Tuesday, July 2, 2013

Pertandingan Lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, Bermimpikah Aku



        Dalam buaian mimpi indah di siang hari Isnin 3 Jun 2013, loceng gate rumahku dibunyikan beberapa kali. Memang berat nak bangun sebab teramat letih setelah penat berkebun dalam kepanasan terik mentari pagi .tetapi loceng masih dibunyikan juga. Dalam keletihan aku meninjau melalui tingkap bilik, sedang berdiri di luar gate rumah 3 insan Melayu, beruniform dan di belakang mereka diparkir sebuah kenderaan MBI. Aku gusar, takut jika mereka nak memeriksa jejentik di sekitar rumah..... "mampus"...




        Aku ajukan soalan lagi dengan bertanyakan hajat mereka datang. Mereka memberitahu nak tengok laman rumah. Aku keluar lalu menjemput mereka masuk ke dalam pagar. Seorang pegawai wanita bernama. Hajah Haminah,dan 2 teman sepejabatnya lelaki. Mereka menyuruh aku masuk Pertandingan Laman Ceria  Anjuran Majlis Bandaraya Ipoh. Lantas aku menolak kerana tak bersedia dan kurang minat. Mereka terus memujuk dan sanggup melewatkan penghakiman kerana kes istimewa. Spontan keluar dari mulutku,"Jika masuk saya mahu menang." Pegawai tu menjawab, "Ok , tempat ketiga pun boleh menang". Pegawai lelaki itu bertanyakan rumah Major Sufian. Aku cuba menarik diri menyertai pertandingan kerana rumah Major lagi cantik. tetapi mereka secara pujukpaksa minta aku tandatangan borang penyertaan. Yalah.... aku pun tenyehlan di borang tu.

 Wajah Teratak Bonda sebelum bersara Jun 2010

Kacang tanah di bahagian kiri

Terung panjang dan cili di barisan kanan

Terung dan cili ditanam




2011 memulakan minat bersantai dengan alam
        Sepetang penuh aku tak boleh melelapkan mata walaupun waktu itu memang masa lena petang. Kepala otak berputar ligat, lagi lama aku bermalasan di katil lagi berat kepalaku....lagi ligat otakku berputar tak keruan. Akhirnya tubuh emas ini dengan sendirinya bangun mencapai tudung dan tas tangan. Duduk
sebentar , berfikir pula nak buat apa ya?.. Jari jemari pula menarikan pena menyenaraikan apa nak dibuat dulu. Aku melakar pelan laman yang di kanan dulu. Ooooo... kena ganti para sayur yang dah roboh!

      Koordinasi minda dan anggota tangan serta kakiku macam sepakat memudahkan segala urusan. Sikaki melangkah keluar bilik, manakala sitangan mencapai kunci rumah dan kereta. Kereta meluncur ke kedai hard ware Thow Kee Sdn Bhd di taman ni. Aku menunjukkan batang plastik...entah apa namanya yang ada pelbagai saiz. Nyonya tua pembantu kedai memberitauhuku namanya" PVC" . Pening kepalaku," nak berapa panjang , berapa batang "dll soalan yg diajukan pekedai tu. Akhirnya ia mengajarkan aku mengikut keperluan berpandukan gambar para yang aku tunjukkan kepadanya. Itulah yang kita Melayu kalah dengan peniaga Cina.... pasti jadi beli punya barang-barang mereka. Setelah memesan batu-bata, cat, jaring plastik dll keperluan , aku pulang mengubah susunan pasu bunga mengikut tema. Sambil itu segala daun kering, ranting tua atau apa sahaja yg mencacatkan pokok dalam pasu terpaksa dibersihkan. Pasu-pasu digantikan dengan saiz dan warna yang sama..... hinggalah Maghrib menghampiri diri, aku terpaksa bertangguh semua usaha...untuk esok pula.

     Pagi 4 Jun aku memulakan kerja setelah selesai solat Dhuha. Aku pohonkan kesempurnaan  kesihatan, kekuatan tenaga yang luar biasa dan kesabaran serta ketabahan Allah untuk melaksanakan semua kerja. Memang aku seperti robot TUA yang boleh buat semua kerja. Dinding tembok pagar penuh berlumut.... aku mencapai berus plastik, dan getah paip air. Semua kotoran kulit tembok batu ku berus sekuat hati luar dan dalam pagar. OOOO pinggang mula berdenyut  sebab duduk bangun tak ikut tertib... tak sedar diri dah seasoned. Aku menyusun batu-bata di luar pagar rumah memagar pokok bunga renek yang hidup terbiar. Susunan ala tembok Besar China konon... semua rumput liar dan batu-batu kecil dibersihkan. Cuaca mengizinkan aku membuat semua dengan tenag sambil berhibur dengan irama dan celoteh DJ Radio IKIM yang kupasang sejak mula kerja.

   




      Selesai operasi 4 Jun, kini memulakan keraham tenaga diri seawal  jam 8.15 pagi pada 5 Jun pula . Mujurlah ada lebihan cat dalam rumah yang kusimpan sejak tahun 2010, aku mula mewarnakan semua tembok luar dengan warna krim. Wau... cantik pula bila tembok dah berwajah baru dihiasi dengan pokok-pokok yang telah dikemaskan semalamnya. Aku mencari-cari apa lagi boleh dicat , sebab cat masih berbaki lagi.... hah mengecat lokngkang tempat bunga ros jepun pula.... seleai. Puas hati dan lega yang teramat. Aku meneruskan mewarna tayar dengan cat merah.... selagi ada benda yang memerlukan cat merah habis kusapu kerana nak jimatkan minyak pencuci cat. Disusuli dengan sapuan cat kuning, cat putih dan semburan cat biru di luar dan dalam pagar. Selesai beb !!!






     Selepas Solat Asar adikku Nab dan anaknya Atie tetiba menerjah ke rumahku. Kemudian adikku Aishah serta anak-anak daranya. Mereka membantu mencabut rumput di bahagian kiri rumah supaya pokok pegaga  dapat menyerlah. Pokok-pokok di situ dihiasi mereka dengan susunan sabut kelapa yang memang tersedia sudah aku kupas. Buah-buah  kelapa tua  mereka bawa pulang manakala semua sabut menjadi penutup  pangkal pokok.... hmmm bijak-bijak adik-adikku ni.... Tugas aku di situ cuma mengalihkan pasu-pasu besar pokok kipas serta mengecat semua kulit kelapa.... kerja yang mudah dan cepat. Yahoo... dah 40% siap....esok masih ada.

      

kulit kelapa dicat... pegaga bersaing dgn rumput
Buah kelapa pun kena cat



   Tanggal 6 Jun tiba.... huh banyak lagi belum dibuat ni. Nab menerjah pepagi tu dengan kain batik sarung
 je . Ia menyerah diri untuk membantu membina kolam improvasi daripada batu-bata, plastik biru dll keperluan menggunakan barang terbuang. Lidah kipas siling sebagai dinding belakang kolam yang disangkut pada jaring plastik lalu diikat pada palang besi pagar. Dedahan bunga Kesidang yang lebat berbunga di biarkan berjuntai menghiasi belakang kolam. Pasu-pasu paku-pakis disusunnya di sekeliling kolam yang bersulamkan pokok lidah jin dan bayam. Batu-batu sungai menghiasi depan dan dalam kolam. Burung bangau dan burung-burung kecil memeriahkan suasana kolam. Seleai sepagi menghiasi kolam.....Selepas solat Zohor aku meneroka bunga dan barangan taman yang harga murah di kedai bunga Happy Pot Enterprise , Ban Lee Seng Trading, KC Tan dll di Jalan Kuala Kangsar. Aku membawa pulang beberapa bunga gantung, batu-batu putih, pagar plastik dan 2 pokok bunga raya.




    Asar diselesaikan on time ....demi masa. Petang ini aku membina para daripada PVC untuk pokok kekacang yang ditanam di tepi pagar belakang rumah. Sengaja aku pasangkan para di situ sebagai keselamatan , kerana rumah jiran di belakang tiada penghuni. Di hadapan para PVC ni adalah para yang dah uzur yang diperbuat daripada kayu buangan kabel Telekom. Di situ berebut memanjat antara pokok petola, labu air, kacang panjang ungu dan peria katak. Sengaja aku buat begitu kerana nak jimat ruang dan kesuntukan masa tika itu lantaran aku nak ke Korea pada cuti sekolah bulan Mac 2013. Namun semuanya berbuah, tapi tidaklah melebihi 12 biji kecuali petola yang  paling ramah berbuah hingga kini. Maknanya, petola antara pokok yang tahan lasak bersaing. Setelah siap para, aku mengemas serta membersihkan kawasan sekitar sudut herba ni. Pokok kaduk, pasak bumi (hempedu bumi) dll aku cantumkan sesama jenis, justru mudahlah aku melabelkannya. Malamnya aku menggunakan piring plastik terpakai untuk melabel berepa herba yang terdapat di laman kerana kekurangan piring, tapi kira ok le.


Para PVC untuk kekacang menaungi Ulam Raja



Para uzur

Cili padi, kailan, pisang & anggur

       Tiap malam kesakitan menguli lenaku tubuhku  akibat kerja keras dan kepenatan mengangkat serta mengalihkan  pasu-pasu besar sekitar laman. Mujurlah ada kereta sorong yang kempis tayarnya yang memudahkan aku mengalihkan pasu berat. Aku membuat check list bagi memudahkan kerja berjalan lancar dalam masa sengsara ni. Esoknya 7 Jun 2013 (Jumaat) aku memulakan kerja membuat dam gergasi dan teng-teng di dataran simen. Menggunakan 12 binding tape dan cat merah kuning aku menggayakan pengalaman semasa bertugas di sekolah dulu. Walaupun dataran simen tu banyak yang retak tetapi kelihatan cantik setelah siap berwarna permainan rakyat untuk cucu-cucu dan anak buahku bersantai. Pasu-pasu plastik kecil pemberian adikku Aishah dan kutambah 8 biji lagi daripada Mydin sebagai anak-anak caturnya. OOOO memang berhasil... Syahinda dan Ira anak buahku, tak sabar-sabar nak bermain di situ. Kebetulan ketika ini (2 minggu) cucu-cucuku tiada di rumah kerana bercuti ke Jepun , memudahkan segala kerja tanpa gangguan. Semuanya kuasa Allah yang maha mengetahui dan mengtakdirkan semua perkara buatku. Terima kasih Allah.






     8 Jun aku melakukan kerja-kerja 'Touch Up' yang ringan sehingga jam 10 pagi. Semuanya lantaran nak meraikan kakakku dan familinya yang akan bertandang hari ni. Aku memandu kereta ke Restoran Anjung
D-Puncak untuk mengambil Mi Kari dan beberapa lauk yang dipesan buat jamuan mereka. Sempat singgah lagi di kedai bunga di Jalan Chemor untuk mencari pokok janggut, namun hampa. Puas meninjau di kedai-kedai bunga di Jalan Kuala Kangsar dan Chemor tiada pokok janggut yang besar. yang di pasu kecil pun belasan RM harganya. Menyesal aku tak menjaga dan membiakkan pokok ini seperti yang pernah aku lihat di rumah jiran Nadrah tika di Senawang dulu.

     Allah mengaturkan segala kemudahan buatku. Anak saudaraku Fizal, mahir bab letrik, dia membantu memasang wayar letrik dll keperluan agar pasu air terjun berfungsi di kolam . Cara aku menyambung bekalan letrik ke kolam itu amat menyedihkan....dan kurang selamat, maklumlah letrik bukan bidangku. Kini aku tak gusar akan berlakunya ketirisan letrik jika dipasang berpanjangan. Selesai 8 Jun dimanfaatkan buat meraikan keluargaku. Esok...lusa....tulat..... demikianlah baki hari yang ada buatku selesaikan semua kerja.

     Cat batu masih berbaki sedikit, namun tembok batu dan set meja batu masih belum dipakaikan kulit baru. Rentak hati membawa tanganku menyapukan cat ke meja batu. Semua kaki meja dan bangku batu diwarnai rona krim, manakala di muka meja dan sisi kusapukan cat kuning . Semua keliatan menyerlah dipayungi payung plastik berwarna  merah, kuning dan biru, masing-masing  bersantai dilaman bonda. Dam gergasi dan Teng-teng kusapukan buat kali kedua dengan cat kuning supaya lebih tebal dan lebih bermaya di lantai simen itu. Oooooho semua dilaksanakan seperti tenaga dan gaya sebuah ROBOT. Alhamdulillah , syukur amat kerana Kau kurniakan aku Super Tenaga dan Duper idea dalam menyempurnakan tugasan pada saat-saat akhir hari ni Ahad 9 Jun . Aku membulatkan mata meneliti semua catatan di senarai semak yang kubuat 2 hari lepas. Aku memotong semua perkara yang telah selesai, lalu mancatatkan perkara baru yang perlu kubereskan sambil meninjau seluruh pelusuk laman di kiri dan kanan rumah mencari-cari apa lagi yang memerlukan 'touch up'.









     Allah merancang semua perkara, menentukan gimana aku dapat melakukan semua kerja dengan mudah, lalu muncullah seorang remaja yang menjual kuih. Saiful, anak seorang pekerja pembersihan, memang susah hidupnya . Ia selalu membantu aku bekerja di kebun dengan upah yang boleh membantunya memiliki wang poket sendiri tika bersekolah. Buah pisang, ubi kayu, sayuran dan barangan sekolah serta basikal anakku sudah digunakannya. Saiful menyerah diri setelah selesai menjual kuihnya pada sebelah petang. Ia membantuku mencabut rumput-rumput liar di sekitar pokok Dragon sambil menyusun batu-batu sungai di situ. Tamatlah satu hari nan panjang meleraikan sebuah impian. Ohhhh esok 1 hari lagi, apa nak buat?????

Saiful membersihkan pokok dragon





    Isnin menjelang menggantikan Sabtu dan Ahad hari cuti. Bermakna aku perlu melakukan semua kerja seorang diri. Bermula jam 7 pagi 10 Jun aku melakukan kerja-kerja sambil duduk di kerusi plastik. Aku menyusun batu-batu besar dari sungai di tepi kebun di sekeliling pokok dragon dan pokok bonzai bunga kertas. Aku menambunkan tanah sebelum menyusun batu-batu supaya kelihatan timbul. Batu-batu yang sama saiz kukutip dan ditukar ganti untuk mendapatkan view yang menarik. Nak aku cat tapi dah tak sempat, namun membiarkan batu-batu sungai itu dengan rona keasliannya lebih baik. Pabila mentari meninggi  mencurahkan bahang panasnya, aku mengalah. Bukan berehat... tapi manfaatkan masa dengan mengecat tong sampah pula. Anak buahku Inda kupinta melakarkan muka kartun buat kuukirkan pada kulit tong smpah itu. Tetiba Rahim seorang tukang kebun menyerah diri memotong daun kelapa yang tak terurus. Sudi pula dia membuangkan daun-daun tersebut di tepi kebunku. Rahim inilah yang banyak membantu aku  memesin rumput, meracun dan juga mencantas pokok bonzai di kebun, di rumah serta di rumah adiku Nab.Alhamdulillah.... siap.

     Petangnya aku memanjat tangga mencantas ranting-ranting liar pokok kesidang atau kerak nasi. Hujan gerimis mengizinkan aku memanjat dalan suasana dingin. Banyak pula perlu dikemaskan sebab sekian lama pokok ini tidak mendapat belaianku, lantaran sibuk melayan cucu-cucu di rumah. Hingga maghrib kerja selesai, tapi belum pun membersihkan sampah dedaun yang dipotong itu.


    Hari terakhir... hari terakhir..... aku terjaga awal . Sepanjang malam sukar melepkan mata lantaran memikirkan laman.... laman.... laman..... Pagi 11 Jun aku manfaatkan peluang ruang masa dengan membersihkan dedaun dan sampah pokok kesidang . Penuh 3 beg plastik sampah aku hantar ke kebun. Rak kasut besi dan rak kayu lama turut ke kebun  bersama semua barangan  rosak. Koridor rumah perlu dibersihkan serta diceriakan. Hah... dah bersih aku perlu ke kedai membeli air mineral untuk hakim-hakim MBI yang akan datang nanti. 










  

     Petang itu aku mengemaskan koridor sekitar tempat kucing pula. Semua kayu , besi, peralatan berkebun dan pembersihan aku susun di suatu sudut. Longkang aku berus untuk membuangkan semua lumut. Getah salur air aku pasangkan pengalas pvc supaya tidak menghalang sampah dan air mengalir di longkang. Tetiba telefonku berdering. Hjh Haminah. Pegawai Lanskap MBI memberitahu nak datang esoknya. Aku terkedu...Aku rayunya,"Kan dah janji nak datang 13 atau 14 Jun. " ooo rupa-rupanya dia acah aku je. Akhirnya dia setuju menghantar hakim pada 13 Jun. OOO lega amat. Lagi ligat aku bekerja, bukan macam robot tapi dah macam kereta lumba je. Lenaku malam itu bagaikan mayat terbujur.... tak ingat dunia dah....tubuh umpama dihempap batu berat, tak terdaya mengalihkan badan. Namun aku terus memanjatkan doa moga Allah menganugerahkan aku super duper tenaga untuk 1 hari bonus esok 12 Jun.

     Loceng jam fon 5.15 pagi berdering, namun aku tak mampu membuka mata, tak mampu mengangkat tangan untuk menutup alarm yang tegas berdering. Tetiba azan subuh berkumandang , sayup-sayup di cuping telinga. Subhanallah!!!!! aku bingkas ke bilik air bersedia untuk solat. Meneguk bancuhan Oat 3 dalam 1 sebagai sarapan, aku lantas memulakan operasi di saat-saat getir . Aku meletakkan bunga hiasan, mengalas meja dan rak kasut serta mengusun semua barangan di koridor supaya tampak kemas dan ceria. Rona pink alas meja memang menyerlahkan suasana koridor yang sebelumnya malap sahaja.

      Cat kilat masih banyak berbaki. Aku mengecat semua  tempat yang memerlukan warna yang menyerlah, Ini termasuklah, tayar, sabut kelapa, buah kelapa dan meja batu. Adikku Aishah datang bersama anak-anaknya yang tak sabar-sabar nak bermain Teng-teng. Mereka bermain adik-beradik sementara  kami berbual kisah Aiman mendapat tawaran kerja di Shah Alam. Hari-hari terakhir aku menyiram pokok 2 kali kerana terlalu panas dan untuk mempastikan semua pokok segar. 

     13 Jun menjengah seperti dijanjikan, aku menanti kedatangan hakim-hakim MBI. Sejak jam 7 pagi aku menyiram semua pokok, membersihkan longkang dan membuat semua kerja sebelum hakim tiba, Sehingga jam 10 pagi, masih tidak nampak kelibat mereka. Aku memberanikan diri menelefon Hjh Haminah bertanyakan pemantauan hari itu. Beliau memberitahu akan datang petang tetapi selepas mesyuarat . Oooo banyak masa, jika aku menanti "amat menyiksakan'. Aku memandu kereta ke restoran Anjung DePuncak untuk memulangkan bekas makanan mereka. Aku menikmati makan tengahari sambil berbual-bual dengan Sal pemilik restoran. Tiba di rumah aku mengadap Laptop meng upload gambar-gambar terkini yang dirakamkan. 

      Tetiba loceng gate dibunyikan beberapa kali. Aku menerjah ke tingkap.... hakim dah datang. Aku keluar melayani mereka di sekitar laman. Hakim nan muda-muda dan  yang perempuannya cantik-cantik pula.... kecuali seorang lelaki yang pernah datang pada 3 Jun melamar tamanku untuk masuk bertanding dan mereka panggil 'Pak Cik Zulkifli. Seorang hakim merakamkan gambar seluruh laman, 2 hakim wanita Norfarahaleena bt Mohd Yusof, Farahana bt Amir Hamzah;(memegang fail sambil menilai...... ketua mereka Mohd Nazim b Mohamed Nor (arkitek Lanskap) cuma jalan-jalan sambil meninjaulah kot sekitar lokasi.

***** Sekitar Pemantauan hakim Majlis Bandaraya Ipoh pada 13 Jun jam 3,30 petang Khamis.



En Mohd Nazim (dibuaian rotan), En Zulkifli,  Cik Noorfarahaleena & Cik  Farahana

Rezeki mereka... menikmati buah longan 


  
       Isnin 24 Jun 2013 jam 940 pagi panggilan dari "private number".... memperkenalkan dirinya  sebagai Pn Hjh Haminah setelah salamku dijawabnya. "Tahniah puan, puan berjaya mendapat tempat kedua", demikian ayat kedua yang terdengar di cuping telingaku. "Alhamdullah".... jawabku pantas."Terima kasih kerana memilih laman rumah kak sebagai pemenang dan mencalonkannya dulu." Pegawai itu memberitahu akan datang eoknya antara jam 8pagi hingga 1 petang untuk mengambil gambar laman dan tuan rumah. Aku bersetuju dengan semua perkara..... tanda syukur sebab dialah yang mendorongkan rezeki buat lamanku. Pn Hjh Haminah yang tak pernah aku kenal, tetiba sahaja Allah takdirkan datang ke rumah, mencalonkan, memberi semangat ,membawa rahmat sehingga menang walaupun di tempat kedua.  Aku bayangkan cuma memenangi tempat ketiga atau pemenang hadiah saguhati je sbb 9 hari punya operasi.

     Jam 12 tengahari aku membawa cucu-cucuku ke Jalan Kuala Kangsar membeli pagar plastik dan tambahan bunga gantung dan bunga kolam kerana bunga lama sudah layu akibat terlalu panas dan jerebu teruk masa ini. Alhamdulillah cucu-cucuku berkelakuan baik mudahlah aku membawa mereka membeli keperluan . Kepulangan ke rumah aku terpaksa segerakan lantaran Izz sudah mengantuk walaupun sudah dirasuah jus limau dan jus manggo milik kakaknya. Setelah menidurkan mereka di bilik , aku memulakan operasi menggantung semua bunga, memasang pagar dan membersihkan bahagian herba. Terima kasih Allah..... datang pula si pemotong rumput MBI. Aku memberitahunya bahawa esok pegawai MBI akan datang rumah. Aku memohonnya supaya memotong rumput mengikut citarasaku di luar pagar. Aku menghadiahkannya buah longan je kerana keikhlasannya membantu.
  
       Jam 5 petang aku terpaksa menempatkan cucu-cucu bermain sekitar koridor  berbumbung dengan kipas siling berpusing ligat menghalau jerebu masuk ke situ. Aku bentangkan tikar getah, meletakkan mainan, 2 botol air minuman (Ribena dan air kosong), dan 2 kerusi rendah. Mereka ok  ..tapi amat bersepah jadinya semua mainan... 

     Semua kerja pembersihan siap sehingga jam 7 petang sewaktu anakku pulang dari kerja. Akhir tugasku memancut seluruh permukaan simen dengan air sambil menyiram pokok. Cantik.... siap semuanya .Azan maghrib berkumandang, masa aku berehat mengahadap Maha Pencipta. Adikku menyediakan minuman air mineral untuk pegawai MBI yang akan datang esok, siap aku susun di atas meja.

      Hari Selasa 25 Jun nan dinantikan tiba .Bermula jam 7pagi aku telah melakukan apa yang perlu sambil menunggu cucu-cucuku bangun. Kemudian kami pergi ke gerai membeli makanan kesukaan mereka, pau kelapa, karipaf, nasi lemak dan mi goreng. Sedang bersarapan, loceng gate berdering.... "ooo Mak Su & Opah Andak dah datang", kami menerpa ke pintu depan. Huh... pegawai MBI rupanya... aku tak mandi lagi... cucu-cucu berselemus dengan makanan... Aku menjemput mereka masuk . Selepas bersalaman, mereka membenarkan aku menukar pakaian untuk sesi bergambar. Mereka menikmati buah longan yang sedang ranum di pokok depan rumah sementara menantiku bersiap.Seorang pegawai merakamkan gambar di laman, sementara Pn Hjh Haminah memberitahuku tentang majlis penyampaian hadiah. Rupa-rupanya ....yang sebenarnya , baru aku faham bahawa sesungguhnya yang demikian adalah Pertandingan Laman Ceria Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-25 Bandaraya Ipoh (Jubli Perak).

     Tanggal 30 Jun Ahad aku dan keluarga dijemput ke Taman Rekreasi Gunung Helang, di Jalan Kuala Kangsar untuk menerima hadiah berupa wang RM750, sijil penyertaan dan 2 hadiah iringan. Beliau memaklumkan program bermula sejak jam 9 pagi yang menyediakan pelbagai pertandingan, pameran  dan aneka aktiviti. Kami mengakhiri pertemuan dengan salam dan mereka meninggalkan harapan buatku "Jumpa lagi pada 30 haribulan,ya".... Ku jawab,"Insyaalah"...

Inilah Foto menjadi Paparan di Buletin MBI

Bersama pegawai MBI selepas sessi fotografi pada 25 Jun


      Jam 11 aku sudah tiba di Taman Rekreasi Gunung lang buat kali pertama dalam sejarah hidupku, jarak dari rumahku kira-kira 10 minit pemanduan. Memang menyesal tak sudah jika aku tidak hadir pada 30 Jun 2013, bukan kerana menerima hadiah tapi lebih utamanya menikmati satu lagi anugerah Ilahi yang paling menakjubkan. Ada tasik di habitat banyak ikan pelbagai spesis, dan menjadi lubuk pertandingan memancing hari ini. Ada padang mainan, laluag joging, dan kawasan riadah yang amat indah. Ada juga pertandingan memasak, pertandingan karaoke dan banyak cabutan bertuah untuk para pengunjung.

     Selesai menerima hadiah sekitar jam 2 petang, anak-anak Cikgu Zainal dan isterinya Norizan (sepupu Long Aziz, abang iparku); pulang bersama sambil membantuku membawa hadiah ke kereta. Pengalaman indah, dapat menikmati panorama alam nan memukau mata, bertemu kawan-kawan  lama dan saudara yang turut memenangi pertandingan yang dianjurkan. Alhamdulillah.


     Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah di Taman Rekreasi 
     Gunung Lang, Jalan Kuala Kagsar Ipoh.

View Taman Rekreasi Gunung Lang

Johan Kategori Rumah Bunglo, Kawan di SK SERI AMPANG
Johan Kategori Rumah Tradisi jiran di Chepor juga
Johan Kategori Rumah Teres

Pemenang kategori Rumah Tradisi




Johan Kategori Rumah Teres, Cikgu Zainal, x-staff mate &
 Norizan sepupu Long Aziz
DatukBandar Ipoh,Dato' Haji  Rashdi b Hj Hashim ,
Diyana (anak cikgu Zainal membantu terima hadiah)
 & pengarah Lanskap MBI
Hadiah dan sijil kemenangan:









   Ya Allah, aku coretkan pengalaman dan segala perjalanan operasiku selama 10 hari di Laman Bonda @ Laman Mini New Zealand , buat tatapan anak cucu dan para sahabat. Usah bimbang memberi tika kita  memilikinya, kerana Allah pasti menggantikan dengan yang lebih baik ,lebih sempurna dan lebih bernilai lagi bermakna untuk kita, insyaalah.