Penamat Suatu Pengorbanan |
Auckland International Airport |
Perjalanan dengan pesawat MAS selama 10 jam 10 minit dari KLIA ke Auckland International Airport memang menjemukan. Terkadang terlena lantaran keletihan melampau. Ada tikanya terbangun, "Huh , baru melepasi kepulauan Indonesia, " Demikian kusaksikan paparan dari skrin di depan tempat duduk yang sentiasa mempamirkan semua lokasi yang dilintasi pesawat. Selepas 7 jam pesawat kami baru melepasi Benua Australia. Lena dalam terjaga silih berganti . Kekadang terjaga dengan pengumuman juruterbang yang memberitahu penumpang supaya duduk di kerusi masing-masing lantaran cuaca di luar pesawat yang buruk . Makanan yang disajikan enak , menu Melayu yang menyediakan nasi bersama rendang, roti, buah dan minuman sejuk serta panas. Tempoh sejam diakhir penerbangan menunjukkan pesawat sudah menghampiri Auckland., justru mata pun automatik terbuka luas. tak sabar-sabar nak menapak di bumi New Zealand tempat puteraku yang setia menantikan ketibaan kami.
Kereta sewa di Auckland |
Aku. Azie dan Imah memilih tarikh penerbangan pada 8 Disember 2012 (Sabtu) jam 9.50 malam. Tempat duduk kami di barisan kedua bahagian tengah pesawat dengan nombor 12 E,F dan G. Di sebelah kiriku penumpang dari India yang cukup besar panjang memang semuat-muatnya seat . Maka aku terpaksa duduk menyenget ke arah Imah di sebelah kanan lantaran kaki panjang si penumpang India itu.Jam 2 petang 9 Disember 2012 kami mendarat di Auckland. Kami amat impress dengan keramahan dan kecekapat staf airport Auckland. Sikap efesyen mereka telah melancarkan pertemuan kami dengan Nazmi yang terpaksa bermalam di situ kerana nak menyambut ketibaan kami.
Jam 2.30 petang sebuah kereta sewa dari ACE Rental Car dipandu Nazmi ke Hotel Ibis tempat kami bermalam di Auckland. Jam 5 petang kami diraikan dengan nasi beryani di International Food Court . Jam 6.30 petang kami bersantai di Mission Bay yang dinamakan juga Kohirawa Beach. Aku melihat ramai pengunjung menikmati panorama senja di pantai itu, tapi tiada yang mandi-manda di laut yang cantik airnya. Ramai yang berjoging atau duduk-duduk bersantai macam kami. Akhirnya kehairananku terjawab ,kerana air laut amat sejuk.....patutlah tiada yang berani berkelah. Tiupan angin di pantai menambah kedinginan , tak tertahan dengan kesejukan begitu. Indah amat tika dapat menyaksikan sang suria membenamkan diri di ufuk barat... syahdu. Jam 8 malam cuaca di luar masih terang , tapi manusia sudah tidak ramai di luar rumah. Kami beredar untuk membeli keperluan untuk kegunaan sehari di New World Supermarket.
International Food Court |
Pantai Kohimarama Auckland |
Orakei Marina |
Orakei Marina Parkir Kapal Layar Mewah |
Ahad 9 Disember kami bersarapan di Subway Hamilton Road. Sepanjang perjalanan ke Hobbiton, mata dipukau dengan keindahan bunga-bungaan dan ladang rumput nan menghijau seperti ladang padi di negara sendiri. Ladang rumput hijau dihuni sepenuhnya oleh kambing biri-biri dan lembu. Walau pun musim panas di New Zealand pada masa ini tapi pepohon tetap berbunga lebat dan amat indah menghiasi kiri kanan jalan yang dilalui.
Subway di Hamilton Road |
Bahagian Depan Subway Caffee |
Jam 10 pagi kami tiba di I-Site Matamata sebuah pusat khidmat pelancongan yang membantu segala hal untuk melancong di bumi Kiwi ini. Mereka menyediakan kami perkhidmatan bas untuk ke Hobbiton Movie Set and Farm Tour. 1jam penantian ,kemudian sebuah bas membawa kami bersama penumpang lain , termasuk 4 sekeluarga dari Malaysia turut serta ke destinasi tersebut. Melalui jalan pekan seterusnya jalan bengkang-bengkok mendaki bukit. Di kiri dan kanan jalan penuh dengan ladang rumput dan ribuan kambing biri-biri yang segar bugar bertaburan di ladang ragut .Bumi disinari mentari terik namun dihembusi udara dingin membuatkan kami masih nyaman. Oh.... memukau , mengasyikkan... keindahan ciptaan Allah.
Selama 2 jam menapak di bumi Hobbiton tempat pembikinan fileh ternama "Hobbiton......" saujana mata memandang. Mendaki anak bukit menemukan kami berpuluh Hobbit Hole ala rumah dalam bukit yang berwarna warni. John pemandu pelancong Hobbit Tour tidak jemu-jemu berbicara menerangkan segala macam kisah tentang set movie itu, tapi aku kurang minat. Minatku lebih kepada meneroka kiunikan alam, flora fauna dan merasai kebebasan sebenar.....
Foto-Foto sekitar Hobbiton Movie Set & Farm Tour:
View tasik, kediaman dan haiwan ternakan di ladang rumput |
Antara Hobbit Hole |
Kedai makan dan cenderamata |
Pear perang nan manis terdapat di Hobbiton |
Jam 2 petang Nazmi memandu mobil kami ke Rotorua, destinasi paling ku ingin jejaki sejak di bangku sekolah menengah. Semuanya lantaran lagu "Hurry Back Home Rotorua" yang kami nyanyikan semasa di tingkatan 1. Sejam perjalanan kami tiba di Lake Rotorua , sebuah pekan nan sunyi masih kampung lagi. Menyediakan acara rekreasi sightseeing seperti kruise kapal, cruise helikopter dll di tasik tersebut ,tapi tidak memikat hati kerana demi menyelamatkan budget. Pancaran mentari amat terang, tiupan bayu dari tasik Rotorua silih berganti, hingga kami tak terasa sedang bermandikan cahaya terik mentari.
Waktu berjalan sudah menunjukkan jam 3 petang. Kami singgah di Colonel Recipe sebuah Restoran Vegetarian mencari makanan buat alas perut untuk perjalanan seterusnya. Memadai hanya dengan sushi, fish & chips buat kami yang halal terdapat di situ, alhamdulillah. Jam 4 petang menghampiri waktu asar, kami diimamkan oleh Nazmi menunaikan solat Jamak Takhir di atas rumput di tepi parkir kereta kami di Kuirou Park. Kali pertama aku bersolat di atas rumput walaupun berlapikkan sejadah.
Selama 1 jam kami mengisi ruang pemandangan di sekitar taman Kuirou Park di Rotorua .Kami temui beberapa kolam sulfur panas menggelegak yang masih aktif, mengeluarkan asap dan bau busuk . Tapi bukanlah sepanjang masa busuk cuma sesekali datangnya tiupan angin yang membawa sekali bauan tersebut. "Alahai, cium ajelah sebab di negara sendiri tiada", leteranku kepada orang sekelingku. Banyak taman mini di dalam Kuirou Park ini, ada taman ros, bungaan aneka, dan pohon-pohon besar yang menaungi para pengunjung dari panas mentari. Perjalanan balik ke Ibis Hotel di Auckland dimulai jam 5.15pm , kami singgah ke Pelabuhan Auckland menikmati aiskrim sambil menghayati panorama pelabuhan yang terbesar. Singgah sebentar di New World Supermarket membeli keperluan makan malam . jam 8.45 pm sudah masuk maghrib tetapi masih cerah.
Cruise feri di Rotorua |
Pekan Rotorua |
Tasik Sulfur Kuirou Park Rotorua |
Taman di Kuirou Park |
Restoran Colonial Recipe Rotorua |
Penerbangan ke Wellington |
Auckland BIG |
Menikmati Icecream di Pelabuhan Auckland |
Pelabuhan Auckland |
Auckland Tower |
Isnin 10 Disember jam 10 pagi kami check out dari Hotel Ibis Auckland lalu bersarapan nasi lemak Indonesia di Bali Star .Dalam perjalanan membeli sovinur di bandar Auckland kami terserempak dengan perbarisan Convocation Pelajar-pelajar Auckland University of Tectnology (AUT).. meriah sungguh. Sepanjang jalan laluan mereka riuh dengan sorakan dan tepukan tangan pengunjung bandar. Menghampiri solat Zohor kami singgah di Muslim Prayer Hall AUT untuk menyempurnakan tanggungjawab. Melewati jam 3.20pm kami menuju ke ACE Rental Car untuk memulangkan kereta yang disewa. Kami dihantar ke Auckland Airport untuk penerbangan jam 6 pm ke Wellington pula. Jam 730pm kami mendarat di wellington, lalu meniki teksi ke Willis Street ke kediaman Nazmi di No.6,Tingkat 2, APT Ronwyn Tickner, Centre On Willis, Wellington. Makan malam pertama di Wellington di Chinta Sayang Malaysian Restaurant. Nasi ayam hainan, mi kari dll menu sebiji macam makan di negara sendiri.
Perarakan Pelajar Auckland Univercity Tecnology |
Laman Univercity of Auckland |
Muslim Prayer Hall AUT |
Berada di tempat baru menimbulkan masalah sukar melelapkan mata. Justru aku mengemaskan dapur , mengasingkan makanan segera yang dah lupus tarikh dan mengemas ruang rehat yang bersekali dengan dapur. Haaah.... apabila badan penat barulah boleh lena pengsan. Selepas solat subuh , mengadap lap top hingga waktu Dhuha. Lepas itu... boleh sambung tidur lagi... macam Imah, Azi dan Yumi. Hari Selasa 11 Disember, 2012 kami menghabiskan waktu dengan bersiar-siar sekitar bandar Welly menjamu mata. Azi membeli beg bagasi manakalai Imah sebuah tas tangan Kiwi dari kedai Strandbeg. Balik rumah masak nasi berlaukkan koleksi kari ayam dan daging Brahim demi menghabiskan stok makanan yang ada.
Rabu 12 Disember selepas sarapan menu nasi berlauk produk Brahim , jam 9 am aku memanafaatkan masa mencuci tandas. Sudah menjadi keutamaanku tandas mesti bersih & kemas, jika tidak aku pasti berperang dengan perut. Sambung pula mencuci peti ais, mesin pencuci pinggan-mangkuk, melipat kain , membuang sampah , apa sahaja kulakukan demi mengelakkan daripada tidur. Imah dan anak-anak masih di alam mimpi di pagi hari.
Foto sekitar Weta Cave Wellington
Bas letrik ke Weta Cave |
Kenalan penduduk berdekatan di WetaCave |
Tanggal 13 Disember pula tarikh keramat merupakan Konvokesyen Nazmi dari Victoria University .Selepas sarapan aku dan Imah memulakan langkah menuju ke VictoriaUniversity untuk menyaksikan perbarisan Konvokesyen Pelajar. Kami berpandukan penerangan Yumi untuk melalui jalan tertentu, namun sampai di suatu persimpangan lampu isyarat kami hilang pedoman. Berhenti sejenak mencari penyelesaian sambil memohon petunjuk daripada yang Esa. Alhamdulillah terlihat sekumpulan pelajar memakai jubah biru sepeti yang Yumi pakai . Kami mengikut sahaja pelajar tersebut sehingga tetiba kami ternampak tulisan VictoriaUniversity , terima kasih Allah memudahkan pencarian 2 warga emas di perantauan.
Tiba di perkarangan universiti, jam sudah 12 pm, kelihatan perbarisan kumpulan terakhir berarak ke Civic Centre. Kami macam orang pandai, berlagak tahu arah ke sana, sehingga akhirnya kaki sudah tak terikut laluan digunakan mereka yang berarak. Setelah menghilangkan lelah, kami bertanya warga Kiwi yang ditemui di pertengahan jalan. Kesungguhan mereka membantu kami amat dihargai, cuma mereka agak sukar memahami bahasa Inggeris yang aku gunakan, memang sleng lain dan grammarnya teruk kot!. Papan tanda tunjuk arah amat mesra pengguna, mempercepatkan kami menemukan ratusan manusia sedang bergembira dengan pelbagai ragam. Ada yang melompat-lompat, bersorak-sorai, berpelukan riang, bergambar kenangan, malah ada yang sempat bermain sepak takraw menggunakan bulu ayam.
Akhirnya telefon berdering memberitahu Yumi menunggu di mana. Di wajahnya memancar cahaya keriangan menerima ketibaan kami. Sayangnya kakak kesayangannya tiada bersama meraikan saat meriah itu. Selesai bergambar, tetiba hatiku sebak melihatkan Megat tiada keluarganya bersama, anakku pula hanya aku, Azie dan Imah sahaja yang meraikan kejayaannya. Namun, aku tetap bersyukur nasib putera bongsuku ini lebih baik ,berbanding masih ada kekawannya yang terpaksa balik ke Malaysia tanpa hadir menerima ijazah mereka. Terima kasih Allah. Jam 1pm, selepas memberikan keizinan Yumi untuk hadir ke jamuan di universitinya, aku dan Imah memenuhi masa senggang dengan membeli-belah di kedai-kedai sekitar Willis Streets. Amat sukar nak mencari produk buatan tempatan, New Zealand untuk dijadikan ole-ole. Jika ada pun amat mahal berbanding barangan keluaran Bangladesh dan China yang melambak di pasaran sini.
Kediaman Nazmi di No.6,Tingkat 2, APT Ronwyn Tickner, Centre On Willis, Wellington |
Restoran Malaysian Halal |
Ruang santai di pekan willis |
Victoria University |
Perarakan ke Civic Center |
Perhimpunan di Civic Center di Wakefield Street |
Gelagat di Civic Center |
Itulah PUTERAKU di Wakefield Street |
Terbelilah sehelai tali leher, jean dan 2 helai baju panas untuk diri tapi made in China. Kena redha walaupun harganya mahal sebab pembelian sebagai kenangan.Jam 3pm tiba dirumah Yumi, terus mengalaskan perut dengan lauk-pauk Brahim, buah berry, peach dan buah plum yang segar. Petang itu barulah berjaya mengadap facebook kali pertama sejak di New Zealand.
Jam 5.30pm kami bertiga menuju ke Michael Fowler Centre, di Wakefield Street untuk menyaksikan konvokasyen Yumi yang diadakan sebelah malam. Memasuki dewan bandaran yang tersergam ,melihatkan para hadirin yang begitu ramai, membuatkan semangatku untuk mencari tempat duduk terbaik semakin mendesak kaki melangkah laju. Akhirnya kami duduk di barisan paling belakang , di tepi tangga dan memudahkan pergerakan mengambil gambar. Kebetulah wakil pegawai dari pejabat MARA duduk di tepi kami setelah dia memperkenalkan diri kepada kami.
Jam 6 pm majlis dimulakan dengan persembahan tarian kaum asli Mouri. Semua penganugerahan skrol ijazah serta ucapan disempurnakan sendiri oleh Chanselor , timbalannya dan dekan , namun amat meriah dan lancar. Selama 2 jam bersantai di dewan konvokesyen tersebut, dan melihat sendiri puteraku menerima skrolnya, suatu kepuasan dalam perjuanganku selama ini. Jam 820pm kami merakam gambar kenangan bersama Yumi dan Megat di ruang legar Michael Fowler Centre .Azi menghadiahkan sehelai tali leher untuk Yumi. Malam indah itu kami raikan kejayaan Yumi dengan jamuan nasi beriyani dari Restoran mamak Mughlai Curry Corner di depan rumah Yumi.
Convo di Michael Fowler Centre, Wakefield Street
|
Lapangan terbang Wellington |
Jumaat 14 Disember, kami menaiki teksi ke Wellington Airport untuk ke Queenstown. Lapangan terbang yang mirip LCCT Sepang itu, cantik . 5 bagasi besar milik kami terasa amat berat untuk diangkat oleh tenaga wanita. Beg besar aku penuh sendat dengan pakaian Yumi untuk dibawa pulang .Jam 1235pm Jet Star menerbangkan kami selama hampit 45 minit. Di Queenstown sebuah kereta sewa Corolla GL, dari syarikat Apex The Kiwi Way digunakan membawa kami ke Reavers Lodge, di sebuah bukit untuk penginapan selama 4 malam. Tika ini Imah pula demam , kesiannya tidak dapat bercuti dengan selesa. Jam 430pm kami makan menu vegetarian dengan fish & chips, serta kentang goreng di Aggus Shack . Lokasinya amat cantik didepani Tasik Wakatipu /Queenstown Bay dan bersebelahan Qs Garden atau Earnlaw Park. Tiupan angin kencang menambah kesejukan walaupun aku masih mengenakan kardigen tebal.
Melengkapkan usia senja hari dengan bersiar-siar di Queenstown Garden. Yumi dan Azi meneroka hingga ke puncak bukit dan penghujung taman. Aku menemani Imah yang demam bersantai-santai di bahagian rendah taman. Dengan memaksa kaki melangkah di jalan berbukit untuk pulang ke rumah sewa amat mencabar jantung berdenyut. Tak jauh tapi bukit tinggi menyebabkan berbelas kali berhenti ambil nyawa lalu meneruskan langkah semula. Di hujung jalan aku minta Yumi memandu kereta sahaja apabila keluar memandangkan Imah tak sihat dan kakiku pun dah K.O.
Cabaran..... cabaran... pemanduan Yumi tanpa berganti sejauh 307 km selama 5 jam ke Millford Sound amat mengagumkan. Memulakan perjalanan seawal jam 545am kami mendamba panorama sepanjang jalan dengan blooming bunga-bunga liar serta berlatarbelakangkan ladang rumput menghijau melitupi segenap permukaan bukit, menghijau bersulam kuning bungaan liar. Lagi 30km untuk menjejaki Millford Sound, kami terpaksa berpatak balik kerana jalan ditutup hingga hari Isnin. Kali ini kami tidak balik ke Queenstown tetapi ke Te Anau, destinasi baru penjelajahan kami. Pemanduan pulang dengan Corolla GL oleh Azi pula lebih relax dan bersantai sambil meredah hujan bukit dalam penglihatan berkabus. Peluang menyinggah beberapa lokasi menarik kami manfaatkan. Di suatu tempat site seeing kami singgah menatap sepasang burung Parot ,kakak tua yang bertenggek di dahan tanpa menghirau hujan. Difahamkan unggas ini setia berada di situ walau apa keadaan pun.
Jam 1030 am kami singgah di Mirror Lake View Point di Millford Road. Manikmati panorama tasik yang amat jernih airnya seperti cermin yang melantunan imej kelilingnya di dalam air. Sekitar tasik menghabitat subur bunga-bungan warna ungu, kuning dan pink, menakjubkan amat.Sempat juga singgah di penempatan pinggir pekan di Kingstown, mendepani sebuah tasik luas dan menampakkan puncak gunung Cook nan bersalji. Seperti pengunjung lain, kami tidak melepaskan peluang berhenti di suatu sudut site seeing yang dikhaskan untuk bergambar kerana panoramanya amat indah dan istimewa. Pelbagai aksi anak-anakku gayakan, kami hanya possing biasa.
Te Anau Holiday Park di Te Anau merupakan tempat menginap yang menyediakan pelbagai rupa . Ada chalet, khemah, bilik dorm, dan dewan makan bersama dapur serta peralatan memasak. Kami memilih menginap di caravan kerana lebih murah. Imah bersama Azi di caravan hampir dengan bilik air manakala aku bersama puteraku. Kami tidak membazirkan peluang dan ruang di Te Anau , lantaran teramat menarik tempat itu yang didepani tasik, taman rekreasi dan amat santai . Kami diketemukan dengan puluhan itik biru "Mallard Duck" yang bersiapsedia menyeberangi jalan semasa kami ronda-ronda di Fiordland National Park. Ketika kenderaan banyak di jalanraya, semuanya berhenti memberi laluan kepada itik-itek tersebut melintas. Aku kehairanan......
Akhirnya muncullah seorang insan , usia lanjut, sudah bongkok sedikit, membawa sebaldi bijirin rebus untuk hidangan kepada itik-itik liar itu. Mr George mengajarkanku cara memberi makanan di tangan , justru mudahlah aku merapatkan diri dengan haiwan yang dikatakan liar tetapi jinak. Mr George telah menyediakan makanan kepada makhluk Allah sejak puluhan tahun atau sejak dia menghuni rumah di tepi tasik itu, MASYAALAH !
Melepasi jam 3pm kami membeli-belah souvinir di Kowhai Gifts & Souvinir , kedai yang menjual barangan keluaran New Zealand 100%. Aku belanjakan $170 , baru beberapa je ! Jam 8pm masih cerah, Imah dan aku meronda di sekitar tasik di Fiordland, memerhati unggas yang pelbagai di udara dan di tasik; melihatkan kayak, perahu layar di tengah tasik; memerhatikan karenah pengunjung... mungkin bukan warga tempatan tetapi pelancong macam kami. Jam 10pm kami bersama menyediakan makan malam di Convinient Kitchen di te Anau Holiday Park . Bersantailah kami bersama pengunjung lain sambil menonton siaran tv tempatan.
Ahad 16 Disember kami meninggalkan Te Anau seawal jam 9am untuk balik ke Queenstown sejauh 172km dan 2jam 45 minit perjalanan. Jam 1030 am kami singgah di Kingston lake .Masih sejuk amat walaupun mentari terik di kepala. Jam 1pm kami ke Skyline Gondola di Queenstown , dekat je dengan kediaman kami di Reavers Lodge atau boleh jalan kaki je jika orang muda. Tiket menaiki gondola $26 seorang. Kami berempat dimuatkan dalam sebuah gondola sambil foto kami dirakamkan oleh seorang petugas di situ. Tiba di puncak kami meleraikan kegembiraan menikmati anugerah ciptaan Illahi.Takdir Allah, kami diketemukan dengan Ustaz Mohd Erfino Johari, seorang penceramah Agama yang sering muncul di Tv tempatan yang menjadi kaunselor pelajar di New Zealand.
Yumi memujukku menaiki Chair Lift dan Luge Rides dengan kos $36 seorang. Kali pertama aku menaiki chair lift bersama Yumi manakala Azi naik sendiri kerana Imah tidak berani naik. Tiba di suatu stesen naik Luge pula sendirian, ini pun kali pertama juga... huhhhhh indahnya hidup ini..... boleh buat apa suka, dan dengan anak-anak pula. Bermula naik luge di laluan biasa kemudian bertukar dengan luge di laluan lebih mencabar. Semasa di chair lift dan di luge gambar kami dirakam secara automatik. Anak-anakku memang asyik berposing tika foto mereka dirakamkan, aku pula yang penakut ni asyik sedia nak menamatkan pemanduan. Untuk balik ke stesen gondola di puncak, kami menaiki chair lift semula..... Alhamdulillah seronok....Kami menjamu selera dengan 4 rasa aiskrim walaupun udara sejuk, tapi masih lazat benar. Sebelum menaiki gondola pulang kami membayar harga foto-foto yang mereka rakamkan, bagus juga, adalah kenangan abadi .
.
Sekitar Skyline meniki gondola, Chairlift dan Luge Ride
Imej ketika di Arrow Town Bandar bekas Perlombongan Emas
Kami menuju ke Arrow Town pula tika jam 5pm. Meninjau-ninjau pekan kecil peninggalan lombong emas. Adalah taman rekreasi bagi aku dan Imah mengisikan masa dan berehat , manakala Yumi dan Azi meninjau Arrow River yang sesuai untuk kaki pancing. Di sini terdapat penempatan bekas pelombong emas dari Eropah dan China. Kini semua lombong bertukar menjadi ladang-ladang anggur yang amat luas
Wanaka Region merupakan destinasi kami yang dimulai jam 10am pada 17 Disember 2012.Perjalanan kami disaksikan puncak gunung Cook bersalji di sepanjang lebuhraya Crown Range Road yang pastinya menempuhi lereng bukit yang bengkang-bengkok. Jam 1130 pagi kami berhenti menikmati keindahan sceneri dari puncak banjaran Crown Range yang memaparkan dada bumi Queenstown, Wanaka dan sekitarnya. Di lembah permai dipenuhi ladang anggur, berry, cherry dll nan memukau mata , menambat hati. Dalam kelamunan diri terasa terdampar di suatu syurga. Puas bergambar, perjalanan diteraju terus oleh Nazmi yang amat bersemangat memandu sepanjang destinasi kami di bumi Kiwi ini.
Jam menghampiri 12 tengahari, kami dah tiba di pinggir Tasik Wanaka yang bagaikan laut Selat Melaka , beralun airnya, menderu tiupan bayunya, amat mendinginkan tubuh kami walaupun sudah memang menyarungkan baju tebal. Di seberang jalan ke tasik terdapat deratan kedai nan aneka untuk para pengunjung. Kami meninjau lokasi yang menyajikan menu halal. Alhamdulillah, kami diketemukan dengan Restoran Wanaka Shack. Separuh restoran ini dikhaskan untuk menyajikan makanan non halal manakala seperuh lagi di bahagian kiri menyediakan juadah halal. Pilihan tersedia oleh tukang masak ala Pakistan di sini antaranya, kebab aneka, burger dan nasi. Kami membeli kebab daging dan ayam yang dimakan bersama nasi putih. Burger juga dijadikan menu tengahari yang berat bagi menggalas perut untuk perjalanan seterusnya. Kami bersantai dengan penuh selera di wakaf yang tersedia di tepi Tasik Wanaka.
Sejam perjalanan dari Wanaka Lake kami menapak di Stuart Lansborough's Puzzle World, yang tidak jauh jaraknya. Kami tiba jam 130 pm. Lanskap di luar Puzzle World amat menarik para pengunjungnya merakam gambar kenangan. Kami pun melakukan pelbagai aksi di hadapan replika catur condong dan di atas bangunan muka depan rumah, yang juga condong.... itulah keunikan tempat ini. Di dalam bangunan 1 tingkat ini dimuatkan dengan laluan atau jalan berpuzzle, sebuah Illusion Room, The Great Maze (muzium puzzle) dan ruang santai bermain puzzle berhadapan dengan sebuah cafe yang menyediakan pelbagai makanan segera. Ruangan menjual survenir juga memenuhi ruang legar di hadapan muzium... memang amat santailah. Nazmi dan Azi mengembara di Puzzle Village dengan tiket $14 seorang. Aku dan Imah memanfaatkan masa menunggu mereka dengan bermain puzzle di meja-meja yang disediakan. Beberapa orang petugas tekun mengemaskan puzzle di setiap meja selepas digunakan pengunjung.
Jam 430 pm kami meneruskan perjalanan balik ke Queenstown, laluan yang pernah kami gunakan semasa ke Arrow Town. Di kiri kanan jalan dipenuhi ladang anggur, berry, cherry dan ada juga ladang rumput ternakan biri-biri. Di tepi jalan di sini terdapat beberapa gerai buah-buahan segar dan boleh memetik dari ladang. Kami sempat singgah di Crop-Jonne's Friuts Stall yang terletak di ladang buah di Cromwell Road. Kami bertemu beberapa pelajar Malaysia yang bekerja part time sebagai pemetik buah dan pembantu kedai di sini. Mudahlah kami tawar-menawar harga. Di bahagian luar kedai , pemiliknya menyajikan pengunjung sebuah taman bunga ros. Amat kreatif dan indah kerana semua ros mekar berbunga, bersaiz besar dan berwarna-warni. Di belakang kedai ni terdapat ladang cherry yang lebat berbuah. Aku memenuhi impian bermesra dengan pohon yang amat kusukai buahnya yaitu pokok cherry. Tiba di kediaman penuh keletihan , menu makan malam kami, nasi, roti berlaukkan produk Brahim dan buah cherry nan ranum.
Sekitar Puzzle World di Wanaka
Apartment 2 bilik ini dilengkapi ruang rehat dan set dapur untuk memasak. Untuk makan malam Nazmi dan Azi membeli nasi beryani Arab dari sebuah restoran halal tidak jauh dari tempat penginapan. Ooooo menjilat jari, lazat, murah dan banyak pula....
19 Disember Rabu, kami memulakan pengembaraan ke Akaroa, sebuah pelabuhan yang mengambil masa 1jam setengah, setelah kami memulakan pemanduan jam 9 pagi. Laluan dipilih berpandukan arahan GPS yang amat mesra pelanggan, tetapi terpaksa melalui jalan yang agak jauh. Kami melalui jalan berbukit yang bengkang-bengkok, di kiri kanan jalan terdapat ladang kambing biri dan lembu yang amat luas serta terpelihara. Robinson Bay, Takamatua Bay dan beberapa tasik kami lewati sebelum tiba di di Banks Of Pennisular yang merupakan pelabuhan berkembar.Kami tiba jam 10.30 pagi. . Di sini popular dengan aktiviti outdoors yaitu menyelam bersama dolfin, kembara sepanjang Kaikaura Range yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Dapat disaksikan penempatan bangsa Perancis dan pemandangan indah yang sukar digambarkan dengan kata di Southern Alps yang banyak ditumbuhi pohon Alphine.
Jam 11 pagi sebuah feri sudah sedia membawa penumpang menerjah hidupan di habitat laut yang negaranya mengalami 4 musim sepanjang tahun. Kebetulan percutian kami kali ini pada musim panas tetapi masih amat sejuk. Kami diketemukan dengan puluhan dolfin yang berenang-renang berkumpulan , meraikan cruise kami dengan feri Akaroa Cruise. Pemandu pelancong nan terbaik sentiasa memberikan maklumat sepanjang masa, daripada penemuan pinguin, singa laut yang bersantai di pantai, burung laut yang beraneka warna dan penempatan sepanjang destinasi. Tiba di garisan pertemuan dengan Lautan Pasific, feri berhenti seketika untuk kami menikmati segenap ruang pandang ciptaan Allah. Semua terdiam .....terpukau...Aku terlupa diri, kagum... penuh syukur bahawa sesungguhnya aku sudah menjejak lautan terluas di dunia. Jam 1 petang kami tiba semula dipelabuhan lalu meninjau cenderamata,perusahan mutiara dan permata di gerai-gerai yang terdapat di tepi jeti . Hadiah pengalas perut kami untuk tengahari dengan sandwic ikan soloman yang berharga $16 satu set, walaupun pembikinannya nampak simple namun amat enak kerana isi ikan nan segar dari laut.
Kepulangan ke Christchurch Nazmi menggunakan jalan lain yang lebih dekat dan berbukit, tetapi banyak melalui perkampungan tradisi masyarakat sana. Jam 430 pm waktu memborong coklat di Park N Save di Riccarton. Bukan saja coklat, belilah juga baju untuk opah Leha. Kami melepak di sekitar supermarket ini sepanjang petang itu.
Terasa amat pilu pula nak meninggalkan New Zealand setelah 2 minggu berada di sini. Namun tiket sudah ditempah , justru Khamis 20 Disember kami manfaatkan sepenuhnya saat-saat akhir pelancongan kami . Lawatan terakhir kami ke Botanical Garden yang merupakan Center Christchurch Town. Jam 920am kami sudah check out dari Alkala Motor Lodge, Amat bersemangat nak melihat sendiri kesan gempa bumi di sini, tapi yang terlihat hanyalah beberapa bangunan di taman ini yang ditutup akibat rosak semasa gempa. Kami hanya melihat dari luar bangunan yang muram menampakkan masih dalam kesedihan . Ada juga beberapa bangunan yang dalam proses baik pulih dan beberapa jalan raya sekitar taman yang ditutup.jadi, aku tak terkesan dengan bahana gempa tersebut.
Jam 12 tengahari kami menikmati makan tengahari di Kebab Land di Westfield. Jam 2pm kami ke Christchurch Airport untuk terbang ke Auckland..Jam 6pm penerbangan Jet Star membawa kami bersama bagasi 76 kg milik 4 orang. Jam 11 pm sibuk untuk check in di Auckland International Airport.Semput jantung melihatkan berat bagasi aku dan Imah melebihi muatan. Timbang, punggah, timbang, punggah, hingga akhirnya Nazmi terpaksa membawa balik ke rumahnya buah pear perang yang paling aku suka. Berat bagasi Imah 18,2 kg, Azi 19.3 kg, beg Nazmi 16.8kg dan berat beg sendiri 13.4 kg. Aku terpaksalah membayar $210 ($30 /kg) untuk lebihan berat bagasi yang menggunakan wang Imah , kerana ia ingin menghabiskan wang Dollar NZ sebelum balik KL.
Sementara menunggu penerbangan balik KL jam 135 pagi, (semasa booking tiket flight jam 930am, tetapi MAS tunda ke jam 105am) ;kami menikmati donat, manakala anak-anakku bermain puzzle. Sekali lagi aku terpaksa berpisah sementara dengan putera kesayanganku Nazmi, kerana ia akan balik KL pada 29 Disember. Nazmi terpaksa bermalam di airport sementara menanti penerbangan balik Wellington keesokan paginya.. Belum selesai lagi masalah berat barangan, kali ini hand luggage..... Strict nak mati!!!!. Petugas wanita di pintu masuk menimbang beg yang dibawa tangan, Huh... sekali lagi kena buang.... coklat kesayangan 3 keping melayang ke dalam tong sampah. Rasanya Air Asia membenarkan lebihan hand luggage ,tak sekejam MAS......Namun bukan rugi kerana wang melayang tetapi sebenarnya beruntung belajar dari kesilapan.. Perjalanan pulang yang amat lama sukar untuk melelapkan mata kerana kebisingan tangisan kanak-kanak silih berganti sepanjang perjalanan. Lantas fikiranku jadi ribut hingga sakit kepala.Jam 730am kami tiba di KLIA dan dambil pulang oleh Ijan menantuku ke rumahnya di Puchong Prima. Terima kasih Allah.
Senario di Botanical garden Christchurch
Kenangan saat terakhir di Auckland Airport
Sebagai ingatan cuma, Sewaan Hotel Ibis Auckland $79, ACE Car Rental Auckland $19, Reaver Lodge /Queenstown Hotel $79, Apex The Kiwi Way Queenstown Car Rental $27, Alcala Motor Lodge $172, Te Anau Chalet $.......
Kenangan dan pengalaman percutian ke New Zealand paling terkesan di hati dibandingkan dengan percutian ke Beijing, Korea, Thailand dan Singapura. Hingga ke saat aku menamatkan coretan trevellog ini masih terasa kemanisannya. Aku ingin ke sana lagi.....entah bila !!! Aku mengharapkan Allah ketemukanku dengan destinasi lebih baik untuk percutianku akan datang, insyaalah.
Melengkapkan usia senja hari dengan bersiar-siar di Queenstown Garden. Yumi dan Azi meneroka hingga ke puncak bukit dan penghujung taman. Aku menemani Imah yang demam bersantai-santai di bahagian rendah taman. Dengan memaksa kaki melangkah di jalan berbukit untuk pulang ke rumah sewa amat mencabar jantung berdenyut. Tak jauh tapi bukit tinggi menyebabkan berbelas kali berhenti ambil nyawa lalu meneruskan langkah semula. Di hujung jalan aku minta Yumi memandu kereta sahaja apabila keluar memandangkan Imah tak sihat dan kakiku pun dah K.O.
Lapangan Terbang Queenstown |
Reavers Lodge @ Queenstown Hotel |
Queenstown Bay
Queenstown Bay |
Bandar Queenstown
Bandar Queenstown
Kedai Product KIWI 100% |
Gerai Aggur Shacks |
Gerai Fish & Chips yg best di tepi tasik & Qs Garden |
Gerbang ke Qs Garden |
Queenstown Garden |
Cabaran..... cabaran... pemanduan Yumi tanpa berganti sejauh 307 km selama 5 jam ke Millford Sound amat mengagumkan. Memulakan perjalanan seawal jam 545am kami mendamba panorama sepanjang jalan dengan blooming bunga-bunga liar serta berlatarbelakangkan ladang rumput menghijau melitupi segenap permukaan bukit, menghijau bersulam kuning bungaan liar. Lagi 30km untuk menjejaki Millford Sound, kami terpaksa berpatak balik kerana jalan ditutup hingga hari Isnin. Kali ini kami tidak balik ke Queenstown tetapi ke Te Anau, destinasi baru penjelajahan kami. Pemanduan pulang dengan Corolla GL oleh Azi pula lebih relax dan bersantai sambil meredah hujan bukit dalam penglihatan berkabus. Peluang menyinggah beberapa lokasi menarik kami manfaatkan. Di suatu tempat site seeing kami singgah menatap sepasang burung Parot ,kakak tua yang bertenggek di dahan tanpa menghirau hujan. Difahamkan unggas ini setia berada di situ walau apa keadaan pun.
Jam 1030 am kami singgah di Mirror Lake View Point di Millford Road. Manikmati panorama tasik yang amat jernih airnya seperti cermin yang melantunan imej kelilingnya di dalam air. Sekitar tasik menghabitat subur bunga-bungan warna ungu, kuning dan pink, menakjubkan amat.Sempat juga singgah di penempatan pinggir pekan di Kingstown, mendepani sebuah tasik luas dan menampakkan puncak gunung Cook nan bersalji. Seperti pengunjung lain, kami tidak melepaskan peluang berhenti di suatu sudut site seeing yang dikhaskan untuk bergambar kerana panoramanya amat indah dan istimewa. Pelbagai aksi anak-anakku gayakan, kami hanya possing biasa.
Millford Road |
Bunga liar aneka warna sepanjang Millford Road
Tasik di Millford Road |
Burung Kakak Tua, Parot penunggu setia di pohon ini |
Bunga2 Liar sepanjang Millford Road
Kereta Corolla GL,Apex The Kiwi Way di Queenstown |
Millford Road
Laluan di Mirror Lake |
Biri-biri gemuk |
tasik di Kingstown di Millford Road |
Seight Seeing di Millford Road
Te Anau Holiday Park di Te Anau merupakan tempat menginap yang menyediakan pelbagai rupa . Ada chalet, khemah, bilik dorm, dan dewan makan bersama dapur serta peralatan memasak. Kami memilih menginap di caravan kerana lebih murah. Imah bersama Azi di caravan hampir dengan bilik air manakala aku bersama puteraku. Kami tidak membazirkan peluang dan ruang di Te Anau , lantaran teramat menarik tempat itu yang didepani tasik, taman rekreasi dan amat santai . Kami diketemukan dengan puluhan itik biru "Mallard Duck" yang bersiapsedia menyeberangi jalan semasa kami ronda-ronda di Fiordland National Park. Ketika kenderaan banyak di jalanraya, semuanya berhenti memberi laluan kepada itik-itek tersebut melintas. Aku kehairanan......
Akhirnya muncullah seorang insan , usia lanjut, sudah bongkok sedikit, membawa sebaldi bijirin rebus untuk hidangan kepada itik-itik liar itu. Mr George mengajarkanku cara memberi makanan di tangan , justru mudahlah aku merapatkan diri dengan haiwan yang dikatakan liar tetapi jinak. Mr George telah menyediakan makanan kepada makhluk Allah sejak puluhan tahun atau sejak dia menghuni rumah di tepi tasik itu, MASYAALAH !
Melepasi jam 3pm kami membeli-belah souvinir di Kowhai Gifts & Souvinir , kedai yang menjual barangan keluaran New Zealand 100%. Aku belanjakan $170 , baru beberapa je ! Jam 8pm masih cerah, Imah dan aku meronda di sekitar tasik di Fiordland, memerhati unggas yang pelbagai di udara dan di tasik; melihatkan kayak, perahu layar di tengah tasik; memerhatikan karenah pengunjung... mungkin bukan warga tempatan tetapi pelancong macam kami. Jam 10pm kami bersama menyediakan makan malam di Convinient Kitchen di te Anau Holiday Park . Bersantailah kami bersama pengunjung lain sambil menonton siaran tv tempatan.
Tempat menginap di Te Anau |
Beli barang makanan semasa di te Anau |
Itik liar melintas jalan |
En George pemberi makanan kpd itik liar |
Visitors Centre |
Tasik Fiordland
Kucing pertama ditemui sejak di Welly |
Bilik Caravan bersama Nazmi |
dataran sekitar tasik Fiordland |
Ahad 16 Disember kami meninggalkan Te Anau seawal jam 9am untuk balik ke Queenstown sejauh 172km dan 2jam 45 minit perjalanan. Jam 1030 am kami singgah di Kingston lake .Masih sejuk amat walaupun mentari terik di kepala. Jam 1pm kami ke Skyline Gondola di Queenstown , dekat je dengan kediaman kami di Reavers Lodge atau boleh jalan kaki je jika orang muda. Tiket menaiki gondola $26 seorang. Kami berempat dimuatkan dalam sebuah gondola sambil foto kami dirakamkan oleh seorang petugas di situ. Tiba di puncak kami meleraikan kegembiraan menikmati anugerah ciptaan Illahi.Takdir Allah, kami diketemukan dengan Ustaz Mohd Erfino Johari, seorang penceramah Agama yang sering muncul di Tv tempatan yang menjadi kaunselor pelajar di New Zealand.
Yumi memujukku menaiki Chair Lift dan Luge Rides dengan kos $36 seorang. Kali pertama aku menaiki chair lift bersama Yumi manakala Azi naik sendiri kerana Imah tidak berani naik. Tiba di suatu stesen naik Luge pula sendirian, ini pun kali pertama juga... huhhhhh indahnya hidup ini..... boleh buat apa suka, dan dengan anak-anak pula. Bermula naik luge di laluan biasa kemudian bertukar dengan luge di laluan lebih mencabar. Semasa di chair lift dan di luge gambar kami dirakam secara automatik. Anak-anakku memang asyik berposing tika foto mereka dirakamkan, aku pula yang penakut ni asyik sedia nak menamatkan pemanduan. Untuk balik ke stesen gondola di puncak, kami menaiki chair lift semula..... Alhamdulillah seronok....Kami menjamu selera dengan 4 rasa aiskrim walaupun udara sejuk, tapi masih lazat benar. Sebelum menaiki gondola pulang kami membayar harga foto-foto yang mereka rakamkan, bagus juga, adalah kenangan abadi .
.
Sekitar Skyline meniki gondola, Chairlift dan Luge Ride
Bertopi untuk Luge ride kedua |
Icecream di puncak Skyline |
Bertemu Ustaz Elfino Johari di Skyline |
Chairlift |
Imej ketika di Arrow Town Bandar bekas Perlombongan Emas
Kami menuju ke Arrow Town pula tika jam 5pm. Meninjau-ninjau pekan kecil peninggalan lombong emas. Adalah taman rekreasi bagi aku dan Imah mengisikan masa dan berehat , manakala Yumi dan Azi meninjau Arrow River yang sesuai untuk kaki pancing. Di sini terdapat penempatan bekas pelombong emas dari Eropah dan China. Kini semua lombong bertukar menjadi ladang-ladang anggur yang amat luas
Pekan Lombong emas |
Wanaka Region merupakan destinasi kami yang dimulai jam 10am pada 17 Disember 2012.Perjalanan kami disaksikan puncak gunung Cook bersalji di sepanjang lebuhraya Crown Range Road yang pastinya menempuhi lereng bukit yang bengkang-bengkok. Jam 1130 pagi kami berhenti menikmati keindahan sceneri dari puncak banjaran Crown Range yang memaparkan dada bumi Queenstown, Wanaka dan sekitarnya. Di lembah permai dipenuhi ladang anggur, berry, cherry dll nan memukau mata , menambat hati. Dalam kelamunan diri terasa terdampar di suatu syurga. Puas bergambar, perjalanan diteraju terus oleh Nazmi yang amat bersemangat memandu sepanjang destinasi kami di bumi Kiwi ini.
Jam menghampiri 12 tengahari, kami dah tiba di pinggir Tasik Wanaka yang bagaikan laut Selat Melaka , beralun airnya, menderu tiupan bayunya, amat mendinginkan tubuh kami walaupun sudah memang menyarungkan baju tebal. Di seberang jalan ke tasik terdapat deratan kedai nan aneka untuk para pengunjung. Kami meninjau lokasi yang menyajikan menu halal. Alhamdulillah, kami diketemukan dengan Restoran Wanaka Shack. Separuh restoran ini dikhaskan untuk menyajikan makanan non halal manakala seperuh lagi di bahagian kiri menyediakan juadah halal. Pilihan tersedia oleh tukang masak ala Pakistan di sini antaranya, kebab aneka, burger dan nasi. Kami membeli kebab daging dan ayam yang dimakan bersama nasi putih. Burger juga dijadikan menu tengahari yang berat bagi menggalas perut untuk perjalanan seterusnya. Kami bersantai dengan penuh selera di wakaf yang tersedia di tepi Tasik Wanaka.
Visitors centre |
Sejam perjalanan dari Wanaka Lake kami menapak di Stuart Lansborough's Puzzle World, yang tidak jauh jaraknya. Kami tiba jam 130 pm. Lanskap di luar Puzzle World amat menarik para pengunjungnya merakam gambar kenangan. Kami pun melakukan pelbagai aksi di hadapan replika catur condong dan di atas bangunan muka depan rumah, yang juga condong.... itulah keunikan tempat ini. Di dalam bangunan 1 tingkat ini dimuatkan dengan laluan atau jalan berpuzzle, sebuah Illusion Room, The Great Maze (muzium puzzle) dan ruang santai bermain puzzle berhadapan dengan sebuah cafe yang menyediakan pelbagai makanan segera. Ruangan menjual survenir juga memenuhi ruang legar di hadapan muzium... memang amat santailah. Nazmi dan Azi mengembara di Puzzle Village dengan tiket $14 seorang. Aku dan Imah memanfaatkan masa menunggu mereka dengan bermain puzzle di meja-meja yang disediakan. Beberapa orang petugas tekun mengemaskan puzzle di setiap meja selepas digunakan pengunjung.
Jam 430 pm kami meneruskan perjalanan balik ke Queenstown, laluan yang pernah kami gunakan semasa ke Arrow Town. Di kiri kanan jalan dipenuhi ladang anggur, berry, cherry dan ada juga ladang rumput ternakan biri-biri. Di tepi jalan di sini terdapat beberapa gerai buah-buahan segar dan boleh memetik dari ladang. Kami sempat singgah di Crop-Jonne's Friuts Stall yang terletak di ladang buah di Cromwell Road. Kami bertemu beberapa pelajar Malaysia yang bekerja part time sebagai pemetik buah dan pembantu kedai di sini. Mudahlah kami tawar-menawar harga. Di bahagian luar kedai , pemiliknya menyajikan pengunjung sebuah taman bunga ros. Amat kreatif dan indah kerana semua ros mekar berbunga, bersaiz besar dan berwarna-warni. Di belakang kedai ni terdapat ladang cherry yang lebat berbuah. Aku memenuhi impian bermesra dengan pohon yang amat kusukai buahnya yaitu pokok cherry. Tiba di kediaman penuh keletihan , menu makan malam kami, nasi, roti berlaukkan produk Brahim dan buah cherry nan ranum.
Sekitar Puzzle World di Wanaka
Tandas duduk special |
Antara mural depan tandas |
Puzzle Village |
Kini Selasa berjunjung tiba, mempelawa kami ke timur laut South Island benua New Zealand, sebuah bandar yang pernah menggemparkan dunia kerana peristiwa gempa bumi nan dasyat sekitar tahun 2010. Pemanduan Nazmi bermula jam 9 pagi menuju ke Chrishchurch sejauh 480 km.Kami melewati bandar dan pekan Crownwell, Tarras, Twizel Town (Mackanzie Drive), Tekapo, Kimbell, Fairlis, Orari, Ealing Rangtata, Hinds, Ashburton, Rakaia, Dunsandel, Rolleston, serta kawasan yang dinamai Crownwell West Coast Winery Orchards/ Vine yards sebelum tiba di Christchurch. Pemanduan juga melalui Middleton Road yang mengintai puncak Mount Cook, dan lembah permai Omarama dan Aroraki. Kami singgah berehat sambil mencari makanan tengahari di Tekapo. Jam 5pm kami tiba ke Alcala Motor Lodge Apartment , tempat kami menginap sepanjang di Christchurch.
Tasik Tekapo |
Pekan Tekapo |
Visiters Centre Tekapo |
Tasik Tekapo |
Apartment 2 bilik ini dilengkapi ruang rehat dan set dapur untuk memasak. Untuk makan malam Nazmi dan Azi membeli nasi beryani Arab dari sebuah restoran halal tidak jauh dari tempat penginapan. Ooooo menjilat jari, lazat, murah dan banyak pula....
19 Disember Rabu, kami memulakan pengembaraan ke Akaroa, sebuah pelabuhan yang mengambil masa 1jam setengah, setelah kami memulakan pemanduan jam 9 pagi. Laluan dipilih berpandukan arahan GPS yang amat mesra pelanggan, tetapi terpaksa melalui jalan yang agak jauh. Kami melalui jalan berbukit yang bengkang-bengkok, di kiri kanan jalan terdapat ladang kambing biri dan lembu yang amat luas serta terpelihara. Robinson Bay, Takamatua Bay dan beberapa tasik kami lewati sebelum tiba di di Banks Of Pennisular yang merupakan pelabuhan berkembar.Kami tiba jam 10.30 pagi. . Di sini popular dengan aktiviti outdoors yaitu menyelam bersama dolfin, kembara sepanjang Kaikaura Range yang bersempadan dengan Lautan Pasifik. Dapat disaksikan penempatan bangsa Perancis dan pemandangan indah yang sukar digambarkan dengan kata di Southern Alps yang banyak ditumbuhi pohon Alphine.
Jam 11 pagi sebuah feri sudah sedia membawa penumpang menerjah hidupan di habitat laut yang negaranya mengalami 4 musim sepanjang tahun. Kebetulan percutian kami kali ini pada musim panas tetapi masih amat sejuk. Kami diketemukan dengan puluhan dolfin yang berenang-renang berkumpulan , meraikan cruise kami dengan feri Akaroa Cruise. Pemandu pelancong nan terbaik sentiasa memberikan maklumat sepanjang masa, daripada penemuan pinguin, singa laut yang bersantai di pantai, burung laut yang beraneka warna dan penempatan sepanjang destinasi. Tiba di garisan pertemuan dengan Lautan Pasific, feri berhenti seketika untuk kami menikmati segenap ruang pandang ciptaan Allah. Semua terdiam .....terpukau...Aku terlupa diri, kagum... penuh syukur bahawa sesungguhnya aku sudah menjejak lautan terluas di dunia. Jam 1 petang kami tiba semula dipelabuhan lalu meninjau cenderamata,perusahan mutiara dan permata di gerai-gerai yang terdapat di tepi jeti . Hadiah pengalas perut kami untuk tengahari dengan sandwic ikan soloman yang berharga $16 satu set, walaupun pembikinannya nampak simple namun amat enak kerana isi ikan nan segar dari laut.
Jeti Akaroa |
Bersama Micle Lee Pemilik Assam House di IOI Puchong |
Ikan Lumba2 Dolfin |
Burung Laut |
Gua2 kesan letusan gunung berapi |
Singa laut & Burung bersantai |
Amat sejuk |
LautanPasifik di depan mata |
Light House |
Singa Laut |
Di penghujung |
Anak Pinguin |
Ruang santai anak2 di dalam feri |
Terasa amat pilu pula nak meninggalkan New Zealand setelah 2 minggu berada di sini. Namun tiket sudah ditempah , justru Khamis 20 Disember kami manfaatkan sepenuhnya saat-saat akhir pelancongan kami . Lawatan terakhir kami ke Botanical Garden yang merupakan Center Christchurch Town. Jam 920am kami sudah check out dari Alkala Motor Lodge, Amat bersemangat nak melihat sendiri kesan gempa bumi di sini, tapi yang terlihat hanyalah beberapa bangunan di taman ini yang ditutup akibat rosak semasa gempa. Kami hanya melihat dari luar bangunan yang muram menampakkan masih dalam kesedihan . Ada juga beberapa bangunan yang dalam proses baik pulih dan beberapa jalan raya sekitar taman yang ditutup.jadi, aku tak terkesan dengan bahana gempa tersebut.
Jam 12 tengahari kami menikmati makan tengahari di Kebab Land di Westfield. Jam 2pm kami ke Christchurch Airport untuk terbang ke Auckland..Jam 6pm penerbangan Jet Star membawa kami bersama bagasi 76 kg milik 4 orang. Jam 11 pm sibuk untuk check in di Auckland International Airport.Semput jantung melihatkan berat bagasi aku dan Imah melebihi muatan. Timbang, punggah, timbang, punggah, hingga akhirnya Nazmi terpaksa membawa balik ke rumahnya buah pear perang yang paling aku suka. Berat bagasi Imah 18,2 kg, Azi 19.3 kg, beg Nazmi 16.8kg dan berat beg sendiri 13.4 kg. Aku terpaksalah membayar $210 ($30 /kg) untuk lebihan berat bagasi yang menggunakan wang Imah , kerana ia ingin menghabiskan wang Dollar NZ sebelum balik KL.
Sementara menunggu penerbangan balik KL jam 135 pagi, (semasa booking tiket flight jam 930am, tetapi MAS tunda ke jam 105am) ;kami menikmati donat, manakala anak-anakku bermain puzzle. Sekali lagi aku terpaksa berpisah sementara dengan putera kesayanganku Nazmi, kerana ia akan balik KL pada 29 Disember. Nazmi terpaksa bermalam di airport sementara menanti penerbangan balik Wellington keesokan paginya.. Belum selesai lagi masalah berat barangan, kali ini hand luggage..... Strict nak mati!!!!. Petugas wanita di pintu masuk menimbang beg yang dibawa tangan, Huh... sekali lagi kena buang.... coklat kesayangan 3 keping melayang ke dalam tong sampah. Rasanya Air Asia membenarkan lebihan hand luggage ,tak sekejam MAS......Namun bukan rugi kerana wang melayang tetapi sebenarnya beruntung belajar dari kesilapan.. Perjalanan pulang yang amat lama sukar untuk melelapkan mata kerana kebisingan tangisan kanak-kanak silih berganti sepanjang perjalanan. Lantas fikiranku jadi ribut hingga sakit kepala.Jam 730am kami tiba di KLIA dan dambil pulang oleh Ijan menantuku ke rumahnya di Puchong Prima. Terima kasih Allah.
Senario di Botanical garden Christchurch
Antara bangunan yang ditutup kesan gempa |
Lunch Kebab di Kebab Land hari terakhir West Field |
Kenangan saat terakhir di Auckland Airport
sessi menimbang bagasi
Di Auckland Airport |
Bersantai di Auckland Airport sebelum Fly jam 1 pagi |
Sebagai ingatan cuma, Sewaan Hotel Ibis Auckland $79, ACE Car Rental Auckland $19, Reaver Lodge /Queenstown Hotel $79, Apex The Kiwi Way Queenstown Car Rental $27, Alcala Motor Lodge $172, Te Anau Chalet $.......
Kenangan dan pengalaman percutian ke New Zealand paling terkesan di hati dibandingkan dengan percutian ke Beijing, Korea, Thailand dan Singapura. Hingga ke saat aku menamatkan coretan trevellog ini masih terasa kemanisannya. Aku ingin ke sana lagi.....entah bila !!! Aku mengharapkan Allah ketemukanku dengan destinasi lebih baik untuk percutianku akan datang, insyaalah.
salam...
ReplyDeleteseronok dapat baca entry bonda tentang negara orang. Cantik pemandangan. Hopefully one day saya juga dapat ke sana. Insyaallah..
Terima kasih sudi kongsi pengalaman...
ReplyDeleteInsya Allah suatu hari nanti kami akan ke NZ... maybe naik Motorhome...
Insyaalah anakanda nieda dan aLiXaL , moha terlaksana impian
Delete