Saban hari aku menghimpun doa moga Allah permudahkn segala urusan Yumi di perantauan, dipeliharakan keselamatan, diberikan kesempurnaan kesihatan, baik tingkah laku mahupun perkataan, disayangi pensyarah dan kekawan, segala hajat dimakbulkan Tuhan, dan sentiasa mendapat hidayah Tuhan. Sudah 2 tahun dia di Wellington , kami kerap berhubungan melalui telefon . Setiap hari "chat" melalui facebook. Kekadang jika internet ok , kami "skype" melerai kerinduan. Perkara disembang sama je tiap kali, tapi tak pulak terasa jemu pada setiap sesi perbualan berlangsung.
Yumi berlibur di New Zealand |
duit cukupke..., test bila ... dll. Demikian antara soalan "lumrah sebagai muqadimah bualan kami. Jika "skype" lain sikit mukhadimahku; "eh, rambut dah...., nampak berisi ya..... ditanya juga benda-benda di sekitar lokasi berskype. Seronoknya dapat tunjukkan secara live jika ada barang atau makanan yang nak diberitahu.
Setelah menghantar pulang kak Yong dan anak-anaknya di Puchong
Prima, pada keesokan paginya aku dan Azi memberanikan diri
memandu Proton Pesona ke LCCT, destinasi yang belum pernah kami sampai sebelum ini. Aku berkeyakinan penuh kepada puteriku ini untuk memandu kerana adanya bantuan dari "GPS" .Setiap minit "GPS" membebel menunjukkan jalan yang perlu kami lalui sehinggalah tiba di LCCT dengan selamat. Tiba di situ, pening pula biji mata nak mencari "Marry Brown" tempat Yumi menunggu kami sejak ketibaannya jam 7.30 pagi 11 Februari 2012. Akhirnya Yumi menerjah kami yang terpinga-pinga sedang mencarinya.
"Hei kak Uda", ayat Yumi meleraikan pencarian kami. Huh.... rambut Yumi dah pendek, badan dah kurus banyak, putih kulit tubuh . Apa lagi, setelah berpelukan, kami beriring tangan ke tempat parkir kereta untuk ke Kajang. Azim dan Daria telah lama menunggu di rumah, manakala Nadrah bertugas di sekolah.
Daria "All Black" |
Yumi dengan Daria Aleesa untuk julung kalinya. Daria terpinga-pinga melihat kami bertiga dengan bagasi masing-masing dalam kemengahan kerana menaiki tangga . Daria disarungkan kemeja T "All Black" ole-ole Yumi untuk anak buahnya itu. Aku dan Azi turut menyarungkan kemeja sama . Izz Faris pula diberikan keesokan harinya. Ada sehelai lagi "All Black" yang Yumi tak berupaya memberikan kepada "orang" lantaran takdir Allah.
Kami bermalam di rumah Daria .Yumi banyak membualkan kisahnya di perantauan sambil ronda-ronda di pasar malam di hadapan SMAP Kajang. Aku berikan Yumi peluang memilih sendiri makanan yang disukainya, beli sebanyak yang ia mahu dan makan sepuas hatinya. Kelihatan Yumi ceria
bersama kami ronda-ronda pasar malam itu.
Izz Faris & Pak Su |
Yumi dengan "juniornya " Izz Faris yang berusia 2 bulan. . Setelah memerah kekuatan otot-otot kakiku yang telah berjasa selama 56 tahun, akhirnya aku , Yumi dan Azi berjaya sampai ke destinasi. Di Tingkat 3, Pangsapuri Seri Idaman kami meleraikan kerinduan, terutama Yumi kepada kakak sulungnya Kak Yong Nadiah dan anak-anak saudaranya . Semasa menerjah di muka pintu, Natrah dah bersedia dengan senyuman manisnya yang melebar tu. Apabila ternampak aku, 'Kakak" panggilan untuk Natrah, terus menerpa aku sambil menjerit "Opah".Apa lagi kak Yong melontarkan soalan sulungnya yang tersimpan sekian lama sejak dalam berpantang lagi. "Hah... mana coklat? Dah lama mengidam ni sampai dah bersalinkan Izz tak dapat makan ni"
Kami menjamu selera dengan coklat ole-ole New Zealand yang pelbagai perisa.
Nur Natrah "All Black" |
Sambil menikmati nasi beryani dan nasi putih berlauk ikan 3 rasa serta gulai untuk makan malam, kami berbual panjang . Sesekali suasana disulami tangisan Izz Faris yang kuat meragamTopik kali ni lebih tertumpu kepada kerjaya kak Yong dan kak Uda, sambil menonton rancangan e-TV yang baru. Semalam sahaja kesempatan di rumah Natrah kerana Isnin esoknya Azi bertugas.
Selepas menikmati makan tengah hari kami bergerak ke Ipoh. Yumi duduk di sit belakang menyambung tidurnya. Azi memandu terus dari Puchong Prima ke Chepor Indah. Yumi terpaksa memendamkan hasrat memandu kereta sejak sekian lama di perantauan lantaran lesen memandunya telah mati. Pabila menghampiri jalan ke rumah dari highway, Yumi menyaksikan perubahan pembangunan di sekitar perjalanan kami. Banyak pembangunan sedang rancak dilaksanakan antaranya pembinaan TAIPAN ,KAMDAR dan Stesen Bas Meru Raya yang sudah 80% siap. Bermakna kami tak perlu ke Terminal Bas Medan Gopeng sekiranya siap stesen bas di Meru Raya ini yang perjalanan cuma 10 minit dari rumah
Akhirnya tibalah kami di rumah. Kepulangan kami disambut oleh kucing-kucing yang kelaparan mungkin atau kerinduan belaian kami.
Sampai di sini dulu Kembara Rindu Nazmi. Esok... lusa... dan ....kembara seterusnya akan menyusul.
No comments:
Post a Comment