Berangan-angan, itulah diriku sejak kecil lagi. Hingga ke usia setengah abad ini pun (59 tahun) pantang duduk sorang-sorang apa lagi layanlah.... , sambil menikmati Radio IKIM pun boleh warming up angan-angan, malah tika berkebun juga sempat berangan-angan .Pabila melihatkan aliran air anak Sungai Kuang di tepi kebun lagi best dan laju melayan minda...jauh....hanyut sendirian diulit suara unggas nan berkicauan .
Angan-angan nak bermain dengan salji pada musim winter, hanya berpaut harapan kepada kesediaan dan kepulangan putera kesayangan untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Itulah katahati, itulah impian, itulah bualan kepada kekawan, itulah jua harapan ; namun Allah jua mentakdirkan segalanya. Aku cuma merancang, hanya termampu memanjatkan doa ,maka Allah jua yang menentukan segalanya mengikut peta takdirku dalam LuhMahfuzNya.
|
Sepagian Bersalji di Mihana Village, Fuji |
Sebelum penerbangan explorasi dimulakan , Pakej Apple Tour menasihatkan peserta lawatan supaya membawa bekalan pakaian sesuai untuk musim spring bersama sweater . Tidak dinayatakannya pula di mana-mana , mahupun daripada imfo internet bahawa akan diketemukan salji di Jepun dalam tempoh kunjungan kami ke sana dari 3 hingga 9 April 2014. Justru ungkapan Alhamdulillah..... alhamdulillah... kerana Allah telah memilih kami jemaah Muslim seramai 29 orang untuk menikmati keajaiban ciptaanNya tika di bumi Matahari Terbit ni.
Tanggal 8 Mac 2014 amat menakutkan kepada sesiapa pun untuk menaiki pesawat, terutama dengan syarikat penerbangan MAS, namun tidak sedikitpun hati kecil ini berasa demikian. MH370 telah hilang entah ke mana bersama 239 penumpang dan anak kapalnya ..... suatu sejarah hitam buat negara kesayangan. Layanan mesra, kecekapan serta ketelitian para petugas MAS dari KLIA hingga tiba di Narita Internaational Airport, memang membanggakan, amat memuaskan hati dan wajar diberikan pujian tinggi.
|
Makan jam1.00 am lazat lagi mengenyangkan |
|
Flight ke Narita dgn MH088 seat 39E
|
Makan jam5.30am MAS....tiada komplain
|
Narita jam 7.35am Imah & Azura bergaya |
|
|
Pernerbangan selama 6 setengah jam selamat mendaratkan kami pada 4 April , jam 7.35pagi waktu Tokyo (sejam awal daripada Malaysia). Jam 9.00 pagi setelah selesai urusan bagasi kami terus disambut oleh Tour Guide Melayu bernama Mr Jafri San (orang Taiping) untuk menaiki bas khas. Mataku bulat memantau sekitar lapangan terbang Narita, tercari-cari pokok Sakura yang kulihat blooming ketika berada di dalam pesawat lagi. Hmm memang banyak.... tapi pokok-pokoknya jarang-jarang.... "Lanskaps di lapangan terbang ni biasaje" , bisik hatiku.
Selesai sesi memperkenalkan diri olehTour Guide Malaysia Mr Fahmi dan Mr Jefri San Tour Guide di Jepun (staf Apple Tour juga) ,kami dipandu ke Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo , Taman Sakura. Sepanjang jalan memang banyak pokok sakura yang mekar umpama himpunan kapas merah lembut dan putih nan terapung yang mendiami sepanjang jalan, menghabitat di kawasan penempatan penduduk maupun di dataran bukit. Memang kena sungguh kunjungan kami dengan musim sakura kali ini, Alhamdulillah.
|
Tour guide Mr Fahmi, Syeila & Mr Jafri San |
Sudah menjadi sejarah di usia ini , pagi 4 April 2014 jam 9.30 am aku sudah memijakkan kaki di bumi yang dipenuhi lautan bunga Sakura (Cherry). 4 buah taman di sini bermula dengan English Lanskap Garden , Japanese Traditional Garden, French Formal Garden dan Mother and Child's Forest (Hahato-Kono_Mori) tersedia menanti kunjungan kami. Selama sejam di sini puaslah kami berfotografi di pelbagai sudut di sisi pepohon sakura yang berjumlah 65 jenis dan blooming pelbagai warna yang menghabitat taman ini .
Azura, Imah, dan Shila menyerasi hatiku dek kerana minat berfotografi yang sama, walaupun kami mengenali satu sama lain baru semalam. Inilah yang diperkatakan warga dahulu "Jauh berjalan luas pemandangan, lama hidup banyak pengalaman, banyak bermusafir ramailah kenalan". Semasa masuk ke taman ini melalui gate Okido ,melaluinya juga kami keluar tika jam10.30am. Kami berempat melangkah laju kerana masa menaiki bas untuk ke destinasi berikutnya sudah dinanti-nantikan rakan jemaah lain yang tidak turun bas. Sempat merakamkan beberapa jenis sakura sahaja sepanjang musafir ini, namun Alhamdulillah jua.
|
Peta Shinjuku Gyeon National Garden, Tokyo |
|
Aku Azura dan Imah masih memakai pakaian
semalam kecuali Azura |
|
Sakura menghiasi view belakang & bertaburan di bumi |
|
Sakura putih kuntum besar |
|
Sakura pink berjuntaian hingga ke bumi |
|
Sakura putih bergugus seperti bunga ros |
|
Pohon sakura selesai berbunga selepas 2 minggu |
|
Sakura ungu |
|
Sakura merah |
|
sakura putih & pink bergugus lebat |
|
Dibawa pulang untuk kenangan |
|
Sakura velvet |
|
sakura berjuntai pink |
|
pohon sakura muda |
Bas kami melewati bandar Tokyo dan Istana Agung yang indah dengam barisan pohon sakura yang mekar segar memagarinya dan terdapat juga di tebing tali air /sungai di sepanjang jalan yang kami lalui. Jam 12.30 th kami makan tengah hari di Hokaido Steamboat Restoran di bandar Ginza.
|
Bandar Ginza |
|
Ada set meja ber-4, berdua dan ber-6 ala rumah tradisional Jepun |
Syeila memaksa aku menelan ikan kod mentah dan ikan salmon serta daging . Akhirnya berjaya juga menghabiskan 3 daging ikan bercicahkan kicap soya khas bersama nasi putih. Nasi Jepun memang lazat dimakan walaupun tanpa kuah. Yalah berada di negara asing, kenalah merasa makanan mereka. Sup steamboat memang best...Lunch hari ni memang mengenyangkan.
Hanya sebuah masjid sahaja yang ditakdirkan buat kami bersolat yaitu Masjid Camii Tokyo atau dekenali masyarakat tempatan sebagai Turkey Culture Center. Memang indah rekabentuk binaan rumah Allah bertiga tigkat ini yang dibiayai sepenuhnya daripada derma para pendatang Islam Turki di Tokyo dan pengunjung di masjid itu.
|
Mihrab Masjid Camii Tokyo |
|
Entrans ruang solat di Tingkat 3 |
Jam 2.30pm tiba di Shinjuku (Shin bermakna baru, juku bermakna penempatan) di Ginza sebuah bandar metropolitan yang menemukan pengunjung dengan pelbagai barangan eletrik, elektronik, gedung pakaian, bahan persolekan, aksesori kenderaan dll yang merupakan pusat membeli-belah termahal di Tokyo. Seorang teman membelikan sebuah alat elektrik buatan Jepun (Ginza) namun dikenakan cukai pula kerana pelancong. Penyudahnya terbeli dengan harga yang lebih mahal daripada di Malaysia....
|
Pusat bandar Ginza |
|
Tak beli satu pun tapi banyak jamu mata |
Dinner hari pertama di Tokyo mempertemukan menu Indian Krusin hanya di Maharaja Restoran di Ginza .Amat best makanan di sini, kari amat kaw kaw... Boleh tambah makan selagi mahu...
|
Nasi putih, ayam panggang, roti nan & 2 jenis kari |
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..... tapi badan tak berpeluh pun walaupun banyak berjalan dan belum mandi sejak tiba di Tokyo pagi tadi. Nak segera cari air... nak mandi ... badan dah gatal-gatal... . Siap Check in di Hotel Takanawa Grand Prince Tokyo jam 9.00pm dengan mendiami kamar nombor 2341. Kami diberikan sebiji kompas untuk menentukan arah qiblat. Puas berendam ,terus bersolat kemudian mengenakan Kimono yang disediakan di bilik.
|
Kamar 2341 |
|
Sarapan bijirin, buah dan pekena mi kari di bilik |
5 April 2014 kami checkout hotel seawal jam 8.30am untuk ke Tokyo Disneyland .Jaraknya dekat sahaja cuma setengah jam .Tiba di lokasi pada 9.30am, kami terus terus masuk dengan menggunakan pas kumpulan .Para pelawat tak ramai tika kami tiba tetapi semakin meningkat pabila siang meninggi hari. Tika ni kebetulan sekolah di Jepun masih bercuti maka terlalu ramai manusia.
|
Pusat Insinerator (pelupusan sampah) |
|
Insinerator kedua hampir dengan laut |
|
Laut yang bersih dan terurus
|
|
Sangat sejuk di sini |
|
sambil menaiki Mark Twain Riverboat
di River of America |
Jam 12.30pm kami keluar sekejap dari Disneyland untuk makan tengah hari dan bersolat. Tika keluar dicop pada belakang tapak tangan tetapi tidak jelas dilihat dengan mata kasar. Kami bersolat di suatu sudut taman kerana tidak ramai pengunjung di situ. Jam 2.00pm kami masuk semula dengan menunjukkan bahagian tangan yang dicop . Wow ...kedengaran bunyi digital...
|
Nasi goreng, udang sambal cili, telur goreng
dan sayur ...menyedapkan lagi citarasa dengan
sambal ikan bilis Zura |
|
Berwuduk dengan separuh botol air mineral , syahdu bersolat di sini |
|
Azura dengan popcorn yg tak sedap
tapi nakkan bekasnya cantik sanggup berbaris panjang |
Jam 4.00pm kami check out Disneyland untuk ke Mount Fuji . Selama 3 jam perjalanan dapat melihat panorama alam dari Tokyo hingga ke Mihana Fuji. Lebuh raya beringkat di permukaan sungai serta keindahan bunga amat menakjubkan. Di lereng bukit dan di sepanjang penempatan penduduk dirimbuni keindahan bunga sakura sedang blooming pelbagai rona. Singgah di kawasan rehat R&R yang dikenali Expasa untuk menikmati kopi segar di warung Star Bucks.
|
Pepohon sakura menghiasi penempatan desa |
|
Hentian R & R memang klasik |
|
penempatan desa tani di lembah nan subur |
|
menanti kemunculan Mount Fuji bersaksikan mentari senja |
|
Nah... tu dia! setia menyambut kedatangan kami Fujiyama |
Jam 7.00pm tibalah di Fuji Mihana Hotel di Mihana Village, Mount Fuji . Hotel yang menyaksikan Fujiyama di sebelah kirinya . Kami diminta mengenakan Kimono untuk diner malam tu seperti pelancong lain , namun tak menjadi kenyataan dek kesuntukan masa . Menu utama makan ketam dan aneka sea foods. Huh!!! darah tinggi naikle. Check in Hotel Mihana Mount Fuji di bilik 1360.
Kami diberitahu tentang mandian di spa Ryokan di tingkat bawah hotel ini. Air di spa ini mengalir dari Fujiyama dan sentiasa segar sebagai rawatan untuk aneka penyakit dan awet muda. Setelah ditinjau memanglah kena berbogel sewaktu mandi di sini kecuali menutup ssss dengan tuala kecil. hmmmm mengarut..
|
menu makan malam:aneka susyi |
|
Ketam berkaki panjang...amat lazat.. sukaaaa |
|
banyak... bukan semua halal |
|
Ada garfu khas mengeluarkan isi ketam ... sos khas |
|
persembahan kebudayaan sesi diner |
|
Tidur di lantai kayu ,tilam tradisional & dalam
sarung selimut.... best , Bilik 1360 |
|
bahan bersuci diri dibilik mandi bahan dpd teh |
|
kimono sut lelaki ni, perempuan warna pink |
Tika bersantai di Disneyland Tokyo, beberapa pelancong wanita dari negara jiran kita Indonesia memberitahu, mereka tidak dapat menaiki Mount Fuji kerana ketebalan salji dan salji runtuh. Kecewa seketika cita hati gagal ke sana untuk mendaki hingga ke level 5 (puncak). Namua Imah melontarkan pujukan supaya aku terus berdoa.. doa lagi... pasti Allah maha mendengar.
6 April 2014 hari Ahad, tanpa diduga Allah mentakdir segala hajatku, ingin amat memegang salji tapi bukan pada musim sejuk. Seawal jam 4.00 am setelah selesai bersolat subuh, aku membuka tingkap meninjau panorama luar . OOOOO sejuk amat, udara dingin menerpa ke ruang tingkap yang terbuka..... Memutih di lantai bumi.... apa itu????? "Eh , bermimpikah aku??? Silapkah penglihatanku? Di bumbung bas putih, di dedaun pokok putih, dilaluan masuk ke hotel pun memutih. Ya Allah salji...salji...!"
Imah ku kejutkan untuk berkongsi kegirangan , untuk mengesahkan pandangan mata , untuk sama menikmati anugerah Ilahi di bumi matahari terbit.... Sambil menantikan cahaya sang suria muncul di ufuk timur, aku duduk berdingin di tingkap . Subhanallah ...salji.... salji....salji... Alhamdulillah
|
Mentari terbit Jam 5.27am |
|
6.4.14 memegang salji kali pertama dihayat ini |
|
Entrans ke Mihana Village di tepi hotel Mihana |
|
Pagi Ahad jalanraya sunyi...selesa buat perangai |
|
Gaya Yumi ajar |
|
Curi bergaya di depan rumah penduduk yg masih lena |
|
pokok di laman rumah penduduk |
|
Mihana Village di belakang hotel |
|
sarapan di Mihana... wp biasa tapi sedap sup isi ketam,ikan bakar. |
|
kekacang bergetah.... tak pandai makan |
|
ruang makan Mihana menghadap Fujiyama |
Selesai sarapan dan sessi berfotografi, berselfie fasa kedua pula, sambil menanti dengan penuh kesabaran kemunculan Mount Fuji di kiri hotel, namun hampa. Fujiyama terus-terusan diselimuti awan memutih sepanjang pagi. Jam 8.30am kami bergerak ke Oshina Hakkai Village (Mirror Of Fujiyama). Sebuah kampung tradisional di kaki Gunung Fuji. Kami mula menapak melewati kampung Owakudani (Lembah gunung berapi) mulai jam 8.45am. ...... Terdapat 8 kolam (ike) di kampung ini ,yang amat jernih dan cantik.
|
Rumah kayu beratap rerumput |
|
Cermin pada setiap simpang |
|
Kagami-Ike (mirror Pond) terbentuk dpd muntahan
lava Gunung Berapi Fujiyama |
|
Mirror Pond (Kamami-Ike) |
|
Waku-Ike (Spring Pond) |
|
Waku-Ike (Spring Pond) lebih besar |
|
Waku-Ike |
|
Pondok kayu beratap rerumput |
|
Penjual pau kacang... halal |
|
Jalanraya utama, bas pun guna |
Kunjungan singkat di Oshino Hakkai Village memberikan banyak imfo tentang amalan kerjasama masyarakat di kampung ini yang menguruskan sendiri semua kemudahan awam untuk pelancong , tanpa bantuan pihak berwajib. Kebersihan, kedamaian , kekemasan yang disaksikan di sini... jauh lebih baik daripada perkampungan setinggan di Malaysia. Setiap pintu rumah di sini tidak berkunci.... maknanya apa???? Di kampungku di Bagan Datoh... rumah tak berkunci memang "Welcome Stranger"
Waktu 9.40am kami dibawa pula ke Gotemba Primium Outlets. Jam 11.00am hingga 1.00pm kami menjamu mata, melangkah dari sebuah gerai ke gerai lain yang menjual pelbagai produck segar dari kilang. Aneka gerai menjamukan pakaian berjenama terkemuka, bodyshops /kosmatik local dan dari luar, perfum tersohor dan bazaar makanan. Ada taman mainan buat kanak-kanak dan banyak bangku disediakan di laman gerai sebagai tempat meredakan kelenguhan kaki. Kami banyak meneroka ke West Zone kerana kami datang dari Fujiyama . Bilik solat (Silence Room), ada paip untuk berwuduk dan dibina di tepi tandas., amat sesuai bermunajat buat musafir. Kami hanya sempat menjengah beberapa gerai di East Zon kerana masa mencemburui segala aktiviti.
|
Gotemba Premium Outlets ,Shizuoka, Fuji |
|
wajah-wajah berjaya tidak membeli di sini
|
Jam 1.30pm pemanduan berhemah meleraikan kepenatan badan seketika. Kali ini jemaah menikmati Lunch di Gotemba Kameya Restoran di Gotemba, Fuji . Lokasi ini merupakan sebuah pekan kecil di kaki Gunung Fuji. Banyak bas yang parkir di sini membuktikan kawasan ini berdaya tarikan pelancong. Depan restoran ini biasa saja, tetapi di dalamnya ramai umat sedang menikmati juadah.
|
mi dgn sup ...tak ok buatku. nasib baik ada nasi |
Di bahagian entrans kedai ada ruang menjual cenderamata, makanan ringan dan buah-buahan. Strawberry 400Yen paling murah... sedap juga yang dikongsikan Imah. Sementara menanti rakan-rakan menamatkan jamuan, Imah, Zura dan Syiela menemaniku bersantai di parkir bas. Tetiba hujan pula pada jam 1.17pm, hujan renyai tetapi kasar-kasar. Melihatkan pada cermin depan bas terdapat banyak ketulan ais, kami berlari keluar berhujankan salji, Ada yang menari-nari, ada yang hanya berdiri statik membiarkan diri dilhujani salji ke seluruh badan.... itulah aku. Bersyukur teramat.....terima kasih Allah.
|
Mount Fuji kelihatan dibaluti awan dipuncaknya |
|
Ketulan salji pada cermin depan bas |
|
ketulan salji mengenai baju, cermin mata... best |
|
Ketulan salji berguguran .... masyaAlah |
Saat dinantikan untuk melerai keinginan menaiki Bullet Train di Kakegawa memang amat teruja ..... Jam 2.30pm pemanduan yang lembut, nyaman udara membuatkan mata mudah terlelap. Pemandu bas warga emas yang bernama........ sangat berbudi bahasa dan sabar dengan karenah 30 orang yang mengisi kerusi empuk di dalamnya. Panorama alam sepanjang laluan yang kami lewati amat indah, tak ketemu pun pencemaran hutan, pencemaran air dll view yang kurang enak.
|
Pemandu bas terbaik |
|
Lautan Pacifik tebingnya membentengi lebuhraya dilalui |
|
Ladang Teh nan cantik, kemas di lereng bukit |
Lebuhraya dilalui melewati beberapa bandar serta pekan di selatan pulau Honshu ini. Akhirnya terlaksana jua hasrat ingin menaiki Bullet Train di Jepun yang memang terkenal kerana amat laju .Tiba stesen Bullet Train Kakegawa jam 3.25pm . Sejam penantian di Stesen Kakegawa sambil merakamkan foto train suatu pengalaman melucukan. Apa tidaknya, hampir 10 kali snap baru dapat snap shoot terbaik, itu pun kepala train je. Mr Jafri San asyik mengusikku pabila gagal merakamkan foto train yang melalui landasan kerana teramat laju, "Kamera cap ayam kak Yong ooi"
|
Stesen Bullet Train di Kakegawa |
|
Lorong untuk check in ke Bullet Train |
|
Snap shoot yang ke10 baru dapat foto ni |
|
Menaiki Bullet Train jam 4.12 pm ke Hamamatsu
bersama Syira anak angkat |
|
Jam 4.33pm tiba ke destinasi 20 minit je |
|
View kota Kyoto |
|
Sempat shoping Cik Imah di Hamamatsu
Shoping Complex...beg...beg... hahaha |
|
Hawa cucu ... suka panggil Popo pabila dia nampak |
Dinner di Kirins Brew Restoran Hamamatsu tepat jam 6.20pm . Sementara menunggu giliran masuk, kami menjamu mata di gerai-gerai di sekitar yang kebanyakannya menjual pekerluan untuk warga bukan Islam, namun harganya agak murah. Pabila memasuki ruang santapan, hati amat terpikat dengan setting restoran ini dengan duduk bersila di tilam. Semeja 4 orang memang selesa ,dapat merasai tradisi masyarakat Jepun.
|
set meja makan ber-4 |
|
Ni aku punya. Nasi yg dalam bekas bertutup kayu. Mi sup...ooo no! |
|
keletihan.... |
Kami berjalan melalui barisan gerai untuk ke tempat penginapan di Okura Act City Hotel yang bersebelahan dengan stesen Hamamatsu. Bagasi kami yang dibawa oleh bas dari Kakegawa sudah dimuat turun oleh petugas hotel di ruang lobby hotel. Jam 8.00pm selamat check in di Hotel Okura Act City di Hamamatsu yang mendepani Lautan Pasifik . Bilik 4220 mengabadikan aku dan Imah dengan suasana mewah untuk merehatkan tubuh sepanjang malam. Hotel ini terbaik antara 5 hotel yang kami menginap.
|
Nama hotel dipancarkan dengan LCD
pada dinding... kelainan |
|
Mentari terbit dari ufuk timur ...di Lautan Pasific amat menyentuh
sanubari ,keagungan Ilahi |
|
Bandaraya Hamamatsu asalnya perkampungan
nelayan,..Lautan Pasifik di depannya |
|
Stesen Bullet Train bersebelahan ...pagi2 kira train |
|
Kimono dpd fabrik lembut sedap dipakai |
|
Bilik 4220 ,Tingkat 42 ... Okura Act City |
|
Boleh lihat je... tak semua halal |
|
Inilah sarapan... roti ni kena ambil lebih
utk dibawa ke USJ |
7 April 2014 jam 8.15am sudah check out Hotel Okura menuju ke Kyoto. Xplorasi kami melewati Bandaraya Nagoya dan beberapa bandar serta pekan sebelum sampai ke Kyoto. 3jam perjalanan menemukan kami aneka jambatan canggih ,kekadang ada yang serupa Jambatan Pulau Pinang. Panorama pelabuhan dan ribuan kargo dll kemas tersusun, bersih serta tak jemu memandangnya. Kami dapat menyaksikan sebuah lagi Disneyland yang lebih hebat daripada Tokyo Disneyland semasa dalam perjalanan ke Kyoto ini. Mr Jafri menyarankan kami membawa famili berkunjung ke sana pula. Sepanjang perjalanan ke Kyoto, tidak sesibuk Lebuh raya di negara sendiri.... rupa-rupanya hari Isnin tanggal 7 April merupakan sesi persekolahan tahun 2014 yang baru bermula di Jepun.
|
macam jambatan Pulau Pinang |
|
dermaga nan cantik dan kemas |
|
Kunjungilah tempat ni... disneyland terbaru di Kyoto |
|
antara permainan di sini |
|
R&R terbaik.... terpuji.... |
|
Paparan digital menunjukkan bilik tandas yang
kosong dan sedang digunakan...... BEST |
|
ruang make-up |
|
penempatan penduduk dilembah nan subur |
|
pokok Ginkonilova / Ginnang (herba utk minda) |
Lamunan panjang terhenti pabila terlihat papan tanda Kyoto. Jam11.30am kami lunch di Kagonoya Restoran di Tsukaki Square, Kyoto. Terletak di tingkat 1 bangunan 4 tingkat ini, mataku terpukau melihatankan piegeon hole rak kasut yang berkuncikan pasak kayu.... bestlah. Menyimpan kasut di dalamnya atau menyusunkan kasut dengan hujung kasut menghadap ke pintu keluar restoran. Menu makanan Jepun di sini lebih kurang sama di mana-mana restoran Jepun
|
Kagonoya Restoran,
Tsikaki Square, Kyoto
|
|
Ada sup dalam kertas |
|
Mr Jafri San memastikan hidangan kami siap sebelum dia makan |
|
Rak payung disediakan di kebanyakan
restoran dan di lobby hotel |
Jam 1.00pm tiba Maruyamma Park (Kyoto Peace Park ) untuk bersolat dan bersantai di naungi rimbunan pepohon Cherry (sakura) di Kyoto pula. Memang banyak pepohon sakura, tetapi tidaklah semeriah di Taman Shinjuku Gyeon Tokyo kerana sakura di sini blooming lebih awal daripada tempat lain. Pepohon Sakura bagaikan memagari Pagoda Putih yang tersergam di taman ini. Tidak salah jika dikatakan bahawa di mana ada rumah ibadat orang Jepun, pasti meriah dengan taman sakura di sekitarnya. Justru ramai penganut agama mereka yang mamakai pakaian Kimono di taman-taman sebegini. Sedang tercari-cari paip untuk berwuduk, datanglah warga Jepun memberikan bantuan dengan senyuman. Damai sekali tika mengabdikan diri kepada nan Esa dalam panorama taman indah.
|
Jalan raya menuju ke Maruyamma Park (Kyoto Peace Park) |
|
Terusan di sepanjang jalan ke Peace Park Kyoto |
|
Boating di terusan di Kyoto |
|
Peta Maruyama Park (Peace park) Kyoto |
|
Bersolat di sudut taman... warga Jepun
amat understanding |
|
Polis Jepun |
|
Laluan masuk ke Taman ... ya ke macam Minah Japun??? |
|
Warga Jepun amat understanding, wp sedang bersantai
masih menerima permintaanku untuk bergambar.
Azah & suaminya tumpang sekaki |
|
Baru jumpa... sudi bergambar. |
|
pohon sakura di sini semuanya dipagar |
|
Posing di pokok disukai |
|
Pokok nan indah ni banyak terdapat di kawasan bukit |
|
Gerai makan, duduk di meja merah banyak di taman ini |
|
Batang pokok sakura |
|
entrans ke Peace Park |
|
Antara Temple di Peace Garden |
Bergerak ke Tokoyaki untuk ke bazaar cenderamata Jepun diTogenzaka, Sanenzaka & Ninenzaka, banyak memaparkan pembangunan hutan batu yang biasa rekabentuknya. Rombongan kami tiba jam 3.00pm, tetapi sukar mencari tempat parkir bas kerana terlalu ramai pengunjung untuk melancong dan beribadat di sini. Maka kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga demi menjimatkan masa. Di hujung jalan Kiyomizu ada Kiyomizu Temple yang terletak di atas bukit . Terdapat air terjun Otowa-no-taki di sini yang amat disukai pengunjung lantaran keistemewaan airnya untuk kesihatan. Masuk keluar ke gerai-gerai di sepanjang jalan hinggalah ketemu dengan sebuah temple. Namun aku hanya ketemu beberapa fridge magnet untuk dibawa pulang. Penglaman di sini memang .... tak best
|
Pekan Takoyaki |
|
Laluan ke Bazaar |
|
Nilah barisan gerai di sini |
|
Minah Jepun depan temple |
|
Rimbunan sakura depan temple |
|
Kediaman penduduk, bersih...terurus |
|
Laluan pejalan kaki di Takoyaki ....budak presekolah |
Pengembaraan kami ke Osaka, sebuah bandar metropolitan di lokasi paling selatan di Pulau Honshu. Persinggahan kami di bandar Shinsaibashi merupakan sebuah bandar syurga membeli-belah tersibuk di Osaka tepat jam 5.45pm. Selain menghamparkan para pengunjung dengan kemeriahan pusat-pusat hiburan umpama syurga malam, Shinsaibashi ini memang terkenal di Bandaraya Osaka serta menjadi destinasi keutamaan para pelancong. Kami dimaklumkan perkataan Osaka Kansai bermakna 888 jambatan , justru memang banyak jambatan di sini.
Memeli-belah di Shinsaibashi Street agak best kerana menyediakan laluan berbumbung ala Petaling Street,Kuala Lumpur. Memang sibuk dengan ribuan manusia , namun kami dibenarkan berbelanja di sini hanya dari jam 6.00pm-6.45pm. Tak beli pun.... jalan-jalan jamu mata.
|
Viw mentari terbenam |
|
Silence Censors sepanjang lebuh raya yang
melalui penempatan penduduk |
|
Lampu jalan nan comel di Shinsaibashi |
|
Shinsaibashi , longkang besar di tebingnya
tempat rekreasi |
|
Antara pusat syurga Hiburan malam |
|
memegang logo Apple Tour, Jafri San serius
berpesan .(Ikin, tunangnya, Syira, Rudy & isteri) |
|
Laluan berbumbung |
|
Longkang lain pula ... terurus juga kan? |
Persembahan Dinner pada 7 April 2014 di Osaka ni disempurnakan oleh pemilik Amatora Restoran , Shinsaibashi, tepat jam 7.06pm. Amalan membuka kasut di kebanyakan restoran di Jepun perkara lumrah...dengan menyimpan kasut di pigeon hole atau menyusun dengan kepala kasut menghadap pintu keluar amat dititikberatkan....suatu budaya nan masih segar. Menu di sini pula steamboat dan nasi putih... sedap juga buat pengalas perut hingga ke pagi berikutnya. Meja makan tradisi dengan duduk di lantai manakala kaki di dalam lubang agak selesa sambil menjamu selera.
|
Amatora Restoran Shinsaibashi |
|
steamboat bersama nasi putih dan nasi goreng,
boleh tambah looo |
|
Semua kaki berjuntai di lantai bawah meja |
Kepenatan seharian memaksa kaki menapak di seluruh peta musafir hari ke-5 pada (7.4.14) hanyalah terubat dengan kesegeraan melabuhkan tubuh di tilam peraduan. Selesai check in di Hotel Westin Osaka pada jam 8.53pm .Seperti malam-malam sebelumnya, aku meminjam adaptor hotel sebagai tambahan untuk mengcharge kamera dan fon. Kemudian kami diberikan ID internet sebagai keperluan nurani melayan whatapps mahupun Facebook. Bilik 1613 dipinjamkan untuk kami memenuhi hajat bermalam.... wow bilik terbaik di sini,hotel 5 bintang , inilah antara keistimewaan Pakej Apple Tour.
|
Entrans ke hotel Westin |
|
Kenalan Jemaah yg peramah |
|
Westin Osaka |
|
Ruang makan Westin menemukan ramai
pelancong Malaysia |
|
Sarapan di Westin Hotel |
|
Pelancong Malaysia pakej non-Muslim Apple,
sama menginap di Westin |
Malas, payah, dan berat sekali nak bangun awal lantaran teringatkan kena pergi ke Universal Studio Japan. Bukan kerana apa, cuma sehari suntuk nak berexplore di sana sama seperti keletihan di Disneyland. Kasihankan kaki, kasihankan juga mata penat meneroka, kasihankan perut dek sukar nak cari makanan halal... aduh!... "Rugi bayar pakej mahal-mahal... kena jalan-jalan" demikian moto semangat diriku dan Imah. Setelah Check out hotel Westin Osaka pada jam 9.00am pada 8 April 2014 aku dan Imah terus menaiki bas. Tetiba Mr Jafri memberitahu ada jemaah yang belum memulangkan adaptor. Oh, Azura adikku rupanya.......Nasib baik adaptor yang aku pinjam telah selesai diuruskan semasa aku memulangkan kad pintu bilik. Tiba di USJ jam 9.30am, benarlah kami antara pengunjung terawal.
Menyesal amat jika tidak ke sini, memang best panorama dan aneka permainannya sesuai dengan pelbagai peringkat usia. Tua-tua kami pun teringin nak cuba lantaran melihatkan tak ramai pengunjung dan tak perlu beratur panjang. Pabila mendekati pintu masuk ke tempat mainan tertentu, petugas di situ memaklumkan kami dalam bahasa Jepun dan dengan aksi sekali corak permainan disediakan. Inilah kelebihan petugas Jepun di sini, amat mesra pelanggan.
|
Kecanggihan rekabentuk ....sukalah |
|
Tak ramai pengunjung, bebas posing |
|
Naik bot di Backdraf |
Inilah pengalaman termahal hadiah untuk diri, tak mungkin akan melakukannya lagi, ataupun akan menjengah ke sini kemudian hari. Merakamkan pengalaman terindah, rasa takut, rasa tercabut nyawa.... tetap abadi buat aku dan Imah warga pesara ni. Memulakan penerokaan kami memasuki Space fantasi, kemudian The Jaws merasai usikan ikan paus dan hidupan prasejarah. Menyusuli pula Jurassic Park selama 15 minit menimba pengalaman dalam kegelapan pekat sambil penerjunan boat setinggi 25.9 meter untuk terselamat daripada T-Rex.
Belum serik lagi tu, merasai spesial efek di Backdraf pula. Pada jam 12.10pm, selama 15 minit aku berperang dengan kesan goncangan boat di pelbagai gaya di Amazing Adventures Spider-Man, di sinilah aku tewas, kecut perut teramat....keluar peluh dingin kegerunan. Jam 2.00pm meneroka persembahan di Water World pula , dengan aksi berani dan terhebat... puas hati.
|
Permainan nan mencabut jantungku |
|
Peta USJ |
|
Pergerakan kapal yg dasyat... menakutkan |
|
Pintu keluar |
|
Petugas bantuan di USJ.Tetiba jadi faham bahasa
Jepun yg mereka tuturkan |
|
Minum kopi je... |
|
Pegawai USJ keluar pejabatnya melambaikan tangan
kepada pengunjung yang pulang setiap 15minit |
|
Petugas USJ pun tak jemu-jemu melambaikan
tangan sambil mengucapkan "Arigato " |
Sudah tidak terdaya lagi untuk meneroka di USJ lantaran amat keletihan. Kami check out USJ jam 4.30pm menuju ke sebuah lagi bangunan tersergam menghadap USJ. Melangkah masuk ke ruang beli-belah di Hard Rock mencari teman musafir, hanya ketemu Syira dan Ikin membeli ole-ole, m
anakala yang lain masih di USJ. Tiada yang memikat hati di dalam HR, maka sesi berselfie diteruskan sementara menanti Mr Jafri . Teringatlah aku akan percutian anak menantuku sekeluarga di sini pada bulan Jun tahun lepas . Hanya di USJ dan Tokyo Disneyland yang mereka kunjungi...
|
Hard Rock Shop |
|
Bangunan menuju ke Restoran Pinakhana USJ |
|
Suatu aksi ajaran Nazmi |
Jam 4.30pm kami disajikan dinner di Pinakhana Restoran , Citywalk, USJ. Hanya dengan berjalan melalui aneka gerai di Bangunan City Walk tibalah di sebuah restoran Indian yang menyajikan masakan halal di sekitar sini. Lazat juga pabila pekena kari dengan nasi dan roti nan, seolah-olah sebagai penutup diner seperti malam pertama kami di Jepun. Berjalan kaki lagi selepas makan malam ni untuk ke parkir bas memang bagus untuk kesihatan. Tetiba Mr Jafri memberitahu bahawa popo hilang kerana tersesat jalan. Semua gusar...semua risau... tak jumpa popo bermakna masalah besar buat kami dan Pak Rudy (menantu popo). Akhirnya selesai semua kemelut dengan penemuan popo di parkir lain.
|
Restoran Pina Khana USJ Citiwalk |
|
Nasi beryani dan kari lazat |
|
Syeila....Syeila |
Penginapan malam hari terakhir pada 8 April di Hotel Kansai Airport Washington ,Kansai City telah melengkapkan permusafiran kami di bumi matahari terbit ini. Hotel Kansai Airport Washington,di Kansai City amat berhampiran dengan Airport Kansai. Check in disempurnakan pada jam 6.30pm. Hotel 3 bintang yang serba sederhana ini memang dekat dengan pusat membeli-belah Rinku Seacle Outlet , Rinku Town, Kansai. Hanya melaui jejambat khas membawa kami berbelanja di sana selama sejam dari jam 8 hingga 9.00pm. Hanya mampu memikat hatiku sehelai jaket 2 musim buat diri sendiri yang berharga 15000yen (RM450). Itulah kenangan ole-ole dari negara Samurai.
|
Bilik 1104 Hotel Kansai Airport |
|
Laluan bertangga ke ruang makan hotel Kansai |
|
View Lautan Pasifik Utara dari tingkap hotel ,Lautan Pasifik Selatan
diketemu tika berada di New Zealand tahun 2012 |
|
Rinku Seacle Outlet , Rinku Town, Kansai |
Malam terakhir memaksa kami berkemas semua bagasi , walaupun terasa sedih untuk meninggalkan bumi sakura nan permai ini. Malam itu aku diserang demam , mungkin badan terkejut dengan permainan di USJ. Selesai bersarapan ala kadar lantaran badan tak sihat, bersiap ke Kansai Airport jam 8.15am pada 9 April 2004 untuk kembali ke tanah air sendiri. Alhamdulillah ... Lama juga berbaris untuk check in bagasi di airport Kansai, Kononnya kaunter cuma 4 sahaja kerana digunakan oleh Air Asia juga. Selesai semua urusan, berbaris lagi untuk pemeriksaan imegresen dan kastam... ok . Pulanglah pengembara.... pulanglah.
Mendapat seat 39G dengan pesawat MAS MH53,kami diterbangkan pulang ke KLIA dan selamat mendarat jam 5.10pm. Selesai solat barulah kami mengambil bagasi . Pulang ke rumah Imah dalam keadaan letih, sakit kepala dan demam...tak terasa selain nak tidur puas-puas. Jam 9pm Yong Nadia membawaku pulang ke rumahnya.
|
Imah, Azah & suami, Azura (skaf biru) |
|
Berebut sambal ikan bilis Zura(tangan suami Azah, Zura & Imah) |
|
Jepun bumi Sakura/ Cherry. Mendarat di Narita, pengembaraan di Tokyo, Fujiyama,
Shizuoka, Hamamatsu, Kyoto, Osaka dan berakhir di Narita |
|
Terjumpa akhirnya di Gotemba Factory Outlets....amat manja |
|
Bas tempatan di Oshino Hakkai Village Fuji |
|
Plat kereta mahal boleh menggunakan lebuh raya |
|
plat utk kereta murah dilarang di lebuhraya |
|
Bidet digital @ washlet digunakan merata tempat
(hotel, restoran, R&R dll) .Tidak di Disneylan & USJ.Harga RM2500 |
Menu masakan Jepun yang disajikan di hotel dan restoran lebih kurang sama. Tidak banyak pilihan jika nak mengada-mengada memilih makanan. Sup isi ketam, gorengan udang, ubi, bendi dan cendawan celup tepung tempura itu biasa. Isi ikan kod, daging lembu dan ikan salmon mentah memang tersedia 3 potong setiap seorang yang dicicahkan dengan sos soya hitam serta sambal lada hijau nan pedas amat. Sayuran bagaikan kerabu yang dicampurkan sea weeds serta kekacang dihidangkan secara buffet. Sejenis mi bersama sup isi ketam ada di mana-mana sajian bersama nasi putih. Ikan grill , seafood steamboat, sayuran mentah memang lazat. Sushi beraneka rupa dan rasa , aku baru belajar makan dan merasai keenakannya di sini. Kenalah belajar makan menu masakan warga Jepun lagi ya..
|
ubi celup tempura & sayuran |
|
sambal lada hijau dalam mangkuk putih, sushi aneka rupa dan rasa |
|
sayuran ala kerabu dan kekacang |
|
sup mi, labu, udang, bendi celup tempura; telur goreng,
ikan panggang, sayuran & ikan serta daging mentah |
|
kekacang halal cadangan Mr Jafri... halal |
|
Ikan grill |
|
sos soya |
|
Menu Indian |
|
Anjung tinjau KLIA menjadi sejarah kehilangan
pesawat MAS MH370 bersama 239 insan |
Demi masa, ingin sekali meneroka ke pulau Hokaido di utara Jepun nan terkenal dek keindahan panorama alam , kejelitaan serta ketampanan penduduknya serta mengenali tamadun penghuni pulau ini. Alhamdulillah... kepuasan terpahat di sanubari sebagai hadiah diri yang menjangkau usia 59 tahun serta menambah kasih sayangku kepada yang Maha Pencipta langit dan bumi serta segala isi alam ini. Terima kasih Allah.Alhamdulillah
salam..saya berminat nk tny dengan puan tentang pnginapan puan smasa di jepun sbb saya akan ke sana pd bln 10 nie..kalo puan sudi berkongsi info nnt tolong email kepada saya hizwaniahmad@gmail.co.. terima kasih :)
ReplyDeleteassalamualaikum sdri. Kak gi dgn pakej Apple, memang terbaik. Mereka jaga solat & makanan halal. 5 hotel menginap di sana terbaik sbb Apple Tour ada MOU dgn hotel berkaitan makanan halal. Dlm blog kak ada mention 5 hotel berkenaan
Delete