Azan pertama Solat Maghrib 24.8.2014 oleh Ustaz Mokhtar ,
memacah tradisi ,melakar sejarah dipentas persembahan di Dek 9
Perjalanan bersama 19 buah bas sewa khas dari Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi , Ipoh ke Pelabuhan Swettenhem Pulau Pinang ,amat teruja. Seramai 774 jemaan pelbagai usia; ada yang bertogkat, ada yang berkerusi roda ,ada kanak-kanak , ada remaja dan paling ramainya jemaah yang berusia 50an. Ada yang berxplorasi bersama keluarga, ada yang berpasangan dan yang hadir bersendirian . Turut serta jemaah dari Singapura dan Kuala Lumpur datang dengan penerbangan dan mendarat di Bayan Lepas. Semuanya bertemu di pelabuhan. Sesungguhnya diketemukan dengan pelbagai ragam jemaah , karenah urusetia, kepanasan & ketidak selesaan. Tempat menunggu pelawat yang tidak mesra pelanggan, amat menuntut kesabaran nan tinggi. Alhamdulillah... mereka ribut nak masuk kapal, aku ribut berfotografi...
Jika nak naik kapal terbang, didahulukan orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak, tetapi tidak berlaku di sini... mungkin urusetia Intratama Travel Consultan & Tour belum punya pengalaman mengendalikan jemaah seramai ini dan aneka usia begini. Namun Encik Suhaimi Penerajunya memang ada class, pintar mencerna suasana dan yang banyak turun padang. Kejayaan program anjuran bersama Astro Go Beyond, Astro Oasis , Berita Harian, Pusat Pendidikan Al-Barakah dan Hwajing Travel & Tour sdn Bhd. ini mampu diberikan 4 bintang. Rakaman program ini diberitakan akan bersiaran di Tv Astro Oasis mulai 4 Oktober 2014.
Bersama Rokiah, Imah
Bas AGC9633 dinaiki
Sebelum menaiki kapal, kami disinggahkan di Padang Kota Penang tika jam 11am, kononnya untuk makan tengah hari. Manalah ada kedai makanan berniaga siang hari di situ, justru kami berlaparlah hingga jam 6 petang ,sehingga ketemu makan malam di kapal. Ramai merungut, ramai tak selesa , aku paling kurang senang dengan jawapan ketua bas Pn Hasni (wakil Al-Barakah), "Saya dah cakap tiada kedai makan sini, tapi depa tak percaya"... Aduh, aduh.... sakit hati ni terubat pabila memandang wajah lanjut usianya dan tahap pendidikannya. Yang ni UKE kena betulkan dalam memilih Urusetia Program.
Teramat ramai pengunjung di Pelabuhan Swettenhem, jemaah kami 774 orang , pelancong lagi... waris2 yang menghantar jemaah, petugas-petugas dll . Semua pasport kami dikumpulkan urusetia Intratama , kami cuma diberikan kad pas pelawat untuk urusan sepanjang di dalam pelayaran. Seawal jam 2 pm semua selesai setelah check in . Dapat memasuki bilik , dapat membuang kumbahan badan, lalu bergegas ke Stardust Lounge di Deck 5 (Dewan utama) mendengar taklimat dan mengikuti latihan kecemasan yang dikelolakan oleh staf Star Libra Cruise yang amat efisen.
Sarapan di R&R Gunung Semanggol jam 9am
Di Padang Kota
Jam 12pm ,Menunggu giliran di Port Swettenhem
Taklimat di Deck 9 Stardust Lounge
Paparan urusan SAMAK kapal Oleh MAIP Penang
pd 21 Ogos 14
Penaraju program:Boss Astro, Intratama & StarCruise
Taklimat Boss UKE
Demo pemakaian jaket keselamatan
Kamar tidur biasa
Bilik 2 orang
Suite Delux
Kad Pass Pengguna Cruise
Menyempurnakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi secara jamak Zohor & Asar pada jam 2.30pm di bilik nombor 3134B (Deck 3), tak sempat rehat pun. Jam 3pm selesailah praktik safety Drill di bhg luar kapal di deck 4. Diberitahukan laluan keluar dan perahu keselamatan yang digunakan semasa kecemasan .Sementara menantikan dinner yang disajkan dari jam 6 hingga 10pm secara BBQ di Pool Deck di Deck 9, sempat kami berkemas dan membaca semua nota , aturcara dan imfo dalam bilik. Tempat makan juga disajikan di dalam Mariner's Restaurant di deck 9 dihujung Pool (ruang makan tertutup) di belakang kapal. Panorama terindah dapat dinikmati dari view sini, Kedatangan malam yang menggantikan senja nan kelam, tiada kelihatan tanah dataran... cuma lautan yang berombak dipalu injin kapal. Namun tiada terasa bergoyang atau kurang selesa... malah tidak terasakan diri berada di atas kapal.
Banyak sudut penyajian pelbagai makanan, ada menu Melayu, menu barat, menu Chinese, dan menu vegetarian... cuma kena berbaris panjang dek terlalu ramai lantaran semuanya keluar serentak untuk makan. Tempat duduk bermeja sudah siap "berpunya" dengan meletakkan beg dll oleh para jemaah yang "TERHEBAT" . Aku , Imah, Rohani (ibu saudara Imah) dan kakaknya (Rokiah) mememilih berbaris dahulu untuk mendapatkan makanan, kemudian barulah duduk di mana-mana meja yang kosong. Setelah meletakkan makanan , kami bergilir mengambil minuman. Dengan tidak membooking meja makan, kami bebas duduk di mana-;mana, justru kami dapat meramaikan kenalan dengan jemaah lain dari pelbagai tempat , Alhamdulillah. Bak kata para penceramah,"Nak tahu perangai manusia , pernah mengembara atau tidak, lihatlah tika mereka makan. Asyik nak bersama group sendiri, sukar bertolak ansur." Alhamdulillah, banyak pengembaraan yang aku dan Imah lakukan, banyaklah pengalaman terbaik dapat dipraktikan tika begini.
Azan Maghrib buat kali pertamanya memecah tradisi kapal di Pool Deck di deck 9. Tika ini pentas sedang meriah dengan persembahan hiburan,maka tepat jam 7.30pm ditangguhkan. Saat inilah jua kapal berlabuh sepanjang masa bersolat bagi memastikan Qiblat bersolat tepat. Azan bersejarah di Libra Star Cruise dilaungkan oleh Ustaz Mokhtar dari Al-Barakah, dapat kusaksikan sendiri moment penuh indah ini.
laungan azan sulung solat Maghrib di Pool Deck 9 jam7.30pm 24.8.14
Momen bersejarah buat diri dan para jemaah berjaya menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak seramai 700 orang, telah mencetuskan suatu kelainan di benak sanubari. Ada sayu... ada gembira... ada kedamaian... selebihnya rasa penuh kesyukuran kerana dalam usia emas ini aku mampu mengabdikan segenap jasad dan hati ke Hadrat Ilahi di tengah Lautan Andaman, Alhamdulillah. Selesai solat yang diimamkan sendiri ustaz Kazim , kami dijamukan ilmu syariah dalam takzirahnya, Selesai solat, jemaah, kami menerima kemeja T pakej lengan panjang rona kuning dan biru tua. Sementara menanti giliran dalam perbarisan yang panjang, kami menikmati supper, minuman malam di Marina's Restauran di Deck 9. Wow... menunya macam dinner je, berat kerana disajikan roti jala, roti canai, aneka roti dan pelbagai rasa minuman panas.
Solat Maghrib Isyak
Tazkirah selepas solat subuh
Hari kedua pengembaraan 25 Ogos 2014.....
Mendarat pula di Langkawi dengan menuruni tangga curam oleh semua jemaah; tidak mengira tua, muda, kanak-kanak.... itu cuma pilihan yang ada. "Yang ni Starcruise kena gunakan tangga yang selesa & selamat kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak". Di Jeti Star Cruises Langkawi , jemaah diraikan dengan paluan kompang dan Maskot .... Beberapa buah bas sedia menantin untuk membawa para jemaah ke Under Water World Langkawi. Setiap bas menyediakan pemandu pelancong yang menceritakan kisah Langkawi, walaupun cuma 10 minit perjalanan bolehlah menjadi halwa telinga kami.
Tiba di Water World, Pengurus UWWL bersama beberapa orang staf menyambut kami. Ramai yang sibuk bergambar tapi aku dan famili Imah terus masuk dengan menggunakan pass yang diberikan. Tak banyak paparan yang menarik, 10 tahun dulu lebih banyak dan meriah rasanya. Kini macam tak bermaya.... Sebelum keluar ramai yang membeli-belah di pasaraya berdekatan.... Jam 12pm rombongan mula bergerak menuju ke Masjid Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hangat bas kami bernombor........ tetiba rosak teruk. Patutlah semasa perjalanan awal menaikinya terasa panas dan tak selesa. Bas pengganti datang jam 1pm. Kamilah rombongan terakhir bergerak tetapi terawal tiba di Masjid "Inilah keadailan Allah"
Rahmat Allah memang ditarbiahkan dalam pelbagai bentuk rupa rasa dan nikmat. Hujan rahmat meraikan ketibaan kami di perkarangan rumah Allah di Masjid Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hngat. Kesungguhan para kariah masjid memayungi kami nan terlalu ramai, melupakan kesukaran keberadaan di situ. Khemah jamuan kerusi meja basah.... namun demikianlah pilihan yang Allah takdirkan buat kami menikmati rezekiNya di bumi Sumpah Mahsuri. Walaupun memilih makanan tengah hari nasi gulai tulang lembu dan masakan kampung yang biasa, namun selera masih segar, enak pula menjamu selera beramai-ramai dalam hujan lebat, subhanallah! Alhamdulillah!
Melengkapkan tanggungjawab bersolat jamak Zohor & Asar dan Ceramah Perdana daripada Ustaz Kazim bersama para jemaah , memng terlalu indah. Dalam gerimis kami melangkah pulang maniki bas untuk ke Ismail Group,demi memenuhi impian kebanyakan jemaah...."shopping". Sebagai kenangan cuma membeli sepasang beg pakaian rona hijau muda dan ungu untuk kembaraanku yang berikutnya meneroka dunia. Terkeluarlah budget berharga promosi RM 90 dan RM 70... murahke?
Paluan kompang & maskot
Jemaah UKE di Under Water World
bas persiaran meragam yang kunaiki
berhujanan meraikan jemaah UKE
Rohani (ibu saudara),Imah & Rokiah (kakak Imah)
Chak (3 kekananku) Masjid Riyadzusolihin, Pdg Lalang, Mukim Ayer Hangat
Suhaimi peneraju Intratama
Polis trafik pengiring rombongan di Langkawi
Kedai Ismail Groups
Selesai urusan berbelanja di Ismail Groups, jemaah dibawa kembali ke kapal menikmati makan ,bersolat , bertakzirah dan supper . Memang amat berpuas hati makanan yang disajikan, boleh dianugerahi 5 bintang.
Buffet Sarapan
70 Chef Muslim buat Kembara UKE
Hari ketiga kembaraan menyusuri Lautan Andaman ke Phuket, Thailand . Jam 9 pagi setelah checkout cruise dan menerima pass khas ,kami dibawa ke Sekolah Muslim Wittaya Phuket yang menempatkan para pelajar dari kalangan anak yatim dan fakir miskin. Hujan lebat masih menyambut ketibaan kami di sekolah berkenaan. Perbarisamn para pelajar & warga sekolah setia berhujanan menyambut kami. Usai bersolat jemaah dengan kariah sekolah, kami diraikan dimajlis penyampaian bantuan dan beramaljariah, sambil menikmati makan petang. Dihiasi majlis dengan beberapa persembahan para pelajar sekolah. Memang ramai yang bermurah hati ,menyampaikan sumbangan...Alhamdulillah ,hasrat UKE terlaksana .
Pelabuhan Phuket
Bersama wartawan
Mr Abdullah Tour Guide Phuket
Polis Trafik Phuket mengepalai rombongan
Gobernor Phuket(Berselendang batik) Mr .......meraikan jemaah
Gerai Pelajar
Melewati senja kami meneruskan kembaraan ke Kilang T Shirt dan Kilang Kacang Gajus . Memang mahal harga barangan walaupun berjenama Thailand. namun kena beli juga sebagai kenangan. Membawa pulang kenangan dari Phuket beberapa tin kekacang dan beg galas. Perjalanan melalui jalan bukit-bukau untuk ke Phatong pula, meredah kehujanan malam. Tidak sempat menikmati panorama matahari terbenam di Cape Promthep lantaran melewati masa sunset. Tiba di Phatong sebuah pasaraya 2 tingkat, kami disambut pancutan air pelbagai warna menyerikan malam. tidak ramai berbelanja di sini lantaran sudah digunakan di Ismail Group, di Langkawi. Jam 10pm kami bergerak ke Pelabuhan Phuket untuk berangkat pulang ke kapal, sebelum jam 11pm tika mana gate pelabuhan akan dititup. Ok semua akur akibat keletihan , mungkin.
Kilang T Shirt
Kilang Kacang Gajus
Kedai Beg di Pathong
Mengimbau kenangan berlayar selama 4 hari 3 malam , menghimpun pengalaman daripada pelbagai aktiviti disediakan kepada jemaah. Ada yang disajikan oleh urusetia Pakej UKE dan ada yang memang menjadi rutin buat para pelayar cruise. Selain bersolat jamak dan solat subuh berjemaah, takzirah, makan sedulang dengan pasangan, ice breaking dan cabutan nombor untuk memenangi 30 hadiah pakej pelancongan buat para peserta pakej; pihak Star Cruise juga menyediakan pertunjukan silap mata, demo memasak gelanggang basketball dan santai berenang dengan famili. Aktiviti lain oleh Star Cruise tersedia di Pub, Club........, kamar berkaraoke, kasino, khidmat urut, dan pentas hiburan , tetapi bukan untuk jemaah UKE.
Pertunjukan silap mata
Ruang ini dibenarkan bersolat jemaah tika hujan
Takzirah, ceramah di Stardust / Lounge
PU Fakhrul dari Astro Oasis paling menarik
Berselawat Perdana
Ice breaking dikelolakan Intratama Management
Makan didulang bersama pasangan
Ruang kemudi kapal..UKE dgn Kepten Kapal
Demo masak Tomyam & Kraf Buah oelh Chef kapal
Persembahan buat umum dpd staf cruise
Ice Breaking dpd Intratama
Ruang Banquet selesa & santai bertakzirah
Penyerahan sumbangan dpd Intratama
Meraikan Cruise kali pertama
Hadiah pakej penginapan dpd cabutan Bertuah
Menikmati panorama anugerah Ilahi tika menjelang waktu Maghrib dan Subuh di Lautan Andaman dan Laut Selat Melaka merupakan momen teramat manakjubkan , melekat di benak hati hingga kini. Menyaksikan sendiri matahari terbit secara perlahan-lahan dari ufuk timur dan mentari terbenam di ufuk barat tika berada di deck 10, membawa diri lebih hampir kepadaNya... amat kerdil! Mungkin sukar dirasai lagi kemudian hari........
Lautan Andaman malam
Sunset
sun rise
View Phuket
Pelabuhan Phuket
Sunset
Subuh
Ruang makan Pool Deck
Selat Melaka
Pool deck
Staf Dining Star cruise
Di suatu senja
Langkawi bye
Sarapan
Pergerakan cruise dari skreen Tv Bilik
ukiran bungkah ais malam Gala
27 Ogos perjalanan kembali ke Port Swettenhem, Penang menjadikan kembaraan terakhir jemaah .Selesai urusan pasport dll yang dibuat di dalam kapal dan check out Libra Star Cruise seawal jam 9 pagi. Semua bagasi dibawa turun oleh staf star cruise setelah jemaah meletakkan di luar bilik masing-masing. Berbaris panjang lagi bagi melepasi urusan Kastam DiRaja Malaysia, dan pengesaham keluar Imigresen, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jam 2pm menaiki bas pulang ke Al-Barakhah .Di perjalanan kami disinggahkan di Restoran Mamak di Juru menikmati makan tengah hari dan berhenti lagi di R&R Bukit Merah untuk bersolat. Jam 6pm Nazihah menanti untuk kami pulang ke rumah.
Urusan Pasport & check out Cruise
Terima bagasi di Pelabuhan Swettenhem
Tua muda sendiri urus bagasi!!! ni yg TAK sesuai
Asesori Kembara UKE.....
Dibekalkan setiap kali meninggalkan kapal
PU Astro Oasis Ustaz Fakhrul
Kak Zaharah GC Cameron Highland... kudrat Ilahi
Pelancaran Pelayaran UKE 2015
Cuba-cubalah menambah tabung akhirat dengan mengUpdate foto dan segala imfo Kembara UKE buat perkongsian rerakan facebook dan families. Alhamdulillah sudah keluar di dada akhbar pelancaran Kembara (Pelayaran) UKE 2 pada 25-28 Januari 2015. Dalam kembaraan kedua ini telah menggugurkan kunjungan ke Langkawai, dengan Krabi sebagai ganti dan mengekalkan Phuket destinasi kunjungan. Moga berjaya.... mendaulatkan Seruan Islam ke Seantero.
|
Salam...salah sorang yg mengikuti rombongan ni adalah kawan saya...
ReplyDeletemualaikumsalam. alhamdulillah.
Delete