Lombok ... seringkali terlihat momokan di media "Anak dara Malaysia dilarikan lelaki Lombok. Rakyat Lombok hidup susah. Ada yang terpaksa menjenayah dek kemunduran ekonomi! Diperkukuhkan lagi oleh kata-kata bibik sambilan di rumahku orang dari Acheh . Keluar ayatnya yang meremangkan tengkuk , " Hei kak, berani ambil orang Lombok kerja di rumah!!!" Huh... selama 3 bulan Bibik Lombok tinggal bersama ,selama itulah aku tak berapa lena tidur. Tiap detik memikirkan keselamatan arwah emak Zaleha yang di bawah jagaan Bibik Timah, warga Lombok. Demikianlah rasa hati, telahan kata, tanggapan ramai yang melekat di kepalaku . Payah nak merubahkan ketidakyakinanku kepada mereka ini. Masyaalah!
Puteri keduaku menelefon,"Mak, jom ikut Ala ke Lombok". Aku terkedu. Tapi , ini permintaan puteriku perlu dipenuhi. Teringat penfalaman tika bermusafir di Palestin dan Israel. Ok je.
Dengan kudrat maha Pencipta, Allah mentakdirkan fenomena sebaliknya. Tidaklah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Lain sekali penyaksian diri tika memijakkan kaki di Lapangan Terbang Bandar Udara Internasional Lombok. Tiada rasa takut. Jauh sekali rasa stress. Aman damai suasana sekitar. Terasa berada di tanah air sendiri.
Flight Air Asia jam 3.30 pm delay selama sejam kerana hujan amat lebat serta petir. Penerbangan hanya dimulakan jam 4.30pm setelah reda hujan di KLIA2. Banyaklah kapal terbang tersadai di belakang pesawat yang kami naiki. Macam Best pula... macam burung berbaris menunggu giliran nak terbang. Tiba di lapangan Terbang Lombok jam 7.10pm. Kami disambut Pak Supir Sihafudin dengan senyuman. Setelah membeli sim card Lombok, kami dipandu dengan sebuah kenderaan mpv . Kami meredah kesamaran malam , kekadang gelap-gelita dan kekadang terang melalui jalan berlampu.
|
7 buah Pesawat dilandasan |
|
Panorama mentari menyuluh awan diufuk barat |
|
hanyut jiwa menikmati wajah sang suria di angkasaraya
Awan senja |
Persinggahan pertama di Taliwang Nada menikmati makan malam jam 9pm. Sebuah pondok memuatkan kami bertujuh makan bersila. Menu tradisi tempatan ; jus kelapa madu, ayam taliwang, sup ayam dan sambal menemani nasi kukus buat santapan. Pedas ,terlampau.... Tapi memang enak.
|
Restoran Taliwang Nada |
|
Pelicing kangkung |
|
ayam taliwang |
|
Jus kelapa madu
Gendang-gendut tali kecapi; kenyang perut suka hati. Keletihan terpancar pada tiap wajah anakcucu. Kami dihantar ke Hotel Pratama, di Mataram Nusa. Jam 10pm kami check in . Oh, internet memang teruk di sini. Kena berkongsi wifi anak pula tika berada di hotel.
Selesai bersarapan dengan hidangan biasa di hotel, Pak Shihaf membawa kami ke Sukarara Village .Kembara hari kedua 10 Disember, bermula jam 7.15 am. Permanduan selama 45 minit . melalui perkampungan tradisi menyaksikan rumah-rumah kampung yang daif bikinannya. Banyak berdindingkan buluh, papan dan jarang binaan batu. Melewati pasar pagi terbuka yang memang sesak. Kesibukan para penjual di kiri kanan jalan dan ditambah keributan kereta kuda (cidomo) berkongsi laluan dengan kenderaan berinjin.
Pasar tani dikiri kanan jalan ke Selong Blanak
Cidomo sekitar pasar
Tiba di Industri Kerajinan Patuh Traditional jam 8.00am kami disambut para petugas. Sempat menimba pengalaman menenum sendiri songket Lombok. Sementara menunggu anak-anak memilih kain dan cenderamata, kami dijamukan buah pisang dan air kosong. Kami dipakaikan kostum songket untuk sesi bergambar. Akhirnya , kenalah beli tanda kenangan .
sedang mencuba menenun kain sasak Lomb
Bergaya je lah beli tak mampu
|
Explorasi seterusnya di Bumi 1000 Masjid menuju ke Selong Blanak pula. Jam 10.00am kami dah memijak pasir memutih bersih di pantai. Deruan ombak Lautan Hindi tanpa jemu memukul pantai meraikan kunjungan kami sekeluarga. Belum ramai pengunjung Muslim di situ selain kaum Mat Salleh yang leka bermain dengan ombak besar. Cucu puteriku Daria Aleesa yang sibuk berendam sambil bermain pasir. Amat indah panorama di sini.
|
Pantai Selong Blanak menyempadani Lautan Hindi |
|
Snow white Aleesa dah tak putih |
|
Aleesa dan pantai berpisah tiada |
|
Makan jagung bakar
Gembala membawa ternakan mencari rumput
Tak mampu bertahan dek bahang remang mentari , kami menuju ke destinasi kedua dalam itinerari. Jam 12.30pm tiba di Restoran Anda di Kuta yang menghadap Lautan Hindi. Menikmati makan menu tempatan sambil meneropong view sekitar. Oklah . Masih indah panorama kawasan pedalaman Lombok . Tiada pembangunan, tiada hutan batu dan kekal alam semula jadinya.
Bukit Gondol kesan pembakaran
|
Tidak sorang pun anakmenantu berhajat mandi-manda di pantai Kuta. Masing-masing nak melepaskan gian berendam di Pantai Mawun. Terpengaruh dengan cadangan Mas Shihaf ( Pak Supir), kami pun setuju. Di pantai Mawum pun sunyi ,ramai penjual daripada pelancong. Menyaksikan wanita Eropah sedang Sun Bath dan berenang bertemankan ombak. Ada juga yang bermain papan luncur berperang dengan badai .Di Pantai Mawun pun dapat menyaksikan Lautan Hindi. Deruan angin yang kuat bagaikan melagukan irama buat pengunjung.
Anak-anak mandi-manda tetapi sebentar lantaran kalah dengan pukulan ombak. Pasir di sini kasar umpama butiran manik. Pabila memijaknya pasti kaki tenggelam kerana licin. Anak-anak berjalan meninjau panorama penduduk sekitar pantai ini . Kurang selesa sikit tika di pantai ini kerana gangguan para penjual cenderamata. Asyik memaksa, memujuk tanpa jemu dan sabar menerima penolakan kami.
|
Teramat panas ... opah dan cucu berehat
Pantai Mawun kurang menarik . Ombak memuntahkan
sampah-sarap lautan Hindi dipantainya
|
Kami ke Tanjung Aan pula dengan menyusuri jalan di pinggir laut. Kelihatan bukit-bukit yang gondol tanpa pokok . Cuma rumput dan pepohon renek yang menghuni permukaannya. Banyak juga hutan yang diteroka petani tempatan, Kesan pembakaran hutan jelas kelihatan di sepanjang jalan yang kami lalui. Pokok geti/turi banyak ditanam di batas sawah padi, berguna untuk membuat rumah kampung. Di Tanjung Aan cuaca redup selesa bersantai .
Pantai di sini berpasir butiran manik kasar, sukar pergerakan kami. Setiap pijakan pasti tenggelam. Sempat kami meneroka di Batu Payung yang memisahkan pantai Tanjung Aan dengan perkampung nelayan. Lautan Hindi masih menauti sepanjang pantai yang kami tempuhi. Damai hati berada dalam panorama sebegini.
|
pokok turi / geti memagari sawah
|
|
Butiran manik kasar di Tanjung Aan |
|
Cantik amat butiran pasir ciptaan Ilahi |
|
Speed boat ke Batu Payung |
|
Aishah dan Mirwan anak buah pemilik boat |
|
Air cetek Selat Lombok |
|
Tapak Sulaiman Biru.... subhanallah |
|
Batu Payung ...Laut Flores di belakangnya |
Kembaraan keluarga di Pulau Lombok sudah mencecah senja 10 Disember 2015. Kami dibawa ke Sasaku kompleks Pertokaan Cermen,di Lombok Barat untuk menjamu mata. Pusat membeli-belah buah tangan untuk para pelancong memang tuntutan untuk dijejaki. Oklah , selesa juga meninjau sambil beli serba sikit buat 3 cucu yang tak ikut kami. Kupon menikmati satey diberikan kepada pelanggan jika belian melebihi amaun tertentu.
|
Jam 6 pm mencari kemeja T untuk snokeling |
|
View depan kedai |
|
Mas Shihaf & Acu berkain tenunan Lombok |
Jam 7.45pm Mas Shihaf membawa kami ke Restoran Ocean Blue di Jalan Sengigi,Batu layar, Lombok Barat. Mahal amat makanan di sini... tapi kena cuba juga. Set nasi putih,ketam, udang ,sotong, tiram, ikan 3 rasa, serta jus buahan dikongsikan 7 orang. Gagal ke restoran yang sepatutnya lantaran terlalu ramai, inilah restoran pilihan kedua. Perjalanan pulang ke hotel menyaksikan panorama malam banyak gelap daripada terang .
|
masakan ala Chinese |
|
Kos 1 juta Rupiah |
11 Disember kami check out hotel untuk ke Gili Air. Singgah di beberapa lokasi termasuk di Bukit Dusun Nipah menikmati view menarik 3 Gili dari puncak bukit . Perjalanan mendaki bukit , menyusuri lautan biru di Lombok Strait memang memukau pandangan. Memang indah...Tiba di jeti Bangsal jam 9.30am. Speedboat Karya Bahari setia menanti kami, Mas Didi nakhodanya,. Meluncur cuma 5 minit pelayaran ke jeti Gili Air. Oooooo tak puas rasa kali pertama menaiki speed boat ni.
Jeti Gili Air ala kampungan tapi meriah dengan para pelancong. Bersama cucu aku menaiki Cidomo (Kereta kuda). Barangan kami dimuatkan sekali di atas cidomo menuju ke Salim Cottage. Membayar RP100k agak berbaloi kerana dah tua-tua ni tak berdaya nak melangkah di jalan berpasir. Mendapat bilik yang selesa ,cantik dengan dekorasi ala Bali sepenuhnya memang terbaik. Salim Cottage penginapan pilihan anak-anak.
|
view Lombok Strait |
|
Cidomo RP100k |
|
Restoran Salim Cottage |
|
Laluan pinggir pantai |
|
SpeedBoat ke Gili Air |
|
Jeti Gili Air |
|
Speed boat dari Gili Air |
|
Jeti Bangsal |
Jam 10.30am Mas Amirudin dan Marwan memandu speed boat Cha-Cha membawa kami ke Turtle Point di Gili Air. Hanya 15 minit pemanduan , memang dekat. Anak-anak bersnokling pelbagai cara . Azi dan Ala kali pertama berenang di tengah laut amat menggusarkan hati. Aku menemani Aleesa di atas boat sambil merakamkan aksi anak-anak di permukaan air. Cucu riang melihat anak-anak ikan dan karangan laut di dasar laut melalui cermin pada lantai bot. Suka anak-anak dapat melihat penyu, coral biru dan pelbagai hidupan laut. Banyak juga mereka berpaut pada sisi bot dek penat berenang...
Jam 12 30pm kami diturunkan di Gili Trawangan . Banyak gerai makan. Tak tahu mana yang halal dan bukan halal. Makan tengah hari di Trawangan ini kami kena cari sendiri. Akhirnya di Restoran Why Not menikmati nasi berlauk dan western food. Jam 1.25pm Mas Marwan membaawa kami ke Blue Coral . Anak-anak bersnokling lagi nak melihat blue coral yang banyak .... hinggalah penat.
Snookling sekitar Turtle Point Bongkas Gili Air:
|
Snookling di Turtle Point mendepani Gili Trawangan |
|
Lantai bot bercermin utk melihat dasar laut
Snookling di Blue Coral :
|
|
Lunch di Why Nor Restoran Gili Trawangan |
|
Pemilik Restoran |
Jam 2.45pm kami pulang ke Gili Air. Snookling masih diteruskan walaupun sudah berada di pantai. Nampaklah anak-anak ikan yang bebas berenang bermain ombak. Terjumpalah buah kelapa hanyut. Apa lagi main bowling pantai pula mereka .
Santai pagi penutup explorasi di Gili Air:
|
Cottage penginapan 2 orang |
|
laluan Cottage di Salim Cottage
|
Cucu si Majna masih ngantuk |
|
|
Dasar laut separas pantai dek air surut |
|
Speed boat berehat seperti pemiliknya nan masih lena |
|
Gerbang entran |
|
Bot Public di Gili Air |
|
Speed Boat Mas Didi membawa kami pulang ke Mataram |
|
Wajah kelaparan |
|
Jeti Bangsal waktu pagi |
Sepanjang kembaraan ke lokasi bersarapan, Mas Shihab banyak bercerita kehebatan pulau-pulau lain di Lombok. Anak-anak makin teruja nak ke sini lagi. Apakan tidaknya... Trecking Gunung Rinjani dan Air terjun Senaru nan dingin belum lagi. Penerokaan di Batu Hampar, Tanjung Ringgit dll kepingin sekali. Bagi yang berusia senja seperti aku, cukuplah kali ini.
Melewati pelbagai desa , sawah padi, kebun kelapa, menyusuri pantai; mengingatkan diri berada di kampung sendiri. Kanak-kanak sekolah Dasar (sekolah rendah) dan menengah berjiranan bangunan sekolah mereka. Masjid amat banyak di tempuhi, namun tidak terlaksana hajat untuk memunajatkan diri di rumah Allah di sini. Bukan rezeki, pujukan hati!
|
Masjid Labulia |
|
Sekolah Dasar Negeri Labulia Mataram
Dari jam 8.00am hingga jam 10.00am berada di dalam supir barulah tiba di Restoran Nasi Balap Pyung RM Cahaya, Mataram. Lokasi di jalan ke lapangan terbang. Memang ramai pengunjung datang. Kebetulan pagi itu ada orang kenamaan melalui jalan di situ, justru ramailah polis bertugas di sepanjang jalan. Dapat menyaksikan juga murid-murid berbaris di tepi jalanraya sambil memegang bendera meraikan pemimpin mereka. Itulah pengalaman.
|
|
Sarapan kami bekalan pulang
Sebelum menaiki pesawat pulang jam 12.40pm, sempat meronda sekitar Lapangan Terbang Lombok. Rayau punya rayau terbelilah kain tenunan dan ole-ole buat cucu yang tidak sertai expedesi. Sengaja nak perabiskan baki duit Rupiah.... hahaha
Van Mas Shibah pengankutan kami sepanjang di Mataram
View Lapangan Terbang Lombok
Koleksi view di Gili Air:
|
|
Katil double Salim Cottage |
|
Bilik air cottage |
|
Ruang storage barangan cottage |
|
Laluan antara cottage |
Rampaipanorama:
|
Replika di bulatan Lombok Barat |
|
Pabila cucunda boring dalam pesawat |
|
Ole-oleh cucunda |
Lombok destinasi terindah buat pencinta kedamaian dan untuk yang nak lari daripada kemelut kota. Buat pasangan berbulan madu memang berbaloi menghiasi percutian penuh privasi. Buat orang muda amat bermakna bagi mereka yang meminati aksi lasak. Yang suka menyelam ke lautlah tuju. Sukakan pendakian ke gununglah terokai. Sukakan cabaran ke hutan mengexplorasi. Suka berbelanja banyak gerai untuk membeli. Suka melayan karenah perut warung siang malam sedia menanti. Cuma ... Halal ke tidak perlu berhati-hati....
Inilah permulaan buat famili ini bersama diperantauan.... moga selepas ini 4 puteriputera dapat bersatu lagi ke lain destinasi, Insyaalah.
The 10 Best Slots in the UK (2021) - DrmCD
ReplyDeleteTop 10 평택 출장마사지 Slots UK (2021) 태백 출장안마 · 평택 출장안마 1. Supernite - £10,000 · 2. Superlotto Plus - £10,000 · 3. Golden Nugget - £10,000 · 4. 포천 출장샵 Bally's Casino - £8,000 · 상주 출장샵 5. Superlotto Plus - £7,500 · 6.