Sejarah bermula tika minum susu Cap Junjung. Setiap kali mendapat tin susu pekat Cap Junjung, jemari lantas menanggalkan pembalut tin. Produk Milkmaid Sweetened Condensed Milk keluaran Nestle , sekitar tahun 70an. Penuh berhati-hati, takut pembalutnya terkoyak. Terbalikkan pembalut tin cepat-cepat, nak lihat apa pula gambarnya . Woooo!!! Meriahnya hati pabila melihat gambar panorama di kebun bunga tulip. Terlihatkan berdiri megah kincir angin di tepi rumpun tulip. Seorang wanita tersenyum manis menjunjung baldi susu di kepalanya. Eh, semua itu bukan pemandangan tepi laut, atau pemandangan di bandaraya metropoliten atau pergungan yang memutih berselimutkan salji, tau!
Entah kenapa tika usia 8 tahun , amat taksub dengan pemandangan di pedalaman Holand. Sukakan gambar-gambar ladang tulip yang berwarna-warni, kincir angin dan wanita susu ada di bermacam2 lokasi pula. Warna tulip dan kincir berbeza pada setiap pembalut tin susu. Namun 3 watak masih sama. Gambar-gambar pada pembalut tin dipotong cantik. Dilekatkan pada buku latihan sekolah. Simpan baik-baik sebab sayang. Dek kerana adik kecil bertambah setiap 2 tahun, buku itu pun entah ke mana!! Hanya memendam kesukaan kepada keindahan alam anugerah Maha Pencipta.
|
Wanita sebegini pada belakang lebel Susu
Cap Junjung Tahun 70an
Susu pekat Cap Junjung |
|
Kincir angin, tulip, dan saliran air yang menawan hati |
Sekitar tahun 2008 sudah berkenalan dengan internet. Pabila dah pandai mengekses internet, bijak pula menggunakan facebook. Mulalah LIKE page "Love The Netherlands". Pantang terjumpa gambar menarik tentang Netherland, terus share.... hahaha! Hanya membisikkan doa pada setiap kali melihatnya. Moga Allah jemput diri ini ke tempat istimewa tersebut. Alhamdulillah, teramat bersyukur dengan rahmat Allah buat diri ini dan kaum keluarga.
Ketagihan bermusafir ini sukar dihakis . Keseronokan berada diperantauan sukar dilupakan. Menikmati keindahan panorama alam tika berada di negara asing sukar dititipkan dengan perkataan. Mensyukuri anugerah daripada Maha Pencipta-Maha Pengasih-Maha Pemurah kepada diri, sukar diterjemahkan walau dengan apa cara sekali pun. Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Setelah beberapa kali menangguhkan hasrat , tarikh 18 April menjadi pilihan. Memenuhi impian selama separuh abad usia, ke Eropah pula. Sejumlah 13 hari 10 malam dengan Intifada Travel and Tour bermusafir ke 6 negara Eropah. England, France, Belgium, Netherlands, German dan Switzerland adalah pilihan negara yang disediakan pakej ini. Harga dibayar RM8888.00 tidak termasuk makan tengahari dan makan malam. Haaah, dibawa bersama 5 pek lauk-pauk Brahim, sambal bilis, beras pek ketupat dan sos keju serta sos cili, pastinya menambah berat bagasi. Mujurlah periuk nasi dan koleh aluminium ringan. Ok lah tu, bukan hand carry pun, pesawat yang angkut. Cuma ... keluar masuk hotel je kena sendiri angkut.
|
Bagasi dari Australia, Beg sandang Kowamas
dan beg Kickers |
Hahaha... alkisah bagasi dari Perth ni. Semasa nak ke rumah Cyberjaya, menaiki Bas Plus Liner. Sebab itu sahaja bas selesa untuk ke Hentian Putrajaya Sentral. Tempat menyimpan beg bas 2 tingkat ni agak tinggi, justru sukar nak angkat beg beratnya 16kg. Maka dengan muka tak malu , meminta ehsan seorang brother India untuk tolong angkatkan beg. Baik hati dan peramah orangnya. Dia nak ke Shah Alam tapi diarah menaiki bas yang sama. Aku beritahunya nak ke Putrajaya. Di dalam bas pemandu memberitahu penumpang yang hendak ke Shah Alam. Mereka ini akan menaiki bas lain pula apabila tiba di hentian R & R Slim River.
Tiba di R&R Slim River, perut meragam terus ke tandas. Pada masa yang sama penumpang ke Shah Alam menurunkan beg masing-masing untuk bertukar ke bas lain. Sebelum masuk semula ke dalam bas, hati terlintas nak lihat beg. Allahuakbar.... beg aku dah tiada ditempatnya!!. Tercari-cari Bas Plus Liner di situ. Ada beberapa buah bas Plus Liner sedang parkir. Semua tempat beg bas tertutup. Akhirnya terjumpa bas ke-4 . Berlari sekuat hati mendekati bas satu tingkat. Masih terbuka ruang simpanan bagasi. Ternampak beg pakaian rona kelabu, berikatkan tali warna-warni dan merah. Entah dari mana datangnya tenaga, aku tarik keluar beg itu sekuat hati. Aku tarik cepat memasuki ke ruang tempat duduk penumpang bas ke Putrajaya. Bertanya kepada seorang penumpang wanita Cina di dalam bas. Dia pun tidak tahu siapa yang menurunkan beg aku .
Akhirnya, brother India yang menolong tadi datang bertanyakan beg aku. Dia amat cemas sebab beg dimaksudkan tiada di tempat yang diletakkannya. Berkali-kali lafaz maaf dan terima kasih ku ucapkan kepadanya. Rupa-rupanya dia tunggu aku di dalam bas untuk ke Shah Alam. Sekian lama tak muncul, dia pun turun mencari aku. Betapa indahnya bumi Malaysia... Walau pelbagai kaum mendiami bumi bertuah ini, tolong-menolong dan sayang sesama makhluk Allah masih mekar bersemi di hati netizennya.
Alhamdulilah.... terlalu banyak Allah bantu aku dalam usia 64 tahun ini. Terbayangkan jika bas itu terus ke Shah Alam membawa sekali beg pakaian aku. Dah terfikir di kepala otak ini kepayahan bakal terjadi .... Dah lah hari kejadian 16 April, nak ke Europe 18 April.... Allah peliharakan keselamatan, Allah permudahkan semua urusan. Aku amat percaya, berdoa tika bersolat sunat musafir sebelum keluar rumah itu menakjubkan .Allah makbulkan doa tanpa hijab.
|
Inilah bas yang ke Shah Alam |
18 April Rahimah rakan bermusafir datang kerumah Cyberjaya. Jam 2 petang kami menaiki Grab ke KLIA . Tempoh perjalanan 45 minit . Jam 6 petang sudah check in bagasi. Semua urusan pernerbangan diuruskan Tour Leader Haji Muharrimi dan Haji Ghani dari Intifadah. Penerbangan jam 8.50 malam melalui Gate 25C. Qatar Airways menerbangkan kami 23 orang jemaah menggapai impian ke Eropah. Duduk di seat 29D sebaris dengan Imah dan Ibrahim (adik sepupu) serta isterinya Sabariah. Kami semua guru pencen hahaha! Paling seronok adik sepupu (Ibrahim) ni kaki bergambar rupa-rupanya. Kami bertiga cuma posing je , dia terus snap. Jika nak berselfie atau merakamkan gambar Ibrahim dengan isterinya barulah , guna fon aku.
|
Cikgu Ibrahim, Sabariah dan Rahimah (tudung coklat) |
|
Sementara tunggu tram pun berfoto lagi |
|
Dalam Tram seat belakang |
|
Dalam pesawat |
Penerbangan selama 7 jam 18 minit ke Doha Airport memang meletihkan. Makanan yang disajikan memang enak belaka. Jam 11.30pm menu nasi, kari ikan , kacang kuda rebus, kek, roti dan jus mangga. Imah pilih menu lain supaya kami boleh kongsi merasa menu disediakan. Jam 3 pagi disajikan All Day Snack pula. Dalam pejam antara lena dan terjaga, masuk semua yang disajikan. Alhamdulillah.
|
Menu disediakan flight KL-Doha |
|
Dinner nasi dan kari ikan |
|
All Day Snack |
Selamat tiba di Doha International Airport jam 11.27malam waktu Doha, (3.27pagi waktu Malaysia), 4 jam bezanya. Bersolat jamak Takhir Isyak dan Maghrib di surau airport. Amat selesa di sini kerana ruang solat dan tandasnya bersebelahan. Ada bilik "Quiet Room" untuk tidur sementara menantikaan flight berikutnya ke Heathrow. Hahaha.... ada yang tidak faham papan tanda "Quiet" masuk dibilik bersembang dengan nada kuat. Maka adalah yang terganggu lena atau rehatnya. Bunyi "SYISH!!!" berulang kali kedengaran supaaya tidak bising. Oleh kerana tidak boleh berehat didalam Quiet Room, akhirnya mengajak Imah keluar merakamkan gambar di sekitar laman menunggu.
|
Doha Airport |
Bersolat Subuh hari 19 April dilakukan dengan cepat. Terdengarkan azan subuh jam 3.40pagi terus je bersolat. Lepas solat semua bergegas check in melaui Gate A3. Diberitahu untuk check in juga jam 3.45pagi, nmun wajib sempurnakan solat dulu. Aduh... aku ditangkap pula untuk "Random Body Check" oleh seorang staf imegresen sebelum memasuki pesawat. Alhamdulillah semuanya OK. Rupa-rupanya pesawat penerbangan ke Heathrow menantikan kumpulan kami yang bersolat Subuh. Mujurlah syarikat penerbangan yang sama, Qatar Airways. Setia menanti kami memasuki pesawat. Tour leader Hj Muharrimi relax saja. Kami yang tercungap-cungap mengejar masa.
Kali ni terbang di dalam pesawat QR11 selama 6 jam 42 minit dengan syarikat Qatar Airways ke Heathrow. Pesawat kecil sedikit berbanding pesawat dari KLIA. Namun keramahan staf masih sama. Jam 6.00pagi disajikan sarapan sandwich telur dan sandwich tukey. Teh panas yang dihirup menyegarkan mata yang masih mengantuk.
Lunch disajikan jam 9.30 pagi. Kami keliru nak pilih menu yang sedap. Bertanyakan kepada steward seorang lelaki India. Moganraj berasal dari Jasin, Melaka yang amat peramah. Peramugara ini asyik melayan kami warga Malaysia , mungkin rindu keluarga dan kampung halamannya. Dia mencadangkan Lamb Machboos. Oooo memang lazat nasi berlaukkan gulai daging kambing (Machboos) .Tepat cadangan Moganraj , citarasa orang Malaysia. Disajikan bersama sepotong kek oren, roti, salad capcicon, dan air kosong.
|
Lunch Machboos bernasi |
|
Mr Moganraj anak Jasin Melaka |
Dalam flight tidak menonton video atau filem yang disediakan. Memaparkan peta lokasi penerbangan menjadi pilihan. Setiap kali kelihatan pada skrin lokasi keberadaan pesawat dan imfo lain. Kekadang melihat ruang udara negara-negara yang dilalui pesawat . Letih mata memandang skrin, lalu terlena. Terjaga sekali-sekala melihatkan suasana masih gelap diluar pesawat.
Selamat tiba di Lapangan Terbang Heathrow jam 10.15pagi. Suhu sekitar 12 celcius . Masing-masing mengenakan sweater untuk mengelakkan kesejukkaan. Melepasi pemeriksaan imegresen jam 11.30pagi. Semua jemaah Intifada sibuk merakamkan gambar di entrance Airport. Nak dapatkan ruang kosong untuk berfoto amat sukar di hadapan dinding memaparkan tulisan Heathrow. Asyik bertali arus orang melintasi di situ.
Dua buah kenderaan membawa kami ke Hotel . Jam 12.15 tengahari kami menaiki coaster seramai 10 orang bersama Haji Ghani pembantu tour leader. Sebuah Van membawa sebahagian lagi jemaah bersama Haji Muharrimi. 30 minit perjalanan kami tiba di Rainasance Heathrow Hotel. Tidak jauh dari airport. Setiap kali menikmati makanan di Cafe hotel ini dapat melihat pesawat naik turun. Diberikan kamar 3517 di tingkat 3 hotel. Selesa menginap di hotel 4 bintang ini.
|
Coaster membawa kami bersama Hj Ghani (Intifada) |
Jam 1.20pm kami dibawa ke Bicester Village Designer Outlet. Sebuah pusat membeli-belah di pinggir Bicester, sebuah pekan di Oxfordshire. Bicester Village ibuka pada tahun 1995. Jam 3.00pm sudah tiba di situ. Sukar juga mendapatkan termpat parkir bas di sini. Terpaksa berjalan agak jauh dan melintasi jalan yang sibuk untuk memasuki Bicester Village. Memang banyak kedai menjual barangan berjenama. Banyak kedainya banyak pula pengunjung ke sini. Menariknya disini banyak sudut menempatkan tandas. Tandas dihias dengan menarik dan wangi bauan digunakan terbau pabila memasuki pintu bangunannya. Disediakan gerai makanan beraneka. Cuma nak cari yang halal , maka menu vegetarian sahaja yang dipilih.
Punyalah susah nak mencari "Prayer Room", penat tak terhingga. Bertanya kepada pengunjung Muslim pun tiada jawapan tepat. Rupa-rupanya dinamakan "Contemplation Room". Hanya di laluan masuk ke Bicester lokasinya. Tapi pabila Allah nak uji kami, semua itu tidak kelihatan. Setelah berjalan mencarinya hingga ke pintu keluar, kemudian berpatah balik; barulah ketemu .
Selesai solat, terus meninjau kedai-kedai sekitar. Terjumpa kedai barangan pilihan hati, namun ramai pula yang berbaris menantikan giliran nak masuk. Perut pun dah lapar dek banyak berjalan. Menggalas perut dengan membeli donut bersama white Cofee Latte dan Cuppicino . Harga 1 set donut dan minuman untuk 2 orang Pound4.95.
|
Berjalan dari parkir bas ke Bicester Village |
|
Tandas awam nan menawan |
|
Makan Donut dan Minum Cofee |
|
Prayer Room /Contemplation |
|
Kamar Wuduk |
|
Ruang solat wanita |
Sepanjang laluan pergi ke Bicester dan ke sebuah Restoran di Southall menampakkan view bangunan lama. Tumbuhan yang hidup meliar umpama tidak diurus. Jam 6.20pm tiba di Spice Village Restaurant di Southall. Membeli makanan Roti Nan berlaukkan ayam dan kentang. Memang lazat dimakan, tambahan perut memang lapar. Jalan pulang ke hotel melalui UK Highway yang sibuk . Jam 8.30pm tiba di hotel untuk bersolat Maghrib dan Isyak. Sambung makan malam lagi, menghabiskan roti dan telur rebus .Berkemas sebelum tidur untuk kelancaran urusan diri hari esoknya.
|
Dinner di Spice Vill Restaurant, Southall |
|
Sekitar bandar Southall |
Morning call memanggil bersolat Subuh jam 4.30pagi pada Sabtu 20 April. Selesai bersolat tetiba teringat putera dan 3 puteri di tanah air. Membuat video call dengan Nadrah yang kebetulan berada di Ipoh. Dapatlah melihat wajah-wajah Nazihah , (cucu) Daria Aleesa dan Darimi. Kemudian bual vedio dengan Nazmi di Cyberjaya pula. Waktu di Malaysia sekitar 10 pagi.
Bersarapan menu aneka roti, telur rebus dan kopi yang disediakan hotel. Jam 8.50pagi memulakan kembara ke Westminster. Berjalan kaki jauh dipandu Tour Guide bernama Kate .Melewati jalan yang menempatkan kedai-kedai aneka barangan buat para pelancong. Kedai cenderamata, kedai beg, kedai pakaian, kedai makanan dan lain-lain. Ramai peminat kemeja T membelikan buah tangan buat keluarga di tanah air. Yang termampu kubelikan 3 keping Fridge Magnet berharga 10 pound. Singgah melerai kerinduan rasa jus buah delima di sebuah gerai di Westminster.
|
Sarapan |
|
Ruang resepsi Hotel Renaissance Heathrow |
|
Sekitar Westminster |
|
Membeli jus delima |
|
Jus delima |
|
Sekitar Westminster |
Sepanjang perjalanan kelihatan beberapa taman rekreasi yang sudah puluhan tahun usia. Namun masih terjaga dan cantik. Jam 11.30 pagi menikmati panorama kemeriahan bunga tulip di Buckingham Palace Garden. Seluas 42 ekar taman ini .Terdapat laluan batu grabel sepanjang dua setengah batu panjangnya. Memang terpukau dengan beraneka bunga tilip ,berbagai warna, pelbagai bentuk dan ditanam pada lanskaps yang amat menarik. Setiap pengunjung merakamkan gambar di pelbagai sudut sebagai memori musim bunga di London.
"Buckingham Palace is the London residence and administrative headquarters of the monarch of the United Kingdom. Located in the city of Westminster, the place is often at the centre of state occationsand royal hospitality. Its has been a focal point for British people at any times of national rejoicing and mourning. Queen Elezabeth II gave birth to Pronce Charles and Andrew inside this palace. Its has 775 rooms ".
Berdepan dengan taman terletak Istana Buckhim Palace, kediaman Ratu England. Pengunjung memanfaatkan panorama di depan istana. Bernasib baik dapat menyaksikan acara "Changing Of Guard" di depan Istana Buckingham. Pengawal istana yang berkuda melintasi tepi taman menuju ke halaman istana. Upacara pertukaran pengawal istana berlaku selama 45 minit. Berbaris para pengunjung nak melihat dekat acara tersebut. Tidak lupa ramai juga yang berebut-rebut mencari ruang merakamkan foto.
|
Buckingham Palace |
|
Pengawal Istana berkuda acara "Changing Of Guard" |
Sebelum ke Parlimen Square , jemaah dibawa singgah sebentar di Trafalgar Square. Sebuah taman awam di tengah bandar Westminster. Setengah jam untuk merakamkan gambar sahaja. Jalan kota yang sibuk tidak berani melintasi jalan ke lokasi menarik untuk berfoto. Parkir bas di depan bangunan Malaysian Tourism . Dari sini dapatlah menikmati sebahagian pemandangan sekitar Trafalgar Square
|
Admiralty Arch |
|
Tour Guide Kate di London |
|
Bangunan Malaysian Tourism |
Di Parliment Square, jam 12 tengahari cahaya matahari terang bersinar. Namun masih terasa dingin musim bunga di London. Berjalan melalui laluan pedestarian memang penat. Laluan sempit dilalui juga manusia dari arah yang bertentangan, memaksa diri berhati-hati takut tergelincir. Terlihat bangunan Big Ben sedang dalam perbaikan. Beberapa buah gereja lama dan bangunan bersejarah lain masih tersergam indah. Kebetulan bersua dengan kumpulan demonstrasi yang memasang khemah di atas sebatang jalan di situ. Menambahkan kesesakan buat para pengunjung.
|
Westminster Abbey |
|
Methodist Central Hall |
|
House of Parliment |
|
Khemah para peserta demonstrasi |
|
Penunjuk perasaan berkhemah di atas jalan |
Penat menapakkan kaki kemudian merehatkannya di dalam bas. Kami turun pula di depan London Eye sekitar jam 1 petang. Peluang mencari tandas sebelum bergambar sekitar lokasi. Melihatkan barisan yang teramat panjang pengunjung nak menaiki London Eye. Tidak berani terlibat berbaris menunggu giliran. Masa yang dibenarkan berada di sini pun terhad. Masing-masing cuma merakamkan gambar sekitar.
Kembara ke Tower Bridge menyaksikan panorama Kota Londan seterusnya. Melalui beberapa jambatan terkenal antaranya Lumberg Bridge yang mengalir dibawahnya air River Thames. Jam 2.00 petang tiba di Tower Bridge. Sebuah jambatan yang dibina khas secara"Bascule and Suspension" . Dibina bermula pada tahun 1886 hingga siap pada 1894. Tower Bridge ini merentangi River Thames. Ia hampir dengan The Tower of London yang menjadi mercu tanda atau Icon Of London. Ramai pengunjung bersantai di sini. Jemaah yang membawa bekalan makanan dapatlah makan di sekitar jambatan . Yang lain bersiar-siar menikmati panorama River Thames yang sibuk dengan feri River Cruise. Makanan banyak didjual di sini, tetapi untuk yang bukan beragama Islam.
|
Tower Bridge London |
|
Tower Bridge view dari atas jambatan |
|
Emi anak kenalan kembara dari Ipoh |
Bergerak ke Emirates Stadium jam 3.00 petang. Sebuah stadium bola sepak di Holloway London. Pusat Arsenal ini boleh memuatkan 60260 penonton. Merupakan stadium ke-4 terbesar di London yang dimiliki oleh Arsenal Holding. Membelikan T Shirt Arsenal buat 4 cucu lelaki dan anak teruna. Kebanyakan pakaian sukan yang dijual berwarna merah . Terdapat beberapa kedai menjual barangan berjenama Arsenal. Sebuah stadium bola tersergam di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Oh menarik .
|
Emirates Stadium |
Jam 4.10pm singgah bersolat di London Central Mosque. Terletak berhampiran Regent's Park. Disigner masjid ini Sir Frederick Gibbert . Siap dibina tahun 1977. Kecantikan dom/ kubah berwarna keemasan mudah dilihat dari jauh. Boleh menempatkan 5000 jemaah . Tempat solat wanita terletak di ruang balkoni menampakkan dewan solat utama. Terasa hebat dapat bersolat di masjid terindah di sebuah negara bukan Islam.
Menikmati makan tengahari pula di Lahore Restaurant. Makan Nasi Briyani ayam yang teramat pedas . Terpaksa bersulamkan air masak bergelas-gelas... Hahaha! Mujurlah makanan ditaja oleh Pengurus Intifada Travel Tour, Tuan Haji Muhairimi.
|
London Central Mosque |
|
Lahore Restaurant |
Jam 5.40petang bershoping di Oxford Street. Sebuah kawasan membeli-belah sesuai bagi golongan "High End Brand" dan berwang. Bermulanya Oxford Road dari Jalan Totenhem Court hingga ke Marble Arch di Westminster. Pusat beli-belah atau "street" tersibuk di Eropah. Menerima setengah milion pengunjung setiap hari. Terdapat 300 kedai di jalan ini. Banyak kedai menjual produk berjenama dan tersohor seperti produk "Flag ship store", fesyen, butiq, kelengkapan rumah dan ada 500 restoran . Syurga membeli-belah di lokasi seperti Topshops, Gaps, River Island, Primark, John lewis dan United Kingdom Iconic Department Store . Antaranya John Lewis, House of Frazel dll.
Penat berjalan walaupun tidak banyak kedai disinggahi. Cuma lama berada di dalam di Primark. Teramat sibuk jalan di sini. Pelbagai kenderaan awam ditemui. Antara paling menarik ialah Beca bermotor yang dihias berwarna-warni. Terasa berada di Melaka pula!
|
Oxford Street |
|
Beca di Oxford Street |
|
Depan Premark |
Di kota London sukar ditemukan papan tanda gergasi di tepi jalan atau di lebuhraya. Semua imfo berkaitaan penggunaan jalanraya ditanda di atas jalan raya. Tetapi kamera Speed Trap ada dimana-mana. Pemandu di jalan raya lebih takutkan dirakam kamera litar tertutup. Denda yang dikenakan amat berat , bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan.
Ahad 21 April mengenakan baju coklat, jean coklat, skaf coklat muda serta kasut sukan biru. Bersarapan aneka roti, kentang goreng dan pan cake yang lazat. Telur goreng bersayur dan minum kopi buat bekalan tenaga sepanjang hari. Membawa bersama bekalan telur rebus, roti dan biskut oat dari Malaysia untuk dimakan tika lapar diperjalanan. Jam 8.30pagi sebuah bas sewa khas membawa kami ke Port Dover. Sayonara London!! Mungkin aku tidak mampu lagi menjengah bumi England ni. Walaupun kota metropoliten namun tidak banyak yang istimewa buat diriku di sini.
|
Sarapan di Reinaissance Hotel Heathrow |
|
Sarapan 21 April Renaissance Hotel |
|
Cafe menghadap airport Heathrow |
Sepanjang laluan ke Port Dover kelihatan kebanyakan pokok tidak berdaun , mungkin kesan winter masih membelenggu iklim disini. Banyak juga padang ragut di kiri dan kanan jalan yang dilalui, namun tidaklah semeriah ladang ragut di New Zealand. Kebanyakan ternakan di ladang ragut adalah lembu, kuda dan kambing biri-biri. Lebih mendekati Dover kelihatan pokok-pokok mula berbunga.
Singgah berehat sebentar di kawasan rehat Coach Station di Maidstone. Kebanyakan yang singgah di sini bas dan lori sahaja. Memandang ke"Digital Signboard" yang dipasang merentasi lebuhraya, dapatlah tahu jarak ke destinasi dituju. Kini ditemukan pula dengan ladang "Rape Seeds" di sepanjang lebuhraya. Jam 11 pagi tiba di Port Dover. Sebuah pelabuhan menghubungkan Kent di timur laut England ke pelabuhan Calais di Perancis. Menyeberangi terusan sejauh 34 kilometer. Ia di buka tahun 1606. Port Calais di utara Perancis adalah terminal feri penumpang ke-4 terbesar di Perancis.
|
View sebelum Port Dover |
|
Coach Station Maidstone |
|
Tempat buang puntung rokok di ruang
merokok diluar kedai |
|
Bas dari London ke Port Dover |
|
View di kiri jalan ke Port Dover |
Sebuah pengalaman indah tika di Port Dover ini. Pelayaran sepatutnya jam 12 tengahari terpaksa di tunda. Semua angkara kesilapan pemahan staf Imegresen di Port Dover. Terpaksa menaiki Feri DFDS pada jam 2 petang. Bernasib baik kerana staf imegresen Dover membayar ganti rugi dengan membelikan tiket baru untuk kami 23 jemaah. Sebuat kereta imegresen Dover memimpin "Escort" bas kami menuju ke entrans Feri DFDS. Jam 1.45pm mendftar masuk feri 2 tingkat. Feri DFDS pernah aku naiki tika berlayar dari Sweeden ke Denmark.
|
Kereta Imegresen mengiringi bas ke terminal feri |
|
Memindahkan beg dari bas ke feri |
3 jam pelayaran tidak terasa, dek asyik menikmati panorama sekitar. Jam 4.50pm tiba di Port Calais, Perancis. Sebuah bas baru menanti kami di Port Calais untuk membawa jemaah ke kota Paris. Pemandu bas bernama Mr Nabil amat petah berbahasa Arab. Komunikasinya dengan Tour Leader Haji Muharimi banyak dengan bahasa Arab. Dengan jemaah yang lain dia berbahasa Inggeris dengan lidah pekat Arab. Selain memandu , Nabil menjadi Tour Guide kepada kami. Nabil membawa kami sepanjang perjalanan dari Port Calais di Perancis hingga ke Airport Zurich di Switzealand.
|
Feri DFDS |
|
Port Calais Perancis |
Memasuki Perancis, menuju ke kota Paris menyaksikan lautan ladang Rape Seeds di sepanjang lebuhrayanya. Berselang-seli dengan ladang rumput ragut. Memang menarik panorama lautan tumbuhan menguning diselangkan dengan tumbuhan menghijau. Pokok-pokok besar amat kurang dikawasan ini. Singgah minum kopi di kedai serbaneka bersebelahan stesen minyak, sementara memberi peluang pemandu bas berehat.
|
Kedai bersebelahan setesen minyak Total |
|
Menikmati kopi tempatan di stesen Total |
|
Bas sepanjang berada Perancis
ke Switzerland |
Bersolat jamak takhir disebuah kawasan rehat di Table jam 6.50pm. Walaupun jadual perjalanan memenatkan namun aku berasa relax berbanding dengan kembara di Balkan tahun lepas. Mungking kerana pengurusan Intifada lebih baik daripada Kembara Sufi. Hari Ahad 21 April dipenuhi dengan perjalanan di dalam bas dan feri sahaja. Kebanyakan gambar yang dirakamkan dari dalam bas.
|
Kawasan rehat Table |
|
Bersolat di padang rumput dan pokok Rape seeds |
|
Bunga Rapeseed |
|
Ladang rapeseeds dan ladang rumput ragut |
|
Ladang Rapeseeds |
Jam 7.40pm bergerak ke Paris. Singgah di sebuah gerai menyajikan menu halal di pinggir Paris. Tika itu jam 9.00pm. Perut berkeroncong kruk krak!!. Memasuki kedai kecil ini, tidak ramai pelanggan. Aku memulakan barisan memesan makanan. Aduh... masalah komunikasi pula!. Bahasa Inggeris pun tak boleh digunakan kerana pekedai tidak faham. Kami terpaksa menunjukkan gambar menu diingini dan menghulurkan amaun duit Euro untuk mendapatkan pesanan. Burger ayam dan kentang goreng menu dinner hari itu. Memang teramat lapar lantaran hanya makan roti , kentang goreng, telur rebus sepanjang perjalanan .
|
Gerai menu halal untuk membeli menu dinner |
|
Burger ayam dan kentang goreng |
Ada juga jemaah yang tidak dapat makan digerai yang sempit. Justru membawa bungkusan makanan yang dipesan untuk dimakan di hotel. Tiba di Novotel Hotel sudah lewat, jam 11.30 malam. Memang memenatkan namun puas hati berjaya menjalani perjalanan dan menempuhi halangan sepanjang perjalanan . Alhamdulilah.
|
Novotel Noisy Le Grand Paris |
|
Novotel Noisy Le Grand Hotel |
|
Sarapan di Novotel |
Hari kedua berada di Paris, Isnin 22 April. Berbekalkan sarapan roti, telur rebus, kopi dan buah limau cukuplah mengalas perut. Cuaca cerah merangsangkan semangat nak menerjah Eiffel Tower. Kali ini mengenakan jean coklat, blous batik merun, tudung pink dan kasut merah Medicshoes. Eiffel Tower merupakan "Wrought iron lattice Tower" diperbuat daripada sejenis besi kuat . Eiffel Tower ini terletak di Champ of Mars di Paris. Diberikan nama sempena nama jurutera pembinanya Gustave Eiffel. Siap dibina pada tahun 1899. Ketinggian 324 meter termasuk antena dipuncaknya. Sejumlah 20,000 lampu dipasangkan pada menara ini. Flatform ke dua seluas 376kaki persegi . Lantai ke-4 pula seluas 900 kaki persegi yang menempatkan restauran ternama. Le Jules Verne Restaurant 400 kaki di atas lantai Tiang selatan . Sedia menantikan tetamu pula Chef Alain di Ducass's Restaurant. Dua buah elevator membawa naik dan turun penumpang ke tingkat 3.
Dipertengahan perjalanan dibawa berpusing sekitar kota Paris. Singgah melihat Cathedral Notre Dame Paris yang terbakar pada 16 April 2019. Sekitar bangunan ini banyak tersergam bangunan bersejarah berdepan terusan nan bersih. Banyak jambatan dibina menghubungkan antara tebing . Beberapa feri penumpang sedia membawa penumpang bercruise sepanjang terusan St Michael Quey.
|
Cathedral Notre Dame Paris yang terbakar 16 April 2019 |
|
Terusan St Michael Quey |
|
Gerai dibina ditebing terusan beratap hijau dan berdinding rapi. |
|
Gerai pabila tidak beroperasi |
Jam 9.20pagi sudah tiba di perkarangan Eiffel Tower, "Paris City Of Love". Sempat merakamkan foto dari luar pagar menara sehinggalah ke kaki menara. Selama 3 jam berbaris menantikan giliran menaiki menara, amat meletihkan dan menguji kesabaran. Dikenakan tiket Euro 250 sangat bersemangat menaiki bangunan tertinggi di Paris. Elevator memuatkan puluhan penumpang berdiri untuk naik ke tingkat 2.
Berada di tingkat 2 , dapat menyaksikan panorama kota Paris dari atas. Berjalan mengelilingi tingkat 2 memang mengasyikkan. Menikmati pemandangan indah dan merasai tiupan bayu dingin musim spring. Untuk turun ke bawah Eiffel , terpaksa berbaris lagi, namun tak lama. Alhamdulillah, terlerai sebuah impian menaiki menara Eiffel diusia 64 tahun. Tika memasuki dan keluar Eiffel Tower pasti terlihatkan ramai pengunjung . Dengan pelbagai aksi mereka bersantai ditaman-taman dan di kawasan lapang yang berlatar belakang tower itu.
|
Berbaris panjang untuk menaiki Eiffel Tower |
|
Didalam Elevator menaiki Eiffel Tower |
|
Staf mengendalikan elevator |
|
View dari Flatform 2 |
|
Elevator warna kuning pengangkut penumpang |
|
Sekitar kawasan di Eiffel Tower |
Jam 9.15 malam menjadi rezeki kepada beberapa orang jemaah. Sebelum bermalam di hotel dipelawa ke Menara Eiffel menyaksikan panorama malam di situ. Ramai yang tak mahu sertai kerana tidak mahu menaiki kenderaan awam. Aku menyetujui mengikut kumpulan untuk merasai menaiki Trams di Paris. Allah jua mentakdirkan. Tour leader memberitahu kami berita gembira. Nabil pemandu bas sudi menghantar kami dengan basnya. Hanya seramai 8 orang yang menaiki bas menyaksikan Eiffel Tower bermandikan cahaya. Tika tiba dilokasi cuma lampu biasa dipasangkan pada tower. Tetiba seluruh bangunan Eiffel bergemerlapan dengan ribuan cahaya lampu berkerlipan selama 10 minit. Bukan diimpikan pun sejak dari Malaysia, untuk melihat Eiffel pada waktu malam. Namun, inilah rezeki yang Allah takdirkan buat diri, merasai sendiri keindahan ini walaupun pada usia senja. Alhamdulillah.
|
Eiffel Tower siang hari |
|
Eiffel waktu malam tika berlampu biasa |
|
Pabila semua lampu berkerlipan,
Eiffel terindah |
|
Video Gemerlapan Eiffel Tower
malam hari |
|
Tiket menaiki Eiffel Tower |
Bersyukur teramat menemukan saudara seagama yang perihatin, Mr Nabil. Gagah memandu bas sepanjang kembara dari Paris ke Switzerland. Sabar dengan ragam warga emas yang pelbagai karenah. Kekadang lewat dia tetap menunggu. Kekadang kena cari tandas dalam perjalanan kerana ada peserta yang nak terkencing. Bersyukur amat.
|
Haji Muharrimi (Manager Intifadah), Hj Ghani Tour Leader,
Hj Ibrahin (cousin) dan Isteri Sabariah,
Rahimah partner travel, Nabil berbaju putih. |
Singgah pula di Arc De Triomphe , yang dibuka buat pelawat Isnin hingga Jumaat pada wktu pejabat. Antara monument ternama di Paris. Berdiri di lokasi paling hujung di barat Champs-Elysees di tengah-tengah Place De Ietoile/ Star Of Junction. Membentuk " 12 Radiating Avenues" setinggi 50 meter. Menara konkrit tersergam di tengah-tengah persimpangan jalan yang sibuk. Tidak berani pergi mendekati bangunan ini, banyak kenderaan. Hanya merakamkan memori dari seberang jalan.
|
Arc De Triomph Paris |
Jam 3.30pm dibawa membeli-belah di kilang produk wangian Fragonard Haussmann di Paris. Seluas 300 meter persegi bilik pameran yang terletak di sebuah bangunan 2 tingkat. Lokasinya bertentangan dengan pintu keluar The Auber RER Station. Barangan wangian, kosmetik, keperluan rumah, fesyen eksesori dan pelbagai cenderamata produk dari kilang dijual di sini. Memasuki ke dalam bangunan ini, pengunjung akan diberikan stiker khas yang dilekatkan pada tangan.
Pabila berada di ruang pameran, mendengar penerangan ringkas daripada seorang staf bertugas .Banyak imfo diterangkan berkenaan pelbagai produk minyak wangi keluaran kilang mereka. Diberi peluang mencuba pelbagai bauan minyak wangi mereka,sebelum memilih perfume yang disukai. Membeli sebotol minyak Argon dan minyak wangi buat Farah Kautsar..
|
Fragonard Haussemann |
|
Penerangan pelbagai produk perfum |
|
Entrans bangunan Fragonard Haussmann |
Menyinggah pula di Istambul Chicken Chop Restaurant. Menempah makan chicken chop dan kentang goreng. Air mineral yang dibawa dapat menjimatkan wang , dek harga air 3Euro sebotol kecil. Selesai makan, keluar meninjau sekitar sambil merakam gambar. Tetiba ternampak beberapa kedai menjual buah. Segera berlari ke gerai buah berhampiran membei 4 biji buah pear berharga Euro 2.45. Tercari-cari buah pisang kaki, hingga ke hari terakhir di Paris masih belum ketemu. Oh... mungkin di negara Belgium kot!!!
|
Dinner di Istambul restaurant |
Hari ke-6 kembara bumi Eropah Barat pada 23 April hari Selasa. Check out hotel jam 9.30pagi untuk ke destinasi berikutnya, Belgium. Bersarapan jam 7.00 pagi menu vegetarian sekadar mengalas perut .Suhu pepagi hari sekitar Hotel Novotel Le Grand mencecah 12 Celcius. Blouse cotton merah jambu berbintik putih dengan berlapiskan Longjohn putih didalamnya mampu kalis suhu sekitar. Jean putih dan skaf pink mewarnai diri buat melayari hari ini. Pakaian travel memang dikhaskan di dalam almari bersama keperluan kembara. Justru setiap kali melancong, pakaian yang sama digunakan.... hahaha berjimat!!
Bekalan buat makan tengahari disediakan selepas solat subuh. Memasak nasi menggunakan periuk multicooker. Sebelum itu memasak air panas untuk merendam pek lauk Brahim. Rahimah membawa bilis pedas goreng kering . Semua nasi diisikan ke dalam dua bekas plastik. Lauk -pauk dibiarkan didalam pek supaya tidak tumpah dalam perjalanan .
Bertandang ke Galeries Lafayette Hausmann Paris jam 10.40 pagi. Sebuah "Upmarket French department Store" dibuka sejak 1912. Menjual barangan berjenama tersohor, dilengkapi restoran dan bars. Memiliki 5 Home Stor, 4 Men Stors dan 10 Stor Utama. Founder gedung beli-belah ini bernama Theophile Bader dan Alphonse Kahn. Di bahagian tengah galeries ini dibina kubah kaca aneka warna. Melalui kubah ini cahaya matahari memancar masuk ke dalam galeries . Menghasilkan cahaya berwar-warni menerusi kaca-kaca kubah. Amat indah. Disediakan sebuah pelantar kecil di tengah galeries untuk pengunjung mengambil gambar di bawah kubah ini.
Boleh menggunakan mata wang Euro di Perancis, mudahlah berbelanja. Cuma terasa terlalu mahal harga barangan jika dibandingkan dengan Ringgit Malaysia tika ini. 1 Euro bersamaan RM4.80... Nak beli fridge magnet kecil pun 5 Euro, dah RM15 . Cuma membeli beberapa kemeja T sahaja yang menyediakan diskaun harga. Ole-ole buat bibik Kuswati dan Ning.
Di tingkat paling atas galeries menyediakan tandas awam. Amat bersih, kemas dan ceria walaupun tempat manusia membuang najis. Di pintu exit disediakan sebuah mesin digital untuk pengguna menekan butang markah atau komen tentang tandas di situ. Wow... hebatlah!
|
Pelantar untuk menikmati view Lafayette |
|
View dalam tandas |
|
Entrans ke tandas |
|
Sudut merakamkan komen di tandas |
Kembara diteruskan menuju ke sempadan Perancis . Perjalanan menuju ke negara Belgium kelihatan hamparan ladang-ladang Rapeseeds dan ladang rumput ragut yang luas. Indah memukau melihatkan panorama warna kuning meliputi seluruh permukaan bumi. Sesekali terjumpa penempatan penduduk dan haiwan ternakan. Windmills pertama, kedua dan seterusnya sudah mula kelihatan berdiri megah di tengah-tengah ladang . Berfungsi membekallan tenaga letrik buat kawasan sekitarnya. Sepanjang lebuhraya dan jalanraya yang dilalui semasa di London dan Paris, sukar ditemui papan tanda gergasi. Tetapi memasuki Belgium, papan tanda sudah terlihat tetapi bersaiz biasa. Papan tanda didirikan 50 meter dari bahu jalan.
|
ladang rapeseeds memukau mata |
|
Windmills |
|
Banyak lukisan mural pada dinding tembok
|
Sebuah kawasan Rehat di Easy Drug Stor disinggahi . Disinilah dah jam 3,00pm . Waktu untuk makan tengahari dan bersolat. Membawa keluar bekalan makanan nasi dan lauk Brahim serta telur rebus. Tersedia di situ 3 set meja kayu taman. Dapatlah duduk makan berkongsi meja dengan kekawan. Ada yang bersolat dulu dan ada yang makan dulu sebelum bersolat. Bersolat di atas padang rumput Rape Seeds memang indah. Namun permukaannya tidak rata . Akar-akar pokok menyembul dicelah-celah rumput hijau. Sukar meletakkan sejadah dibawah pokok. Angin dingin musim summer meniup tika berda di sini. Oh...nyaman sekali!
|
Kawasan Resaht & Rawat diEasy Drug Stote |
|
pokok rapeseeds |
|
Menikmati lunch menu Brahim, dari Malaysia |
|
Nasi siap berlauk untuk kembara |
Belgium macam Malaysia pula. Semak-samun terdapat di kiri-kanan lebuh raya dan jalanraya dilalui. Seperti tidak diurus dengan baik alam sekitar di sini. Singgah dinner di sebuah pekan kecil bernama Duwel, tempat tinggal kakak Nabil (pemandu bas). Loubma , kakak Nabil dan anak-anaknya menanti kami di Charleroi. Famili Nabil berhijrah dari negara asal mereka , lalu menetap di beberapa bandar di Belgium. Nabil memberitahu yang pemerintah Belgium mesra pendatang asing, mudah mendapatkan taraf penduduk tetap di situ.
Menaiki sebuah tangga yang "kotor" kemudian berjalan melintasi beberapa kedai . Bertemu sebuah lokasi menempatkam aneka mainan "Fun Fair" .Kami disambut dengan muzik teramat kuat dari Fun Fair itu. Berhenti makan di Halal Fried Chicken. Memilih menu kebab , ayam dan kentang goreng . Dimakan dengan sos tempatan bersama sos chili dan mayonese dari Malaysia. Memilih burger ayam dengan sos kari dan sos BBQ sebab nak merasakan makanan di sini. Di luar Fun Fair terdapat beberapa gerai menjual makanan segera .Nak sangat merasakan ais krim tempatan lalu memilih ais krim perisa vanila . Faizah memberikan Churros bersira gula, sedap!
|
Nabil di sebelah kakaknya Loubma dan anak-anaknya |
|
Duwel Halal Fried Chicken |
|
Set burger dan kentang Halal Fried Chicken |
|
Aiskrim nan enak |
|
Pekan Duwel , Charleroi |
|
Gerai jualan Churros dan aneka snek |
|
Faizah dan churros/ Charkoi Manis |
|
Laluan dari parkir bas di Pekan Duwel |
Bermalam di Charleroi Novotel Centre Hotel di Brussel, Belgium. Sebuah hotel 4 bintang yang menyajikan menu sarapan biasa. Hotel atau tempat menginap tidaklah demand untuk 4 atau 5 bintang. Asalkan ada katil, aircond, tandas mesra penghuni dan sarapan terbaik. Kelazimannya balik hotel untuk tidur malam sahaja, sepanjang siang pula berada di luar.
|
Novotel Charleroi Centre Hotel |
Hari ke-7 diperantauan , Rabu-24 April. Suhu pagi merekodkan 15 Celcius. Hari ini berbaju biru muda berjalur , jean biru dan skaf biru laut. Bersarapan wafel yang panas masak sendiri, aneka roti, telur dadar dan kopi. Hotel ini menduduki tempat kedua terbaik dari segi penyajian makanannya. Banyak sudut menyediakan makanan dan pilihan makanan halal pun banyak juga.
|
sarapan di Novotel Charleroi Hotel |
|
Staf di Cafe nan peramah |
|
View dari cafe |
|
Depan kamar |
Jam 8.30pagi sudah check out hotel . Diberitahu 23 peratus penduduk di Brussel adalah beragama Islam. Belgium memiliki muka bumi yang subur. Sentiasa menghijau tumbuhan dan menguning ladang-ladang Rape Seeds. Biodisel merupakan antara produk daripada Rape Seeds ini. Banyak ladang ternakan lembu, kambing dan kuda di negara ini. Terusan yang dilihat di sepanjang lebuhraya mahupun di bandar memang terjaga, kerana sangat bersih dan cantik.
Jam 10.00 pagi tiba di Galeries Royales St Hubert Brussels. Melalui beberapa jalan sibuk di antara bangunan moden kota. Akhirnya tiba di sebuah bangunan arked lama yang menempatkan pelbagai kedai. Berbumbungkan kaca membolehkan sinaran matahari mencerahkan suasana di dalamnya . Dibina dan direkabentuk oleh Jean-Pierre Cluysenaer pada tahun 1846 hingga1847. Ada pelbagai kedai jualan pakaian, restoran, eksesori dan cenderamata.
Membeli fridge magnet dan aneka coklat untuk dibawa pulang buat famili. Berjalan di laluan antara bangunan kedai hingga ke suatu lokasi, terlihat ramai orang berkumpul di sudut sebuah bangunan. Rupa-rupanya mereka melihat Manneken Pis. Patung budak hitam kecil kencing di dalam sebuah besen di suatu sudut . Skulptur setinggi 61cm itu diperbuat daripada tembaga adalah landmark di ditengah Brussel. Dibina tahun 1619 tetapi diubah dengan rekbentuk terkini pada tahun 1965 oleh artis Jerome Duquesnoy. Pasangan wanita kepada Manneken Pis dinamakan Jeanneke Pis, tetapi berada di lokasi lain. Sebelum meninggalkan tempat itu, sempat merakamkan foto di sebuah taman mini dengan guru-guru dan pelajar tempatan.
|
Galeries Royales St Hubert |
|
View di dalam Galeries St Hubert |
|
Sample coklet yang dijual |
|
Peminta sedekat berada di mana-mana |
|
Skulptur gangsa Manneken Pis
|
|
Kenangan bersama pelajar dan guru tempatan |
Jam 1.10pm menuju ke Belgium Royal Palace, juga dikenali Grand Palace. Sebuah tempat pentadbiran dan kediaman rasmi Raja bersama Permaisuri Belgium. Lokasinya dipusat kota Brusels yaitu ibu negara Belgium. Dibuka kepada awam pada musim summer dari 2 Julai hingga 2 September setiap tahun. Dapatlah menyaksikan ribuan pengunjung memanfaatkan peluang merakam gambar. Tersedia kereta kuda di situ untuk dinaiki oleh yang berminat. Beberapa restoran, kedai pakaian, kedai cenderamata serta banyak gerai cenceramata bergerak terdapat di situ. Ramai yang memilih ke Hard Rock membeli barangan dari sana buat kenangan.
|
Sekitar Belgium Royal Palace(Grand Palace) |
|
Sekitar Belgium Royal Palace / Grand Palace |
|
Belgium Royal Palace/ Grand Palace |
Singgah bersolat di Grand / Great Mosque Of Brussels. Merupakan masjid tertua di Brussels. Terletak di dalam Cinquantenair Park. Pusat kegiatan agama dan kebudayaan bagi penganut agama Islam di Belgium ini. Bangunan lama terasa tenang dan dingin bersolat di dalamnya. Jam 2 petang masih suhu dingin walaupun mentari terik di kepala.
|
Great Mosque Of Brussels |
Jam 2.20pm meninjau di sekitar Military Museum. Sebuah muzium untuk tentera dan pasukan pertahanan . Terletak di Cinquantenaire Park. Pemerintah Brussel menghadiahkan bangunan ini kepada tentera Belgium. Bangunan yang cantik pintu pun cantik. Di hadapannya terdapat sebuah bangunan Arch, pintu gerbang. Dibelakang arch ini pula tersedia sebuah taman bunga. Lama berpanas di sini tak terasa kerana boleh melegakan kehausan dengan menikmati aiskrim . Beraneka perisa aiskrim dijual. Membeli sebiji aiskrim con berharga Euro1.50.
|
Military Museum of Brussel |
|
Bangunan pintu gerbang menghadap ke taman |
|
Penjual ais krim |
Meneruskan musafir di Belgium dengan bertamu di Otomium. Tiba jam 3.25pm. Otomium merupakan icon atau mercutanda di Brussels. Dibina pada tahun 1958 semasa Brussels World's Fair. Terletak di Heysel Plateau, kini berubah menjadi muzium. Direkabentuk oleh jurutera Andre Waterkeyn dan Jean Polak. Otomium setinggi 102 meter. Dipasangkan 9 unit besi kristal berbentuk bulat yang melambangkan atoms. Setiap bulatan besi kristal dihubungkan dengan tiub yang didalamnya diasangkan escalators dan lif. Setiap diameter bulatan (sfera) Otomium berukuran 18 meter.
Hujan lebat menghalang kami berada lama di sekitar Otomium. Jam 3.52pm meneruskan perjalanan. Singgah di R & R Tokcel sempadan Netherland. Beberapa tiang kincir angin terpasang dikawasan ini. Terjumpa tandas dan tong sampah yang unit di sini. Hahaha... awas kepada pengguna Islam. Botol kosong tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam tandas. Bayaran untuk memasuki tandas Euro 70sen. Di sepanjang laluan kami , masih terdapat hamparan menguning ladang rape seeds, ladang rumput ragut nan menghijau dan kawasan kediaman penduduk. Di sini kelihatan juga ternakan kuda, lembu dan kambing biri-biri. Kelihatan rapeseeds tumbuh liar di merata tempat hingga di tepi jalanraya.
Rapeseeds dikenali juga dengan nama oilseed rape. Jenis Canola ialah rapeseed berwarna kuning terang merupakan famili Brassicaceae. Banyak ditanam untuk minyak daripada bijinya . Minyak rapeseeds adalah penyumbang ketiga terbesar sumber minyak sayuran dunia. Juga penyumbang tempat kedua terbesar sumber protin makanan dunia.
Setiap terusan yang ditemui memang bersih. Hujan meraikan kami memasuki Netherland. Banyak kawasan air bertakung namun tiada banjir. Luas negara Netherland sebesar negeri Pahang. Penduduknya padat di Ibu Kota Amsterdam.
|
Tong sampah |
|
Tandas unisex di Otomium |
|
Sekitar R&R Tokcel |
|
Entrans tandas berbayar |
|
Penempatan penduduk |
|
Tanaman sayuran Greenhouse |
|
terusan dan sungai bersih dan cantik |
|
Solar Plate banyak dipasang membekalkan letrik |
|
Memasuki Natherland sudah banyak kincir angin |
|
Bas terpakai diletakkan sebagai lanskap berhampiran jalanraya |
Bandar tepi di laut bernama Centrum bersinggah untuk makan malam. Banyak restoran halal sekitar bandar ini. Jam 7.45 pm sudah gelap, ditambah lagi dengan hujan renyai senja begini. Kesejukan hujan ditambah lagi kedinginan malam menjadikan suhu 12 celcius. Centrum merupakan bandar bersejarah mengandungi banyak mercutanda Amsterdams. Keluasan 8.4 km persegi merangkumi terusan dan bandarnya. Menyediakan cruise sepanjang terusan di bandar ini. Kebanyakan penduduknya menggunakan basikal untuk bergerak disamping perkhidmatan Tram.
|
Restoran Sultan of Kebab |
|
View sekitar Bandar Centrum waktu senja |
Meneruskan perjalanan ke Novotel Den Haag World Hotel. Dua malam menginap di hotel yang terbaik penyajian sarapan. Hotel berkembar dengan tempat persidangan dan forum pemimpin dunia. Lokasi hotel agak tenang dengan pemandangan sekitar yang menarik.
|
Sarapan 25 April Novotel Den Haag |
|
Novotel Den Haag World Hotel Di Haige |
Khamis 25 April suhu sekitar 12 celcius. Berpakaian blouse merah jalur hitam, skaf merah dan jean coklat melayari kembara seharian di Amsterdam. Jam 9.40pagi sudah bergerak Zaanse Schans dan ke Keukenhof (kebun bunga). 30 minit perlajanan memang terhibur dengan kerindahan tika berada di Netherlands. Di kiri dan kanan jalan meriah dengan ladang-ladang bunga tulip dan bunga lain. Jam 10 pagi tibalah di Zaansan Schans.
|
Ladang bunga tulip aneka warna terlihat sepanjang jalan |
Zaanse Schans ialah sebuah kejiranan bandar Zaandam berdekatan Amsterdam, di Belanda. Persejarahan kincir angin dan terdapatnya rumah kayu hijau di sini menjadi tarikan pelancong ke penempatan sini. Kawasan konservasi terbuka dan Muzium Zaans memiliki pengunjung tetap. 6 Model Windmills yang masih bergerak kipasnya dibina di sini. Di dalam beberapa rumah kayu pengunjung dapat melihat tunjukcara tradisional pembikinan coklat, keju, pembikinan terompah kayu dan barangan cenderamata. Tedapat beberapa lokasi menempatkan haiwan ternakan seperti kambing, ayam, itik dan lembu berdekatan rumah tempat pembikinan keju.
Terompah kayu merupakan simbol tradisi Belanda. Sebuah negara beriklim "Harch Climatic" kesejukan tika musim winter serta "Humid" yang tinggi . Petani terpaksa mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca. Mereka membuat tapak kayu pada terompah yang berbentuk bot. Pada penghujung tapaknya meruncing dan melengkung sedikit ke atas .
Menurut Groningen University, Mei 2018: Terdapat 991 Windmills di seluruh Netherlands. Sejumlah 397 Windmills untuk kegunaan pengairan. Membantu mengepam keluar air di sesetengah tempat untuk mengekalkan kawasan berpaya seluruh negeri. Windmills turut berperanan membentuk geografi negara Netherlands sekarang. Sejumlah 594 windmills untuk kegunaan perindustrian seperti kilang jagung dll.
Amat mengasyikkan tika berada di sini. Destinasi yang telah lama diidamkan, sejak dari sekolah rendah lagi. Semuanya kesan pembalut tin Susu Cap Junjung keluaran Nestle Ltd. Penat melangkah, pengunjung boleh menikmati panorama sekitar pekan Zaanse dengan menaiki cruise . Jauh berjalan perut pun berkeroncong. Duduk di meja kayu untuk menikmati makan tengahari dengan makanan yang dimasak dihotel. Menarik sekali makan sambil melihatkan view di tepi anak sungai di situ. Amat bersyukur dan damai dapat menikmat panorama terindah anugerah Allah, Maha Pencipta sekalian alam.
|
Zaance Schans |
|
Windmills tradisional masih berfungsi |
|
Rumah kayu-Muzium produk keju |
|
Keju sample |
|
Alatan didepan muzium Keju |
|
Rumah pembikinan terompah kayu |
|
Terompah gergasi |
|
Dalam muzium terompah kayu |
|
Lunch walaupun simple memang enak belaka makan di sini |
Jam 12.00 tengahari bergerak menuju destinasi blooming pula. Inilah bunga idaman hati sejak dulu lagi. Semuanya dek kerana Susu Cap Junjung. Selamat tiba di Keukenhof " Garden Of Europe". Ini adalah satu daripada taman bunga terbesar di dunia. Terletak di Lisse di selatan Holand, Netherland. Dianggarkan 7 milion bunga ditanam setiap tahun di sini. Kawasan seluas 32 hectar ini dibuka pada tahun 1950. Seharian pengunjung wajib berada di sini supaya dapat menikmati panorama rona alam terindah. Terdapat beberapa restoran di dalam kawasan Keukenhof. Kawasan nan teduh tidak terasa bahang sinaran mentari di atas kepala. Seronok. Alhamdulillah!
|
Tiket entrans Keukenhof |
|
Restaurant dalam Keukenhof |
|
Ada juga Wind Mills di sini |
|
Kedai surviner |
|
Bawang pokok tulip yang ditanam setiap tahun di Keukenhof |
|
Tanah dipenuhi serbuk kayu di sekitar pokok-pokok tulip |
|
Kesuburan tanah yang digunakan
untuk tanaman tulip |
|
Negara penanam tulip dunia |
Puas hati menikmati anugerah Maha Pencipta kepada insan terlilih, Alhamdulillah. Jam 3.00pm singgah bersolat di Zaadan Sultan Ahmet Camii. Sebuah masjid 2 tingkat di sebuah kawasan nan luas. Menarik reka bentuk masjid ini. Ada restoran mini di tingkat bawah menjual kopi tempatan dan makanan menu nasi, kebab dll. Tandas sentiasa dibersihkan petugas masjid. Al-kisah seorang jemaah wanita terkunci di dalam tandas. Mungkin lama sangat di dalam tandas. Petugas masjid mengunci setiap pintu tandas mengikut jadual ditetapkan. Peliknya... kenapa berseorangan di dalam tandas. Sepatutnya berteman. Inikan tempat orang asing, macam-macam boleh terjadi.
|
Sultan Ahmet Chamii Zaadan |
|
Ruang solat wanita di tingkat atas |
|
Entrans ke ruamg solat Muslimah |
|
Ruang berwuduk dientrans masjid |
Jam 4.15pm bergerak pula menuju ke Volendam. Hujan renyai masih mengiringi perjalanan kami. Parkir bas ditepi kawasan perumahan. Berjalan kaki melalui celah-celah bangunan rumah penduduk di pinggir laut. Hujan masih renyai. Tiupan bayu laut membekukan tubuh tika berada di tepi laut. Panorama penempatan rumah kayu dan rumah batu aneka bentuk dan warna.
Volendam terkenal dengan kemunculan ramai penyanyi ala "Distinctive Musics" dikenali "Palingsound". Dulunya sebuah perkampungan nelayan ditepi laut di utara Holland. Tetapi kini menjadi pusat pelancongan setelah dibina banyak pengkalan feri dan bot di sini. Menyediakan cruise buat pelancong penggemar laut. Kekadang Volendam di panggil "The pearl of Zuiderzee". Destinasi paling digemari pelancong Volendam. Ada banyak kedai survenir dan restoran di sekitar tepi laut ini. Pantai tidak kelihatan kerana muka bumi di sini buatan manusia . Laut yang ditambak tanah puluhan tahun dulu menjadikan penempatan baru penduduk Netherlands.
Singgah membeli wafel tempatan di sebuah restoran . Berjalan jauh untuk balik ke tempat parkir bas. Namun tidak terjumpa tangga untuk ke laluan parkir. Semua menantikan aku dan Imah tidak pulang ke bas. Adik sepupu berpesan kepada Tour Leader supaya menunggu kami di tangga turun ke lokasi bas. Namun dia tidak berbuat demikian. Takdir Allah, kami terpaksa berjalan hingga ke hujung jalan mencari jalan pulang. Jalan lurus, namun tidak nampak jalan keluar. Imah nampak bas namun dia tidak pula berhenti di situ. Penat bukan kepalang. Fon pula tidak disetkan roamingnya, nak buat call tak boleh. Whatsapps pula tiada line internet. 30 minit berlalu akhirnya muncullah Haji Muharimi menanti kami di tangga.
Mulutku berulangkali menyebut "Maaf, maaf kami tak jumpa jalan ke bas". Memasuki bas pun ku ulangi permohonan maaf yang sama. Pengajaran teramat besar buat kami. Jika ada antara jemaah yang lewat atau tidak ikut jadual masa ditetapkan, "Usah marah, Usah membebel". Kita tidak tahu apa masalah mereka. Lagi pun ramai kalangan jemaah warga emas. Jalannya lambat, makannya lambat... semua lambat. Kekadang Allah tak beri balasan kepada diri kita yang "Marah-marah", Allah beri situasi yang serupa "Lambat" kepada orang yang rapat dengan kita. Walaupun aku banyak berdiam diri tika yang lain merungut dan marah kepada orang yang lewat, namun aku terkena tempias juga!!!. Selepas peristiwa kami lewat sebab tak jumpa jalan balik ke bas, tiada lagi complain pasal lewat!!! Alhamdulillah. Barulah terasa nikmat bermusafir. Selalulah beringat "Jaga mulut tika bermusafir!"
|
Volendam |
|
Restoran wafel |
|
Wafel buahan berkecai ditangan kerana mencari jalan pulang |
Singgah di Marhaba Restaurant mencari makanan malam. Penat mencungap tika sesat tadi masih terasa. Tidak pernah sepenat begini walaupun banyak berjalan kaki di negara-negara lain sebelum ini. Allah nak bagi rasa tika usia 64 tahun ini. Berjalan melalui jalan yang sibuk hingga bertemu sebatang jalan lokasi restoran. Memasuki restoran, tetiba hilang selera dengan menu disediakan. Memilih makan nasi Brahim di bilik sahaja bersama wafel yang lembik dan lunyai .
|
laluan didepan Marhaba Restaurant |
|
dalam Marhaba Restaurant |
Jam 8.30malam masih cerah. Hujan gerimis masih menemani jalan ke hotel penginapan. Kelihatan sang pelangi dilangit memeriahkan panorama ambang malam di Amsterdam. Banyak terowong yang dilalui. Menginap di Novotel World Forum The Hegue. Hotel melangsungkang forum negara kesatuan Eropah (EU). Lena sepanjang malam dek kepenatan siang hari.
26 April, memilih baju batik biru dari Lombok, Indonesia. Jeans biru dan skaf biru muda pula. Semangat dah pulih dek sesat semalam di Volendam. Hari ini meneroka ke negara lain pula. Mengasyikkan bersarapan dengan beraneka jenis roti, cup cakes dan telur. Kentang bergedil dimakan dengan sos cili Malaysia memang lazat . Ditambah meriah berkongsi dengan rakan semeja . Diselerakan pula dengan salad sayur dengan mayonese Malaysia mari. Kopi tempatan dan LA Cofee Malaysia mengaromakan bauman meja makan . Alhamdulillah.
Check out hotel jam 9.00pagi untuk ke German pula. Diberitahu perjalanan 3 setengah jam ke sana. Jam 9.20pagi singgah berfoto di Peace Palace Hague, yang juga Netherlands- European Heritage Lavel . Bangunan pusat pentadbiran mahkamah antarabangsa di bandar Hague sejak Ogos 1913. Arkiteknya Louis Cordonnier dan dimiliki oleh Carnegie Faoundation Netherlands. Merupakan mahkamah perbicaraan melibatkan keamanan dan keadilan antarabangsa.
|
sarapan 26 April |
|
Peace Palace The Hegue |
Tidak jauh dari Peace Palace letaknya Plus Sophia Statue . Sebuah binaan monument menempat beberapa patung penganut agama Kristian. Dipagari sebuah taman mini di bulatan jalanraya . Lokasi yang tidak sibuk membolehkan kami turun merakamkan foto.
Sejam perjalanan singgah di Carlton Beach atau Noorderstrand Scheveningen Hague. Merupakan Pusat Penyelidikan kehidupan laut di selatan Holland. Sebuah pekan di persisir pantai. Cuaca panas terik terasa membakar kulit muka walaupun suhu sekitar 17 celcius. Berjalan-jalan merakamkan gambar sekitar pantai yang luas. Tidak ramai pengunjung berada di situ. Berhadapan pantai terdapat barisan kedai dan pasaraya . Ramai yang singgah mencari tandas di pasaraya . Setiap pengguna dikenakan membeli token berharga Euro70 sen. Token dimasukkan ke mesin khas untuk membuka palang besi ke tandas. Token boleh ditebus kembali dengan membeli barangan di situ.
|
Carlton Beach |
|
Carlton Town |
Sepanjang perjalanan ke Frankfurt, German kelihatan banyak pertanian di dalam "Green House". Banyak juga pokok-pokok tinggi hidup subur . Cuaca sentiasa mendung , awan tebal memenuhi ruang langit. Kebanyak ladang bunga tulip petaninya menggunakan jentera moden melakukan semua kerja. Masih kelihatan padang ragut ternakan kambing, lembu dan kuda tika menghampiri ke sempadan. Ladang pokok epal, anggur ditanam di dalam Rumah Hijau dan juga dikawasan terbuka. Baru ketemu rumah-rumah tradisional beratapkan rumput di penempatan desa di kiri dan kanan jalan yang dilalui. Kekadang terdapat kawasan luas penanaman pokok ru. Memang mengasyikkan melihatkan panorana kampung tradisi mereka. Memaksa mata celik supaya dapat melihat panorama ciptaan Allah di sini.
Sejak melepasi sempadan negara France hinggalah ke German, tiada pagar sempadan antara negara mereka. Sukar mengetahui sudah memasuki ke negara berkutnya kerana tiada tanda sempadan yang jelas. Cuma warna tar jalan sahaja kelitatan berbeza. Mujurlah Nabil memberitahu kami pabila berada di permulaan jalan memasuki negara lain. Kebanyakan negara yang pernah dilawati, pelancong akan turun di sempadan negara . Pasport akan dicop oleh unit imegresen untuk kebenaran masuk dan keluar negara berkenaan . Kali ini perjalanan lebih mudah, kerana mereka anggota negara EU (Kesatuan Eropah).
Jam 2.18pm singgah makan tengahari di Serways R&R . Menu nasi belaukkan masakan Brahim, telur rebus dan sambal kering ikan bilis. Namun paling enak pabila makan beramai-ramai tika bermusafir. Nabil pemandu bas mengisikan minyak di sini . Minyak V-Power dibayarnya Euro700 untuk 467 liter . Di German kemudahan awamnya canggih, menggunakan sistem digital. Penutup tempat duduk tandas boleh bergerak sendiri setelah diflush. Kertas tisue keluar dari peti hanya dengan mengimbaskan tangan. Ada banyak lagi.... Bila pula boleh dapat kemudahan digital ni di Malaysia.
|
Serways R&R |
|
Tandas gunakan digital |
Jam 4.20pm meneroka ibu negara German, Frankfurt. Suhu sekitar 21 celcius. Berjalan kaki sekitar Cologne Cathedral merakamkan gambar. Membeli fridge magnet penuh berhemah kerana mahal di sini. Memilih 2 sahaja dengan harga Euro10. Singgah di Restaurant....... membeli makanan dinner kentang goreng dan ayam panggang sahaja. Kemudian merakamkan foto sekitar . Jalanraya yang sibuk dan ramai pengnjung pula di pusat bandar ini.
|
Cologne Cathedral |
Jam 5.30pm bergerak ke Cologne Town. Singgah bersolat di Cologne Central Mosque. Pembinaan masjid ini diusahakan oleh Persatuan Muslim German. Bangunan masjid ini dirasmikan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogen. Terletak di Ehrenfeld, Cologne . Masjid ini dibina oleh arkitek Paul Bohm tahun 2017. Amat indah rumah Allah di tengah-tengah kota . Memiliki rekabentuk senibina Ottoman . Berdindingkan kaca, dua menara dan sebuah kubah berwarna biru. Masjid ini menjadi masjid terbesar di benua Eropah.
|
Cologne Central Mosque |
|
Tangga memasuki perkarangan masjid |
Dalam perjalanan bertembung pula dengan perarakan berbasikal netizen di Cologne Town, jam 6.30pm. Polis trafik mengiringi ratusan penunggang yang mengenakan kemeja T berlambangkan logo perjuangan mereka. Walaupun mereka berdemo namun masih memelihara kelakuan , berbasikal penuh disiplin. Merasailah kesesakan jalan raya, namun mujurlah sekejap sahaja.
Sepanjang laluan lebuhraya ke German kelihatan banyak pokok Pine ditanam. Hutan-hutan pokok Pine membanjiri di kiri dan kanan jalan. Memang cantik luas menghijau, sejuk mata memandangnya. Pokok Pine digunakan dalam industri perabot. Hutan pokok-pokok liar juga hidup subur di bumi sini. Kekadang ketemu juga ladang rumput ragut dan ladang Rape Seeds. Berkenalan dengan perkataan baru di lebuhraya sini. "Ausfahrt" bermaksud susur keluar atau exit. Bas mengikuti Ausfahrt untuk singgah di Serways R&R. Suhu sekitar 20 celcius. Windmills sudah tidak kelihatan pabila memasuki German. Teknologi German lebih hebat daripada negara jirannya. Jalanraya 8 lorong dua hala selesa memandu di sana. Terowong banyak dilalui tika berada di German. Terowong moden memiliki persimpangan di dalammnya. Dipasangkan imfomasi laluan di papan digital, memudahkan pengguna.
|
Trams mudah didapati di negara ini |
|
Banyak jejambat berekabentuk menarik merentasi jalan |
|
Greenhouse |
Memasuki kegelapan malam, suhu turun kepada 12Celcius pula. Jam 9 malam tibalah di Ibis Frankrurt City Messe Hotel. Semalam menginap di sini . Hotel bertaraf 2 bintang sahaja. Selesai melengkapkan perjalanan 483km dari Amsterdam ke kota Frankfurt.
Hari Sabtu 27 April bersarapan kurang menyelerakan. Tidak banyak pilihan menu sarapan disajikan. Roti , buahan , minuman berkopi dan telur putar. Roti crosons kegemaran dan telur rebus pun tiada. Hahaha makan biskut keringlah sepanjang berada di dalam bas. Jam 10 pagi check out hotel. Memakai blouse pink, jean biru dan skaf pink muda hari ini. Menijau panorama kota Frankrurt dipagi Sabtu yang sunyi. Mungkin Sabtu hari cuti, jadi jalanraya tidak sibuk. Kelihatan beberapa bangunan utama tetapi tidak diketahui namanya kerana tulisan berbeza. Tak fahamlah tandanya !!
|
Ibis Hotel Frankrurt |
|
Ibis Hotel |
|
Tray dan bekas makanan yang telah
digumakan diletakkan di dalam rak ini |
|
Nabil suruh jadi pemandu |
Singgah di pekan Romer. Melalui beberapa kedai berjenama, akhirnya singgah di Primark di Romer Square. Hujan renyai membasahi sekitar. Mengenakan baju hujan , terasa kurang selesa pula. Di Primarks memilih 2 jaket bitu untuk cucunda puteri Daria Aleesa dan Nur Natrah. Berjalan kaki melewati beberapa gereja , rail Tram, butiq dan cafe di Romer Square.
|
Romer Town |
|
Premark Romer Square |
Jam 12 tengahari meneruskan kembara ke Heidelburg. 90km perjalanan dalam gerimis tambah mendinginkan lagi suhu 11 celcius. Terdapat banyak hutan pokok-pokok tinggi tumbuh subur di sekitar kawasan. Banyak tembok dibina memagari lebuhraya dengan penempatan penduduk, Pada tembok banyak dilukiskan mural , tapi sudah kurang menarik . Mungkin kurang penjagaan. Melepasi 30km sudah kelihatan tanah pamah di ladang rumput ragut, Rape Seeds dan green house.
Tiba di Heidelberg jam 1.15pm. Sebuah bandar di pinggir Neckar River, di Barat daya German. Heidelberg terkenal dengan pusat pengajian tinggi terulung "Heidelburg University" yang ditubuhkan pada kurun ke-14. Di sinilah Ghothic Heiliggeistkirche Church Tower di atas "Cafe-lined Marktplatz di Heidelburg.
Karl's Square pula dinamakan sempena Grand Duke Karl Friedrich of Baden. Merupakan kawasan milik Franciscan Monastery sehingga 1803. Bandar tua ini memiliki istana Renaissance Palace atau Heidelberg Castle. Castle ini menjadi mercu tanda bandar ini. Dahulunya istana ini menjadi kediaman Prince Electors ( Friedrichsbau). Istana ini terletak di atas Konigstuhl Hill,(di utara banjaran Alps). Dengan warna batu merah binaannya sudah terserlah dari jauh.
|
Karl's Square Heidelberg, German |
|
Heidelberg Castle di atas bukit di Bandar Heidelberg |
|
Heidelberg Castle dipuncak bukit |
|
Gerimis dn tiupan angin menyelak baju hujan |
|
Peta Karls Square Heidelberg |
Dalam hujan renyai, masih melangkah untuk meninjau panorama menarik di rantau orang. Jauh berjalan kaki melalui jalan antara bangunan-bangunan komersil. Akhirnya singgah makan tengahari di Yufka's Kebap & Pizza. Tidak dirancang pun nak makan tengahari di sini. Allah jua mentakdirkan kami yang berjalan dalam hujan menemukan tempat makan halal. Cafe yang sempit tetapi ramai pengunjung kerana menyajikan makanan halal. Menikmati kebab dan kentang goreng yang enak.
Hujan reda setelah selesai makan, Alhamdulilah. Amat tidak selesa berjalan dengan memakai baju hujan. Nak mengambil gambar pun susah. Tiupan angin dingin asyik menanggalkan penutup kepala . Tidak lama berjalan bertemu pula sebuah sungai yang luas di bandar ini. Nectar River memisahkan bandar Heidelburg dengan penempatan di seberangnya. Namun Jambatan Karl Chead Bridge menghubungkan kedua penempatan ini. Rumah kediaman di atas bukit di kiri kanan bandar Heidelberg memang menawarkan panorama menarik. Di belakang bangunan di bandar ini kelihtan tersergam indah Heidelburg Castle. Membuat suatu pusingan dengan berjalan kaki di Karl's Square memang tidak terasa penat. Banyak tempat boleh singgah bergambar atau pun duduk melepaskan penat. Mudah.... jalan sekejap kemudian berfoto. Jalan lagi berfoto lagi kerana banyak view menarik.
|
Karl's Square |
|
Nectar River |
|
Jambatan Karl Cheadi Bridge |
|
Karl Cheadi Bridge |
|
Ada pengunjung menyentuh dan mencium Kepingan logam ini |
|
Bus Stop |
Jam 5.20pm meneruskan perjalanan. Hujan masih renyai. Tidak kesampaian hajat ke Muzium Mercedes Benz kerana ribuan peminat bola sepak memenuhi jalan ke muzium. Kembara terus melalui penempatan penduduk pekan dan desa. Pengangkutan awam banyak digunakan di Belgium. Trams mudah kelihatan di mana-mana dengan rail Trams dibina berhampiran kediaman penduduk. Tidak banyak kesesakan jalan raya di sini. Bangunan di sekitar pula berwarna nature , tidak meriah
|
Rail Trams selari dengan jalanraya |
|
Kawasan Funfair |
|
Peminat Bola Sepak memenuhi sekitar stadium |
Tiba di Mercure Stuttgart Boeblingen Hotel di Stuttgart , German jam 6.45 pm. Hotel 4 bintang. Jam 8pm keluar ke pasaraya berdekatan. Adik sepupu menemankan aku membeli blouse untuk dipakai semasa pulang ke Malaysia. Berjalan kaki dalam samar-samar lampu jalan menuju ke Real Supermarket. Sebuah pasaraya semacam Tesco di negara kita. Tidak banyak koleksi pakaian yang dijual. Alhamdulilah berjaya memiliki sehelai blouse berlengan panjang warna peach buat diri. Membelikan 2 helai T Shirt lengan panjang buat 2 puteri yang tak kisah akan jenama apa, asalkan muat pada badan.
|
Real Supermarket |
|
Mercure Stuttgart Boeblingen Hotel |
28 April , bersarapan di Mercure Hotel agak OK. Pilihan menu vegetarian tidaklah banyak. Wafel dan kentang goreng menjadi pilihan. Keenakan aneka cofee tempatan turut dinikmati sepuasnya. Jam 8.45 pagi suhu 8 celcius. Check out hotel dengan memakai blouse hijau, jean biru dan tudung kuning. Diberitahu kami akan menuju ke Titisee Neustadt . Perjalanan ke sana selama satu setengah jam dalam kedingin pagi di German.
|
Sarapan di Mercure |
|
Ulaman yang dimakan mentah |
|
jus aneka buahan buat sendiri |
Sepanjang perjalanan kelihatan banyak ladang Rapeseeds dan ladang rumput ragut. Banyak sekali penggunaan tenaga solar dalam industri, pertanian dan di kediaman penduduk. Solar plate dipasang dibanyak lokasi di negara ini. Hutan pokok pine banyak tumbuh subur, berkongsi habitat dengan pokok lain. Memang menarik berada di negara ini.
Jam 10.30pagi tiba di Titisee. Suhu antara 3-7 celcius menyambut ketibaan kami di sini. Titisee Neustadt adalah tasik Black Forest di Baden-Wurttemberg, di selatan German . Meliputi kawasan 1.3km persegi dan kedalaman tasik 39 meter. Tasik yang terbesar di Black Forest. Ia menyumbang pembentukan Feldberg Glacier dan pembentukan tanah "The Moraines". Akhirnya terbentuklah pantai dipinggir tasik ini. Banyak ikan dari spesis Rainbow Trout, European Perch, Brown Tout, Tench dan Common Roach mendiami tasik Titisee. Keindahan panorama Titisee yang dikelilingi hutan dan bukit-bukit rendah amat menarik.
Tersedia outdoor aktiviti di trail 8km hingga ke puncak Hochfirst Mountain untuk melihat panorama tasik. Ada cruise , Windsurf, Boating dll. Dalam kedinginan pagi selesa melangkah sekitar tasik merakamkan view menarik. Singgah di sebuah kedai survenir membeli 1 fridge magnet Titisee sebagai ole-ole.
|
Titisee-Neustadt |
|
Itik menghuni Tasik Titisee |
Jam 12.20pm bergerak ke sebuah air terjun pula. Suhu 11 celcius membaluti tubuh sepanjang 70km perjalanan. Ternanti-nanti tanda pada jalan sempadan negara German, sukar ketemu. Jam 1.00pm Nabil beritahu sudah pun memasuki Switzerlands. Masih serupa panorama sekitar dengan ladang Rape Seeds, ladang rumput ragut dan pokok-pokok pine tumbuh subur. Banyak kawasan berbukit di sekitar namun subur dengan pelbagai pertaniaan. Rumah kediaman penduduk desa menarik, masih memiliki rekabentuk tradisi.
Jam 1.37pm tibalah di Rheinfall, di Dachsen, Zurich. Setelah mendapat tiket, perlu menggunakan lif untuk ke lokasi terbaik melihat view air terjun ini. Bayaran Euro3 untuk menggunakan lif. Sebuah lif sahaja mengangkut penumpang turun ke tebing air terjun dan naik semula ke atas bahagian entrans. Memang terindah panorama di tingkat bawah. Lokasi paling hampir dengan pusat air terjun Rheinfall. Boleh merasakan percikan air terjun. Boleh berdengung telinga dengan deruman air terjun yang amat kuat. Air terjun yang besar dari bukit mencurahkan air ke dalam tasik luas. Ada cruise disediakan buat peminat aktiviti meneroka kengerian air tasik yang deras arusnya.
Rheinfall adalah air terjun terbesar di Switzerland dan di Eropah. Terletak di sempadan Schaffhausen dan Zurich di utara Switzerland . Rheinfall sepanjang 1320km merentasi 6 negara Eropah. Switzerland, Liechtenstein, Austria, Germany, France dan Netherlands. Lebarnya 150meter dan tinggi 23 meter. Tatkala musim salji average air terjun 250meter padu. Musim summer pula 600meter padu. Air terjun ini tidak boleh direnangi ikan kecuali belut yang mendiami di celah-celah batuan di puncaknya.
|
Rheinfall- dachsen Zurich |
|
6 Negara laluan River Rhyne |
|
Pelan Rheinfall Zurich |
|
Exit dari Lif |
|
View sekitar Rhinefalls |
|
Lif untuk turun dan naik |
|
Tiket ke Rhinefalls |
Lama perjalanan maka banyaknya kaki berjalan, perut pun lapar. Terdapat banyak kedai dan Food trucks menjual makanan di situ. Cuma sebuah gerai menjual makanan vegetarian. Mengalas perut dengan membeli Nasi Vgey berharga Euro9 untuk makan tengahari. Nasi dimakan dengan sayur dan kuah kari kacang Dhall sahaja, sedap juga.... Hahaha.
|
Lunch di Rhinefalls |
Hujan renyai sekejap berhenti sekejap sambung lagi. Bertambahlah sejuk tubuh dengan suhu 11 celcius. Jam 3.00pm bergerak ke Luzon sebuah bandar dipinggir laut. Panorama sekitar memang menarik . Merakamkan foto agak susah sedikit tika ini dek kerana hujan menggelapkan cermin tingkap bas. Masih kelihatan banyak ladang pertanian di sepanjang laluan ini. Ladang anggur dan epal sudah banyak ditemukan. Ada juga tanaman di dalam Green House.
|
Tanaman di dalam green house |
|
Tanaman epal |
|
tanaman anggur |
Singgah di sebuah pasaraya Casagrande Gifts & Watches . Memanglah amat banyak menjual barangan cenderamata dan jam berjenama Swiss . Aneka coklat dan makanan ringan dibungkus cantik pun berlambak buat pengunjung. Tapi hanya coklat yakin dibeli kerana halal. Di bangunan 4 tingkat ini menjual barangan agak murah buat pelancong di Luzern. Wooo... punya ramainya manusia di dalamnya. Sukar memilih ruang kerana sempit dan ramai orang. Hanya fridge magnet sahaja termampu dibeli buat kenangan. Sementara menantikan kekawan membeli-belah, sibukkan diri merakam gambar sekitar dalam hujan . Amat bersyukur adik sepupu pun punya minat yang sama. Tak suka shopping tapi suka bergambar...... Jadi berposing sahajalah, dia yang tukang snap!
|
Bandar Luzern ditepi laut |
|
depan supermarket Casagrande
Gifts & Watches |
Setelah 50 minit perjalanan singgah pula di bandar Kreis ,Zurich. Tidak sibuk di sekitar bandar mungkin kerana Ahad cuti. Kelihatan Trams silih berganti keluar masuk bandar ini membawa penumpang. Rail Trams dibina di jalanyara memudahkan penumpang menaiki pengangkutan awam. Bersolat jamak takhir Zohor dan Asar di Islam Toplumu Kulliye. Tidak jauh dari tempat parkir bas. Sebuah bangunan 4 tingkat di blok komersil. Rumah kedai yang diubahsuai menjadi ruang solat untuk tetamu dan pelanggan cafe di tingkat 2. Selesai bersolat meninjau panorama sekitar sambil merakam gambar.
|
Islam Toplumu Kulliye di Kreis 1 Zurich |
|
Tangga menaiki ke ruang solat |
|
Cafe disebelah ruang solat lelaki |
|
bandar Kreis 1 Zurich |
|
Kreis 1 Zurich |
|
Kreis 1 Zurich |
Jam 7.50pm masih cerah di bandar Kries dan Attstadt ini. Meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kelihatan view Banjaran Alps yang diselaputi salji. Majoriti penduduk kota Zurich berbangsa Yahudi. Mereka ini kalangan jutawan yang mendiami rumah tersergam di kota Zurich. Jam 8.30pm tiba di Allegra Hotel , Kloten Zurich. Makan malam kami menu Brahim, buat menghabiskan stok bekalan. Bersolat Maghrib dan Isyak di hotel sahaja.
29 April , hari terakhir berada di Benua Eropah. Bersrapan roti dengan telur buat pengalas perut. Jam 9.15 pagi check out hotel. Berbaju blouse peach yang dibeli di Amsterdam, Jean biru dan skaf ungu. Kali ini terpaksa menyiapkan diri untuk menghadapi suhu amat sejuk. Memakai long john , topi yang dibeli di Oxford Road, namun masih terasa dingin. Salji kelihatan di puncak gunung.
|
Zurich Airport Allegra Hotel |
|
Pabila tiada getah paip ditandas, tong sampah
dan botol air mineral membantu . |
Switzerland terletak di tengah-tengah Eropah. Netizennya menuturkan bahasa France, German dan Inggeris. Kota Zurich terbesar di Switzerland yang dihuni 7.5 juta penduduknya. Dari Luzern hingga ke Engelberg sukar diketemu laut. Kebanyakan bumi di sini berbukit-bukau. Tumbuhan rumput dan pokok-pokok hutan seperti pokok Pine banyak tumbuh. Banyak sekali terowong dibina menembusi bukit . Menggunakan jalan raya di sini pasti melalui terowong yang banyak dan hebat. Antaranya Ratausen Tunnel sejauh 800meter, Luzern Tunnel 1800meter dan Luzern Spier 1500. meter.
Kami melalui Stans Nidwalden sebuah perkampungan di lereng bukit. Kelihatan puncak Banjaran Alps memutih sajlinya. Di Oberdorf pula banyak ladang pertanian terbuka dan pertanian di dalam green house. Rumah-rumah kayu masih didiami netizen di situ. Rumah tradisional beratapkan rumput, berdinding kayu Pine berdiri kukuh dikelilingi ladang buahan. Di Dallenwil pula terdapat bukit-bukit , padang rumput dan pokok renek memenuhi permukaan bumi tempat ini.
|
panorama ke Titlis Engelberg |
|
pokok epal |
|
Oberdorf Nidwalden |
|
Oberdorf Nidwalden |
|
Dallenwil Nidwalden |
|
Dallenwil Nidwalden |
|
Grafenort Obwalden |
|
Stans Nidwalden |
|
Grafenort Nidwalden |
|
Longgokan batang pokok Pine |
Pabila memasuki Grafenort di Obwaden kawasan sini berbukit-bukau tinggi. Salji kelihatan melekat pada dedaun di puncak pokok Pine. Hujan renyai bercampur salji mengiringi kami .Semua jemaah sudah bersemangat melihatkan salji di merata tempat. Pemandangan menarik menyebabkan mulut kami mengulangi "Subhanallah". Akhirnya singgah di tepi jalan untuk bermain salji dan bergambar.
|
Sekitan Engelberg Obwalden |
|
Sebelum memasuki Stesen Cable Car Titlis Engelberg |
|
Singgah berjinak dengan salji di rumput |
Jam 10.45pagi tiba di Engelberg Titlis. Sementara menanti tiket, masing-masing ke tandas tidak tahan kesejukan. Pengunjung tidaklah ramai pagi itu, memudahkan kami menaiki cable car atau gondola. Harga tiket perjalanan pergi dan balik dengan gondola Euro85. Dengan menaiki Titlis Ekspress 8 seater membawa penumpang terus ke stesen Trubsee atau Stesen Stands. Kemudian perlu menaiki Titlis Rotair yang berputar 360 darjah pada setiap 5 minit perjalanannya. Rotair merupakan gondola pertama di dunia yang boleh berputar penuh. Memudahkan penumpang melihat sekeliling tanpa perlu berpindah tempat. Rotair membawa penumpang dari stesen Stand ke stesen tertinggi Bergstation di puncak Mount Titlis . Ketinggian stesen ini 3020 meter dari permukaan laut.
|
Cable gondola ke Mount Titlis merentangi dibelakang bangunan |
|
Rumah nitezen berdekatan |
|
Terminal Cable Car Titlis |
|
Tiket menaiki Gondola dan Rotair |
|
Rotair |
|
Gondola 8 seater |
Selesa pabila berada di dalam gondola. Untuk merakamkan foto sambil berdiri agak kurang stabil ketana ada tikanya gondola senget. Amat mengasyikkan tika menikmati penorama anugerah Ilahi sepanjang trip ke Mount Titlis. Dari panorama kehijauan kepada alam lanskap glasier dilembah Titlis. Sayup kelihatan dibawah penempatan penduduk serta sungai yang mengalirkan air. Semakin tinggi pendakian semakin menebal salji menyelaputi semua tumbuhan dan permukaan bukit sekitarnya. Tiada sembang atau tiada makan sepanjang berada di dalam gondola. Semuanya terpukau dengan keindahan alam. Semuanya memfokuskan mata melihat view sekitar, "Subhanallah"
|
Dalam gondola |
|
Gondola seat menghadap |
|
View dari gondola diperingkat awal pendakian |
|
Semakin tinggi semakin menebal salji |
|
Memakai anak tudung, skaf, topi wool dan topi untuk
menahan kesejukan dikepala |
Stand Station merupakan tempat pertukaran dari gondola ke Rotair. Ruangan di sini sempit dan amat sibuk. Pintu gondola terbuka secara automatik pabila mencecah platform exit. Penumpang perlu segera turun kerana dalam masa beberapa minit sahaja gondola akan bergerak. Gondola berikutnya pula akan menurunkan penumpang. Pengunjung akan berjalan ke entrans di tingkat atas untuk menaiki Rotair. Di dalam Rotair semua penumpang perlu berdiri . Kabin Rotair akan berpusing setiap 5 minit. Justru penumpang tidak perlu beralih kedudukan untuk melihat view di lain lokasi. Mesin yang berada di bumbung kabin berfungsi memusingkan kabin setiap 5 minit. Seorang petugas Rotair duduk di suatu sudut di dalam kenderaan ini seperti pemandu.
|
Stand Station pertukaran ke stesen Rotair |
|
Menantikan giliran menaiki Rotair |
|
Dalam Rotair semua berdiri |
|
Dalam Rotair disebelah pemndu rotair |
|
Pengendali Rotair |
|
Entran memasuki Rotair |
Tiba di puncak Mount Titlis yang bersalji tebal amat sejuk. Sinaran matahari menyilaukan penglihatan. Cermin mata penuh berkabus, sukar melihat sekitar bagi yang rabun. Terdapat jambatan gantung dengan ketinggian 3041 meter. Hanya yang punya keberanian mampu menyeberangi jambatan sempit ini. Terdapat beberapa restoran di puncak , cuma sebuah yang menyediakan menu halal. Kedai suvenir, cokelat dan kedai barangan keluaran Swiss yang berjenama pun ada. Namun harganya...
Berada di puncak Mount Titlis merupakan momen terindah. Tika itulah buat berbagai aksi . Ada yang bermain ais. Ada yang berjalan perlahan takut terjatuh dipermukaan ais yang teramat sejuk. Cuba mengenggam serbuk ais, terasa tangan kebas agak lama. Terlupa membawa sarung tangan yang tertinggal di dalam bagasi. Mujurlah sempat membeli topi lining wool sebelum menaiki kereta kabel. Memakai topi lining wool ini membantu kepala dari kesejukan melampau. Ooooo memakai anak tudung, pakai skaf, pakai topi wool kemudian pakai pula topi di kepala. Memang pelik , tapi dalam gambar cantik je!!
Memang amat bersyukur tika berada di puncak Mount Titlis , di Stesen Klein Titlis. Pada usia 64 tahun Allah masih mengizinkan menapakkan kaki tua ini di permukaan berglasier. Dapat menyaksikan paanorama terindah dari dalam gondola. Melihatkan memutihnya seluruh hutan Pine, permukaan batu-batan dan muka bumi di sini. Tidak menyesal membayar lebih untuk sampai ke sini.
|
Ice Flyer & Cliff walk 250 steps ke Stotzig Egg |
|
pegang ice tanpa glove |
|
Asyik berpegang tangan kami 4 beradik, takut terjatuh |
|
Pegang ais tanpa glove kali kedua |
|
Bermain melambung ais atas arahan jurugambar |
|
sukar juga nak ambil ais di permukaan membeku |
|
Duduk sini tak basah punggung |
Merasai makan tengahari di Bedientes Restaurant . Memaparkan logo halal pada entrans memudahkan pelanggan Islam memilih makanan. Pizza dimakan berkongsi dengan harga Euro33. Tempat duduk di restoran hanya untuk individu yang menempah makanan saja. Jika menempah air sahaja tidak dibenarkan duduk di restoran ini. Mungkin kerana seat yang terhad. Memang amat menarik makan di sini. Dapat menikmati panorama sekitar hingga ke bahagian bawah gunung.
|
Bedientes Restaurant Titlis |
|
Set pizza dan kentang Euro33 (RM155 sahaja) |
|
Boleh hubungi fon tertera untuk tempahan ke sini |
Menuruni Mount Titlis perlu menaiki Rotair dan Gondola lagi. Makan pun tergesa-gesa. Akhirnya terpaksa bungkus makanan yang tidak habis. Sebelum menaiki bas , sempat merakamkan gambar sekitar. Jelas kelihatan laluan gondola yang turun naik mengangkut penumpang. Terdapat beberapa kediaman penduduk berdekatan stesen Cable Car.
Kami perlu segera ke Zurich International Airport. Tiba di airport jam 3.40pm. Flight ke Doha selama 5 jam 20 minit. Bergegaslah bersolat di lapangan terbang Zurich. Sebuah kamar yang boleh digunakan pelbagai agama untuk bersembahyang. Di dalamnya terdapat lilin dan alatan sembahyang penganut agama Kristian dan Yahudi. Namun bersolat juga di situ bekeyakinan dengan pengalaman Tour Leader Haji Muharrimi. Sementara nak check in bagasi sempatlah merakamkan gambar sekitar airport.
|
Zurich Airport |
|
Kamar tempat sembahyang |
|
Kamar bersolat Muslimah |
Check in Economy Class jam 6.05pm melalui gate E52. Mendapat seat 33D dalam penerbangan Qatar Airways ke Doha. Dengan penerbangan yang selesa dan keenakan makanan memang tiada rungutan. Sepanjang menaiki Qatar Airways semasa datang dan balik ke KLIA telah mendapat layanan baik daripada crews, Alhamdulillah. Makanan pun sedap. Jam 7.26pm menyajikan makan malam. Memilih nasi putih dan kari daging memang menyelerakan.
|
Penerbangan balik dari Zurich International Airport |
|
Penerbangan balik KLIA |
|
Dinner dalam flight Zurich ke Doha |
Tiba di Doha International Airport tepat jam 1 pagi. Agak lewat tiba di Doha . Jam 2.16 pagi check in untuk menaiki penerbangan Qatar Airways ke Kuala Lumpur. Mendapat seat 23J pula kali ini. Ramai pula penumpang, dengan kekawan sudah terpisah kerana duduk berjauhan. Penerbangan 7 jam 20 minit memang memenatkan. Peluang memanfaatkan masa panjang untuk tidur. Terjaga tika lampu dalam kabin bernyala. Dah bersedia menerima sarapan jam 7.30 pagi. Menikmati masakan daging dengan kentang putar dan kopi. Lunch disajikan jam 12.30pm. Sedapnya makan kentang putar bersama rendang daging.
|
Doha International Airport |
|
Airport Doha |
|
Sarapan dalam Flight Doha KLIA |
|
Lunch Qatar Airways |
Tiba di KLIA jam 3.20pm. Lama juga menunggu ditempat menerima bagasi menantikan beg-beg kami tiba . Selepas meletakkan semua beg ke atas troli, kami menyorong bagasi ke surau untuk bersolat. Mencuba menelefon Grab untuk balik ke rumah di Cyberjaya. Namun tiada respons. Rupa-rupanya memang disekat "Line " untuk perkhidmatan Grab di sini. Akhirnya memilih menaiki teksi airport atau Airport Limo . Alhamdulillah . Membayar RM64.20 tambang teksi , selamat tiba dirumah.
Amat bersyukur mendapat seat bas yang amat selesa sepanjang perjalanan dari Perancis hingga ke Zurich, Switzerlands. Seat nombor 2 di tepi tangga dan duduk sendirian memudahkan merakam gambar. Mudah pula mencatat nota memori sepanjang kembara di meja kecil disediakan. Kerusi bertilam lembut selesa walaupum duduk berjam-jam.
|
Meja tulisku sepanjang kembara dari France ke Switzerland |
Setiap kali mengembara pasti membawa pulang ole-ole buat yang tersayang. Yang sudi menerima barangan murah dari luar negara. Yang tidak mengira jenama atau brand apa . Alhamdulillah. Bibik Kuswati mendapat sweater hijau. Adikku Aishah memilih sweater hitam. Bibik Nening pula T Shirt , sama dengan 2 puteriku. Cucunda puteri berdua mendapat Jaket biru. Putera dan 4 cucunda lelaki menerima jersi Arsenal. Fridge Magnet buat kekawan yang datang bersapa ke teratak di Ipoh. Alhamdulillah.
|
Putera dan cucunda |
|
Bibik Nening |
|
Blouse untuk diri |
Kehadrat Allah Pencipta sekalian alam dan seluruh makhlukNya . Dipanjatkan syukur yang tak terhingga dapat meleraikan idaman menjejakkan kaki di bumi Tulip dimakbulkan. Amat kerdil diri hambaNya ini menerima pelbagai anugerah, limpahan rezeki, kesempurnaan kesihatan dan kemudahan sepanjang kembaraan. Diketemukan pula dengan rakan musafir yang penyayang. Dilancarkan segala urusan agent pelancongan yang mengendalikan rombongan. Mendapat perkhidmatan penerbangan, pelayaran dan bas yang cemerlang. Alhamdulillah.
Teramat ingin melihatkan sungai-sungai dan parit-parit di negara sendiri bersih, cantik dan dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi seiring kelestarian. Penduduk berubah dari menggunakan kenderaan sendiri, bertukar kepada pengangkutan awam. Trams dibina selari jalan raya memudahkan para pengguna . Cahaya matahari yang bersinar sepanjang tahun menjadi alternatif pilihan kepada tenaga solar. Tandas-tandas awam bukan lagi diberi percuma , tetapi buat macam di negara lain... bayar!! . Sediakan TOKEN yang boleh ditebusguna dengan membeli barangan di kedai berdekatan. Ahhh, ada banyak lagi sebenarnya !
Sesungguhnya kembara atau melancong dengan famili memang teramat indah. Boleh suka-suka hati nak pergi mana, nak makan di restoran apa dan boleh lama-lama berada di sesuatu lokasi. Boleh menginap ikut suka di hotel, motel, homestay, cabin, hostel atau caraban. Pilih sahaja dan booking sebelum memulakan kembara. Nak batal destinasi lawatan atau nak tambah tempat lawatan pun boleh. Memanglah!!! Bajet poket sendiri. Jika menggunakan agen pelancongan pula, semua perkara kena ikut itenari. Perlu tepati masa. Perlu ikut perintah Tour Guide orang sana selain Tour Leader lantikan agent. Perlu INGAT.... jika terjadi kecemasan, sakit tetiba, kemalangan ,kehilangan dokumen penting seperti pasport; siapa nak tolong jika kembara dengan famili? Tour Guide amat membantu menguruskan masalah jika menggunakan agent pelancongan. Sebab itulah aku suka ikut Travel Agent!!
Haaa satu hal lagi. Ada orang kata insuran perjalanan memadai guna insurans yang Travel Agent sediakan. Kena tanya insurans itu cover apa dan berapa RM. Aku suka beli lagi insuran tambahan dengan duit sendiri. Harga ratusan RM je tapi dia cover dengan nilai juta RM . Medical Card penting juga dibawa bersama.
Debit Card Maybank paling seronok digunakan di luar negara. Sejak tahun 2012 hingga kini selesa menggunakannya. Tak perlu bawa cash banyak, takut wang tercicir, hilang atau takut kena ragut dll. Sebelum keluar negara buat dahulu Activete Card Debit (Overseas ATM Facility). Buat sendiri secara on-line lebih mudah. Kekadang aku buat muka tak malu, minta tolong staf BSN bantu ativate kad untuk luar negara di mesin ATM. Kad Debit BSN ni dibawa juga takut Kad ATM yang satu lagi rosak dll . Credit card tetap bawa, tapi jarang guna.... Selesa dan confident berbelanja dengan Debit Card tika di supermarket dan kedai-kedai besar.
Menaruh harapan untuk Repeat ke Netherlands dan Switzerland lagi . Masih banyak tempat menarik belum dikunjungi. Untuk kembara di 2 negara tersebut perlu berada selama seminggu , baru puas hati. "Kembara Belum bernoktah" demikian slogan musafir diri. Insya Allah menelusuri Bumi Parsi Iran atau Hunza Valley Pakistan atau boleh juga Uzbezkistan dan Kazakhstan. Tahun 2020 jumpa di sana.