
Polis Jepun
Laluan masuk ke Taman ... ya ke macam  Minah Japun???
Warga Jepun amat understanding, wp sedang bersantai
masih menerima permintaanku untuk bergambar.
Azah & suaminya tumpang sekaki
Baru jumpa... sudi bergambar.
pohon sakura di sini semuanya dipagar
Posing di pokok disukai
Pokok nan indah ni  banyak terdapat di kawasan bukit
Gerai makan, duduk di meja merah banyak di taman ini
Batang pokok sakura
entrans ke Peace Park
Antara Temple di Peace Garden
        Bergerak ke Tokoyaki untuk ke bazaar cenderamata Jepun diTogenzaka, Sanenzaka & Ninenzaka, banyak memaparkan pembangunan hutan batu yang biasa rekabentuknya. Rombongan kami tiba jam 3.00pm, tetapi sukar mencari tempat parkir bas kerana terlalu ramai pengunjung untuk melancong dan beribadat di sini. Maka kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga demi menjimatkan masa.  Di hujung jalan Kiyomizu ada Kiyomizu Temple yang terletak  di atas bukit . Terdapat  air terjun Otowa-no-taki di sini yang amat disukai pengunjung lantaran keistemewaan airnya untuk kesihatan. Masuk keluar ke gerai-gerai di sepanjang jalan hinggalah  ketemu dengan  sebuah temple. Namun aku hanya ketemu beberapa fridge magnet untuk dibawa pulang. Penglaman di sini memang .... tak best

Pekan Takoyaki
Laluan ke Bazaar 
Nilah barisan gerai di sini
Minah Jepun depan temple
Rimbunan sakura depan temple
Kediaman penduduk, bersih...terurus
Laluan pejalan kaki di Takoyaki  ....budak presekolah
          Pengembaraan kami  ke Osaka, sebuah bandar metropolitan di lokasi  paling selatan di Pulau Honshu. Persinggahan kami  di bandar Shinsaibashi merupakan  sebuah bandar syurga membeli-belah tersibuk di Osaka tepat jam 5.45pm. Selain menghamparkan para pengunjung dengan kemeriahan pusat-pusat hiburan umpama syurga malam,  Shinsaibashi ini memang terkenal di Bandaraya Osaka serta menjadi destinasi keutamaan para pelancong. Kami dimaklumkan perkataan  Osaka Kansai bermakna 888 jambatan  , justru memang banyak jambatan di sini.

         Memeli-belah di Shinsaibashi Street agak best kerana menyediakan laluan berbumbung ala Petaling Street,Kuala Lumpur.  Memang sibuk  dengan ribuan manusia , namun kami dibenarkan berbelanja di sini hanya dari jam 6.00pm-6.45pm. Tak beli pun.... jalan-jalan jamu mata.

Viw mentari terbenam 
Silence Censors sepanjang lebuh raya yang
 melalui penempatan penduduk
Lampu jalan nan comel di Shinsaibashi
Shinsaibashi , longkang besar di tebingnya
tempat rekreasi
Antara pusat syurga Hiburan malam
memegang logo Apple Tour, Jafri San serius
berpesan .(Ikin, tunangnya, Syira, Rudy & isteri) 
Laluan berbumbung



Longkang lain pula ... terurus juga kan?
        Persembahan Dinner pada 7 April 2014 di Osaka ni disempurnakan oleh pemilik  Amatora Restoran , Shinsaibashi, tepat  jam 7.06pm. Amalan membuka kasut di kebanyakan restoran di Jepun perkara lumrah...dengan menyimpan kasut di pigeon hole atau menyusun dengan kepala kasut menghadap pintu keluar amat dititikberatkan....suatu budaya nan masih segar. Menu di sini pula steamboat dan nasi putih... sedap juga buat pengalas perut hingga ke pagi berikutnya. Meja makan tradisi dengan duduk di lantai manakala kaki di dalam lubang agak selesa sambil menjamu selera.

Amatora Restoran Shinsaibashi
steamboat bersama nasi putih dan nasi goreng,
 boleh tambah looo  
Semua kaki berjuntai di lantai bawah meja
      Kepenatan seharian memaksa kaki menapak di seluruh peta musafir hari ke-5 pada (7.4.14) hanyalah terubat dengan kesegeraan melabuhkan tubuh di tilam peraduan. Selesai check in di Hotel Westin Osaka pada jam 8.53pm .Seperti malam-malam sebelumnya, aku meminjam adaptor hotel sebagai tambahan untuk mengcharge kamera dan fon. Kemudian kami diberikan ID internet sebagai keperluan nurani melayan whatapps mahupun Facebook. Bilik 1613 dipinjamkan untuk  kami memenuhi hajat bermalam.... wow bilik terbaik di sini,hotel 5 bintang , inilah antara keistimewaan Pakej Apple Tour.

Entrans ke hotel Westin
Kenalan Jemaah yg peramah
Westin Osaka

Ruang makan Westin menemukan ramai
pelancong Malaysia
Sarapan di Westin Hotel
Pelancong Malaysia pakej non-Muslim Apple,
sama menginap di Westin
          Malas, payah, dan berat sekali nak bangun awal lantaran teringatkan kena pergi ke Universal Studio Japan. Bukan kerana apa, cuma sehari suntuk nak berexplore di sana sama seperti keletihan di Disneyland. Kasihankan kaki, kasihankan juga mata penat meneroka, kasihankan perut dek sukar nak cari makanan halal... aduh!... "Rugi bayar pakej mahal-mahal... kena jalan-jalan" demikian moto semangat diriku dan Imah. Setelah Check out hotel Westin Osaka pada jam 9.00am pada 8 April 2014 aku dan Imah terus menaiki bas. Tetiba Mr Jafri memberitahu ada jemaah yang belum memulangkan adaptor. Oh, Azura adikku rupanya.......Nasib baik adaptor yang aku pinjam telah selesai diuruskan semasa aku memulangkan kad pintu bilik.  Tiba di USJ  jam 9.30am, benarlah kami antara pengunjung terawal. 

      Menyesal amat jika tidak ke sini, memang best panorama dan aneka permainannya sesuai dengan pelbagai peringkat usia. Tua-tua kami pun teringin nak cuba lantaran melihatkan tak ramai pengunjung dan tak perlu beratur panjang. Pabila mendekati pintu masuk ke tempat mainan tertentu, petugas di situ memaklumkan kami dalam bahasa Jepun dan dengan aksi sekali corak permainan disediakan. Inilah kelebihan petugas Jepun di sini, amat mesra pelanggan.

Kecanggihan rekabentuk ....sukalah
Tak ramai pengunjung, bebas posing
Naik bot di Backdraf
          Inilah pengalaman termahal hadiah untuk diri, tak mungkin akan melakukannya lagi, ataupun akan menjengah ke sini  kemudian hari. Merakamkan pengalaman terindah, rasa takut, rasa tercabut nyawa.... tetap abadi buat aku dan Imah warga pesara ni. Memulakan penerokaan kami memasuki Space fantasi, kemudian The Jaws merasai usikan ikan paus dan hidupan prasejarah. Menyusuli pula  Jurassic Park selama 15 minit menimba pengalaman dalam kegelapan pekat sambil penerjunan boat setinggi 25.9 meter untuk terselamat daripada T-Rex.

          Belum serik lagi tu, merasai spesial efek di Backdraf pula. Pada jam 12.10pm, selama 15 minit aku berperang dengan kesan goncangan boat di pelbagai gaya di Amazing Adventures Spider-Man, di sinilah aku tewas, kecut perut teramat....keluar peluh dingin kegerunan. Jam 2.00pm meneroka persembahan di Water World pula , dengan aksi berani dan terhebat... puas hati.


Permainan nan mencabut jantungku
Peta USJ
Pergerakan kapal yg dasyat... menakutkan

Pintu keluar
Petugas bantuan di USJ.Tetiba jadi faham bahasa
Jepun yg mereka tuturkan

Minum kopi je...
Pegawai USJ keluar pejabatnya melambaikan tangan
  kepada pengunjung yang pulang setiap 15minit
Petugas USJ pun tak jemu-jemu melambaikan
tangan sambil mengucapkan "Arigato "
         Sudah tidak terdaya lagi untuk meneroka di USJ lantaran amat keletihan. Kami check out USJ jam 4.30pm menuju ke sebuah lagi bangunan tersergam menghadap USJ. Melangkah masuk ke ruang beli-belah di Hard Rock mencari teman musafir, hanya ketemu Syira dan Ikin membeli ole-ole, manakala yang lain masih di USJ. Tiada yang memikat hati di dalam HR, maka sesi berselfie diteruskan sementara menanti Mr Jafri . Teringatlah aku akan percutian anak menantuku sekeluarga di sini pada bulan Jun tahun lepas . Hanya di USJ dan Tokyo Disneyland yang mereka kunjungi... 

Hard Rock Shop
Bangunan menuju ke Restoran Pinakhana USJ

Suatu aksi ajaran Nazmi
        Jam 4.30pm kami disajikan dinner di Pinakhana Restoran , Citywalk, USJ. Hanya dengan berjalan melalui aneka gerai di Bangunan City Walk tibalah di sebuah restoran Indian yang menyajikan masakan halal di sekitar sini. Lazat juga pabila pekena kari dengan nasi dan roti nan, seolah-olah sebagai penutup diner seperti malam pertama kami di Jepun. Berjalan kaki lagi selepas makan malam ni untuk ke parkir bas  memang bagus untuk kesihatan. Tetiba Mr Jafri memberitahu bahawa popo hilang kerana tersesat jalan. Semua gusar...semua risau... tak jumpa popo bermakna masalah besar buat kami dan Pak Rudy (menantu popo). Akhirnya selesai semua kemelut dengan penemuan popo di parkir lain.


Restoran Pina Khana USJ Citiwalk
Nasi beryani dan kari lazat
Syeila....Syeila

        Penginapan malam hari terakhir  pada 8 April di Hotel Kansai Airport Washington ,Kansai City telah  melengkapkan permusafiran kami  di bumi matahari terbit ini.  Hotel Kansai Airport Washington,di Kansai City amat berhampiran dengan Airport Kansai. Check in disempurnakan pada jam 6.30pm. Hotel 3 bintang yang serba sederhana ini memang dekat dengan pusat membeli-belah Rinku Seacle Outlet , Rinku Town, Kansai. Hanya melaui jejambat khas membawa kami berbelanja di sana selama sejam dari jam 8 hingga 9.00pm. Hanya mampu memikat hatiku sehelai jaket 2 musim buat diri sendiri yang berharga 15000yen (RM450). Itulah kenangan ole-ole dari negara Samurai.


Bilik 1104 Hotel Kansai Airport
Laluan bertangga ke ruang makan hotel Kansai
View Lautan Pasifik Utara dari tingkap hotel ,Lautan Pasifik Selatan
 diketemu tika berada di New Zealand tahun 2012
Rinku Seacle Outlet , Rinku Town, Kansai
       Malam terakhir memaksa kami berkemas semua bagasi , walaupun terasa sedih untuk meninggalkan bumi sakura nan permai ini. Malam itu aku diserang demam , mungkin badan terkejut dengan permainan di USJ. Selesai bersarapan ala kadar lantaran badan tak sihat, bersiap ke Kansai Airport jam 8.15am pada 9 April 2004 untuk kembali ke tanah air sendiri. Alhamdulillah ... Lama juga berbaris untuk check in bagasi di airport Kansai, Kononnya kaunter cuma 4 sahaja kerana  digunakan oleh Air Asia juga.  Selesai semua urusan, berbaris lagi untuk pemeriksaan imegresen dan kastam... ok . Pulanglah pengembara.... pulanglah.

       Mendapat seat 39G dengan pesawat MAS MH53,kami diterbangkan pulang ke KLIA dan selamat mendarat jam 5.10pm. Selesai solat barulah kami mengambil bagasi . Pulang ke rumah Imah dalam keadaan letih, sakit kepala  dan demam...tak terasa selain nak tidur puas-puas. Jam 9pm Yong Nadia membawaku pulang ke rumahnya.

Imah, Azah & suami, Azura (skaf biru)
Berebut sambal ikan bilis Zura(tangan suami Azah, Zura & Imah)
Jepun bumi Sakura/ Cherry. Mendarat di Narita, pengembaraan di Tokyo, Fujiyama,
Shizuoka, Hamamatsu, Kyoto, Osaka dan berakhir di Narita
Terjumpa akhirnya di Gotemba Factory Outlets....amat manja
Bas tempatan di Oshino Hakkai Village Fuji
Plat kereta mahal boleh menggunakan lebuh raya
plat utk kereta murah dilarang di lebuhraya
Bidet digital  @ washlet digunakan merata tempat
 (hotel, restoran, R&R dll) .Tidak di Disneylan & USJ.Harga RM2500

         Menu masakan Jepun yang disajikan di hotel dan restoran lebih kurang sama. Tidak banyak pilihan jika nak mengada-mengada memilih makanan. Sup isi ketam, gorengan udang, ubi, bendi  dan cendawan celup tepung tempura itu biasa.  Isi ikan kod, daging lembu  dan ikan salmon mentah memang tersedia 3 potong setiap seorang yang dicicahkan dengan sos soya hitam serta sambal lada hijau nan pedas amat. Sayuran bagaikan kerabu yang dicampurkan sea weeds serta kekacang dihidangkan secara buffet. Sejenis mi bersama sup isi ketam ada di mana-mana sajian bersama nasi putih. Ikan grill , seafood steamboat, sayuran mentah memang lazat. Sushi beraneka rupa dan rasa , aku baru belajar makan dan merasai keenakannya di sini. Kenalah belajar makan menu masakan warga Jepun lagi ya..

ubi celup tempura & sayuran
sambal lada hijau dalam mangkuk putih, sushi aneka rupa dan rasa
sayuran ala kerabu dan kekacang 
sup mi, labu, udang, bendi celup tempura; telur goreng,
 ikan panggang, sayuran & ikan serta daging mentah 
kekacang halal cadangan Mr Jafri... halal
Ikan grill

sos soya

Menu Indian 
Anjung tinjau KLIA menjadi sejarah kehilangan
 pesawat MAS MH370 bersama 239 insan 

          Demi masa, ingin sekali meneroka ke pulau Hokaido di utara Jepun nan terkenal dek keindahan panorama alam , kejelitaan serta ketampanan penduduknya serta mengenali tamadun penghuni pulau ini. Alhamdulillah... kepuasan terpahat di sanubari sebagai hadiah diri yang menjangkau usia 59 tahun serta menambah kasih sayangku kepada yang Maha Pencipta langit dan bumi serta segala isi alam ini. Terima kasih Allah.Alhamdulillah