Monday, September 17, 2018

Dengan Bas Ke Central Europe


       
         Memulakan kembaraan sessi 2018 dengan memilih 7 negara di Eropah Tengah. Mencuba pakej Kembara Sufi bukannya tiada pilihan lain. Malahan kekawan juga menyetujui pakej ini. Tak cuba belum tahu. Berkampung di dalam bas sepanjang siang selama 11 hari. Berperang dengan batuk dan selsema, disulam pula dengan demam ringan (dedar) . Belum pernah mengalami situasi sebegini sebelum kembara. Walaupun bermacam usaha dilakukan untuk menyediakan diri ke tahap sempurna kesihatan, namun Allah nak uji hambaNya ini. Peringkat awal diperantauan memamng berperang dengan batuk dan mengantuk. Namun Allah masih sayangkan hambaNya, hari ketiga sudah beransur pulih. Alhamdulillah.

       Pesawat SV835 Saudi Air dinaiki pada jam 7.30pm. Selama 8 jam 23 minit menuju ke Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah jam 11.40pm. Menikmati penerbangan seterusnya ke Milan dengan pesawat SV 213 Saudi Air pada  jam 2.25am 22 April. Tiba di Milan  jam 7.00am  pada hari yang sama.

Bas Persiaran dari Italy ke  6 negara Balkan berakhir di Turkey

Milan &Venice di ITALY, Zagreb di CROTIA,Sarajevo di BOSNIA,
Tirana di ALBANIA, Skopje diMACEDONIA, Sofia di BULGARIA
dan Istambul TURKEY


       Sabtu ,21 April 2018 menaiki Bas Yoyo bersama teman kembaraku Normah menuju ke KLIA. Sessi berkenalan bermula di KLIA dengan jemaah kembara ini dari merata tempat. Usia kami lebih kurang sama ,warga pesara. Barulah kenal dengan Tour Leader Ustaz Mohd Zikri dan Ustaz Nik Hayyi. Mereka sebenarnya tiada pengalaman kembara di Balkan, serupalah dengan kami . Di sinilah bermulanya timbul "Kelecehan" sepanjang musafir. Semua itu kuketepikan. Berbekalkan dengan pengalaman kembara bersama pakej-pakej lain banyak membantu urusan diri di permusafiran ini.

          Check in bagasi jam 3.30pm diuruskan oleh staf pakej. Taklimat jam 4.30pm . Chek in jam 5.00pm melalui Gate C3 dan duduk di seat C37.

Sambil menunggu taklimat di KLIA
Dengan Staf Kembara Sufi
Travel partner
Menu dinner Flight SV Suudi Air ke Jeddah

        Penerbangan ke Jeddah untuk transit ke Milan  menyajikan menu makanan Melayu pada jam 9.05 malam. Selepas makan memujuk mata lena untuk mendapatkan bekalan tenaga untuk hari-hari seterusnya.  Tiba di Jeddah jam 1.13am, terus bersolat jamak takhir  kerana kecukupan masa . Jam 2.25am menaiki pesawat kecil Saudi Air SV213. Duduk di seat 41K dibarisan 6 seater . Jam 3.00am bersarapan roti telur dan teh O bersama ubat selsema dan batuk. Jam 6.36am selamat mendarat di Milan. Selesai urusan tuntutan bagasi jam 8.00am.

          Kami dibawa menaiki bas menikmati panorama di sepanjang laluan ke kotaraya Milan. Suhu pagi di Milan 17Celcius. Jam 9.20am singgah di Sforza Castle yang terletak di utara Italy. Dibina pada kurun ke-15 oleh Francesso Sforza . Beliau Duke Of Milan. Napoleon memanggilnya San Marco "The Drawing Room Of Europe" . Di sini dikatakan tempat "A breathtakingly beautiful Place" .
        Tiba di Duamo Cathedral Of Milan jam 12.30pm. Menikmati view indah disini dalam kedinginan suasana . Sebuah gereja yang " Dedicated to St Mary of the Nativity (Santa Maria Nascente). The seat of the Archbishop Mario Delpini.The largest church in Italy". Meneruskan berjalan kaki menuju ke suatu tempat tersohor. Menikmati panorama pusat membeli-belah ternama para artis dan orang tersohor dunia. Cuma  menjamu mata. Amat mahal bukan citarasa diri !

Airport Milan


Sforza Castle Milan



Menument berbumbung plastic Bag besar yang bergerak-gerak
 pabila ditiup angin


Duamo Cathedral Of Milan




Pusat membeli-belah berbumbung



Nenek-nenek relax tidak boleh berbelanja


       Jam 1.40pm bersolat jamak di dataran bersimen di suatu stesen minyak . Makanan tengah hari beli sendiri di kedai serbaguna di situ. Spageti sayuran " Risotto AI Fungi" besama air kosong rezeki mengalas perut . Kebiasaan untuk hari pertama tiba di destinasi , pakej pasti menyediakan makan tengah hari kepada semua peserta. Memandangkan perjalanan jauh dan sukar bagi jemaah nak menyediakan makanan sendiri. Ini TIDAK  berlaku dengan Kembara Sufi!!!!   Terasa terabai pabila jurujual pun tidak faham bahasa Inggeris. Sukar memilih makanan halal di sini. KECEWA! yang pertama.

Bersolat di tepi stesen minyak
Lunch hari pertama di Milan


        Bergerak ke Venice jam 2.10pm. Menikmati panorama alam sepanjang perjalanan nan jauh . Check in Hotel Ca Di Valle Venice jam 5.10pm. Dinner di hotel dinikmati  jam 7.30pm yang menyajikan menu kentang goreng, pizza sayuran dan telur goreng sayur. Kamar nombor 311 selesa buat merehatkan tubuh yang sudah 2 hari tidak berbaringan. Juga dua hari sudah tidak mandi.










Hotel Ca Di Valle Venice


Muka kelaparan menunggu makanan dihidangkan
sarapan


           Hari ketiga kembaraan pada Isnin 23 April 2018 . Jam 4.03minit dah memasuki waktu solat Subuh di Venice. Dah terjaga dari tidur jam 3.00am, lantaran mata dari Malaysia mengekalkan rutin jadual jaganya seperti biasa.  Jam 7.00am bersarapan roti, telur rebus dan lain menu vegetarian. Jam 7.45am bergerak untuk City Tour sekitar Kota Venice. Tiba disuatu jeti untuk menaiki Private Boat Trip ke  San Marco  Square. Selama 15 minit menyusuri Canal Di San Marco dengan menaiki Bot Bellini Raffaello Navigazione. Bahagianya menikmati panorana terusan dari atas bot 2 tingkat.

           Jam 10.00am melihat pameran Pembikinan Stand Glass di sebuah bengkel di kilang kaca San Marco. Jam 10.15am hngga 10.45am menaiki gondola menyusuri sungai San Marco. Membeli buah tangan sebuah beg tangan mini disebuah kedai kulit tempatan. Untuk Izz Farees dan Khaleel dibelikan T-shirt hitam.  Menaiki bot yang sama ke jeti untuk menaiki bas balik di Cavalino .

Bellini Raffaello Navigazione Boat

dalam boat
Canal Di San Marco Venice



San Marco Square Venice



Piazza Di San Marco Vanice




Kedai barangan kulit Venice



Kilang kaca San Marco
Grand Canal Venice bergondola







        Jam 1.45pm bas memabawa kami menuju ke Crotia. 2 hari di Italy menghampakan. Kurang meneroka tempat menarik. Melewati ladang anggur sepanjang perjalanan. Anggur merupakan eksport utama Itali. Singgah bersolat di R & R Picnic Area Ristop. Bersolat di dataran berumput . Mengambil wuduk di tandas R&R menyebabkan dimarahi oleh petugas di situ. Semuanya dek karenah jemaah yang kurang berdisiplin. Habis lantai tandas basah, sinki kotor . Buat gaya berwuduk seperti dirumah sendiri !Siapalah tak marah!!! Dah diberitau berkali-kali , sejak dari Malaysia lagi "Orang Balkan TAK SUKA LANTAI TANDAS BASAH" .Selesai solat makan tengahari menu Brahim  . Sambil duduk makan di bangku taman dan menikmati alam sekitar.

Bersolat di padang di R & R Picnic Area Ristop

R&RPicmic area and Ristop di sempadan memasuki Crotia
Ladang anggur







          Jam 3.50pm meneruskan kembaraan. Jam 5.30pm menyberangi sempadan Slovenia sebuah negara kecil. Laluan di Slovenia menampakakan kawasan berbukit-bukau, dengan pokok-pokok tinggi subur. Tanahnya berwarna hitam, memaparkan kesuburan buminya.

             Seronoknya tika turun naik bas di dua sempadan negara berjiran. Turun bas untuk cop pasport keluar dari Itali jam 7.18pm. Naik semula bas . Dalam 10 meter kemudian turun bas lagi jam 8.22pm. Kali ini mengecop pasport untuk memasuki Crotia pula. Hahaha ! Macam budak sekolah berbaris panjang, Disini terjadi kisah lucu tapi cukup mempanikkan diri. Terleka melihat foto2 dalam fon dengan Cikgu Normah, tidak perasan semua peserta sudah turun berbaris untuk pemeriksaan imegresen. Alhamdulilah, Allah bantu kami ! Kami segera turun pabila melihatkan tiada orang di dalam bas.

            Tiba di Hotal Holiday Zagreb, Crotia jam 9.00pm. Ooooo! indahnya  kenangan waktu dinner di sini. Tersedia dipamerkan pelbagai sijil Halal yang diterima oleh hotel ini. Memang makan sepuasnya. Juadah makanan pula amat enak , nasi dan daging bakar. Bermalam di kamar 239 hotel ini memang ok dengan 2 katil single. Masalah pula timbul dek AIR paip di hotel semuanya berkeladak batu kapur. Habis melekat pada bahagian dalam periuk. Nak minum air masak pun takut apabila kelihatan banyak serbuk putih di dalam periuk. Justru, belilah air mineral untuk dimasak.



Dinner


Keladak putih pada dalam periuk


         Selasa 24 April, selesai bersarapan masih dengan iteneri City Tour. Kali ni di kota Zagreb pula. Memulakan kembaraan dengan doa perjalanan. Kemudian takzirah dari surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 3 tentang adab bermusafir. Terutamanya tika ditimpa ujian. Memang mengena benak hati jika menghayatinya.

        Miss Evana, Tour Guide memberitahu populasi Crotia 4.5 milion. Menggunakan mata wang Krona dengan kiraan 7.3 krona bersamaan 1 Euro.  Menyapa diri dengan panorama di Pasar Harian Zagreb jam 9.30am. Menjamukan pengunjung setiap pagi dengan produk petani dan pasar lambak sepanjang tahun. Menjual daging segar, ikan, sayuran, dan buah-buahan keperluan harian penduduk. Paling sibuk di pasar ni  tika hari Sabtu. Melewati beberapa bangunan bersejarah seperti gereja, gedung beli-belah dan bank. Sebuah bandar yang aman. Menapak sepanjang kawasan pasar dan sekitar bandar.  Bertemu beberapa pelajar remaja yang peramah. Membeli buah pisang pengganti nasi dan sarapan. Merasai keenakan buah tempatan untuk makan malam.

         Jam 12.30pm bersolat di Islamic Zagreb Centre (1981-1987 pembinaan). Sebuah masjid yang indah tersergam di pagari pepohon rimbun menghijau. Di entrans masjid ini disediakan kawasan berehat berbangku kayu. Sambil berehat dan menikmati makan tengahari di bawah rimbunan pepohon , dapat memandang   ke masjid nan indah. Tempat parkir bas pun luas disediakan.

kota  Zegreb 




Memorial lokasi kota lama Zegreb

Kota Zegreb


Laluan ke Zegreb Markets

pasaar lambak (Flea Markets)

Tidak semua penjual disin menerima matawang Euro


Terkejut melihatkan cili yang besar

koleksi buah bekalan perut

Menjual barangan hasil kraf warga tempatan



Kumpulan pelajar remaja yang peramah boleh berbahasa Inggeris



Zegreb Islamic Center



Lunch box dan nasi Brahim
Lunch Free dari pakej

Sampah yang dibuang jemaah kami di depan
masjid selepas solat dan lunch

       Selesai lunch bergerak ke Plitvice Lakes, Crotia pada jam 2.00pm. RM18 harga entry ke sini. Tiba jam 4.10pm.  Keluasan lokasi 295 km persegi. Merupakan "Forest reserve in center Crotia. Known for a chain of 16 terrace lakes , joint by waterfall and extend into limestone canyon (gaung). Walkway and hiking trail wind around and across the water. Electric boat link the 12 upper and 4 lower lakes. The site of veliki slap (jeram/lata) 78meter hight waterfall".

     Memang teruja menikmati anugerah Allah . Mata terpukau seketika keasyikan melihatkan panorama terindah. Berjalan kaki di atas titian kayu menikmati  pemandangan dengan aneka air terjun. Kedinginan suasana amat melekakan. Tamat perjalanan di stesen P3 Jezero Kozjak jam 5.40pm untuk menaiki bot letrik pula. Meninjau sekitar lokasi sementara menantikan ketibaan bot. Ada beberapa gerai jualan makanan dan cenderamata. Terdapat tandas dan taman untuk berehat. Boleh bercamping di dataran nan luas disini. Terdapat juga jalan bertar untuk kenderaan darat yang memudahkan pengunjung dan "Jungle Tracking"

       Menaiki bot terakhir jam 6.00pm di stesen P3 . Masih disajikan keindahan alam sepanjang berlayar ke Stesen P1 untuk menaiki bas pula. Dua setengah jam kembara di sini amat berbangga . Dengan kasut merah "Medic Shoes" tidak terasa sakit kaki pun. Berjaya menakluki tempat riadah yang mendapat pengiktirafan UNESCO.


Titi kayu menghubungkan antara tasik di sini



Veliki Slap 78meter













Stesen P3 menarik 



Jeti P3 tempat menaiki bot letrik



Bot letrik

Staf bot letrik dan Tour Guide Evana

     Sepanjang laluan menuju ke check point imegresen menampakkan banyak ladang RAPESEEDS. Merupakan antara bahan eksport minyak sayuran keluaran Balkan. Memang indah menguning seluruh ladang. Kekadang diselang-seli dengan kehijauan ladang rumput ragut dan ladang buah-buahan. Tiba di Check point Imegresen Crotia jam 7.45pm. Berjalan kaki 3 meter sudah memasuki check point Bosnia pula.... hebat!. Masih melihat view menarik di sepanjang perjalanan ini. Tiba hotel Emporium di Bihac jam 8.17pm. Menikmati dinner di hotel

ladang rapeseeds spanjang laluan di Crotia


            Hari kelima di Balkan, kami meneroka bumi Bosnia Herzigovena . Selasa 25 April suhu diluar 10C. Berbekalkan sarapan dengan roti dan yogurt serta telur rebus. Dengan takdir Allah ketemu dengan penyanyi Hafiz Hamidon di depan hotel,yang turut bercuti di Bosnia. Menaiki bas jam 8.21am menuju ke Jajce. Sepanjang laluan ke sana memaparkan panorama terindah. Ladang anggur utamanya, disamping ladang buah limau dan buah-buah mediteranean lain. Ladang ternakan biri-biri juga memenuhi dataran tanah pamah nan subur di meadow. Kami diberitahu , Itali, Slovenia, Crotia, Bosnia dan Montenegro merupakan Ottoman Empire dahulunya.

Hotel Emporium Bihac
sarapan di hotel Emporium
Hafiz Hamidon artis Malaysia

           Jam 11.00am tiba Kawasan R&R Jajce . Menikmati kopi tempatan di sebuah cafe disitu. Singgah kebetulan ada jemaah nak ke tandas. Dapatlah bersiar-siar sekitar kawasan rekreasi air di hadapan cafe. Tersedia beberapa bot membawa penumpang meneroka panorama tasik. Juga beberapa permainan air tersedia untuk pengunjung.








       Jam 12.10pm tiba pula di Jajce Watermill , Bosnia. Dikenali juga " Museum Under Open Sky". Catatan menerangkan "Cluster of 20 little wooden huts. Once ground local farmer wheat into flour during Austro-Hungarian Empire. Locate central region of Bosnia Herzegovina. Meeting of 2 rivers Pliva and Vrbas." Walaupun  Jajce Watermill ini tidak luas, namun cukup memukau dengan keindahan alam sekitarnya. Bersih kawasannya. Dingin udara dimerata, menyejukkan pemandangan.


Jajce Watermill , Bosnia


         Dari Travenik, destinasi berikut ke ELCI Ibrahim-Pasina Medresa. Singgah bersolat dan makan tengahari di sini . Madrasah yang merupakan sebuah Sekolah Tinggi Islam di Travnik. Bandar kecil namun sibuk dengan kenderaan tempatan. Lunch dengan menikmati kebab tempatan , ayam BBQ, kentang goreng dan air kopi di Lutvina Kahva Restaurant. Terletak di tepi sebuah alur sungai  yang mengalir deras airnya, amat mendamaikan .

Lutvina Kahva Restaurant Travanik





Pelajar  bersukan dalam madrasah,
kami bersolat di atas karpet merah  didepannya


ELCI Ibrahim-Pasina Medresa
Pekan Travanik




          Sepanjang perjalanan ke Sarajevo, mata terpukau dengan keindahan ciptaan Allah di bumi barakah Bosnia. Banjaran gunung seumpama memagari tanah pamah menghijau subur dengan aneka jenis pertanian. Tidak menyesal tika berada di Bosnia dek keindahan alamnya. Singgah bermalam di Hotel Hollywood Sarajevo. Dinner dengan aneka lauk dan nasi amat menyelerakan. Tak malu menambah makanan dek HALAL sudah pasti di negara Islam Bosnia.





Hotel Hollywood Sarajevo Bosnia


Ruang makan amat selesa
Dinner 


Sarapan di Holywood Hotel

             Hari kedua di Sarajevo pada 26 April  Khamis meninjau pula sekitar Bascarsija Bazaar di Lukumi . Sebuah "Old Town Bazaar " dikongsi bersama  Bosnia dan Eropah. Pada jalan raya tercatat jelas anak panah menunjukkan arah bazaar  milik Turkish Bosnia dan  Eropah. Banyak meninjau sekitar bazaar milik Muslim Bosnia. Banyak gerai menjual barangan logam daripada perak dan tembaga seperti pinggan-mangkuk dan cenderamata. Gerai-gerai pakaian, gerai makanan, perhiasan diri dan rumah banyak terdapat di sini. Membeli beberapa helai baju cucu Izz Hareez dan Darimi Ehsan tanda kenangan. Menikmati jus delima yang segar daripada perahan buah segar amat menarik .

Entran utama Water Fountain ke Old Bazaar /Bascarsija Bazaar Lukumi


Sarajevo meeting of culture

gerai kopi tempatan




Gerai makan


         Jam 11.30 pagi menerima tour Guide baru bernama Lidza, natizen Bosnia. Sepanjang kembara Sarajevo ke Mostar menyaksikan kawasan pergunungan memagari sekitar negara ini. Sejauh 130km selama 2 jam menyaksikan pemandangan dari Adriatic Sea dan kehijauan flora.







        Singgah bersolat di Islamka Zajednika Bosnia tika jam 1.30pm. Sebuah masjid simple menyerupai kedai, tetapi ramai jemaah bersinggah menunaikan tanggungjawab.  Lunch di Monte Rosa Bosnian Foods yang halal. Sebuah restauran dua tingkat yang menyajikan makanan halal di Mostar. Membeli secawan kopi Bosnia menemankan nasi Brahim yang dimakan  .

Islamka Zajednika Bosnia


Restaurant Monte Rosa Motel,
 Bosnian Foods diMostar

Set minuman kopi dibancuh sendiri dipiring tembaga



           Selesai makan kami meninjau sekitar Old Bridge Towers Mostar. Dibina pada tahun 1566 semasa pemerintahan  Sultan Suleyman.  Musnah semasa perang saudara di Balkan tahun 1993 . Dibina semula tahun1997. Menempatkan Kompleks Hercegusa, Tara, Halebija Towers dan Masjid Sultan Salim. Dibuka untuk ramai tahun 2004. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai "World Heritage" tahun 2005.

        Jambatan The Old Bridge Towers  atau Ottoman Bridge mengasingkan bazaar keturunan Turki dengan  Bazaar Eropah . Bertempat di kota bersejarah Mostar.  Deretan pelbagai gerai jualan makanan, cenderamata, pakaian dan ole-ole yang memukau minat pengunjung. Panorama indah tika berada di atas jambatan Old Bridge. Menyaksikan aliran air dari sungai Neretva yang dinaungi jambatan. Sungai inilah yang memisahkan dua bahagian Bandar Mostar di Bosnia Herzegovina. Tinggi jambatan ini 24 meter. Boleh melihat penerjun profesional membuat persembahan di sini. Menapak dilaluan batu kelikir yang licin dan melalui lorong curam, memerlukan kasut sesuai

lokasi penerjun profesional dari atas Old Bridge










laluan batu kelikir nan licin





        Lama disini kerana ramai peminat tegar membeli-belah barangan embroideri dan batu permata. Antaranya kedai Obrt Sigtagbo VI Bisljimi Hasnija yang menjual aneka barangan embroideri kegilaan ramai wanita . Mesra pelanggan dan mudah tawar-menawar harga. Disini akan terjumpa insan-insan yang menjual barangan bagi mengisi dana kegiatan umat Islam Bosnia.

       Tiba di Hotel Blagaj, Mostar  jam 6.30pm . Setelah check in hotel, kami di bawa melawat Tekija (Khanah,) atau Dervish House di Blagaj, Mostar . Berjalan kaki dari hotel melalui jalan kecil. Terletak di Buna River ini adalah rumah seorang Ahli Sufi yang mengajarkan ilmu tasawuf Islam kepada pengikutnya di hujung kurun ke-13 di rumah ini. Beliau ialah Sali Saltuk . Beliau  di makamkan di rumah ini tika zaman pemerintahan Ottoman.


dikatakan keranda dan Makam Sari Saltuk dan Acik-Basa





      Makan malam di Hotel Blagaj, Mostar enak sekali. Menu nasi berlaukkan aneka gulai Arab. Check in di bilik 104 , sebuah kamar yang selesa merehatkan badan untuk perjalanan esok hari. Sebelum check out hotel sempat bersiar-siar di sekitar hotel merakamkan foto kediaman nitezen dan pokok epal.

Hotel Blagaj, Mostar



Penempatan sekitar hotel




Pokok epal 




Dinner di Hotel Blagaj

        Jumaat 27 April, memulakan kembaraan ke Kravice Studenci Waterfall. Tiba jam 9 pagi memaksa kaki berjalan dan menuruni beberapa anak tangga untuk tiba di destinasi. Mengalirkan air terjun ke Sungai Trebezat . Tinggi air terjun Kravice 26 ke 28 meter. Lebar 120 meter, tasik ini yang terbentuk sekitar air terjun. Di  permukaan bukit batu kapur dilitupi rumput menghijau dan meredup panorama sekitar. Ada aktiviti berkayak elektri menyusuri sungai ini. Amat memukau tika melihatkan keajaiban ciptaan Allah ini.




Kravice Studenci Waterfall Bosnia





        Jam 10.15am meneruskan perjalanan dari Mostar (Bosnia) ke Crotia    dan ke Bosnia semula , menggunakan jalan pintas untuk ke Dubronik (Montenegro). Mengasyikkan melihat pemandangan gunung-ganang, belukar , dan dataran pamah subur menghijau. Banyak ditanam limau dan buahan citrus.











          Singgah mengambil  lunch  box di ORRA R&R. Terdapat limau, nasi, roti dan ayam goreng dalam bungkusan. Untuk "menghalalkan" diri menumpang makan di meja sebuah restoran, aku dan Normah  membeli jus buah dan kopi cappuccino. Terasa bersalah makan di tempat mereka tanpa membeli sesuatu dari kedai mereka. Kami makan dengan relax untuk  memberi ruang kepada kekawan lain ke tandas supaya tidak berebut-rebut. Selepas itu barulah kami melaksanakan hajat.

       Kami disuruh  mengambil wuduk di tandas di dalam restoran. Dek sikap jemaah yang membasahkan lantai tandas, akhirnya dimarahi petugas lelaki di situ. Siapa yang tak marah , jika angkat kaki masuk ke sinki untuk berwuduk !!! . Selepas membuang air, aku sempat memerhatikan gelagat mereka. Aku mengambil sebahagian wuduk dengan tidak membasuh kaki. Dengan harapan membasuh kaki tika di tempat solat menggunakan botol spray sahaja.

          Disinilah KELEMAHAN pengurusan pakej , yang TIDAK PEKA dengan situasi. Juga kerana Tour Leader  kedua-duanya orang baru yang tak pernah sampai di semua detinasi lawatan. Sebenarnya tempat nak bersolat selepas ini memang menyediakan tempat berwuduk yang selesa. Justru tidak perlulah mengambil wuduk di restoran tadi. Tidaklah kena marah macam budak-budak. Hati amat kecewa!!! Belum pernah melihat kekawan kena marah kerana berwuduk sepanjang mengikuti 13 pakej lawatan ke luar negara lain sebelum ini.

Lunch box free dari pakej dan Cappuccino yang dibeli sendiri
 ORKA R&R Supermarker



           Dari jam 1.40pm hingga jam 2.30pm menahan wuduk di dalam bas. Tetiba singgah pula di masjid!!!! Bersolat di Dubronik Islamik Centre. Tersedia tempat mengambil wuduk yang amat selesa di sini. Aduh!!! Bertempat di tingkat 2 bangunan 2 tingkat mengizinkan kami solat berjemaah. Alhamdulillah. Semasa di dalam bas kami diberitahu oleh Eva bahawa masjid di situ kecil dan sempit. Justru perlu bersolat bergilir . Jadi kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 bersolat manakala kumpulan kedua mengikuti Tour Guide naik bot melihat lokasi terkenal tempat pengambaran filem . Oleh kerana masjid itu besar memuatkan kami bersolat jemaah.

         Tour guide pun merajuklah kerana kami tidak ikut cadangannya.  Justru  dia tidak mahu membawa jemaah cruise bot di Dubronik. Entahlah perasaan orang lain!  Aku tidak menyesal tidak dapat naik bot, lantaran bukan dalam itenerari pun. Dapat pula melaksanakan solat berjemaah serta  dapat berdoa di rumah Allah lebih membahagiakan diri.

          Selesai bersolat , meninjau di sekitar pusat membeli-belah di Dubronik . Sebuah Old Town yang dipagari tembok  batu pejal sekelilingnya. Memang banyak kedai berjenama menjual pelbagai barang . Ramai yang membeli buah tangan. Tapi aku memilih membeli fridge magnet murah serta membeli kopi tempatan di sebuah gerai di situ.
 Lorong ke Dubronik Islamik Ctr
Dubronik Islamik Centre



Bandar Dubronik







            " Dubronic is a city in southern Crotia fronting the Adriatic Sea.Its known for its distinvtive Old Town, encircleed with massive stone wall completed in 16th century. Blaise Church to Renaissane Sponza Palace and Gothic Recto'rs Palace, now a history museum. Paved with limestone,  the pedestrianized Stradu  (Placa) is lined with shops and restaurants.

 laluan keluar dari kota Dubronik 
Tembok batu terbina  sejak kurun ke 16








          Dari Mostar ke Dubronik sejauh 130km. Dari Dubronik nak ke Kotor di Montenegro  pula sejauh 95km. Bermula jam 4.30pm hingga Jam 5.10 pm tibalah di check point Crotia. Semua tidak perlu turun bas kerana staf Imegresen naik bas mengecop  sendiri semua pasport. Montenegro merupakan negara berpantai terpanjang. Memang memukau pemandangan sepanjang laluan ditempuhi.

            Jam 6.50pm bas menaiki feri bersama penumpang . Perjalanan dari Terminal Feri Kemenari ke terminal feri Kotor. 15 minit sahaja diatas feri dapatlah melihat bandar Kotor di Montenegro. Jam 7.30pm berhenti rehat di sebuah kawasan rehat dekat sebuah gereja di Kotor. Menyaksikan panorama malam . Mendengar loceng gereja berbunyi , mengingatkan kepada azan maghrib pula! Didalam kawasan bertembok batu ini terdapat aneka gerai. Ada gerai makanan, gerai pakaian dan gerai cerderamata.  Dapat menggunakan  tandas yang selesa di sini. Akhir perjalanan untuk hari Jumaat dengan bermalam di Hotel Kanggaroo Budva (Montenegro).

Feri dari terminal Kemenari ke Kotor







         Dinner memang terbaik di Hotel Kanggaroo, Budva di Montenegro. Nasi, ikan goreng celup tepung dan ulaman membuka selera jam 8.30pm. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Di sini aku mula mengaingkan barangan dan pakaian yang tidak diperlukan ke dalam  beg hijau. Beg ini akan ditinggalkan di dalam bas. Manakala beg hitam  mamuatkan makanan , pakaian dan peralatan peribadi yang masih diperlukan untuk beberapa hari lagi. Justru, hanya sebuah beg yang di bawa  naik turun  hotel.



Dinner


           Sabtu 28 April ,hari kelapan di perantauan. Meninggalkan orang-orang tersayang di tanah air demi memenuhi impian berkelana. Seawal jam 8.45am bergerak dalam suhu 51F menuju ke Albania. Sepanjang 2 jam perjalanan bas, memukaukan mata melihatkan banjaran dan tanah pamah subur . Tika melalui jalan pintas di penempatan desa, merakamkan foto perkampungan penduduk Islam di sempadan Montenegro dengan Albania. Rumah-rumah kampung terletak berjauhan antaranya. Kubur-kubur yang masih style lama . Corak pertanian pun seperti petani tradisi. Padang ragut menghijau menampakkan ribuan haiwan ternakan seperti kambing biri-biri, lembu, kuda nan bebas meragut rumput subur di situ.






















         Jam 10.45am melepasi sempadan Albania. Singgah di Kompleksi  Celiku yang tidak jauh dari border. Menjual beraneka barang dari makanan, pakaian  hingga cenderamata. Dikompleksi ini ada hotel, restoran juga. Meminang menu dengan kesukaan hati "Baklava" kuih manis Arab. Selain singgah ke tandas, dapat juga menikmati kopi tempatan sambil duduk-duduk di meja yang berpayung. Menghadap pula pemandangan ke banjaran gunung dalam dingin tiupan bayu, tidak terasa kopi panas cepat habis.
Kompleksi  Celiku Albania

          Tiba di pusat bandar Tirana, Albania jam 2.10pm. Pabila tour leader Kembara Sufi orang baru, sama dengan peserta lawatan orang baru. Apa kata tour guide, patuh sahajalah. Memang kecewa!!!    Pemandu bas menurunkan kami di seberang jalan di hadapan deretan gerai di tengah bandar Tirana. Dia hanya menunjukkan deretan kedai makanan segera dan kedai jualan barangan. Kami melangkah sendiri mencari tempat menjual makanan halal.

         Kesian kepada kakak dan abang-abang yang dari kampung yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Sama-sama membantu antara kami dalam memilh makanan vegetarian yang diharapkan halal! Singgah di Big Bite Fast Food,  kedai ala-ala Mc Donald dan KFC. Hanya memesan minuman untuk menghalalkan kami duduk di meja makannya. Menu biasalah nasi Brahim untuk lunch dikebanyakan hari. Peristiwa pelik terjadi di sini. Seorang rakan kembara terus duduk di sebuah kerusi ditepi seorang  pelanggan tempatan yang sedang makan. Aku dan Normah yang masih berdiri terkedu melihatkan gelagat si POLAN !!! Akhirnya pelanggan tersebut makan dengan cepat lalu berlalu mengosongkan meja makan itu. Terasa malu kerana pelanggan dimeja lain memerhatikan!

Bandar Tirana

Restoran makanan segera Big Bite




          Singgah bersolat di Nazire Mosque, Albania. Dibina tahun 1007H/ 1599AD. Ruang solat wanita dipisahkan ditingkat 1. Terpaksa melalui anak tangga dilorong sempit yang cuma memuatkan seorang sahaja sekali naik atau turun. Tangga curam, sempit dan berpusing amat menyukarkan jemaah tua menaiki dan menuruni tangga ini. Ruang solat pun sempit , cuma memuatkan 2 baris saf 15 orang. Tetapi kepuasaan tetap ada. Asalkan dapat bersolat di rumah Allah , sudah amat bersyukur. Alhamdulillah.
   
Nazire Mosque, Albania


Pintu masuk ke ruang solat
 wanita di tingkat 1

Ruang anak tangga ditutupi
 karpet tanpa gam

Tiada pemegang hanya dinding
 tangga membantu

           Perjalanan 195km dari Tirana ke Ohrid  amat memenatkan. Namun terlerai pabila dijamukan  dengan panorama menarik sepanjang laluan. Masih melalui banyak jalan kampung yang  menjadi pilihan pemndu bas ini .Banyak ladang pertanian dan buah-buahan . Ladang Figs, limau dan anggur kebanyakan yang diusahakan. Diselangi dengan dataran padang ragut nan menghijau. Boleh dikatakan bumi Albania ni suburlah. Persisir pantai Montenegro dan Albania banyak menghadap Adriatic Sea, manakala Ionian Sea di selatannya. Tidak jauh dari bumi Albania ini, Mediterranean Sea pula . Semuanya  meniupkan bayu dingin sepanjang masa.

           Mengisi ruang aktiviti kembara dengan Kembara Sufi Sabtu ini , banyak dengan duduk di dalam bas. Singgah ke tandas, singgah bersolat dan singgah makan. Jam  6.30pm tiba di check point sempadan Macedonia. Di sini Allah telah menguji hambaNya. Dari 6.30pm hinggalah jam 7.20pm bas kami tidak dilepaskan angkara anjing kastam dapat mengesan sesuatu dari bagasi penumpang bas. Habis semua beg dipunggah keluar. Semua penumpang diperiksa dengan alat pengesan khas. Akhirnya dapat dikesan baju bulu kambing biri-biri yang dibeli seorang peserta .

      Terfikir seketika tentang kejadian itu, "Kenapakan insan itu  yang dipilih Allah untuk diperiksa bagasinya?" Apa yang dapat direcall mungkin disebabkan perlakuan kita ketika bermusafir. Tak perlulah menunjuk-nunjuk petah berbahasa Inggeris. Banyak duit bershopping. Membeli barangan berjenama sahaja. Semua nak cepat, semua nak dahulu. Bercakap pula dengan suara kuat, satu bas boleh dengar. Kalau boleh nak jalan dulu bersama tour guide sahaja. Nak duduk seat depan bas sahaja dengan alasan pening.... Inilah pengajaran yang menjadi iktibar buat diri ini, selagi kembaraan belum bernoktah!







          Jam 7.50pm tibalah di penghujung destinasi kembaran , di Hotel Sileks. Antara hotel terbaik sepanjang kembaraan ini.  Ruang makan menghadap ke tasik dengan suhu 17C memang mengasyikkan . Kamar hotel selesa dan makanan menu Turki . Ada nasi semua jadi!

Hotel Sileks Ohrid di Macedonia




wang Bosnia


        29 April hari Ahad. Mengenakan blouse biru muda berjalur, jean putih dan tudung ungu kundang.  Jam 8.30am dari Hotel Sileks menuju ke Ohrid untuk city tour dalam  suhu 17C . Setengah jam pemanduan , tibalah di Ohrid Lake, Macedonia. Sebuah pekan pelabuhan tua menampakkan beberapa kapal berlabuh. Tiupan angin mendinginkan tubuh dibawah sinaran mentari pagi.

         Berjalan berombongan 45 orang dilaluan pedestrian menyusuri tepi tasik, lorong-lorong melewati aneka kedai. Kekadang terputus barisan dek gangguan kereta yang lalu-lalang dilorong sempit . Singgah di kilang kertas tradisisional "National Workshop For Handmade Paper". Sebuah kedai yang masih mengusahakan pembuatan kertas menggunakan tangan.

          Di entrans ke Ohrid Lakes terdapat sepohon pokok bernama Plane Tree. "Plane Tree is a symbol & a landmark of the city . Planted by Kliment Ohridki  during 11 century. Center & gathering place of all citezens of Ohrid, regardless of their religion and sosial status". Terletak di sempadan bergunung-ganang antara Macedonia dan timur Albania. Ohrid adalah antara tasik terdalam di Eropah dan tasik tertua yang menyimpan ekosistem air yang unik . Keluasannya 358km persegi.

           Sambil berselfi, terjumpa seorang  wanita tempatan Sani Aleksandra dan anaknya Freya yang balik bercuti di Macedonia. Mereka bekerja menetap di Spain . Amat peramah kedua mereka , terutama anaknya bernama Preya. Menghadiahkan aku sebiji donat  setelah selesai mendukungnya untuk bergambar. Ahirnya jadi kenalan facebook. Menikmati aneka kacang yang dibeli dari kedai Fatima sambil berjalan.  Dua keping fridge magnet dibeli buat kenangan.

Plane Tree Ohrid Macedonia
Jeti Ohrid Lake















Kertas  tradisi



gerai kekacang


Sani Alexandra dan Preya


Donut hadiah Preya

           Dari Ohrid ke Skopje sejauh 175km melalui kawasan hutan pokok tinggi dan berbukit-bukau. Sunyi dek tidak banyak penempatan penduduk. Melalui jalan lereng bukit berbelok-belok kekadang menemukan beberapa pekan kecil. Kawasan di sekitar tidak subur seperti Albania dan negara- negara sebelum ini.


























          Singgah bersolat di Mustafa  Pasha Mosque di Skopje jam 1.30pm. Masjid yang bersebelahan dengan sebuah universiti tempatan. Bangunan khas untuk berwuduk di entrans terasing dari masjid  . Ini  memudahkan bersuci dan berwuduk sebelum masuk ke masjid. Ruang solat wanita di  di sebelah kanan dan kiri entran utama masjid. Bertemu ramai warga Malaysia dari pakej lain yang turut singgah di sini. Selesai solat merakamkan gambar sekitar.  Makan tengah hari beramai-ramai ,menu Brahim di ruang rehat di luar masjid.

           Kemudian berjalan kaki keluar dari masjid untuk ke Old Town Skopje. Pekan lama , bangunan lama, penuh dengan deretan kedai-kedai kecil. Kebetulan hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Ada juga beberapa kedai makanan halal menyajikan menu Arab. Menghadiahkan diri sehelai jaket kulit dari sebuah kedai kulit tempatan Leather and Souvenir Shop , Taki. Pemilik kedai nan peramah bernama Taner Aslan. Harga 90Euro (RM405.00) berwarna hitam. Disini dapat menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat tempatan yang melewati jalan di sekitar Old Town .

Mustafa  Pasha Mosque di Skopje

Ruang solat wanita di kiri kanan entran masjid

Old Town Skopje



Leather and Souvenir Shop , Skopje


Persembahan netizen 

           Jam 3.20pm bergerak ke Bulgaria. Kawasan di sekitarnya subur seperti di Bosnia. Ada tanaman anggur dan pokok buah-buahan lain. Ternakan kambing biri-biri juga diusahakan penduduk. Tetapi apabila  menghampiri sempadan buminya ada yang berbukit-bukau . Jam 5.30pm Tiba di check point Imegresen Macedonia. Petugas imegresen Macedonia  memasuki bas untuk mengecop pasport kami keluar dari negaranya. Bas bergerak ke check point imegresen Bulgaria pula. Jam 5.45pm staf imegresen Bulgaria pula masuk ke dalam bas mengecop pasport . Alhamdulillah tidak perlu berbaris turun lagi.

             Perjalanan selama 3 jam menikmati panorama diambang malam di Bulgaria. Buminya berbukit-bukau . Banyak hutan pokok pine. Jam 9.00pm tiba di  Park Hotel Moscow. Menu dinner menyajikan kami makanan Lebanes. Dinner box dimuatkan nasi, sayuran salad, tomato dan berlaukkan daging masak hitam. Mujurlah rakan sebilik ada membawa sambal ikan bilis dari Malaysia, barulah boleh menjamah makanan. Air di hotel ini jernih, tiada keladak batu kapur. Beranilah memasak air panas menggunakan air paip. Di hotel sebelum ini masak air menggunakan air mineral yang dibekalkan pakej.

Panorama sempadan Macedonia dan memasuki Bulgaria




plaza Toll




Hotel Moscow di Sofia Bulgaria


Dinner box menu Lebanese

         30 April sudah bermalam di Sofia  ibu negara Bulgaria. Juga tempat kelahiran tour guide kami Evana. Melakukan City Tour seawal jam 8.20 pagi. Berbekalkan sarapan roti celup kopi tempatan dan telur rebus. Suhu 61C sekitar kota Sofia.

       Berjalan kaki jauh dalam suasana dingin di Sofia tidak terasa tekanan. Singgah di depan St Alexdra Nevski. Monument Cathedral seluas 2600 meter persegi yang dibina pada tahun 1904. Kemudian Melalui sebuah Kompleks Akeologi Purba "Complex Ancient Serdica". Singgah di Ducumanus Maximus di bahagian bawah komplek akeologi ini. Masih dalam proses pembinaan semuala kesan tinggalan sejarah ini. Terdapat beberapa buah kedai sourvenir dan kedai perfum di tingkat bawah kompleks ini.  Keluar dari sini terus ke Sebuah Kompleks Dewan Mesyuarat Bandaraya Sofia. Ramai yang  menyaksikan 2 guard beraksi tika bertugas berkawal di pintu masuk bangunan ini.

          Jam 10.30 pagi Tiba di sebuah pasaraya 2 tinggkat. Menjual pakaian, cerderamata , barangan kulit dll. Terdapat juga  beberapa gerai makanan tempatan. Di perhujung sessi berjalan kaki, singgah di Masjid Banya-Bashi. Inilah sahaja masjid yang masih berfungsi untuk umat Islam di Sofia. Sebelum ini ada 70 masjid , namun , tiada jawapan untuk di mana 69 masjid itu kini!!! Banya-Basha dibina pada tahun 1576, berjiran dengan Tsentralnata Banya (Central Baths)   . Dibina oleh arkitek tersohor zaman Ottoman bernama Kodja Mimar Sinan. Beliau telah membina lebih 81 buah masjid . Antaranya yang terkenal ialah Masjid Selim 11 di Edirne Dan Blue Mosque di Istambul.  Basya-Bashi bermakna "Banyak Tandas".

         Nasib tak baik hari ini, monopod patah  tika berselfi di depan majid ini. Di sinilah pengakhiran kegiatan diri berselfie.

St Alexdra Nevski




Complex Amcient Serdica



Guard bertugas
Masjid Banya-Bashi Sofia , Bulgaria





Bandar Sofia, Bulgaria









Pasaraya 2 tingkat di Sofia

Penjual jagung rebus



       Jam 11.30pagi bergerak ke Istambul . Bulgaria sebuah negara kecil namun indah dengan panorama sekitar.  Perjalanan melewati kawasan bergelar Trachea Valley Bulgaria, kawasan pertanian subur yang luas terbentang. Banyak ditanam pokok komersil Rapeseeds yang dijadikan minyak sayuran dan makanan haiwan. Produk Rapeseeds antara bahan eksport utama Bulgaria. Iklim Continental sesuai untuk tanaman  pokok buah-buahan dan sayuran. Di samping banyak juga ternakan dan padang ragut.

         Jam 2.15pm  tiba di kawasan rehat dan rawat R&R OMV untuk bersolat dan makan tengahari. Bersolat di atas rumput di belakang sebuah bangunan kecil di R&R itu. Mujurlah tersedia bilik berwuduk di tepi kawasan berumput. Di samping ada tandas yang agak selesa untuk pengunjung.  Selesai solat, menikmati nasi lunch box berlauk ayam kukus.  Makan dengan selesa di meja sambil merenung view sekitar di tepi highway.

R & R OMV

Solat di atas rumput

Lunch box 

            Meneruskan kembara dengan bas yang sama, pemandu yang sama dan tour guide yang sama ke Turki pula. Negara ke-7 dan terakhir dalam itenerari. Jam 3.00pm kami dimaklumkan supaya mengenakan seat belt semasa memasuki check point Turki. Jam 4.13pm sudah melepasi check point Bulgaria dan memasuki negara Turki. Lagi panorama lautan padang ragut terdampar di kiri dan kanan laluan kami tempuhi. Memang terindah. Akhirnya jam 8.30pm tiba di Hotel Pullman Mercurry dengan menghuni bilik 229.

Pullman & Mercury Hotel di Istambul


dinner di Hotel Pullman & Mercury

sarapan

Sarapan

         Selasa  1 Mei 2018, malam pertama di Pullman & Mercury Hotel di Istambul. Hotelnya mewah, makanan terbaik dalam sejarah kembara ke Balkan ini. Untuk dinner makan di dewan makan di Hotel Pullman. Bersarapan di dewan makan Mercury pula. Namun internet SUKAR dieksess lantaran dibawah kawalan keselamatan pemerintah. Dua malam di Turki jadilah orang baik.... tanpa internet.

        Meninggalkan kamar 229 Hotel Pullman berbekalkan perut dengan sarapan Mi Magie dari Malaysia. Demi menghabiskan stok bekalan musafir, Suhu diluar sekitar 18Celcus tika jam 8.40pagi. Sementara menantikan para jemaah lawatan selesai makan, sempat merakamkan panoramaa menarik sekitar hotel. Saban masa sering kedengaran deruan bunyi pesawat melintasi ruang udara hotel penginapan. Terbang rendah memudahkan merakamkan moment pesawat mula terbang. Memang dekat hotel ini dengan lapangan terbang Istambul.

      Dengan bas yang sama sepanjang bermusafir di Itali dan 6 negara Balkan , meneroka bumi Istambul di Turki pula. Tour Guide di Istambul Mr Kud membantu Miss Eva membawa kami ke Haghia Sophia. Istambul bandaraya terbesar di Turki dihuni 80 milion penduduk. Kami diberitahu, bumi Turki letaknya dilokasi 2 kontinent. Tujuh peratus bumi Turki di bawah Eropah dan 93 peratus terletak di Asia. 98 peratus rakyatnya beragama Islam manakala bakinya penganut agama lain.

        Mr Kud memberitahu di Istambul terbinanya 3600 masjid dan 157 gereja. Masyarakat Islam, Kristian dan penganut agama lain hidup bersama dengan baik. Jam 10.00 pagi tiba di Tokkapi, malangnya tidak dapat masuk kerana hari Ahad cuti minggu di Turki. Mr Kud menguruskan tiket masuk ke Hagia Sophia pula. Tidak perlulah berbaris lama menantikan giliran memasuki Hagia Sophia dek pengurusan yang baik.

        "The present Aya Sophia is the 3rd building of the same name. The Emperor Justinian Built new Hagia Sophia. meaning HOLY WISDOM during 532A.D. 1453 ,Sultan Mehmed 11 (Ottoman)converted Hagia Sophia into mosque. Aya sofya reflects combination of Christian and Islamic elements transformed into a museum, under Mustafa Kamal Antarturk. It was opened to public 1 February 1935".

         Jam 12.30pm Memasuki Grand Kapalicarsi Bazaar atau lebih dienali Grand Bazaar sahaja. Antara bazaar berbumbung terbesar dan tertua di dunia. 61 buah laluan berbumbung, 4000 buah kedai yang memikat  hampir 250000 ke 400000 pengunjung setiap hari. Ribuan kedai yang menyajikan pelbagai jualan makanan, pakaian, rempah ratus, survenir, dll. Merehatkan tubuh dengan menikmati kebab Turki di sebuah gerai makanan. Ais krim Turki amat enak dimakan terutama setelah penat tersesat jalan di dalam bazaar. Membeli baju untuk Natrah dan Daria sebagai kenangan dari Grand Bazaar ini. Untuk Nazmi sebuah dompet kulit buatan Turki dari kedai Pirlanta Kilim & Leather Bags, Carpet and Wholesale Retail and Export, Istambul.

          Bersolat di Masjid Nuruosmaniye Camii di hadapan Grand Bazaar. Selesa bersolat di sini walaupun ruang solat wanitanya kecil. Ini kerana bersolat bukan waktu sesak dengan tetamu lain. Sempat merehatkan tubuh setelah beribu langkah berjalan di dalam bazaar, di tempat duduk di luar masjid. Sambil berkenalan dengan jemaah dari pakej lain yang turut berada di situ.
 
        Perjalanan pulang dari Grand Bazaar pada jam 4.30pm hingga 5.15pm . Selama 45 minit menikmati view menarik kotaraya Istambul untuk dirakamkan.

View sekitar Istambul




















Grand Bazaar Istambul




Haghia Sophia Istambul / Masjid Biru








Masjid Nuruosmaniye Camii

      

      Isnin 2 Mei 2018 hari terakhir di perantauan. Panggilan pulang sudah berkumandang dengan mempersiapkan semua barang peribadi di dalam 2 beg bagasi. Kebiasannya aku hanya membawa 1 bagasi semuat 30kg, namum kali ini tidak dibenarkan. Dengan 2 bagasi dengan jumlah muatan 20kg.

          Seawal 6.30pagi sudah membawa turun semua bagasi ke tempat berkumpul. Selesai bersarapan terus mengekses internet dari lobby hotel. Jam 8.00pagi sudah menaiki bas. Jam 10.00pagi sudah tiba di Istambul International Airport. Dengan pesawat Saudi Air SV 266, melalui gate 212 untuk  memasuki pesawat. Duduk di seat 57J . Pesawat mula terbang jam 11.55am. Selama 3 jam menuju ke Jeddah. Pesawat mendarat dengan selamat jam 3.00pm di Jeddah Airport . Bersolat jamak takhir Zohor Asar dengan tergesa-gesa lantaran sudah melewati waktu. Sebelum terbang ke KLIA menyiapkan solat Maghrib dan Isyak pula . Terlalu ramai jemaah yang nak bersolat di kamar nan sempit di Airport Jeddah ini. Terpaksa bersabar untuk mendapatkan tapak untuk bersolat.

      Jam 8.20pm menggunakan pesawat Saudi Air SV840 menerbangkan kami ke KLIA. Selesai melepasi pemeriksaan keselamatan dan pemeriksaan beg galas terus menuju ke Seat 35B . 8 jam terbang di ruang angkasa .Perjalanan pulang sama dengan laluan semasa datang. Melalui beberapa negara dan bandar  . Dari  skrin di depan tempat duduk mudah diketahui keberadaan pesawat. Sempat mencatatkan imfo laluan pesawat dalam lena dan terjaga. Antaranya Jeddah ke Jamun, Mekah, Hail, Buray, Najaf, Shiraz, Mashdad, Riyadh, Teheran, Dubai, Muscat, Yereben, Karachi, Dhaka, Yangoon, Bangladesh, Myanmar, Thailand dan Indonesia. Turut melewati Mediterranean Sea, Indian Ocean dan Andaman Sea.

      Memang jauh. Memaang tidak terduga dalam usia sebegini barulah dapat menikmati erti bermusafir di bumi Allah.
Airport Istaambul di Turki




Menu lunch dalam penerbangan ke Jeddah
Airport Jeddah




dalam trem airport

Menu penerbangan balik Jeddah ke KLIA


Menu dinner penerbangan balik Jeddah ke KLIA

Sarapan 
Miss Evana Tour Guide
Pemandu bas berbaju hitam

      Tiba di KLIA jam 10.05 pagi 3 Mei. Selesi menerima bagasi kami terus ke terminal untuk membeli tiket bas balik Ipoh. Sementara menantikan bas jam 2.00pm, kami makan tengahari di KLIA. Sempat melaksanakan solat di KLIA sebelum berangkat pulang. Alhamdulillah.

      Mungkin ada kebenarannya. Pabila hati dabdub,dabdub sebelum memulakan kembara, memang berakhir dengan ketidakpuasan rasa. Menjanjikan keindahan dan kemudahan perkhidmatan , namun kurang memuaskan yang diterima. Paling  menyedihkan, staf Kembara Sufi "F" yang menguruskan pakej ini TIDAK JUJUR! Sebelum pergi aku menanyakan adakah 2 orang tour leader orang baru. Dia menafikannya. Akhirnya rahsia terbongkar pabila Ustaz Zakry mengakui memang mereka TIDAK pernah membawa rombongan ke Baklan. Sepatutnya seorang staf berpengalaman yang mengetuai rombongan dan dibantu staf baru .

     Pengalaman mengikuti beberapa pakej lawatan ke luar negara sebelum ini mengajarkan diri membuat perbandingan. Jika baru kali kedua menggunakan  pakej, maknanya belum boleh menilai mutu perkhidmatan. Melalui 8 pakej yang disertai, kita dapatlah merasakan kualiti servis yang kita terima. Belum tentu pakej mahal berjaya memberikan servis terbaik. Juga bukannya pakej murah tidak mampu menyediakan prerkhidmatan yang berkualiti. Semuanya bersandarkan pengalaman Tour Leader dan Tour Guide bertindak tika menghadapi krisis atau melaksanakan amanah.

KLIA

Istambul Airport

Bekalan makanan dan peralatan peribadi



Amat penting tika bermusafir


         Benar kata orang tua-tua.Jika nak tahu hati budi kawan, adalah ketika bermusfir bersamanya. Jika baik perilakunya semasa bermusafir, maka demikianlah cerminan sebenar perangainya. Perlunya berhati-hati memilih pasangan bermusafir . Tika susah dia membantu, tika senang dia bersama. Juga akan terasa bagaikan ahli keluarga sendiri tika bersamanya.

               "Si Dia ........ Gah mencanangkan si darlingnya ..... ! Walaupun statusnya bukanlah nombor 1. Memberitahu untuk bershopping ia membawa wang berbelas ribu . Berborak dengan suara kuat di depan khalayak mengisahkan kehebatannya sebagai Boss. Menggelarkan orang yang tidak disukai sebagai "Orang tua busuk, , bodoh, monopos!!!!".  Dia kata telah delete ibu yang melahirkan dan membesarkan . Dia bangga dengan ibu baru yang...... Tunggulah hukum KARMA Allah."

                                                                                   ........... Petikan dari: Diari Seorang  Musafir.

              Sesungguhnya yang baik daripada coretan musafir ini jadikanlah teladan. Yang tidak baik deletelah dari ingatan. 

  

No comments:

Post a Comment