Lama menantikan suatu keputusan , membawa anakcucu menjadi impian! Bukan jauh perjalanan atau lama penerbangan. Punyalah banyak halangan nak jadikan kenyataan. Mungkin Allah sudah mentakdirkan BERSOLO itulah pilihan dan ketentuan.
Terima kasih Normah Kitan , sahabat zaman persekolahan. Dengannya aku melangkah bersama Pakej Kembara Impian. Di Perth bumi Kanggaro kembara lima hari dan 3 malam . Cuaca amat panas pada dua hari tiba dan dihujani pula 2 hari penutup. Namanya musim SUMMER waktu ini, semua rumput kering. Bunga-bunga sudah tidak kelihatan kecantikannya. Sana-sini kekuningan kering dek kepanasan sinaran sang suria. Kurang sekali tiupan bayu walaupun Perth dilokasi persisir Lautan Hindi. Hmmmm New Zealand walaupun musim summer , lagi best !
Pesawat MAS Airline menerbangkan kami bermula jam 7.45pm 26 Januari. Check in luggage seawal jam 4.30pm disertai taklimat Puan Helena Cosmos pengurus IK Tour. Jam 6.45pm dah mengambil seat 23F. Ada pula hamba Allah (geng Tour) minta tukar seat sebab nak duduk dekat emaknya . Beralih duduk pula di seat 20C. Pesawat MH127 terbang jam 8.30pm. Tiba di Perth International Airport Jam 1.45am 27 Januari 2017. Check in hotel di bilik 529 jam 3.15am. Konon nak tidur, memang tak boleh! Maka sesi berkenalanlah dengan room mate Cikgu Normah Idris. Lemah lembut orangnya, manis senyumannya dan menjadi penasihat pemakanan sepanjang berada di sini. Alhamdulillah bertuah bertemankannya.
Tiba di Fremantle Market (Wet Market / pasar basah) jam 10.00am. Bangunan awam tertua di West Australia (WA) terletak di Arthur Head. Menampakkan pemandangan di pelabuhan Fremantle dan Indian Ocean. Merupakan sebuah penjara pertama dibina sejak 1831 hinggalah 1850. Juga dipanggil Fremantle Round House kerana bentuk bangunannya bulat. Pelbagai buahan, sayuran, ikan dll dijual. Terjumpalah beberapa orang Malaysia yang bekerja sebagai penjual di pasar ini. Mencari buahan idaman... Figs, cherrys, Berrys, peachs dan anggur tempatan. Oooo sudah hujung musim buah kata penjual ! Belilah ala kadar untuk makan malam di hotel. Juga beberapa pek buah anggur untuk dibawa pulang ke rumah... (tak tahan lama). Hmmmm yang paling best... "Baklava" manisan arab beli juga sebagai mengimbau kenangan di Palestine dulu.
Jam 11.00am kami meninggalkan Wet Market untuk makan tengahari di Kailis' Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle. Cafe disini telah beroperasi sejak tahuan 1928 yang menyajikan aneka makanan daripada laut. Fresh marketnya dibuka setiap hari dengan membekalkan hasil tangkapan nelayan yang segar. Kami menjamu selera di Cafe 46, Mews Rd, Fishing Boat Harbour, Fremantle, WA. Menyelerakan diri dengan fish and chips dan kentang goreng. Aduh! hanya sos tomato, garam dan pepper ! Minuman segera serta kek sebagai juadah dan rezeki kami hari ini. Alhamdulillah. Tidak lama melayan tekak, aku meneroka sekitar untuk merakamkan gambar waterfront pelabuhan Fremantle nan indah. Memang panas! Tapi dah biasa dengan cuaca Malasysia.
Letih perjalanan sepanjang siang hari Sabtu disempurnakan dengan juadah dari Restoran Malaysian Dining Delight di Manning Rd, Bentley. Jam 5.35pm para pekerja restoran sudah sedia mananti ketibaan kami. Menu ikan kerapu sweet sour, udang goreng, sotong goreng halia, ayam madu oren, daging black pepper, sayur kailan dan cendawan beserta nasi kukus .Minuman teh jasmine pembasah tekak. Makanan disajikan di meja bulat.... demikianlah.
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Berjalan agak jauh sikit ke tempat bas yang menanti kami. PTiba di kamar hotel menikmati buah-buahan pula sambil berbual mesra dengan rakan sekamar.
AHAD 29 .2.2017 cuti hujung minggu, lebuhraya menuju ke Lancelin sunyi. Perjalanan sejauh 120km bermula seawal jam 7.30am dan tiba jam 9.30am. Sepanjang laluan dihujani gerimis pagi mampu mendinginkan persekitaran. Melewati beberapa penempatan penduduk , pekan kecil dan panorama pantai Indian Ocean jelas kelihatan dari dalam bas mini yang kami naiki. Walaupun lama perjalanan aku paksa mata meneroka sekitar. Alhamdulillah aku tidak turut serta ramai jemaah yang terlena kepenatan. Kekadang kelihatan gurun berumput nan luas. Ada juga kawasan pertanian luas tapi tak pasti pokok apa ditanam. Highway yang dilalui memisahkan pemandangan sebenar penempatan penduduk di sini.
Bagusnya perhubungan darat di sini adalah rail keretapi laju dibina selari di tengah-tengah high way 4 lorong. Nampak kemas tiada bangunan selain stesen keretapi. Di kebanyakan gurun Pinnacles terdapat kanggaro, burung oshtrich dan koala yang masih bebas hidup di habitat semulajadi. Kenderaan sentiasa berwaspada kepada haiwan-haiwan ini yang melintas lebuh raya. Banyak papan tanda berkaitan dipasang dilokasi favoritenya.
Tiba di pekan Lancelin ,Mr Jess menyewa 3 sandboad untuk kami gunakan. Dia pun boleh agak tidak ramai makcik dan pakcik yang nak naik.... hahaha. Tapi tidak termasuk aku... yang memang dah menanam azam nak naik sandboard. Di pekan kecil Lancelin ini tiada menjual makanan halal, justru peserta turun untuk membuang air sahaja.
Tidak ramai pengunjung di lokasi Sand Dunes Lancelin mungkin kerana kami tiba awal. Taklimat diberikan berkaitan cara menggunakan sandboard dan lokasi yang selamat buat kami melungsur. Puncak bukit pasir halus di sini memang tinggi. Aku dan Zulhilmi (anak muda) orang pertama mendaki ke puncak San dunes. Subhanallah... nampak Indian Ocean lagi. Nampak sayup tanah pasir di kaki bukit ini pabila berada di puncaknya. Kena berhati-hati bimbang tergelincir ke bawah kerana pasir di puncak ini membenamkan tapak kaki ke dalamnya. Anak muda ni membantuku merakamkan foto.
Tiada perserta wanita berani memulakan gelongsor sandboard. Aku peserta pertama menaikinya tapi sukar bergerak turun... seperti kesat walaupun ditolong tolak oleh kawan-kawan. Kali kedua percubaanku berjaya , Alhamdulillah. Ada juga kekawan yang berjaya mencuba selepas itu. Ada juga yang endingnya terbalik! Ragam orang-orang tua.
Suatu kepulangan nan membahagiakan diri. Jam 10.50am kami dipandu melewati highway dipinggir Pinnacles Desert. Tiba masa menjejaki lobster dari Indian Ocean!. Terbayangkan saiz yang besar. Teringatkan keenakan rasa dagingnya. Mengagakkan resepi apa masakan lobster!. Jam 1.10pm tibalah di Lobster Shack di Madrid St, Cervantes. Menu medium 195gm lobster segar dipanggang dengan garlic butter sauce, potato chips dan salad serta air kosong. Sos... tomato sahaja.
Peserta 20 jemaah kalangan guru Perak |
Cikgu Normah Kitan (baju brown) lunch fish n chips di Kailis Fish Market Cafe Mews Road, Fishing Boat Harbour Fremantle |
Membelakangi Indian Ocean di Cottesloe Beach, bersama Rakan baru bertemu dalam tour Cikgu Normah Idris. |
Terima kasih Normah Kitan , sahabat zaman persekolahan. Dengannya aku melangkah bersama Pakej Kembara Impian. Di Perth bumi Kanggaro kembara lima hari dan 3 malam . Cuaca amat panas pada dua hari tiba dan dihujani pula 2 hari penutup. Namanya musim SUMMER waktu ini, semua rumput kering. Bunga-bunga sudah tidak kelihatan kecantikannya. Sana-sini kekuningan kering dek kepanasan sinaran sang suria. Kurang sekali tiupan bayu walaupun Perth dilokasi persisir Lautan Hindi. Hmmmm New Zealand walaupun musim summer , lagi best !
Pesawat MAS Airline menerbangkan kami bermula jam 7.45pm 26 Januari. Check in luggage seawal jam 4.30pm disertai taklimat Puan Helena Cosmos pengurus IK Tour. Jam 6.45pm dah mengambil seat 23F. Ada pula hamba Allah (geng Tour) minta tukar seat sebab nak duduk dekat emaknya . Beralih duduk pula di seat 20C. Pesawat MH127 terbang jam 8.30pm. Tiba di Perth International Airport Jam 1.45am 27 Januari 2017. Check in hotel di bilik 529 jam 3.15am. Konon nak tidur, memang tak boleh! Maka sesi berkenalanlah dengan room mate Cikgu Normah Idris. Lemah lembut orangnya, manis senyumannya dan menjadi penasihat pemakanan sepanjang berada di sini. Alhamdulillah bertuah bertemankannya.
Selesai solat subuh seawal jam 4.15am. Jam 6.30am sudah kena turun bersarapankan, cuma roti , telur rebus dan air capucino. Kena naik semula ke bilik hingga jam 9.00am untuk ke Kings Park. Selama sejam menyelusuri laluan sekitar Murray River menjamu mata dengan panorama sungai. View Perth City terserlah dari sini. Cuaca amat panas 31D celcius mampu membakar kulit muka. Boleh berkelah di sini kalau suka. Tetapi tidak pula kami dibawa ke Botanic Gardens oleh tour leader. Terasa kerugian tidak meneroka sepuasnya di sini. Cafe disediakan di entrance taman dan tandaas awam.
Entrans ke Botanical Garden |
Tidak kesampaian ke sini |
Catatan pada tugu di atas |
Tiba di Fremantle Market (Wet Market / pasar basah) jam 10.00am. Bangunan awam tertua di West Australia (WA) terletak di Arthur Head. Menampakkan pemandangan di pelabuhan Fremantle dan Indian Ocean. Merupakan sebuah penjara pertama dibina sejak 1831 hinggalah 1850. Juga dipanggil Fremantle Round House kerana bentuk bangunannya bulat. Pelbagai buahan, sayuran, ikan dll dijual. Terjumpalah beberapa orang Malaysia yang bekerja sebagai penjual di pasar ini. Mencari buahan idaman... Figs, cherrys, Berrys, peachs dan anggur tempatan. Oooo sudah hujung musim buah kata penjual ! Belilah ala kadar untuk makan malam di hotel. Juga beberapa pek buah anggur untuk dibawa pulang ke rumah... (tak tahan lama). Hmmmm yang paling best... "Baklava" manisan arab beli juga sebagai mengimbau kenangan di Palestine dulu.
Entrans kedua
Berposing sebelum memegang buah cherry merah ,
anggur, Figs, Peach dan avocador
Buah Tin, Plum, Cherri, anggur & Baklava
Milik Wen Teo Penduduk Tetap Perth anak Malaysia di Shed Market
Jam 11.00am kami meninggalkan Wet Market untuk makan tengahari di Kailis' Fish Market Cafe di Waterfront Fremantle. Cafe disini telah beroperasi sejak tahuan 1928 yang menyajikan aneka makanan daripada laut. Fresh marketnya dibuka setiap hari dengan membekalkan hasil tangkapan nelayan yang segar. Kami menjamu selera di Cafe 46, Mews Rd, Fishing Boat Harbour, Fremantle, WA. Menyelerakan diri dengan fish and chips dan kentang goreng. Aduh! hanya sos tomato, garam dan pepper ! Minuman segera serta kek sebagai juadah dan rezeki kami hari ini. Alhamdulillah. Tidak lama melayan tekak, aku meneroka sekitar untuk merakamkan gambar waterfront pelabuhan Fremantle nan indah. Memang panas! Tapi dah biasa dengan cuaca Malasysia.
Fish Market juga cafe Fish & Chips di sekitar pelabuhan Fremantle
View di kiri waterfront
Lunch set
Kena bawa sos cili siam baru kawkaw
View cantik tapi amat panas dimeja ini
Burung Sea Gulls menikmati lebihan kentang goreng
Hari Sabtu sunyi daripada kesibukan di kota Perth, mungkin cuti hujung minggu. Ramai yang diketemu adalah para pelancong terutamanya dari negara sendiri. Seronoknya kekawan memberi makan Seagulls dengan baki kentang goreng, (boleh feeds ke burung2 tu?)... bukan aku melakukannya. Aku sibuk tercari-cari view indah untuk merakam gambar . Tiada antara mereka yang punya sama minat denganku... Alhamdulilah Cikgu Normah Idris amat memahamiku. Sentiasa menghulurkan tangan dan memberikan idea. Kekadang terpaksa ikut mencari sesuatu paling indah untuk dirakamkan.
Jam 12 tengah hari dipandu pula ke Shed Market, di Exchange Rd, Malaga WA. Merupakan pasar hujung minggu . Banyaklah gerai sauvenir , pakaian, kraf tangan dan gerai buah-buahan tempatan. Tersedia beberapa Cafe yang menghadap ke Lautan Hindi. Viewnya menarik sambil minum kopi. Harga barangan di sini sama saja dengan Fremantle Market tapi di sini lebih ceria dan nampak moden sikit.
Penamat destinasi bershoping di Water Town Brand Outlet Centre. Masa diberikan dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Di sini barulah hajatku terlerai . Diimpikan sejak di KLIA untuk memiliki sebuah beg bagasi besar menggantikan beg lama dari Beijing . Patut pun beli beg baru setelah 7 tahun diheret ke merata pelusuk kembara diperantauan, sudah puas menikmati jasanya. Outlet ni cuma bangunan 2 tingkat ala supermarket je. Taklah lenguh kaki berjalan jauh . Maka terpikatlah kepada sebuah beg di kedai Strandbags Haaa.... AUD119.... RM400 melayang. Serupalah dengan beg Azi yang dibeli di New Zealand tahun 2012. Sayangnya beg itu masih berada di wellington....
Rupa-rupanya Normah Idris pun terpikat juga. Dia pilih saiz kecil sedikit daripada beg yang kubeli. Warna putih pilihannya. Melihatkan kami mengheret beg, seorang kawannya pun minat juga. Kami bawa ke kedai Strandbeg semula, tersenyum lebar jurujuannya.
Water Town Brand Outlet Centre
Replika ayam sempena tahun ayam
kalender China
Tingkat atas
Wajah2 keletihan bawa pulang gudis Beg Luggage Strandbag |
Letih perjalanan sepanjang siang hari Sabtu disempurnakan dengan juadah dari Restoran Malaysian Dining Delight di Manning Rd, Bentley. Jam 5.35pm para pekerja restoran sudah sedia mananti ketibaan kami. Menu ikan kerapu sweet sour, udang goreng, sotong goreng halia, ayam madu oren, daging black pepper, sayur kailan dan cendawan beserta nasi kukus .Minuman teh jasmine pembasah tekak. Makanan disajikan di meja bulat.... demikianlah.
Bagusnya perhubungan darat di sini adalah rail keretapi laju dibina selari di tengah-tengah high way 4 lorong. Nampak kemas tiada bangunan selain stesen keretapi. Di kebanyakan gurun Pinnacles terdapat kanggaro, burung oshtrich dan koala yang masih bebas hidup di habitat semulajadi. Kenderaan sentiasa berwaspada kepada haiwan-haiwan ini yang melintas lebuh raya. Banyak papan tanda berkaitan dipasang dilokasi favoritenya.
Tiba di pekan Lancelin ,Mr Jess menyewa 3 sandboad untuk kami gunakan. Dia pun boleh agak tidak ramai makcik dan pakcik yang nak naik.... hahaha. Tapi tidak termasuk aku... yang memang dah menanam azam nak naik sandboard. Di pekan kecil Lancelin ini tiada menjual makanan halal, justru peserta turun untuk membuang air sahaja.
Tidak ramai pengunjung di lokasi Sand Dunes Lancelin mungkin kerana kami tiba awal. Taklimat diberikan berkaitan cara menggunakan sandboard dan lokasi yang selamat buat kami melungsur. Puncak bukit pasir halus di sini memang tinggi. Aku dan Zulhilmi (anak muda) orang pertama mendaki ke puncak San dunes. Subhanallah... nampak Indian Ocean lagi. Nampak sayup tanah pasir di kaki bukit ini pabila berada di puncaknya. Kena berhati-hati bimbang tergelincir ke bawah kerana pasir di puncak ini membenamkan tapak kaki ke dalamnya. Anak muda ni membantuku merakamkan foto.
Tiada perserta wanita berani memulakan gelongsor sandboard. Aku peserta pertama menaikinya tapi sukar bergerak turun... seperti kesat walaupun ditolong tolak oleh kawan-kawan. Kali kedua percubaanku berjaya , Alhamdulillah. Ada juga kekawan yang berjaya mencuba selepas itu. Ada juga yang endingnya terbalik! Ragam orang-orang tua.
Panorama sepanjang Highway ke Lancelin persisir Indian Ocean |
Rail keretapi diantara 2 jalan highway |
Sandunes di tanah gurun sepanjang jalan Lancelin |
Pekan Lancelin |
jalan untuk ke lokasi Sandunes pekan Lancelin |
Taklimat penggunaan sandboard |
Berada di kemuncak sandunes terasa amat mensyukuri nikmat yg Allah berikan |
Sayup pantai Indian Ocean dibelakang tu |
Perjelajahanku masih jauh! |
Menahan tiupan angin nan menghalang mendaki sandunes |
Gembiranya mereka
Menikmati gelongsor dengan sandboard
Berjaya ! |
Sebelum ke meja makanan kami dibawa menyaksikan tayangan video perusahan lobster di Cervanter. Suasana amat bising bunyi jentera penapis air dari kolam ternakan lobster. Kami diberikan headset serta sebuah remote untuk mendengar taklimat audio sepanjang berada di bangunan ini. Di sini ada menyediakan perkhidmatan menaiki kapal untuk ke Lautan Hindi . Dapat melihat sendiri cara tangkapan lobster dan aktiviti snokling.
Lobster Shack Cervantes |
Takungan lobster |
Remote dipasang headset utk setiap pelawat |
Menu |
Restoran |
No comments:
Post a Comment