Wednesday, February 12, 2014

BUMI PARA ANBIYA PALESTIN, JORDAN DAN ISRAEL PENYEMPURNAAN MUSAFIR KEHIDUPAN

     Siapa sangka hasrat terpendam sekian lama, sejak melihat kesengsaraan hidup umat Islam di Palestin, terlaksana sempurna , walaupun bukan ke Gaza nan lebih impak kekejaman Zionis lagi terkesan. Selama 11 hari explorasi berasama 12 jemaah Muslim dari Malaysia, memang tidak menjemukan berada di sana. Dengan penerbangan Royal Jordan memuatkan 200 penumpang ,kami diterbangkan pada 1 November jam 1050 malam dari KLIA.

dengan Jesus Boat Menyusuri Tasek Capernaum
Lokasi bahtera Nabi Noh AS  karam

    Pengalaman lucu membuatkan aku, Imah dan Kak Linah terkedu ketika memasuki pesawat. Semuanya kerana kamilah 3 penumpang yang lewat ,sedang dinantikan krew pesawat . Petugas di check point gate C11 bergegas ke arah kami sambil berkata." Amman ke?, beri laluan" kami terus diiringinya ke dalam pesawat sambil mengusik,"Kena iringi VVIP masuk pesawat ni, semua sedang menunggu." Aku memaklumkan kelewatan kami kerana menanti penyerahan wang sedekah daripada  warga SPM  Sekolah  Menengah Agama Persekutuan Kajang yang disampaikan Nadrah , puteriku. Semua memandang..... malu bercampur takut... serik...Alhamdulillah.... Duduk di seat 14A tepi tingkap  disisi sayap pesawat hmmmm. Video pesawat  terus menayangkan imformasi sewaktu kecemasan. Aku & Imah terkedu .... masih tak boleh terima kejadian tadi...

Selain lokasi di peta ,Amman Jordan, Jaffa ,Qumran, Ramallah, Nablus,
Tasik Capernaum di Tiberias antara destinasi musafir kami
      Dah 2 insiden menguji ketabahan hatiku, pertama tak pernah terlupa bawa fon, masa ke KL tiada telefon. Alhamdulillah menantuku Ijan & anak isteri bergegas menghantarkan kepadaku di Mid Velly. Bateri jam tangan pun mati sepanjang dalam bas aku bingung, jam bas pula menunjukkan waltu yang salah. Kemudian kejadian terlewat masuk pesawat.... tak pernah kami buat sebelum ni!!!!! Pada 2 bulan terakhir sebelum pemergian ke Palestin, aku sering gelabah. Memikirkan bermacam perkara; berita kemungkinan serangan Israel ke Syria, gegaran gempa bumi di Nazareth pada minggu akhir sebelum penerbangan kami, kenyataan demi kenyataan negative  teman-teman dan saudara-mara "Tak takut ke ke Palestin, masuk Israel ?.Dah habis tempat melawat di dunia kah sebelum ke Israel ni?" Abah pula memberitahu ia membacakan surah Yassin setiap malam Jumaat memohon keselamatan kami di sana. Aku dan Imah memujuk hati masing-masing dan bertekad ."Jika sampai ajal, nak mati pun kami redha, tapi lebih baik mati di bumi Para Anbiya.

Wajah tika pesawat transit di Bangkok, sempat posing
Sarapan antara mengantuk dan terjaga
Menu kedua selepas Bangkok
Menu semasa pulang
Nah kau.... macam dipam-pam kami semasa pulang
     Antara lena dan terjaga, selama 13 jam mata kami bersilih ganti menonton video dan imfo laluan pesawat . Perut pula asyik mengajak ke tandas, tapi faham saja lah gimana nak melepaskan hajat dalam pesawat. Waktu di Amman 9.05 malam tapi di Malaysia jam 2.05 pagi (5 jam beza). Waktu di Malaysia cepat sejam daripada Bangkok pula. Pesawat kelihatan terbang rendah tika melewati Bany Of Bangal, Mumbai India, Pakistan, Duha Manama Saudi Arabia, Kuwait kerana kelihatan lampu-lampu dipenempatan Bandar. Selamat mendarat di Queen Alia Airport (baru) jam 545 pagi waktu Amman dan jam 1045 pagi waktu Malaysia. Jam di Fon aku kekalkan waktu Malaysia manakala waktu pada jam tangan waktu Amman.


Coaster membawa kami sepanjang di Jordan & dari  Check Point
Amman nak ke Jericho Palestin
       Perut tetiba lapar , jam 7.30 pagi pada 2 November 2013  kami dibawa ke Jnaien Madaba restoran , Amman untuk bersarapan . Pertama kali diperkenalkandengan menu sarapan orang Amman..... wow... nak makan apa ni?  ooo kena cuba sebab nak bermusafir nak kenali dan merasakan masakan orang sini.
Bersarapan dengan roti nan disumbat pelbagai benda... "tiru je cara Suraya makan, pasti best, oooo memang best sbb dia tour guide!"



tiada poster nama resroran di depan kedai ini...
 Jnien Madaba Rastaurant
            Kami diangkut dengan coaster 20 seat oleh pemandu yang bernama Mahmud orang Amman maka terpaksalah melepasi check point Jordan. Urusan di sini mudah kerana semua passport kami dikumpulkan dan diselesaikan sendiri  oleh Tour Guide Amman Mr Osama Sambil menanti urusan proses passport, kami di minta menunggu di sebuah kedai bebas cukai Amman untuk membeli ole-ole bagi anak2 yatim yang bakal dikunjungi semasa lawatan.
          Jam 9.30 pagi kami memulakan pengembaraan ke Dead Sea Product di Jericho. Kedai biasa, tiada pengunjung sbb kami yang terawal agaknya, harga barangan mahal dan kurang memikat hati kebanyakan kami. Aku cepat keluar dari kedai ini untuk merakamkan panorama sekitar yang kelihatan tandus, dedaun pokok kering, pembangunan tak banyak.



      Melalui Allenby Bridge atau King Hussin Bridge jam 1050 pagi, sebuah jambatan biasa tetapi memisahkan Jordan Dengan Palestin,   Bas kemudian membawa kami melepasi check point Israel untuk memasuki Palestin . Tiba di situ jam 11 pagi, memang ramai pengunjung tambahan hari Sabtu cuti uum disana , pelawat yang hendak mengerjakan amalan agama Kristian dan pelancong seperti kami yag nak bermusafir. Ketemu serombongan22 orang pelawat dari Kuala Lumpur yang bersama kami berbaris di situ.

      Petugas Palestine yang beruniform kuning memunggah semua bagasi kami ke tempat bas untuk ke Palestin. Kami cuma berbaris panjang selama sejam untuk melepasi imegresen Israel dan di unit pemeriksaan keselamatan badan. Tour guide Malaysia dipanggil ke ofis mereka..... entahlah apa urusan  sebab Pn Suraya hanya beritahu tiada apa-apa. "Aku masih musykil!" Yang pelik tu kenapalah BIMI PALESTIN TAPI DITADBIR YAHUDI disini? Tapi Alhamdulillah, sejam berbaris tu baiasalah bukan kesulitan bikinan si Yahudi.

      Ingatkan habis check point, rupa-rupanya ada lagi check point di pertengahan jalan. Seorang tentera Yahudi memeriksa sekeling bas kami dengan alat pengesan..... Setelah memberitahu kami dari Malaysia, petugas di pondok kawalan menelefon seseorang, kemudian melepaskan kami berlalu.... "Mudah pula" Jam 12.35 kami tiba di Restoran Temtation Jericho untuk makan tengahari I tingkat atas dan membeli-belah di pasaraya di tingkat bawah. Makanan memang banyak pilihan, ramai yang menjamu selera daripada pelbagai Negara.... memang meriah di sini. Selesai makan aku membeli 4 Freze megnet berharfa $7 lalu keluar merakamkan foto di taman air . Panorama di sini memang cantik kerana diurus dengan baik tambahan pula Jericho merupakan Bandar TERTUA DI DUNIA.

Kenalan baru pelancong dari India



       Jam 230 petang kami disinggahkan di Makam Nabi Musa Alaihissalam di Jericho. Masjid ini tika kunjungan sahabatku Safiyyah pada Februari 2012 masih cantik api kini sudah kurang diurus...entah kenapa. Di entrans masjid didirikan pangkin pula, tempat wuduk wanita pun ....yalah. Selesai bersolat jamak Zohor Asar, kami dibawa menziarahi makam Nabi Musa di bahagian tepi kanan masjid. Hati tetiba bercampur-baur antara sayu melihatkan keadaan makam ,dengan rasa bersyukur amat kerana dapat menapak kaki dan menyentuh makam Nabi tika usiaku dan diriku begini dan hikmat disebalik semua ujian yang Allah takdirkan kepadaku sebelum ini. Sempat jua kusisipkan kirimah doa daripada anak-anak ,keluarga dan sahabat dalam solat hajat di sini.



Depan masjid gini jadinya, pada Februari 2012 bukan begini


Check point  ke  Nazareth
      Jam 430 petang  kemi sudah menjejakkan kaki di Bet She'an national Park di utara Jordan Valley yang kinimilik Israel. Sekitar 740 SM gempa bumi meranapkan  Amphitheatre yang menempatkan 7000 tempat duduk yang dibina semasa pemerintahan Greeks. Sebelum itu pernah diperintah oleh Egypt, RomanAbbasiah Arab dan Israel. Anak2 bukit mengelilingi kompleks sejarah ini menyebabkan ia kelihatan di bawah bukit







         Akhirnya penerokaan hari pertama 2 November 2013 di Bumi Para Anbiya tamat jam 6.00 petang dengan check in di Hotel Plaza di Nazareth yang jadi milik Yahudi. Sebuah Bandar penempatan Arab Islam dan Arab Kristian tetapi ditadbirurus oleh regim Zeonis LA. Di depan hotel berkibar megah bendera bintang biri malah di dalam hotel jua kelihatan, maknanya bangunan ini pun milik mereka.

Tengan Bandar bangunan cantik adalah penempatan yahudi,
 orang Arab mendiami dilembah
Bendera Israel di puncak bangunan di depan hotel




Kerabu taugeh terkecil....
sarapan 2 hari gini je sebab lewat turun
Kamar kami
       Musafir Intifada hari ketiga bermula  jam 8.30am selepas sarapan , 3 November kami ke Lake Tiberia. Sepuluh minit perjalanan kami singgah di bandar tua bernama Canaa di Nazareth. Lokasi ini termasyhur dek kerana wain yang terbaik keluaran sini. wain ini menyimpan sejarah silam dengan nabi Allah Isa AS telah menukarkar air kepada wain di suatu majlis perkahwinan. Justru  hingga kini wain keluaran Canaa amat popular. Bukan sahaja wain malah peralatan perkahwinan pun amat popular di Canaa, Sempat melawat sebuah gereja yang menyimpan kenangan Nabi Isa AS.

Entrans pekan Canaa


Gereja Mariam Ibu Nabi Isa AS
       Jam 9.00 am kami sudah menjejak Capernaum Lake tempat penganut agama Kristian menyentuh air tasik ini untuk membuang dosa. Juga berkaitan sejarah Nabi Isa AS menyibarkan agama Allah  kepada penduduk sekitar tasik ini. Di seberang tasik terdapat bukit .............. yang mana tika hamper kiamat Dajal akan turun meminum air tasik ini hingga kering. Terdapat sebuah gereja lama Church Of Primary Of Saint Peter yg banyak memaparkan sejarah nabi Isa pada bahagian dalam dindingnya.

Catatan di tepi Tasik Capernaum


Dajal akan turun minum air tasik ini pabila hampir kiamat
Church Of Primary Of Saint Peter
      Jam 11.00 am kami menuju ke Galilee Sea  dan tiba tepat jam 11.55am , agak tidak jauh juga. Kami menaiki Jesus Boat mengelililgi laut ini yang merupakan sebuah tasik sahaja. Laut Galilee pula berkait dengan sejarah nabi Noh AS karam bersma bahteranya. Kami dikejutkan dengan lagu Negaraku berkumandang di atas semasa mula duduk di dalam bot.  Seorang petugas bot lantas manaiki dek lalu menaikkan bendera Jalur Gemilang, kami bangga menyanyikan bersama mereka.  Menyempadani laut ini sebuah banjaran menyerupai tanduk... menurut pemandu pelancong, tapi aku tak Nampak pun .... yalah yalah.

Kal Lina (Usahawan Melaka) best frens
Menyanyikan lagu Negaraku sambil
staf kapal menaikkan bendera



      Perut mula berkeroncong sebab bersarapan roti dan bijirin sahaja. Jam 12.14pm  kami menikmati makan tengahari di St Peter Fish Restoran di Galilee. Memang amat indah view di sini, bersih, tiupan angina lembut menaikkan selera makan walaupun cuma ikan bakar dengan nasi putih. Mujurlah Suraya mengkongsikan kicap manis yang dibawanya dari Malaysia, tertelan  jua rezeki.Sempat juga merakam gambar dengan bantuan anakanda Marwan yang sama minat ...





View Cantik  depan Restaurant menghadap
Tasek Capernaum
         Jam 1.20pm (19.50 waktu Malaysia) kami ke Yardenit (Israel) untuk ke Jordan River di Tiberias. Tebing di Yardenit ini dikuasai Israel manakala bahagian sebelah lagi Jordan River ini dimiliki Jordan..... anih!!!!   View di sini pun cantik tapi terasa panas matahari. Sungai yang biasa sahaja tapi merupakan tempat paling penting lagi suci kepada penganut agama Kristian kerana di sini mereka membaptiskan anak-anak mereka. Menurut sejarah Nabi Yahya AS juga membaptiskan Nabi Isa AS di sungai ini. Penghujung Jordan River ini bertemua dengan Dead Sea. Pada sekitar tembok  luar dipenuhi coretan pelbagai bahasa utama di dunia, cuma dalam bahasa Malaysia yang tiada.


Berendam dengan gaun putih(perempuan)
lelaki kain puith



Petai Belalang
       Kami dipandu ke NDJ National Diamond & Jewellery Co, Tiberias . Jam 2.30pm kami melawat sekitar ruang pameran pelbagai berlian yang di proses di sini untuk eksport. Israel mengimport berlian mentah dari pelbagai Negara dengan harga murah tapi mengeksport dengan harga mahal dek kerana muti pembikinannya. Memang tak mampu beli.... tak minat pun.... TAK SUKA BANTU YAHUDI.

Pokok Zaitun

        Kami dibawa ke sebuah masjid di sebuah desa yang terletak dalam perjalanan balik ke hotel di Nazareth. Penempatan Palestino yg hambar, kurang penjagaan, kawasan berbukit seperti pekan Ipoh lama. Masjid indah tersergam Masjid Tur'an  bersempena nama tempat ini. Kami dibawa naik tangga ke tingkat 3 masjid ini, yang melalui tingkat1 ruang solat jemaah lelaki, tingkat 2 tak pasti. Bilik wuduk di sini "masalah" sikit sebab paip sinki dan paip tandas sahaja. Pencedok tiada melainkan menggunakan teko aladin.... gimana nak cuci tempat sulit?????  pandai-pandai sendirilah.

    Selesai solat jamak sempat kuisikan tabung masjid dengan kiriman wang sedekah daripada keluargaku dan anak-anak. Tiba di depan masjid terlihat rumah penduduk 2 tingkat, bahagian bawah kosong seperti ruang bermain, manakala di tingkat atas ada peralatanrumah. Kami menerima senyuman selamat datang daripada beberapa penghuni kediaman tersebut. Kami juga diraikan oleh sekumpulan pelajar university yang sedang mengadakan aktiviti di masjid ini.

    Aku dan beberapa orang teman mengikut seorang petugas masjid ke tingkat bawah masjid. Amat mengharukan apabila melihatkan ramai anak-anak Palestin sedang berlatih Taekwando yang dipimpin sukarelawan.  Ngapalah masjid di tempatku tidak seperti ini???? Inilah peranan anak cucuku untuk merubah paradigma ini. Akhirnya pengembaraan sehari selesai pabila kami dihantar kembali ke hotel untuk makan malam dan berehat .

Masjid Tur'an




         Explorasi hari keempat pula bermula jam 8.30am pada 4 November dengan check out Hotel Plaza .  Kami terpaksa meninggalkan Nazareth untuk ke Tel Aviv...... destinasi yang MENGGERUNKAN!!!! yang terbayangkan macam-macam kemungkinan  yang -ve seperti yang diluahkan oleh teman dan saudara-mara sebelum kami melangkah ke Bumi Para Anbiya ini. Kami dibawa singgah di Gereja Siti Mariam  bonda Nabi Isa As di Nazareth . Kami dimaklumkan bahawa Siti Mariam pernah tinggal di sini. Memasuki ruang gereja sudah terasa dingin, syahdu, panorama pelbagai gambar, lukisan dll melambangkan keagamaan Kristian memenuhi ruang dinding . Menuruni anak tangga ke suatu lokasi yang indah menempatkan maqam Siti Mariam dan sebuah pintu ke terowong laluan kegunaannya bergerak ke kawasan sekitar ketika itu.

Jalan ke  penempatan Gereja Siti Mariam di Nazareth
penempatan Arab Islam & Kristian

Gereja Mariam AS di Nazareth
Pintu ke laluan rahsia Mariam AS ke kawasan sekitar
Main entrans ke gereja Mariam AS
     Kami meneruskan kembaraan ke Haifa sebuah bandar kebanggaan Yahudi dan boleh disetujui sebagai bandar tercantik di Israel yang menyempadani Laut Mediterranean. Jam 11.05am kami tiba di Haifa.... oooo memang benar panorama nan indah. Kami singgah di Baha'ai Garden yang mendepani pusat bandar Haifa dan menghadap ke Laut Mediterranean.  Tiupan bayu laut Meddi amat nyaman, tidak terasa kepanasan terik matahari . Ramai pengunjung di Taman Syurga Yahudi ini. Ada yang melangsungkan perkahwinan, ada yang merakamkan foto perkahwinan berpanorama taman di tebing bukit nan indah dan selebihnya pelancong seperti kami, yang singgah berkongsikan keunikan ciptaan Ilahi. Kami hanya diberi Pass Masuk ke ruang tinjau taman sahaja, pengawal Yahudi di sini sepatah haram tahu berbahasa Inggeris .... bila kami ajukan soalan, dia jawab dalam bahasa Yahudi juga.


View bandar Haifa Israel dari pundak Baha'ai Garden
Taman Syurga Yahudi di Baha'ai Garden
Bersama pelancong Sweeden
     Jam 12.00 kami menikmati makan tengah hari di restoran Oranim di Haifa. Makanan yang disajikan bolehlah sekadar meleraikan kepedihan perut dek kerana lapar. Restoran ini terletak di suatu kawasan perumahan, tak banyak kenderaan berurusan di sekitar sini.

Restoran Oranim Haifa Israel
Nasi kukus, mi & bihun goreng orang Yahudi
Makan tengahari di Haifa
Tandas Cantik sepanjang xplorasi
    Kami meneruskan perjalanan menyusuri padang pasir yang berbukit-bukau, yang di sebelah kanan laluan kami laut Mediterranean dan kekadang  terdapat juga kawasan lembah subur yang didiami tidak ramai penduduk. Tidak lama perjalanan , jam 1.00pm kami tiba di Caisarea National Park yang masih berdamba dengan Laut Mediterranean. Berjalan kaki yang lama kerana mengambil peluang yang julung kalinya tiba di sini meneroka kesan kota  Aqueduct dan Amphitheatre . Sebuah kota terterbesar di zaman Romani yang  dibangunkan oleh Herodes. Lokasi sini bernama Luddon di mana Nabi Isa AS akan membunuh Dajjal tika menghampiri kiamat nanti.

Penempatan Yahudi di Tanah Rakyat Palestin di puncak bukit sepanjang laluan ke Eliat Israel




Empayar kerajaan  Roman yg tenggelam di  laut

Bersama Mr Hisham Tour Guide di Palestin
Menara masjid masih kelihatan namun  sudah beralih milik
Alatan  mengeluarkan Jus delima
pantang nampak pasti beli ...enak amat
Masjid sudah menjadi restoran menjual minuman keras oleh Yahudi
Resit air delima Caesar di Luddon Haifa
10 SEIKAL (wang Israel)
         Akhirnya kami menakluki Tel Aviv ibu kota metropolitan milik  Israel . Panorama di sini biasa , tidaklah seserabut macam Kuala Lumpur.... semacam hanya banyak kenderaan, keretapi laju dan pelbagai bangunan pencakar langit sahaja. Mungkin masa kami tiba  jam 4.15 pm waktu pejabat masih beroperasi lagi.

    Kami check in di Hotel Leornardo City Tower di pusat bandar Tel Aviv. Tiada akses internet.... maka aku terpaksa gunakan DIGI net untuk menyambung nyawa dengan Facebook. Aku dan Rahimah ditempatkan di bilik 904 yang menghadap stesen keretapi dan bandar Tel Aviv. Selama 2 malam di sini kami makan menu vegetarian kerana tak yakin dengan sembelihan haiwan walaupun kami diberitahu semua halal kerana sembelihan Yahudi sama dengan Islam.

Train double deck
View  malam depan hotel


Mengganas, keluar malam hari sekitar hotel di Tel Aviv
Pass masuk Israel di terima di Check Point Allen By,Jordan 
Notis pada peti ais hotel Leornardo
Hidangan buffet sarapan di leornardo Hotel



Tanda Jalan DI Tel Aviv
      Keesokannya Awal Muharram 5 November 2013 bersamaan hari Selasa, kami masih di Tel Aviv.  Tiada sambuta kami buat melainkan melebihkan solat dan bersedekah demi mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta .Tel Aviv bermakna Spring Water mengikut orang Yahudi. Jam 8.30pagi kami menuju ke Jaffa yang tidak jauh dari Tel Aviv, lebih kurang 10 minit pemanduan. Kami singgah di Masjid Mahmud Abu Nabut atau dikenali Big Mosque di Jaffa. Jaffa atau Yaffid bermakna Beautiful dikalangan penduduk sana ,.Kami dimaklumkan juga bahawa  di Jaffa  Nabi Allah Yunus AS ditelan ikan .

      Kami solat Dhuha dan solat sunat  sementara menantikan waktu Zohor untuk solat jamak pula. Suasana teduh, dingin dengan hembusan dari Laut Mediterranean dan panorama masjid lama terasa  sayu hati dan damai silih berganti. Sayu kerana mengetahui Rumah Allah ini menerima banyak gangguan Yahudi .Mereka merampas bangunan milik kerajaan Islam zaman Ottoman dengan menggantikan bangunan baru pusat perniagaan dan hotel-hotel yang memagari keliling masjid. Semua view cantik panorama Laut Mediterranean yang menjadi muka pandang majid ini sudah dikepung dengan bangunan hotel. Apakah patut aku lakukan... kami lakukan.... penduduk sini lakukan... atau pemerintah Palestin lakukan dan umat Islam seluruh alam lakukan. Entahlah.... aku hanya mampu sedih... nangis... dan memaparkan  situasi gini di media social.

Entrans ke Pelabuhan Old Jaffa Israel

Kaki pancing tempatan di Pelabuhan Jaffa

Pelabuhan Old  Jaffa Israel
Masjid Old Jaffa view dari belakang
Masjid Old Jaffa sudah bertukar milik, menghadap Laut Mediterranean
View bandaraya Tel Aviv dari Jaffa diperindahkan
kebiruan Laut Mediterranean 
Masjid Mahmud Abu Nabut (Big Mosque) di Old Jaffa
Pembinaan Blok Hotel milik Yahudi memagari Big Mosque kecuali jalan masuk
Bangunan komersial memagari Big Mosque hanya kelihatan kubah view dr bandar Jaffa
Solat sunat Tahiyatul Masjid & Dhuha di Big Mosque
pinjam telekung masjid ....sayu bermunajat di sini
       Kami menjamu selera untuk makan tengahari di Abulafia Restotan di  Yeffet yang kini dinamai  Jaffa, Tel Aviv. Makanan di sini memang best, makanan origin Arab dan amat mengenyangkan. Di Jaffa nilah satu-satunya restoran halal yang dikunjungi pelbagai masyarakat tempatan dan pelancong seperti kami. Selesai makan kena jalan-jalan sekitar bazar Yahudi di depan restoran . Memang luas bazar ini , yang menyajikan pelbagai barangan mahal , murah dan pelbagai jenis dari gerai-gerai mahupun yang dijual lambak . Kami dinasihatkan TIDAK membeli barangan dari peniaga Yahudi sepanjang kembaraan di Israel ini.

Restoran Abu Lafia Jaffa Israel

Menu Arab Israel
Bazaar di Bandar Jaffa
         Hassan Baker Jaffa, di masjid ini Si Yahudi pernah membuang najis babi suatu masa dulu dan telah  menaikkan kemarahan dan kebencian umat Islam seluruh dunia. Masjid yang agak moden yang diteduhi dengan pohon-pohon tamar nan berbuah ranum di luar pagarnya. Keramahan nan terserlah pada penduduk  tempatan yang  mengkongsikan makanan mereka yang tak seberapa dengan rakan lawatan kami yang  lelaki. Kami selesaikan solat Maghrib dan Isya' di sini sebelum pulang ke Hotel Leornardo Tel Aviv. Selama 2 malam tidur di hotel ini, aku asyik terjaga tiap jam 2 pagi... entah kenapa ya?  Di merata dinding bilik dan di kepala katil pun ada lukisan warna merah manusia disalib , bermacam perasaan sepanjang menginap di sini.
Masjid Hassan Baker Jaffa Israel




Di kepala katil & banyak tempat ada lambang salib
Bersama pennyelia Restoran di Leornardo Hotel
         6 November, jam 8.00 pagi kami meninggalkan Tel Aviv untuk ke Hebron. Melepasi beberapa check point Israel , jalan yang bengkang-bengkok macam ke Cameron Highland pula; kami melewati ladang pokok zaitun. Walaupun padang pasir namun  dengan kebijaksanaan orang Yahudi menjadikannya ladang yang subur untuk anggur, pisang, limau dan pelbagai buah lagi selain zaitun yang lebih banyak.

check point di Israel
check point yang keberapa entahlah
Lebuhraya khas dengan kadar Toll mahal 
check point lagi....
        Jam 10 pagi kami tiba Masjid Ibrahim El-Khalili yang di dalamnya terdapat Masjid asal Nabi Ibrahim AS di Hebron.  Kami diberitahu pada tahun 1994 seorang Doktor Yahudi telah menembak mati 20 orang . jemaah dan mencederakan ramai lagi yang sedang bersolat di masjid bersejarah ini. Terpandang sahaja di luar sudah kelihatan ramai tentera Yahudi dan Palestin masing-masing lengkap beruniform. Kami menapak agak jauh melewati hadapan Masjid Ibrahim yang dikuasai Yahudi dengan lambang bintang biru terpapar megah pada bendera dan menara.

      Perjalanan kami menemukan dengan tentera Palestin yang mudah tersenyum beruniform hijau. Kemudian terpaksa melepasi check point Yahudi dengan  melalui gate khas , rabaperiksa seluruh tubuh kami, bimbang bawa senjata.  Menaiki tangga yang kusam kemudian diketemukan dengan gerbang yang menarik khas untuk ke masjid Nabi Ibrahim. Ramai sekali pengunjung rumah Allah ini, masing-masing bersolat dan meninjau-ninjau sekitar dalam masjid . Selesai solat sunat , kami pula mengambil tempat di sisi Mimbar Sallehuddin Al Ayyubi mendengar taklimat  Mr Hisham.

      Tumpuanku digamit dengan keramaian anak-anak yatim yang bersolat dan ada juga yang berlari-lari . Kami diketemukan dengan sekumpulan pelajar universiti tempatan yang membuat tugasan di situ. Mereka amat gembira dapat bergambar dengan orang Malaysia dan menyebut "Malayzia best  " berulang kali.

     Sempat dirakamkan beberapa foto di dalam masjid ini  antaranya di depan mimbar ialah  maqam Nabi Ishak AS dan isterinya Laiqah. Ada Maqam Nabi Yaakob dan isterinya  Rifqah. Di laluan keluar masjid terletak maqam Nabi Allah Ibrahim dan isteri baginda Sarah .Di bahagian yang dibelakang maqam mereka ini menjadi  milik Yahudi. Tapak kaki nabi Ibrahim juga terdapat tetapi ditutup jaring besi yang agak kurang jelas dilihat.

Masjid Nabi Ibrahim milik Yahudi
Entran masjid milik Yahudi cantik dengan lambang Bintang Biru Zionis
Entrans ke Masjid Nabi Ibrahim utk umat Islam melalui bangunan kedai , dikawal Polis Palestin
Gerbang nan cantik ke masjid Nabi Ibrahim AS
Mimbar Sallehuddin Ayyubi
Maqam Saidina Ishak AS
Maqam Rafqah permaisuri nabi Ishak
Maqam Nabi Ibrahim AS
Tapak kaki Nabi Ibrahim AS
Maqam Saiditina Sarah permaisuri Nabi Ibrahim AS
Meraikan anak-anak yatim


Check point tentera Yahudi ke masjid
Pemeriksaan badan oleh Yahudi kpd pengunjung Islam
        Melangkah keluar meninggalkan Masjid Nabi Ibrahim ini, hatiku sebak... terkilan...  gagal memberikan gula-gula dan coklat yang dibeli khas buat anak-anak yatim ini yang kami beli  tika kami singgah di Imegresen Jordan. Suraya lupa memberitahu kami lebih awal lalu semua ole-ole tertinggal di dalam bas. Kami meneruskan pengembaraan Intifada ke Masjid Nabi Yunus di Hebron. Tiba di situ sekitar jam 11.30pagi. Menuju ke tandas kami melewati 2 kelas TADIKA yang ceria dan terurus, tapi tiada murid di dalamnya. Selesai solat jamak Zohor & Asar kami dibawa oleh imam ke maqam Nabi Yunus AS yang terletak diantara ruang solat lelaki dan wanita. Syahdu tika mendengarkan taklimat tentang nabi Allah Yunus.... masih ku praktikkan sepanjang hayat doa baginda "Lailla hailla anta subhanakainni kuntum minazzolimin" . Kami tamatkan xplorasi di Hebron tika singgah di kedai cenderamata hasil tangan para banduan Palestin dan keluarga mereka. Aku membeli seutas rantai bikinan suri para pejuang yang dikurung di dalam penjara Hebron yaitu di kampung halaman mereka sendiri.

Masjid Nabi Yunus AS di Hebron
TADIKA di perkarangan masjid
Maqam Nabi Yunus AS
Kedai sourviner menjual hasil tangan
banduan Palestin
      Setengah jam perjalanan ke Bethlehem ,sudah kelihatan tembok pemisah Yahudi yang memagari penempatan Palestin dan penempatan mewah pendatang atau penceroboh Yahudi. Tembok pemisah  cetusan zaman kezaliman Sharoon Perdana Menteri Israel  , yang masih koma  selama 8 tahun sejak tahun 2002. Menurut Mr Hisham PM Sharoon koma kerana kekejamannya dan Allah makbulkan doa rakyat Palestin yang teraniaya semasa pemerintahannya.. Belum pun siap coretan kembara Intifada ini ku siapkan SI Bangsat Zionis itu sudah dicabut nyawanya pada Disember 2013  .Sepanjang jalan ke Bethlehem dipagari tembok yang kelihatan bersih dindingnya tetapi di sebelah lagi penuh dengan contengan kemarahan rakyat Palestin.

     Kami disambut dengan papan tanda amaran berwarna merah tika menghampiri Bethlehem.....
  Atas permintaanku , pemandu bas terpaksa berhenti untuk kami merakamkan gambar.

Papan tanda amaran dipasang di setiap entrans penempatan Palestin oleh Yahudi
         Singgah makan tengah hari di Tachi Chinese Restaurant di Bethlehem jam 1.30 pm. Di sinilah kali pertama kami menikmati makanan Asia yang enak dan puas hati, makan sakan melepaskan geram. Ramai tamu dari Asia yang datang makan di sini , antaranya Chef Wan kerana berdasarkan banyak foto pengunjung  dipamerkan di sudut pelanggan restoran ini.

   Aku sering makan cepat , tak minat nak sembang-sembang kerana nak manfaatkan masa dan peluang meninjau sekitar lokasi. Sementara rakan rombongan masih makan di dalam rstoran, aku keluar marakamkan gambar . Sempat juga berbual dengan polis Palestin yang bertugas di depan restoran itu sambil fotoku dirakamkan oleh Marwan yang punya minat dan perangai sama denganku..... snap....snap....snap.

Tembok Zionis sekitarnya tidak terurus



Polis Palestin nan peramah

Tentera Palestin
senario kediaman  Palestin
Penempatan Yahudi di puncak bukit di atas tanah milik Palestin yg dirampas
dengan kawasan pertanian yang mereka suburkan
pekan Bethlehem



         jalan....jalan.... makan.....jalan... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!!!!. Kami dipandu pula ke Gereja Mariam di Bethlehem tempat kelahiran Nabi Isa AS. Sebuah bangunan tersergam kukuh , masih ramai penganut Kristian sedang bersembahyang di dalamnya. Selain kami, masih ramai lagi penganut agama lain yang mengunjungi gereja ini. Pada dinding gereja dipamerkan pelbagai catatan kisah kenabian Isa AS , dan di satu sudut lantai masih ada ukiran asal di zaman baginda.

Gereja Kelahiran Nabi Isa
Lantai asal zaman Nabi Isa masih kekal
      Pemandu Mr Farhad yang sopan dan tampan.... boleh dibuat menantu... ahak...ahak !... kami dibawa ke kampungnya di Bethlehem untuk menjemput  adik lelakinya yang jadi pembantu pemandu. Waktu agak senja tika tiba , hanya sempat merakamkan foto anak pemandu dan bapanya.

Anak & bapa Farhad di Bethlehem
     Jam 3pm pemanduan bermula menuju ke bandar paling selatan negara Israel yang bersempadan dengan Laut Merah di Selatan, Aqabah di Jordan  dan Taba di Mesir . Selama 4 jam perjalanan dalam kegelapan malam ,pemandangan diselang-selikan dengan gelap pekat malam  tika di padang pasir dan ada tikanya kelihatan cahaya lampu dari penempatan manusia. Jam 7 malam kami mendaftar masuk ke Hotel C Eilat. Dalam keletihan memunggah bagasi turun, tetiba beg besar  aku tiada, akhirnya terjawab semua keresahan. Beg pakaian menyorok di bawah kerusi bas... huh. Selesai menghantar beg ke bilik 308 kami turun makan malam yang amat simple... menu vege jugalah

Penempatan elit milik yahudi
Tandus.... dikebanyakan kawasan



Hidangan malam di C Hotel


Bandar Eilat Israel
           7 November kami check oit Hotel C di Eilat pada jam 9 pagi menuju ke Taba Sempadan dengan Mesir. Pemandangan pekan Eilat tak ceria  hanya banyak dekorasi lanskap menggunakan bahan batu dan sumber laut. Setengah jam perjalanan kami tiba di Taba pekan sempdan dengan Mesir dan Laut Merah. Leka merakamkan view yang amat menarik terlupa diri berada di negara LARANGAN bagi rakyat MALAYSIA .... Israel. Sibuk merakamkan gambar hingga kami dijeritkan oleh polis Yahudi agar tidak merakam foto di pagar sempadan

        Menyusuri Laut Merah kelihatan jelas bandaraya Aqabah di Jordan. Kami meninggalkan kenangan di Eilat melalui jalan raya rahsia yang bukan lebuhraya Israel   Namun perjalanan lancar kerana tidak banyak kenderaan . Kami melepasi Bukit Nabi Lut , di sinilah Nabi Lut AS pernah tinggal.


Suatu bulatan di tengah bandar Eilat
Di border Taba dengan Mesir inilah seorang tentera Yahudi menjerit melarang mengambil gambar



pekan Taba
Pekan sempadan Taba di tepi Laut Merah 
 Nabi Lot AS pernah tinggal di banjaran sini
         Jam 12 tengah  hari kami tiba di Premier Spa Beutique Visitor Centre di Laut Mati milik Israel. Banyak menjual produk Laut Mati tapi berfokus kepada penjagan kecantikan. Makan tengah hari paling simple disajikan di Restoran Premier Dead Sea yang menghadap ke Laut Mati. Dapat menikmati panorama indah dalam bahang kepanasan yang melampau dan terik pancaran suria.

    Hanya Marwan ahli jemaah kami yang berenang  di laut ini di samping ramai lagi pengunjung lain yang melumurkan lumpur hitam sebelum berendam di air masin terlampau itu. Memang terapung...... tak boleh menyelam..... Cuma berendam kaki sahaja sambil cuba berjalan-jalan di permukaan kristal garam yang keras dan kasar. Sempat kubawa pulang sebotol air Laut mati sebagai kenangan, tapi tiada kerabatku yang berminat.


view Dead Sea di tanah Israel
Lunch di Premier Spa Dead Sea
garam kristal nan tajam memenuhi dasar Dead Sea
pelancong berendam & terapung di permukaan Dead Sea
Air Dead Sea masin pekat melekat pd kaki seluar
Sempadan Dead Sea sebelah Jordan kelihatan 
      Jam 2 petang kami menuju ke Qumran pula. Qumran merupakan tapak arkeologi di dataran kering di  tebing Barat. Di sinilah Nabi Yahya AS  dan Nabi Isa AS pernah tinggal di gua sini. Selain itu paderi-paderi  Yahudi  pernah bersembunyi  di gua serta menyorokkan  ratusan risalah Jewish .




 
Gua ini Nabi Yahya & puteranya pernah tinggal. Kemudian Paderi Jewish
 bersembunyi di sini bersama ratusan risalah & kitab mereka
walaupun padang pasir tandus masih boleh bertani
 kerana kepintaran Yahudi
       Perjalanan seterusnya ke Jericho untuk solat Zohor dan Asar di Masjid Jericho. Penduduk di sini 100% Islam memaparkan panorama penempatan yang tidak kemas berbeza dengan penempatan pendatang Yahudi di kawasan elit. Kemudian menuju ke Mount Temtation tempat Nabi Isa AS berpuasa 40 hari siang dan malam. Ada cable car disediakan untuk ke puncak Mt Temtation di samping jalanraya. Singgah membeli buah tangan di Kedai  Shadi Walajy Mount Jericho yang menjual beraneka produk tempatan. Hanya minyak zaitun, kurma Jericho dan zafran yang dibeli.


Terdapat beberapa gereja di Mount Temtation, disini Nabi Isa AS berpuasa 40 hari siang malam


Masjid Jericho
        Mengakhiri kembara hari ini dengan check in di Hotel Holy Land di Jurusalem. Bersolat di hotel sahaja sebelum makan malam bersama pengunjung yang amat ramai. Makanan ada nasi dll tapi kurang menyelerakan.


Dinner malam pertama
buah Zaitun dimakan bersama nasi... tak sedap
Sambal lada yg warna hijau menaikkan selera makan nasi
Dinner malam kedua di Hotel Holy Land
         Seawal jam 4.00 subuh 8 November sudah bersedia kami di Lobby Hotel untuk dibawa ke Masjidil Aqsa. Tak sabar nak memijak bumi Aqsa.... Suraya mengepalai kami ke sana dalam kegelapan dinihari. Sejuk dengan tiupan angin kubungkus kemas tubuh dengan telekung di tubuh. Jauh perjalanan tidak terasa kerana pantas kaki melangkah nak mengejar masa subuh. Alhamdulillah... dapat menyelesaikan solat sunat, solat subuh Jumaat berimamkan Sheikh Ali Abasyi..... Imam Besar Aqsa. Sempat kurakam video senario dalam Masjidil Aqsa selepas solat Subuh, ooooo berjaya kali pertama aku merakam video gunakan handfon tua. Kepulangan ke hotel aku, Imah dan Kak Lina ditemani Marwan lalu kami bersarapan sebelum naik ke bilik.

       Jika Dorm Of The Rock dibina oleh Kahlifah Abdul Malik b Marwan , maka Masjidil Aqsa sekarang dibina oleh puteranya Khalid Al-Walid. Komplek Aqsa  terbahagi kepada 4 bahagian yang ditadbir oleh 4 agama besar dunia , yaitu Islam , Yahudi , Kristian Roman dan Kristian Yunani ortodok. Kunci gereja Kristian di Aqsa masih diamanahkan kepada keluarga Musabekh hingga kini.

Lorong di celah kedai untuk ke Aqsa  sebelum subuh ,dinihari 
Bersama Imah & Wan ke Masjidil Aqsa
 untuk solat Isyak 
Tunjuk arah dan gate  ke Aqsa untuk laluan Umat Islam
        Maghrib sudah hampir, aku dan Imah memujuk Marwan untuk bersolat Isyak di Masjidil Aqsa pada malamnya. Kami meredah malam hanya dengan keberanian Wan membawa kami melalui lorong-lorong gelap antara bangunan kedai ke masjid. Kami mengekori jemaah lain yang menghala ke masjid... Alhamdulillah selamat tiba. Sementara menunggu solat Isyak aku merakamkan banyak gambar di dalam masjid DOTR  dan bertembung dengan warga Malaysia yang baru tiba setelah 3 jam mereka ditahan tentera Yahudi  di check point.

       Subuh kedua aku, Imah, Kak Lina dan Marwan melangkah awal ke masjid kerana merebut peluang bermunajat di sana. Memang sunyi lorong yang kami lalui, langkah Wan yang panjang terpaksa kami ekori seperti berlari hingga semput nafas. Alhamdulillah anak muda ini amat setia menemani kami warga pencen ini yang lambat berjalan.  Solat subuh selesai, membaca beberapa surah Quran sudah, lalu aku sempat merakamkan gambar dan video senario di dalam rumah Allah ini. Kami disedekahkan kurma oleh jemaah Turki yang duduk di sebelah kami. Sempat juga berbual panjang dengan beberapa jemaah dari Turki yang boleh berbahasa Inggeris.

Antara aktiviti setelah solat subuh

Jemaah tempatan mengkongsikan kurma
Selesai solat suhuh Jumaat
warga tempatan
Al-Aqsa binaan Al-Marwan berusia 1600 tahun di bawahnya Aqsa asal
       Jam 8.00 pagi kami dibawa melawat sekitar kawasan Masjidil Aqsa seperti diprogramkan mesti selesai sebelum solat Jumaat. Memulakan kunjungan di Dorm Of The Rock atau Masjid Kuning. Memasuki pintu utama kami ditunjukkan 3 ukiran pada didinding masjid DOTR , ukiran Masjidil Haram Mekah, Masjid Nabi Madinah dan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Agak ramai juga pengunjung tika itu , ada yang menunggu solat Jumaat, ada yang beribadah dan ramai yang seperti kami.

       Dorm Of The Rock juga dikenali sebagai Masjid Khalifah Umar yang dibina pada tahun 691AD oleh Khalifah Umayyah Abdul Malik Ibn Marwan. Kubah kuning daripada 150 kg emas hadiah daripada King Hussin Of Jordan. Memang menakjubkan .

      Peluang yang ada dimanfaatkan merakamkan gambar terutama di sudut bekas tapak kaki Nabi Muhammad SAW. Aku menyentuh dengan tangan lau menciumnya, masyaalah.... HARUM amat, kekal beberapa tika. Kemudian aku menyapukan tapak kaki dengan hujung telekungku, namun tiada kesan minyak mahupun  bau yang melekat padanya. Inilah keajaiban, sebab ada yang kata disapu minyak wangi di situ.

View DOTR selepas subuh
ruang solat jemaah wanita di DOTR, bhg tengah atas  masjid   masih dlm pembaikan
Lambang 3 masjid utama Islam pd dinding pintu utama
Sementara tunggu solat Jumaat & jamak Asar di DOTR
Tangan kanan sedang meraba bekas tapak
kaki nabi MuhammadSAW
Bekas tapak kaki Nabi Muhammad SAW dirakam dgn
memasukkan kamera  melalui  lubang kecil
antara bekas tapak Nabi Muhammad SAW yang amat harum
      Di sebelah ruang tapak kaki terdapat sebuah gua yang bertangga turun ke bawahnya. Pemandu pelancong yang juga penduduk asal di sekitar Masjidil Aqsa memaklumkan itu BUKAN BATU TERGANTUNG tetapi hanyalah sebuah gua. Pada bahagian atas DOTR terdapat kerja pembinaan membaiki bumbungnya. Sempat bersolat 2 kali di dalam gua ini, pertama pagi Jumaat dan kemudian sebelah malamnya tika tidak ramai jemaah di dalamnya.

Gua batu tergantung di DOTR mengimbau sejarah
Israq-Mikraj nabi Muhamad SA
Nabi Muhammad SAW bersolat di dalam gua /Batu Tergantung ini. Dinding sebelah kanan tangga
Mimbar Al-Seif @ Mimbar Al-Din  di depan DOTR
Bangunan2 kecil memagari sekeliling depan DOTR
Gate terakhir pelawat bukan Islam dibenarkan berada
Tentera Yahudi berkawal di semua pintu masuk Masjidil Aqsa
       Kami menuruni tangga ke Masjid Aqsa yang asal yang dibina Nabi Ibrahim AS. Dingin sekali suasana di dalamnya. Singgah mendengar taklimat Mr Hisham di sudut bekas QIBLAT PERTAMA umat Islam . Masih terdapat kesan  ukiran pada didindnya. Di laluan sama diketemukan dengan terowong yang dikorek oleh Yahudi di bawah Masjidil Aqsa dengan tujuan merobohkan rumah Allah itu. Kini  ditutup besi tebal dan banyak wang yang dibuang di dalamnya.

Al-Aqsa asal dibina Nabi Ibrahim AS 3500 tahun lalu
Bekas lekuk Qiblat pertama Umat Islam di Masjidil Aqsa asal
 di tingkat bawah yang dibina Nabi Ibrahim AS
Terowong dikorek Yahudi dibawah masjid untuk
 meruntuhkan Masjidil Aqsa
Subuh kedua berkesempatan bersama Imam Besar Masjidil Aqsa Skeikh Ali Abassyi
yg mewarisi keturunan imam di masjid ini
Sedap dimakan tika panas hand made

Tentera Yahudi tidak membuka gate wp jemaah ramai menunggu lama
 untuk ke masjid bersolat Subuh hari Sabtu
       Kami meneruskan ziarah di Masjid Buraq yang terletak di kiri Masjid Aqsa. Setiap pintu dikawal tentera Israel walaupun kunci masjid disimpan oleh keluarga Islam. Menuruni anak tangga hinggalah ketemu lantai berkarpet merah , disitu kami solat sunat. Pada dinding masih tergantung besi bulat tempat buraq diikat. Di sebelah dinding ini Wailing Wall milik Yahudi.


Kawalan oleh tentera Yahudi di entrans di Masjid Buraq


Ruang solat
Besi pengikat tali buraq tempat Nabi Muhammad
 mengikat buraq
Pada dinding blok Masjid Buraq
     Selesai solat Jumaat dan jamak Asar kami melawat ke Western Wall Herritage milik Yahudi. Lokasinya sama dengan blok Masjid Buraq , sebelah-menyebelah entransnya. Gate  ini dibuka selepas solat Jumaat demi keselamatan. Melalui kawalan ramai tentera Yahudi dan pemeriksaan tubuh barulah kami tiba di kawasan lapang Wailing Wall. Mr Hisham dalam nada sedih menunjukkan kepada kami bekas tapak rumah ibu bapanya yang dirampas yahudt. Ramai pengunjung disana sama ada bersembahyang ataupn melawai.

Entrans di kiri ke Western Wall  milik Yahudi yang  di kanan ke Masjid Buraq milik Islam,
 tapi keduanya dikawal Yahudi

Pemeriksaan badan, kiri wanita & dikanan laluan pemeriksaan lelaki

Polis Yahudi ramai berkawal di sini, dibuka selepas solat Jumaat
Wailing Wall bgh wanita  ini ,di kiri untuk lelaki
dipasang di depan Wailing Wall
        Keluar dari lokasi Yahudi ini terdapat puluhan polis yahudi berkawal di sekitar masjid Aqsa sebelum  hingga selesai solat Jumaat  sebagai bersedia jika ada rusuhan. Kini mereka sedang berkemas pulang. Dengan wajah sombong kami melepasi mereka hingga menemukan kami dengan pokok GHARQAD yaitu pokok yang kononnya melindungi Yahudi tika hampir kiamat nanti.

Kenderaan polis yahudi di luar Aqsa
Pokok Gharqad  banyak ditanam untuk melindungi
mereka dpd dibinasakan oleh Nabi Isa AS  pada hari kiamat
Terowong2 banyak dikorek Yahudi di bawah Masjidil Aqsa dengan tujuan meruntuhkannya tika gempa bumi
Terowong Yahudi lagi
        Petra Garden Restaurant di Jurusalem lokasi kami makan tengahari. Makanan sedap dalam suasana ceria tapi ramai amat pengunjung. Ramai pengunjung dari luar makan  di sini. 


     Jam 2 petang kami tiba di Maqam Salman Alfarisi di  Mount Olive. Salman seorang Majusi yang bertukar kepada Kristian akhirnya memilih Islam dan berjihad bersama Baginda Rasul SAW hingga ke hujung nyawa. Sorang petugas wanita membuka kunci ke Masjid Salman yang menempatkan sama maqamnya.



Maqam Salman Alfarisi sahabati Nabi  Muhammad SAW yg mencadangkan
bina parit tika perang Khandak 

Maqam Rabiatul Adawiyah ,wanita sufa pencinta & perindu Allah di Mount Olive
  Kami singgah di puncak Mount Olive menikmati panorama senja nan indah di Jurusalem menghadap Masjidil Aqsa. Jelas kelihatan di kaki Mount Olive kuburan Yahudi, dan kuburan orang Kristian yang terurus. Manakala kuburan lama orang Islam terdapat di luar Masjid Aqsa .

kuburan Yahudi dan Kristian

Dorm Of The Rock , Aqsa dan kuburan Islam di luar tembok Aqsa
     Mount Zion pengembaraan kami buat hari ke-9 bertarikh 8 November 2013. Terdapat Masjid Nabi Daud AS (kini berpindah milik kpd Kristian Ortodok Roman )dan maqam Nabi Daud AS. Di perkarang laluan masuk ke maqam terdapat kubur orang-orang Islam dahulu masih terjaga. 


Tika kegemilangan Islam sebuah Rumah Allah, kini sebuah gereja
Perkarangan Maqam Nabi Daud AS
Maqam orang Islam di tepi laluan masuk ke Maqam Nabi Daud AS
Masih kukuh kalimah Allah di atas pintu masuk gereja
Sudut mimbar masjid Nabi Daud masih ada
      Subuh 9 November merupakan kali yang kedua dapat  beribadah di Masjidil Aqsa  , tika pertemuan ulung kali dengan Iman Sheikh Ali Abassyi. Jam 9 pagi kami dibawa ke Nablus kawasan penempatan Palestanian sejauh 49km  di utara Jurusalem, di antara Gunung Ebal dan Gunung Gerizim. Melalui check point Palestin sebelum kami sampai di Bandar Nablus kenangan peninggalan pemerintahan zaman Uthmaniyyah. 

        Berjalan-jalan sekitar bazar menemukan dengan jualan kelapa tua dll buahan tempatan yang juga sama di negara kita. Tidak membeli apa-apa sebab kurang menarik. Singgah di Kedai Alaker Sweets membeli baklava dan 6 ketul naffa yang dikongsikan dengan kawan jemaah dalam bas.

Check point Palestin
Telaga Nabi Yaakob di dalam gereja Greek Ortodok ini
Laluan turun ke Telaga Nabi yaakob AS dapat
merasai air telaga yang dingin. Dilarang merakam gambar
didalamnya oleh paderi Kristian di situ tapi dibenarkan kpd bukan Islam
 (berlaku depan mata sendiri)


Bandar Nablus
Bazar Nablus

Depan Pasar basah Nablus
Menjual pelbagai juadah manisan Arab
Baklava dari Kedai Alaker Sweets di Nablus
     Jam 12  makan tengah hari di Beesan Restaurant di Al-Bireh ... . Di penempatan Al Bireh Nabi Yunus dibuang ke dalam telaga oleh saudaranya. Makanan sangat enak dan kuanti yang banyak tak muat perut.


                                           




       Menunaikan solat Zohor & Asar di Masjid Al-Ain di Al-Bireh. Kemudian meneruskan xplorasi ke Ramallah sebuah bandar Palestin milik Arab Islam tetapi menggunakan matawang Israel Seikal (ILS). Kami terpaksa menukarkan wang Dollar kepada Shekal untuk berbelanja di sini.

Masjid Al-Ain di Al-Bireh Ramallah
      Sebelum membeli-belah di Ramallah kami singgah di kubur Yassir Araffat. Pelengkap kembara Intifada di bumi para Anbiya  ini, aku menghadiahkan diri sendiri 3 hehai baju. Dua hehai jaket summer dan sehelai jaket kulit untuk kenangan. Harga pakaian dan barangan eksosari wanita disini memang murah berbanding tempat lain yang kami lawati.

Kubur Yassir Araffat di Ramallah
Kedai pelbagai beg
Beli 3 selendang besar Shawl di sini
dua Jaket Summer Turkey (ILS 45)dan  jaket
kulit (ILS 120) ole-ole  dari Ramallah
Bandar Ramallah
Pekena kopi berempah berharga 5seikal  ,serbuk kopi
 dll dipanaskan di atas api bunsen
      Subuh terakhir penamat kembara intifada di Bumi Para Anbiya pada hari Ahad 10 November 2013 dengan menemukan gate Al-Aqsa masih ditutup  walaupun jam menunjukkan 4.45 pagi... Kesabaran umat Islam terserlah di tiap wajah jemaah jemputan ke rumah Allah pagi ini, lantaran tiada yang marah.

       Isnin 11 November, Jam 7.3o pagi berkemas bagasi berangkat untuk check out Hotel Holy Land meninggalkan Palestin (Jurusalem) dan jutaan  kenangan terindah selama 10 hari di sini. Menuju ke Azariah...bas kami terpaksa menggunakan jalan yang agak jauh dan bengkang-bengkok kerana jalan yang terdekat telah disekat dengan tembok  oleh yahudi. Jam 8.20 pagi rombongan kami disambut oleh pengurus sekolah dan ratusan anak yatim di Jeel Amal , Boys Home and Co-Ed School di East Jurusalem. Penghuni di asrama dan sekolah ini terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin para syuhadah yang . 

      Bangunan sekolah dan asrama Jeel ini dibina oleh sukarelawan  Kristian bernama Mr Basil dan Mrs Alice Sahhar yang menempatka 150 orang pelajar lelaki sahaja . Asrama pelajar perempuan di lokasi tidak jauh dari sini. Selesai mendengar taklimat masing-masing jemaah menyerahkan hadiah dan sedekah serta wang zakat kepada pengurus sekolah ini. Hati tersentuh melihatkan kanak-kanak tanpa ibu bapa yang gembira menerima ole-ole coklat daripada kami. Alhamdulillah kusampaikan sumbangan daripada warga SMAP Kajang, besanku dan keluarga ku di rumah barakah ini.

.


Mengedarkan coklat dan gula-gula
Pengetua  sekolah menerima sumbangan


Bikik darjah

        Selama 45 minit pemanduan oleh Mr Irfad, kami sudah tiba di Check point Israel di Allen By Bridge di sempadah Jordan. Jemaah yang membeli barangan dari Dead Sea Spa terpaksa mengambil Tax Refund mereka di sini. Lebih sejam menunggu mereka di sini, kami yang lain tak boleh keluar jalan-jalan sekitarnya  dan dilarang merakamkan foto. Kami berpindah menaiki  kenderaan Jordan dengan menamatkan tugasan Mr Hisham dan Irfad.  Sedih pula jadinya perpisahan dengan 2 sahabat yang baik selama 10 hari kami bersama mereka. Kami dibawa ke Jordan oleh Mr Osama dan pemandunya Mr Mahmud untuk kembara di bumi Jordan pula. Di check point kedua di Jordan pasport kami diuruskan Osama , begitu pantas urusannya.



     Melewati bumi jordan nan subur kelihatan pelbagai tanaman di sini  , antaranya ada yang terdapat di negara kita.. Kami dibawa ke Amman Beach Tourit Restaurant di Dead Sea di Jordan. Makan tengah hari di sini memang terbaik dan puas hati hingga tak terkata.



Pantai Dead Sea di Amman kurang menarik

Peminta sedekap kuturan Gypsi mudah diketemukan di sini
        Meneruskan pengembaraan ke Rumah Allah di Masjid Nabi Syuib di Amman untuk solat jamak Zohor dan Asar. Di masjid ini terdapat maqam Nabi Syuib AS.



     Jam 4.20 pm kami melewati bandar Amman yang agak moden dan kelihatan Masjid King Hussin, tapi tidak singgah. Terus ke Masjid dan Maqam Asyhabul Kahfi di Amman. Imam masjid menyambut serta mengiringi kami menziarai maqam di dalam sebuah gua. Di gua ini terdapat 7 kubur milik 7 pemuda yang menyembunyikan diri demi menyelamatkan akidah mereka daripada penentang Islam selama 309 tahun. Jemaah wanita diberikan jubah sabagai pakaian khas ke situ. Selesai solat jamak Magrib dan Isyak di sini...


view bandar Amman

Jubah untuk ke Asyhabul kahfi
Masjid Asyhabul Kahfi Amman
Imam masjid mengiringi kami

Tulang di kubur Asyhabul Kahfi

2 dpd  7 liang kubur
View dalam masjid

View bandar Amman dari masjid
      Jam 6.20pm kami makan malam di Chinese Tourism Restaurant Teipei Amman. Makan terakhir kembara Intifada di bumi Anbiya kurang menarik minatku. Makanan pun tidak ditambah jika habis, lagipun masih sedih merasakan mungkin tidak mampu lagi datang ke sini.







Hidangan makan malam untuk 12 jemaah







          Tiba di Queen Alia International Airport kena menunggu giliran untuk memasukkan bagasi. masing-masing . Ramai pula yang berkumpulan berbaris panjang .... memang penat. Jam.... kami memasuki pesawat ........ pulang ke Malaysia, tapi masih singah di Bangkok selama 45 minit. Selamat tiba di KLIA jam 1.10pm  Alhamdulillah...






BALIK
Bersama Farhad pemandu sepanjang 10 hari
berada di Palestin & Israel

Di QAIA Amman bersama Mr Osama (tour Guide)
 dan  Mr Mahmud (pemandu) di Amman

Plat kenderaan  Boleh memasuki kawasan  tadbiran Israel

Plat hijau palestin tak boleh memasuki kawasan tadbiran Israel

Plat kenderaan Israel

Pas sempadan memasuki Israel diberikan di Check Point Allenby Bridge Jordan



          Tidak pernah terduga bahawa aku telah melepasi  kekuasaan Israel, menjajahi kawasan tadbirannya walauatpun  banyak pihak meragui keselamatan , bimbang keulusan memasuaiki lsrael, hairan dengan tujuan kami memilih negara YAHUDI sebagai destinasi pelancongan kami seolah-olah macam tida negara lain






No comments:

Post a Comment