Wednesday, August 14, 2013

Mimpi Sonata


Nami Island

Nami Island yang menjadi paksi Filem Sonata sekitar tahun 2005 menggamit hatiku untuk bercuti di sana. Panorama teramat indah di musim salji danpelbagai  view sindah musim bunga yang semarak blooming lagi menguatkan azam . Tetiba sekitar Mei tahun 2012 Tuan Haji Alias mempelawa aku, Azi dan Rahimah yang kebetulan sedang bertandang ke rumahku untuk mengikuti pakej bercuti di Korea. Tanpa berfikir panjang aku bersetuju setelah Azi dan Imah pun nak pergi juga. Tak pula bertanya musim apa ketika Mac     2013 di Korea, tapi comfirm               bukan  musim sejuklah.




   Dengan meniki pesawat Air Asia kami terbang ke Seoul pada 22 Mac 2013 jam 1.10 pagi. Seatku nombor 32G di barisan tengah tapi bagusnya dekat dengan tandas, lega hatiku.  Kali pertama aku terbang dengan pesawat Air Asia ni, namun ok semuanya. Pesawat melepasi Vietnam dan mendarat di Incheon International Airport jam 6.45 pagi pada 23 Mac. Dalam penerbangan kami disajikan sarapan seawal jam 3 pagi dengan menu nasi lemak. Pengumuman hanya dalam bahasa Inggeris dan Korea.... walaupun syarikat ini  milik MALAYSIA....  entah kenapa enggan menggunakan bahasa Melayu.

    Bas Pelancong Dong Yeong Tour membawa kami terus dari lapangan terbang ke destinasi pertama di Gyeongbokgung Palace. Kami diberikan sarapan minuman dalam tin dan seketul kuih daripada pulut semasa di dalam bas, macam budak-budak je. Tak mampu tekakku menelannya. Jam 12.40 pm kami tiba, sinaran matahari pagi terik tapi masih sejuk. Puas meninjau-ninjau serata Palace kemudian kami berjalan kaki ke Chunggyechun River Stream King Sejong. Isteri Haji Alias tak mampu ikut kami kerana masalah kaki, lantaran perjalanan agak jauh juga. Singgah merakamkan gambar di Gwanghamun Square yang berhadapan dengan Palace. Banyak mempamerkan kelengkapan perang dan patung wira negara  yang pelbagai. Kami melintasi jalan sibuk untuk ke River Stream yang amat indah.

Incheon International Airport                           
Ketibaan , exit menaiki bas         
Bas Pelancong Dong Yeong Tour
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
Gwanghamun Square
Gwanghamun Square
Gwanghamun Square
Chunggyechun River Stream
Chunggyechun River Stream



Chunggyechun River Stream
      Kami berjalan kaki semula ke tempat parkir bas untuk ke Asia India Restaurant di Kwanghwamun menikmati makan tengahari. Memang berselera makan di sini, tempat makan dihias indah dan layanan mesra stafnya. Berjumpalah nasi, capati, dll makanan berhidang... mengenyangkan. 



        Selesai makan kemi ke Insadung Culture Street . Jam 4.30pm kami menjelajah sepanjang jalan yang menjual aneka barang . Ini merupakan lokasi pasar malam. Tak ramai berbelanja kerana mahal dan kurang menarik lokasinya. Kami bergerak ke Iteawon untuk bersolat jamak di masjid Prince Sultan Islamic Seoul .Tersergam indah Rumah Allah di atas bukit kecil yang dihimpit kedai-kedai kecil yang berjual aneka barangan. Berjalan kaki lagi melalui jalan berbukit , menyusupi kenderaan yang melaui jalan Iteawon - Dong. Selesai solat kami menuruni bukit ke Murree Muslim Food, di 140-7 Iteawon-Dong, Yongsan-Gu, Seoul. Aneka makanan  Korea, dan kali pertama aku makan kim chee dan lauk-pauk daripada laut yang enak. Restoran ini terletak di jalan yang sama ke masjid.

masjid Prince Sultan Islamic Seoul
masjid Prince Sultan Islamic Seoul



 Jalan Iteawon-Dong, Yongsan-Gu, Seoul
Laluan ke masjid & Muree Restaurant
     Bas  membawa kami check in di Heogi Coop Residence Hotel di Seoul sekitar jam 6.30 petang. Aku dan Azi membiarkan sahaja gelagat warga Sekolah Menengah Tasik berebut kunci bilik, riuh-rendah.... macam BUKAN GURU. Akhirnya kami ditempatkan di bilik 604 yang menghadap bandar, panorama menarik buat titipan mata di tingkat 6  hotel ini. Selama 5 malam kami menginap di hotel 3 bintang yang terletak di pinggar kota. Banyak kedai jualan aneka keperluan sepanjang jalan yang sibuk, di belakang hotel pula setesen keretapi letrik Korea. Setiap saat ku lihat ramai pengguna keretapi melalui depan hotel yang berulang-alik  .

     

View dari Heogi Coop Residence Hotel di Seoul

Dapur hotel Heogi Coop Residence Hotel di Seoul
     Jelajah hari kedua 24 Mac 2013 ke War Memorial Museum. Pelbagai kelengkapan perang seperti kapal terbang, kereta kebal, meriam , roket, dll yang menanti pengunjung  di suatu kawasan lapang yang meletihkan kaki meninjaunya, tapi amat berbaloi. Bukan sahaja dapat lihat , dapat naik dan dapat guna secara hands on pula. Panas cahaya mentari tak termampu tubuhku mengharunginya walaupun tiupan dingin bayu setia meniup . Kami menaiki puluhan anak tangga untuk memasuki sebuah bangunan tersergam indah yang menyimpan ribuan khazanah dan imfo peperengan Korea. Sejuk.... redup dan sunyi membuatkan aku lama di dalamnya. Aku diketemukan dengan beberapa kumpulan pelajar yang duduk di lantai sedang menjalani pembelajaran  luar bilik darjah. Aku terpanggil berkenalan dengan mereka dari sekolah Seoulwon Myung Elementary School. Guru mereka Mdm Su-Yeon-Sim mersra melayan kami dan antara murid yang betah berbahasa Inggeris ialah Seow Jungang yang pernah datang ke Sabah .


War Memorial Museum
War Memorial Museum
War Memorial Museum
War Memorial Museum
War Memorial Museum
War Memorial MuseumPelajar & Guru dari Seoulwon Myung Elementary School.
Maharaja Buffet  Restaurant
Maharaja Buffet  Restaurant
   Menghampiri waktu solat Zohor kami menaiki bas pulang ke Iteawon, di Iteawon Street . Sebelum itu  kami makan tengahari di Maharaja Buffet  Restaurant menikmati menu Pakistan pula. Amat menakjubkan makanan di sini, lazat , banyak pilihan dan penting sekali amat mesra pelanggan. Puas kami makan. Selesai solat kami ke Namsan Tower, menara telekomunikasi Korea. Puas juga memanjat bukit namun kedinginan udara menghilangkan kepenatan. Pelbagai ragam manusia dan pelbagai kaum ditemui. Dari puncak bukit dan di menara menampakkan Bandaraya Seoul dengan jelas. Banyak menara kunci diletakkan di ruang legar menara... kunci kekasih!.

Pohon Kunci di Namsan Tower
Namsan Tower
Catatan pada Kunci di Pohon Kunci Namsan Tower

Namsan Tower
Namsan Tower
View Seoul dari Namsan Tower
Namsan Tower                     
   Kami ke Hanok Korean Tradisional Village ,sebuah perkampungan masyarakat tani. Dipamerkan rumah-rumah desa, kelengkapan pertanian dan peralatan keluarga diraja. Dapat disaksikan istiadat pernikahan kaum di sana... best juga penuh warna-warni. Berjalan kaki yang jauh untuk melengkapkan pusingan lawatan ke Hanok ini. Badan letih.... nasib baik kaki masih steady, alhamdulillah. Malamnya kami ke Muree Restaurant sekali lagi menikmati menu Dwen Jang Chiage (bean paste stew dengan sayuran) makanan tempatan. Makanan di sini pun sedap dan memuaskan hati. Jam 7 malam jadual tetap bas menghantar kami pulang ke hotel. Berehat pula sambil melayari internet melalui DIGI roaming... yang mahal, tapi berbaloi.

                             

Hanok Korean Tradisional Village.. main gasing 
Hanok Korean Tradisional Village
Hanok Korean Tradisional Village
Hanok Korean Tradisional Village... majlis kahwin
   Jam 7 pagi kami sudah dikerah menaiki bas dengan sarapan disediakan dalam perjalanan. Kami di bawa ke Nami Island, lokasi paling aku minati sejak dulu lagi. Untuk ke pulau kami menaiki feri yang setia berkibar megah bendera Jalur Gemilang di puncak feri itu, bangga aku jadinya melihat bendera negara sendiri di negara orang. 10 minit sahaja pelayaran kami disambut pengunjung pulau yang nak balik ke tanah besar. Tak seindah yag kudambarkan.... pohon-pohon masih gondol tiada berdaun, bunga pun tak banyak, tapi jadilah. Diketemukan pula dengan laluan Gajah yang mempamerkan aneka lukisan gajah anak Malaysia Mohd Yusof b Ismail (yusof Gajah) artis Universiti Malaya dan dari Negeri Sembilan.... Bangganya...

    Makan tengahari pula di Nami Drama Cafe Restauran menikmati Nasi Goncang.... nasi dimasak bersama kimci, telur dan ayam... yang dibakar dalam bekas aluminium... sebelum makan perlu digoncang dengan tangan bersarungkan glove khas warna merah, pengalam istimewa ..Kami solat di suatu bilik luas di tingkat 1 bangunan The Cafe Amuse  .

Nami Island
Nami Island
Nasi goncang di Nami Drama Cafe Restauran
Nasi goncang
Nami Drama Cafe Restauran



Laluan Gajah karya Rakyat Malaysia
Karyawan laluan Gajah di Nami

menara komiks







     Jam 3.30 pm kami ke Lotte World tempat rekreasi warga muda... macam Genting Highland Team Park .Dapatlah naik belon setelah berbaris panjang. Sempat meninjau sekitar... memang cantik.Jam 8 malam  kami pulang ke hotel untuk menikmati makan malam makanan bungkus di bilik hotel.Menu nasi korean Bilgogi, daging lembu diperap kimci, fish flaters, kiub nanas dan sup rumpai laut. 
  









     Hari ke-4 pada 26 Mac ke Namchag-Dong Market  dan  Namdaemun Market untuk bershopping. Sarapan di dalam bas lagi.... sungguh tak best. Nasib baik semalam kami dah beli kebab yang disimpan dalam peti ais. Hanya panaskan dalam microwave lalu dimakan bersama cofee segera dari hotel. Aku membeli baju panas (jaket) dan bruch . Sebelum makan tengah hari kami ke  Myeougdong fashion Street . Kedai-kedai besar yang menjual aneka pakaian, kosmetik, survenir, dll namun harganya mahal. Pusat beli-belah di bandar ni amat sibuk. Kami berjalan kaki menjamu mata untuk ke destinasi utama makan tengahari pula. Kali ini kami ke Foreigner Restaurant di Myeoungdong menikmati makanan laut .Semua makanan enak ... menjilat jari.
Namchag-Dong Market
Namchag-Dong Market
Namchag-Dong Market
Myeougdong fashion Street
Namdaemun Market
Foreigner Restaurant di Myeoungdong
Foreigner Restaurant di Myeoungdong
Foreigner Restaurant di Myeoungdong
Foreigner Restaurant di Myeoungdong
    Jam 6 pm kami sudah dihantar balik ke hotel. Aku, Imah, Ramlah dan Kak Fairuz meronda-ronda di sekitar Whickyung-dong, Dongdaemun-gu Street, yanga berdekatan dengan hotel. Kedai-kedai kecil banyak menjual pakaian dan barangan lebih murah . Aku membeli beberapa helai baju untuk anak-anak perempuan, malangnya aku juga yang memakainya, lantaran tidak menepati citarasa mereka.

Whickyung-dong, Dongdaemun-gu Street
Whickyung-dong, Dongdaemun-gu Street
Whickyung-dong, Dongdaemun-gu Street
     27 Mac bersarapan dalam bas lagi, tapi kami dah makan kebab di bilik sebelum keluar tadi. Bas dipandu terus ke Paju Premium Outlets sebuah kompleks beli-belah elit... sebab mahal. Kami melalui Han River yang memisahkan Korea Utara dan Selatan yang amat dekat dan jelas kelihatan dari atas bas. Pagar keselamatan terbina sepanjang laluan menghampiri Peju memisahkan dengan Negara jiran. Aku membeli kemeja-T nazmi sebagai kenangan. Kami makan tengahari di Maharaja Restaurant sekali lagi menikmati Local Korean Foods....pipimbab.


Paju Premium Outlets.. Pemandu pelancong Pyiah & Jun
Kawan senama di Paju
            Destinasi terakhir pula shopping di Textile Market di Kwangjang Traditional Market. Merupakan bazar yang menjual pelbagai keperluan.... murah tapi berserabut.... ala cowboy !

Kwangjang Traditional Market
Kwangjang Traditional Market
        Antara juadah lazat muatan perut sepanjang berada di bumi Seoul selama 6 hari. Kepujian untuk makanan hidangan dari semua restoran kecuali sarapan pagi yang amat kurang memuaskan.







          Hari sayonara kami pada 28 Mac 2013. Seawal jam 5am kami sudah check out hotel untuk ke lapangan terbang. Bersarapan kebab lagi menggunakan wang sendiri kerana penganjur menyediakan makanan di lapangan terbang.... Berat bagasi ku 12.4 kg manakala Azi 13,5 kg. Kejayaan pertama bagasi teringan selepas melancong. Alhamdulillah.  Tak puas hati... tak puas hati... nak pergi lagi pada musim bunga pula, tapi bukan waktu cuti sekolah dengan warga macam depa-depa tu.... he..he.

Ketibaan di Incheon International Airport
Penerbangan balik di Incheon International Airpor
Ole-ole dari Seoul
Bas yang selesa
4 sekawan sentiasa bersama melancong
Cuaca sejuk menggigil namun muka merah dek mentari
 Alhamdulillah baru boleh disiapkan .. banyak masa sengang kerana cucu-cucu di Petaling Jaya.



No comments:

Post a Comment