Bermula tanggal 1.1.2012 setelah berpergian selama 40 hari ,"temanku" kembali ke pangkal jalan, namun demikian tidak memberi makna apa-apa pun atau merubah keadaan . Hanya Allah jua mengetahui. 3 Januari pula sejarah menrakamkan genap 32 tahun aku bergelar ISTERI dan bonda kepada 5 anak yaitu 2 putera dan 3 puteri. Terima kasih Allah yang memberikan kesempatan aku menikmati semua syurga dunia ini dan meminjamkan kepadaku insan-insan yang DIA lebih sayang.
Sepanjang Januari hingga 8 Mac kak Yong menghabiskan musim berpantangnya bersamaku. Turut menemaniku cucunda tersayang Puteri Nur Natrah dan Putera Izz Faris yang dikurniaka Ialhi pada 28 Disember 2011. Tiap denyutan nadiku diuliti kebahagiaan dengan gelagat cucunda. Sesekali cucunda keayangan Puteri Daria Aleesa balik menambah kemeriahan suasana famili ini. Kemeriahan hidup tika itu dipenuhi dengan tawa riang dan suara-suara manja sikecil. Kesibukanku saban hari ditambah dengan meleraikan tangisan Izz yang meruntun kesabaran mamanya.
Nur Natrah gaya "All Black" |
Nur Natrah yang gemar dipanggil dengan "kakak" sudah banyak beralah dengan Izz. Tubuhnya kurus dan tidak minat makan atau minum susu formula, ini amat menambah kerisauan hatiku tiap kali menatapnya. Kekadang terasa pilu pula, masih aku mencari formula menjinakkannya kepada makanan berkhasiat.
Daria Aleesa nan Manja |
tersenyum. tak banyak ragam sejak lahir lagi. menangis pun kekadang
tak kedengaran suaranya. Tapi kini sudah pandai menjerit sekiranya
tangisannya kami tak layan. Pasal makan dan minum susu, tak pernah
menolak. Seronok ketika melihat Daria makan, teringatkan mamanya "Nadrah"
ketika seusia Daria. Kini Daria mencecah 9 bulan pada 11 Mac 2012 .
Daria yang kelahirannya aku sambut di Hospital Ipoh, bersamaku hingga usianya 3 bulan. Kini mereka berpindah ke SMAP Kajang sebab mamanya
bertugas di sana. Kenagan bersamanya banyak antaranya Daria pasti mengejutkan aku untuk solat tahajud setiap jam 3 pagi kerana nak susu. Dek kerana tubuhnya yang hantap, aku memakai kain kendong ketika membawanya
bersiar-siar waktu petang sambil menyiram pokok di tepi rumah.
Alhamdulillah, syukur teramat kehadrat Ilahi, yang mengurniakan aku
Izz Faris sebagai pelengkap kepada keluarga kami.Selama 2 bulan bersamaku mengisi kekosongan , malah meleraikan kedukaan. Tangisannya membikin semua jadi ribut dan kelamkabut. Asyik memerap mamanya sepanjang tempoh berpantang. Terjaga saja, mencari susu mamanya, hisap sikit terus tertidur.
Saban hari kelihatan beratnya bertambah. Mamanya mengeluh sebab berat nak dukung Izz. Pakaiannya kena tukar saiz tiap minggu. Nasib baik pakaian kakak-kakaknya ketika bayi masih sesuai disarung ke tubuhnya kerana masih kelihatan baru, cuma skirt je yang dikecualikan. Pada 10 Februari2012 sehari sebelum kepulangan Pak Su Nazmi, kak Yong dan anak-anaknya kami hantar balik ke Puchong Prima. Bermulalah kehidupan baru bagi Ijan dan kak Yong dengan kehadiran putera Izz.
Terima kasih Allah, kerana rahmatMu yang melimpahruah, telah mengumpulkan puteriku Nadiah dan Nadrah berdekatan tempat tinggal yaitu di Puchong dan di Kajang. Ya Allah limpahilah rahmatMu kepada Tuan Said Manap (mantan bossku PPD Kinta Utara), yang menempatkan Nadrah di SMAP Kajang Kini mudahlah aku dan Azie menziarahi mereka, cucu-cucu dan keluargaku yang menetap di Kuala Lumpur.
Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki kurniaanMu, Aku berlapang dada dengan ketentuanMu, Aku berbahagia kerana semua urusanku dipermudahkan olehMu, Aku redha dengan ujianMu,dan Aku masih dikelilingi belaian kasih sayang daripada insan-insan yang mendapat rahmat dan hidayahMu.. Amin
Terima kasih Allah