"The Mother of the World", itulah nama yang pernah diberikan kepada sebuah negara. Tetapi lebih popular sebagai Negeri Piramida. Opah pula pernah dengar ada yang menggelarkannya Negeri Firaun!....Wah, banyak yang perlu opah teroka sejarah di bumi barakah ini. Mesir atau Egypt yang opah faham adalah sebagai Bumi Para Anbiyya. Di Mesir terdapat makam Nabi Solleh, Nabi Harun dan Nabi Daniel. Mesir juga merupakan negara ke-34 dalam Wish List opah sebelum menutup mata. Lagi pun cogan kata "Kembara Belum Bernoktah" masih utuh dalam pegangan opah.

Segalanya bermula dengan ajakan adik sepupu opah, Tok Ngah Ibrahim. Opah dah beberapa kali kembara bersama dia dan isterinya. Tiap kali kami kembara dengan menggunakan pakej, tapi kali ini kembara berkumpulan dengan para pesara. Pada awalnya opah telah beberapa kali menolak pelawaan Tok Yem(Ibrahim) kerana pemandu pelancongnya hanya menguruskan kami tika di Mesir. Selain itu opah berat hati kerana masalah kesihatan diri. Walaupun masalah kesihatan tidaklah serius, namun risau dek perjalanan yang jauh ditambah pula dengan iklim negara tersebut berbeza dengan negara kita. Akhirnya opah titipkan syarat,"Jika Dr Zakaria(Ya) pergi kak ikutlah". Sesungguhnya Tok Yem berjaya memujuk adiknya Dr Ya dan isteri turut serta dalam kembara ini. So... tiada alasan dah, Allah takdirkan opah bermusafirlah bersama mereka.
Opah menaja separuh kos kembara untuk Opah Yang Zainab (Nab). Opah ajak dia sebagai pasangan travel. Jika tidak opah terpksa berpartner dengan jemaah lain yang belum dikenali. Opah Nab pun antara adik-adik opah yang sentiasa bersama opah tika susah senang, sejak dari kecil hingga sekarang. Oh lupa.... Opah juga telah menemuduga Ustaz Kamarul Hakim(Tour Guide) sebelum memberikan kata putus. Opah bimbang terbabit dengan Scammer. Alhamdulillah, Ustaz Kamarul berjaya membuktikan pengalamannya membawa jemaah dari Malaysia untuk pakej yang diuruskannya. Antaranya bekas Mufti Negeri Perak dan beberapa orang kenamaan pernah mengikuti kembara kelolaannya.
Belum habis bayaran ansuran untuk Kembara Mesir ini, dah banyak pula Putaran Idea daripada segelintir jemaahnya. Tetiba ada yang nak tukar dari itenari asal Cairo-Sinai-Alexanderia-Dahab- Sharm El Sheikh kepada itenari lain. Beberapa jemaah mencadangkan ke Luxor pula. Opah lebih kepada rancangan asal kerana banyak masjid dan makam nabi serta makam ulamak tersohor boleh diziarahi. Rombongan Mufti Negeri Perak pun menggunakan itenari yang sama. Setelah undian dibuat, akhirnya majoriti memilih kepada itenari asal. Dengan timbulnya kemelut begini sebelum kembara, hati opah dah goyang... kurang keyakinan dengan penyertaan opah kali ini. Apa agaknya Allah nak beri ujian seterusnya!!!! Hanya tunggu dengan sabar serta sentiasa berdoa yang baik-baik.
 |
Bersama adik (Opah Zainab) |
 |
Penutup kegusaran jemaah dalam group untuk renungan jemaah |
Opah pernah berada di salah sebuah destinasi lawatan di Mesir ini sekitar November tahun 2013. Tika itu opah kembara ke Palestin, Jordan, Israel dan Mesir. Kembara dengan bas membawa kami dari Jurusalem terus ke Semenanjung Sinai hinggalah ke Eliat penghujungnya. Pernah berada di Taba(Israel) yang bersempadan dengan Mesir dan menginap pula 2 malam di Eliat, tanah Israel. Tika itu suasana aman walaupun bumi Gaza sedang bergolak dengan Penjajah tersebut.
 |
Taba sempadan Mesir Israel November 2013 |
Pada hari pertama bermulanya musafir opah mengenakan T Shirt tebal warna merah hati, tudung pink bercorak serta jeans biru. Opah menaiki Grab dari rumah Cyberjaya ke Putrajaya Sentral jam 1.30pm. Di situ bertemu dengan Opah Nab untuk menaiki Train ERL ke KLIA. Inilah kali pertama opah menggunakan ERL ke KLIA, semacam opah belajarlah hari tu. Sebelum ni opah menaiki Grab atau menyewa kereta Pak Nizam jiran Cyber je untuk urusan ke KLIA. Selesai urusan check in di KLIA jam 3.30pm.
Di KLIA sempat berkenalan dengan 20 jemaah yang mengikuti kembara ini. Di sinilah baru opah sedar kami ni mengembara dalam kumpulan tanpa pemandu pelancong dari Malaysia. Segala urusan perlu dibuat sendiri tetapi masih dalam kumpulan. Allahhuakbar!! Opah menerima Boarding Pass nombor 20H manakala opah Nab nombor 40H. Semua urusan tiket dibuat ustaz Kamarul yang berada di Mesir tika itu. Nasib baik Tok Yem membantu menyusun semula kedudukan seat dalam flight. Masing-masing dapat duduk dengan pasanngan. Opah ditukarkan ke seat 39H di sebelah seat Opah Nab 40H. Kami memasuki pesawat Boeng 777-300 Emirate Airline jam 6.00pm menuju ke Dubai.
Jam 11.00 malam kami tiba di Dubai International Airport setelah 5 jam terbang di udara. Sepanjang penerbangan bolehlah lena sekejap-sekejap. Ada beberapa kali pengumuman dari pilot berkenaan taufan. Memang terasa pesawat bergoyang dan adakalanya seolah-olah turun naik. Namun selamat semuanya dan sangat selesa berada di dalam pesawat ini. Terpaksa transit di Dubai ni selama 9 jam. Tok Yem telah mengaturkan aktiviti untuk kami dalam tempoh menunggu penerbangan berikutnya dari Dubai ke Cairo.
Kami check out gate untuk mengikuti lawatan malam hari di sekitar Dubai. Bermula dari sini kami menjadi musafir sebenar. Tidak pernah sampai di sini, terpaksa berjalan sana sini berpandukan maklumat papan tanda di lapangan terbang Dubai untuk keluar. Akhirnya berjaya menemukan lokasi pemandu Coaster bas yang sedang menunggu kami. Sepanjang 3 jam lawatan kami dibawa melawat Masjid Al-Amri, Burj Khalifa, Burj Al-Arab dan singgah makan di Bin Thani Cafeteria.
 |
Airport Dubai |
 |
Pemandu Coaster Dubai Night Tour |
 |
Dalam Coaster |
 |
Msjid Al-Amiri |
 |
Burj Khalifa |
 |
Burj Al-Arab |
 |
Bin Thani Cafetaria |
 |
Berkongsi makanan di sini |
Sekembalinya ke Airpot Dubai kami segera menyelesaikan urusan solat. Jam 1.45am bersolat jamak takhir Isyak dan Maghrib di sini. Tika di surau ketemu beberapa rakyat Malaysia yang juga sedang transit di Dubai. Mereka baru selesai menunaikan umrah kemudian transit di situ. Sementara menantikan waktu solat Subuh, ramai jemaah rombongan shopping Coklat Dubai. Opah dan Opah Nab tak terlibat, kerana kami lebih kepada ole-ole dari Mesir. Selesai bersolat Subuh jam 5.36am 17 Disember 2024. Sempat juga merasai ruang duduk di "Sleeping Area" yang tersedia di situ. Jika tak keluar meronda sekitar Dubai, pastinya kami berehat di sini.
 |
Surau Dubai Airport |
Sebelum tiba Jam 7.05 am kami perlu mencari tempat untuk Check in ke Cairo pula. Oleh kerana semuanya tiada pengalaman berada di Airport Dubai, terpaksalah sama-sama mencarinya. Dari Dubai bermulalah kesulitan. Alhamdulillah jumpa gate C16 setelah bertanyakan staf di situ. Tika check ini opah dapat seat 76J tepi tingkap tapi terpisah juga dengan opah Nab. Seperti sebelumnya, Tok Yem dah menyusun semula kedudukan seat kami dalam pesawat. Alhmaduillah dapat seat sebaris dengan Cikgu Norainon yang usianya muda 4 bulan dari opah.
 |
Pesawat Emirate ke Cairo |
 |
Seat hujung di ekor pesawat bersama Cikgu Norainon |
 |
3 setengah jam pernerbangan |
 |
Jam 9.00am sarapan |
Selama 3 setengah jam dalam pesawat ke Cairo. Tidak mandi sejak keluar rumah, masing-masing kelihatan keletihan. Ditambah dengan usia kami dah lebih 60-an. Jemaah paling tua Haji Khalid berusia 71 manakala opah yang kedua tua. Dalam pesawat apa sahaja makanan yang disajikan semuanya opah rasa enak, tambahan perut pun lapar. Sebelum mendarat semua penumpang terpaksa mengisikan borang memasuki Mesir. Jam 10.20am kami selamat mendarat di Cairo International Airport. Alhamdulillah.
 |
Cairo International Airport |
 |
3 orang rakan Kamarul membantu |
 |
Dalam Coaster menuju ke penginapan. Opah bertudung pink, di belakang Haji Khalid berkopian putih |
Selesai urusan mengambil bagasi, kami menuju lokasi pertemuan dengan Ustaz Kamarul Hakim, Tour Guide kami sepanjang berada di Mesir. Tika itu sudah jam 12.30pm. Kamarul membawa 2 orang sahabatnya membantu kami memuatkan bagasi ke dalam Coaster. Maka bermulalah sesi "Chop seat" antara beberapa jemaah. Semuanya nak duduk paling depan. Agaknya jika ada seat depan driver pun mereka yang rebut dulu, hahaha!... Ada yang naik seorang tapi dah chop seat untuk gengnya!!! Maka hilang sudah pertimbangan mendahulukan yang uzur atau dah tua diutamakan. Opah macam biasalah, uruskan bagasi dulu barulah naik bas. Tapi opah tetap memilih seat sisi tangga belakang bas. Tak perlu berebut dan di situ selesa turun naik bas. Selesa mengambil gambar dari cermin pintu belakang dan tingkap tepi seat sendiri. Bestnya.. dapat duduk seorang jika pilih seat di belakang ni.
Opah mula menggunakan Selfie Stick yang baru dibeli khas untuk ke Mesir. Satu kelemahan opah ialah, tiap kali selesai travel selfie stick pasti rosak..😀. Jadi sebelum memulakan kembara ke luar negara kenalah beli yang baru. Merakam gambar melalui cermin pintu belakang bas mudah dan selesa sangat. Selesai ambil gambar opah buka fon untuk melihat lokasi tempat tersebut untuk dibuat catatan pada gambar yang dirakamkan. Sepanjang laluan ke penginapan, menemukan banyak bangunan lama satu tingkat. Tidak banyak kawasan menghijau ataupun kota yang sibuk. 30 minit perjalanan kami pun tiba di Homestay Al-Baghdadi.





 |
Tiba di Al-Baghdadi Homestay |
Homestay Al-Baghdadi Cairo berjumlah 5 buah dalam satu bangunan. Lokasinya di Hayyu Sabik. Rumah apartment ini menyediakan 4 bilik tidur dengan dua tandas. Ada juga 2 kamar tidur yang berkongsi satu tandas. Semua bilik memiliki tingkap dan perudaraan yang baik. Homestay ini dikategorikan sebagai hotel resort. Lokasi bangunan ini di tepi simpang 4 memanglah sibuk pada waktu pagi dan petang. Di hadapannya terdapat sebuah sekolah swasta. Selainnya bangunan komersil.
Menginap di sini agak selesa kerana ruang kamar dan hall yang luas. Ada rumah yang disediakan dapur, justru bolehlah memasak. Opah dan opah Nab diberikan bilik berkatil single dan double bed. Berkongsi rumah ini dengan adik sepupu kami Dr Zakaria dan isterinya Wan Asmak. Tok Yem nak pastikan warisnya serumah dan ada doktor boleh jaga opah. Kamar kami di tingkat 4. Selesa mendiami kamar kami di nombor 17 Al-Husori. Masalah utama di sini ialah servis Lif yang sempit dan tidak diselenggara dengan baik. Juga kunci pintu rumah yang teramat sukar dibuka... Opah tetap gagal membuka kunci pintu rumah ini selama mendiaminya.
 |
Kamar opah dan opah Nab |
Selesai memasukkan bagasi ke dalam bilik masing-masing, terus mandi dan menukarkan pakaian lain. Setelah berehat seketika, kami turun untuk mengikuti kembara yang pertama di Cairo. Jam 2.30pm bas membawa kami 22 orang jemaah, yang diketuai Ustaz Kamarul Hakim dan Ustaz Fathul Rahman. Kedua-duanya anak jati Perak. Cairo dikenali juga dengan nama City of The Dead, Cairo NecroPolis atau Nama Qarafah yang terbit dari nama kabilah Qarafah. Mereka menjadikan tanah perkuburan ini sebagai tempat tinggal. Nama ini dipakai sejak awal abad ke-4 Hijriah. Qarafah adalah taman syurga. Paling akhir Cairo terkenal pula dengan nama Kota Seribu Menara. Gelaran ini bersempena kehadiran ribuan menara pada masjid, di bangunan tinggi dan menara air yang menjulng ke langit di Cairo ini. Sepanjang perjalanan Ustaz memberikan imfo berkaitan tempat yang ditemui. Kini kami menuju ke Masjid Imam Syafie.
 |
View di laluan ke Masjid Imam Syafie |
Imam Syafie berasal keturunan Arab Quraisy. Nama sebenar beliau Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Nasab beliau berkait dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau lahir pada bulan Rejab 150Hijrah di kota Gaza, Palestin. Bermula usia 9 tahun beliau sudah menghafal Quran. Tika usia kanak-kanak beliau berjaya menghafal Kitab Al-Muwatta' yang ditulis oleh Imam Malik. Daya ingatan dan tahap kecerdasan Imam Syafie adalah luar biasa. Tika usia 15 tahun beliau sudah mengeluarkan fatwa sendiri. Beliau meninggal dunia di Fustat Mesir pada tahun 204Hijrah tika berusia 54 tahun.
Kami menemukan Pasar Syafie " Suq Syafie" dulu sebelum berjumpa masjid tersohor ini. masjid ini di bina oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 572Hijrah. Merupakan bangunan pertama yang dibina di atas makam Imam Syafie. Selepas itu beberapa siri penambahbaikan dilakukan sehinggalah kepada bangunan terkini. Di sini juga terdapat makam anak Imam Syafie yang bernama Ibn Abdul Hakim. Singgah berziarah di masjid terindah ini untuk bersolat jamak Zohor dan Asar. Kemudian ustaz membawa kami menziarah sekitar makam sambil memberikan penerangan.
 |
Makam Imam Syafie |
Jam 4.00pm singgah pula di Pasar Malam Pasar Khan Khalili. Pasar terbuka yang menjual aneka makanan Arab, buah-buahan, pakaian dan keperluan rumah. Sambil berjalan sekitar pasar pengunjung didendangkan dengan alunan muzik timur tengah. Terasa bergoyang anggota tubuh mendengarkan alunan muzik nan merdu.
 |
Pasar terbuka di antara bangunan |
 |
Buahan yang segar dan bersaiz besar |
 |
Jualan makanan |
 |
Jualan barangan mainan |
 |
Jualan roti Arab dijunjung atas kepala. Tak jatuh tika berselisih |
Opah membeli beberapa biji buah pisang dan sebekas buah cheri. Adik membeli beberapa helai alas meja di bazar ini. Kemudian Ustaz Rahman yang mengetuai kumpulan wanita membawa kami memasuki masjid berdekatan pasar malam tersebut. Masjid Saiyidina Hussein atau nama penuhnya Hussein bin Ali AS, cucunda baginda Rasul. Bangunan ini terletak berdekatan Bazar Khan El-Khalili dan juga dekat Masjid Al Azhar yang terkenal. Kawasan sekitar Masjid Hussein dikenali sebagai Al-Hussein. Dipercayai kepala Saydina Hussein yang dikebumikan di dalam masjid ini. Bangunan ini dibina pada tahun 1154H, hingga kini menjadi lokasi lawatan para pelancong.
 |
Terlalu ramai pengunjung sukar memandang sepuasnya |
Keluar dari Masjid Saidina Hussein, kami masih melalui pasar malam. Masih ada yang membeli barangan jualan di situ. Akhirnya kami diarah berhimpun di hadapan Masjid Al Azhar untuk menunggu bas. Dari mula azan Maghrib kami menunggu bas sehingga selesai solat berjemaah Maghrib di dalam masjid pun; bas belum sampai. Pilu hati kerana sudah berada di depan pintu masjid namun tak melakukan solat. Alasannya kerana opah tertinggal telekung di dalam bas. Malah ramai lagi yang sedemikian tak bersolat di dalam masjid. Diberitahu bas tidak boleh tunggu lama di situ untuk mengambil penumpang. Ya, memang benar kami boleh jamak, tapi tak sama kerana nanti bersolat di rumah. Opah 😞😞. Akhirnya bas tiba lalu membawa kami pulang ke homestay. Makan malam hari tersebut nasi bungkus yang dihantar ke homestay.
Bersarapan pagi pada 18 Disember tika jam 7.30pagi. Kami menuruni lif kemudian berjalan kaki menuju ke sebuah bangunan apartment yang berdekatan. Berjalan ke situ dalam 10 minit gaya jalan warga emas. Di dalam bangunan bernama Rumah Kedah yang di tingkat bawahnya dijadikan tempat makan. Semuanya diusahakan oleh pelajar Malaysia di Cairo/ Kaherah. Boleh dikatakan tika berada di Cairo setiap pagi kami bersarapan di sini. Pagi itu menikmati Nasi Kerabu dan teh tarik sebagai bekalan perut untuk kembara seterusnya.
 |
Rumah Kedah |
 |
Sejarahnya |
 |
Ahli rombongan yang datang tanpa pasangan |
Bas baru pula yang datang membawa kami dalam kembara pada 18 Disember 2024 bersamaan hari Rabu. Jadual lawatan hari ini menuju ke ke Giza. Perjalanan selama 43 minit sahaja untuk tiba di situ. Menurut sejarah Piramid Giza dibina sebagai makam Firaun Khufu. Ia memerintah antara tahun 2583 hingga 2606 SM dalam era Dinasti ke-4 Mesir. Piramid ini dibina oleh kerabat Khufu bernama Hemon selama 26 tahun. Piramid Agung Giza merupakan yang terbesar. Piramid ini siap dibina pada tahun 2580 SM mengambil masa selama 10 tahun. Piramid Giza adalah piramid tertua dan yang terakhir masih tinggal. Juga tercatat dalam UNESCO World Heritage Site.
Selesai aktiviti menikmati panorama sekitar di padang pasir yang luas sambil merakamkan gambar. Opah dan opah Nab mengikuti Dr Zakaria dari belakang. Setelah melihat dia dan isterinya mula mendaki piramid, kami pun segera menyusul di belakangnya. Opah nak uji kekuatan jantung yang dah lama tidak mendaki. Setelah menaiki beberapa anak tangga kemudian opah berhenti mennarik nafas. Kemudian meneruskan pendakian. Alhamdulillah berjaya sampai di lokasi khas untuk bergambar. Itu baru sepertiga ketinggian piramid. Opah bersyukur dapat menjejak kaki di Piramid Giza dalam usia 69 tahun dan masih sihat.
 |
Tiket masuk Piramid |
 |
Setelah mendaki berposing sini |
 |
Aktiviti menunggang unta berbayar |
 |
Juga disediakan untuk pengunjung |
 |
View dari atas Piramid Giza |
 |
Tandas awam bersih |
Tidak jauh dari situ terdapat sebuah lokasi tarikan pelancong juga. Tapi tidaklah boleh berjalan kaki. Kami dibawa menaiki bas untuk ke lokasi bersejarah Sphinx of Giza. Untuk mendekati patung Sphinx perlulah menaiki laluan di dalam sebuah bangunan. Patung ini Terletak di Dataran Tinggi Giza, di Tebing Barat Sungai Nil dalam Giza Governorate, Egypt. Patung Sphinx adalah patung berkepala manusia dan berbadan singa. Ia merupakan peninggalan Mesir Kuno. Patung yini diperbuat daripada batu kapur dengan ketinggian 73meter. Ia berbaring lurus menghadap ke timur. Banyak jualan cenderamata di sekitar entrans ke Sphinx.
Great Sphinx berkepala manusia badan singa
 |
Laluan ke Sphinx |

 |
Cenderamata banyak dijual |
Jam 11.00 pagi kami menuju ke Factory Al Fayed Perfumes. Kilang minyak wangi yang menghasilkan pelbagai aroma bauan. Ada wangian untuk badan, kediaman, kenderaan dan pelbagai lagi. Lebih dikenali sebagai Essence Of Life Alfayed Perfume Palace di kalangan penggemar minyak wangi. Terletak di Nazlet El Samman, Pyramid Giza. Memasuki entrans kilang ini didahului ruang pameran produk-produk yang dihasilkan. Pada satu sudut di kanan disediakan ruang tempat duduk pelanggan. Kami duduk di situ sambil mendengar penerangan produk keluaran kilang sambil disajikan minuman. Opah tak membeli kerana stok wangian yang Uda belikan masih banyak.
 |
Tekun mendengar penerangan |
Dah lama tempoh masa berjalan sejak dari bersarapan jam 7.30am, perut sudah berkeroncong. Jam 12.30pm kami dibawa ke Soiree Restaurant untuk makan tengahari. Di bangunan 3 tingkat ini kami disajikan nasi Arab dengan aneka lauk dan sayuran. Di sudut belakang ada sajian aneka kudapan manisan Arab sebagai tambahan. Opah memilih makan sesenduk nasi bersama lauk dan sayuran yang banyak. Tika travel lama begini perut perlu dijaga. Memilih makanan yang kurang pedas dan banyak sayuran serta buahan mudah untuk kumbahan... Haha.. Kudapan banyak yang manis, opah tak berani cuba kerana air minuman sudah pun manis...
 |
Sajian kudapan dan buahan |
 |
Boleh habis tu |
 |
Jamuan di tingkat 1 |
Selesai makan kami bergerak ke Masjid Amr Bin Al-Aas. Tika itu jam menunjukkan pukul 2.45pm. Dah boleh lakukan solat jamak. Masjid ini adalah sebuah kompleks bangunan satu tingkat yang luas. Bangunan untuk berwuduk dan tandas dibina di kiri masjid. Memasuki Masjid ini terasa redup hati...damai dan memperoleh ketenangan. Bersolat di atas karpet biru di bahagian kiri masjid yang menempatkan jemaah wanita. Di bahagian kanan ruang solat untuk jemaah lelaki yang bersambung dengan halaman di tengah-tengah kompleks ini. Di entrans masjid banyak jualan cenderamata oleh penduduk sekitar.
Masjid Amr ibn Al-Aas dibina bermula tahun 641-642M sebagai pusat pentadbiran kepada ibu negara Mesir yang baharu yaitu Fustat. Terletak di Sidey Hassan Al Anwar, Old Cairo. Struktur asal masjid ini adalah masjid pertama yang dibina di Mesir dan di seluruh Afrika. Lokasi masjid tersebut merupakan tempat berdirinya khemah panglima tentera penakluk Amr ibn Al-as. Di suatu sudut masjid terdapat makam anaknya, Abdullah ibn Amr. Masjid ini dibina semula menjadi mercu tanda dan dapat dilihat kini sebagai 'Kaherah lama'. Masjid ini dibuka setiap hari menerima ramai jemaah bersolat dan pelancong datang melawat.
 |
Masjid Amr ibn Al-Aas |
 |
Dataran/ halaman lapang di tengah-tengah masjid |
 |
Ruang solat wanita |
 |
Sebahagian ruang solat lelaki |
 |
Dibawah mineret tempat berwuduk |
Kembara seterusnya menuju ke National Museum of Egyptian Civilization. Sebuah kompleks bangunan 2 tingkat yang besar. Terletak di Ein As Seirah, Old Cairo. Muzium ini dibuka sepenuhnya pada April 2021. Sebanyak 22 mummies termasuk 18 raja dan 4 permaisuri dalam upacara yang dinamakan sebagai "The Pharaohs' Golden Parade". Muzium ini mempamerkan koleksi 50,000 artifaks berkaitan Tamadun Mesir dari prasejarah hingga era moden. Memasuki muzium ini pengunjung dikenakan bayaran bernilai sebanyak RM44.07.
 |
Entrans muzium nan indah & moden |
 |
View dari depan muzium |
Jam 5.20pm menuju ke tempat makan malam. Agak jauh perjalanan untuk menikmati menu makanan dalam suasana budaya masyarakat Arab. Selamat tiba di lokasi bernama Yemeni Restaurant. Lokasinya sekitar Cairo atau nama lainnya Kaherah. Memasuki entran tempat makan ini pengunjung sudah terasa badan bergelek terdengar alunan muzik Arab. Sebuah kawasan yang didekorasi dengan aneka bentuk tempat makan. Pengunjung tidak ramai boleh memilih makan di kamar kecil yang ada privasi. Boleh juga makan di tempat terbuka atau jika ramai di dalam dewan yang besar.
Oleh kerana jumlah kami ramai, diberikan dewan untuk tempat makan. Walaupun warga emas yang sakit lutut dan sebagainya, terpaksa jugalah duduk bersila di lantai untuk makan. Disajikah aneka makanan Arab daripada daging kambing dan ayam yang dimakan bersama nasi. Menu pertama disajikan roti Arab yang bersaiz besar berserta pencicahnya. Setiap meja kami berkongsi makanan 10 orang. Makanan yang disajikan memanglah banyak. Ada juga lauk-pauk yang tak habis kerana sangat berlainan rasa dengan lidah masing-masing. Memang sesuai bawa keluarga makan di sini... indah dan menu Arab sebenar. Datang ke sini pada waktu malam lebih menarik dengan hiasan pelbagai lampu.
 |
Entrans ke Restauran Yemeni |
 |
Melangkah masuk dah terpukau dengan hiasan dalamnya |
 |
Ruang akan terbuka |
 |
Ruang makan untuk pengunjung bilangan ramai |
 |
Perlu ada sukarela tolong potongkan roti yang besar |
 |
Nasi Arab serta sedikit ayam, yg lainnya drp daging kambing untuk 10 orang |
 |
Sup, buah limau dibungkus asing |
 |
Ruang makan nan indah untuk pengunjung kumpulan kecil |
 |
Di kanan laluan terdapat banyak kamar makan |
 |
Selesa berehat di sini |
 |
Kamar solat |
Hari keempat kembara pada 19 Disember bersamaan hari Khamis. Bersarapan di tempat biasa di Rumah Kedah. Malam tadi Tour Guide menghantar mesej meminta kami bersarapan awal kerana perjalanan hari ini jauh. Masing-masing sudah bergerak ke lokasi bersarapam seawal jam 7.00pagi. Menu Nasi Lemak ayam goreng berempah serta kopi tarik buat bekalan perut. Opah terpaksa minum kopi tarik untuk pastikan mata segar sepanjang perjalanan. Jika opah mengantuk, tak dapatlah merakamkan foto.... Hah, apa yang nak dimuatnaik dalam blog? Setuju kan....🙋
 |
Sedap semua rezeki yang disajikan |
 |
Meja depan sekali dapat makanan awallah |
 |
Nooriaton, Zaini, Khalid dan Ika |
 |
Perjalanan dari Kaherah ke Dahab |
Perjalanan jauh pagi ini ke Dahab dijangka selama 6 jam tanpa henti. Kita manusia merancang, Allah jua yang mentakdirkan. Sesungguhnya perjalanan untuk hari ini tanpa disedari telah memakan masa selama 18jam !! Alhamdulillah semua masih sihat walaupun kelihatan letih keuzuran dek ketuaan!! Jam 8.00pagi dari Cairo, singgah pula di beberapa lokasi lawatan menyebabkan tiba di Dahab jam 2.30pagi 20 Disember. Inilah juga pengalaman bermakna apabila seorang polis berada di dalam bas sepanjang kembara ke Dahab. Demikianlah pengalaman baru untuk opah yang belum lagi mencapai noktah dalam kembaranya.
Pagi ini semua jemaah senyum lebar melihatkan sebuah bas baru menunggu kami di hujung jalan. Kami telah diberitahu awal lagi untuk membawa bersama sepersalinan pakaian kerana akan menginap di Dahab 1 malam. Tika memasuki bas opah masih memilih seat di tepi pintu belakang bas. Opah Nab pun tidak muntah sejak kembara ini. So opah pilihkan dia seat tepi tangga belakang bas. Kami dapat duduk seorang tiada peneman di seat sebelah. Bolehlah meletakkan bagpack dan lain-lain barang di sebelah. Selesa sekali opah merakamkan gambar dalam bas kali ini. Opah masih gunakan Selfie Stick yang dipasang pada fon Xiaomi Hyper OS. Fon ni opah khaskan untuk merakamkan gambar. Fon Honor View20 yang dah lama ni untuk urusan peribadi dan kewangan.
 |
Bas kedua untuk kembara seterusnya |
 |
40 seat untuk 22 penumpang |
Perjalanan kali ini banyak melalui kawasan padang pasir. Kadang-kadang kelihatan bukit batu dalam pelbagai bentuk. Opah merasakan bentuk bukit batu di gurun ini ada yang meyerupai haiwan, kekadaang seperti pokok dan bangunan. Terdapat juga permukaan bukit ini berwarna-warni. Entah kenapa!! Ada kalanya tidak kelihatan langsung pokok-pokok mahupun kediaman penduduk. Sesekali terdapat beberapa penempatan penduduk di kiri dan kanan jalan yang kami lalui, itu pun setelah satu setengah jam perjalanan. Kenderaan yang menggunakan laluan kami pun jarang-jarang. Sepi.. kosong kerana opah tak dapat merakam gambar yang menarik. Cuma padang pasir nan luas terbentang. Inilah bonus kehidupan opah dapat menyaksikan pelbagai koleksi ciptaan Yang Maha Agung di seluruh alam. Alhamdulillah.
 |
Jalan raya sunyi |
 |
Lebuhraya lengang |
 |
Ketemu banyak masjid di tepi jalan |
Jam 9.40pag bas berhenti untuk mengisi minyak. Lokasi yang dilihat pada gambar yang dirakamkan, stesen minyak itu terletak di Alganayen, Suez Goverment. Selesai mengisi minyak kami melalui pintu masuk Toll. Bermulalah kembara melalui lebuhraya ber Toll. Dari lokasi sini juga bas kami diiringi kereta peronda dengan dua orang anggota polis di dalamnya. Di semua Check Point keselamatan, penumpang tidak perlu turun, hanya polis pengiring di dalam bas yang turun menyelesaikan semua urusan keselamatan. Sewaktu siang kami bebas merakamkan gambar walaupun di pos keselamatan. Tetapi pada sebelah malam kami dimarahi oleh polis bertugas untuk merakamkan gambar di lokasi mereka bertugas. Opah terasa selamat sepanjang perjalanan menuju ke Sinai kali ini kerana kawalan keselamatan terbaik. Berbanding tika opah berada di Sinai tahun 2013, tiada langsung kawalan keselamatan seperti ini.
 |
Stesen minyak |
 |
Gerbang pemeriksaan pasukan keselamatan Mesir |
 |
Kereta peronda dengan 2 orang polis mengiringi bas ke Dahab |
 |
Pos pemeriksaan keselamatan ke-2 |
 |
Pos pemeriksaan keselamatan ke-3 |
 |
Pos kawalan keselamatan di atas bukit |
 |
Curi2 rakam ginilah foto jadinya |
 |
Pos pemeriksaan keselamatan ke-4 |
 |
Polis pengiring di dalam bas boleh bergambar, bukan dgn 2 polis dalam kereta peronda |
Kubu Barlev (Israel) persinggahan kedua dalam kembara hari ini. Jam menunjukkan pukul 10.15pagi, oh masih awal! Tiba di situ 2 orang tentera Mesir meraikan kami. Beliau memberikan penerangan berkaitan kubu tersebut dalam bahasa Arab, Kemudian diterjemahkan oleh Ustaz Kamarul dalam Bahasa Malaysia. Opah mengambil peluang memasuki sebuah kubu yang dilengkapi dengan pelbagai senjata. Kemudian menaiki tangga menuju ke sebuah bangunan (anjung tinjau) berdinding kaca. Dari atas sini dapat melihat dengan jelas pemandangan sekitar yang sangat bermakna dalam ketenteraan.
Menurut sejarah, Perang Yom Kippur yang juga dikenali perang Arab-Israel berlaku pada tahun 1973. Ia juga dikenali sebagai Perang Oktober dan Perang Ramadan. Peperangan ini bermula 6 hingga 24 Oktober 1973. Israel diperangi pakatan Mesir dan Seria. Pada 7 Oktober tentera Mesir berjaya menyeberangi Terusan Suez untuk bersama tentera Seria. Peperangan ini berlaku di Semenanjung Sinai, Dataran Tinggi Golan dan persekitarannya. Akhirnya berlakunya gencatan senjata anjuran GENEVA. Dengan Perjanjian Kem David membawa kepada perjanjian damai antara Israel-Mesir 1979.
 |
Mercu tanda sebelum ke Barlev |
 |
Sumber youtube |
 |
Entrans ke Kubu Israel |
 |
Mendaki ke kubu tertinggi berdinding kaca |
 |
Alatan teropong di kubu tetinggi |
 |
Membantu Noorainon menaiki tangga |
 |
Dari kubu tertinggi dapat lihat pemandangan sekitar |
 |
Kubu Bar Lev
|
 |
Boleh masuk ke kubu ini |
 |
Pameran dalam kubu |
Jam 12.30pm kami diberikan makan nasi bungkus. Menu Nasi Ayam berempah serta air mineral. Tour Guide memberitahu Oyoun Musa ditutup hari itu. Tiada rezeki kami untuk ke Oyoun Musa atau lebih dikenali sebagai Ain Musa dan Mata Air Nabi Musa. Alasan yang diberikan kerana 'ditutup untuk pelawat'. Oleh kerana opah terkilan tidak dapat menjejak kaki di situ, opah kongsikan juga imfo berkaitan tempat hebat tersebut. Opah ambil petikan dari beberapa Blogger yang hebat,
 |
Sumber youtube |
 |
Nasi Ayam berempah menu lunch |
 |
Sambil makan kami berkenalan Zaiwiah (Batu Cave) |
Jam 4.50pm kami singgah di sebuah kawasan R&R di Tariaq Badon ASM. Nama ini opoh dapat dari lokasi pada fon. Berhenti di sini untuk bersolat jamak Takhir Zohor dan Asar. Sebaik tiba di situ masing-masing sibuk masuk ke tandas untuk urusan sendiri. Kami mengambil wuduk di dalam tandas. Tiada tempat solat khas yang disediakan di situ. Kami bersolat jemaah di luar bangunan tandas. Terasa pelik, namun itu kebiasaan para musafir pabila tiba di tempat tersebut.
Sebelum keluar kami terpaksa melalui tempat pemeriksaan keselamatan. Polis pengiring sentiasa bersama kami di situ. Lagi satu yang pelik terjadi, dilokasi sinilah kami terpaksa turun bas kemudian menaiki coaster untuk ke tempat R&R ini. Untuk balik semula ke bas, juga terpaksa menaiki coaster. Ini kerana jalannya sempit bas tak boleh masuk. Sebuah daripada coaster yang disewa itu berpaling tadah, terpaksalah Tour Guide menyewa beberapa buah kereta untuk kami kembali ke tempat bas parkir. Inilah "Janji Arab!!!" Jam 5.00pm bermulanya suasana kegelapan malam. Kami menuju ke St Catherine Oasis pula.
 |
Bergambar selepas bersolat |
 |
Selesai solat dah mulai gelap |
 |
Bukit batu indah bentuknya |
 |
View sekitar Tariaq Bedon |
 |
Penempatan penduduk |
 |
Bas besar dan selesa |
 |
Coaster yang disewa |
 |
Rest House |
 |
Bukit seakan membentuk haiwan |
 |
Bagaikan akar pokok |
 |
Tona aneka warna pada bukit batu |
 |
Sudah memasuki kawasan Semenanjung Sinai |
 |
Bukit warna-warni |
Tika sampai di Saint Catherine's Monastery Oasis sudah malam. Bas membawa kami melihat tempat bersejarah di situ. Kemudian bas berhenti di sebuah kawasan rehat. Kami membeli minuman dan makanan ringan dari Kafe berdekatan bernama "St Catherine Oasis Cafe". Opah membeli sebuah beg telekung berwarna putih untuk kenangan. St Catherine's merupakan Biara Kristian yang terletak di kaki Gunung Sinai juga di Padang Pasir Sinai. Biara ini tertua dan yang masih digunakan oleh penganut agama Kristian hingga kini. Tempat bersejarah ini telah diikhtiraf sebagai UNESCO world heritage Site.
 |
St Catherene waktu malam |
Antara harapan tertinggi untuk kembara ke Mesir adalah menziarahi makam para Anbiyya. Ramai yang menolak untuk untuk ke Luxor kerana inginkan ke makam Nabi Harun dan Nabi Salleh. Doa dah usaha pun sudah, tapi Allah jua yang mentakdirkan. Memanglah bas berhenti betul-betul di depan entrans kawasan makam, namun kegelapan malam tika tiba di situ menghalang semua hasrat kami. Terpaksalah opah meminjam gambar-gambar dari bloger terhebat untuk berkongsi imfo di sini.
 |
Check Point ke makam Nabi Salleh AS
|
 |
Kawasan menempatkan makam Nabi Salleh
|
 |
Sumber youtube makam Nabi Harun |
 |
Makam Nabi Harun |
Dari awal lagi opah memang tidak berani melibatkan diri dalam itenari pendakian ke Bukit Tursina. Jika berada di puncak Tursina dapatlah menyaksikan terbitnya mentari pagi. Memandangkan terpaksa mendaki ratusan anak tangga pada tengah malam, maka opah beralah dengan takdir diri. Namun opah tetap suka tempat tersebut justru opah kongsikan imfo berkaitan. Koleksi gambar dll opah petik dari sumber youtube.
 |
Tangga yang wajib dilalui |
 |
Puncak Gunung Tursina |
 |
sumber Youtube |
Jam 6.40pm bas membawa kami meneruskan perjalanan dalam kegelapan malam. Jika di Malaysia waktu sebegini masih terang-benderang lagi. Namun di tanah Piramida ini suasana sepi tidak banyak pergerakan di jalanan. Agaknya penduduk sekitar sudah lena dibuai mimpi indah. Sedangkan para musafir ini masih duduk di dalam bas. Kami dicadangkan supaya tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya. Kereta peronda polis masih berada di depan bas mengiringi perjalanan kami. Masing-masing tiada kerisauan menempuhi lebuhraya yang sunyi dan jauh ini. Di dalam bas pun polis pengiring masih berjaga sambil berbual dengan pemandu bas.
Tiba di Dahab sudah jam 2.30pagi hari berikutnya 20 Disember 2024. Bas berhenti di tempat penginapan di Dahab. Setelah 8 jam perjalanan akhir semua bergegas turun dari bas. Ada yang ke tandas, ada yang bersenam ringan mengendurkan otot dan ada yang sibuk merakamkan gambar sekitar. Opah pun mengambil peluang merakamkan panorama malam sekitar Carmine Hotel.
Hoter Carmine berada di tepi jalan raya yang sibuk di Peace Road, Dahab, South Sinai. Hotel ini berhampiran dengan Pantai Dahab di pinggir Laut Merah. Hanya 6 minit berjalan kaki dari hotel ke situ. Lokasi hotel ini di tengah-tengan bandar Dahab. Dilengkapi kolam renang di hadapan bilik kediaman, pusat fitness dan spa. Setelah diberikan kunci bilik kami memasukkan barangan yang dibawa. Sudah mengetahui arah kiblat kami pun menyemprnakan solat jamak takhir Maghrib dan Isyak di dalam bilik. Kemudian keluar semula untuk pergi ke tempat makan malam.
 |
Tugu Dahab waktu malam
|
 |
Jam 2.30pagi 20.12.24 tiba di hotel |
 |
Kolam renang di depan bilik2 penginapan |
 |
Hotel 2 tingkat di bandar kecil |
 |
View dari tingkat 1 |
 |
Dekorasi sempena Hari Krismas nanti |
Semangat nak makan malam sememangnya jelas terpancar pada wajah jemaah kami. Memang tersangat lapar. Makan tengahari tika di dalam bas tadi pun jam 12.30pm, dah lebih 12 jam. Kami berjalan kaki dari hotel menuju ke tempat makan yang berada di belakangnya. Dari jauh sudah kelihatan meriah nama Disney Aladdin Dahab. Kami tiba di sebuah kawasan perniagaan di tepi pantai Dahab. Rupa-rupanya hanya di belakang hotel Carmine sahaja. Tika tiba di situ jam menunjukkan pukul 4.00pagi. Itulah dinner itulah juga sahur!!
Memasuki entrans Aladdin sudah kelihatan meriah sangat. Dekorasi menarik dengan hiasan pelbagai lampu menaikkan selera kami makan. Dijamukan nasi bersama lauk-pauk bermenu Seafoods. Ada masakan ketam, udang, ikan dan sotong. Sebelum sajian nasi kami dijamukan roti Arab bersama pencicah berwarna putih. Alhamdulillah semuanya enak. Selesai makan kami dibawa meronda ke gerai-gerai sekitar pantai tersebut. Walaupun jam menghampiri 5.00pagi masih terasa segar berjalan-jalan sambil menjamu mata. Akhirnya opah dan Opah Nab balik ke kotel awal daripada yang lain untuk berehat.
 |
Entrans Aladdin |
 |
Sudut tempat menjamu selera |
 |
Geng bujang makan berempat |
 |
Menu di meja kami |
 |
Minuman cocktail special bayar sendiri |
 |
Minuman berbayar jus bunga raya, free air mineral |
 |
Ketam berkuah putih... enak |
 |
Antara makanan laut untuk tempahan |
 |
Pantai Dahab Laut Merah & purnama menjadi saksi kehadiran opah di sini |
 |
Ronda2 sekitar kedai di Pantai Dahab |
 |
Tempat makan berdekorasi menarik |
Sebelum bersarapan opah turun ronda-ronda kawasan hotel. Nak merakamkan momen terindah pada siang hari 20 Disember 2024 pula. Di tingkat bawah bawah hotel terdapat pejabat, ruang rehat dan kafetaria bersebelahan dengan kolam renang. Di bahagian kanannya terdapat beberapa kamar penginapan. Jemaah yang uzur diberikan kamar di tingkat bawah. Opah dapat bilik di tingkat atas, namun ok lah sebab naik tangga 1 tingkat sahaja. Masih kelihatan 2 polis peronda dan seorang polis pengiring turut makan bersama kami, tapi di meja lain. Terfikir untuk berbual dengan mereka tapi bahasa menghalang untuk berkomunikasi. Opah tak tahu bahasa Arab, mereka pula tak tahu bahasa Inggeris atau Melayu.
 |
Posing sebelum bersarapan |
 |
Wajah pagi hari |
 |
Jam 7pagi baru diletakkan kerusi meja makan |
 |
Bersarapan roti Arab lagi |
 |
Set sarapan 2 orang opah |
Hari kelima di perantauan opah memakai jaket kulit dari Macedonia. Terfikir jika sejuk udara di Dahab, sesuailah memakainya. Kami berjalan ke depan hotel. Sudah banyak jeep dan sebuah kereta menunggu kami di depan hotel. Opah terpaksa menaiki kereta dan tidak menaiki jeep untuk mengelakkan sakit tulang pinggul (Sciatica) muncul semula. Jika cakera hernia menekan saraf pinggul, sciatica boleh terjadi. Tika itu terasa jarum menyucuk tulang pinggul.
Jam 8.30am kami dibawa menaiki beberapa buah jeep menuju ke Franco Water Sport. Tanggal 20 Disember 2024 kami menaiki bot menyusuri Laut Merah pula. Hanya 9 minit perjalanan, kami diturunkan di depan entrans Dahab Lagoon Club & Resort. Kemudian berjalan kaki ke dalam resort untuk ke tempat bot berlabuh. Sepanjang perjalanan menyaksikan keindahan taman-taman di dalam resort. Subur dan menghijau segala tumbuhan di dalamnya. Memasuki resort hati opah dah mula berbunga-bunga. Pastinya opah tidak lagi melihat hamparan padang pasir, tapi hari ini melihat kehijauan tumbuhan di Dahab.
 |
Kereta peronda di Dahab |
 |
Jeep membawa jemaah ke tempat bot. Opah naik kereta hitam |
 |
8 penumpag setiap jeep |
 |
Jalanraya yang sepi |
 |
Masjid Dahab dekat dengan Carmine Hotel |
 |
Melalui entrans ini untuk ke Franco Water Sport
|
 |
Polis pengiring & Tour Guide |
 |
Setia bersama kami |
 |
Opah & Flora berpisah tiada |
 |
Pohon tamar menghisi taman |
 |
Tempat menaiki bot |
Tiba di Franco Water Sport disambut hamparan pantai Dahab nan indah. Air membiru memenuhi Red Sea memukau pandangan pengunjung. Sunyi sekitar hanya kedengaran keriuhan suara kami sahaja. Opah pernah hadir di pantai Laut Merah ini pada November 2013 tika lawatan ke Palestin, Jordan dan Israel. Kini opah datang lagi di Laut Merah tapi di tanah Mesir pula. Seluruh kawasan rekreasi yang memang private dan sangat terjaga kebersihan sekitarnya. Hiasan tumbuhan di resort sangat ngam dengan kedamaian suasana sekitar. Di sepanjang pantai di resort ini disediakan bangku kayu untuk berehat sambil menikmati suasana di Laut Merah.
Untuk menaiki bot kaca di situ, tidak dibenarkan memakai kasut. Kami berkaki ayam sahaja untuk menaikinya. Pada lantai bot dipasang petak berkaca untuk pelanggan melihat hidupan di dasar laut. Oleh kerana tiada jeti di situ, kami terpaksa mengharungi air untuk menaiki bot. Agak sukar juga untuk memasuki bot yang agak tinggi dan bergerak-gerak kerana gerakan ombak. Bot dua tingkat ini yang boleh memuatkan sekitar 30 penumpang dipandu laju ke tengah laut. Opah selesa berada di tingkat atas bot. Dari atas dapat melihat pemandangan indah serta menghirup udara segar. Sangat selesa merakamkan gambar dari atas bot ini. Sejam masa berlayar kami kembali ke pantai untuk destinasi berikutnya.
 |
11 tahun lalu di sini, opah datang lagi ke Laut Merah |
 |
Pilihan untuk aktiviti di Laut Merah |
 |
Jeti kayu dah rosak |
 |
Menunggu giliran menaiki bot, terpaksa meredah air |
 |
Bot ditarik paling rapat ke pantai, tanpa kasut naik bot |
 |
Waduh... basah kaki seluar |
 |
Dahab Lagoon Resort dari Laut Merah |
 |
Franco Water Sport dari Laut Merah |
 |
Opah, Opah Nab, Hilal & suaminya selesa duduk di atas bot melihat panorama Laut Merah |
 |
Melihat hidupan di dasar Laut Merah |
 |
Lantai bot tanpa kasut berada di atasnya |
Selesai satu jam berlayar, pada pukul 10.30pagi kami berjalan kaki seperti waktu datang menuju ke pintu masuk Dahab Lagoon Club & Resort. Terus menaiki jeep yang sudah sedia menanti kami di situ. Jam11.00am kami menikmati makan tengahari di Disney Aladdin Dahab. Haah... barulah dapat menyaksikan keadaan sebenar restoran ini. Memang cantik dan menarik dengan dekorasi Arab. Makanan yang disajikan pun sedap sesuailah dengan tekak opah ni.
 |
Malam manusia duduk siang dia yang guna |
 |
Makanan lunch opah |
 |
Sup nama Unknown |
 |
Bilik di Carmine Hotel Dahab |
Selesai makan masing-masing berjalan kaki balik ke hotel. Memang tersangat dekat hotel ini dengan pantai serta tempat makan yang banyak di situ. Sesuai sangat menginap di sini bersama keluarga. Tiba di bilik kami bersolat jamak dahulu sebelum keluar check out hotel. Jam12.40pm semua jemaah mula menaiki bas. Kami dipandu menuju ke Sharm El-Sheikh yang terletak di selatan Semenanjung Sinai. Perjalanan sejauh 86km melalui padang pasir Semenanjung Sinai mengambil masa selama 1jam. Ditambah dengan kecekapan pemandu bas nan penyabar serta mudah mesra .
Sharm El-Sheikh "City Of Peace" adalah sebuah bandar resort terletak di antara di Padang Pasir Semenanjung Sinai dan Laut Merah. Destinasi ini Amat popular kerana ada banyak lokasi yang menjadi tarikan pelancong. Antaranya pantai berpasir putih yang terlindung, air laut jernih dan himpunan terumbu karang. Terdapat Teluk Naama yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan penduduknya juga disukai pelancong. Selain terdapat lanskaps menarik yang menggunakan pokok2 palma terdapat juga pelbagai tempat makan. Ras Muhammad National Park merupakan tempat aktiviti skuba dan banyak hidupan marin di situ.
Penghujung tahun 2013 pada bulan November opah sudah menjejakkan kaki di Semenanjung Sinai. Tika itu Gaza masih bergolak angkara Israel. Namun di bahagian tebing barat masih lagi aman. Opaah kembara dengan Pakej Intifada dari Jordan kemudian ke Palestin dan berakhir di Israel. Dulu November 2013 opah berada di utara Semenanjung Sinai di bandar Taba dan Eliat Israel. Tika itu usia opah 58 tahun. Kini bulan Disember 2024, tika berusia 69 tahun opah berada di Sharm El-Sheikh di selatan Semenanjung Sinai, di bumi Mesir pula. Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah opah di takdirkan-Nya mengembara hingga ke sini.
 |
Bandar Taba sempadan Israel dan Mesir |
 |
|
 |
Pekan Eliat Opah bermalam pada Nov 2013 |
 |
Tika usia 58 tahun di Taba |
 |
Kena marah polis Israel merakam foto ini |
Sepanjang perjalanan ke selatan Semenanjung Sinai ini masih menemukan hamparan padang pasir yang luas. Kekadang kelihatan bukit-bukit batu yang bercorak dengan tumbuhan seperti lumut atau mungkin tumbuhan renek. Bertambah cantik tika terkena sinaran cahaya matahari yang berbelang dengan bahagian bukit yang dibayangi bayang gelap. Lereng bukit seolah-olah beralun serta berlekuk-lekuk, tampak sangat harmoni ciptaan Allah.
Tika menghampiri Sham El-Sheikh bas kami melalui check point lagi. Alhamdulillah, semua pemeriksaan keselamatan berjalan lancar. Terasa amat bersyukur urusan keselamatan sangat terpelihara dan tidak menyusahkan jemaah. Selepas check point di sini, Tiada lagi kereta peronda polis mengiringi kami selepas itu, cuma seorang polis yang berada di dalam bas sahaja. Jam 3.00pm kami tiba di bandar Sharm El-Sheikh. Bas membawa kami berpusing-pusing sekitar untuk menyaksikan panorama bandar yang indah ini. Kemudian bas berhenti parkir untuk kami turun menuju ke Masjid Al-Sahaba.
 |
Tona warna pada permukaan bukit |
 |
Sudah mula ketemu penempatan penduduk |
 |
Check point sebelum memasuki Sharm El-Sheikh |
 |
Bulatan dalam pembinaan |
 |
Bangunan sekitar Sharm El-Sheikh |
 |
Deretan kedai |
Masjid As-Sahabah terletak South Sinai Goverorate. Lokasinya di Maydan Al-Sahaba Square, di tengah Pasar Lama bandar Sharm El-Sheikh. Dibina pada tahun 2011. Bangunan masjid ini menggunakan gabungan Senibina Islam Othmaniah yang unik serta kombinasi gaya antik, mewah dan bersejarah. Masjid Sahabah dengan gunung di belakangnya dapat dilihat dari pantai Laut Merah. Kubah-kubah warna tembaga mirip ciri-ciri era pemerintahan Othmaniah, Arkitek Mesir yang ternama, Farouk Taufik Hafez telah merekabentuk bangunan masjid ini, tanpa bayaran. Sesungguhnya setiap mata yang melihat masjid As-Sahabah pasti terpesona dan tidak akan jemu memandangnya.
Untuk ke ruang muslimat masjid ini terpaksalah menaiki anak tangga lalu terus ke ruang berwuduk. Kemudian boleh memasuki ruang solat melalui pintu belakang masjid ini. Dalaman masjid pun sngat indah dan mendamaikan. Sempat bersolat Tahuyatul Masjid sahaja kerana kesuntukan masa. Keluar dari pintu utama masjid terdapat banyak gerai jualan cenderamata. Berjalan di sebelah kanan masjid terdapat dua barisan kedai untuk pelawat berbelanja. Boleh membeli makanan, pakaian, barangan daripada kulit, buahan dan aneka cenderamata. Ada aktiviti menunggang unta disediakan di sini. Banyak dipamerkan tugu pahlawan Mesir di sekitar laman Masjid As-Sahaba.
 |
Dekorasi di luar masjid |
 |
Jualan cenderamata di kawasan laman masjid |
 |
Jualan aneka buahan di bangunan kedai di kanan masjid |
 |
Dua baris bangunan kedai di kanan masjid |
 |
Bukit dibelakang kompleks masjid |
 |
Air terjun binaan manusia mendamaikan tika berada di sini |
 |
Tugu pahlawan Muhamad Ali Pasha di laman masjid |
 |
Aktiviti menunggang unta 100LE |
Sekadar 1 jam meneroka sekitar Masjid As-Sahabah sesungguhnya tidak cukup. Seperti persinggahan Touch & Go sahaja. Banyak lagi lokasi yang belum sempat kami pergi walaupun menarik. Namun tempat yang dah disinggahi pun sekejap-sekejap sekadar untuk membeli buahan dan ole-ole sahaja. Paling sesuai kena bermalam juga di sini Bandar Sharm El-Sheikh untuk melihat panorama sekitarnya.
Jam 4.00pm bas mula bergerak meninggalkan Masjid As-Sahabah untuk kembali ke Kaherah. Tika itu suasana menghampiri senja. Perjalanan terus mengambil masa 5 jam 6 minit untuk tiba di home stay kami. Opah membawa pulang beberapa key chains untuk cucu-cucu. Untuk diri, opah membeli buahan mangga, nona dan kekacang untuk dimakan di bilik nanti.
 |
Pemandangan pulang ke penginapan |
 |
R& R di pertengahan jalan |
 |
Bayang senja sudah muncul tanda mentari nak berlabuh |
 |
Lalui sini dah gelap pekat |
 |
Sang suria nak berehat di ufuk barat |
 |
Sunset menghiasi perjalanan pulang |
Setelah 2 setengah jam perjalanan, malam bertambah gelapnya. Perut pun sudah berbunyi minta diisikan makanan. Jam 6.30pm singgah di suatu kawasan R&R di Tariaq Badon ESM, El Tor. Bas mengisi minyak di situ. Kesempatan bas berhenti ada jemaah yang turun menuju ke tandas membuang air. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke homestay. Sajian makan malam disediakan makanan berbungkus nasi goreng dan air mineral.
 |
Suasana malam dalam bas
|
Jam 8.50pm bas kami melalui Terowong Ahmad Hamdi. Sangat teruja tika berada di terowong yang diterangi dengan cahaya lampu yang terang benderang. Opah nak rakam gambar pun sukar kerana terkena silauan lampu dari dinding terowong. Opah terpaksa ambil gambar dari internet untuk dikongsi dalam blog ini. Selepas keluar dari terowong ramai yang lena hingga ada yang berdengkur.
Terowong Ahmed Hamdi dibina pada tahun 1981 sebagai jalan pintas dari Cairo/Kaherah ke Semenanjung Sinai. Nama terowong ini diambil sempena nama seorang Jurutera dan Jeneral Mesir yang terkorban dalam perang Yom Kippur Oktober 1973. Beliau terkorban ketika menyeberangi Terusan Suez bersama tenteranya. Terowong sepanjang 1.63km dibina dibawah Terusan Suez di lokasi bernama Shallufa. Terdapat 2 lorong tarfik bagi setiap setiap hala. Terowong inilah sebagai penghubung antara Benua Asia dan Benua Afrika yang terpisah oleh Terusan Suez. Dengan adanya Terowong Ahmed Hamdi ini, penduduk Mesir tak perlu lagi melalui Port Said di utara Mesir dahulu untuk sampai ke Semenanjung Sinai.
Tiba di home stay dah jam 4.00pagi. Setelah tiba di bilik terus mandi dan bersolat. Dek kerana badan tersangat letih, sebungkus makanan nasi berlauk tidak mampu dihabiskan. Pada pagi berikutnya opah Nab memberikan makanan tersebut kepada anjing-anjing liar di depan homestay kami.
 |
View dari dalam bas
|
Hari kelima di perantauan bersamaan hari Sabtu 21 Disember 2024. Hari cuti hujung minggu di sini. Jam 7.30am opah berjalan kaki lagi ke Rumah Kedah untuk bersarapan. Pagi itu kami disajikan Roti Kahwin! Puas membayangkan kenapa dipanggil Roti Kahwin? Rupa-rupanya pasangan Roti Canai dan Roti Telur. Masih bercicahkan kari pekat nan enak. Opah pastinya mengambil kopi tarik kurang manis sebagai persediaan untuk bertahan berjaga dalam perjalanan.
 |
Bersarapan Roti kahwin |
 |
Tour leader dan pembantu |
Setelah jam 8.40pagi semua sudah meniki bas. Pagi ini itenari berubah. Tidak ke Iskandariah tetapi menuju ke Qesm Al-Fayoum, Tasik Qorun, Istana Qorun, Wadi Al-Rayyan dan Wadi Al-Faiyum pula. Sepanjang perjalanan masih menemukan padang pasir nan luas dan bukit-bukit batu di kiri dan kanan jalan. Kemudian ketemu penempatan yang agak moden. Masjid mudah dilihat di banyak tempat. Bukan sahaja di kawasan yang ada penduduk dan di kawasan komersil malah di tepi jalan raya pun ada. Tiada alasan untuk mengelakkan bersolat. Walaupun Mesir sangat luas dan banyak tanah yang belum diterokai, namun pemerihtah masih membina perumahan bertingkat yang tinggi. Sejam perjalanan sudah kelihatan kawasan subur yang menghijau. Tetapi sangat kurang pokok-pokok tinggi.

 |
Lebuhraya 6 lorong sangat selesa |
 |
Bangunan moden |
 |
Penempatan penduduk di bangunan tinggi |
 |
Lebuhraya luas dan tidak sibuk |
 |
Masjid di tepi lebuhraya |
 |
Masjid di kawasan komersil |
 |
Kediaman penduduk |
 |
Sejuk mata memandang kebun sayuran nan luas |
Menghampiri jam 10.00pagi bas berhenti di Toll Faiyum Desert Road, Temiya untuk menunggu ketibaan kereta polis peronda yang akan mengiringi perjalanan kami. Polis di dalam bas masih setia bersama kami dari homestay tadi. Melepasi gerbang toll sudah banyak kawasan menghijau ditemui. Banyak pokok tinggi seperti pokok buahan yang hidup subur. Di samping kelihatan kawasan tanaman sayuran yang luas menghijau menutupi permukaan bumi. Tanah-tanah di sini sangat subur kerana terdapat banyak sumber air diperolehi untuk pertanian.
 |
Replika yang menarik |
 |
Kebun Pokok Zaitun |
 |
Mercu tanda di Fayoum |
 |
Ladang sayuran |
 |
Cantik hamparan hijau |
 |
Pokok kurma yang tinggi di tengah2 hamparan sayuran |
 |
Sumber air untuk pertanian banyak |
Asyik memandang keluar bas menikmati panorama desa nan menghijau opah tersentak tika bas berhenti. Rupa-rupanya sudah tiba di Kincir Air Nabi Yusuf AS Qesm Al-Faiyoum. Tika menapak di tanah bertuah Fayoum terasa kedinginan hembusan bayu desa. Seluruh kawasan sini merupakan kawasan pertanian. Pelbagai tanaman pertanian yang diusahakan penduduk sekitar sini. Memang subur seluruh kawasan dan petani masih menggunakan corak pertanian tradisional.
Kincir air yang dibina oleh Nabi Yusuf terletak di tengah-tengah Kota Faiyoum. Menjadi kemestian dalam itenari lawatan untuk datang ke sini. Kincir air ini dipercayai telah digunakan sejak zaman baginda. Sejumlah 200 kincir air yang serupa masih lagi beroperasi di sini hingga sekarang. Ramai yang turun menerjah kebun sayuran berdekatan kincir untuk bergambar. Tiba-tiba pemilik kebun datang tanpa dipedulikan mereka yang asyik bergambar. Dia mengomel sendirian dengan muka yang tak puas hati. Setelah semua jemaah memasuki bas, opah senyap-senyap menghulurkan sedikit wang Mesir untuknya. Sambil tersenyum kata-kata "Syukran..Alhamdulillah" kedengaran keluar dari mulut petani tersebut yang opah faham, perkataan lainnya entahlah!!.
 |
Masih beroperasi sejak dari zaman Nabi Yusuf AS |
 |
Dikejauhan kelihatan penempatan penduduk |
 |
Pemilik kebun melambaikan tangan |
 |
Kenderaan petani |
 |
Polis peronda yang berbeza tika ke Sinai |
 |
Zaini, Ainun & Shamsiah rakan terbaik kembara |
Tidak jauh dari Kincir Air Nabi Yusuf dan masih dalam Qesm (Daerah) Al- Faiyoum letaknya Tasik Qarun. Jam 11.00pagi kami tiba di situ. Seluruh kawasan lembah di sini juga menghijau dek keseburan buminya. Banyak kawasan pertanian yang diusahan oleh penduduk sekitar. Seolah-olah kawasan tersebut belum menikmati pembangunan moden. Bas parkir di tepi tasik yang membiru airnya. Opah tak melihat daratan jika memandang ke depan tasik. Bagaikan lautan luas tanpa tepi atau laut bertemu langit !!! Namun tidak kelihatan pengunjung beriadah atau penjaja membuat jualan di situ.
Tasik Qarun adalah tasik air masin terletak di dalam Faiyoum Oasis. Dengan jarak 90km dari Barat Daya Cairo. Merupakan satu keajaiban kerana tasik yang luas ini terletak di tengah-tengah padang pasir Fayoum. Dikatakan di tapak tasik ini letaknya istana Qarun dan di sinilah juga ia dibenamkan. Keluasannya tasik ini kira-kira dua pertiga saiz Pulau Pinang atau 233km persegi. Panjang Tasik Qarun ini 30km dan lebarnya 10km. Kedalaman air tasik ini 40meter. Tasik yang dalam ini tidak pernah kering airnya sepanjang sejarah. Terdapat pelbagai spesis ikan menghabitat tasik ini terutamanya ikan Talapia. Difahamkan di daerah Faiyoum selain pertanian penduduk menternak haiwan peliharaan.
 |
Penternak biri-biri, Sumber youtube
|
 |
Petani dan haiwan ternakan
|
 |
Air tasik biru kedalaman 40meter |
 |
Tidak kelihatan daratan sebelah sana |
 |
Pemandu bas nan peramah |
Tanpa disedari jam sudah 12.00 tengahari. Kami dibawa ke Restoran Shahrazad, di Tamiya, Qarun, Ibsheway, Faiyoum Gov (negeri). Restoran 2 tingkat yang sederhana besar menghadap ke tasik biru di seberang jalan. Jamuan diadakan di tingkat atas bangunan. Sajiannya aneka lauk-pauk dari laut dihidangkan untuk 4 orang semeja. Ada gulai lemak ketam, ikan goreng celup tepung, ikan bakar, udang dan sotong goreng. Ada desert dan makanan manis selain minuman panas turut disediakan di sudut belakang. Sesungguhnya makanan di sini enak menyerupai masakan di negara sendiri. Alhamdulillah.
 |
Restoran Shahazad |
 |
Ikan goreng celup tepung |
 |
Sotong goreng celup tepung |
 |
View depan restoran |
 |
Bangunan sebelah restoran |
 |
Tak jauh dari Theme Park |
 |
Pemandu bas sporting rakamkan gambar |
Pabila perut dah kenyang tenaga sudah pulih sepenuhnya. Jam 2.00pm menuju ke Istana Qarun pula. Bas masih melewati kawasan pertanian yang subur. Kelihatan pokok-pokok besar tumbuh rendang yang ditanam di sekitar penempatan penduduk. Ada jalan yang sempit di antara barisan rumah dilalui bas kami. Kami menemukan beberapa buah kampung sebelum tiba di istana tersebut. Terdapat padang pasir yang luas. Corak dataran berpasir yang berombak-ombak terbentuk oleh tiupan angin. Pasir di sini sangat halus yang membentuk bukit-bukit pasir amat sesuai dibuat tempat sukan "Sand Dunes".
Istana (kuil) Qarun terletak di Youssef Al Seddik, Daerah Faiyom. Dikenali juga sebagai Qasr Qarun, istana ini merupakan tapak arkiologi di bahagian barat dan berdekatan dengan Tasik Qarun, Nama lain istana ini "Temple of Stone" Faiyom. Tapak ini meliputi kuil purba dari zaman "Ptolemaic". Jauhnya 44km dari Bandar Faiyom. Kuil ini didedikasikan untuk penyembahan Tuhan Sobek dan kemudiannya Dionysus. Binaan bangunan kuil 2 tingkat ini diperbuat daripada batu kapur kuning. Berada di bahagian paling tinggi kuil ini boleh nampak Tasik Qarun dan Wadi Al-Rayyan.
 |
Pasir berombak2 & membentuk bukit. Sumber youtube |
 |
Lokasi Tasik Qarun, Istana Qarun, Wadi Al-Rayyan Utara, Air Terjun Faiyoum & WAR Selatan |
 |
Kebun pokok Zaitun |
 |
Entrans Istana/Kuil Qarun |
 |
Bahagian atas kuil |
 |
Berada di atas kuil boleh nampak Tasik Qarun |
 |
Melihat view tasik Qarun dll |
 |
Padang pasirnya beralun dan bertona warna |
Wadi dalam bahasa Arab bermaksud air terjun. Bergerak menuju ke Wadi Al-Rayyan tika jam 2.30pm. Hanya setengah jam pemanduan bas kami tiba di lokasi. Ramai pengunjung sudah berada di situ. Parkir bas kami dekat dengan bangunan surau dan tandas. Kami menunaikan solat jamak Zohor dan Asar terlebih dahulu. Berwuduk di dalam tandas bersebelahan surau yang kecil. Selesai solat kami berjalan kaki melepasi gerai-gerai jualan di kiri dan kanan laluan menuju ke air terjun. Tika berjalan kaki seorang wanita India menegur opah dalam bahasa Melayu. Oh, orang Malaysia rupanya yang bekerja di Dubai, datang ke situ bercuti.!
Wadi AL-Rayyan atau Fayoum Fall terletak berdekatan Tasik AL-Rayyan sebuah kawasan di bawah penyeliaan Kementerian Alam Sekitar Mesir. Ia juga merupakan Taman Negara Faiyom. Wadi ini merangkumi kawasan seluas 52.9km persegi, mengandungi 2 tasik (Upper and Lower Lakes) yang bersambungan dengan kawasan air terjun di tengahnya. Kedudukan wadi ini 42m, di bawah paras laut. Wadi Al-Rayyan membekalkan sumber air utama untuk Faiyoum Fall dan menjadi habitat penting pelbagai jenis ikan.
 |
Sumber youtube |
 |
Bangunan Visitors Center |
 |
Surau yang simple
|
 |
Gerai-gerai jualan cenderamata dan pakaian |
 |
Ole-ole menanti pengunjung |
 |
Aktiviti menunggang unta |
Kembara kami hari ini berakhir di Restoran Mubarak. Tiba di situ jam 6.00pm untuk makan malam sebagai bekalan perut sebelum lena. Malam itu menikmati masakan anak Malaysia yang masih menuntut di Cairo. Mereka mengusahakan restoran ini di bangunan Rumah Penang. Antara menu disajikan nasi putih dimakan bersama Tomyam, telur dadar, ikan kukus dan ulam timun bercicah sambal belacan. Memang sedap hingga licin pinggang masing-masing. Penangan rindu masakan kebiasaan kami!!
Azan solat subuh di Kaherah (Cairo) dan waktu mereka menunaikan solat subuh beza masanya agak panjang. Setiap subuh opah dapati sama sahaja amalan tersebut. Contohnya pada 22 Disember (Ahad) azan berkumandang pada jam 5.00pagi. Selang masa 49 minit barulah kedengaran suara imam mengetuai bersolat subuh. Inilah pengalaman indah dalam kembara! Jika masjid dekat sudah pasti opah bersolat berjemaah di situ, nak merasai suasana subuh.
Sarapan kami pada tarikh 22 Disember adalah nasi lemak ayam goreng dan kopi tarik kurang manis. Seawal jam 7.12pagi Opah dan Opah Nab sudah berjalan kaki ke Rumah Kedah tempat bersarapan tetap kami. Saban hari meredah kedinginan pagi bersuhu 12 darjah celcius memang memaksa badan dibaluti baju tebal. Opah memakai baju dan seluar Long John (Winter Coat ) dahulu sebelum memakai pakaian sebenar. Jika ramalan cuaca memaparkan suhu sejuk sepanjang siang, opah memakai Thermal (drp bulu haiwan) di lapisan dalam. Bermakna memakai 2 lapis pakaian untuk mempastikan badan bertahan dengan kesejukan persekitaran. Alhamdulillah opah berjaya menyesuaikan diri dengan suhu antara 11 hingga 18 Celcius selama 8 hari berada di Mesir. Pagi itu opah tidak memakai Thermal kerana menyarungkan baju sejuk(sweater) di lapisan luar.
 |
Suhu jam 7.00pagi |
 |
Suhu jam 4.00pagi di penginapan |
 |
View dari bilik selepas subuh |
 |
Jam 7.00pagi di Hafez Badawi Street, Cairo |
 |
Pemandangan pagi laluan ke Rumah Kedah |
 |
Pelanggan pertama tiba |
Kami diminta bersarapan awal supaya bas boleh bergerak awal. Jam 8.00am kami sudah meninggalkan lokasi kediaman untuk menuju ke Alexandria atau Iskandariah. Hari ini kami melalui lebuhraya 5 lorong sehala. Menariknya, bersebelahan lebuhraya terdapat jalanraya biasa untuk kegunaan warga lokal. Patutlah laluan lebuhraya tak sibuk... "Pendapat opah je". Pemandangan melalui jendela bas dapat menyaksikan banyak kawasan pertanian yang subur. Banyak yang menggunakan teknik pertanian di rumah hijau.
Dari kejauhan terlihat sebuah bangunan tersergam berwarna tanah di puncak bukit. Warna bangunan sama dengan warna bukit tempatnya terbina. Senibina masih kukuh dan menyerlah. Rupa-rupanya Kubu Sultan Salahuddin. Kemudian ketemu banyak kawasaan perindustrian dan komersil yang berselang-seli dengan penempatan penduduk. Masjid masih mudah didapati di sepanjang laluan jalan biasa dan lebuhraya.
 |
Kereta merah di jalan biasa, bas kami dilebuhraya |
 |
Pusat perniagaan |
 |
Kawasan perindustrian bersebelahan jalan biasa |
 |
Kubu Salahuddin & bumbung Masjid Ali Pasha |
 |
Rekabentuk menarik stesen minyak di sini |
 |
Masjid |
Sudah dua jam perjalanan tanpa opah sedari dek kerana leka melihat panorama sepanjang jalan. Jam 10.00am bas berhenti di sebuah R & R untuk kami ke tandas. Kelihatan semua jemaah turun sama ada ke tandas atau berjalan-jalan untuk melegakan kekejangan otot badan. Terdapat tempat makan di situ menjual jajan, minuman dan makanan lokal. Reka bentuk bangunan di sini sangat tradisional dengan warna "Earth Colour".
 |
Gerai di R&R bersebelahan tandas |
Sejam lagi perjalanan sebelum tiba di Alexandaria. Kali ni dapat melihat kawasan kebun-kebun buahan. Kebun pisang yang luas bertumbuh subur pokok-pokok pisang yang sederhana tingginya. Pohon-pohon limau paling banyak kelihatan dan sedang berbuah lebat. Tanaman anggur mungkin dalam peringkat "Pruning" kerana pokok tidak berdaun dan rendah. Anggur ditanam di tempat terbuka. Jarang dilihat petani menggunakan rumah hijau di sini, kebanyakannya bertani secara tradisional.
Dari sini sudah tidak menggunakan lebuhraya lagi. Di jalan biasa ni dapat menyaksikan kesibukan pelbagai kenderaan di jalanraya. Sudah mula merasai kesesakan atau jem di jalanan. Banyak kenderaan yang membawa hasil pertanian, terutamanya limau manis. Ada yang diangkut dengan lori kecil dan motosikal roda tiga. Selain sayuran kelihatan tebu, pisang, epal dan pelbagai buah yang diisikan di dalam bakul dibawa petani untuk jualan. Kenderaan motorsikal roda tiga atau di Thailand dikenali sebagai Tut-Tut banyak digunakan orang awam. Selain bas, teksi dan motorsikal Tut-Tut turut menambah kesibukan di jalanraya.
 |
Motorsikal roda 3 mengangkut hasil pertanian |
 |
Motorsikal roda 3 Tut-Tut |
Tika memasuki kota dapat melihat banyak bangunan lama disepanjang jalan yang dilalui. Terdapat banyak bangunan tinggi dibina di kota ini. Antaranya Universiti Al-Azhar, mahkamah, masjid dan komplek pejabat. Pusat perniagaan juga banyak yang terletak berdekatan kondominium dan lain-lain kediaman penduduk. Sangat sibuk suasana di kota Alexandria yang merupakan bandar kedua terbesar dan pelabuhan utama di Mesir. Kota ini didirikan pada tahun 331SM oleh Alexander Agung. Selain itu ia juga bandar terbesar di perairan Laut Mediterranean. Lokasi bandar ini di barat Delta Sungai Nile. Alexandria lebih popular sebagai pusat industri minyak dan gas asli dari Suez.
Akhirnya bas berhenti di hadapan Montaza Palace yang berhadapan dengan Laut Mediteranean pada jam 11.50pagi. Sangat menarik panorama seluruh kawasan di depan Istana Montaza hinggalah ke tepi laut kerana dipenuhi dengan taman-taman indah. Banyak taman bunga yang berbeza bentuk dan pokok menghiasi muka bumi dengan aneka lanskap. Kami berjalan kaki hingga ke depan istana merakamkan gambar. Kemudian beralih ke tepi Laut Mediterranean yang luas terbentang. Bayu Mediterranean sentiasa menghembuskan angin lembut mendinginkan tubuh walaupun berada di bawah panas mentari.
 |
Kompleks kediaman |
Montaza Palace merupakan sebuah istana, muzium dan taman Royal Gardes nan luas di Daerah Montaza. Dibina di atas dataran tinggi di pusat kota Alexandria. Menjadi tarikan pelancong ke sini kerana kecantikan taman diraja yang indah dan luas. Dibina pada tahun 1892 oleh Khedive Abbas Hilmi II sebagai Istana Diraja Mesir. Kemudian menjadi istana hinggap pada musim Summer untuk tempat bercuti di kalangan kerabat diraja.
 |
Lanskap menarik |
 |
Kenderaan sewaan untuk pengunjung |
 |
Laman pokok tamar |
 |
Tanah sekitar istana subur |
 |
Lanskap taman pelbagai tema |
 |
Laman kektus depan Istana Montaza |
 |
Menarik lanskap memukau mata memandang |
 |
Dulu November 2013, kini Disember 2024 opah Singgah di Laut Mediterranean lagi |
 |
Pemandu bas tolong merakamkan foto tanpa gangguan |
Gleem Bay terletak di San Stefano, El Raml 1, Alexzandria (Iskandariah) Mesir. Merupakan bazar makanan terbesar lagi tersohor di Iskandariah. Bazar makanan ini terletak di Pantai Glime di Laut Mediterranean. Menempatkan pelbagai kedai makan makanan Laut Mediterranean. Terdapat menu Italian, International, Asian, Timur tengah dan Seafood. Jam 1.00pm kami menikmati makan tengahari menu makanan laut di restoran Panorama Restaurant & Cafe. Sambil makan dapat menikmati pemandangan Laut Mediterranean dan kesibukan Pelabuhan Alexandria berdekatan.
 |
Pelabuhan Alexandria |
 |
Pelabuhan Alexandria |
 |
Entrans ke tempat makan
|
 |
Tempat makan /restoran |
 |
Stanley Bridge |
 |
Stanley Bridge menghungkan antara 2 pantai di teluk |
 |
Entrans Panorama Restaurant & Cafe |
 |
Bersama adik-adik sepupu |
Selesai menjamu selera opah lekas-lekas keluar sendirian. Ramai yang suka berbual sambil makan dengan bersantai-santai. Opah punyai matlamat berbeza dengan mereka. Mengambil kesempatan di hujung usia ini menyaksikan panorama sekitar anugerah Allah. Opah nak lihat pemandangan sekeliling. Nak tengok pokok-pokok, unggas, laut, sungai dan nak jumpa orang tempatan yang ada di situ. Tak pandai berbahasa mereka pun opah ok, cuma memberikan senyuman dan ucapan salam. Kekadang menghulurkan sedikit wang kepada mereka. Tika ini kekawan tak nampak kan?? Justru berkenalan dengan pemandu bas mudahlah untuk jadi driver sekejap. Dia sendiri menawarkan diri untuk merakamkan gambar opah. Hahaha!!
Setelah semua jemaah bersedia, bas pun bergerak ke Qaitbay Citadel. Tiba di situ pada jam 2.30pm. Dari tempat bas parkir kami berjalan kaki melalui jalan raya menuju ke monumen tinggi di sebelah kiri jalan. Citadel di Qaitbay dibina antara 1477-1479SM atau pada kurun ke-15 sebagai kubu pertahanan. Terletak di muara Pelabuhan Alexandria dan di Timur Laut Mediterranean. Sultan Al Ashraf al-Din Qa'it Bay daripada kesultanan Mamluk, Dinasti Burji yang membinanya. Monumen ini berfungsi sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh dari laut. Oleh kerana bangunan Citadel ini terpaksa menaiki tangga untuk menapak ke setiap tingkat, opah tak berani masuk ke dalamnya. Mengalah dengan kondisi jantung opah ni!!
 |
Di belakangnya Laut Mediterranean |
 |
Dataran di tengah-tengah bangunan |
 |
Pas masuk Citadel 200LE |
Sudah memasuki waktu solat cuma belum tiba di masjid yang dihajati. Jam 3.30pm kami tiba di Masjid Imam Al Busiri. Kami memasuki dari pintu depan masjid. Subhanallah, indah dan dingin di dalamnya. Ruang solat wanita tidaklah besar namun selesa untuk bersembahyang. Selesai bersolat kami menziarah dua makam yang terdapat di dalam masjid ini. Makam Imam Sharifuddin Al- Busiri dan makam Mursi Al-Abbas yang terletak bersebelahan ruang solat wanita.
Masjid Imam Al Busiri terletak di kejiranan Anfoushi di Alexandria. Dinamakan sempena Imam Al-Busiri, seorang Imam Sanhaji Sufi, yang tinggal di Alexandria pada kurun ke-13. Beliau merupakan penyair yang popular dengan Qasidah Al-Burdah Busiri. Struktur asal bangunan masjid ini telah ada sejak tahun 1863. Kemudian Putera Gabenor Mesir yang terkenal Muhammad Ali Pasha yang bernama Muhammad Said Pasha telah membiayai kos keseluruhan rekonstuksi lengkap stuktur yang sudah usang. Di masjid sinilah letak makamnya. Bangunan masjid ini terletak bersebelahan Masjid Abu AL-AbbasAl-Mursi. Terdapat taman pohon kurma di depan Masjid Imam Al Busiri.
 |
Sumber youtube |
 |
Masjid Abu Al-Abbas AL-Mursi |
 |
Masjid Imam Al Busiri
|
 |
Maqam Imam Abu Abbas Mursi |
 |
Ruang solat utama lelaki |
Terasa tak puas berada di masjid yang memiliki senibina menarik dan rekabentuk unik (ciri-ciri senibina Rome) serta warna alam. Meninggalkan sementara memori indah ini untuk ke masjid seterusnya. Jam 4.30pm kami ke Masjid Nabi Danial. Berjalan kaki melalui komplek bangunan tentera dan kedai- kedai akhirnya ketemulah masjid dihajati. Hanya bahagian depan masjid dapat dilihat kerana tiada ruang untuk meninjau di kiri dan kanan bangunan ini. Di tingkat bawah masjid inilah letaknya Makan Nabi Allah Danial dan Luqman Al Hakim.
Nabi Allah Danial tidak termasuk dalam 25 Rasul Allah Yang wajib kita ketahui. Tetapi ia disebut dalam Surah Al Gafir(40) ayat 78. Nabi Danial daripada keturunan Nabi Daud AS. Manakala Lukman AL Hakim dari bangsa Kurdish adalah insan mulia yang namanya disebut dalam Surah Luqman (31) ayat 12. Masjid ini terletak di nombor 21, Al Naby Danyal, Kom Ad Dakah, Alexandria. Memasuki entarns masjid menapak di atas karpet rona merah. Subhanallah, cantik dan damianya berada di sini! Menuju ke ruang hujung masjid kelihatan tangga. Sudah ramai berkerumun di situ sambil menoleh ke bawah. Oh, di situ rupanya lakasi makam. Opah menuruni anak tangga untuk melihat sendiri makam-makam. Di bawah tangga letaknya Makan Nabi Danial. Di sebelahnya pula makan Luqman Al Hakim.
 |
Indah senibina dalamannya |
 |
Tangga turun ke makam |
 |
Betul2 di bawah tangga Makam Nabi Danial |



Kami bergerak pulang ke Cairo setelah menjelang senja. Sepanjang jalan masih kelihatan rupa muka bumi yang sama seperti tika datang ke Iskandariah. Yang membezakan tika ini menggapai kegelapan malam. Jam 8.50pm singgah makan malam di Dina Farms sebuah tempat R&R di tepi lebuhraya dilalui. Sementara jemaah yang lain berjalan kaki menuju ke bangunan Dina Farm Market & Cafe, Opah ditemani Ustaz Fathul Rahman mengeluarkan duit di mesin ATM di situ. Kemudian kami memasuki Dina Market meninjau apa yang boleh dibeli sebagai buah tangan. Opah terpikat dengan buah anggur, pisang kaki dan 2 jenis buah "Tak tahu nama" berwarna kuning dan oren.
Memasuki ruang makan atau Cafe Dina Farm terlihat dekorasi yang simple je. Meja makan pun tidak banyak. Kami disediakan meja panjang manakala di sudut sebelah untuk pelanggan lain. Pizza nipis disajikan untuk berkongsi makan. Semua menggunakan sarung tangan plastik tika mengambil pizza tersebut. Memang enak tapi pizzanya terhad, sekeping berkongsi 4 orang... 😉😉. Selesai makan kami bersolat di surau di tepi stesen minyak. Kemudian meneruskan kembara pulang ke Cairo dalam kegelapan malam. Dek keletihan ramai yang lena di dalam bas yang gelap. Opah tak boleh tidur kerana rugi tak melihat alam sekeliling walaupun memandang malam yang gelap.
 |
Dina Farms
|
 |
Buahan citrus |
 |
Ole-ole dibawa ke homestay Cheri dan buah unknown |
 |
Kongsi berempat |
 |
Memakai sarung tangan semasa makan |
 |
Sudut makan bersebelahan dapur |
 |
Ruang makan di luar pintu belakang |
 |
Buah kuning & oren Unknown. Chery warna hitam dan persimmon merah |
Opah teramat bersyukur sepanjang mengembara ke nagara orang, Allah anugerahkan kesihatan yang sempurna. Mendapat semangat teguh untuk berjaga sepanjang perjalanan. Berselera menikmati makanan yang disajikan. Bertemu dengan insan-insan yang budiman. Dapat merakamkan momen serta gambar-gambar buat kenangan. Paling berjaya, opah kurang berbelanja membeli barang-barang untuk dibawa pulang. Alhamdulillah.
Sudah seminggu opah berkelana di bumi Para Anbiya Mesir ni. Hari ini Isnin 23 Disember beberapa hari lagi untuk sambutan Krismas bagi penganut agama Kristian. Pagi itu jemaah terpaksa berjalan kaki lebih jauh dari kebiasaannya ke Rumah Kedah. Kami meredah jalan nan sibuk pada pagi hari tika banyak kenderaan yang membawa penumpang hendak menuju ke tempat kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah. Akhirnya tibalah di Kedai Makan Shourowi.
Di hadapan tempat makan ini terdapat sebuah pasar menjual aneka buahan, sayuran dan ayam serta burung. Oleh kerana tempat makan yang kecil hanya terhad kepada beberapa orang sekali makan, justru opah dan yang lain meninjau pasar tersebut. Diterjemahkan oleh Ustaz Aman (Rahman) nama pasar itu Aulad Regad. Ada beberapa buah gerai dalam bangunan ini. Di gerai paling tepi menjual pelbagai buahan bersaiz besar dan segar. Ada juga beberapa buahan yang ditanam di Mesir sama seperti di negara kita antaranya pisang, ubi dan sayuran.
Paling menakjubkan tika melihat ayam-ayam dibiarkan bertenggek di atas bakul jualan. Walaupun didekati masih berdiri di situ tanpa takut tika disentuh. Setelah meja makan kosong opah dan Opah Nab mengambil tempat di Kedai Makan Shourowi. Makan bersama adik sepupu opah Doktor Zakaria dan isterinya. Sedap juga makan Roti Arab(Khubz) bercicahkan gulai telur. Ada juga kentang goreng dan pergedil goreng.
 |
Jalan dilalui ke tempat bersarapan |
 |
Pasar Aulad Regab |
 |
Ayam-ayam jualan bebas bertenggek menunggu pelanggan di gerai ayam |
 |
Teramat jinak ayam jantan ni tidak lari tika didekati
|
 |
Macam ubi di tempat kita |
 |
Antara buahan jualan |
 |
Sayuran bersaiz besar dan segar |
 |
Cara makan roti arab |
 |
Sarapan bersama adik saudara & Tour Guide |
 |
Di meja ni makan bergilir |
 |
Sekolah swasta di depan homestay |
 |
Terbeli kacang dah lemau |
Selesai semua 22 peserta Kembara Mesir Warga Pesara bersarapan lalu terus menaiki bas yang sedia menunggu di depan homestay. Bas membawa kami ke Kubu Salahuddin Al - Ayyubi pada jam 9.20pagi. Pemandangan di tepi jalan dilalui tiada lagi kehijauan tumbuhan. Kali ni banyak bangunan binaan batu di kiri dan kanan jalan. Jam 11.00pagi tibalah di kubu terkenal itu yang terletak di Al Albageyah, El Khalefa, Daerah(Governorate) Cairo. Dikenali juga dengan nama Qal'ah Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Cairo Citadel. Posisinya di tengah-tengah Bandar Cairo, bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyiddah. Sultan Salahuddin telah membina kubu ini pada tahun 1183M. Kubu ini menjadi pusat pentadbiran kerajaan dan pemerintah-pemerintah Mesir selama 700 tahun dahulu.
Nama sebenar baginda Salah al-Din al-Ayyubiy atau Yusuf bin Ayyub telah memerintah Mesir pada tahun 1137-1193. Baginda telah mengasaskan Dinasti Ayyubi daripada bangsa Kurdi di Mesir dan Syria. Kubu ini dibina untuk mempertahankan bandar Kaherah dan kota lama al-Fustat daripada serangan musuh, tentera salib. Struktur binaan kubu ini amat kukuh kerana menggunakan batu-batu sama seperti pembinaan piramid. Sultan Salahuddin telah membina sistem saliran yang membekalkan air dari Sungai Nil ke seluruh kawasan kubu.
Di dalam kompleks kubu terdapat beberapa bahagian yang mempamerkan tema berlainan. Blok bangunan National Military Museum dan Police National Museum terletak di kanan selepas entrans. Blok lainnya pula adalah Muzium Permata dan Muzium Penjara. Di sekitar laman kubu banyak tugu/patung pahlawan yang tersohor dibina. Di sudut kiri kubu dipamerkan pelbagai pesawat, kapal selam, roket dll yang digunakan dalam peperangan. Selain itu senjata meriam turut menghiasai dekorasi laman kubu.
Bangunan sebelah kanan kubu terpapar nama National Military Museum. Memasuki entrans bangunan ini sudah ternampak banyak catatan sejarah terdapat di dalam kubu ini. Bangunan 3 tingkat ini mempamerkan senjata serta pakaian yang digunakan oleh panglima perang pada zaman pemerintahan Sultan Salahuddin. Selain replika pahlawan menunggang kuda, terdapat juga makam pemerintah di dalam kubu ini.
Di dalam Kubu Sultan Salahuddin terdapat 2 buah masjid. Di bahagian utara kubu Salahuddin letaknya Masjid Muhammad Ali Pasha. Masjid ini diperbuat daripada batu mar-mar dan granit. Manakala masjid kedua ialah Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qala'un yang dibina oleh Sultan Hassan binAl-Nasir pada tahun 1356M.
 |
Bahagian luar Kubu Salahuddin Ayyubi |
 |
Jam 11pagi tiba di depan kubu SA |
 |
Kelihatan Puncak Masjid Ali Pasha |
 |
View luar kubu Sultan Salauddin |
 |
Pokok bentuk kalimah Allah (sumber youtube) |
 |
Pameran persenjataan di laman kubu |
 |
Pelbagai pesawat tempur |
 |
Pameran dalam Muzium Militeri |
 |
Antara pameran di tingkat 3 |
Dari laman pameran kami bergerak ke arah pintu Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad ibn Qalaun. Menaiki beberapa anak tangga untuk masuk ke entrans masjid ini. Masjid Sultan al-Nasir terbina sejak kurun ke-14 di Citadel Cairo. Sultan Mamluk al-Nasir membinanya pada tahun 1318 sebagai masjid. Baginda juga membina kompleks Islam di tengah-tengah kota Cairo bersebelahan bangunan yang dimiliki bapa baginda Qalawun. Lokasi masjid ini di bahagian selatan Kubu Salahuddin Ayyubi. Senibinanya memiliki rekabentuk Islam era Mamluk. Pelan lantai di halaman dalam masjid ini dikelilingi 4 kawasan berbumbung yang membentuk arked. Pada 4 tepi halaman ada arkednya sendiri. Arked paling besar terdapat di sebelah timur arah kiblat sebagai tempat bersolat.
 |
Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad Ibn Qalawun |
 |
Halaman masjid depan arked utama |
 |
Arked bahagian bersebelan Kubu Salahiddin |
 |
Arked di laman masjid |
Selepas Masjid Sultan Al Nasir kami dibawa ke Masjid Sulayman Pasha Al-Khadem atau Masjid Mohammad Ali Pasha yang terletak di utara Kubu Salahuddin. Sudah berusia 700 tahun. Masjid ini dibina oleh baginda tika pemerintahannya di Mesir pada tahun 1830M. Youssef Coshna seorang arkitek berbangsa Greek mengetuai pembinaan masjid ini. Beliau meniru rekabentuk senibina Masjid Hagia Sophia di Turki yang popular era zaman Byzantine. Ada juga menamakan Masjid Mohammad Ali Pasha ini sebagai Masjid Marmar. Ini kerana bahan binaan dalaman masjid ini mewah dengan marmar yang terbaik. Lampu-lampu mewah antaranya Chandier menghiasi pada siling masjid. Manakala mimbar masjid ini diperbuat daripada marmar Bani Suef. Keluasan masjid ini 52x54meter persegi. Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wuduk yang berukiran menarik
Lokasi Masjid Ali Pasha sangat strategik kerana terletak di tempat tinggi. Tika berada di laman depan masjid ini pengunjung dapat menyaksikan panorama sekeliling kota Kaherah. Berdiri pula di tepi benteng lamannya, jika memandang ke arah bawah, dapat melihat kenderaan yang sibuk di jalanraya dan bangunan sekitarnya. Di penjuru kanan dalam masjid ini letaknya makam Muhammad Ali Pasha . Senibina dan ukiran pada makam sangat mengkagumkan.
 |
Laman depan masjid Muhammad Ali Pasha |
 |
Koridor bahagian dalam masjid
|
 |
Tempat mengambil wuduk |
 |
Lantai marmar putih & hiasan lampu mewah Chandier |
 |
Suka akan ukiran pada mimbar & hiasan lampu |
 |
Mimbar penuh dengan ukiran menarik |
 |
View laman dari pintu masjid |
 |
View dari tembok laman masjid |
 |
View kota Cairo dari laman Majid Ali Pasha |
Jika di negara sendiri sekitar jam 12.00 tengahari perut masih OK. Berbeza tika di Mesir ini. Oleh kerana subuhnya awal maka bersarapan pun kena awal. Jam 12.50 tengahari kami dibawa ke Bonne Soiree Restaurant untuk lunch. Masih lagi di Cairo, di Nasr Road, Mist Al Qadimah. Bangunan dua tingkat ini menyediakan aneka menu masakan Arab, masakan barat dan pelbagai minuman. Masih dijamukan Nasi Beriyani Mesir bersama ayam goreng, sayur dan sos Arab.
 |
Nasi, ayam & salad |
 |
Tempat hidangan makanan buffet |
Selesai makan bergerak pula ke rumah Allah yang telah kami jejaki beberapa kali sebelum ni. Bersolat jamak Zohor dan Asar di Masjid Amr Al-Aas tika jam 1.15pm. Perjalanan tak lama kerana masjid tersebut berdekatan. dengan tempat makan. Selepas solat singgah lagi ke 2 masjid yang belum dikunjungi. Masjid/ Madrasah Sultan Hassan dan Masjid Al-Rafa'i kami kunjungi.
 |
View dalam perjalanan ke Masjid Rafai |
 |
Masjid Amr Al Aas |
 |
Kubah Masjid Ali Pasha dibelakang tembok Kubu Salahuddin Ayyubi |
 |
Masjid Ali Pasha berada tinggi di atas bukit |
Tiba di depan Masjid Imam Rafa'i jam 2.00pm. Mengejutkan opah melihatkan kedudukan 2 masjid tersohor ini. Sangat dekat, bersebelahan sahaja keduanya. Di kiri Masjid Sultan Hassan manakala yang berada di kanan Masjid Imam Rafai. Kedua-duanya berdekatan dengan Kubu Saladuddin Ayyubi. Nama Masjid Imam Al- Rifa'i diperolehi dari nama Ali Abu Shubbak cucunda kepada Imam Ahmad Al-Rafa'i yang dikebumikan di dalam masjid ini. Kini menjadi tempat makam diraja keluarga Muhammad Ali. Bangunan masjid ini dibina pada tahun 1361 di Citadel Square. Arkitek masjid ini bernama Max Herz yang mengilhamkan rekabentuknya mirip Neo-Mamluk. Ruang dalam masjid Rafa'i boleh menempatkam 10 ribu jemaah bersolat di dalamnya.
Miliki senibina Islam, dihiasi dengan pelbagai rekabentuk di dalam dan pada dinding luar masjid. Melangkah masuk ke dalam masjid terlihat siling yang tinggi dan akan melalui grand entrans dihiasi cantik. Bahan simen digunakan untuk pembinaan masjid Imam Rafa'i. Ini merupakan kali pertama simen digunakan untuk membina masjid di Mesir. Ruang di depan entras utama di dalam masjid dikhaskan untuk bersolat. Manakala bahagian lain untuk keluarga diraja Muhammad Ali Pasha yang memerintan pada awal kurun ke-19 hingga 1953. Bersemadi di dalam makam-makam masjid ini adalah keluarga diraja Mesir. Antaranya Raja Farouk, Fawzia, Ismail Pasha dan Raja Iran/ Shah of Iran, bernama Mohammad Reza Pahlavi.
 |
Masjid Sultan Hassan kiri, Masjid Rafa'i kanan
|
 |
Ruang solat Masjid Rafa'i |
 |
Bumbung masjid tinggi terasa dingin berada di dalamnya |
 |
Makam |
 |
Muhammad Reza Pahlavi |
Masjid sultan Hassan atau dikenali juga dengan nama Madrasa of Sultan Hassan terletak bersebelahan dengan Masjid Imam Rafa'i di Salahuddin Square, Cairo. Masjid Sultan Hasan digunakan sebagai madrasa dan untuk bersolat Jumaat. Masjid ini yang terbesar di Mesir dan terindah senibinanya. Dibina tika pemerintahan Mamluk Sultan Hassan ibn Al-Nasir Muhammad ibn Qalawun antara 1356-1362M. Sultan ini tidak ternama namun dengan binaan masjid ini beginda jadi tersohor. Lokasi masjid ini di hujung Muhammad Ali Street.
Di tengah-tengan bangunan Masjid Sultan Hassan ini terdapat halaman berlantai simen dikelilingi 4 mimbar (iwans / berbentuk empat segi). Bahagian depan 4 mimbar (madrasa) yang terbuka luas memudahkan jemaah beribadah dan menuntut ilmu. Setiap madrasa/mimbar dimiliki oleh setiap mazhab Sunni yaitu Shafi'i, Maliki, Hanafi dan Hambali. Ada 2 kubah yang mirip gaya Mamluk. Di tengah-tengah laman ada sebuah pancutan air. Bangunan 3 tingkat ini menyediakan bilik-bilik untuk penuntut madrasa dan sheikh. Tika kami berada di dalam masjid ini terjumpalah beberapa pelajar duduk di lantai sedang mentelaah.
 |
Dua daripada 4 madrasa/mimbar |
 |
Madrasa/mimbar untuk bersolat menghadap kiblat untuk (Mazhab1) |
 |
Mimbar/madrasa ke-2 |
 |
Mimbar/madrasa ke-3 |
 |
Mimbar/ madrasa ke-4 |
 |
Air pancutan di tengah |
Jam 3.00pm sudah bersedia di dalam bas ke Nile Cruise pula. Jam 6.00pm tibalah di terminal Nile Cruise. Banyak feri cruise berlabuh di situ. Sementara menunggu kebenaran memasuki Feri Persiaran Nile Cristal & Restaurant, masing-masing sibuk bergambar di depan terminal feri. Jam 6.30pm dibenarkan memasuki feri tersebut. Kami mengambil tempat di meja yang telah ditempah lebih awal. Opah pun memanfaatkan peluang berada dalam cruise merakamkan gambar pelbagai view di dalam feri. Kemudian opah beralih ke atas dek depan feri merakam panorama tika matahari terbenam. Jam 7.00pm hidangan makan ala buffet mula dihidangkan. Opah memilih makanan yang biasa dimakan tika di Mesir sebelum ini.
Tidak lama kemudian persembahan nyanyian solo oleh 2 orang penyanyi. Lagu-lagu Arab dan Inggeris didendangkan ketika tetamu menjamu selera. Persembahan beberapa tarian tradisional Mesir
menyusuli kemudiannya. Antaranya Tarian Perut dan hiburan Folklore Mesir. Tetamu juga diajak
bersama mereka. Alunan muzik tersangat kuat di dalam feri. Tidak selesa dengan kebingitan , opah ajak Opah Nab lari naik atas dek. Kami menggunakan peluang merakam view malam pula Sungai Nil. Ustaz pun ikut kami naik ke atas dek. Rezeki kami malam tu dapat bergambar dengan 2 orang penari yang membuat persembahan sebentar tadi. Amat memukau melihat panorama Kota Cairo dari feri. Merasai momen feri melalui di bawah jambatan dan melihat limpahan lampu menerangi Kota Kaherah. Jam 8.00pm kami pulang ke homestay.
Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia. Sungai Nile juga dinamakan The King of River. Di sebut dalam Quran berkaitan kisah Nabi Musa (tika bayi) dihanyutkan oleh bondanya berdasarkan perintah Allah. Sungai Nil mengalir bermula dari Afrika melalui 9 negara (Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, dan Mesir). Penghujung aliran Sungai Nil adalah di Mesir lalu terus ke Laut Mediterranean.
 |
Sekitar terminal feri |
 |
Menunggu kebenaran masuk feri |
 |
Opah-opah dan tokwan khusyuk tu |
 |
Ferry Nile Crystal |
 |
Dek depan feri sebelum sunset |
 |
Bot pelancong |
 |
View Kota Kaherah dari feri |
 |
View di terminal feri |
 |
View Kota Kaherah
|
 |
Dewan makan |
 |
Dalam feri menunggu makanan |
 |
Dinner tika dalam cruise |
 |
Hidangan buffet |
 |
Kaunter di sudut luar dewan makan |
 |
Sedap je pada tekak opah |
 |
Persembahan nyanyian solo |
 |
Persembahan tarian |
 |
Penonton dilibatkan dalam tarian |
 |
Cairo bermandi cahaya |
 |
Laluan feri di bawah jambatan |
 |
Bersama Ustaz Kamarul & penari lelaki |
 |
Penari wanita |
 |
Pemandu bas |
 |
Ferry Nile River Cruise |
 |
Terminal feri malam hari |
 |
Entrans Jeti Nile Ceuise |
Hari kedua terakhir berada di bumi Cairo Mesir pada tarikh 24.12 .2024 bersamaan hari Selasa. Jam 8.00pagi sudah menerima sarapan di Rumah Kedah. Menu pilihan perut pesara warga Malaysia adalah nasi. Justru makanlah nasi lemak ayam berempah serta minuman kesukaan opah tika kembara kopi tarik kurang manis. Hari ini aktiviti pelaburan wang di Pasar Khan Khalili. Pasar ini juga dikenali sebagai Bazar Turki Uthmanyyah tika era pemerintahan Ottoman. Dibina pada tahun 1382 oleh Djhaarks Emir el-Khalili.
Pasar ini menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Cairo. Tidak lengkap kembara ke Kaherah jika tidak menyinggahi di pasar ini. Di depan pasar ini terdapat Masjid Hussein. Selain itu terdapat juga Masjid Al-Azhar yang berada bersebelahan kompleks Pasar Khan Khalili.
 |
Sekolah swasta di depaan homestay |
Jam 9.30 pagi bas membawa kami ke Pasar Khan Khalili. Tidak jauh dari penginapan dalam 20 minit sudah tiba. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan di ketuai Ustaz Kamarul atau Ustaz Fathul Rahman. Opah dan Opah Nab serta 2 orang lagi mengikut Ustaz Fathul menuju ke kedai jubah di tingkat 1. Selesai membeli jubah putih kami ke kedai alas meja di gerai tingkat bawah. Membeli beberapa helai alas meja klasik Mesir dan selendang panjang yang dipanggil Ridak Mesir/ Selendang Sunnah atau Shawl.
Ada beratus gerai di dalam Pasar Khan Khalili ini. Barangan jualan hampir sama antara kedai di dalam bangunan 2 tingkat ini. Kebanyakannya cenderama, pakaian, karpet, kraf tradisi dan aneka lampu atau barangan hiasan kediaman. Khan Khalili miliki daya tarikan yang kuat untuk pengunjung terutamanya pelancong singgah berbelanja.
Pasar Khalili dibina pada kurun ke-14 oleh Emir Djarks El Khalili di era pemerintahan Mamluk. Lokasinya di tengah-tengah Kota Cairo yang menjadi hub perdagangan terkenal di kalangan dunia Islam. Di sini terdapat bangunan kedai yang berkurun usianya berdiri teguh bersama pelbagai bentuk gerai-gerai yang dipisahkan oleh lorong-lorong sempit untuk berjalan kaki. Untuk ke sini wajib tentukan tujuan hendak membeli apa, jika tidak boleh tersesat dek keluasannya dan banyak lorong di situ.
 |
Kedai karpet & alas meja |
 |
Kedai di tingkat 1 |
 |
Lorong sempit antara barisan kedai |
 |
Sumber youtube |
Setelah penuh dua tangan menjinjing barangan belian, kami bergerak ke Masjid Al Azhar. Ustaz Rahman menunjukkan jalan ke Masjid Al-Azhar. Opah bersama Opah Nab dan Cikgu Shamsiah mula melangkah menaiki anak tangga menuju ke masjid. Kami bantu Cikgu Shamsiah yang sakit lutut sepanjang bersamanya. Jam menunjukkan pukul 11.30am sudah menghampiri waktu bersolat Zohor. Selepas tangga kami melalui sebuah terowong lalu terus ke pintu masjid. Alhamdulillah, berjaya bersolat di sini. Walaupun pada malam pertama di Cairo kami telah berdiri di depan masjid ini tetapi tak mampu masuk ke dalamnya untuk bersolat. Lantaran terpaksa menunggu bas untuk pulang ke penginapan selepas menziarah Masjid Hussin.
Banyak pendapat mengatakan Universiti al-Azhar terkenal sebagai pusat pengajian Islam Sunnah Wal Jamaah yang terkemuka di dunia. Masjid Al-Azhar merupakan asal-usul Universiti Al-Azhar. Masjid ini didirikan oleh Kerajaan Fathimiah yang berfahaman Syiah. Nama Al-Azhar berasal daripada perkataan Zahra yang merupakan gelaran Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah SAW. Di masjid ini dijalankan pengajian Ilmu Halaqah yaitu pembelajaran secara kumpulan. Ini terbukti tika memasuki masjid ini ramai pelajarnya yang sedang belajar duduk dalam kumpulan.
 |
Sumber youtube. Tangga ke masjid |
 |
Terowong dari Pasar Khalili ke Masjid Al Azhar, di atasnya Al-Azhar Street
|
 |
Pintu ke Masjid Al-Azhar |
 |
Entrans Masjid |
 |
Alhamdulillah berjaya bersolat di masjid tersohor |
 |
Kubah masjid AL-Azhar menarik |
 |
Belajar secara Halaqah |
 |
Terompah kayu kegunaan dalam tandas |
 |
Tandas & tempat berwuduk di tepi bangunan masjid |
 |
Ruang solat wanita |
 |
Menunggu bas |
Makan tengahari kali terakhir tika berada di Mesir di Yemeni Restaurant. Jam 2.40 tiba di lokasi. Perjalanan tak lama tetapi masa menunggu bas lebih lama kerana jalan yang sibuk di Kota Cairo ini. Tika dalam Perjalanan kami melihat beberapa bangunan komplek pejabat, pusat membeli-belah dan balai polis. Jika sebelum ini menikmati suasana malam tika makan malam di sini, tapi hari ini dapat menyaksikan wajah sebenar restauran ini pada waktu siang. Tidak dinafikan memang cantik landmark serta dekorasi binaan di dalam restoran ni. Tidak ramai pelanggan makan di sini, jadi sangat selesa berada di dalamnya. Menu makanan masih merasai Nasi Beriyani berlaukkan daging ayam, kambing dan lembu dengan pelbagai resepi. Opah masih makan dalam kuantiti yang sederhana namun masih enak dirasai.
 |
Kompleks Universiti |
 |
Yemeni Restauran |
 |
Tembok depan restoran |
 |
Banyak pilihan tempat duduk untuk makan |
 |
Deretan bilik makan berdekorasi Arab |
 |
View dalam restoran dari pintu masuk |
 |
Lunch opah |
 |
Lamb Shank famous, yg bulat tu Unknown |
 |
Roti Arab kurang diminati |
Selesai makan bersedia untuk "Melontar" di Kedai Coklat Salahuddin pula. Agak tidak jauh dari Pasar Khan Khalili. Sebuah kedai menjual pelbagai coklat dan aneka kekacang dengan pelbagai rasa yang terletak di tepi sebatang jalan nan sibuk. Dari tempat bas berhenti, kami turun berjalan kaki agak jauh melintasi beberapa laman kedai. Memang popular kedai ni pabila terlihat ramai pengunjung berbelanja di dalamnya. Sebelum membeli pelanggan boleh mencubarasa makanan yang dijual di situ. Opah tak membeli kerana larangan doktor makan kekacang, kecuali kacang Hazel.

 |
Di belakang ada tempat membeli-belah |
 |
Cikgu Shamsiah... |
 |
Siling kedai bercermin |
 |
Aneka kekacang |
Setelah dihantar kembali ke penginapan, masa masih panjang menantikan malam. Opah bersama Opah Nab dan Asmak(isteri Dr Zakaria) memenuhi aktiviti bebas sekitar homestay. Kami ke kedai stoking yang berhampiran dengan Rumah Kedah tempat bersarapan setiap pagi. Kedai menjual aneka pakaian dalam wanita dan lelaki. Opah Nab membeli beberapa pasang stoking winter untuk anakmenantunya yang akan ke Kashmir pada musim Winter. Kemudian kami ke kedai Bakeri yang terletak di seberang jalan tidak jauh dari situ. Kedai Pastre Hassan menjual aneka masakan roti, kek, puding dan kuih tradisi Mesir. Opah membeli beberapa roti untuk sarapan esoknya.
 |
Kedai pakaian dalam
|
 |
Kedai Pastre |
Tika subuh hening kedengaran azan subuh berkumandang. Sesekali kedengaran bunyi injin kenderaan lalu-lalang di jalan di tepi blok penginapan. Inilah solat subuh terakhir di Kota Cairo bumi Mesir. Sedih ada, gembira pun ada muncul tiba-tiba. Sedih kerana opah tak mungkin datang ke Mesir lagi memandangkan usia 70-an. Gembira kerana berasa puas dapat menziarahi tempat-tempat sejarah kenabian dan Islam serta dapat pulang ke pangkuan keluarga. Pagi itu opah tak turun bersarapan di Rumah Kedah kerana opah dah sediakan makanan untuk bersarapan di bilik. Opah makan roti yang dibeli di Hassan Pastre semalam. Opah perabiskan buah Nona, Guava dan Cherry. Limau Unknown tu opah tak berani makan takut senak perut. Demikian kisah pagi Hari Krismas 25 Disember 2024 di tanah Cairo, Mesir.
 |
Sarapan pagi hari Krismas |
 |
Buah Unknown tapi seperti limau |
 |
Opah Nab turun bersarapan di Rumah Kedah |
Jam 8.00 pagi kami sudah membawa turun semua bagasi ke tingkat bawah. Terpaksa menggunakan lif yang muat 2 orang secara bergilir. Opah dan opah Nab sempat berjumpa pekerja yang menjaga Homestay Al-Baghdadi untuk memberikan saguhati dan mengucapkan penghargaan kepadanya yang membantu urusan kami di penginapan. Opah datang ke Mesir dengan 2 beg bagasi pulang pun sama. Cuma bertambah berat sahaja.
Sebelum bas tiba untuk membawa kami ke lapangan Terbang Cairo, sempat bergambar ramai dengan pekerja homestay serta keluarganya. Jam 9.20am Ustaz Kamarul dan 3 lagi pembantunya tolong memasukkan bagasi ke dalam bas. Sepuluh minit kemudian bas bergerak ke airport. Kesayuan hati muncul lagi. Sepanjang perjalanan ke airport opah pandang puas-puas melalui jendela bas menikmati pemandangan Cairo buat kali terakhir.
 |
Pekerja homestay dan adiknya |
 |
Memori terakhir bersama sebahagian jemaah |
 |
Bersama famili pekerja homestay, Sayonara Al-Baghdadi .... |
 |
Dalam bas ke airport
|
 |
Banyak kediaman bertingkat di Cairo |
 |
Pemandangan di kanan jalan ke airport |
 |
Pohon-pohon tamar berdaun 3 jadi lanskap |
 |
Entrans ke airport |
 |
Seni taman indah walaupun di tanah berpasir |
 |
Sampai dah di penghujung Kembara Mesir |
Selamat tiba di Cairo International Airport jam 10.06 pagi. Masih setia Ustaz Kamarul dan teamnya membantu kami memunggah bagasi keluar dari bas. Sempat juga merakamkan gambar terakhir bersama mereka di situ. Terasa nak berpisah dengan anak-anak di perantauan. Demikianlah perasaan tika berpisah meninggalkan Acu Nazmi di Wellington dulu sewaktu opah nak balik ke Malaysia.
 |
Balai berlepas antarabangsa, petanda Mesir dah maju |
 |
Gambar terakhir di bumi Mesir |
 |
Team Ustaz Kamarul (Pelajar Malaysia di Cairo) |
 |
Sibuk mengangkut bagasi masing-masing. Dari sinilah bermulanya masalah |
Dari sinilah bermulanya Kesulitan demi kesulitan ditemui. Allah nak uji HATI kami para JEMAAH seramai 20 orang. Semua jemaah kali pertama berada di airport ni. Tika kami tiba, itu di bahagian lain Balai Ketibaan. Kini di di bahagian balai berlepas pula. Walaupun di bibir berzikir "Allahumma Yassir Wala Tu'assir" namun rasa ketakutan masih ada. Jam 10.06am kami berbaris panjang menunggu giliran pemeriksaan imigresen. Mengheret 2 bagasi dan memikul 1 beg galas di belakang serta tas tangan di bahu. Sesungguhnya satu penderaan fizikal pada diri. Apakan daya... kesilapan sendiri .... pilihan sendiri!!!
Selesai pemeriksaan imigresen datanglah masalah pertama, nak cari tempat untuk check ini Cairo ke Dubai. Ok dah jumpa. Berbaris lagi untuk mendaftar masuk bagi mendapatkan Boarding Pass pula. Jam 10.05 pagi barulah tiba giliran opah. Diberikan Boarding Pass dengan seat nombor 71F, Gate 09, Boarding 11.45 dan Zone D. Sekeping borang keselamatan juga diberikan untuk dilengkapkan. Borang itu akan dikumpulkan tika dalam pesawat nanti. Kali ni dah tiada bagasi di tangan kecuali beg galas dan tas tangan.
Berjalan lagi mencari tempat berlepas. Sesekali menggunakan Escalator dapatlah merehatkan kaki sebentar. Terjumpa je staf airport tanya arah ke tempat untuk Depature. Sudah tiada peranan Ketua yang menjaga keberadaan ahli kumpulannya. Masing-masing Pandai-pandailah sendiri. Inilah kesulitan utama yang dialami dan ditambah pula keletihan badan. Alhamdulillah opah dan opah Nab bergilir memimpin Cikgu Shamsiah berjalan. Akhirnya kami tiba di lokasi zon menunggu Gate E09.
 |
Menunggu kenalan ni memulangkan pen yg dipinjam untuk mengisi borang |
Ketika duduk di Zon Menunggu di Gate E09, ramai yang asyik memandang ke arah pesawat yang berada di luar. Opah pun turut sibukkan diri meninjau apa yang mereka lihat. Beberapa orang petugas sedang melakukan sesuatu pada roda pesawat. "Oh, biasalah tu, juruteknik kena periksa semuanya sebelum pesawat terbang" bisik hati opah. Jam sudah melepasi pukul 11.45am, tetapi belum dipnggil masuk pesawat. Akhirnya jam 2.17pm penumpang-penumpang dipanggil mengikut zon memasuki pesawat yang dilihat tadi. Hampir 2 setengah jam lewat!!! Opah duduk di seat 71F di sebelah Opah Nab. Di sebelahnya Cikgu Zaini dan suaminya Haji Khalid (paling senior dalam group) kami.
Paramugari mula mengedarkan menu makanan yang akan kami makan tika dalam penerbangan ke Dubai nanti. Kami masih menunggu bilakah pesawat akan terbang??? Tetiba jam 3.51pm bekalan letrik di dalam pesawat terputus. Hampir 15 minit berpanas di dalam pesawat. Kanak-kanak mula menangis dan memberontak kerana kegelisahan dalam kepanasan. Perut amat pedih, gastrik mula mengganas di dalam perut opah angkara makan ubat cair darah! Jam menunjukkan pukul 4.41pm, pesawat masih tak terbang. Dahlah bersarapan jam 7.00pagi, hingga jam kini masih tak makan. Perut mana yang tak protes?
Dengan rasa tidak malu, opah menanyakan pramugari yang terpacak berdiri di depan kami, bila makanan akan diberikan kepada kami kerana sangat lapar. Peramugari itu menjawab dengan sopan. "You can go to the kitchen at the back. You can take cup cakes there." Opah menoleh ke belakang, oh jauh pula nak melangkah ke situ. Tetiba opah Nab memberikan seketul roti yang dibawanya untuk opah makan. Alhamdulillah... Tapi kami masih terkurung dalam pesawat. Zikir lagi... "La Illaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin, aamin" tetiba zikir lain pula terpantul dari mulut.
 |
Terkurung dari jam 2.17pm hingga 5.20pm |
 |
Roti waktu tersangat lapar |
Keresahan penumpang dalam pesawat tiba kemuncaknya. Tangisan kanak-kanak semakin kuat. Dalam hati opah, begitu juga dalam fikiran penumpang lain bimbang jika pesawat itu terus terbang. Apa tidaknya khuatir jika terjadi lagi kerosakan tika dalam penerbangan... Tetiba opah teringat akan MH370. Jam 5.20pm pengumuman mengarahkan semua penumpang keluar dari pesawat. Kami diminta menunggu di airport Cairo untuk arahan seterusnya. Tika keluar menuju ke tempat E09, masing-masing terpinga-pinga tak tau nak duduk menunggu di mana. Di situ tempat penumpang nak berlepas menaiki pesawat. Alhamdulillah, syukur sangat kesihatan opah masih lagi OK.
Inilah masalah jika tiada ketua yang berpengalaman untuk mengawal situasi. Bertanya kepada pramugari di kaunter tadi, dia pun tiada jawapan penyelesaian untuk kami. Duduklah lagi di situ selagi tidak dihalau!! Tetiba pengumuman dari seorang staf bertugas di kaunter menyuruh kami mengambil bagasi. Masalah lagi... nak cari tempat bagasi dikeluarkan pula. Terasa amat sakit hati TIADA Staf yang menguruskan kami yang terkandas penerbangan ini. Bisik hati...adakah ini hadiah Hari Krismas di perantauan?
Bertanya sana-sini akhirnya jumpalah tempat mengambil bagasi. Berjalan dari tempat pesawat berlepas ke tempat mendarat pula. Jam 5.50pm menunggu pula di tempat bagasi. Perut masih berbunyi tanda protes tidak disuapkan makanan. Bersarapan jam 7.00pagi, makan roti dalam pesawat jam 4.45pm dan kini dah jam 6.00pm. Dah berapa jam tu... 12 jam kan??. Kami duduk melepak dengan pelbagai gaya di situ. Ada yang duduk dibangku yang disediakan di situ tetapi tidak cukup untuk semua. Maka ada yang duduk di hujung troli dan ada yang berdiri. Jam 7.00pm dapatlah bagasi msing-masing. Tapi nak hala ke mana pula selepas ni? Masalah lagi... Akhirnya setengah jam kemudian seorang petugas airport membawa kami berjalan sambil mengheret bagasi-masing-masing ke tempat bas.
Jam 8.00 bas tiba. Tiada lagi Ustaz Kamarul dan team untuk membantu kami. "Kamu tua ke atau muda ke; kamu sihat atau kamu keletihan ke, namun kenalah buat sendiri!!. Masing-masing memuatkan bagasi ke dalam tempat barang di tepi bas. Kemudian semua jemaah menaiki bas menuju ke hotel. Tika di dalam bas kami berangan-angan dapatlah tidur di hotel kerana masing-masing sangat letih. Walaupun keletihan teramat, opah masih merakamkan gambar sekitar perjalanan. Meriah Kota Cairo ini dengan hiasan pelbagai lampu sempena perayaan Hari Krismas hari ini.
 |
Menunggu giliran untuk check out |
 |
Terkandas pada 25 Dec di Cairo |
 |
Bagasi dah dapat, menunggu arahan seterusnya |
\

Jam 8.30pm tiba Hotel Intercontinental Cairo Semiramis. Kami diberitahu akan menginap di hotel ini satu malam. OOOhh... semua berasa lega. Apa tidaknya dapat menginap walaupun satu malam di hotel 5 bintang ni. Sewaan bilik pun mencecah RM1400 semalaman. Hotel Intercontinental merupakan hotel warisan yang mewah di tengah-tengah Cairo di Heliopolis dan bersebelahan dengan Stars Centre Mall. Kami membawa keluar semua bagasi kerana bas perlu dikosongkan untuk penumpang lain naik pula. Kemudian meletakkan bagasi masing-masing di suatu sudut yang ditunjukkan staf hotel.
Melihatkan bangunan luar hotel dari dalam bas tadi opah sudah terpesona. Tika memasuki entrans hotel terasa kagum melihatkan dekorasi menarik dengan senibina moden. Kemudian seorang staf hotel mambawa kami ke sebuah kaunter di dalam hotel untuk check in. Setelah beberapa orang jemaah mendapat bilik penginapan, tetiba arahan terbaru diterima pula. Kami tidak jadi menginap di hotel idaman ramai itu, namun diarahkan makan malam sahaja di situ. Aduh,... ada yang kecewa tidak dapat menginap dan ada juga yang OK asalkan dapat balik ke pangkuan keluarga. Opah berasa lega sebab dapat makan di situ. Walaupun tersangat lapar opah hanya mampu makan nasi putih bercampur sedikit nasi Arab dan berlaukkan ayam. Selesai makan mencari tempat bersolat pula. Staf hotel menunjukkan sebuah bilik mesyuarat yang di sudutnya ada ruang yang kecil untuk bersolat. Alhamdulillah.

 |
Ceria sempena Hari Krismas |
 |
Dekorasi sambutan Tahun Baru 2025 |
 |
Depan Hotel InterContinental Cairo |
 |
Hotel InterContenental Cairo dinner 25 Dec |
 |
Menarik dekorasi dalaman nan moden |
 |
Mulanya disuruh daftar masuk hotel...kemudiannya arahan ditarik balik
|
 |
Dewan makan |
 |
Selesa tak ramai yang makan di sini |
 |
Selepas 13 jam baru jumpa nasi |
Arahan seterusnya menyuruh kami menaiki bas untuk ke lapangan terbang Cairo semula. Jam 10.00pm 25 Disember memaksa diri tua ni mengangkat sendiri 2 bagasi ke dalam tempat meletakkan beg di tepi bas. Oleh kerana opah orang terakhir memuatkan bagasi, terpaksalah memasukkan bagasi di bahagian kiri bas pula, yang agak jauh dari yang lain. Orang terakhir menaiki bas dapatlah seat di belakang sekali, duduk bersama Ika Liana. Masih merakamkan gambar sehinga bas tiba di airport jam 10.21pm. Kamarul dan teman-temannya datang juga ke hotel melihat kami menaiki bas. Mereka terpaksa menguruskan Ika dan Norainun yang berpeluang menginap di hotel tersebut. Ini kerana tiket penerbangan mereka dibeli kemudian tidak bersama kami dalam kumpulan.
Kami seramai 18 orang terus mendaftar masuk melalui gate E09, gate yang mula-mula kami check in pagi tadi. Pada Boarding Pass ke Dubai yang baru diberikan tercatat penerbangan jam 5.00am melalui Gate E09, Seat 81J dan Zon C bertarikh 26 Disember 2024. Menunggu lagi di situ. Tetiba pengumuman memberitahu penumpang boleh mengambil makanan yang disediakan di meja depan pintu Gate E09. Dengan hanya menunjukkan Boarding Pass dah boleh memilih makanan yang disediakan serta air mineral. Jam menunjukkan jam 12.20am tetapi masih belum dipanggil masuk pesawat. Akhirnya jam 2.10pagi tarikh 26 Disember barulah boleh memasuki pesawat. Bermulalah mulut membaca doa menaiki kenderaan " Subhanallazi sakharalana haaza wama kunna lahu muqrineen, wa inna illa rabbina lamun qaliboon" serta disusuli doa Robbiyassir.... Laillaha illa anta... Aamin."
 |
Bye Ika, Norainon, Ustaz Kamarul & rakan-rakan |
 |
Check in Cairo ke Dubai jam 2.10am 26 Disember |
 |
Dekat je kan? |
 |
Bersolat subuh Cairo ke Dubai di tempat duduk |
 |
Dinner 26 Dec.... dalam pesawat dah tak ingat tarikh |
Bertarikh 26.12.2024 akhirnya berjaya menaiki pesawat untuk transit di Dubai Airport. Sudah terpisah tempat duduk dengan adik. Sebelum ini ada ada insan yang menguruskan pertukaran seat sesama kami supaya duduk bersama pasangan masing-masing. Kali ini sudah tak kisah dah duduk di mana-mana seat, asalkan dapat ke Dubai dengan lancar. Jam 5.10am para penumpang Pesawat Emirates diberikan sarapan Omelet serta minuman panas dan jus. Setelah 2jam 10minit berada dalam pesawat akhirnya kami selamat mendarat di Dubai International Airport pada jam 7.20pagi. Alhamdulillah. Tika berada di airport Ustaz Kamarul sentiasa berkongsi imfo trip di dalam whatsapps group kami Kembara Mesir. Dapatlah kami status terkini apa tindakan yang pihak penerbangan Emirate sedang lakukan untuk penerbangan kami.



Masalah lagi!! Tapi yang terakhir untuk kami lalui tika di Dubai pula. Dulu tiba di tempat lain, kini nak berlepas di lokasi lain. Dahlah airport Dubai ni sangat luas, terpaksa berjalan jauh dari tempat tiba dari Cairo tadi. Kena banyak bertanya dengan staf airport yang ditemui untuk sampai tepat pada masa check in penerbangan ke Kuala Lumpur. Mula berjalan sejak jam 8.30am tadi akhirnya berjaya temui tempat check in. Tika check in Boarding Pass sementara yang tidak tercatat nombot gate digantikan dengan Boarding Pass baru Flight EKS342-Tarikh 26 Dec-Boarding 9.55am-Seat 46J-Zon F. Berjalan kaki lagi untuk ke Gate A13 tempat berkumpul penumpang penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur. Akhirnya dipanggil memasuki pesawat pada jam 9.55 pagi.
Opah duduklah di seat nombor 46J di tengah-tengah di antara lelaki Melayu dan Cina yang di tepi tingkap. Opah merayu kepada pemuda Melayu untuk bertukar seat, namun tidak dilayan. Inilah masalah juga tika dalam penerbangan ..... masalah tempat duduk. Duduk tersepit selama 7 jam di antara 2 lelaki bukan MAHRAM .... Nak tidur pun tak berani bimbang telentok ke bahu penumpang sebelah. Nak keluar ke tandas pun sukar sebab opah terpaksa tunggu lelaki Melayu tu ke luar dulu barulah opah dapat keluar. Tika bersolat Jamak Zohor dan Asar di tempat duduk pun tak boleh khusyuk... Inilah ujian Allah berikan kepada opah sebagai pengalaman untuk lebih TABAH!
 |
Boarding Pass penerbangan dibatalkan |
 |
Boarding Pass penerbangan Dubai-KL dibatalkan |
 |
Boarding Pass Cairo-Dubai 26 Dec 2024 |
 |
Boading Pass Dubai-Kuala Lumpur 26 Dec 2024 |
 |
Seat J di barisan ke-4 kanan |
 |
Ke Gate E13 berlepas ke Kuala Lumpur |
 |
Sarapan jam 4.30am 26 Disember |
 |
Makan tengahari jam 11.40am |
Alhamdulillah opah boleh bertahan daripada kerap ke tandas membuang air kecil. Walaupun tandas hanya 2 seat di depan, namun lelaki Melayu yang duduk di kiri opah menghilangkan mood nak ke tandas. Jam 10.15pm selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport, Sepang 26 Disember 2024. Opah Nab mendapat seat paling belakang. Oleh kerana kami antara kumpulan penumpang yang dibatalkan penerbangan, justru diletakkan di mana-mana seat yang kosong dalam penerbangan tersebut. Dah tak boleh request nak duduk bersama partner.
Sementara menunggu bagasi sampai, kami bersalaman antara jemaah Kembara Mesir. Tetiba muncul rasa sedih pula tika nak berpisah setelah 11 hari bermusafir. Dapat merasai suka duka, menghadapi senang dan susah tika diberikan ujian oleh Maha Pencipta serta kenikmatan makan sendiri dan berkongsi sepinggan makanan. Paling istimewanya pada awal bermusafir opah hanya mengenali 6 adik saudara, akhirnya bertambah menjadi 24 orang kenalan yang sudah mesra lagi serasi. Kebetulan opah sebagai kakak tertua dalam kumpulan kembara ini, mereka sangat memahami dan menghormati diri yang mereka panggil Kak Ju.
Tour Guide Ustaz Kamarul Hakim dalam menguruskan para jemaah yang berusia lebih 60 tahun (kecuali Ika Liana 40an) sangat dipuji. Penuh berhemah tutur katanya, lembut suaranya dan sabar serta sangat bertolak-ansur. Demikian juga pembantunya Ustaz Fathul Rahman yang mudah mengukir senyuman walaupun dalam kepenatan melayan kami. Mereka memulakan doa dalam setiap perjalanan untuk kami aaminkan. Segala imfo berkaitan tempat lawatan disampaikan dengan jelas berserta dengan rujukan nas dan ayat-ayat Quran. Bas yang disediakan sebagai pengangkutan kami sangat selesa dan seronok dengan pemanduan pemandunya yang hebat. Polis yang sentiasa berada di dalam bas bersama kami menghilangkan semua rasa ketakutan atau ketidakyakinan. Malah dengan iringan sebuah kereta peronda bersama 2 anggota polis di dalamnya dalam perjalanan jauh ke Semenanjung Sinai dan Alexandria menambah kesyukuran dapat bermusafir di negara Para Anbiyya dengan selamat. Alhamdulillah, boleh dianugerahkan 5 bintang! 💖 .
Bab makanan ni yang opah nak marahkan Ustaz Kamarul!!. Apa tidaknya, semua makanan yang disajikan enak-enak belaka. Itulah sebabnya opah terpaksa makan banyak kerana sangat lazat, haha🙏 !!. Boleh dikatakan menu makanan seawal pagi dah disajikan makanan berat. Ini sangat sesuai dengan perut Melayu, terutamanya perut opah ni. Jika tak makanan berat nanti gastrik menyerang perut kerana kesan ubat cair darah yang dimakan setiap pagi. Hidangan makan tengahari dan makan malam juga banyak pilihan. Sudah ada nasi dengan aneka lauk, namun ditambah lagi dengan Roti Arab bersama kuahnya. Paling best makan bersila di atas lantai.... di mana lagi jika bukan Yemeni Restaurantlah. Yang sakit lutut pun boleh pula bersila sambil makan. Makanan utama disajikan dalam 1 pinggan besar. Di pinggan itu ada nasi, ada 4 jenis masakan daripada daging kambing dan ada ayam. Berkongsi pula dengan 10 orang makan, ok je.
Pada opah tempat penginapan di Homestay Al-Baghdadi ni baik. Kamar tidur besar dan selesa. Kemudahan disediakan seperti aircond, ada mesin basuh untuk mendobi, set meja makan dan sofa sesuai sangat untuk kami. Ada jemaah yang dapat dapur untuk memasak lagi bagus!! Tapi penginapan opah tiada dapur, sesuailah dengan opah tak suka memasak tika kembara. Cuma sedikit je penambahbaikan perlu dilakukan sebelum menerima tetamu yang baru. Kunci pintu utama bilik gantikanlah dengan kunci yang mesra pengguna. Lif memang dah sedia maklum untuk 4 orang sekali jalan, namun perlu pembaikan. Penutup pintu daripada papan agak membahayakan.
Opah pelajari banyak perkara baik daripada setiap kembara yang opah sertai. Mesir ini kembara opah ke negara yang ke-34. Ada tikanya melancong atau mengembara bersama anak-anak. Tapi kebanyakannya opah kembara bersama sahabat sejati Cikgu Che Rahimah, mantan Penolong Kanan HEM tempat opah bekerja dulu. Pernah sekali opah kembara dengan orang yang belum dikenali. Tika itu Allah mentakdirkan kami sangat ngam walaupun baru kanal di airport. Prinsip opah mudah je. Opah perlukan teman melancong dan teman sebilik sepanjang musafir itu. Teman untuk makan semeja, tolong rakamkan gambar, beri teguran tika mana melakukan kesilapan dan teman untuk membina keberanian di tempat orang. Justru opah perlu banyak mengalah pada peringkat awal perkenalan supaya teman baru itu berasa selesa dengan opah.
Pada musafir kali ini opah menyaksikan seorang kenalan bernama A yang ada masalah sakit lutut sering keseorangan. Teman sebiliknya barnama B yang baru berkenalan lebih muda dan sihat serta bertenaga. Maka A sering ditinggalkan berjalan sendirian atau kekadang ada rakan lain yang berjalan bersmanya. Opah dan opah Nab bersama-sama membantu A pada hari-hari terakhir kami di Mesir dan Dubai. Alhamdulillah, A pun selesa dengan kami. Moral of The Story... wajib kembara dengan orang yang sekufu... boleh ngam, boleh berkongsi dalam susah dan senang!
Hah... ni lagi satu perkara opah belajar. Insurans melalui agent vs buat sendiri. Opah rasa Allah nak tunjukkan siapa sebenarnya agent yang opah sentiasa melanggan melaluinya. Bertanggungjawabkah dia, ikhlas ke dia dan yang penting jika kawan pun boleh dia aniaya masakan orang lain!!. Selama travel ni opah ambil Travel Insurance melalui agent ni. Tiada masalah timbul sepanjang kembara, jadi tiadalah sebarang Claim dibuat. Dia pula menggalakkan mengambil Pakej Platinum setiap kali berurusan kerana coverage banyak!!
Kali ni tetiba penerbangan dari Cairo ke Dubai dibatalkan, maka perlulah buat tuntutan. Tika aduan dibuat kepadanya, jawapan diberikan,"Oh, claim kak kena buat sendiri secara online. Gunakan apps eTiqa+". Anak Opah Nab tolong buatkan, akhirnya dapatlah. Namun amaun yang diberikan eTiqa tidak sama dengan claim diterima jemaah lain. Opah Screenshots statement dari eTiqa serta claim rakan untuk dia berikan penjelasan, namun dia TAK LAYAN hingga ke hari ini. Isu di sini bukanlah wang, tetapi lebih kepada Opah wajib BERHENTI berususan dengan Si Penipu ini! Jika ditakdirkan kematian, lagi complicated, adakah dia mahu menguruskan segala hal berkaitan claim? Allahuakbar!!.
 |
Buah tangan dibawa untuk Kamarul dan pembantunya |
 |
Kali pertama opah beliproduk ni sebab pesanan Kamarul |
 |
Ramai yg beli kecuali opah |
 |
Ole-ole opah beli |
 |
Buah tangan untuk anak menantu & bibik |
 |
Pembantu Us Kamarul mengagihkan Kunafa kami |
Yang last ini berkaitan kebijaksanaan dalam pemilihan Kembara Group vs Pakej. Ada beberapa kali tika peringkat awal kembara opah ke luar negara secara kumpulan atau bukan dengan pakej. Antaranya tika ke Beijing dan Korea. Tapi tour leader kami berpengalaman kerana dah banyak kali dia bawa jemaah ke tempat berkenaan. Lagi pun penerbangannya terus tiada transit. Tika ke New Zealand bersama Uda dan Chik Imah pula, walaupun ada transit di Singapura tapi sebentar saja penumpang tak perlu keluar pesawat. Kemudian penerbangan di sambung ke destinasi. Paling utama tika itu muda, usia opah baru 50-an, masih kuat, masih bersemangat dan sangat berani. Agaknya kali ini Allah berikan peringatan indah jika nak meneruskan minat untuk mengembara di negara orang.
Melancong dengan menggunakan pakej ni sudah diketahui lebih awal segala itenari, insurans dan segala perkara berkaitan lawatan. Kita boleh bandingkan dulu perkhidmatan yang disediakan dengan beberapa pakej lain. Usahlah pilih yang murah tetapi pilihlah apa senarai perkhidmatan disediakan walaupun agak mahal sedikit. Tambahan pula tika berusia emas, kekuatan dah kurang, tenaga dah lemah dan tahap kesihatan pun sudah menurun. Cuma kelebihan hanyalah wang setia menanti untuk digunakan!!
Sesungguhnya pengalaman ke Mesir ini banyak menyedarkan lagi menginsafkan opah. Tika usia begini (70-an) dah tak sesuai shoping-menyoping buah tangan untuk sesiapa pun di tanah air. Tak sesuai juga bawa banyak bagasi walaupun saiznya kecil. Cukuplah bawa 1 bagasi saiz besar 32 inci dan 1 beg kabin yang beroda. Beg pack bukan lagi style warga emas terutamanya usia dah lebih 60-an. Kenangan perit opah alami terjatuh di dalam bas ketika nak ke airport semula. Badan dah sangat letih berjaga sejak jam 4.30am(subuh) 25 Disember hingga jam 10.21pm. Terpaksa mengangkat beg berat berkali-kali walaupun doktor berpesan untuk tidak mengangkat barang berat!! . Insy Allah inilah trip tanpa pakej terakhir opah sertai.
Mesir Selain Bumi Para Anbiyya dipanggil juga sebagai "Negeri Para Ulamak". Ramai kalangan alumuni dari Universiti Al-Azhar kini menjadi ulamak tersohor dunia. Selain dapat mengenali budaya dan masyarakatnya yang ramah-mesra, yang lebih seronok dapat menikmati menu masakan asli masyarakat Arab Mesir. Berada di bumi Mesir dapat menjejak sejarah Tamadun Islam dulu kala yang hebat dalam pelbagai perkara terutamanya berkaitan makam beberapa orang Nabi Allah yang terdapat di situ. Tidak terkecuali dapat melihat sendiri sejarah berkaitan Piramid serta kesan penjajahan Musuh Kita Israel di tanah Mesir.
Sepanjang bulan puasa Ramadan tahun 2025 ni opah menyiapkan coretan Negara Piramida ni. Banyak sangat gangguannya terutamanya keroncongan perut sering mengganggu. Hari ini 30 Mac hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Esok dah 1 April bersamaan 1 Syawal pula umat Islam berhari raya . Salam Aidil Fitri tahun 2025...